You are on page 1of 13

SOALAN OBJEKTIF (40 markah)

ARAHAN
Bahagian ini mengandungi ENAM PULUH LIMA (65) soalan. Jawab SEMUA soalan di
atas kertas OMR yang disediakan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Federalisme?


A. Sistem pemerintahan oleh rakyat
B. Semua negeri patuh kepada kerajaan pusat
C. Mengandungi negeri-negeri melayu bersekutu
D. Pembahagian kuasa dalam suatu sistem pemerintahan antara kerajaan
pusat dan negeri

2. Semua di bawah termasuk dalam senarai negeri KECUALI ________________.


A. Tanah
B. Hiburan awam
C. Undang-undang islam
D. Pertanian dan perhutanan

3. Dalam pentadbiran negara, agensi yang bertanggungjawab melaksanakan


sesuatu dasar ialah ________________.
A. Majlis Raja-raja
B. Suruhanjaya
C. Kementerian
D. Kabinet

4. Teori pengasingan kuasa (Eksekutif, legislatif dan kehakiman) dalam sistem


pentadbiran Malaysia dikemukakan oleh _____________.
A. W.R. Roff
B. Montesqiue
C. Lord Cobbold
D. Lord Landsdowne

5. Perkara yang tidak termasuk dalam senarai Persekutuan ialah ______________.


A. Keselamatan dalam negeri
B. Mahkamah syariah
C. Kewarganegaraan
D. Pertahanan

1/13
6. Secara umumnya, perkara yang terpenting dalam sistem pemerintahan demokrasi
ialah ________________.
A. Rakyat
B. Dewan Negara
C. Sistem pemerintahan
D. Raja atau pemerintah

Soalan 7 berdasarkan senarai di bawah.

Badan Pentadbiran
Badan Perundangan
Badan Kehakiman

7. Kuasa tertinggi bagi ketiga-tiga badan pentadbiran di atas ialah _____________.


A. Sultan
B. Ketua Menteri
C. Perdana Menteri
D. Yang Di-Pertuan Agong

8. Pilih penyataan yang tidak benar mengenai Parlimen.


A. Ahli parlimen dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya
B. Parlimen mempunyai kuasa memperkenan rang undang-undang
C. Parlimen terdiri daripada YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara
D. Parlimen merupakan lambang kewujudan demokrasi berparlimen di
Malaysia

9. Antara pernyataan berikut, siapakah yang bertanggungjawab untuk menjaga hak


istimewa orang melayu di Persekutuan Malaysia?
A. Perdana Menteri
B. Yang Dipertuan Agong
C. Ketua Setiausaha Negara
D. Sultan atau Yang Dipertua Negeri

10. Apakah majlis yang menasihati raja mengenai hal yang berkaitan dengan agama
islam?
A. Majlis Raja-raja
B. Majlis agama islam negeri
C. Majlis adat istiadat melayu
D. Majlis Kebangsaan hal ehwal agama islam

2/13
11. Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar?
A. Agama islam ialah agama rasmi persekutuan
B. Undang-undang islam terkandung dalam senarai negeri
C. Majlis agama islam juga bertindak sebagai ketua agama islam
D. Setiap raja atau sultan ialah ketua agama islam di negeri masing-masing

12. Kebebasan bersyarat yang termaktub melalui perkara kebebasan asasi dalam
perlembagaan membawa maksud ____________________.
A. Kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang sebagaimana yang
diperuntukan oleh perlembagaan
B. Hanya perkara-perkara tertentu mempunyai sekatan
C. Kebebasan asasi yang boleh disekat
D. Rakyat dilarang untuk bersuara

13. Lembaga Hasil Dalam Negeri terletak di bawah kawalan __________________.


A. Kementerian Kewangan
B. KeKementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Sumber Manusia
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

14. Manakah antara berikut merupakan kenyataan yang tidak benar mengenai
Kabinet?
A. Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif
B. Dianggotai Perdana Menteri dan Jemaah menteri yang lain
C. Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara
D. Kabinet berkuasa menggubal undang-undang

15. Pentadbiran di peringkat kerajaan tempatan diketuai oleh _____________.


A. Menteri Besar
B. Ketua Menteri
C. Pegawai Daerah
D. Yang Dipertua Negeri

16. Pada Pilihanraya Umum Persekutuan Tanah Melayu yang pertama, Parti Perikatan
telah memenangi sebanyak _________ kerusi yang dipertandingkan.
A. 49
B. 50
C. 51
D. 52

