You are on page 1of 6

1.

0 pengenalan

pada 1 mac 2020, hingga 6 mac 2020, saya telah menjalani pbs di sekolah
tarcissian convent yang terlatak di ipoh. Sepanjang PBS saya telah melihat proses
pengajaran yang dilakukan oleh ustazah mufadzilah untuk mengajar Bahasa arab
tahun 4 iaitu berkaitan peralatan di rumah. Proses pengajaran dan pembelajaran
bagi tajuk ini telah dilaksanakan di makmal komputer. Sepanjang PBS saya juga
telah menilai kaedah pengajaran serta kemahiran-kemahiran bahasa yang
digunakan oleh beliau termasuk unsur-unsur pembelajaran abd ke-21 dan
penggunaan alat-alat digital sepanjang proses pembelajaran.

Pemilihan Kaedah pengajaran sangat penting dalam memastikan setiap objektif


pengajaran itu dapat dicapai. Bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang tajuk
yang diajar, guru juga hendaklah menerapkan unsur-unsur pembelajaran abad ke-21
di samping menngunaakan alat-alat digital yang sesuai seperti menggunakan
komputer, aplikasi digital seperti kahoot, quiz, google classroom daan sebagainya.
Penggunaan alat-alat digital serta kaedah pengajaran abad ke-21 ini dapat menarik
minat pelajar terutamanya kanak-kank untuk mempelajari Bahasa arab.

2.0 kaedah pengajaran


2.1 kaedah langsung

antara kaedah mengajar yang digunakan oleh ustazah Mudfazilah ialah kaedah
langsung di mana beliau telah menggunakan teknik syarahan ataupun kuliah.

Pengajaran langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran


asas di mana pelajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah
berstruktur. Mengikut ali (2002), pengajaran langsung merupakan satu cara berkesan untuk
mengajar pengetahuan dan kemahiram asas kepada murid. Pengajaran langsung boleh
diterangkan dalam tiga aspek, iaitu jenis hasil pembelajaran pelajar, aliran aktiviti
pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Pengajaran langsung direka bentuk untuk
merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang distrukturkan serta diajar secara
langkah demi langkah demi langkah (kardi, 2000). Pengajaran jenis ini berpusatkan guru
dan mengandungi lima langkah, iaitu penentuan set; penerangan/demonstrasi;
praktis/latihan terbimbing; maklum balas; dan amalan/praktis lanjutan. Maka, pengajaran
langsung bertujuan untuk mencapai dua hasil pembelajaran utama, iaitu penguasaan
kandungan berstruktur dan penguasaan pelbagai kemahiran. ustzah aisyah telah
memberi penerangan terlebih dahulu kepada para pelajar mengenai tajuk yang akan
dipelajari serta objektif pembelajaran bagi tajuk iaitu peralatan di rumah, hal ini bagi
memastikan setiap pelajar jelas mengenai apa yang patut mereka kuasai dalam
tajuk ini dan pada akhir pengajaran beliau juga akan menilai tahap kefahaman
pelajar dengan melakukan beberapa aktiviti seperti soal jawab dan kuiz.

antara kemahiran yang digunakan dalam kaedah ini ialah lemahiran mendengar.
para pelajar akan mendengar segala penerangan yang diberikan oleh ustazah
dengan bersunguh-sungguh kerana setelah selesai penerangan, ustazah akan
meminta mereka untuk menulis nota berdasarkan kefahaman mereka terhadap
syarahan yang diberikan dalam masa 5 minit. Hal ini selaras dengan aktiviti
pembelajaran abad ke- 21 iaitu simultaneous round table. Setelah selesaai menulis
nota, para pelajar akan bertukar tukar nota dengan rakan dan membaca nota yang
ditulis oleh rakan. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu mengembangkan
idea atau pengetahuan pelajar kerana setiap pelajar mempunyai tahap pemahaman
yang berbeza di mana setiap huraian dan penerangan pelajar adalah berbeza
mengikut tafsiran pelajar itu sendiri.

