You are on page 1of 17

8 TIPS

KESELAMATAN
DI RUMAH
TIP 1
Menyelamat Diri Daripada Kebakaran

APABILA BERLAKU KEBAKARAN PATUHILAH LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:


1.Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah.
Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang
telah ditetapkan.

2. Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi
rumah anda.

3. Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat
pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.

PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN


JALAN KELUAR
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak
mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah
yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti
sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada
kebakaran.

BINCANGKAN PELAN MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA


Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan
diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui
apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila
ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI


Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa
menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG


Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang
halangan.
ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL
Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan.
Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.

MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP


Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi
isyarat bermulanya kebakaran.
TIP 2
Kategori kemalangan di rumah (JATUH)
Pengenalan
Jatuh adalah antara kemalangan kanak-kanak di rumah yang paling sering berlaku di Malaysia.
Kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun lebih cenderung untuk cedera akibat jatuh. Mereka
lebih berisiko disebabkan oleh tahap perkembangan dan keadaan persekitaran mereka.

Jatuh boleh berlaku dimana-mana sahaja:


 Dalam rumah. Contohnya jatuh dari :
o Perabot
o Tangga
o Beranda
o 'Baby walker'
 Di kawasan luar rumah. Contohnya :
o Di padang permainan.
o Semasa menggunakan alat-alat permainan.
Kecederaan akibat jatuh
Akibat jatuh, kanak-kanak akan mengalami pelbagai jenis kecederaan seperti berikut:
 Tisu lembut - calar, terseliuh, luka dan melecek.
 Patah - bengkak, sakit dan cacat anggota.
 Kepala - bengkak kepala, berdarah di telinga, hidung dan mulut, mengantuk, muntah,
sawan dan pengsan.
 Kecederaan organ dalaman.
Kesan serius akibat jatuh
 Kecederaan otak yang kekal, menyebabkan tulang patah dan tumbesaran terbantut.
 Kecederaan serius boleh menyebabkan kerosakan organ yang kekal atau kematian.

Rawatan
Rawatan yang diperlukan bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan.
 Jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kecil misalnya calar dan terseliuh,
tekap kawasan cedera dengan air batu. Berikan anak anda ubat penahan sakit (sirap
paracetamol) untuk mengurangkan kesakitan. Rehatkan anggota yang tercedera.
 Jika anak anda mendapat luka, cuci dengan air, tekap kawasan cedera dengan ibu jari
anda beberapa minit untuk memberhentikan darah mengalir dan rehatkan anggota yang
tercedera. Balut dengan kain bersih.
 Jika anda mengesyaki tulang anak anda patah, balutkan dengan selimut, kain yang tebal
atau bantal untuk menghalang pergerakkan. Gunakan kain untuk mengampu tulang
yang patah dibahagian tangan dan lengan.
 Periksa kawasan balutan untuk pastikan pergerakan darah yang normal. Jika kulit
menjadi sejuk atau berubah warna, longgarkan balutan.
 Jika anda mengesyaki anak anda cedera serius, sila dapatkan bantuan doktor.
Pencegahan
Kebanyakan kemalangan terjatuh boleh dicegah. Terdapat langkah-langkah untuk
mencegahnya :
Tangga
 Pagarkan anak tangga bawah dan atas dan pintu rumah.
 Pastikan semua tangga diterangi cahaya lampu.
 Pastikan anak tidak dibiarkan berseorangan di tingkat atas, beranda atau di tempat yang
tinggi.

Lantai
 Simpan semua permaidani yang dilipat dan barang-barang supaya tidak berselerak di
lantai. 

 Lapkan lantai basah akibat tumpahan air atau makanan dengan segera bagi
mengelakkan lantai licin.

Susunan perabot
 Elakkan meletak kerusi dan perabot berhampiran tingkap.
 Cuci bilik mandi dengan kerap untuk mengelak lantai daripada berlumut dan menjadi
licin.
TIP 3
Kategori kemalangan di rumah (Keracunan)

Pengenalan
Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak-kanak. 90% masalah keracunan
berlaku di rumah.
Kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat
ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Sumber racun yang biasa terdapat di rumah:

 Minyak tanah dan hidrokarbon (petrol).


