Professional Documents
Culture Documents
TAMBAHAN
Pn. Siti Sarah bt Othman ( T.2 ) Timbalan Pengerusi: En K Nadarajah a/l Kulandavelu
Pn. Lee Siew Keng ( SPM ) Penolong Setiausaha: Pn Engku Nor Azila Engku Ibrahim
: Pn Hanani bt Awang
JAWATANKUASA SEMINAR
SEKOLAH
Pn Noor Azlina bt. Mohd Yusoff Penyelaras/Admin1: Pn Katrina bt Abdul Halim Chua
Setiausaha STPM:
- Pn Salimah bt Omar
Setiausaha SPM
- Pn Rosidah bt Ahmad
Penyelaras PJASK
- Pn Mazura bt Pa’adek
Penyelaras PLKSMB
- Pn Afidah bt Arfandi
-Guru Cemerlang
Ahli:
Ahli:
: Pn Noorizzah bt Mohamad
: Pn Jojie Anak Janju
: Pn Atina bt Ab Majid
: Pn Rosmizan bt Razab
Setiausaha: Pn Noor Syuhaila bt Mohd Yusup Naib Pengerusi 2: Pn Rohimah bt Mat Idris
Pen. Setiausaha1: Tn Hj Jamaluddin bin Othman
Bendahari: Pn Norzaila bt Yacob Penyelaras Program Nilam: Pn Noor Syuhaila bt Mat Yusop
Guru Nilam: Pn Noor Anita bt Abd Malek Setiausaha: Pn Noor Anita Bt Abdul Malik
Guru BBM: Pn Saidatul Sarah Abdul Aziz Penolong Setiausaha: Pn Umi Hiddayatul Hayyat bt Ismail
-Guru perpustakaan
: Pn Azlina bt Taib
: Pn Norbaizura bt Haris
: Pn Rosmizan bt Razab
: Pn Asmidar bt Mohamad
Pn Siti Sarah bt Othman ( T.1 ) Pengerusi: En. Mohamad Zulkifli Bin Ahmad
Kharman Shah
Pn. Siti Sarah bt Othman ( T.2 ) Timbalan Pengerusi: En K Nadarajah a/l
Kulandavelu
Pn Prema a/p Subrahmonion ( PT3 ) Naib Pengerusi: Pn Hjh Saedah bt Hj Sahran
Pn. Lee Siew Keng ( SPM ) Penolong Setiausaha: Pn Engku Nor Azila bt
Engku Ibrahim
Pn. Azlina Bt Taib ( STPM ) Ahli: Pn Suhaiza bt Umar
: Pn Lim Chew Peng
: Pn Hanani bt Awang
PEPERIKSAAN SEKOLAH
Pn. Noor Roazua bt Mohd Noor (Ting.6) ( K ) Penyelaras: Pn Engku Faridah bt Engku Mat
Pn. Junaidah bt Mohamed
Cik Aniza Anureen bt Che Jani (Ting.5) Penyelaras/Admin1: Pn Katrina bt Abdul Halim
Pn Noor Azlina bt. Mohd Yusoff Chua
JAWATANKUASA PEPERIKSAAN
Ahli: Ahli:
: Pn Noorizzah bt Mohamad - Semua Ketua Bidang
: Pn Jojie Anak Janju -Semua Guru Bahasa Melayu
: Pn Atina bt Ab Majid -Semua Guru Bahasa Inggeris
: Pn Rosmizan bt Razab
: Pn Sharifah Nor Bahiah bt Syed Abdullah
: Pn Nurdini bt Mat Asri
: En Mohamed Erwan bin Mohd Juhaimi
Guru BBM: Pn Saidatul Sarah Abdul Aziz Penolong Setiausaha: Pn Umi Hiddayatul
Hayyat bt Ismail
TAMAN TASiK. Seindah namanya, begitulah indahnya sekolah. Secara harfiah, nama Tasik berasal
dari sejarah kawasan di sini yang dipenuhi tasik bekas tinggalan lombong bijih timah sejak zaman
sebelum merdeka. Bukan sekadar nama, erti “Tasik” itu sendiri ialah kawasan air yang luas dan
dikelilingi daratan seperti yang terkandung dalam kamus dewan. Dasarnya yang dalam mengandungi
seribu rahsia alam dan akar kehidupan. Secara tersirat setiap warganya sentiasa dilimpahi iltizam,
keazaman dan kesungguhan, harapan dan wawasan untuk membuktikan kehebatan dan
kecemerlangan dalam setiap bidang baik pengurusan, kurikulum, kokurikulum mahupun sahsiah
warganya loKASi Terletak di kawasan lembah serta dikelilingi taman-taman perumahan dan premis
perniagaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik (SMKTT) terus gah dengan panorama indah
dan kehijauan yang melingkar. Kira-kira tiga puluh minit perjalanan dari Kuala Lumpur, Taman Tasik
tidak sukar untuk dihampiri. Taman Tasik sentiasa menggamit rindu warganya dan mengalu-alukan
kehadiran setiap pihak yang sudi menghulur tangan bersama-sama berjuang untuk meletakkan
sekolah ini ke puncak menara kecemerlangan. iDENTiTi SMKTT telah membina identitinya yang
tersendiri dalam usaha meletakkan nama sekolah ini di puncak menara kecemerlangan. Identiti
dibina menerusi perkara-perkara berikut:
(a) Nama-nama Bangunan dan Bilikbilik Khas dan Mural Bersempena dengan nama Taman Tasik,
nama-nama bangunan, bilik-bilik khas dan mural turut memancarkan konsep taman dan tasik. Blok-
blok bangunan telah dinamakan dengan nama-nama tasik yang terkenal dan masyhur seperti Blok
Perdana, Blok Kenyir, Blok Chini, Blok Titiwangsa dan Blok Permaisuri. Sementara bilikbilik khas juga
telah dinamakan bersempena sifat-sifat tasik itu sendiri seperti Kamar Damai, Kamar Tenang, Kamar
Teratai dan Kamar Arowana. Selain itu, mural di dinding-dinding bangunan telah diabadikan dengan
lukisan yang bertemakan hidupan di tasik. Berada di kawasan sekolah ini menerbitkan rasa tenang
dan damai, selamat dan selesa serta megah dan bangga.
