You are on page 1of 15

JMK214 / 4

JMK214TG1

KAJIAN TEKS MELAYU KLASIK TERPILIH

SELECTED STUDIES OF MALAY CLASSICAL TEXTS

Academic Session 2020/2021

TUGASAN TG1

Name NUR ASYIKIN BINTI ABDUL RAHMAN


Matric No. JM/13571/19
IC No. 980707075732
Regional
PULAU PINANG
Centre
House : -
Phone No. H/P: 0174612412

980707075732
BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan
1
1.1 Pengertian Wasiat
1.2 Ringkasan Teks Serta Konsep Wasiat Di Dalam Teks yang 1- 3
Dikaji
1.3 Pandangan Sarjana Mengenai Teks Klasik Serta Wasiat 3
Dalam Konteks Sastera Sejarah
2.0 Perbincangan

2.1 Tujuan Wasiat Digunakan Dalam Teks Hikayat Raja Pasai


4-5
2.1.1 Bagi Mendidik Pengganti Raja Sebelum Menduduki

Takhta

2.1.2 Mengukuhkan kedudukan Raja Serta Negerinya yang 5-6

Pertama yang Menerima Pengaruh Islam

2.1.3 Wasiat Digunakan Bagi Memastikan Pembesar Sentiasa 6-7

Menjalankan Tanggungjawab Serta Setia Terhadap Raja

2.1.4 Mengerjakan Tugas Sebagai Raja Dengan Sabar, Adil 7-8

Dan Saksama.

2.2 Kepentingan Mengikut Wasiat Serta Kesan 9-11

Mengabaikannya

3.0 Penutup 12

4.0 Senarai Rujukan 13


1.0 Pengenalan

1.1 Pengertian Wasiat

Wasiat merupakan perkara yang ingin disampaikan oleh seseorang individu

yang sedang gering kepada sesuatu kelompok atau kepada yang individu yang ingin

ditinggalkan. Wasiat ini boleh ditinggalkan melalui pelbagai bentuk misalnya melalui

lisan dan tulisan yang berupa pesanan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, wasiat

ialah kehendak penghabisan yang disampaikan oleh orang yang hampir meninggal

(bukan harta benda), namun ianya ialah pesanan yang terakhir (Kamus Dewan,

2002:1548). Dalam konteks sastera sejarah, wasiat disampaikan kepada pengganti raja

bagi membimbing serta mendidik pemegang takhta agar mereka bertanggungjawab

dalam mengendalikan kerajaan (Mazlina, 2001:65). Misalnya, wasiat seorang raja

kepada anaknya, kepada pembesar mahupun kepada pendamping raja. Secara

keseluruhannya, wasiat perlulah dipatuhi dan sekiranya tidak dipatuhi, ianya akan

memberi kesan yang negatif kepada seseorang individu serta masyarakat.

1.2 Ringkasan Teks Serta Konsep Wasiat Di Dalam Teks yang Dikaji

Hikayat Raja Pasai ini adalah karangan Melayu klasik yang bersifat sejarah

dan sangat lama. Penulis bagi teks ini tidak diketahui namun ianya dikaji dan

diperkenalkan oleh Russell Jones. Hikayat Raja Pasai juga dikatakan ditulis pada

hujung abad ke-14 serta dijadikan teladan mahupun sebagai contoh kepada karya lain

misalnya Sulalatus Salatin. Kedua-dua teks ini mempunyai konsep penceritaan dan

rentetan yang sama iaitu zaman kegemilangan seseorang raja, pembukaan negeri,

kejatuhan sesebuah negeri serta konflik yang mendasari teks tersebut. Kedua-dua teks

ini boleh dikatakan sebagai kembar tetapi tidak seiras kerana ianya mempunyai latar

lokasi yang berbeza. Teks Hikayat Raja Pasai, mengisahkan mengenai negeri yang

1
pertama memeluk islam iaitu Pasai serta mengenai susur galur keturunan raja di

negeri Pasai. Hikayat ini dibahagikan kepada 3 bahagian, yang pertama adalah

mengenai Raja Ahmad dan Raja Muhammad di negeri Samarlanga serta mengenai

generasi anak dan cucu mereka. Merah Silau iaitu salah seorang cucu mereka yang

membuka negeri Pasai telah diislamkan oleh Nabi Muhammad melalui mimpi dan

menukar namanya kepada Sultan Malikul Saleh. Bahagian ini juga memfokuskan

kepada kisah mengenai anak Sultan Malikul Saleh iaitu Sultan Malikul Tahir dan

cucunya iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur.

