You are on page 1of 15

Tugasan 2.

0 : Kandungan Perkara 20

2.1 Pengenalan

Malaysia telah menikmati 61 tahun kemerdekaan sejak Persekutuan Tanah Melayu


memperoleh kemerdekaan melalui rundingan bersama British pada 31 Ogos 1957 dan
menjadi sebuah negara yang bebas serta berdaulat. Hari Malaysia pula disambut pada 16
September 1963 bagi meraikan penyertaan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan
Tanah Melayu dan membentuk Persekutuan Malaysia. Pembentukan Malaysia telah melalui
pelbagai proses pelaksaan bagi merealisasikan idea gabungan negeri membentuk sebuah
persekutuan yang merdeka dan berdaulat. Suruhanjaya Cobbold, Misi PBB, penubuhan
JAK, JPPM dan Referendum Singapura merupakan antara proses serta jawatankuasa yang
terlibat dalam merealisasikan Pembentukan Malaysia.

Hasil daripada usaha pemimpin politik Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,


Sabah dan Sarawak, maka terbentuklah sebuah Persekutan Malaysia pada 16 September
1963. Pembentukan Malaysia dilaksanakan melalui Perjanjian Malaysia yang mengandungi
tuntutan 20 perkara Sabah dan Sarawak. Pemimpin politik Sabah menuntut 20 perkara dan
pemimpin politik Sarawak pula menuntut 18 perkara untuk dimasukkan di dalam
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tuntutan yang dikemukan oleh Sabah dan Sarawak
memberikan keistimewaan dan melindungi hak kedua-dua buah negeri tersebut. Berikut
merupakan 20 perkara yang menjadi tuntutan Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan
Malaysia:

2.2 Perkara 20: Sabah dan Sarawak

Perkara 1 : Agama

Walaupun tiada bantahan terhadap agama islam sebagai agama kebangsaan Malaysia
akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak diadakan di Sabah dan Sarawak, dan segala
perundangan mengenai agama islam yang terkandung di dalam perlembagaan Malaya tidak
harus digunakan di Sabah dan Sarawak.

Perkata 1 ini membawa maksud setiap penduduk Sabah dan Sarawak berhak
menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri. Selain itu, mereka juga berhak
menubuhkan dan menyelenggara badan atau yayasan untuk tujuan agama. Penubuhan
badan dan yayasan agama tersebut boleh diperoleh dan ditadbir sendiri warga Sabah dan
Sarawak mengikut undang-undang. Namun, kebebasan beragama tidak bermaksud bebas
menyebarkan agama mereka dan mempengaruhi penganut agama lain untuk mengikuti
agama mereka. Kebebasan agama perlu tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak
mempengaruhi ketaatan awam, kesihatan serta akhlak penganut lain.

5
Perkara 2 : Bahasa

 Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan.


 Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Malaysia.
 Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak untuk
semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 2 menuntut Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan Malaysia.


Manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak, bahasa Inggeris akan digunakan sebagai
bahasa rasmi kedua-dua negeri ini selama sepuluh tahun daripada hari Malaysia.
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak bermaksud kedua-
dua negeri ini menggunakan bahasa Inggeris dalam semua tujuan urusan rasmi sama ada
di peringkat negeri ataupun persekutuan. Tuntutan ini menjadi syor Suruhanjaya Cobbold
bagi menjadikan bahasa sebagai alat perpaduan kerana pengaruh British yang kuat di
Sabah dan Sarawak menjadikan bahasa Inggeris menjadi pertuturan harian penduduk di
Sabah dan Sarawak.

Perkara 3 : Perlembagaan

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk


Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh
pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada
sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang
berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk
Sabah dan Sarawak sewajarnya amat diperlukan.

Menurut perkara 3 berkaitan perlembagaan, Persekutuan Malaysia menggunakan


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai asas Perlembagaan Malaysia. Namun,
Perlembagaan Malaysia perlulah dipersetujui oleh semua negeri termasuk Sabah dan
Sarawak. Sebarang pindaan dan gubalan perlu mendapat persetujuan daripada kedua-dua
negeri ini. Justeru, sebarang pembentukan atau pindaan bahagian dalam Perlembagaan
Malaysia tidak boleh berlaku tanpa persetujuan kedua-dua negeri ini. Selain itu, sebuah
perlembagaan baru juga perlu diwujudkan khas untuk Sabah dan Sarawak bagi menjaga
kepentingan dan hak penduduk tempatan.