2.2 kaedah induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-


maklumat, kemudian membuat generalisasi ( sulaiman, 2004). Dalam penggunaan
kaedah ini,guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan beberapa
contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan
kepada contoh-contoh yang diberikan,murid-murid dibimbing
memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam
contoh-contoh khusus itu,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang
berkenaan.
Kaedah induktif ini dapat dilihat apabila ustazah mufadzilah melakukan aktiviti
secara berkumpulan iaitu mencari gambar yang betul Setiap kumpulan dibekalkan
satu gambar dan satu set perkataan perlatan yang terdapat dalam rumah di mana
pelajar dikehendaki berbincang dan menganaalisis perkataan yang diberikan dengan
ahli kumpulan untuk mencari gambar berdasarkan perkatan-perkataan tersebut.
Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan di mana semua pelajar telah dibahagikan
kedalam beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan teridiri daripada tiga orang
ahli. Setiap kumpulan terdiri daripada murid cemerlang, sederhana dan lemah.
antara kemahiran yang digunakan dalam aktiviti ini ialah kemahiran bertutur dan
kemahiran membaca di mana pelajar akan membaca, dan menganalisis perkataan-
perkataan tersebut serta berbincang dengan rakan untuk mencari gambar yang
sesuai. aktiviti perbincangan ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif serta memupuk sikap kolaboratif dalam diri pelajar di mana pelajar
akan saling bertukar-tukar pendapat antara mereka. seiring dengan eemen yang
terdapat dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu kolaboratif.

alat digital yang digunakan dalam kaedah ini ialah komputer dan juga aplikasi belajar
Bahasa arab di mana permainan cari gambar berdasarkan perkataan ini terdapat
dalam aplikasi tersebut. penggunaan alat-alat digital ini secara tidak langsung dapat
menarik minat pelajar untuk belajar dan kekal fokus semasa belajar. hasanah,
(2018) menegaskan bahawa penggunaan alat digital mempunyai pelbagai fungsi
yang menarik seperti gambar yang bewarna-warni dan boleh bergera serta, terdapat
unsur muzik yang sesuai untuk kanak-kanak.

2.3 kaedah pengajaran talaqqi musyafahah

selain itu, ustazah mufadzilah juga menggunakan kaedah talaqqi musyafahah


semasa mengajar tajuk alatan dalam bilik air. Contohnya, ustazah mengajar pelajar
untuk menyebut peralatan di dalam bilik air dengan betul secara bersemuka di mana
pada awalnya murid akan melihat pergerakkan bibir guru mereka terlebih dahulu
kemudian baru menyebut perkataan tersebut. melalui kaedah ini, guru dapat
membetulkan kesalahan sebutan murid terutamanya apabila berkaitan huruf yang
mempunyai bunyi yang sama seperti tha, sin zal, dzal dan sebagainya. Hal ini
selaras dengan standard prestasi yang terdapat dalam tajuk ini iaitu:

Kaedah ini juga menekankan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur pelajar
di mana pelajar perlu mendengar dan melihat pergerakan bibir guru mereka semasa
proses pembelajaran ( omar, 2019). Hal ini secara tidak langsung dapat membantu
pelajar untuk fokus kepada apa yang diajar. kaedah talaqqi musyafahah ini juga turut
dipraktikkan oleh malaikat jibril juga ketika menyampaikan wayhu kepada rasulullah.
Allah berfirman dalam surah al-qiyamah ayat 16-18:

Hal ini membuktikan bahawa kaedah talaqqi musyafahah sangat sesuai digunakan
untuk mempelajari Bahasa arab yang merupakan Bahasa al-quran.

2.4 kaedah latih tubi

akhir sekali, kaedah pengajagaran yang digunakan oleh ustazah mufadzilah ialah
kaedah latih tubi. Hal ini dapat dilihat pada akhir sesi pengajaran dimana ustazah
mufadzilah telah mengadakan sesi soal jawab dan kuiz untuk menguji tahap
jefahaman pelajar dalam tajuk peralatan di rumah.

Semasa menjalankan kuiz, ustazah telah menggunakan aplikasi “kahoot”. Setiap


pelajar diminta untuk menjawab kuiz tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk berfikir dan mengingati
semula apa yang telah dipelajari oleh mereka sepanjang proses pembelajaran. Kuiz
ini juga telah dijalankan secara individu

Kemahiran Bahasa yang digunakan semasa menjalankan kuiz dan soal jawab ini
ialah kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis. Kemahiran membaca
dan menulis diaplikasikan oleh para pelajar semasa mereka menjawab kuiz dimana
para pelajar diminta untuk membaca soalan dan menulis jawapan yang betul di
dalam kahoot manakala kemahiran mendengar dan bertutur pula digunakan oleh
pelajar dalam sesi soal jawab. Guru akan menanyakan soalan kepada pelajar dan
pelajar dikehendaki memberi pendapat masing-masing berdasarkan kefahaman
mereka dalam tajuk alatan di dapur ini. oleh itu, kaedah latihan ini dapat membantu
guru untuk mengetahui tahap kefahaman dan penguasaan pelajar dalam tajuk yang
diajar.

