You are on page 1of 13

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

PENGAJIAN TIONGHOA, UNIVERSITI MALAYA

SESI 2017/2018

SEMESTER 1

NAMA: CHEAM SUK EN

NO. MATRIK: AEB 140001

KOD/ TAJUK KHUSUS: AEEA 3303 PENSEJARAHAN MELAYU MALAYSIA


DAN NUSANTARA

PENYELIA: DR. MADIANA BINTI NORDIN

TAJUK: NILAIKAN KEDUDUKAN HIKAYAT SERI


KELANTANSEBAGAI SUMBER SEJARAH KHASNYA
DAN SUMBER ILMUNYA
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN.....................................................................................................................3

2. PEPERANGAN.....................................................................................................................5

3. HUBUNGAN DIPLOMATIK...............................................................................................7

4. UNSUR MITOS.....................................................................................................................8

5. PERANAN WANITA..........................................................................................................10

6. KESIMPULAN....................................................................................................................12

7. BIBLIOGRAFI....................................................................................................................13
1. PENGENALAN
Hikayat Seri Kelantan merupakan satu sumber sejarah Kelantan yang dihasilkan oleh
dua buah naskhah, antaranya ialah naskhah Raja Muda dan naskhah dari Nik Seri Paduka.
Naskhah asal hikayat ini ialah naskhah tulisan tangan berhuruf jawi yang mengandungi
sebanyak 111 halaman dan tersimpan pada Datuk Paduka Maharaja Lela, di Kuala Lumpur. 1
Namun, pengarang Hikayat Seri Kelantan tidak dapat diketahui.

Isi kandungan hikayat tersebut bermula daripada penabalan Cik Siti Wan Kembang
yang merupakan raja Tanah Serendah Sekebun Bunga, iaitu Kelantan Darul Daim mengambil
anak angkat Puteri Sa’dong atas kecantikan wajahnya. Kemudian, Cik Siti mengahwinkan
Puteri Sa’dong kepada Raja Abdullah yang merupakan anak Raja Jembal dan mengangkatkan
Raja Abdullah untuk memerintah negeri tersebut. Namun, Raja Siam terdengar kecantikan
Puteri Sa’dong dan sangat berahi kepada Puteri Sa’dong. Baginda mula melanggar negeri
selepas kegagalan pengundian dengan Sultan Abdullah untuk merampaskan puteri. Akhirnya,
Raja Siam telah berjaya.

Akan tetapi, Raja Siam telah menghadapi penyakit kayap dan baginda terpaksa
melepaskan Puteri Sa’dong supaya tubuhnya dapat sembuh. Pada masa yang sama, Raja
Abdullah telah mengahwinkan isteri kedua dan berlaku pertelingkahan dengan Puteri
Sa’dong. Seterusnya, Raja Abdullah telah memancung leher Puteri Sa’dong dan
menyebabkannya mati tetapi Puteri Sa’dong hidup kembali. Kemudian, Puteri Sa’dong
memancung Raja Abdullah dan menghaibkan diri.

Sinopsis seterusnya lebih dekat kepada zaman pencatat terakhir merupakan peristiwa-
peristiwa yang berlaku pada abad ke-19, bermula dengan pemerintahan Long Muhammad.
Secara ringkasnya, boleh dikatakan bahagian satu merupakan peristiwa sejarah yang berlaku
sebelum pemerintahan Sultan Muhammas I dan bahagian dua mula daripada sejarah Kelantan
dari zaman Sultan Muhammad I hingga masa Tengku Long Senik menjadi raja Kelantan.

Berdasarkan Siti Hawa Haji Saleh, Hikayat Seri Kelantan adalah sebuah karya
historiografi tradisional kesultanan Kelantan yang bermatlamat untuk memelihara
kepentingan golongan istana Kelantan pada masa itu. 2 Nilai hikayat ini yang sebagai sumber
sejarah kesultanan Kelantan telah dipegang oleh Mohd. Taib bin Osman. Beliau telah

1
Mohd. Taib bin Osman, Hikayat Seri Kelantan, Selangor: Dawana Sdn. Bhd., 2004, hlm. XV-XIX.
2
Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor: Dawana Sdn. Bhd.,
2006, hlm. XV.