Seterunya, bahagian kedua pula mengisahkan mengenai Sultan Ahmad

Perumudal Perumal dan mengenai anak-anaknya iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Medan

Peria, Tun Takiah Dara dan sebagainya. Pada bahagian ini, Tun Beraim Bapa telah

dibunuh oleh bapanya iaitu Sultan Ahmad. Manakala, di bahagian akhir cerita

Hikayat Raja Pasai, ianya mengisahkan mengenai Tuan Puteri Gemerencang yang

mencintai Tun Abdul Jalil. Namun akibat cemburu Sultan Ahmad pada anaknya Tun

Abdul Jalil, Sultan Ahmad membunuh anaknya sendiri. Akhirnya, Pasai diserang oleh

Majapahit dan Sultan Ahmad melarikan diri kerana tanpa anaknya Tun Beraim Bapa,

ianya menyukarkan baginda untuk melawan Majapahit. Oleh itu, runtuhlah kerajaan

islam Pasai yang pertama di Nusantara akibat Sultan yang memerintah mengikut

hawa nafsu.

Seterusnya, wasiat sememangnya menjadi bukti kedatangan islam di negeri

Pasai. Namun, konsep wasiat bukan sahaja digunakan sebagai nasihat, namun ianya

juga digunakan bagi mengukuhkan kedudukan Sultan sebagai pemimpin yang

berwibawa serta bagi mendidik keturunan Sultan. Wasiat juga digunakan bagi

membuktikan kehebatan Pasai yang merupakan negeri pertama menerima pengaruh

islam serta rajanya sendiri diislamkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sendiri. Hal ini

2
membuktikan mengapa wasiat sangat menonjol di dalam teks ini berbanding dengan

teks sastera sejarah yang lain.

1.3 Pandangan Sarjana Mengenai Teks Klasik Serta Wasiat Dalam Konteks

Sastera Sejarah

Braginsky mengklasifikasikan penghasilan karya daripada pengarang Melayu

tradisional kepada tiga jenis sfera iaitu sfera rohani, sfera faedah dan sfera keindahan.

Beliau berpendapat yang karya-karya seperti hikayat, syair dan kitab tergolong dalam

sfera faedah. Karya yang tergolong dalam sfera ini merupakan karya yang memberi

moral serta bertujuan untuk menyumbang kepada intelek. Unsur yang penting dalam

sfera ini ialah mengenai karya-karya yang mampu menajamkan pemikiran serta

membuat otak berfungsi bagi mengeluarkan persoalan mengenai sebab-musabab

sesuatu perkara berlaku (Braginsky,1994:51-70).

Selain itu, bagi wasiat pula Jamsari Mokhtar berpendapat bahawa Hikayat

Raja Pasai menggunakan wasiat bagi mengukuhkan negeri Pasai sebagai negeri yang

pertama menerima pengaruh islam. Jamsari juga berpendapat yang wasiat seharusnya

diikuti sekiranya tidak, ianya akan memberi kesan yang negatif. Beliau juga

menyatakan yang sebab utama kejatuhan Pasai adalah kerana raja yang tidak

mematuhi wasiat tersebut yang seterusnya membawa kepada kesan yang negatif

kepada kerajaannya (Jamsari, 1998:30-36). Selain itu, Ali Ahmad pula berpendapat

yang wasiat juga digunakan sebagai perluasan tema penulisan dalam Hikayat Raja

Pasai. Ali Ahmad juga menyatakan yang pengarang menggunakan peristiwa-

peristiwa sejarah bagi menunjukkan betapa pentingnya wasiat terhadap orang Melayu

(Ali, 1987: 40-46).