6
Perkara 4 : Ketua Persekutuan

Ketua (Yang Di Pertua Negara) Sabah dan Sarawak tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua
Persekutuan.

Perkara 4 merupakan perkara yang menyatakan gelaran bagi ketua negeri bagi
Sabah dan Sarawak. Ketua negeri Sabah dan Sarawak akan memakai gelaran Yang di-
Pertua Negeri yang digunakan sehingga ke hari ini. Perkara 4 juga menyatakan bahawa
Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ketua Persekutuan Malaysia. Kenyataan ini
bermaksud bahawa Yang di-Pertuan Negeri tidak boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan
Agung iaitu ketua negara Malaysia. Perlantikan Yang di-Pertuan Agung hanya boleh
dilakukan oleh Majlis Raja-raja dan dilantik daripada kalangan raja-raja Melayu.

Perkara 5 : Nama Persekutuan

“ Malaysia” bukan “Melayu Raya”

Sabah dan Sarawak menuntut melalui Perkara 5 untuk menggunakan Malaysia


sebagai nama persekutuan yang disertai oleh Sabah dan Sarawak. Tuntutan ini bertujuan
untuk mengelakkan kekeliruan penduduk tempatan dengan konsep Melayu Raya yang
dipengaruhi oleh ideologi politik komunis dan Indonesia.

Perkara 6 : Imigresen

Kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di Malaysia dari luar adalah terletak di
bawah kuasa kerajaan Pusat tetapi kemasukan ke Borneo Utara dan Sarawak perlu
mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh menghalang
kemasukan orang ke Sabah dan Sarawak untuk tujuan kerajaan Negeri kecuali atas sebab
keselamatan. Sabah dan Sarawak hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi
mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Sabah
dan Sarawak , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Sabah dan
Sarawak.

Perkara 6 pula merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap hak mentadbir
serta mengurus imigresen negeri mereka sendiri. Sebarang jenis undang-undang imigrasi
yang melibatkan kemasukan orang luar ke Malaysia perlu berada di bawah kuasa Kerajaan
Pusat dan ditentukan melalui Parlimen kecuali Sabah dan Sarawak. Permintaan masuk ke
negeri Sabah dan Sarawak serta urusan imigrasi yang melibatkan kedua-dua negeri ini
perlulah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Undang-undang berkaitan imigresen ini tidak
boleh dipinda atau dihapuskan tanpa mendapat persetujuan Sabah dan Sarawak. Malah,

7
Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa mengawal pergerakan imigrasi penduduk
semenanjung ke Sabah dan Sarawak melainkan pekerja Persekutuan di Sabah dan
Sarawak.

Perkara 7 : Hak Menarik Diri

Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.

Perkara 7 merupakan satu tuntutan daripada negeri Sabah dan Sarawak bahawa
sebarang penarikan diri daripada Persekutuan Malaysia tidak seharusnya berlaku.
Kenyataan ini bermaksud, Sabah dan Sarawak tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan
untuk keluar daripada Malaysia setelah menyertai persekutuan. Malah, tuntutan ini
dikemukan sendiri oleh Sabah dan Sarawak agar tidak dikeluarkan daripada Persekutuan
Malaysia. Tuntutan ini diusulkan dalam Perkara 20 kerana Sabah dan Sarawak khuatir
sekiranya dipisahkan daripada Malaysia terutamanya negeri Sabah. Pada waktu tersebut,
Sabah diancam dengan tuntutan Filipina dan Indonesia yang menyatakan bahawa Sabah
merupakan milik mereka sehingga menyebabkan kacau bilau di Sabah. Justeru, tuntutan ini
dibuat bagi mengelakkan Sabah terus dijajah dan berada di bawah kuasa pentadbiran
negara lain.

Perkara 8 : Borneonisasi

Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Sabah
dan Sarawak seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 8 di dalam Perkara 20 menuntut supaya pengambilan pegawai-pegawai


baru dalam perkhidmatan awam di Sabah dan Sarawak diambil daripada kalangan
penduduk tempatan. Tuntutan ini perlulah dilaksanakan dengan secepat mungkin dan
diberikan keutamaan kepada bumiputera. Tuntutan ini bertujuan memberi keutamaan serta
peluang kepada Bumiputera mendapat pekerjaan dan memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam. Selain itu, tuntutan ini bertujuan untuk mengurangkan dominasi bukan
bumiputera terutama kaum Cina dalam perkhidmatan awam kerana kelebihan dalam bidang
pendidikan.