3
menterjemahkan naskhah huruf jawi ini kepada perkataan rumi untuk kajian
pascasiswazahnya pada tahun 1961.3 Seterusnya, naskhah yang diterjemahkan ini
kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada
tahun 2004.

Pada pendapat Mohd. Taib bin Osman, struktur penulisan teks tersebut boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, antaranya ialah sejarah awal yang bercorak pra-kritikal
serta sejarah moden yang kritikal.4 Hikayat Seri Kelantan yang bermula dengan kisah Puteri
Sa’dong yang bernada ciri-ciri roman, legenda dan mitos telah menepati corak pemikiran pra-
kritikal dalam budaya masyarakat Melayu silam manakala bahagian kedua yang
menceritakan tentang pemerintahan Kelantan oleh zuriat Long Yunus telah mendekati konsep
penulisan sejarah moden serta kritikal terhadap kesahihan sumber.5

Hikayat Seri Kelantan merupakan sebuah hikayat sejarah yang bersumber dan
terdapat ruang kaji yang luas, justeru, kajian ini mengutamakan dalam menilai kedudukan
Hikayat Seri Kelantan sebagai sumber sejarah khasnya dan sumber ilmu amnya.

3
Harun Mat Piah, “Tuan Puteri Saadong: Sebagai Sebuah Mitos, Sejarah dan Hikayat”, dalam Rogayah
A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor: Dawana Sdn. Bhd., 2006, hlm. 258.
4
Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, hlm. XV.
5
Ibid.

4
2. PEPERANGAN
Sejarah kesultanan Melayu memang tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah
peperangan. Peperangan yang dilancarkan telah memberikan kesan-kesan dalam proses
pembentukan, perkembangan atau pemusnahan sesuatu pemerintah. Dalam Hikayat Seri
Kelantan, terdapat sepuluh peristiwa peperangan telah berlaku menurut kajian Zainal Abidin
Borhan.6 Peperangan yang dicatatkan dalam hikayat telah menjadikan satu kesaksian kepada
sejarah Kelantan serta menjadi sebagai sumber sejarah yang berguna. Namun, kajian ini
hanya menfokuskan kepada sebahagian peperangan sahaja. Secara umum, peperangan yang
berlaku dalam Hikayat Seri Kelantan boleh digolongkan dalam beberapa bahagian,
contohnya serangan sesuka hati, perasaan dendam dan konflik saudara.

Serangan sesuka hati telah ditunjukkan oleh kerajaan Siam atas lancaran untuk
melanggar Kota Jelasin. Apabila Raja Siam mendengar tentang kecantikan wajah Tuan Puteri
Sa’dong, baginda pun sangat berahi kepadanya. Walaupun Raja Siam ini telah mengetahui
bahawa Tuan Puteri Sa’dong telah berkahwin dengan Sultan Abdullah, baginda tetap
menghantar utusan Siam ke Kelantan untuk meminta Tuan Puteri Sa’dong. Ketika Sultan
Abdullah menolak permintaannya, Raja Siam pun melancarkan serangan kepada Kelantan
untuk merampas Tuan Puteri Sa’dong. Tindakan Raja Siam yang mengembangkan isu
peperangan secara suka hati telah banyak diterangkan dalam Hikayat Seri Kelantan dan juga
menjadikan satu gambaran kepada kuasa pemerintahan pada masa itu.

Peperangan yang tergolong dalam perasaan dendam merupakan peperangan antara


raja Pasir Emas dengan raja Kubang Labu, iaitu Tuan Long Pandak. Hal ini demikian kerana
Tuan Long Pandak telah menikam isterinya yang merupakan adik raja Pasir Emas dengan
keris dan menyebabkan adik raja Pasir Emas ini kehilangan nyawa. Semasa Tuan Long
Pandak menjumpai kain Long Jaafar di tempat isteri bertenun, baginda sangat murka lalu
menikam isterinya dengan keris tanpa menyiasat banyak lagi. Kes pembunuhan adik telah
membangkitkan kemarahan raja Pasir Emas lalu mencetuskan peperangan:

Maka lalu raja Pasir Emas pun berkiralah sekalian orang besar dan Menteri, pegawai,
hulubalang, pahlawan, rakyat-rakyat sekalian hendak langgar raja Kubang Labu itu kerana ia

6
Zainal Abidin Borhan, “Perang, Perang, Perang: Satu Kajian Berdasarkan Hikayat Seri Kelantan”, dalam
Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor: Dawana Sdn. Bhd., 2006,
hlm. 103-110.

