You are on page 1of 9

HKN 210 – Kesusasteraan Melayu Nusantara

SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2021/2022

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

TUGASAN

Sediakan sebuah ulasan umum tentang teks Hikayat Patani (cetakan 1992). Seterusnya

analisiskan kedudukan watak Raja Kuning sama ada beliau seorang yang lemah atau

sebaliknya dalam mempengaruhi pembangunan dan juga kejatuhan negeri Patani

NAMA: FATIN SHARIHAH BINTI SHAHALI

NO. MATRIKS: 151025

NAMA PENYELIA: DR. MOHAMAD LUTHFI ABDUL RAHMAN

1
Isi Kandungan

No Isi kandungan Muka Surat (m/s)

1. Pengenalan 3

2. Isi

 Isi 1 3–4

 Isi 2 4

 Isi 3 5

5–6
 Isi 4
7
 Isi 5

3. Kesimpulan 8

4. Rujukan 9

2
1.0 Pengenalan

2.0 Hikayat merupakan salah satu bidang kesusasteraan Melayu tradisional. Ciri-ciri cerita

hikayat berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang

penting. Pada kebiasaannya, cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan,

dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis

dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh

pendengar. Hikayat berasal daripada perkataan Arab iaitu hikayah yang bermaksud cerita.

Hikayat yang dikaji ialah Hikayat Patani yang bertemakan asal usul pembukaan negeri

Patani Dar al-Salam. Raja Kuning merupakan anak kepada Ratu Ungu dan Sultan Abdul

Gafur, beliau telah dinaikkan takhta pada tahun 1635 hingga tahun ??? Gelaran Raja

Kuning ialah Raja Nan Cayang dan juga Phra Nang Chao Yang. Secara

tuntasnya, Hikayat Patani merupakan sebuah manuskrip Melayu silam. Hikayat ini

mengisahkan sejarah Patani yang berkaitan dengan lagenda dan kesultanan Patani iaitu

sebuah kerajaan Melayu yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia.

3.0 Kedudukan watak Raja Kuning sama ada beliau seorang yang lemah atau sebaliknya

dalam mempengaruhi pembangunan dan juga kejatuhan negeri Patani.

3.1 Raja Kuning merupakan raja yang amanah.

raja Kuning merupakan seorang raja yang amanah. Hal ini demikian kerana,

beliau tidak mengambil wang pembendaharaan atau harta negara sewaktu zaman

pemerintahannya, walau pun Raja Kuning dibenarkan untuk melakukannya. Harta

warisan peninggalan daripada keturunannya sebelum ini telah diserahkan untuk

kegunaan negara. Perbuatan ini adalah untuk menambah dana negara Patani pada

ketika itu. Contoh dapat dilihat dengan jelas di bawah:

3
“...Phra Cau itulah yang tiada santap hasil raja, dan yang santapnya

hasil tanaman dan kebunnya, daripada harga bunga dan sayur-

sayuran itulah yang disantapnya dan dipakainya...”

(Siti Hawa Haji Salleh, 1992: 41 -42)

contoh di atas jelas memperlihat bahawa Raja Kuning ini seorang pemimpin yang

amanah. Beliau tidak menggunakan harta kerajaan, sebaliknya beliau hanya

menggunakan hasil kebunnya untuk keperluan asas seperti makan dan pakaian.

Oleh itu, jelaslah bahawa perwatakan Raja Kuning yang amanah ini telah

membawa kemajuan kepada kerajaan Patani.

3.2 Raja Kuning juga merupakan seorang yang pemurah.

Selain itu, Raja Kuning juga merupakan seorang yang pemurah. Hal ini demikian

kerana, beliau menjadikan harta pusakanya yang terlalu banyak itu sebagai harta

raja atau harta negara. Beliau telah membawa hartanya itu di balai penghadapan

selama tiga hari untuk diangkat atau diambil oleh rakyat jelata. Sebagai contoh:

“...maka Phra Cau pun menyuruh orang mengangkat hartanya itu,

sudah itu dibunnya di hadapan <balai penghadapan> [perempuan]

itu, tiga hari lamanya mengangkat harta itu ...”