 Ubat-ubatan.
 Racun serangga, racun rumpai.
 Bahan pencuci, pengilat, kaustik.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda terkena racun?


 Bersihkan racun daripada mata, kulit dan mulut anak anda.
 Sentiasa menyimpan nombor telefon Pusat Racun Negara (04-6570099) di tempat yang
mudah dicapai (cth : di pintu peti sejuk).
Mata

 Cuci mata dengan air mengalir sekurang-kurangnya 5 minit dengan mata terbuka.
 Jangan biarkan anak anda menggosok mata yang terkena racun..
Kulit

 Cuci racun yang terkena kulit dengan air yang banyak.


 Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
Mulut

 Keluarkan semua ubat daripada mulut kanak-kanak.


 Periksa untuk kesan terbakar, luka atau iritasi.
Jika terdedah kepada gas atau asap:

 Pastikan anak anda mendapat udara segar.


 Longgarkan semua pakaian.
 Jika tidak bernafas, bersihkan kerongkong anak anda dan mulakan pernafasan mulut ke
mulut (CPR). Teruskan sehingga bantuan tiba.
 Jika tertelan racun, segera bawa anak anda ke hospital berdekatan.
 Jangan galakkan anak anda muntah jika dia pengsan atau mendapat sawan akibat
daripada keracunan minyah tanah / asid / alkali.
 Baringkan anak anda pada posisi mengiring dan cucikan mulut daripada bahan racun
tersebut.
 Bawa anak anda ke hospital dengan membawa contoh racun.
Pencegahan
 Awasi anak anda.
 Simpan ubat-ubatan / alkohol di tempat yang tidak boleh dilihat atau dicapai oleh anak
anda.
 Simpan ubat-ubatan dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kanak-kanak dan
labelkan bekas tersebut.
 Berikan ubat dengan sukatan yang betul.
 Ubat yang tidak digunakan perlu dibuang / dimusnahkan.
 Kendalikan makanan dengan selamat - sentiasa mencuci tangan sebelum
mengendalikan makanan, masak daging mentah dan telur serta cuci buah-buahan dan
sayur-sayuran.
 Didik anak anda mengenai asas keselamatan.
 Elakkan menyimpan racun dalam bekas minuman berkarbonat untuk mengelakkan
anak anda keliru dan meminumnya.
TIP 4
Kategori kemalangan di rumah (LEMAS)
Pengenalan
Lemas mudah berlaku di kalangan kanak-kanak. Mereka tidak boleh melindungi diri sendiri
dengan sepenuhnya. Lemas boleh berlaku dalam kolah mandi, bekas atau baldi yang berisi air.
Kanak-kanak tadika lebih kerap lemas di longkang, parit, perigi, kolam renang manakala,
murid-murid sekolah kerap lemas di sungai, tasik dan bekas lombong yang berdekatan dengan
rumah mereka. Kebanyakan kejadian lemas berlaku kerana kurang pengawasan dari orang
dewasa.
Tanda & gejala
Lemas berlaku dengan cepat tanpa amaran.
Komplikasi
Hampir lemas boleh menyebabkan kerosakan otak yang kekal.
Rawatan
Kanak-kanak perlu dibawa ke hospital dengan segera. Jika kanak-kanak tersebut tidak
bernafas, mulakan langkah-langkah pertolongan cemas.

Semasa di hospital, kanak-kanak tersebut akan diperiksa untuk mengesan komplikasi.