5
buat tidak malu (pembunuhan isterinya, adik raja Pasir Emas tanpa memeriksa jelas) kepada
kita ini.7

Tambahan pula, peperangan juga berlaku antara Long Muhammad dan Tuan Lonik.
Faktor peperangan adalah sama dengan peperang raja Pasir Emas dan Tuan Long Pandak.
Tuan Lonik telah beristeri dengan anak Raja Long Junus. Hubungan antara suami isteri ini
adalah sangat erat dan berkasih-kasih. Namun, Tuan Lonik telah membuat gila pada suatu
hari lalu membunuhkan isterinya, iaitu anak Long Junus lalu melari diri ke negeri Legeh.
Apabila Raja Long Junus mengetahui tragedy ini, baginda sangat murka kerana membunuh
anaknya yang tidak membuat apa-apa dosa. Oleh itu, baginda pun menyuruh anaknya Long
Muhammad menyerang negeri Legeh, kota Pasir Emas Tuk Deh itu.8

Di samping itu, peperangan saudara juga dinyatakan dalam Hikayat Seri Kelantan.
Selepas kemangkatan Raja Long Junus, semua anak Almarhum Long Junus itu telah
bersetuju untuk mengangkat naik anak raja Terengganu sebagai Yang Dipertuan Negeri
Kelantan yang baharu. Akan tetapi, Yang Dipertuan Negeri Kelantan ini tidak berapa
menghiraukan kepada anak-anak Almarhum Long Junus itu. Oleh itu, mereka pun berasa
marah dan malu kepada anak raja Terengganu ini lalu bermuafakat dengan segala adik-
beradiknya dan bapa saudaranya, iaitu Engku Kelucur untuk melanggar kota raja Terengganu
yang dipertuan Kelantan. 9 Akhirnya, anak raja Terengganu ini terpaksa berundur ke negeri
Terengganu dan menyerahkan tempat pemerintahan kepada Long Muhammad.

Konklusinya, isu-isu peperangan yang terkandung dalam Hikayat Seri Kelantan ini
telah banyak membantu para sejarahwan untuk mengintip dan memahami sikap kuasa
pemerintahan pada masa itu. Boleh dikatakan, peperangan yang dicetuskan dalam hikayat ini
banyak dipengaruhi oleh pergaduhan antara kerabat diraja.

7
Mohd. Taib bin Osman, Hikayat Seri Kelantan, hlm. 27.
8
Ibid, hlm. 34.
9
Zainal Abidin Borhan, “Perang, Perang, Perang: Satu Kajian Berdasarkan Hikayat Seri Kelantan”, hlm. 108.

6
3. HUBUNGAN DIPLOMATIK
Hubungan diplomatik adalah penting bagi sesebuah negara atau kerajaan dengan
berhubung baik dan erat dengan kerajaan lain untuk mendapat manfaat yang besar bagi kedua
belah pihak. Melalui Hikayat Seri Kelantan, didapati kewujudan hubungan diplomatik negeri
Kelantan dengan pihak kerajaan lain seperti dengan Terengganu dan juga pihak Siam.

Berdasarkan Hikayat Seri Kelantan, hubungan diplomatik antara Kelantan dan


Terengganu adalah dijalinkan dengan cara perkahwinan atau perkahwinan politik. Hal ini
demikian kerana perkahwinan dapat mengeratkan hubungan satu negeri dengan negeri lain.
Atas permintaan raja Terengganu, Yang Dipertuan Kelantan (Long Yunus) telah bersetuju
untuk mengahwinkan puterinya yang bernama Encik Ku Tuan Nawi itu kepada anak raja
Terengganu, iaitu Tengku Muhammad:

Sampai hari yang molek lalu dikahwin anak raja Terengganu itu dengan Encik
Ku Tuan Nawi itu betapa adat raja-raja yang besar-besar itu.10

Perkahwinan ini telah menjalinkan hubungan erat antara Kelantan dan Terengganu kerana
anak raja Terengganu ini sering berulang-ulang pergi balik dan menyampai keadaan Kelantan
dan Terengganu kepada raja-raja jika ditanya. Selain itu, Raja Long Muhammad yang
merupakan anak Raja Long Yunus juga dijadikan anak angkat raja Terengganu tersebut atas
permintaannya. Peristiwa ini telah mendalamkan hubungan erat antara dua negeri.

