You are on page 1of 3

1.

Perlembagaan adalah lambang bahawa negara Malaysia adalah negara yang mempunyai
ciri-ciri berikut KECUALI

A. Malaysia sebuah Persekutuan


B. Agama Islam agama rasmi
C. Malaysia pernah dijajah
D. Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

2. Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah


- Pertahanan
- Keselamatan Dalam Negeri
- Kewarganegaraan
                       
Perkara-perkara di atas adalah terletak di bawah senarai

A. Kuasa Persekutuan
B. Kuasa Negeri
C. Kuasa Bersama
D. Perdana Menteri

3. Undang-undang diri dan keluarga Islam adalah terletak di bawah kuasa

A. Kuasa Persekutuan
B. Kuasa Negeri
C. Kuasa Bersama
D. Majlis Raja-raja

4. Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh

A. Majlis Raja-raja
B. Majlis Perundangan Persekutuan
C. Perdana Menteri
D. Mahkamah Agung

5. Berikut merupakan kenyataan yang BENAR mengenai Majlis Raja-raja

i. Melantik YDPA
ii. Dianggotai oleh 9 Raja-raja Melayu dan 4 Yang Dipertua
iii. Setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-raja adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
iv. Melantik Perdana Menteri

A.     i dan ii
B.      i, ii dan iii
C.      ii, iii dan iv
D.     Semua di atas

6. Berikut merupakan kuasa budi bicara Majlis Raja-raja KECUALI

A. Memilih YDPA dan Timbalan YDPA


B. Memperkenan atau tidak memperkenankan apa-apa undang berkaitan dengan hak
istimewa orang Melayu.
C. Membubarkan Parlimen
D. Bersetuju atau tidak bersetuju mengenai apa-apa perkara berkaitan agama Islam

7. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai YDPA

A.     Bertindak sebagai Ketua Negara


B.      Melantik Perdana Menteri
C.      Membubarkan Parlimen
D.     Mengisythiharkan hari raya

8. Badan Eksekutif di peringkat negeri terdiri daripada


i. Sultan
ii. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)
iii. Menteri Besar
iv. Timbalan Perdana Menteri

A.    i dan ii
B.     i, ii dan iii
C.     ii, iii dan iv
D.    Semua di atas

9. Badan perundangan di peringkat Persekutuan terdiri daripada berikut KECUALI

A.    Parlimen
B.     Dewan Negara
C.     Dewan Rakyat
D.    Majlis Mesyuarat Kerajaan

10.  Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah     


 Mahkamah Tentera

 Mahkamah Perusahaan

 Mahkamah Buruh

 Mahkamah Khas Raja-raja

Mahkamah-mahkamah di atas terkandung di bawah mahkamah

A.    Mahkamah Atasan
B.     Mahkamah Rendah
C.     Mahkamah Khas
D.    Mahkamah Juvana

11. Apakah mahkamah yang paling tinggi di Malaysia


A.    Mahkamah Persekutuan
B.     Mahkamah Rayuan
C.     Mahkamah Khas
D.    Mahkamah Syariah

12. Perlembagaan adalah lambang bahawa negara Malaysia adalah negara yang mempunyai ciri-ciri
berikut KECUALI

A. Malaysia sebuah Persekutuan


B. Agama Islam agama rasmi
C. Malaysia pernah dijajah
D. Mengamalkan sistem demokrasi berparlimen

You might also like