Penjagaan kanak-kanak bergantung kepada tahap keseriusan lemas seperti:
 Bantuan penafasan melalui oksigen
 Mengurangkan tekanan dalam perut dengan menggunakan tiub supaya paru-paru boleh
berkembang
 Memastikan kandungan glukos dan oksigen yang cukup di otak bagi mengurangkan
kerosakan otak kekal
 Rawatan-rawatan terhadap komplikasi dan kecederaan yang lain
Pencegahan
1. Di rumah
o Pastikan kanak-kanak diawasi oleh orang dewasa ketika bermain di tepi
sungai/parit/kolam.
o Jangan tinggalkan bayi/kanak-kanak berseorangan/tanpa pengawasan. Jika
anda perlu menjawab telefon atau mengambil tuala, bawa bayi bersama anda.
o Kosongkan bekas air atau timba jika tidak digunakan. Terbalikkan bekas air
atau timba yang kosong.
o Tutup takungan/bekas air samada di dalam atau di luar rumah.
2. Di kolam renang
o Nasihatkan anak anda agar tidak makan atau mengunyah gula-gula getah
semasa berenang, menyelam atau berada dalam air.
o Pastikan terdapat pengawal keselamatan yang berkelayakan bertugas semasa
berenang. Sekiranya tiada, jangan biarkan anak anda berseorangan.
o Pagarkan kolam renang rumah anda.
o Gunakan pelampung semasa berenang atau semasa berada di atas bot/skuter
air/papan luncur.
o Gunakan topi renang semasa berenang bagi mengelakkan rambut tersedut ke
dalam saluran penyedut yang terdapat dalam kolam renang.
o Pastikan saluran penyedup kolam ditutup bagi mengelakkan sedutan berlaku.
3. Kawasan Takungan Air yang Lain
o Ajar anak kecil /remaja anda mengenai tanda-tanda bahaya jika berenang di
kawasan larangan tanpa pengawasan orang dewasa. Nasihatkan anak-anak
remaja jangan menerima cabaran daripada kawan-kawan.
o Beri amaran bahaya bermain berhampiran parit / longkang yang besar.
o Pelajarilah cara-cara pemulihan pernafasan resusitasi jantung.
Peraturan-peraturan berenang yang perlu dipatuhi oleh anak anda :
 Pastikan kanak-kanak berenang bersama kawan-kawan atau ibubapa.
 Jangan terjun menjunam ke dalam air.
 Jangan menolak atau terjun ke atas orang lain.
 Bersedia dalam apa jua keadaan kecemasan.
TIP 5
Kategori kemalangan di rumah (MELECUR)
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat
kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin
tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:
 Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
 Objek panas seperti sterika, dapur.
 Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
 Kebakaran bahan kima yang menghakis.
 Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket
yang terdedah.
 Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
Tanda dan gejala
Melecur terbahagi kepada :
 Permukaan Kulit
o Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit,
tetapi tiada gelembung.
 Kulit Dalam
o Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit,
kulit juga melepuh.
 Keseluruhan Kulit
o Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan
pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat
kerosakan pada salur saraf.

Komplikasi
Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur
dan melibatkan bahagian dalaman kulit :
 Jangkitan - demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
 Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.

Rawatan
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat
di rumah.
 Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
 Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
 Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
 Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi
yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
 Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
 Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
 Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
 Keseluruhan kulit terbakar.
 Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
 Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
 Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
 Melecur akibat renjatan elektrik.
 Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.

Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan
melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus
sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang
diterima adalah lebih daripada 5 tahun.
Pencegahan
 Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
 Jangan biarkan kanak-kanak dalam 'baby walker' di kawasan dapur.
 Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
 Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
 Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
 Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
 Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat
yang selamat.
 Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan
 Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
 Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal
kulit.
TIP 6
Kategori kemalangan di rumah (TERCEKIK)
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak.
Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke
paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz
kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat
permainan.
 Sesak nafas secara tiba-tiba.
 Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
 Menggenggam kerongkong.
 Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
 Bernafas dengan cepat.
 Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
 Pengsan.
 Berhenti bernafas.
 Batuk yang berterusan.
 Termengah-mengah.
 Tiada apa-apa tanda.
 Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
 Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
 Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke
otak.

