You are on page 1of 1

Peraturan Persatuan Kraf Tangan (PPKI) SJKT Ladang Lauderdale

1. Semua ahli wajib hadir segala aktiviti yang diadakan oleh persatuan. Jika tidak hadir,
ahli mestilah menunjukkan surat tunjuk sebab . Kegagalan ahli berbuat demikian, akan
diambil tindakan disiplin.
2. Semua ahli wajib bayar yuran persatuan sebanyak RM2.00 pada setiap tahun.
3. Semua ahli mestilah berpakaian sukan semasa menghadiri aktiviti persatuan.
4. Semua ahli mestilah menghormati dan patuh kepada segala arahan yang diberi oleh
guru penasihat.
5. Ahli jawatankuasa mestilah menjalankan tugas yang diberi dengan sempurna.
6. Semua ahli dilarang untuk membawa pulang alat-alat persatuan ke rumah tanpa
kebenaran guru penasihat. Ahli dibenarkan membawa pulang kraf tangan yang
dihasilkan.
7. Semua ahli mestilah menjaga keselamatan semasa membuat aktiviti persatuan.
8. Semua ahli haruslah hadir ke perjumpaan persatuan tepat pada masanya.
9. Semua ahli tidak dibenarkan bermain dan membuat bising semasa aktiviti dijalankan.
10. Semua ahli mestilah terlibat secara aktif dalam segala aktiviti persatuan.
11. Semua ahli mestilah berkerjasama sesama ahli dan guru setiap masa.
12. Semua ahli mestilah berkelakuan baik dan bersopan semasa berurus niaga dengan
orang lain.
13. Segala pendapatan dari pameran kraf tangan akan diserahkan kepada dana persatuan.
14. Persatuan ini hanya dibuka kepada semua murid berkeperluan khas yang belajar di
kelas PPKI di sekolah ini sahaja. Permohonan selain murid ini tidak akan diterima.
15. Murid yang berminat menyertai persatuan ini, mestilah mengisi boring penyertaan dan
serah pada guru penasihat sebelum tarikh pendaftaran.

You might also like