You are on page 1of 1

a) Kaum Kadazandusun – Pesta Keaamatan

Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan
"Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk
menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-
Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai
menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis
Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji
Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama. Antara sambutan menarik
yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan
oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional
mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua
tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan. Selain daripada persembahan tarian Sumazau,
diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu
cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan.

You might also like