You are on page 1of 9

GP(PMIN) – 4/8

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN PROGRAM
MY RUKUN NEGARA PERINGKAT
KELAB RUKUN NEGARA DAN
Program
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA

Disediakan oleh:
BAHAGIAN PERPADUAN MASYARATKAT DAN INTEGRASI NASIONAL
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
JABATAN PERDANA MENTERI

1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan sebagai panduan kepada pentadbiran Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Negara (JPNIN) di peringkat negeri dan daerah/bahagian
mengenai konsep pelaksanaan Program My Rukun Negara peringkat KRN dan
SRN.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara telah diilhamkan dan disarankan oleh
Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana
Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat
Kebangsaan 2000 di Melaka. Atas tanggungjawab untuk
memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat melalui
penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM)
telah menjalin kerjasama erat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
serta Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperluaskan penubuhan
KRN di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Keputusan
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004 mengenai penubuhan
KRN memperkukuhkan lagi kepentingan KRN di sekolah dan SRN di IPT.
Sehingga 31 Disember 2012, bilangan KRN adalah sebanyak 5311 dan
133 SRN di seluruh negara.

3. OBJEKTIF

3.1. Meningkatkan semangat patriotisme dan memupuk perpaduan dalam


kalangan pelajar terutama ahli Kelab Rukun Negara di sekolah dan
Sekretariat Rukun Negara di IPT.

3.2 Memberi kesedaran kepada ahli Kelab Rukun Negara/Sekretariat Rukun


Negara mengenai kepentingan Rukun Negara serta melahirkan generasi
muda yang bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap kepelbagaian
cara hidup dan latar belakang masyarakat.

3.3 Mengeratkan hubungan kaum dan menjalinkan silaturrahim di kalangan


pelajar sekolah dan IPT selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan
Prinsip Rukun Negara.

3.4 Meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan


pelajar terhadap Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
.

4. PELAKSANAAN PROGRAM
4.1 Pelaksanaan program My Rukun Negara adalah selaras dengan Pelan
Strategik JPNIN dan Kalendar Aktiviti Tahunan JPNIN bagi tahun 2013
di mana setiap program yang digariskan perlu dilaporkan dalam OBB
JPNIN setiap suku tahun. Oleh itu, pelaksanaan My Rukun Negara
perlu dijalankan mengikut bilangan aktiviti yang ditetapkan dalam
pencapaian OBB JPNIN bagi tahun 2013. Sehubungan itu, tatacara
pelaksanaan My Rukun Negara disediakan bagi membantu
pelaksanaannya di peringkat negeri dan daerah/bahagian di seluruh
negara.

4.2 Pencapaian program My Rukun Negara di peringkat KRN dan SRN


selaras dengan data dalam OBB JPNIN di mana pelaksanaan dan
pencapaiannya akan dilaporkan secara suku tahun. Oleh itu, gerak
kerja program My Rukun Negara adalah merujuk kepada perancangan
program My Rukun Negara iaitu 50 aktiviti untuk KRN dan 10 aktiviti
SRN seperti di Lampiran A-GP(PMIN)-4/8 dan Lampiran B-
GP(PMIN)-4/8.

5. TATACARA PELAKSANAAN

5.1 Program My Rukun Negara hendaklah dilaksanakan dengan melibatkan


ahli Kelab Rukun Negara di sekolah rendah, menengah dan Sekretariat
Rukun Negara di Institut Pengajian Tinggi, Kolej Komuniti, Kolej
Matrikulasi, Politeknik dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan
gerak kerja berikut :

i. Kaedah Pelaksanaan My Rukun Negara peringkat KRN:

a. Peringkat Kebangsaan/Negeri/Daerah
b. Kerjasama JPNIN dan Kerajaan Negeri/Komuniti/NGO

Carta aliran kerja bagi My Rukun Negara-KRN seperti di Lampiran


C-GP(PMIN)-4/8.

ii. Kaedah Pelaksanaan My Rukun Negara peringkat SRN:

a. Peringkat Kebangsaan/Zon
b. Kerjasama JPNIN dan Kerajaan Negeri/Komuniti/NGO

5.2 Tempoh masa pelaksanaan program adalah mengikut kandungan dan


kesesuaian program.
5.3 Pelaksanaan program hendaklah menerapkan pemahaman, penghayatan
dan pengamalan 5 prinsip Rukun Negara dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang dan dilaksanakan.

5.4 Lafaz ikrar Rukun Negara hendaklah dibaca sebelum memulakan


program/aktiviti.

5.5 Permulaan setiap program perlu menyanyikan Lagu Negaraku dan


nyanyian lagu Rukun Negara serta lagu-lagu patriotik diadakan sepanjang
pelaksanaan program bagi menyemarakkan semangat patriotisme di
kalangan pelajar.