Perkara 8 juga menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan


awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai
pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya dalam
perkhidmatan awam. Selain itu, suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah
ditubuhkan disetiap negeri. Terdapat juga peruntukan kenaikan pangkat pekerja
perkhidmatan awam daripada Sabah dan Sarawak untuk ditukar kepada perkhidmatan

8
Persekutuan tetapi pertukaran keluar daripada Sabah dan Sarawak perlu mendapat
persetujuan pegawai atau pekerja yang terlibat terlebih dahulu.

Perkara 9 : Pegawai-pegawai British

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai British untuk meneruskan
perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti
oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Sewaktu zaman pemerintahan British di Sabah dan Sarawak, pengambilan pegawai


dalam perkhidmatan awal didominasi oleh kaum bukan bumiputera dan orang British sendiri.
Melalui Perkara 9, Sabah dan Sarawak menuntut untuk mengekalkan pegawai British yang
berkhidmat dalam perkhidmatan awam sehingga jawatan tersebut dapat digantikan oleh
orang tempatan. Berdasarkan tuntutan ini, kerajaan Persekutuan tidak boleh meletakkan
pegawai perkhidmatan awam daripada Semenanjung Malaysia dengan tujuan memberi
peluang kepada penduduk Sabah dan Sarawak berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Perkara 10 : Kewarganegaraan

Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold
seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Sabah dan Sarawak di dalam
Persekutuan :

 Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama
5 tahun
 Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya
menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
 Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan
kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Sabah dan Sarawak selepas
Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 10 merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap syarat


kewarganegaraan bagi kedua-dua negara tersebut. Berdasarkan syarat kerakyatan yang
dikemukan ini, seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara
Sabah dan Sarawak terutama penduduk daripada Semenanjung Malaysia. Syarat ini juga

9
dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri
ini. Tuntutan ini bagi melindungi hak keistimewaan penduduk Sabah dan Sarawak.

Perkara 11: Cukai dan Kewangan

Sabah dan Sarawak seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung


pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 11 merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak terhadap pengurusan


kewangan dan cukai sendiri. Segala hal berkaitan kewangan, tabung pembangunan dan
cukai terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak boleh mencampuri hal
kewangan dan percukaian di Sabah dan Sarawak. Justeru, Sabah dan Sarawak boleh
menggunakan kewangan dan cukai bagi tujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk
tempatan.

Perkara 12 : Hak Keistemewaan Bumiputera

Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak hendalah menikmati hak-
hak istimewa seperti yang dinikmati oleh bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang
dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Sabah dan Sarawak.

Menurut Perkara 12, Sabah dan Sarawak menuntut kedudukan dan hak istimewa
sebagaimana dinikmati bangsa Melayu di semenanjung. Walau bagaimanapun, cara
perlaksanaan atau pemberian keistimewaan tidak semestinya sama atau mengguna pakai
sebagaimana di semenanjung Malaysia. Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini
disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan
Persekutuan. Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan hak
keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.

Perkara 13 : Kerajaan Negeri

Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Sabah dan
Sarawak seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 13 menyatakan bahawa Ketua-ketua Menteri di Sabah dan Sarawak yang


pertama perlu dilantik oleh Queen Britain dan Yang di-Pertuan Agung sebelum Hari

10
Malaysia. Pelantikan ini hanya sah dan dipegang oleh Ketua Menteri yang dilantik untuk
bertugas selama dua tahun. Selain itu, sistem Menteri yang sempurna perlu diwujudkan di
Sabah dan Sarawak bagi menjamin kelicinan pentadbiran negeri-negeri ini. Masalah
mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan pula akan ditentukan oleh
mahkamah.

Perkara 14 : Jangkamasa Peralihan

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada
Kerajaan Sabah dan Sarawak mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan
persekutuan.