Di samping itu, Kelantan juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan pihak Siam
untuk mendapatkan perlindungannya daripada sebarang ancaman. Kerajaan Siam dianggap
sebagai satu kerajaan yang besar dan mempunyai kekuatan sendiri. Apabila raja Siam yang
dikenali sebagai raja maha besar bersetuju untuk memberikan tolongan dengan segala perkara
yang raja Kelantan ketuktan itu, Yang Dipertuan Janggut Terengganu yang ingin berperang
dengan Kelantan pun berasa takut kepada raja Kelantan diaku oleh orang Siam itu. Maka, raja
Terengganu turut memohon perlindungan pihak Siam. Akhirnya, kedua-dua kerajaan yang
memohon bantuan dan perlindungan daripada pihak Siam itu masing-masing dikehendaki
menghantar ufti bunga emas kepada raja maha besar.11 Oleh itu, hubungan diplomatik antara
pihak Kelantan, Terengganu dan Siam terjalin.

10
Mohd. Taib bin Osman, Hikayat Seri Kelantan, hlm. 42.
11
Wan Abdul Kadir Wan Yusoff, “Hikayat Seri Kelantan: Analisis Pemikiran dan WorldView Masyarakat”,
dalam Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor: Dawana Sdn. Bhd.,
2006, hlm. 93.

7
4. UNSUR MITOS
Unsur mitos memainkan peranan yang penting dalam teks sastera sejarah kerana
mitos adalah suatu doktrin yang meletakkan kedudukan raja sebagai manusia yang tertinggi.
Melalui pembentukan imej raja tersebut, raja-raja diberikan legitimasi yang besar untuk
memerintah sesebuah negara.12 Tokoh-tokoh yang dikembangkan oleh unsur-unsur mitos
akan dianggap sebagai tokoh yang terbesar di dunia. Dari sudut rakyat pula, kesultanan
tersebut telah menjadi suatu anugerah yang suci dan demikianlah rakyat menunjukan ketaatan
hati mereka kepada seseorang pemimpin atau sultan. Unsur-unsur mitos ini banyak
digunakan dalam Hikayat Seri Kelantan.

Pertama, Tuan Puteri Sa’dong telah menunjukkan kuasa kesaktiannya apabila


kelanggaran orang Siam ke atas Kota Jelasin untuk merampaskan Tuan Puteri Sa’dong. Demi
mempertahankan kota dan mahligai istana dirosak oleh tentera Siam, Tuan Puteri Sa’dong
telah pun menggunakan kuasa saktinya dengan memindahkan kota-kota tersebut ke dalam
Cerang Bahana:

“Jikalau aku anak orang tuha-tuha, berdarah putih bertulang tunggal, minta
terangkatlah kota paritku sekali dengan istana mahligaiku ini dan hamba
sahaja pergi jatuh ke dalam hutan tempat otang tiada sampai (pergi).”13

Tindakan Tuan Puteri Sa’dong yang berunsur mitos ini telah menunjukkan perasaan kasih
sayang seorang pemimpin kepada rakyat supaya mengelakkan dan menyelamatkan para
rakyat daripada sebarang ancaman. Unsur mitos yang dipakai pada perwatakan Tuan Puteri
Sa’dong ini telah meletakkan kepentingannya dalam bidang pemerintahan pada satu
kedudukan yang tinggi sekali.