5.6 Kibaran jalur gemilang dan bendera tangan hendaklah disediakan dan
dikibarkan semasa nyanyian lagu-lagu patriotik semasa sepanjang
program dan dikembalikan untuk penggunaan aktiviti KRN yang
seterusnya.

6. PENGISIAN PROGRAM

Pengisian program My Rukun Negara perlu mempunyai elemen-elemen berikut


bagi memastikan ahli-ahli KRN dan SRN menjalankan program My Rukun
Negara dalam pelbagai aspek untuk meningkatkan keberkesanannya. Antara
Pengisian My Rukun Negara yang boleh dillaksanakan adalah :

6.1 Elemen Pengasahan Minda (Intelectual Discourse)

i. Program berbentuk pengasahan minda pelajar adalah berteraskan


objektif berikut :

a. Meningkatkan keupayaan berfikir dan kecekapan minda


pelajar sekolah dan IPT ke arah generasi berilmu dan
berinovasi.

b. Meningkatkan ‘soft skills’ dan daya saing pelajar sekolah


dan IPT dalam menghadapi cabaran globalisasi dan dunia
luar.

c. Menjana idea kreatif, inovatif dan ‘High Order Thinking Skil’


(HOTS) di kalangan pelajar sekolah dan IPT.

ii. Pengisian aktiviti

Program My Rukun Negara di peringkat negeri dan


daerah/bahagian boleh dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti yang
dapat mencapai objektif elemen pengasahan minda seperti yang
dinyatakan. Berikut adalah contoh program/aktiviti tersebut :

a. Aktiviti berbentuk ceramah, seminar, forum, kolokium


mengenai topik-topik kemerdekaan, sejarah negara dan
penerapan Prinsip Rukun Negara.
b. Aktiviti berbentuk pertandingan yang boleh mengasah minda
pelajar seperti debat, pidato, berpantun, syair, sajak, puisi,
kuiz, penulisan esei, melukis poster, persembahan sketsa,
pentomen, bercerita dan lain lain yang berteraskan Prinsip
Rukun Negara.

6.2 Elemen Kesukarelawanan/Rekreasi/Alam Sekitar

i. Program berbentuk kesukarelawanan/rekreasi/alam sekitar


dilaksanakan berteraskan objektif berikut :

a. Memupuk semangat kesukarelawan di kalangan pelajar


sekolah dan IPT dalam membantu komuniti setempat.

b. Melahirkan individu yang mempunyai ketahanan mental dan


fizikal serta mempunyai moral yang tinggi.

c. Memupuk perasaan mencintai alam dan menjaga


persekitaran yang bersih dan selamat.

ii. Pengisian aktiviti

Program My Rukun Negara di peringkat negeri dan


daerah/bahagian boleh dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti yang
dapat mencapai objektif elemen Kesukarelawanan/Rekreasi/Alam
Sekitar seperti yang dinyatakan. Berikut adalah contoh
program/aktiviti tersebut:

a. Aktiviti berbentuk khidmat masyarakat, gotong royong,


menziarahi rumah orang tua dan golongan yang kurang
berkemampuan dan sebagainya.

b. Aktiviti berbentuk pemuliharaan alam sekitar, kempen


sayangi alam, tanam pokok, bersih pantai, membersih rumah
ibadat, mengecat dan sebagainya.

c. Aktiviti berbentuk perkhemahan, jungle tracking, ekpedisi,


sukan rakyat dan sebagainya.
6.3 Elemen Kepimpinan

i. Program berbentuk kepimpinan dilaksanakan adalah berteraskan


objektif berikut :

a. Menerapkan nilai-nilai kepimpinan di kalangan pelajar


sekolah dan IPT agar dapat diaplikasikan untuk kepimpinan
yang mantap dan berkesan.

b. Meningkatkan gaya kepimpinan pelajar sekolah dan IPT


dalam usaha melahirkan pemimpin yang berwawasan.

c. Memupuk pembangunan sahsiah diri dan ciri-ciri kepimpinan


yang kaliber serta berakhlak mulia di kalangan pelajar
sekolah dan IPT.

d. Menyuntik semangat patriotisme dan jati diri yang tinggi


di kalangan pelajar sekolah dan IPT ke arah cinta negara.

ii. Pengisian aktiviti

Program My Rukun Negara di peringkat negeri dan


daerah/bahagian boleh dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti yang
dapat mencapai objektif elemen kepimpinan seperti yang
dinyatakan. Berikut adalah contoh program/aktiviti tersebut :

a. Aktiviti berbentuk team building, bengkel kepimpinan,


explorace perpaduan dan sebagainya.

b. Aktiviti berbentuk himpunan, jejak tokoh, jejak istana dan


sebagainya.