3
2.1 Tujuan Wasiat Digunakan Dalam Teks Hikayat Raja Pasai
2.1.1 Bagi Mendidik Pengganti Raja Sebelum Menduduki Takhta

Secara ringkasnya, wasiat merupakan pesanan yang disampaikan oleh

seseorang individu bagi menasihati individu mahupun sesebuah masyarakat mengenai

sesuatu perkara. Pengganti raja merupakan individu yang akan mengambil tempat raja

setelah seseorang raja turun takhta ataupun meninggal dunia. Seorang pengganti raja

haruslah mengetahui serba sedikit mengenai perkara yang seharusnya dilakukan dan

yang tidak harus dilakukan. Melalui teks Hikayat Raja Pasai dapat dilihat yang Sultan

Malikul Saleh berwasiat kepada cucu-cucunya agar tidak tamak akan harta duniawi,

harus bersefahaman, dan harus bermuafakat dalam melakukan apa sekalipun.

“Hai cucuku kedua, ketahui oleh kamu kedua, karna

aku ini sakit sangat, rasanya hampirlah hukum Allah

Taala akan daku berpindah daripada negeri yang

fana ke negeri yang baqa itu: adapun peninggalku ini

baik-baik kamu kedua memeliharakan pekerjaan,

jangan kamu banyak tamak akan arta dunia, karna

dunia ini tempat segala yang maghrur dan jangan

kamu ingin akan segala yang tiada memberi manfaat

akan kamu di akhirat, dan jangan kamu tiada

muafakat dua bersaudara daripada segala pekerjaan

kamu; jangan sekali-kali bersalahan antara kamu

kedua bersaudara..”

(Hikayat Raja Pasai, 1999: 25)

4
Berdasarkan keratan teks di atas, dapat dilihat yang Sultan Malikul Saleh

sudah dapat menjangkakan yang kedua-dua cucunya akan mempunyai masalah

sesama adik beradik dalam mentadbir negeri mereka mahupun dalam kehidupan. Oleh

itu, Sultan Malikul Saleh memberi peringatan agar mereka sentiasa adil antara satu

sama lain serta bermuafakat dalam pekerjaan. Situasi di atas memperlihatkan yang

konsep wasiat di dalam teks ini digunakan bagi mendidik pengganti raja agar mereka

sentiasa bertoleransi dan dapat mentadbir negeri mereka dengan baik. Oleh itu,

dengan mengikut wasiat ini, kerajaan mereka makmur dan ditambahkan rezeki.

2.1.2 Mengukuhkan kedudukan Raja Serta Negerinya yang Pertama yang


Menerima Pengaruh Islam

Wasiat di dalam Hikayat Raja Pasai juga digunakan bagi mengukuhkan

kedudukan raja yang mentadbir negeri pertama yang menerima pengaruh islam.

Pengarang menonjolkan wasiat dari Nabi Muhammad yang menyatakan mengenai

negeri di bawah angin iaitu Samudera harus diislamkan. Merah Silau ataupun Sultan

Malikul Saleh juga diislamkan sendiri oleh Nabi Muhammad S.AW menerusi mimpi.

Wasiat dari Nabi Muhammad S.A.W kepada pembesar di Mekah ialah:

“Bahawa ada sepeninggalku wafat itu, ada sebuah

negeri di bawah angin, Samudera namanya; apabila

ada didengar khabar negeri itu, maka kamu suruh

sebuah kapal membawa perkakas alat kerajaan dan

kamu bawa ia orang dalam negeri itu masuk agama

Islam serta mengucap dua kalimah syahadat”

(Hikayat Raja Pasai, 1999: 13)

5
Melalui teks di atas, dapat dilihat yang wasiat tersebut sememangnya

ditonjolkan oleh pengarang bagi memperlihatkan darjat dan kehebatan negeri Pasai

serta rajanya yang didatangkan islam terlebih dahulu dengan wasiat daripada Nabi

Muhammad sendiri. Situasi tersebut ditonjolkan bagi mengukuhkan kedudukan raja

dan negeri Pasai. Dalam masa yang sama, ianya akan membuat pembaca merasa

kagum serta akan menghormati raja tersebut.

