You are on page 1of 5

1.

0 UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN


Secara umumnya, perlembagaan ialah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara yang
berperanan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat.
Menurut A. V. Dicey (2013) menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa
sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan berfungsi sebagai penentu corak
pemerintahan negara, hak rakyat dan menerangkan tentang perkara yang boleh dilakukan dan
tidak boleh dilakukan oleh semua pihak di bawah naungannya. Oleh itu, rakyat perlu patuh dan
berpegang teguh kepada perlembagaan negara sekali gus dapat mengawal keamanan negara
dan kestabilan politik. Negara kita, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen
dibawah pentadbiran Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Dalam masa yang sama
negara kita juga mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Jalur gemilang merupakan
bendera rasmi negara. Setiap warna, jalur, dan simbol bintang serta bulan pada bendera ini
memberi makna dan maksud yang tersendiri. Manakala, bunga raya pula dipilih sebagai Bunga
Kebangsaan negara.

Sejak merdeka lagi, perlembagaan persekutuan dibentuk bagi mengekalkan hak asasi
kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agam dan bahasa. Melalui cara ini demokrasi
yang adil dapat direalisasikan bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Unsur-unsur ini
merujuk kepada “kontrak sosial” yang telah disepakati semasa penggubalan perlembagaan.
Unsur-unsur tradisi yang dimaksudkan adalah bahasa, agama, pemerintahan beraja dan
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Dalam Perlembagaan
Persekutuan, termaktub di dalamnya berkenaan unsur-unsur tradisi yang berperanan sebagai
prasyarat permuafakatan dan persefahaman masyarakat Malaysia.

1.1 AGAMA
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya
hidup secara aman dan damai. Kepelbagaian ini satu keunikan yang sepatutnya dirai
dan menjadi kebanggaan rakyat kita. Rakyat Malaysia mesti mempunyai agama kerana
telah tertulis dalam Rukun Negara yang pertama iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan”.
Ruslan Zainuddin (2014) menyatakan agama Islam telah bertapak di tanah Melayu sejak
abad ke-13 lagi melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1292
Masihi dan berkembang maju pada zaman pemerintahan Kerjaan Melayu Melaka pada
abad ke-15. Meskipun dengan kedatangan penjajah Barat yang membawa agama
Kristian, pedagang India yang membawa agama Hindu dan sebagainya, namun
semangat Islam tidak pernah luput dalam jati diri orang Melayu.
Disebabkan inilah, Suruhanjaya Reid telah menggariskan agama Islam sebagai
agama persekutuan bagi Persekutuan Tanah Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan. Unsur tradisi agama Islam sebagai agama persekutuan ini perlu
dipertahankan oleh rakyat Malaysia untuk memelihara agama Islam itu sendiri di bumi
Melayu. Perlembagaan negara mencatatkan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan
dalam kalangan orang Islam dan agama Islam dibenarkan berbuat demikian. Perkara ini
kelihatan seperti tidak adil, namun Shamsul Amri Baharuddin (2012) mengatakan
bahawa perkara ini berlaku untuk kestabilan masyarakat. British telah mengiktiraf agama
Islam sebagai agama rasmi bagi Tanah Melayu. Sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi Islam telah diterima sebagai agama utama penduduk Tanah Melayu.

Agama Islam dipilih kerana rakyat Persekutuan Tanah Melayu berbangsa


Melayu dan dikenal pasti sebagai bangsa majoriti di negara ini. Sewaktu British bertapak
di Tanah Melayu, agama Islam langsung tidak diganggu dan urusan agama diserahkan
kepada Raja-Raja Melayu. Hal ini dinyatakan dalam perlembagaan bahawa hal ehwal
agama Islam terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja yang tidak akan berlaku pindaan
sekiranya tidak mendapat persetujuan 2/3 parlimen dan perkenan daripada Raja-Raja
Melayu. Hal ini membuatkan agama Islam kebal di Malaysia dan tidak tergugat.
Meskipun agama Islam diangkat sebagai agama persekutuan, namun agama-agama
lain masih boleh dipraktikkan selagi tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Tetapi
rakyat Malaysia perlu menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan

1.2 BAHASA
Bahasa Melayu juga diterima sebagai salah satu elemen tradisional yang ada di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Keistimewaan bahasa Melayu dalam sejarah di negara ini
dapat digambarkan di dalam sebuah surat yang bertarikh 11 Mei 1914 oleh baginda
Sultan Johor yang menulis kepada Sir Arthur Yong, iaitu Gabenor Singapura ketika itu
agar Bahasa Melayu dan Inggeris perlu diterima sebagai bahasa rasmi di dalam
Mahkamah Keadilan dan semua Jabatan Kerajaan di negeri ini. Selain itu baginda
menyatakan tulisan jawi merupakan bahasa penulisan Melayu perlu juga diangkat untuk
diberi pengiktirafan rasmi. Bagi tujuan memperkasakan Bahasa Melayu selepas
kemerdekaan maka Perkara 152 diwujudkan dengan maksud bahasa kebangsaan
adalah bahasa Melayu dan pada masa yang sama juga melindungi bahasa ibunda lain
dengan wujudnya peruntukan tidak melarang atau menghalang orang lain daripada
menggunakan bahasa lain selain daripada penggunaan sebagai bahasa rasmi.

Di samping, Bahasa Melayu turut menjadi bahasa perantaraan sejak abad ke-15
sewaktu Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan itu, bahasa Melayu digunakan
pedagang-pedagang yang datang dari negara lain. Oleh yang demikian, bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara
ini melalui satu negara yang mempunyai bahasa yang sama. Hal ini kerana bahasa
Melayu merupakan bahasa yang senang untuk dipelajari dan dikuasai oleh sesiapa
sahaja [CITATION Ahm13 \l 1033 ]. Pada zaman jajahan British juga terdapat sarjana
bahasa Melayu yang muncul kerana keunikan bahasa Melayu seperti R.J Wilkinson.

Menurut Mohd Sohaimi Esa (2011), sebelum Perang Dunia Kedua lagi, Bahasa
Melayu telah digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-
menyurat, perundangan dan kehakiman negeri-negeri Melayu tidak bersekutu, jabatan
polis dan sebagainya bagi memudahkan pentadbiran. Disebabkan itu, segala urusan
harian yang menggunakan bahasa Melayu dapat memudahkan komunikasi pelbagai
pihak kerana mempunyai bahasa yang sama. Namun begitu, bahasa lain masih boleh
dituturi serta diajari kerana Perlembagaan tidak menghalang atau menyekat mana-mana
individu untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain, segala apa yang terkandung
dalam Perlembagaan adalah untuk menjaga hak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
di Malaysia

1.3 INSTITUSI BERAJA


Pemerintahan beraja menjadi salah satu unsur tradisi yang sangat penting dalam
Malaysia. Sepertimana yang kita tahu, Raja-raja memainkan peranan yang sangat
penting dalam menjaga dan mengekalkan adat dan sistem pemerintahan tertua negara.
Raja adalah berkuasa mutlak dalam apa jua bidang pemerintahan yang terdapat di
dalam negeri. Yang Dipertuan Agung adalah Raja yang mempunyai kuasa tertinggi di
dalam Malaysia. Setiap bidang pemerintahan, hak mahupun kuasa yang dijalankan di
Malaysia hendaklah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung.    Institusi
beraja merupakan warisan turun temurun yang melambangkan identiti negara sebagai
negara mempunyai kedaulatan tersendiri.
Seiring dengan demokrasi yang diamalkan, beberapa pengubahsuaian dilakukan
terhadap institusi beraja untuk diselaraskan dengan amalan demokrasi berparlimen.
Dengan itu, sistem raja berkuasa mutlak dimahsuhkan dan sistem raja berpelembagaan
menggantikan sistem yang lama. Sistem ini memperuntukkan batas kuasa raja-raja oleh
perlembagaan dan raja dikehendaki menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan
peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan dan undang-undang negara (Paimah
Atoma et.al, 2011). Oleh itu, raja berkuasa ke atas agama Islam dan adat resam
Melayu. Sistem pemerintahan beraja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan amat penting untuk dipertahankan demi permuafakatan rakyat.