1. LAKUKAN :
 Tunggu sehingga mangsa batuk.
 Minta bantuan.
 Buka mulut anak anda perlahan-lahan - keluarkan objek jika jelas kelihatan.
 Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda
dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
2. JANGAN :
 Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
 Mendongakkan kepala mangsa.
 Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
 Posisikan badan anda di belakang mereka.
 Lakukan Heimlich manouvre.
 Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
 Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
 Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil
seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
 Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-
gula dan bertih jagung.
 Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil
kepada kanak-kanak.
 Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda
tercekik.
TIP 7
Kategori kemalangan di rumah (GIGITAN ULAR)
Jenis-jenis ular yang ada di Malaysia
Terdapat lebih dari 140 spesis ular di Malaysia, tetapi hanya 17 spesis sahaja yang beracun.
Beberapa jenis ular beracun dan berbahaya ialah seperti ular tedung (cobra dan King cobra),
ular kapak (Russell's Viper, Malaysian pit viper dan Green tree pit viper) dan ular 'kraits'.

Ular kapak (pit viper) pula mudah dijumpai di kebun getah, ladang, kampung dan hutan.
Tempat yang biasa bagi 'Green tree pit viper' pula ialah di atas pokok.Ular tedung biasanya
dijumpai di kawasan ladang, paya, tanah lapang dan juga di kawasan perumahan di mana
mudah bagi ular-ular tersebut mencari mangsanya seperti tikus. Manakala "king Cobra" pula
biasanya di jumpai di hutan tebal.
Ular 'Kraits' biasanya didapati di padang, hutan atau di pinggir kawasan perumahan.
Ular laut selalunya berada di pesisiran pantai dan kawasan muara sungai.
Oleh yang demikian, kes-kes patukan ular sering terjadi kepada mereka yang tinggal atau
bekerja dekat dengan kawasan-kawasan tersebut dan semasa aktiviti-aktiviti perkhemahan,
berkelah dan riadah di kawasan-kawasan tersebut.
Gejala & tanda-tanda dipatuk ular
Kecedaraan atau kemudaratan akibat patukan ular bergantung kepada jenis dan saiz ular,
jumlah racun, bilangan patukan, tempat patukan (kesan patukan menjadi teruk jika dipatuk di
kepala, leher dan badan) dan saiz mangsa.
Racun ular bertindak melalui 3 cara yang berlainan :
 Toksin darah (Haemotoxins)
 Toksin saraf (Neurotoxins)
 Toksin jantung (Cardiotoxins)
Sesetengah gejala patukan akan dirasai dalam masa yang singkat selepas dipatuk berbanding
dengan sesetengah gejala patukan yang lain. Gejala awal:
 Sakit setempat, bengkak dan perubahan warna kulit pada tempat patukan (patukan ular
laut biasanya tidak mendatangkan reaksi mahupun rasa sakit).
 Gejala am yang mungkin timbul pada peringkat awal pada 10 hingga 15 minit selepas
dipatuk ialah rasa cemas, lemah, muntah, sakit kepala, pening, berpeluh, sesak nafas,
perasaan keliru, kekejangan dan kemudian mangsa mungkin akan lumpuh dan
seterusnya mati.
Gejala yang berlaku agak lambat:
 Gejala setempat (di tempat patukan): bengkak, bisul, pendarahan dalam kulit dan otot,
dan gejala kurang aliran darah ke anggota serta kulit.
 Gejala am seperti: pening, muntah, sesak nafas, demam, kejutan (shock), gusi berdarah,
darah dalam najis, air kencing atau muntah dan lumpuh.
 Gangguan deria sentuhan, rasa dan bau; rasa mengantuk, rasa lumpuh pada otot muka
dan mata; susah untuk menelan dan pendarahan dalam otak.
Kesan atau Komplikasi patukan ular
Walaupun kebanyakan orang yang dipatuk ular beracun akan sembuh, namun patukan ular
boleh menjadi serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat. Kesan atau
komplikasi yang boleh terjadi ialah :
 Parut dan kesan kosmetik.
 Luka, jangkitan kulit dan jangkitan tulang di tempat yang dipatuk.
 Penyakit Tetanus (kancing gigi).
 Kerosakan buah pinggang.
 Kerosakan otak akibat perdarahan dalam otak
 Luka atau parut kekal dalam mata, jika ular menyembur racun ke mata.
Rawatan patukan ular
JANGANPANIK!
Cuba ingat rupa ular tersebut. Ini mungkin akan membantu doktor dalam memilih anti venom
yang sesuai. Jangan potong atau hisap tempat yang dipatuk.
 Elakkan dari bergerak jika tiada keperluan bagi mengurangkan racun merebak ke
bahagian badan yang lain.
 Basuh tempat yang dipatuk dengan segera dan berhati-hati.
 Basuh mata secepat mungkin jika racun ular disembur ke mata.
 Balut tempat yang dipatuk dengan baik tetapi janganlah terlalu ketat supaya aliran darah
tidak terganggu. Jika tempat yang dipatuk ialah tangan atau kaki, buat balutan tambahan
bagi keseluruhan tangan atau kaki, mulai dari jari tangan atau jari kaki.
 Elakkan anggota yang dipatuk dari bergerak dengan menggunakan anduh (splint atau
sling).
 Elakkan mangsa dari bergerak sehingga pertolongan tiba. Bawa bentuk-bentuk
pertolongan kepada mangsa bagi mengelakkan mangsa bergerak atau berjalan.
 Hantar mangsa ke hospital yang berdekatan.
Rawatan di hospital :
 Mangsa akan diletak di bawah perhatian yang rapi
 Rawatan termasuk rawatan luka, jagaan anggota dan rawatan sokongan
 Rawatan sokongan termasuk melegakan kesakitan, rawatan jangkitan , pemindahan
faktor pembekuan darah, bantuan pernafasan dan sebagainya mengikut keperluan.
 Doktor juga akan memberi ubat khas antivenom yang spesifik bergantung kepada tahap
keseriusan patukan
 Jika perlu, suntikan imunisasi atau imunisasi tambahan untuk penyakit tetanus mungkin
akan diberi.
Bagaimana mengelak dari dipatuk ular
 Pakai kasut yang menutup kaki atau seluar panjang semasa berjalan di kawasan semak
 Hentak kaki atau lakukan gegaran dengan kaki semasa berjalan di tempat gelap atau
semak
 Jangan masukkan tangan ke dalam lubang, rekahan batu atau tanah
 Jauhi dari ular yang mati kerana ramai orang telah dipatuk 2 atau 3 kali oleh ular yang
disangka telah mati.
 Elakkan pergi ke kawasan ular semasa suasana gelap.
TIP 8
Cara Rawatan Luka