Tambahan pula, apabila Raja Ibrahim memerintahkan negeri Kelantan secara zalim,
Tuan Puteri Sa’dong berasa amat sakit hati dan turut menunjukkan kuasa saktinya dengan
menyumpah Raja Ibrahim sehingga jatuhlah kerajaannya (“Hendak keturunan dan hendak
kepapaan.”)14. Tindakan Tuan Puteri Sa’dong yang berunsur mitos ini telah melambangkan
sebagai satu cahaya bagi rakyat Kelantan serta menjaminkan kehidupan harmoni dalam
kalangan masyarakat tempatan. Mitos ini telah meletakan Tuan Puteri Sa’dong sebagai “ratu

12
Bazrul Bahaman, “Analisis Motif Politik dalam Hikayat Seri Kelantan”, dalam Rogayah A.Hamid dan
Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor: Dawama Sdn. Bhd., 2006, hlm. 49.
13
Mohd. Taib bin Osman, Hikayat Seri Kelantan, hlm. 5.
14
Ibid, hlm. 19.

8
adil” yang melambangkan keadilan serta tumpuan harapan rakyat tempatan untuk
menegakkan keadilan.15

Seterusnya, menurut Hikayat Seri Kelantan, Tuan Puteri Sa’dong pun ghaibkan diri
daripada mata orang itu dan tidak lagi muncul di hadapan orang ramai. Faktor Tuan Puteri
Sa’dong hanya dikatakan ghaibkan diri dan bukannya meninggal dunia dalam hikayat
tersebut adalah untuk mengelakkan kehilangan adil dalam kalangan masyarakat serta
menerusikan harapan rakyat Kelantan.16

Di samping itu, unsur mitos juga disampaikan oleh Tuan Dalam (Almarhum Janggut)
dalam Hikayat Seri Kelantan. Tuan Dalam mendapat minpi apabila duduk tidur dalam
kurungan bilik perahu dan dijanjikan tidak akan memotong janggutnya supaya boleh
mendapat kemenangan dalam setiap peperangan yang dihadapinya:

“Aku hendak minta janji daripada kamu; jika kamu me(be)nang/(me(be)nang)


perang itu kamu jangan buang janggut itu hingga sampai mati kamu.”17

Akan tetapi, kemenangan sesuatu peperangan tidak munasabah hanya bergantung kepada
janggut seseorang pemimpin malah bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti kekuatan
sesebuah negeri, alat senjata yang diguna, kuasa militari dan sebagainya. Boleh dikatakan,
sifat-sifat mitos yang digunakan dalam watak pemerintah telah menjadikan peminpin tersebut
mempunyai kuasa yang tertinggi dan telah diletakkan pada kedudukan yang tinggi dalam
kalangan masyarakat. Peristiwa ini juga diterima oleh golongan dahulu disebabkan pemikiran
mereka yang selalu menghormat kepada pemerintah tertinggi.

Walaupun unsur-unsur mitos yang terdapat dalam Hikayat Seri Kelantan ini adalah
hairan, ia tetap berjaya menyampaikan kisah-kisah sejarah di Kelantan serta menggambarkan
budaya masyarakat pada masa itu yang mempercayai kepada kuasa sakti dan Tuhan. Oleh itu,
unsur-unsur mitos ini masih mempunyai kedudukan yang penting dalam teks sastera sejarah
sebagai satu sumber pengetahuan yang berharga tentang sifat masyarakat zaman silam.

15
Bazrul Bahaman, “Analisis Motif Politik dalam Hikayat Seri Kelantan”, hlm. 52.
16
Ibid, hlm. 57-58.
17
Mohd. Taib bin Osman, Hikayat Seri Kelantan, hlm. 37.

9
5. PERANAN WANITA
Dalam Hikayat Seri Kelantan, peranan wanita dalam kerajaan Kelantan tidak dapat
dinafikan. Pembinaan imej wanita dalam hikayat tersebut telah memberikan satu kedudukan
atau tempat yang sewajahnya kepada wanita dalam kalangan masyarakat pada masa itu.
Penerangan peranan wanita dalam hikayat bukan sahaja mempersembahkan kepentingan dan
fungsi wanita, tetapi juga merupakan satu refleksi kepada nilai-nilai yang diamalkan oleh
masyarakat pada masa itu.

