You are on page 1of 1

STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF

Posted on April 19, 2008 by hildaain

Disediakan oleh Pn. SHAMSIAH BT MOHD JAIS, Penyelaras Pendidikan Khas SK. Matang.

Pada peringkat permulaan Pendidikan Inklusif dijalankan secara ‘Partikal Integration’ sahaja.
Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak
pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru integrasi.
Pilihan yang tepat ini sangaat penting dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif. Pada tahun
2006 sebagai tahun permulaan, Program Pendidikan Inklusif ini dijalankan secara ‘Partikal Inclusion’.
Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan Inklusif
di sekolah ini.

Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan
terlibat dengan perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif.

Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid Khas yang akan mengikuti Program
Pendidikan Inklusif.

Mengadakan sesi suai kenal di antara Kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.

Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam bilik darjah
biasa.

Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan
keperluan kanak-kanak khas ini.

Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.

Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P
di dalam kelas normal.

Menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Penilaian keberkesanan Program Pendidikan Inklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.

You might also like