17. Menurut Perlembagaan, sekiranya Parlimen dibubarkan maka Pilihan Raya perlu
diadakan dalam tempoh _________ hari selepas pembubaran.
A. 50
B. 60
C. 70
D. 90

3/13
18. Antara berikut, manakah syarat yang perlu ada pada seseorang yang
menganggotai ahli Suruhanjaya Pilihan Raya?
A. Berumur lebih daripada 65 Tahun
B. Boleh memegang jawatan bergaji
C. Ahli Dewan Rakyat
D. Seseorang yang tidak muflis

19. Berikut merupakan parti politik yang mewarnai lanskap politik negara pada masa
ini KECUALI __________.
A. Parti Gerakan Rakyat Malaysia
B. Parti Progresif Penduduk
C. Parti Sosialis Malaysia
D. Parti Semangat 46

20. Seseorang calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya haruslah memenuhi
syarat berikut
I. Sempurna akal
II. Berumur 31 tahun ke atas
III. Tidak memegang jawatan bergaji
IV. Tidak di sabitkan muflis oleh mahkamah

A. I, II dan III sahaja


B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

21. Antara berikut, siapakah yang boleh mendapat keistimewaan untuk mengundi
secara undi Pos?
A. Warganegara
B. Anggota tentera
C. Tahanan penjara
D. Pemastautin Tetap

22. Manakah antara berikut yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk
mengundi?
I. Tidak sempurna akal
II. Sedang menjalani hukuman penjara
III. Diisytiharkan muflis oleh mahkamah
IV. Dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah

A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

4/13
23. Antara perkara berikut, yang manakah bukan merupakan ciri-ciri amalan
demokrasi berparlimen di Malaysia?
A. Parlimen
B. Pilihan Raya
C. Kerahan tenaga
D. Kebebasan Asasi

24. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak menjelaskan fungsi YDPA?
A. Membubarkan Parlimen
B. Memecat Perdana Menteri
C. Memperkenan rang undang-undang
D. Memanggil, Menangguh dan membubarkan Parlimen

25. Semasa penjajahan British, dasar apakah yang diguna pakai bagi memudahkan
pentadbiran serta mengelakkan penyatuan rakyat tanah melayu?
A. Susun dan perintah
B. Pecah dan perintah
C. gabung dan perintah
D. Kelompok dan perintah

Soalan 26 berdasarkan senarai di bawah.

Mahkamah Agung
Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo

26. Apakah jenis mahkamah yang sesuai dipadankan dengan senarai di atas?
A. Mahkamah Rendah
B. Mahkamah Negeri
C. Mahkamah Atasan
D. Mahkamah Khas

27. Perbicaraan kes jenayah seseorang yang berusia 17 tahun adalah di Mahkamah
______________.
A. Mahkamah Sesyen
B. Mahkamah Juvana
C. Mahkamah Rayuan
D. Mahkamah Majistret

5/13
28. Antara berikut, yang manakah merupakan peringkat paling penting dalam proses
menggubal undang-undang di Parlimen?
A. Peringkat jawatankuasa
B. Bacaan kali pertama
C. Bacaan kali kedua
D. Bacaan kali ketiga

29. Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang berada di


bawah kementerian ______________.
A. Kementerian Dalam Negeri
B. Jabatan Perdana Menteri
C. Jabatan Peguam Negara
D. Kementerian Kewangan

30. Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi yang berada di bawah


Kementerian ___________________.
A. Kementerian Sumber Manusia
B. Jabatan Perdana Menteri
C. Kementerian Kewangan
D. Kementerian Pelajaran

31. Suruhanjaya Di Raja yang diwujudkan adalah bersifat ______________.


A. Tetap
B. Sementara
C. Tidak ditentukan tempoh perkhidmatan
D. Dihadkan masa tempoh Perkhidmatannya.

32. Tujuan penubuhan kerajaan tempatan yang utama ialah _____________.


A. Melaksanakan pembangunan di kawasan bandar.
B. Mengurus kutipan cukai pintu bagi pihak kerajaan negeri.
C. Membentuk sistem pentadbiran di luar bidang kuasa kerajaan negeri.
D. Memberi peluang kepada penduduk tempatan terlibat dalam pengurusan
tempat kediaman mereka.