Menurut Perkara 14, Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa penuh ke atas
perundangan mereka berdasarkan perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan tidak
mempunyai kuasa mempengaruhi perundangan Sabah dan Sarawak selama tempoh 7
tahun. Perkara 14 juga menuntut pembahagian kuasa membuat undang-undang
dibahagikan kepada Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri. Majlis Undangan
Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri,
undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera
kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan
dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat
khabar, penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama. Manakala Majlis Undangan Negeri
berperanan dalam perkara seperti undang-undang Islam, adat istiadat orang-orang asli,
tanah, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan dan ganti rugi.

Perkara 15 : Pendidikan

Sistem pendidikan yang ada di Sabah dan Sarawak sekarang hendaklah dikekalkan dan
diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri.

Perkara 15 menekankan tuntutan Sabah dan Sarawak kepada pendidikan mereka


sendiri yang dikekalkan dan diletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Persekutuan Malaysia
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri namun tidak boleh mempengaruhi atau
mencampuri sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan

11
Sarawak sebelum penubuhan Malaysia yang berkonsepkan pendidikan Inggeris akan terus
dikekalkan sehinggalah Kerajaan Negeri bersetuju mengubah sistem pendidikan mereka.
Tuntutan ini bertujuan memberi peluang kepada Kerajaan Negeri meminda dan membentuk
sistem pendidikan yang sesuai serta memberi kepentingan kepada penduduk negeri
tersebut.

Perkara 16 : Perlindungan kepada Perlembagaan

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan
Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Sabah dan Sarawak
tanpa persetujuan kerajaan Sabah dan Sarawak. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk
negeri ini.

Perkata 16 dalam Perkara 20 merupakan tuntutan Sabah dan Sarawak bagi


perlindungan dan hak dalam perlembagaan Persekutuan. Segala undang-undang atau
perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diubah, dipinda
atau dibatalkan tanpa persetujuan Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mempunyai
hak dan berkuasa penuh untuk melindungi perkara atau akta yang memberi keistimewaan
kepada mereka di dalam perlembagaan Malaysia.

Perkara 17 : Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan

Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Sabah dan Sarawak
tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia
sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Perkara 17 pula berkaitan dengan jumlah perwakilan negeri Sabah dan Sarawak di
dalam Parlimen Persekutuan. Perkara ini menuntut pemilihan Dewan Undangan
Persekutuan bukan sahaja perlu membuat pertimbangan ke atas bilangan penduduk tetapi
perlu mempertimbangkan potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh
kurang daripada Singapura. Oleh itu, setiap Majlis Undangan di Sabah dan Sarawak
hendaklah memilih dua orang ahli Dewan Undangan Negara. Selain itu, bilangan Dewan
Undangan yang dilantik hendaklah ditambah enam orang lagi kerana kemasukan Sarawak

12
dan Sabah. Justeru, ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak
seramai 24 orang.

Perkara 18 : Nama Ketua Negeri

Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Perkara 18 menyatakan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk menggunakan gelaran


Yang di-Pertua Negeri bagi ketua negeri mereka. Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan
Sarawak merupakan ahli Majlis Raja-raja yang menjadi ketua bagi negara masing-masing.
Namun, Yang di-Pertua Negeri tidak boleh dilantik sebagai ketua Persekutuan.

Perkara 19 : Nama Negeri

Borneo Utara dikenali dengan nama Sabah.

Sewaktu pemerintahan British, Sabah di kenali sebagai Borneo Utara (North Borneo)
dalam semua urusan rasmi termasuk hal-hal berkaitan surat dan perjanjian. Perkara 19
merupakan tuntutan negeri Sabah untuk menukar nama Borneo Utara kepada negeri
Sabah.

Perkara 20 : Tanah, Hutan, Kerajaan Tempatan dan Lain-lain

Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak
harus melibatkan Borneo Utara dan Sarawak. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan
Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara.

Perkara 20 merupakan tuntutan Sabah untuk menguruskan hak berkaitan tanah,


hutan dan kerajaan tempatan. Tuntutan ini bermaksud, kerajaan negeri Sabah berkuasa
penuh ke atas tanah dan kawasan di seluruh Sabah. Kerajaan Negeri Sabah berhak
menjual atau menebus tanah untuk kepentingan negeri tanpa perlu melalui Kerajaan
Persekutuan. Malah sebarang urusan berkaitan tanah dan perhutanan perlu melalui
Kerajaan Negeri walaupun berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan.