2.1.3 Wasiat Digunakan Bagi Memastikan Pembesar Sentiasa Menjalankan

Tanggungjawab Serta Setia Terhadap Raja

Telah menjadi lumrah kehidupan bagi seseorang pembesar mengikut segala

perintah serta setia terhadap raja mereka. Pembesar tidak boleh mempersoalkan

mengapa sesuatu perkara dilakukan namun, mereka boleh memberi nasihat kepada

raja agar keputusan yang diambil raja tidak memberi kesan negatif terhadap baginda

serta rakyat. Di dalam teks Hikayat Raja Pasai, Sultan Malikul Saleh berwasiat

kepada Sayid Semayamuddin dan Sayid Ali Ghaituddin agar mereka taat kepada

cucu-cucunya iaitu Sultan Malikul Mansur dan Sultan Malikul Mahmud. Hal ini dapat

dilihat dalam keratan teks dari Hikayat Raja Pasai iaitu:

“Hai perdana menteri kedua, baik-baik kamu kedua

ini memelihara cucuku kedua ini insya-Allah Taala

jangan kamu beri bersalahan ia dua bersaudara serta

kamu kedua ajari; hendaklah jangan kamu kedua

mengubahkan setia kamu akan cucuku kedua dan

jangan kamu menyembah segala raja-raja yang lain

daripada cucuku; hubaya-hubaya jangan kamu beri

teraniaya daripada segala hamba Allah dan jangan

6
kamu mengerjakan segala pekerjaan yang bersalahan

dengan hukum Allah”

(Hikayat Raja Pasai, 1999: 24)

Berdasarkan teks tersebut, Sultan Malikul Saleh memberi peringatan terhadap

kedua pembesarnya agar taat kepada raja mereka namun, jangan sesekali membuat

sesuatu perkara yang bertentangan dengan hukum Allah. Pengarang menggunakan

wasiat ini untuk memperlihatkan yang seorang pembesar merupakan seorang yang

sangat penting dalam mentadbir kerajaan dan seharusnya dipilih dengan betul. Hal ini

kerana pembesar dan penasihat akan menyumbang kepada pemerintahan kerajaan

yang lebih baik . Misalnya sewaktu Sultan Malikul Mahmud ingin pergi menghadiri

jamuan, Sayid Semayamuddin memberi nasihat agar baginda tidak menghadiri majlis

tersebut kerana takut akan fitnah syaitan. Namun, Sultan Malikul Mahmud

mengabaikan nasihat tersebut dan pergi ke majlis itu. Akhirnya baginda telah

melakukan hubungan dengan seorang wanita yang seterusnya memberi kesan negatif

terhadap dirinya sendiri.

2.1.4 Mengerjakan Tugas Sebagai Raja Dengan Sabar, Adil Dan Saksama.

Di dalam teks Hikayat Raja Pasai, Sultan Malikul Mahmud berwasiat kepada

anaknya iaitu Sultan Ahmad iaitu anaknya harus menjalankan tanggungjawab sebagai

raja dengan sabar serta bermesyuarat terlebih dahulu dengan semua menteri dan

hulubalangnya sebelum membuat sesuatu keputusan. Hal ini kerana, melalui

mesyuarat idea mengenai sesuatu perkara dapat dikumpul dengan lebih banyak kerana

setiap individu mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Dengan ini, raja dapat

membuat satu keputusan yang adil dan saksama terhadap setiap lapisan masyarakat

tanpa mengabaikan suara penasihat dan para menterinya. Keratan teks tersebut ialah :

7
“ Hai anakku, jangan tiada engkau turut pesanku ini;

dan jika pada sesuatu pekerjaan hendaklah engkau

mesyuarat dengan segala menterimu yang tuha-tuha

dan jangan segera engkau berbuat sesuatu pekerjaan

hingga baiklah mesyuaratmu dengan segala menteri

hulubalangmu, maka engkau kerjakan. Dan

perbanyak olehmu sabarmu pada segala pekerjaan

yang tiada patut pada syarak…”