(b) Derap Tasik Berbisa Slogan “Derap Tasik Berbisa” menjadi suntikan semangat kepada warganya
apabila menyertai sebarang pertandingan baik di peringkat sekolah, daerah, negeri mahu pun
kebangsaan. Laungan slogan ini mengiringi derap langkah putera-puterinya berjuang untuk
menjulang nama sekolah mereka. Setiap kali turun ke gelanggang, mereka turun dengan semangat
ingin menang. Justeru, para guru sentiasa membuat perancangan teliti dan persiapan awal agar
sentiasa beroleh kemenangan. Jika kecundang, semangat juara tetap berkobar kerana mereka telah
mencuba yang terbaik.
(c) Tepuk Tasik Tepuk Tasik sering menjadi pembakar semangat juang warganya. Irama tepukan yang
tersendiri sengaja dicipta untuk mengiringi setiap kejayaan SMKTT terutamanya apabila nama
SMKTT diumumkan sebagai juara dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disertai.
15 iMEj Warna keemasan telah dipilih menjadi warna tema SMKTT. Ada alasan menarik sebab warna
ini dipilih. Emas simbol kemewahan dan keagungan. Emas sentiasa menjadi idaman dan perhatian.
Kilauan emas sentiasa menjadi buruan. Warna emas digabungjalinkan dengan warna hitam semakin
menyerlahkan keunggulannya. Secara simboliknya warna keemasan ini memancarkan imej SMKTT
yang semakin unggul dan disegani. Seluruh warganya dididik agar bersemangat kental dan tidak
mudah mengalah, berdaya maju dan sanggup bersaing dalam segala bidang. Mereka sentiasa ingin
menjadi terbaik sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum, mahu pun sahsiah diri. Warga
SMKTT menjadi aset walau di mana pun mereka berada. Umpama kilauan emas, tetap bersinar dan
menjadi rebutan. Justeru, warna keemasan ini telah diaplikasikan pada bangunan, pemplet, tiang-
tiang, majalah, beg, wakaf ilmu, papan-papan tanda dan sebagainya.
KEKUATAN
(a) Murid Murid yang mencecah hampir dua ribu orang ialah aset yang menjadi kebanggaan SMKTT.
Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang bangsa mempunyai potensi yang besar lagi
menakjubkan. Jika diberi sedikit sentuhan dan gilapan sahaja, mereka mampu bangkit dan
mengangkat martabat sekolah ini ke tahap yang maksimum.
(b) Guru Guru-guru SMKTT sangat komited dengan profesion mereka dan sentiasa gigih berusaha
untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka. Mereka mempunyai semangat dan iltizam
untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Hubungan yang baik
serta jalinan persahabatan yang berlandaskan permuafakatan telah mewujudkan budaya kerja yang
sihat dan kondusif. Mereka sentiasa menjadi ’role-model’ kepada para pelajar dalam usaha
mengharungi gelombang kehidupan dan menangani cabaran mendatang. Guru-guru SMKTT sentiasa
memartabatkan profesion keguruan ke tahap yang optimum.
(c) PiBG Pada tahun 2001 dan 2004, PIBG SMKTT telah dinobatkan sebagai PIBG Terbaik Derah Hulu
Langat. Berlandaskan slogan “PIBG Cemerlang, SMKTT Gemilang”, PIBG SMKTT terus mengorak
langkah dengan menganjurkan program-program kecemerlangan dan menjalin kerjasama erat
dengan pihak sekolah. AJK PIBG sekolah ini sentiasa memberi kerjasama dengan menghulurkan
bantuan baik dari segi material, buah fikiran, tenaga dan keringat untuk menjayakan sebarang
aktiviti sekolah. AJK yang diwakili ibu bapa pula kerap hadir ke sekolah dari semasa ke semasa untuk
berbincang tentang perkembangan dan pencapaian anak-anak mereka. Semangat ukhwah yang
murni inilah yang turut memacu kecemerlangan SMKTT.
(d) Kita Satu Keluarga “Kita Satu Keluarga” menggambarkan semangat kekeluargaan yang diamalkan
oleh seluruh warga SMKTT tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Hasilnya, perpaduan antara
kaum terjalin erat dan budaya kerja sepasukan sentiasa menjadi teras perkhidmatan guru-guru
SMKTT. Setiap kaum ingin menyumbang bakti dan mengetepikan sentimen perkauman. “Hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah”, “Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”. Kata-kata
ini menjadi kata-kata keramat dan azimat berharga dalam melaksanakan tugas. Semangat muhibah
dan kerjasama telah mewujudkan satu persekitaran kerja yang menyeronokkan. Segala beban tugas
akan dipikul bersama untuk memastikan setiap tugasan yang diamanahkan dapat disempurnakan
dengan baik dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sesungguhnya warga SMKTT sederap
senada dalam usaha menyahut cabaran dan kerjasama ini telah menyerlahkan keupayaan kami
dalam usaha melukis wajah baru sekolah ini dan mencorak warna indah yang murni