You are on page 1of 1

BUNGA MATAHARI

Terdapat pelbagai jenis bunga matahari yang biasa ditanam sebagai


tumbuhan penghias halaman di Malaysia. Bunga matahari mendapat
namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah
matahari. Kebanyakan bunga matahari boleh tumbuh agak tinggi sekitar 6
hingga 15 kaki. Bunganya pula bersaiz besar jika dibandingkan dengan bunga
lain dari keluarga daisi. Diameter bahagian tengah bunganya selalunya
berukuran antara 6 hingga 12 inci bergantung kepada keadaan iklim tempat
penanamannya. Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di
kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam di
tanah rendah. Daunnya berbentuk oval. Bahagian permukaan daun dan
batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur.

Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya


berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali. Jika tanah asid, kapur perlu
ditabur sebelum bunga matahari ditanam. Seperimana namanya ia
memerlukan cahaya matahari yang penuh. Ia merupakan tumbuhan semusim
yang mempunyai kitar hidup yang pendek, sesetengah jenis hanya mampu
bertahan selama 60 hari sahaja. Pembiakannya dilakukan melalui biji benih
yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.

You might also like