2.3 Ulasan dan Isu Perkara 20

Isu berkaitan dengan Perkara 20 Sabah dan Sarawak sering dibangkitkan oleh
pelbagai pihak terutama bagi tujuan politik. Isu yang sedang hangat pada hari ini ialah isu
yang dibangkitkan oleh golongan Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Mereka

13
menggunakan Perkara 20 sebagai alat untuk membawa Sabah dan Sarawak keluar
daripada Malaysia. Pihak SSKM mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak memenuhi tuntutan
yang dikemukakan Sabah dan Sarawak semasa menyertai Malaysia serta tiada peruntukan
tuntutan tersebut di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Periasamy, M., 2014).

Justeru, memahami dengan jelas konteks Perkara 20 Sabah dan Sarawak amat
penting supaya tidak berlakunya salah faham dan kekeliruan terhadap Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Perkara 20 merupakan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan
(JAK) dan Suruhanjaya Cobbold yang menyatakan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk
dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Asas kepada Perlembagaan
Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun
1963 bagi menyusun akta perlembagaan sesuai dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.
Setelah Perlembagaan Persekutuan Malaysia diluluskan dalam Parlimen Malaysia pada
tahun 1963, ia perlu diterima sepenuhnya oleh semua negeri di Malaysia (Nicholas, M.,
1963).

Menurut Anthony, A. (2004), perkaitan laporan tersebut telah mansuh dengan


sendirinya setelah pewartaan Akta Malaysia 1963 yang menyatakan bahawa Perlembagaan
Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Justeru, Perlembagaan Malaysia
tidak boleh dibayangi laporan tersebut setelah pewartaan Perlembagaan Malaysia pada Hari
Malaysia. Hal ini sama seperti Perlembagan Tanah Melayu 1957 yang tidak lagi terikat
kepada Laporan Suruhanjaya Reid tahun 1956. Secara umumnya Perlembagaan Malaysia
1963 telah memenuhi tuntutan Perkara 20 Sabah dan Sarawak. Namun, pindaan
Perlembagaan Malaysia menyebabkan pemansuhan perkara dan perlu dibaca bersama
dengan peruntukan undang-undang Malaysia yang lain.

Merujuk kepada Perkara 1 dalam Perkara 20, agama rasmi Malaysia dan
perundangan mengenai Islam tiada di Sabah dan Sarawak. Terdapat pihak mendakwa
persekutuan telah mencabuli tuntutan ini dengan memberi dana kepada institusi Islam dan
setiap majlis rasmi dimulakan dengan bacaan doa di Sabah (Niicholas, T., 2007). Dakwaan
ini tidak berasas sama sekali kerana perlembagaan negeri berkaitan agama telah dipinda
pada 25 September 1973 dengan memasukkan Agama Islam sebagai agama negeri Sabah
berdasarkan Enakmen No 8/1973. Pindaan dibuat di dalam Perlembagaan Negeri Sabah
bawah Perkara 5A dan Perkara 11A yang menyebut bahawa Islam adalah agama bagi
negeri tetapi mana-mana agama boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di dalam
mana-mana bahagian di dalam negeri.

Situasi yang sama berlaku bagi Perkara 2 sebagaimana Perkara 1 dalam Perkara
20. Perlembagaan Malaysia telah memenuhi tuntutan Perkara 20 melalui Akta Malaysia

14
1963, Seksyen 61 yang menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai pilihan untuk
menangguhkan perlaksanaan bahasa kebangsaan mengikut kehendaknya sendiri. Setelah
10 tahun, akta ini telah dipinda berhubung dengan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan Malaysia. Pindaan ini bertujuan
untuk membina perpaduan melalui bahasa melalui Enakmen No 8/1973, peruntukan 11A
bahawa bahasa rasmi bagi Kabinet Negeri dan Dewan Undangan adalah Bahasa Malaysia.
Justeru, penggunaan Bahasa Melayu di semenanjung berkuatkuasa pada 11 April 1963
manakala negeri Sabah dan Sarawak berkuatkuasa pada 1 September 1967 (Zulhilmi Paidi
& Rohani Abdul Ghani, 2003).