6.4 Elemen Silang Budaya

i. Program berbentuk silang budaya dilaksanakan adalah berteraskan


objektif berikut :

a. Meningkatkan kefahaman dan penerimaan terhadap


kepelbagaian cara hidup, bahasa dan budaya di kalangan
pelajar sekolah dan IPT yang berbilang kaum.

b. Mengeratkan hubungan antara kaum di kalangan pelajar


sekolah dan IPT.
c. Memupuk sikap menghormati dan memahami kepelbagaian
budaya, agama, bahasa dan adat resam masyarakat
pelbagai kaum.

ii. Pengisian aktiviti

Program My Rukun Negara di peringkat negeri dan


daerah/bahagian boleh dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti yang
dapat mencapai objektif elemen silang budaya seperti yang
dinyatakan. Berikut adalah contoh program/aktiviti tersebut :

a. Aktiviti berbentuk keluarga angkat, sambutan perayaan,


majlis muhibah dan sebagainya.

b. Aktiviti berbentuk cara hidup pelbagai etnik, pantang larang


dan adat resam serta budaya pelbagai kaum dan
sebagainya.

6.5 Elemen Keusahawanan dan inovasi

i. Program keusahawanan dan inovasi dilaksanakan adalah


berteraskan objektif berikut :

a. Memupuk minat keusahawanan dan menceburi bidang


perniagaan di kalangan pelajar sekolah dan IPT.

b. Meningkatkan kemahiran hidup di kalangan pelajar sekolah


dan IPT dalam usaha melahirkan individu yang
berdikari dan berpandangan jauh.

c. Mendidik pelajar sekolah dan IPT untuk berusaha menjana


pendapatan sendiri dalam bidang keusahawanan.

d. Meningkatkan kebolehan pelajar sekolah dan IPT melalui


daya inovasi yang kreatif.

ii. Pengisian aktiviti :

Program My Rukun Negara di peringkat negeri dan


daerah/bahagian boleh dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti yang
dapat mencapai objektif elemen keusahawanan dan inovasi seperti
yang dinyatakan. Berikut adalah contoh program/aktiviti tersebut :
a. Aktiviti berbentuk pertandingan perniagaan secara
konvensional atau online dan sebagainya.

b. Aktiviti berbentuk kursus dan motivasi dalam dunia


perniagaan dan keusahawanan bersama agensi luar/NGO.

c. Aktiviti berbentuk inovasi dan kreativiti yang dapat


mencungkil bakat serta kebolehan pelajar dalam
meningkatkan daya saing mereka.

7. PELAPORAN DAN PENILAIAN PROGRAM MY RUKUN NEGARA

7.1 Penilaian program hendaklah menggunakan Borang Soal Selidik Indeks


Perhubungan Masyarakat dan penilaian program hendaklah diadakan
sebelum dan selepas program bagi menilai keberkesanaan dan impak
program kepada peserta. Pengendalian penilaian program secara IPM
dijalankan seperti yang digariskan dalam Garis Panduan Pelaksanaan
Aktiviti Perpaduan yang telah diedarkan sebelum ini.

7.2 Pelaporan pelaksanaan program hendaklah disediakan mengikut format


prosedur AP O2 pada Lampiran 8 dan mengemukakannya kepada Unit
Kenegaraan selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh pelaksanaan program
dalam bentuk ‘hard copy” atau ‘soft copy’.

8. PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya garis panduan ini, ianya sedikit sebanyak
dapat membantu pelaksanaan Program My Rukun Negara di peringkat KRN dan
SRN di seluruh negara. Ini secara langsung dan tidak langsung membantu
usaha untuk mencapai matlamat dan objektif program.

Disediakan Oleh :

Unit Kenegaraan
Bahagian Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
13 Februari 2013
LAMPIRAN C-GP(PMIN)-4/8

CARTA ALIRAN
PROGRAM MY RUKUN NEGARA PERINGKAT KRN

Menerima agihan peruntukan mengikut bilangan aktiviti

Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan KRN


JPNIN bersama Jabatan Pelajaran Negeri/Daerah/Bahagian

Memilih aktiviti untuk dilaksanakan berdasarkan elemen


dalam garis panduan My Rukun Negara

Memastikan sekolah yang mempunyai KRN terlibat


dalam aktiviti yang akan dilaksanakan

Aktiviti MY Rukun Negara dilaksanakan


di peringkat negeri/daerah

Menyediakan laporan aktiviti mengikut format AP 02

Mengemukakan laporan aktiviti AP 02 ke Ibu Pejabat

Mengemaskini data pelaksanaan MY Rukun Negara KRN


yang lengkap dari seluruh negara di Ibu Pejabat

Memuat naik maklumat dalam Laman Web JPNIN

You might also like