3.0 penambahbaikkan

antara penambahbaikkan yang boleh dilakukan ialah guru hendaklah memastikan


persekitaran fizikal bilik darjah fleksibel dan sesuai digunakan untuk menjalankan
semua aktiviti pembelajaran yang telah dirancang. Hal ini dapat dilihat apabila
susunan kerusi dan meja dalam makmal komputer tidak berapa sesuai unttuk aktiviti
perbincangan. Ini akan menyebabkan pelajar tidak akan fokus terhadap
perbincangan yang dilakukan ada ada sesetengah pelajar yang bermain bersama
dengan rakan. Ahmad, (2013) menerangkan bahawa Susunan kerusi dan meja yang
sesuai sangat penting untuk memudahkan guru memantau segala aktiviti-aktiviti
yang dilakukan oleh pelajar.

Selain itu, guru hendaklah menyediakan rancangan sampingan jika berlaku masalah
untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran terutamanya jika melibatkan penggunaan
teknologi. Hal ini dapat dilihat ketika rangkaian internet mempunyai masalah dan
tidak boleh digunakan untuk melakukan kuiz menggunakan kahoot. Oleh itu,
rancangan sampingan sangat seperti guru boleh menyediakan lembaran kerja
kepada para pelajar bagi menggantikan kahoot. Guru hendaklah sentiasa bersedia
dan fleksibel serta mampu memikirkan penyelesaian jika berlaku sebarang masalah
ketika proses pembelajaran seiring dengan kehendak pembelajaran abad ke-21
yang menekankan pemikiran kritis dan kreatif.

Akhirnya, antara penambahbaikkan yang dapat dilakukan ialah guru hendaklah


mengasingkan pelajar yang sangat lemah seperti pelajar yang tidak mengenali huruf
dan menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka. hal ini dapat dilihat jika mereka
diletakkan bersama pelajar yang cemerlang dan pelajar yang lemah tetapi masih
boleh membaca, mereka tidak akan bekerjasama dengan pelajar-pelajar ini untuk
menyelesaikan tugasan malahan mereka hanya bermain. Ini akan menyebabkan
mereka ketinggalan dalam pembelajaran. Oleh itu, guru hendakalh menyediakan
aktiviti yang sesuai engan tahap mereka contohnya dalam aktiviti mencari gambar
berdasarkan set perkataan, guru boleh menyediakan gambar alatan di rumah dan
perkataan bagi gambar tersebut di mana mereka hanya perlu mewarnakan gambar
tersebut. hal ini akan membuatkan mereka berasa gembira kerana mereka juga
dapat belajar bersama dan tidak berasa terpinggir. Oleh itu, guru hendaklah peka
dan mengambil berat akan setiap pelajarnya dan mngetahui setiap kelemahan
mereka agar setiap aktiviti pembelajaran yang dirancang fleksibel untuk semua
pelajar.

4.0 penutup

kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap


aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pemilihan kaedah
pengajaran, alat digital serta kemahiran yang hendak diaplikasikan hendaklah
selaras dengan pembelajaran abad ke-21 dan sesuai dengan objektif pembelajaran.
Oleh itu, gruu hendaklah sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat dilaksanakan kerana
guru merupakan perancang dan pembimbing serta pemudahcara kepada pelajar
semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran (yahaya, 2020).

Ahmad, C. N. C., Noh, N. M., Adnan, M., Putih, M., & Ibrahim, M. H. (2013).
Pengaruh persekitaran fizikal bilik darjah terhadap tahap keselesaan pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 6, 0.

Al-quran.

binti Omar, N., & bin Yusof, N. H. (2019). Concepts And Implementation Of Talaqqi
And Musyafahah Methods In Learning The Quran (Konsep Dan Pelaksanaan
Kaedah Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran). Malaysian
Journal Of Islamic Studies (MJIS), 3(1), 27-35.

Kardi, S., & Nur, M. (2000). Pengajaran langsung. Universitas Negeri Surabaya.

Kementerian pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen standard kurikulum dan


pentaksiran Bahasa arab tahun 3.

Myint, S. K., & Lourdusamy, A. (2002). Essential characteristics of effective teaching.

Putrawangsa, S., & Hasanah, U. (2018). Integrasi Teknologi Digital Dalam


Pembelajaran Di Era Industri 4.0. Jurnal Tatsqif, 16(1), 42-54.

Sulaiman, E. (2004). Pengenalan pedagogi. Penerbit UTM.

Yahaya, M., Hanafiah, R., Zakaria, N. S., Osman, R., & Bahrin, K. A. (2020). Amalan
Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21) Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan (Pdpc)
Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA, 26(1), 13-24.

You might also like