Dari segi pemerintahan, pemerintahan terhadap Tanah Serendah Sekebun Bunga pada
peringkat awal telah dilakukan oleh Encik Siti yang tidak bersuami dan tidak beranak. Beliau
telah memerintah negeri yang besar ini dengan memberi perlindungan dan jagaan serta
menjaminkan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat. Seterusnya, Tuan Puteri Sa’dong yang
merupakan anak angkat Encik Siti juga mengambil tenggungjawab untuk menjaga kota dan
rakyatnya dengan cara memindahkan bandar ke hutan dalam supaya tidak diancam oleh
orang Siam.

Lagipun, demi mengelakkan negeri dirosakkan oleh orang Siam selepas kedudukan
bandar yang dipindah itu ditemui, Tuan Puteri Sa’dong sanggup menyerahkan diri kepada
musuh walaupun tidak rela memisah dengan suaminya. Tambahan pula, apabila Tuan Puteri
Sa’dong menerima aduan-aduan daripada rakyat Kelantan tentang kezaliman Raja Ibrahim,
Tuan Puteri Sa’dong pun menyumpah kepada Sultan Ibrahim dan melepaskan rakyat
daripada pemerintahan yang zalim. Boleh dikatakan, Hikayat Seri Kelantan telah
membinakan peranan wanita yang melibatkan diri dalam bidang pentadbiran.

Di samping itu, sifat keberanian seseorang wanita juga ditunjukkan dalam hikayat
tersebut. Mula-mulanya, tindakan Tuan Puteri Sa’dong yang mengikut musuh ke Siam kerana
takut dimurka oleh Sultan dan takut rosak akan negeri adalah cukup berani. Walaupun Tuan
Puteri Sa’dong “takut menjadi ankara di atas tubuh”18, beliau tetap berani berhadapan dengan
orang Siam. Apabila raja Siam ingin memperkosakannya, Tuan Puteri Sa’dong sanggup
menyemburkan sempah sirih kepada raja Siam untuk menjaga kesucian sendiri. Nilai
kesucian pada masa ini adalah sangat penting bagi seseorang wanita. Demi mengekalkan
kesucian sendiri, Tuan Puteri Sa’dong berani menentang raja Siam yang mempunyai kuasa
yang kuat.

18
Mohd. Taib bin Osman, Hikayat Seri Kelantan, hlm. 8.

10
Selain itu, daripada imej Tuan Puteri Sa’dong, sikap berani dendam juga ditonjolkan.
Apabila Sultan Abdullah memancung leher Tuan Puteri Sa’dong, Tuan Puteri Sa’dong yang
hidup kembali pun membalaskan dendamnya dengan memancung balik leher Sultan
Abdullah sambil mengatakan:

“Utang budi dibayarkan budi, utang darah dibayarkan darah, dan utang malu
dibayarkan malu, dan utang mati dibayarkan mati.”19

Di sini, tindakan Tuan Puteri Sa’dong yang bersifat berani cinta, berani dendam telah
menunjukkan sisi lain watak wanita yang sering dianggap penyayang, mesra dan lembut.

Seterusnya, dalam sistem feudal, raja mempunyai kuasa mutlak dan rakyat tidak
berkuasa untuk menentukan pemerintahan. Justeru, perkara ini telah mewujudkan kes
kezaliman Sultan Ibrahim. Peristiwa Tuan Puteri Sa’dong menyelesaikan masalah masyarakat
ini dengan menyumpah Sultan Ibrahim telah menjadikan satu harapan bagi rakyat Kelantan
untuk menemui keadilan dan saksama. Gelaran “ratu adil” kepada Tuan Puteri Sa’dong telah
meletakkannya dalam satu kedudukan yang bersifat adil dan tidak zalimm. Imej wanita yang
didirikan dalam hikayat ini telah melambangkan pandangan masyarakat kepada wanita yang
bersikap lembut, mesra, adil dan berkasih sayang.

Boleh dikatakan, citra wanita yang diterangkan dalam hikayat ini adalah kesetiaan,
ketaatan kepada diri dan negara serta berani menghadapi cabaran. Sifat-sifat tersebut telah
pun menjadi sifat sanjungan dalam masyarakat zaman silam.20

Mohd. Taib bin Osman, Hikayat Seri Kelantan, hlm. 16.