Di Malaysia, Yang Di-Pertuan (YDP) Agong dan Majlis Raja-Raja adalah unsur
tradisi yang penting kerana dianggap sebagai harapan dan lambang perpaduan dalam
kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Hal ini disebabkan kerabat diraja tidak
terlibat dengan pengaruh politik. Di samping mengekalkan identiti kemelayuan, tradisi ini
dapat menjamin kebajikan etnik-etnik yang bernaung di bawah panji negara
terutamanya kaum Bumiputera kerana salah satu peranan raja ialah memelihara hak
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak di samping menjaga
kepentingan sah kaum lain.Dengan pemeliharaan hak antara etnik ini, perpaduan kaum
dapat dikekalkan dengan harmoni.

Raja atau YDP Agong juga merupakan ketua negara dan berkuasa berlandaskan
perlembagaan sekiranya berlaku krisis politik dalam negara. Dapat kita lihat pada krisis
politik Malaysia 2020 yang berlalu tanpa sebarang rusuhan sedangkan negara-negara
lain yang mengalami krisis politik boleh mencetuskan pergolakan dalam kalangan rakyat
sehingga menyebabkan kematian seperti negara Indonesia dan Sudan pada tahun
2019. Hal ini berlaku kerana setelah ketua negara mereka (presiden) digulingkan,
negara mereka tidak diketuai mana-mana pihak sehingga presiden yang baharu dilantik.
Selain itu, institusi beraja juga menjadi lambang perpaduan kaum di Malaysia. Sekiranya
raja menitahkan sesuatu, rakyat wajib mentaati pemimpin kerana sikap mentaati
pemimpin dapat menjamin keharmonian sesebuah negara. Ketaatan kepada raja dan
negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

1.4 HAK ISTIMEWA ORANG BUMIPUTERA MELAYU, SABAH DAN SARAWAK


Unsur tradisional terakhir adalah kedudukan istimewa bangsa Melayu dan bumiputera.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hak ditakrifkan spebagai kuasa atas sesuatu
untuk berbuat sesuatu dan kepunyaan atau milik. Maka hak istimewa yang dimaksudkan
adalah kelebihan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
kemudahan khas lain yang diberikan. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh
dilaksanakan tanpa menindas kaum-kaum lain.

Hak istimewa Orang Melayu adalah hak yang telah dipersetujui oleh para
pemimpin terdahulu yang telah diberikan kepada orang Melayu sebagai cagaran atau
gantian kepada kesediaan rakyat melayu di Tanah Melayu untuk menerima etnik India
dan Cina bagi berkongsi kehidupan di tanah Melayu secara bersama. Ia dibuat di dalam
perlembangaan persekutuan tanah melayu 1948, sewaktu rundingan kemerdekaan
ingin dilaksanakan. Hak ini dipinda bagi melindungi orang Melayu kerana pada waktu
itu orang Melayu tidak mahu menerima kehadiran kaum India dan Cina sebagai rakyat di
Tanah Melayu. Keadaan ini akan menyukarkan proses kemerdekaan pada masa itu
kerana masing- masing ingin menegakkan hak kaum sendiri.

Pada zaman penjajahan British, hak istimewa orang Melayu bukanlah sesuatu
yang penting dan Raja-raja Melayu. Ini kerana penjajah British memahami bahawa
tanah ini merupakan hak milik asal orang Melayu hatta sebelum zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi. Namun begitu, apabila Malayan Union digantikan dengan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu serta kemasukan pendatang Cina dan India, maka
kedudukan istimewa orang Melayu mula dibincangkan dan pada tahun 1963 apabila
negeri Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia maka kedudukan
bumiputera di negeri tersebut juga di letakkan di bawah tanggungjawab Yang Di Pertuan
Agong dan diiktiraf sebagai sebahagian Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

You might also like