(Hikayat Raja Pasai, 1999: 33)

Keratan teks di atas menjelaskan yang Sultan Malikul Mahmud sudah dapat

menjangkakan tindak tanduk anaknya, oleh itu baginda berwasiat sebelum meninggal

dunia. Situasi tersebut juga berlaku kerana Sultan Malikul Mahmud tidak mahu

anaknya mengulangi kesilapan yang pernah baginda lakukan dalam keadaan marah

sehingga kehilangan saudaranya. Hal ini kerana dalam keadaan sabar, raja dapat

memikirkan kesan jika baginda melakukan sesuatu perkara dan tidak melakukan

sesuatu perkara dengan terburu-buru. Tambahan pula, wasiat tersebut bukan sekadar

nasihat namun, baginda memberikan peringatan terhadap anaknya agar tidak lalai dan

mengikut hawa nafsu. Tugas seorang raja amatlah berat untuk dilakukan namun,

seorang raja haruslah sabar dan adil dalam menjalankan tugas mereka. Seorang raja

perlu mengetahui kesan terhadap perkara yang dilakukan dengan meneliti terlebih

dahulu dari semua jenis aspek dan berbincang dengan para menteri, pembesar serta

penasihat.

8
2.2 Kepentingan Mengikut Wasiat Serta Kesan Mengabaikannya

Setiap wasiat mempunyai kepentingan yang tersendiri dan sebab

mengapa setiap individu tersebut berwasiat. Misalnya wasiat Sultan Malikul Saleh

kepada cucu-cucunya iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur.

Sultan Malikul Saleh berwasiat yang kedua-dua cucunya harus sentiasa

bermuafakat dan tidak tamak akan harta dunia. Kedua-dua cucunya mengikut

wasiat ini hasilnya negeri mereka menjadi makmur, dilimpahkan rezeki serta

berjaya mengalahkan serangan kerajaan Siam.

“Maka negeri yang kedua itu pun terlalu ramai dan

makmur segala rakyat dalam negeri itu dan beberapa

gajah dan kuda jenuhlah makanannya dan beberapa

daripada segala rezeki lain tiada terhisabkan

banyaknya pada zaman baginda kedua bersaudara”

(Hikayat Raja Pasai, 1999: 26)

“Bermulanya panglimanya yang bernama Talak

Sejang itu kena panah dadanya terus ke belakangnya

lalu matilah ia. Maka sorak orang Pasai pun gemuuh

seperti tagar, kemudian dari itu, maka patahlah

perang rakyat Siam itu lalu lari membuang belakang

cerai-berai tiada berketahuan, yang lari ke darat

habis dibunuh oleh orang Pasai dan yang lepas ke

laut itu lalau naik ia ke perahunya lalu ia berlayar

pulang menuju negeri Siam.

9
Maka sultan pun kembalilah ke istananya dengan

kemenangannya dan dengan sukacitanya”

(Hikayat Raja Pasai, 1999: 28)

Berdasarkan teks di atas, dapat dilihat yang negeri tersebut dilimpahkan

dengan rezeki yang melimpah ruah dan dengan kemenangan yang

memberangsangkan. Pada waktu itu, Siam mempunyai kuasa ketenteraan yang sangat

kuat di rantau Asia Tenggara sehingga negeri Kedah juga berasa di bawah naungan

Siam. Hal ini memperlihatkan yang pengarang cuba memaparkan betapa kuatnya

kuasa ketenteraan Pasai sehingga mampu untuk mengalahkan Siam. Tambahan pula,

kedua-dua raja memerintah negeri tersebut berlunaskan agama islam dan wasiat yang

diberikan. Oleh kerana mengikut wasiat tersebut, negeri Pasai menjadi aman dan

mendapat tumpuan semua pedagang.

Selain itu, terdapat juga kesan yang akan dihadapi akibat daripada

mengabaikan wasiat yang diberikan. Sultan Ahmad Premudal Perumal telah

mengabaikan wasiat yang diberikan oleh ayahandanya iaitu Sultan Malikul Mahmud.