19

Norhayati Ab. Rahman, “Citra Wanita dalam Teks Riwayat Kelantan”, dalam Rogayah A.Hamid dan
20

Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor: Dawama Sdn. Bhd., 2006, hlm. 210-211.

11
6. KESIMPULAN
Hikayat Seri Kelantan ini adalah suatu karya sejarah yang menceritakan tentang
kehebatan negeri Kelantan. Isi kandungan dalam hikayat ini dapat dijadikan kepada sumber
sejarah yang berguna. Apabila dibandingkan dengan kedua sumber sejarah lain, iaitu
Ringkasan Cetera Kelantan dan Riwayat Kelantan, isi kandungan dalam Hikayat Seri
Kelantan adalah lebih teliti dan lebih panjang.

Bahagian pertama banyak menyaksikan unsur mitos seperti kuasa kesaktian Tuan
Puteri Sa’dong yang agak hairan pada pandangan masyarakat moden sekarang, namun unsur
sebegini tidak merosakkan atau menjejaskan karya tersebut. Malah, unsur mitos ini telah pun
dijadikan sebagai satu simbolik dan menunjukkan pemikiran mereka pada masa lalu yang
banyak mempercayai kepada kuasa ghaib ini.

Bahagian dua dalam hikayat ini banyak berfokus kepada fakta sejarah. Terdapat
pelbagai peristiwa yang telah dicatatkan dalam bahagian ini, terutamanya isu peperangan
sama ada besar atau kecil. Peperangan yang dicatatkan dalam hikayat ini telah menjadi
sumber kajian yang penting bagi para sejarahwan untuk memulihkan dan lebih
memahamikan situasi kerajaan Kelantan pada masa lalu. Faktor-faktor peperangan dapat
dicatatkan dan dianalisis serta dibandingkan dengan karya lain untuk mengalikan faktor
peperangan yang paling hampir dengan kenyataan sejarah.

Di samping itu, peranan wanita yang dibina dalam karya tersebut juga menjadikan
satu bayangan kedudukan wanita dalam kalangan masyarakat pada masa itu. Justeru, boleh
dikatakan bahawa kedudukan Hikayar Seri Kelantan sebagai sumber sejarah dan juga sumber
ilmu am telah diperkukuhkan dengan beberapa penekaan, antaranya merupakan fokus kepada
peperangan, hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan kuasa atau kerajaan lain, unsur
mitos yang diamalkan serta peranan wanita yang dibina.

Akhir sekali, walaupun kajian terhadap Hikayat Seri Kelantan telah dilakukan, namun
hikayat tersebut masih terdapat ruang kaji yang besar dan juga mempunyai kerumitan yang
tersendiri disebabkan sebahagian besar manuskrip yang masih belum diterbitkan.

12
7. BIBLIOGRAFI
1. Bazrul Bahaman, “Analisis Motif Politik dalam Hikayat Seri Kelantan”, dalam
Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor:
Dawama Sdn. Bhd., 2006.
2. Harun Mat Piah, “Tuan Puteri Saadong: Sebagai Sebuah Mitos, Sejarah dan Hikayat”,
dalam Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan,
Selangor: Dawana Sdn. Bhd., 2006.
3. Mohd. Taib bin Osman, Hikayat Seri Kelantan, Selangor: Dawana Sdn. Bhd., 2004.
4. Norhayati Ab. Rahman, “Citra Wanita dalam Teks Riwayat Kelantan”, dalam
Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor:
Dawama Sdn. Bhd., 2006.
5. Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor:
Dawana Sdn. Bhd., 2006.
6. Wan Abdul Kadir Wan Yusoff, “Hikayat Seri Kelantan: Analisis Pemikiran dan
WorldView Masyarakat”, dalam Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.),
Kesultanan Melayu Kelantan, Selangor: Dawana Sdn. Bhd., 2006.
7. Zainal Abidin Borhan, “Perang, Perang, Perang: Satu Kajian Berdasarkan Hikayat
Seri Kelantan”, dalam Rogayah A.Hamid dan Mariyam Salim (ed.), Kesultanan
Melayu Kelantan, Selangor: Dawana Sdn. Bhd., 2006.

13

You might also like