Selain itu, terdapat juga tuntutan Perkara 20 yang pada asalnya diperuntukkan di
dalam Perlembagaan Malaysia 1963 tetapi telah dimansuhkan seperti pemansuhan Perkara
15 dalam Perkara 20 mengenai sistem pelajaran Sabah & Sarawak yang wujud harus
diteruskan dan diletakkan di bawah kerajaan negeri. Pemansuhan ini menepati tuntutan
Perkara 20 iaitu pendidikan Sabah dan Sarawak diletakkan dibawah Persekutuan setelah
tempoh 10 tahun. Tujuan pemansuhan Perkara 15 ini ialah untu mewujudkan satu
pendidikan nasional (Dayu Sansalu, 2008). Jika dibiarkan kerajaan negeri mencorakkan
pendidikan, hasil pembelajaran tidak akan selari dengan pendidikan nasional. Maka
intergrasi nasional dan usaha mencapai kegemilangan pendidikan nasional tidak akan
tercapai.

Selain itu, pemansuhan sebahagian Perkara 20 juga bertujuan melindungi hak dan
keistimewaan Bumiputera Sabah dan Sarawak seperti pemansuhan Perkara 20 Sabah
berkaitan tanah. Reformasi undang-undang tanah baharu oleh Ketua Menteri Stephen
Kalong Ningkan pada tahun 1965 menyebabkan kaum pribumi mendapatkan status
pemilikan penuh ke tanah adat mereka dan kebebasan menjual tanah mereka kepada
sesiapa sahaja termasuk kaum bukan peribumi. Justeru, demi menjaga hak bumiputera
daripada diambil kaum lain, Kerajaan Pusat telah memansuhkan rang undang-undang tanah
tersebut dengan mendapat persetujuan ahli parlimen serta negeri Sabah dan Sarawak. Hal
ini menjadikan pemansuhan sebahagian Perkara 20 sah di sisi undang-undang
Perlembagaan Malaysia kerana sebarang pindaan melibatkan Sabah dan Sarawak perlu
dipersetujui kedua-dua negeri ini (A Rahman & Saidah Alih, 2017).

15
Walau bagaimanapun, masih terdapat Perkara 20 yang masih dikekalkan sehingga
ke hari ini dan perlu dibaca bersama dengan undang-undang lain di dalam Perlembagaan
Malaysia seperti Perkara 6. Peruntukan Perkara 9(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap
warganegara tidak boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan. Perkara
9(2) pula menyatakan setiap warga negara berhak untuk bergerak dengan bebas di seluruh
negara dan bermastautin di mana-mana negeri. Namun, peruntukan 9(1) dan 9(2) ini perlu
dibaca bersama dengan Perkara 9(3) yang menjelaskan negeri-negeri yang mempunyai
kedudukan istimewa seperti negeri Sabah dan negeri Sarawak boleh mengenakan sekatan
imigresen menghalang hak yang diberikan bawah Perkara 9(2) (Emerson, R. 1964). Justeru,
Sabah dan Sarawak masih berkuasa penuh ke atas imigresen mereka sehingga ke hari ini.

Selain itu, Perkara 8: Borneonisasi, Perkara 9: Pegawai-pegawai British dan Perkara


14: Jangkamasa Peralihan dalam Perkara 20 masih dikekalkan. Melalui Perkara 14 dalam
Perkara 20 Sabah dan Sarawak, Pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan
kerajaan negeri di Malaysia dicitrakan di dalam Perlembagaan Persekutuan peruntukan
Perkara 73, 74, 75, dan 76A dan Jadual ke-9 yang menyenaraikan Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri, dan Senarai Bersama. Melalui tuntutan Perkara 8 dan 9, sehingga Julai
2011, seramai 53 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan
Ketua Badan Berkanun dalam agensi dan jabatan Persekutuan Sabah. Jumlah keseluruhan
jawatan Persekutuan Sabah ialah 130 dan membuktikan anak tempatan Sabah telah
memegang jawatan Persekutuan sebanyak 41% daripada jumlah tersebut (Azharudin M.
Dali, 2012). Proses ini menunjukkan kerajaan Persekutuan berusaha memenuhi tuntutan
Perkara 20 Sabah dan Sarawak.