(Siti Hawa Haji Salleh, 1992: 42)

Contoh ini jelas menunjukkan betapa pemurahnya Raja Kuning ini kerana beliau

tidak berkira untuk memberikan harta peninggalan keluarganya kepada rakyatnya

yang memerlukan. Selain itu, beliau juga meminta hulubalang untuk mengambil

hartanya itu untuk memberi dana kepada kerajaan Patani pada ketika itu. Dengan

ini, jelaslah bahawa perwatakan Raja Kuning in melihatkan beliau sebagainya

seorang yang kuat dalam memerintah negaranya hingga membawa kepada

kemajuan kerajaan Patani.

4
3.3 Raja Kuning merupakan seorang raja yang tidak bijaksana dalam memerintah.

Selepas itu, Raja Kuning merupakan pemimpin yang bijak berniaga Hal ini

menyebabkan banyak masalah yang timbul sewaktu pemerintahan beliau, seperti

rampasan kuasa dari Yang Dipertuan, undang-undang istana dilanggar sesuka hati

dan sebagainya. Perkara-perkara ini jelas menunjukkan yang beliau ini tidak bijak

dalam memerintah negara. Sebagai contoh,

“...Maka titah Phra Cau, “Mana benar kepada segala

menteri hulubalang sekalian juga kerjakanlah dan

nyawa anak raja itu juga beta minta kerana sangat

kasihan beta akan bondanya”... sembah segala menteri

sekalian, “Patik ini hamba, masakan patik melalui titah

duli tuanku”...”

(Siti Hawa Haji Salleh, 1992: 42)

Contoh di atas jelas menunjukkan Raja Kuning tidak bijak memerintah. Beliau

lemah dalam membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan

oleh Yang Dipertuan yang ingin merajakan Dang Merta, iaitu gundiknya. Apabila

pembesar istana ingin melakukan serangan, baru lah beliau membenarkan mereka

dan hanya mengarahkan mereka dengan arahan yang ringkas, iaitu membunuh

Yang Dipertuan tetapi meninggal anak-anak raja dan beliau juga tidak merancang

atau mempunyai strategik untuk membuatserangan tersebut, sebaliknya berserah

sepenuhnya kepada pembesar dan hulubalangnya. Oleh itu, jelaslah bahawa Raja

Kuning merupakan seorang pemimpin yang tidak bijak memerintah sehingga

menyebabkan kejatuhan kerajaan Patani.

3.4 Raja Kuning merupakan seorang yang tidak tegas.


Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan watak Raja Kuning sepanjang

pemerintahannya di Patani. Raja Kuning merupakan pemimpin yang tidak tegas.

5
Hal ini demikian kerana, Raja Kuning tidak mampu menghentikan perbuatan

Yang Dipertuan yang meminta anak dan isteri semua hulubalang dan menteri

untuk masuk ke dalam biliknya dan melayannya. Sebagai contoh:

“...Hatta maka khabar itu pun masyhurlah mengatakan Yang Dipertuan hendak

meletakkan giliran pada segala anak isteri menteri hulubalang sekalian itu...” (Siti

Hawa Haji Salleh, 1992: 42)

Contoh di atas jelas menunjukkan Raja Kuing tidak tegas dalam pemerintahannya

kerana Yang Dipertuan, iaitu suaminya boleh melakukan sesuka hatinya sendiri,

walau pun dia bukannya raja yang memerintah di dalam istana itu. Malah, Raja

Kuning meminta hulubalang dan menteri untuk menyerang Yang Dipertuan tetapi

meninggalkan anak raja kerana kesian akan bonda mereka. Sebagai contoh:

“...Maka titah Phra Cau, “Mana benar kepada segala hulubalang

sekalian juga kerjakanlah dan nyawa anak raja itu juga beta minta

kerana sangat kasihan beta akan bondanya....”