Baginda mempunyai nafsu terhadap anaknya sendiri iaitu Tun Medam Peria dan Tun

Takiah Dara. Tun Beraim Bapa salah seorang anak Sultan Ahmad telah membawa lari

saudaranya sehingga menyebabkan Sultan Ahmad berdendam padanya. Akhirnya Tun

Beraim Bapa mati akibat memakan peniaram beracun yang diberi bapanya. Tun

Takiah Dara dan Tun Median Dara juga memakan racun dan mati bersama

saudaranya. Oleh kerana mempunyai nafsu terhadap anak sendiri, Sultan Ahmad

sanggup memberi racun kepada anak.

“Maka Tun Beraim Bapa pun fikir dalam hatinya,

“ Jikalau kumakan makanan ini nescaya matilah aku,

jikalau tiada kumakan nescaya derhaka lah aku, tetapi

10
baiklah aku mati daripada nama derhaka.” Maka

diambilnya peniaram itu sebiji lagi, maka hendak

dimakannya, maka tatkala itu dilihat oleh Tun Medam

Peria hal yang demikan itu, maka diperebutnya

daripada tangan saudaranya lalu dimakannya, maka

ia pun lalu matilah. Maka diambilnya sebiji lagi,

maka diperebutnya oleh saudaranya yang bernama

Tun Takiah Dara lalu dimakannya maka ia pun mati.

Maka disuruh Tun beriam Bapa ke Bukit Fudul Allah

disuruhnya tanamkan di sana.

Maka Tun Beraim Bapa pun mengambil peniaram itu,

lalu dimakannya…”

(Hikayat Raja Pasai, 1999: 53)

Sultan Ahmad juga tidak berpuas hati dengan anaknya iaitu Tun Abdul Jalil

kerana anaknya dicintai oleh Puteri Gemerencang. Akibat iri hati terhadap

ketampanan Tun Abdul Jalil, Sultan Ahmad telah membunuh anaknya. Akhirnya,

negeri baginda telah diserang oleh Majapahit. Ketiadaan Tun Beraim Bapa

melemahkan negeri Pasai yang akhirnya telah kalah dalam peperangan tersebut.

Akibat Sultan Ahmad mengabaikan wasiat dari ayahnya, memerintah negerinya

dengan mengikut hawa nafsu, serta zalim terhadap anak-anaknya, ianya telah

meruntuhkan kerajaan islam Pasai Pertama di Nusantara.

11
Penutup

Tuntasnya, pengabaian wasiat merupakan penyebab kepada kejatuhan negeri

Pasai dalam teks Hikayat Raja Pasai. Negeri Pasai dihukum akibat daripada sikap

zalim Sultan Ahmad yang menyukai anaknya sendiri, membunuh darah dagingnya

dan sebagainya. Pemerintahan yang mengikut hawa nafsu inilah yang telah

menghukum Sultan Ahmad. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya mengikut

perkara yang telah diwasiatkan kepada seseorang. Pengabaian terhadap wasiat akan

memberi kesan yang negatif terhadap masyarakat. Tambahan pula, di dalam teks ini,

dapat dilihat juga yang pengarang mempelbagaikan konsep wasiat dengan cara yang

berbeza bagi setiap wasiat. Namun setiap wasiat di dalam hikayat ini mempunyai

tujuan serta kepentingan yang tersendiri.

12
Rujukan

Ali, A. 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Braginsky, V. I. 1994. Erti keindahan dan keindahan erti dalam kesusasteraan

Melayu klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamsari, M. 1998. Hikayat Raja Pasai: Pemikiran Tamadun Melayu. Kajian Ilmiah M.

A. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya

Kamus Dewan. 2002. 3rd ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Russell, J. 1999. Hikayat Raja Pasai. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan & Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Mazlina, H. 2001. Sejarah Sebagai Pengajaran Moral Dalam Konteks Historiosofi


MelaYu: Satu Interpretasi Terhadap Hikayat Raja Pasaj dan Sajarah Melayu,
Universiti Sains Malaysia.

13

You might also like