33. Apakah tugas utama Suruhanjaya Pilihanraya?


I. Menyemak dan mengubah persempadanan kawasan pilihan raya.
II. Memilih calon yang berhasrat ingin bertanding dalam pilihan raya.
III. Menjalankan pilihan raya umum dan kecil bagi Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.
IV. Mengurus dan menyemak daftar pengundi bagi semua kawasan pilihan
raya.

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

6/13
34. Yang manakah termasuk di bawah bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan
Agong?
I. Seorang Koperal telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.
II. Encik Z telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Syariah
Pahang
III. Encik X telah dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur
IV. Encik Y telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara oleh Mahkamah
Tinggi di Sabah.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

35. Manakah antara berikut termasuk dalam kumpulan kes jenayah syariah?
I. Poligami.
II. Penceraian.
III. Minum arak.
IV. Tidak berpuasa.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

36. Antara berikut, yang manakah menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
sebagai ahli tidak rasmi (ex-officio)?
A. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Pembangunan Negeri dan Mufti
Negeri.
B. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat
Undang-undang Negeri.
C. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-undang Negeri dan
Penasihat Kewangan Negeri.
D. Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Pegawai Ekonomi Negeri dan
Penasihat Undang-undang Negeri.

37. Pernyataan berikut benar tentang kes-kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah
Syariah, KECUALI ________________.
A. wasiat dan wakaf.
B. penceraian dan pembahagian harta.
C. penderaan terhadap isteri atau anak.
D. nafkah dan tanggungan perkahwinan.

7/13
38. X dilaksanakan untuk membaiki kehidupan penduduk di luar bandar dan
mewujudkan Masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. X ialah
A. Dasar Penswastaan.
B. Dasar Ekonomi Baru.
C. Dasar Wawasan Negara.
D. Dasar Pembangunan Luar Bandar.

39. Mengikut prinsip Rukun Negara ini, ianya boleh diibaratkan ‘sauh yang boleh
menahan seseorang daripada hanyut tanpa haluan sehingga boleh terjerat dalam
kemaksiatan dan kejahatan.
A Kesetiaan kepada Raja dan negara
B Kepercayaan kepada Tuhan
C Kedaulatan undang-undang
D Kesopanan dan kesusilaan

40. Ekoran rusuhan kaum 13 mei 1969, darurat telah diisytiharkan secara rasmi
pada 16 mei 1969 oleh ________________.
A. Majlis Gerakan Negara
B. Majlis Perundingan Negara
C. DYMM Yang Di-Pertuan Agong
D. Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj

41. Berikut merupakan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan KECUALI


____________.
A. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
B. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
C. Menyediakan panduan kepada rakyat untuk bertindak berlandaskan unsur
budaya yang telah diterima bersama
D. Memperkaya dan menngkatkan kualiti kehidupan manusia dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

42. Manakah merupakan usaha Kerajaan dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum?
I. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru
II. Pengisytiharan Dasar Pendidikan Negara
III. Pembentukan Dasar Kebudayaan Negara
IV. Percantuman pelbagai parti dalam Barisan Nasional.

A. I, dan III sahaja


B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

8/13
43. Sejarah penanaman pokok getah di Tanah Melayu bermula pada tahun 1877
apabila ianya mula diperkenalkan di negeri _____________.
A. Perak
B. Pahang
C. Selangor
D. Negeri Sembilan

44. Aktiviti penanaman kelapa sawit yang diperkenalkan di Tanah Melayu adalah
berasal daripada ___________________.
A. India
B. Sri Lanka
C. Afrika Selatan
D. Amerika Selatan

45. Perindustrian kenderaaan bermotor negara bermula dengan penghasilan kereta


nasional pertama iaitu Proton Saga pada tahun ____________.
A. 1983
B. 1985
C. 1987
D. 1989

46. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, dasar wawasan 2020 yang diilhamkan pada
tahun 1991 mempunyai __________________.
A. Tujuh cabaran
B. Lapan cabaran
C. Sepuluh cabaran
D. Sembilan Cabaran

47. Siapakah diantara tokoh di bawah yang telah memperkenalkan Dasar


Penswastaan?
A. Tunku Abdul Rahman Al-Haj
B. Tun Dr. Mahathir Mohamad
C. Tun Abdul Razak
D. Tun Hussein Onn

9/13
Soalan 48 adalah berdasarkan Rajah di bawah.