(Siti Hawa Haji Salleh, 1992: 43-44)

Contoh di atas menunjukkan yang Raja Kuning ini tidak tegas dalam membuat

keputusan dan beliau tidak dapat menyelesaikan masalah itu sendiri dan

mengharapkan hulubalang dan menteri untuk menyelesaikannya. Perkara ini

berlaku kerana kejadian traumatik yang dilakukan oleh adik iparnya itu

menyebabkan beliau takut dan tidak tinggal di dalam istana tetapi tinggal di

kebunnya. Justeru, jelaslah bahawa Raja Kuning merupakan pemimpin yang tidak

tegas dan wataknya ini menyebabkan berlakunya kejatuhan kerajaan Patani.

6
3.5 Pengawasan atau pengawalan istana oleh Raja Kuning juga lemah.
Akhir sekali, pengawasan atau pengawalan istana oleh Raja Kuning adalah sangat

lemah. Hal ini demikian kerana, Raja Kuning tidak berada di dalam istana,

sebaliknya, beliau tinggal di dalam kebun pada balai yang bernama Rangga Raksi.

Perkara ini menyebabkan beliau tidak tahu atau lambat tahu tentang permasalahan

yang berlaku di dalam istana yang sepatutnya diduduki oleh beliau. Permasalahan

istana seperti masalah yang ditimbulkan oleh Yang Dipertuan, iaitu beliau

meminta anak dan isteri hulubalang dan menteri untuk bergilir-gilir masuk ke

dalam biliknya untuk melayannya, manakala kaum lelaki pula tunggu di balai

rong. Hal ini merisaukan hulubalang dan menteri namun tidak diketahui oleh Raja

Kuning hinggkan para pembesar terpaksa pergi ke kebunnya untuk menyembah

beliau dan memberitahu akan hal tersebut. Sebagai contoh:

“...Hatta maka khabar itu pun masyhurlah mengatakan Yang Dipertuan hendak

meletakkan giliran pada segala anak isteri menteri hulubalang sekalian itu... Phra

Cau pun tiada duduk di dalam instana lagi turun duduk ke dalam kebun...”

(Siti Hawa Haji Salleh, 1992: 42-43)

Contoh di atas jelas menunjukkan betapa lemahnya pengawalan atau pengawasan

istana oleh Raja Kuning. Beliau lemah dalam membuat keputusan dalam

menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh Yang Dipertuan yang meminta

anak isteri segala pembesar istana untuk melayannya pada malam hari. Bukan itu

sahaja, beliau tidak menyelesaikan masalah itu tetapi meminta segala menteri

untuk membuat keputusan namun membiarkan anak-anak raja kerana kesian akan

bondanya. Tuntasnya, jelaslah bahawa pengawalan dan pengawasan istana yang

lemah oleh Raja Kuning menyebabkan kejatuhan kerajaan Patani berlaku.

7
4.0 Kesimpulan

Berdasarkan susunan peristiwa yang dilalui oleh Raja Kuning ini, Raja Kuning

sememangnya melalui pelbagai cabadan dan halangan yang besar sepanjang

pemerintahannya berbanding dengan raja-raja yang lain. Pemerintahannya terpaksa

dibantu dan diperkukuhkan oleh hulubalang dan pembesar istana yang setia untuk

menamatkan masalah yang dihadapi oleh kerajaan Patani itu. Namun, pemerintahannya

yang lemah dan tidak bersistematik ini menyebabkan banyak masalah yang terpaksa

diselesaikan oleh orang bawahannya dengan arahan yang terlalu ringkas dan umum.

Perkara ini menunjukkan bahawa Raja Kuning tidak mempunyai ciri kepimpinan yang

baik dan beliau terlalu berlembut hati dalam pemerintahannya. Dapat disimpulkan

bahawa, Raja Kuning merupakan seorang pemerintah yang lemah dalam memerintah

kerajaannya, iaitu Patani sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kemelut dan

mempengaruhi kejatuhan kerajaan Patani.

8
5.0 Rujukan

1. Siti Hawa Haji Salleh. (1992). Hikayat Patani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

2. Isma Ae Mohamad. (2015). Novel Sejarah Ratu-ratu Patani (Kisah Cinta dan

Perang). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Negara. Diakses pada 1

Januari 2022, dari

http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/07/9-ulasan-1.pdf

You might also like