You are on page 1of 21

Taklimat Media:

Pelaksanaan Pentaksiran
Tahap 1

Tarikh : 19 Disember 2018 ( Rabu )


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Agenda
Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Taklimat oleh KPPM
Sesi Soal-Jawab
Penutup
Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Agenda
Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Taklimat oleh KPPM
Sesi Soal-Jawab
Penutup
Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Agenda
Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Taklimat oleh KPPM
Sesi Soal-Jawab
Penutup
Soalan 1
Apa maksud kementerian bila mengumumkan tiada peperiksaan
untuk murid tahap satu yang akan bermula pada tahun 2019?

Tiada peperiksaan bermaksud tiada peperiksaan


pertengahan tahun dan akhir tahun.
Guru akan memberi lebih tumpuan untuk mengajar.
Membina kemahiran karektor dan sahsiah murid.
Murid bebas daripada tekanan belajar untuk periksa.
Wujud budaya belajar yang seronok dan bermakna.
Soalan 2
Jika tiada lagi peperiksaan, bagaimana cikgu akan menilai
anak saya?

Peperiksaan adalah salah satu bentuk penilaian atau


pentaksiran. Sementara, pentaksiran ada dalam pelbagai
bentuk.

Pentaksiran dilakukan secara berterusan dan ia sebahagian


daripada pengajaran dan pembelajaran.
Aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan
nilai.
Ibubapa boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-
anak dan menentukan bentuk sokongan yang perlu diberikan.
Soalan 3 (a)
Adakah pentaksiran yang dimaksudkan sama seperti
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan sekarang?

Pentaksiran Bilik Darjah atau lebih dikenali sebagai PBD telah


diperkenalkan sejak tahun 2011 di sekolah rendah.
Mulai tahun 2019, PBD akan diperkukuhkan kepada murid tahap
satu yang berfokuskan kepada pembelajaran murid.
Kaedah pembelajaran ialah secara didik hibur (fun learning) dan
student centered (PAK21)

Kemahiran asas murid Tahap Satu yang perlu dibina dan


diperkukuh adalah sebelum mereka melalui proses pembelajaran
seterusnya (Tahap Dua).
Soalan 3 (b)
Adakah pentaksiran yang dimaksudkan sama seperti
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dijalankan sekarang?

Penumpuan kepada kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan


menaakul) dan amalan nilai rutin berbentuk harian.

Galakkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seperti


berterima kasih, bertolak ansur termasuklah nilai kasih sayang.

Setiap murid mempunyai peluang belajar mengikut keupayaan mereka.

Pengukuhan PBD dijalankan menerusi aktiviti-aktiviti berupa kuiz,


permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.
Soalan 4
Bagaimana guru boleh menumpukan perhatian dan menilai
murid-murid yang lebih dari 40 orang dalam satu kelas?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meminta Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
untuk memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah yang
mempunyai kelas dan bilangan murid melebihi 40 orang.
Soalan 5
Saya ada dengar, betul ke murid yang pandai dan lemah akan
berada di dalam satu kelas yang sama nanti?

Tiada lagi keperluan pengasingan kelas untuk tahap satu.

Walau bagaimanapun, pengasingan kelas boleh dilaksanakan


jika ia bersifat sementara yang mempunyai tujuan khusus untuk
proses pemulihan murid.

Pengasingan murid ciri kekal dan berterusan tidak sesuai dengan


prinsip pendidikan holistik.
Soalan 6
Datuk telah umumkan Program LINUS diberhentikan. 

Jika sebelum ini, saringan digunakan untuk mengenalpasti
murid yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira, apa
kaedah yang akan digunakan selepas ini?

Pihak sekolah yang menentukan bentuk saringan yang


bersesuaian berdasarkan keperluan.
Sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan PdP bagi murid-
murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira.

Autonomi ini juga diberi kepada sekolah untuk laksana PBD


(professional autonomy) dengan bimbingan JPN dan PPD.
Soalan 7
Bagaimana saya nak tahu laporan pencapaian pembelajaran
anak saya?

Perkembangan pembelajaran dilapor dalam bentuk tahap


penguasaan.
Merangkumi kekuatan dan kelemahan murid-murid.

Guru akan membuat ulasan tambahan tentang perkembangan


potensi, kemahiran dan sahsiah murid.

Perjumpaan bersama-sama ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali


setahun.
Soalan 8
Bagaimana kementerian hendak pastikan guru tidak pilih
kasih dalam melaksanakan PBD?

Guru telah dilatih untuk menjadi guru yang beretika dan


profesional.

Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan


berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara
beretika.

Jadi diharapkan guru dapat melaksanakan tanggungjawab ini


dengan amanah dan penuh integriti.
Soalan 9
Pelaporan perkembangan pembelajaran murid dibuat oleh
guru kelas. Jadi, guru mana yang sesuai dilantik sebagai
guru kelas di tahap satu ini?

Guru kelas dilantik dalam kalangan guru yang banyak masa


pertemuan (contact hour) dengan murid.
Contohnya mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Matematik.

Mereka mengenali dan mengetahui kelebihan dan kelemahan


murid-murid tersebut.
Pengukuhan
Pembelajaran Tahap I adalah tertumpu kepada murid, rasa
seronok untuk belajar, pelajaran bermakna, membina kemahiran-
kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir kreatif
dan kritis, karakter dan sahsiah murid serta ada penerapan nilai
kasih sayang dalam diri.

Penumpuan Pembelajaran Tahap I ini adalah kepada kemahiran


membaca, menulis, mengira dan menaakul ( serta mengamalkan
nilai rutin berbentuk harian seperti berterima kasih, bertolak ansur
dan tidak mengambil barang rakan dan banyak lagi.
Pengukuhan
Pentaksiran ini akan berlaku sebagai sebahagian dari pengajaran
(oleh guru) dan pembelajaran (oleh murid) dan secara berterusan
melalui Pentaksiran Bilik Darjah.

Pentaksiran berlaku menerusi 5 aktiviti kuiz, permainan, main


peranan, bercerita dan projek mudah.

Pentaksiran akan dilaksanakan dengan telus dan beretika. Guru


akan menggunakan pertimbangan profesional mereka.

Sekolah diberi kuasa untuk membantu murid-murid yang


mempunyai kesukaran menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira.
Pengukuhan
Melalui pentaksiran ini, ibu bapa boleh mengetahui kekuatan dan
kelemahan anak-anak dan perlu menyokong anak mereka
mencapai potensi pembelajaran.

Pentaksiran bilik darjah ini akan dilaporkan kepada ibu bapa oleh
pihak sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun. Jadi ibu bapa
akan lebih memahami tentang kemajuan anak mereka.

Marilah kita semua menyokong usaha murni KPM untuk


memberikan pengalaman belajar yang menggembirakan dengan
penuh kasih sayang dan saling menghormati bagi memenuhi
harapan dan aspirasi anak-anak Malaysia.
Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Agenda
Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Taklimat oleh KPPM
Sesi Soal-Jawab
Penutup
Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Q&A
Taklimat Media:
Pelaksanaan Pentaksiran
Tahap 1
Taklimat Media: Pelaksanaan Pentaksiran Tahap 1
Kementerian Pendidikan Malaysia

Agenda
Ucapan Alu-aluan Pengerusi
Taklimat oleh KPPM
Sesi Soal-Jawab
Penutup
Taklimat Media:
Pelaksanaan Pentaksiran
Tahap 1

Terima Kasih!

You might also like