You are on page 1of 1

perlu mendampingi MBK untuk melihat keperluan mereka dalam PdP,

semasa menjawab latihan dan sebagainya supaya mereka boleh menerima ilmu
yang disampaikan olehguru mata pelajaran selaras dengan murid lain. Selain itu,
pihak pentadbir mengagih tugas kepada GBK secara seimbang. Pihak pentadbir
berbincang dengan GBK berkaitan kekerapan melaksanakan program bimbingan di
sekolah supaya tidak mengganggu jadual GBK untuk membantu guru mata
pelajaran dalam kelas inklusif. Selain itu, pihak pentadbir juga membudayakan
amalan memantau kerja guru di dalam bilik darjah untuk memastikan GBK sentiasa
masuk ke kelas inklusif tepat pada masanya untuk membantu guru matapelajaran.
Buktinya, menurut Lee & Sailajah (2018), guru besar dan pengetua perlu melakukan
penilaian formal dengan mengadakan lawatan bilik darjah atau laluan pembelajaran
memastikan semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan baik agar matlamat
pendidikan lebih mudah tercapai.

Antara faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan PPI ialah perkhidmatan


sokongan.Perkhidmatan sokongan adalah bantuan yang diberikan kepada MBK
supaya boleh mengurangkan impak kesukaran persekitaran pembelajaran MBK
dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti, menggalakkan kerjasama antara
semua pihak dan menyediakan kemudahan yang boleh diakses oleh semua warga
sekolah (Zalizan,2009). Sebagai contoh, untuk murid yang mempunyai masalah
penglihatan maka pihak sekolah akan menyediakan mesin braille dan kanta
pembesar supaya murid tersebut boleh melibatkan diri dalam aktiviti PdP dengan
selesa. Selain itu, keperluan alatan lain seperti sistem Augmentative and Alternative
Communication (ACC) yang direka khas untuk invidu yang kurang upaya bertutur
dan menulis supaya dapat berkomunikasi secara berkesan menggunakan ACC.

Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan
kejayaan PPI. Masyarakat khususnya ibu bapa perlu giat memberi sokongan dalam
PPI supaya hubungan ibu bapa dan guru boleh menjadi erat dan seterusnya
membantu memperkukuhkan lagi pelaksanaan PPI di sekolah. Setelah hubungan
ibu bapa dan guru menjadi erat maka ibubapa juga lebih bersedia untuk menerima
maklum balas daripada guru dan kemudiannya bersama-sama menyediakan
persekitaran pembelajaran yang inklusif untuk membantu MBK meningkatkan
pencapaian akademik dan bukan akademik. Pada ketika dahulu,

You might also like