1) Cuci tangan
Sebelum membersihkan luka, cuci tangan anda terlebih dahulu menggunakan sabun dan air
mengalir. Sebaiknya, cukup gunakan 'hand sanitizer' pada kedua tangan dan lap sampai kering.
Gunakan sarung tangan bagi mengelak terkena jangkitan kuman.

2) Tekan kawasan kulit yang luka


Tekan perlahan-lahan kawasan tersebut menggunakan kain bersih sehingga perdarahan
berhenti. Untuk luka atau goresan yang kecil tidak perlu ditekan. Perlu dicatatkan bahawa
langkah ini hanya berlaku untuk luka yang mengeluarkan darah sahaja. Jika luka yang serius
anda perlu segera berjumpa doktor.

3) Bersihkan luka dengan air


Bersihkan luka dengan air bersih yang mengalir selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi
menghilangkan kotoran yang menempel pada luka tersebut.
Kemudian bersihkan dengan sabun yang lembut untuk membersihkan kawasan yang luka.
Elakkan sabun tersebut daripada terkena pada tempat yang terluka kerana boleh menyebabkan
iritasi.

4) Oleskan krim atau antibiotik


Sebaik selesai membersihkan luka, oleskan kawasan tersebut dengan krim atau antibiotik. Jenis
antibiotik ini berfungsi untuk menjaga kulit agar ia tetap lembab dan mencegah pertumbuhan
jaringan parut pada bekas luka.
5) Balut luka dengan kain kasa

Sebetulnya, tidak semua jenis luka harus dibalut dengan kain kasa. Jika lukanya hanya sedikit
dan tidak dalam, cukuplah dengan membersihkan luka tersebut tanpa harus menutupnya.
Namun begitu, kain kasa perlu segera ditukar apabila kotor dan basah saat terkena air.

You might also like