Telekom Dasar __________


Penswastaan

48. Berdasarkan Rajah di atas, yang manakah antara berikut sesuai untuk di isikan
pada ruangan yang kosong?
A. KFC Holding
B. Air Asia Berhad
C. Fedex Corporation
D. Tenaga Nasional Berhad

Soalan 49 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

 Kad perakam waktu


 Penggunaan tanda nama
 Penubuhan pasukan meningkatkan mutu kerja

49. Program di atas diwujudkan di bawah pengenalan dasar _________________.


A. Dasar pandang ke timur
B. Kepimpinan melalui tauladan
C. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam
D. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

Soalan 50 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

 Mengurangkan beban kewangan Kerajaan


 Pengangihan sumber kewangan yang cekap

50. Penyataan di atas berkaitan dengan _______________________.


A. Dasar Penswastaan
B. Dasar Perindustrian Negara
C. Dasar Pembangunan Nasional
D. Dasar Pensyarikatan Malaysia

51. Antara berikut, yang manakah tidak termasuk di bawah Dasar Pembangunan
Negara?
A. Dasar Luar Malaysia
B. Dasar Ekonomi Baru
C. Dasar Perindustrian Negara
D. Dasar Pembangunan Nasional

10/13
52. Berikut merupakan Dasar-dasar yang berada di bawah Dasar Sosial Negara
KECUALI _________________.
A. Dasar Belia Negara
B. Dasar pandang ke Timur
C. Dasar Pendidikan Kebangsaan
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

53. Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk ________________.


A. Menaikkan taraf hidup penduduk
B. Menaikkan semangat cintakan Negara
C. Mewujudkan kesamarataan antara kaum
D. Mewujudkan keperibadian bangsa dan perpaduan kaum di Malaysia

54. Elemen utama yang menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan
ialah _______________.
A. Perpaduan kaum
B. Keamanan Negara
C. Kemajuan sistem pendidikan
D. Memartabatkan bahasa kebangsaan

Soalan 55 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

 Berdasarkan kebudayaan rakyat tempatan


 Islam menjadi unsur utama

55. Penyataan di atas adalah tentang _________________.


A. Dasar Belia Negara
B. Dasar Pendidikan Negara
C. Dasar Kebajikan Masyarakat
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Soalan 56 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

 Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan diajar kepada semua murid


sekolah
 Jadual waktu yang sama untuk semua sekolah
 Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama

56. Penyataan di atas adalah berkaitan dengan _______________.


A. Penyata Barnes
B. Penyata Razak
C. Penyata Fenn-Wu
D. Akta pelajaran 1961

11/13
57. Berapakah prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara?
A. 4 Prinsip
B. 5 Prinsip
C. 6 Prinsip
D. 7 Prinsip

58. Dasar luar Malaysia menekankan prinsip-prinsip berikut KECUALI __________.


A. Dasar Agresif
B. Dasar berkecuali
C. Dasar Kerjasama
D. Menentang dasar Double Standart Barat

59. Faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia ialah _____________________.


I. Politik
II. Sejarah
III. Ekonomi
IV Keselamatan

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV

60. Semasa pemerintahan _______X_______dasar luar Malaysia lebih bercorak pro-


Barat dan antikomunis

X di atas merujuk kepada ___________________.


A. Tun Razak
B. Tun Hussein Onn
C. Tunku Abdul Rahman
D. Tun Dr. Mahathir Mohamad

61. Manakah antara berikut merupakan krisis yang pernah membabitkan hubungan
antara Malaysia dan Singapura.
I. Harga air
II. Buruh Asing
III. Perebutan Pulau Batu Putih
IV. Pengeluaran Singapura daripada Persekutuan Malaysia

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

12/13
62. Berikut merupakan negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Asia
Tenggara KECUALI _____________.
A. Laos
B. Vietnam
C. Kemboja
D. Korea Selatan

63. Sejak menjadi ahli X pada tahun 1957, Malaysia memainkan peranan yang aktif
dengan mengutarakan isu Aparteid dan juga penjajahan. Pertubuhan X ialah?
A. NAM
B. PBB
C. ASEAN
D. KOMANWEL

64. Deklarasi Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN
pada 27 november 1971 mengisytiharkan ____________.
A. ASEAN sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali
B. ASEAN sebagai kawasan hak bersama
C. ASEAN sebagai kawasan bebas dadah
D. ASEAN sebagai pusat pendidikan

65. UNESCO merupakan sekretariat yang wujud dalam pertubuhan _____________.


A. OIC
B. PBB
C. NAM
D. EAEC

13/13

You might also like