You are on page 1of 4

Wednesday, 2 September 2015

takrifan kesantunan tokoh dunia(bab2)


2.2: KETAKRIFAN KESANTUNAN TOKOH DUNIA
~ Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut
perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung
daripada pendengar.
~ Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam
hubungan masyarakat. Bahasa halus dan tersirat selalu
digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain.
~ Kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh
penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
~ Kesantunan terbahagi kepada dua jenis seperti yang dijelaskan
oleh Asmah Haji Omar: kesantunan asas dan kesantunan
berkala.
~ kesantunan asas: kesantunan sedia ada yang merupakan
pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
~ kesantunan berkala: kesantunan yang menggmbarkan ucapan
yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu
sama lain bergantung kepada keadaan, situasi dan tempat
tertentu.

~ Leech (1983), menginterprestasikan kesantunan sebagai


perlakuan yang dapat mengurangkan pergesaran dalam sesuatu
interaksi. Dalam usaha mengurangkan pergesaran atau konflik
penggunaan bahasa mesti halus, beradab sopan, perlakuan
lemah-lembut dan berbudi pekerti.

~ J. Ferguson dan Das Gupta (1968) menyatakan kesantunan itu


berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
~ Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah
dan pakaiannya. Kata-kata yang lembut dan beradab dapat
melembutkan hati manusia yang keras.

~ Menurut Aristotle, ketinggian darjat seseorang diukur melalui


akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. Pengertian yang
diberikan memberi maksud aspek kesantunan memainkan
peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu
bagi menentukan seseorang itu berakhlak terpuji atau mempunyai
akhlak yang tercela.

~ Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia


ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat. Pengertian ini merujuk
kepada kesantunan yang harus ada kepada pemimpin
masyarakat atau orang yang mempunyai kuasa, harta dan
kedudukan dalam masyarakat.

~ Lakoff (1975) telah  mendefinisikan kesantunan sebagai


perlakuan yang mengurangkan pergesaran dalam sesuatu
interaksi yang berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal.

~ Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan


berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam
komunikasi.
HAMKA

 Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan


ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan
manusia yang keras.
  Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi
darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku
dan akal budinya.

ARISTOTLE

 Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya,


bukan asal keturunannya.
 Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

J. Ferguson dan Das Gupta (1968) pula menyatakan bahawa


kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan
oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang
konflik. Sebagai contoh, wujud persetujuan bersama dalam
masyarakat dan mewujudkan etika dan peraturan
bermasyarakat. Biasanya hal ini diamalkan oleh masyarakat
yang mengamalkan budaya yang sama serta ingin
melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.

You might also like