Secara keseluruhannya, Perkara 20 merupakan satu referendum atau laporan


daripada suruhanjaya dan badan yang berusaha membentuk Persekutuan Malaysia.
Perkara 20 dijadikan sebagai rujukan untuk membina sebuah perlembagaan baru
berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Peredaran zaman dan
kepentingan nasional telah membuatkan tuntutan Perkara 20 telah dipinda, dimansuhkan
atau perlu dibaca bersama. Perubahan peruntukan tuntutan Sabah dan Sarawak ini bukan
dilaksanakan oleh sebelah pihak sahaja. Sebarang perubahan perlembagaan perlu melalui
persetujuan 2/3 parlimen serta persetujuan Sabah dan Sarawak sendiri. Justeru, perubahan
akta berkaitan Perkara 20 sudah mendapat persetujuan sendiri daripada kedua-dua negeri
tersebut.

2.4 Penutup

Kesimpulannya, semua rakyat Malaysia perlu memahami dengan mendalam tentang


Perkara 20 Sabah dan Sarawak serta kepentingannya di dalam Perlembagaan Malaysia.

16
Hal ini supaya pihak yang tidak bertanggungjawab sukar untuk memanipulasi pemikiran
warga Malaysia dengan dakwaan berkaitan Perkara 20 tidak dipenuhi dalam Perlembagaan
Malaysia. Malah terdapat juga dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa Sabah dan
Sarawak boleh keluar daripada Malaysia kerana Perjanjian Malaysia tidak lagi sah selepas
Singapura keluar daripada Malaysia. Penarikan diri Singapura adalah sah disisi undang-
undang atas majoriti Parlimen Malaysia bersetuju mengeluarkan Singapura serta
persetujuan antara Malaysia dan Singapura (John, M. ,2001).

Namun, Sabah dan Sarawak tetap mempunyai hak untuk menuntut kepada pihak
Kerajaan Persekutuan menggunakan Perkara 20 bagi memelihara hak dan keistimewaan
rakyat Sabah dan Sarawak. Tuntutan tersebut perlulah melalui parlimen Malaysia terlebih
dahulu dan diluluskan di dalam Perlembagaan Malaysia dengan mendapat majoriti 2/3 undi.
Akhir kata, Perkara 20 mempunyai nilai sejarah dan memberikan kepentingan yang besar
kepada penduduk Sabah dan Sarawak. Sebagai warganegara Malaysia, kita
bertanggungjawab mengetahui dan memahami Perkara 20 supaya kita tahu hak orang lain
serta menjaganya daripada disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Rujukan

A Rahman & Saidah Alih. (2017). Proses Kemerdekaan Sabah Dan Sarawak (1961-1963):
Tinjauan Kembali Aplikasi Perundangan Dalam Penubuhan Malaysia. Malaysian
Journal of History, Politics & Strategic Studies, 24-57.

Anthony, A. (2004). Imperialism, Sovereignty and the Making of International Law. New
York: Cambridge University Press.

Azharudin M. Dali. (2012). Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah dan Sarawak ke


Dalam Malaysia. Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1-14.

Dayu Sansalu. (2008). Kadazandusun di Sabah: Pendidikan dan Proses Pemodenan.


Sabah.

Emerson, R. (1964). Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur: University
of Malaya Press.

James, P.O. (1985). Nation-building in Malaysia 1946 – 1974. Singapura: Oxford Press.

John, M. (2001). Conflict and Confrontation in South East Asia, 19611965: Britain, the
United States and the Creation of Malaysia. New York: Cambridge University Press.

17
Kratoska, P.H. (2001). South East Asia, Colonial History Vol. V Peaceful Transitions to
Independence (1945-1963). London: Routledge.

Mohd Ariff. (1970). The Philippines claim to Sabah: Its historical legal & political implications.
Kuala Lumpur.

Mohd Isa Othman. (2000). Sejarah Malaysia 1800 – 1963. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Nicholas, M. (1963). Documents and Speeches On Commonwealth Affairs, 1952-1962.


London.

Niicholas, T. (2007). Regionalism in Southeast Asia: To foster the political will. New York:
New York Press.

Periasamy, M. (2014, Oktober 14). Perlembagaan Jamin Hak Rakyat Sabah Sarawak. (B.
Harian, Interviewer)

Willard, A.H. (1964). The formation of Malaysia: New factor in world politics. New York:
American Universities Field Staff, Inc.

Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. (2003). Pendidikan Negara Bangsa. Pahang: PTS
Publication & Distributor Sdn..Bhd.

18
LAMPIRAN

19

You might also like