You are on page 1of 10

KERTAS KERJA CADANGAN:

TERUBOK RUN:
2.5KM FAMILY RUN / 5.5KM RUN

ANJURAN:
MAJLIS GURU BESAR ZON LINGGA
DENGAN KERJASAMA SJKC CHUNG HUA LINGGA
DAERAH SRI AMAN 2020
ANJURAN : MAJLIS GURU BESAR ZON LINGGA, SRI AMAN

1
TARIKH / HARI : 28 MAC 2020 / SABTU

TEMPAT : DEWAN LINGGA, SRI AMAN

1.0 PENDAHULUAN

Larian merupakan salah satu aktiviti fizikal/riadah yang menjadi satu trend dalam kalangan
masyarakat setempat di negara Malaysia. Larian ini juga dapat mengeratkan hubungan
terutamanya antara warga pendidikan, jabatan, agensi serta orang awam. Oleh yang
demikian, Majlis Guru Besar Zon Lingga, Sri Aman telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan 2.5KM TERUBOK FAMILY RUN dan 5.5KM TERUBOK RUN sebagai satu inisiatif
untuk mengumpul orang ramai daripada pelbagai latar belakang dan juga peringkat lapisan
umur di sekitar Sri Aman khasnya dan seluruh negeri Sarawak amnya dalam satu program
kecergasan.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama larian ini ialah untuk mengumpul orang ramai daripada pelbagai latar
belakang dan juga peringkat lapisan umur untuk bersama-sama dalam satu program yang
julung-julung kali diadakan oleh Majlis Guru Besar Zon Lingga, Sri Aman. Program ini
bertujuan untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa, murid mahupun para guru.
Pada masa yang sama, Majlis Guru Besar Zon Lingga turut melihat kepentingan kepada
masyarakat untuk melihat bahawa profesion keguruan ini mempunyai peranan yang penting
dalam mengupayakan dan menjayakan aspirasi sistem pendidikan negara dalam melahirkan
masyarakat yang seimbang dari aspek JERIS.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memperkenalkan keunikan Pekan Lingga iaitu ikan Terubok kepada warga pendidik
dan orang ramai.

3.2 Mengeratkan hubungan silaturahhim dan memupuk budaya hidup sihat antara
warga pendidik, jabatan dan orang awam.

3.3 Menyemai dan memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga pendidik dan
orang ramai.

3.4 Menyemai sikap menghormati dan mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak
melalui larian.

4.0 NAMA ACARA

2.5KM TERUBOK FAMILY RUN dan 5.5KM TERUBOK RUN

5.0 TARIKH, MASA, DAN TEMPAT

2
TARIKH / HARI : 28 MAC 2020 / SABTU

MASA : 6:00 – 11:00 PAGI

TEMPAT : DEWAN LINGGA, PEKAN PASAR LINGGA

6.0 TENTATIF

MASA AKTIVITI

6:30 pagi Pendaftaran peserta larian

7:30 pagi Taklimat Keselamatan

8:00 pagi Pelepasan peserta larian

10:00 pagi Majlis Penangguhan dan Penyampaian hadiah oleh YB kepada para
pemenang
Majlis Bersurai

7.0 PESERTA DAN HADIAH

7.1 Anggaran peserta: 500 orang

KATEGORI PESERTA JUMLAH PESERTA


Warga Pendidik (Guru, AKP dan Staf Sekolah) 200
Warga Jabatan/ Agensi dalam daerah 100
Orang Awam 200

7.2 HADIAH

7.2.1 Pelari yang berjaya menamatkan larian akan memperolehi Finisher Medal.

7.2.2 10 orang pelari pertama untuk kategori 5.5KM Terubok run, kategori Lelaki
dan Perempuan sahaja yang berjaya sampai ke garisan penamat akan
diberikan hadiah. RM 300 untuk Tempat pertama, RM 200 untuk Tempat
Kedua, RM 100 untuk Tempat Ketiga dan RM 50 untuk tempat ke-4 hingga
ke-10.

8.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

8.1 PENYERTAAN & PENDAFTARAN

3
8.1.1 Pendaftaran untuk 2.5KM FAMILY RUN dan juga 5.5KM RUN adalah melalui
link pendaftaran ataupun borang yang boleh didapati daripada AJK
Pendaftaran.
8.1.2 Yuran pendaftaran adalah seperti berikut
2.5KM TERUBOK FAMILY RUN:
Individu – RM 50.00
Duo (Berpasangan) – RM 95.00
Triple – RM 135.00
Quatro – RM 170.00
Penyertaan PERCUMA untuk budak yang berumur 6 ke bawah.

5.5KM TERUBOK RUN - RM 60 (Individu)

8.1.3 Pembayaran boleh dilakukan secara tunai sewaktu menghantar borang


pendaftaran.
8.1.4 Nama bagi penyertaan (link pendaftaran atau borang) haruslah dihantar
sebelum atau selewat-lewatnya pada 13 Mac 2020 kepada
AJK Pendaftaran.
8.1.5 Race pack larian akan diambil pada 27 Mac 2020 di Sekolah SJKC Chung Hua
Lingga, Sri Aman (8:00 pagi - 5:00 petang).
8.1.6 Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat
menghadiri larian tersebut.
8.1.7 Peserta harus bertanggungjawab terhadap keselamatan diri masing-masing
sewaktu larian.

9.0 MEDAL

9.1 MEDAL

9.1.1 Pelari akan diberi 3 gelung tangan (5.5KM) dan 1 gelung tangan (2.5KM)
sebagai bukti telah melalui kesemua stesen (checkpoint).
9.1.2 Peserta yang berjaya menamatkan larian dengan 3 gelung tangan (5.5KM)
dan 1 gelung tangan (2.5KM) akan diberikan Finisher Medal di garisan
penamat.

10.0 CHECKPOINT

10.1 Pelari mesti melalui semua checkpoint untuk memastikan mereka mendapat
medal.

11.0 STESEN AIR

11.1 Satu stesen air akan disediakan di depan Dewan Lingga untuk para peserta
semasa larian dijalankan.

12.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

4
2.5KM TERUBOK FAMILY RUN / 5.5KM TERUBOK RUN
ANJURAN MAJLIS GURU BESAR ZON LINGGA, DAERAH SRI AMAN
BERSAMA SJKC CHUNG HUA LINGGA
2020

PENASIHAT

Dr. Abang Adam bin Abang Deli


(Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman)

PENGERUSI MAJLIS GURU BESAR ZON LINGGA


Marry Anak Terrance Embol
(Guru Besar SK Gran Stumbin)

NAIB PENGERUSI
Isa Bin Reff
(Guru Besar SK Bakong)

SETIAUSAHA
Morshidi Bin Haji Uki
(Guru Besar SK Lela Paklawan)
Dennis Ha Yee Heng
(SJKC Chung Hua Lingga)
Alice Kung Ming Noor
(SJKC Chung Hua Lingga)

BENDAHARI
Khoo Hui Guan
(Guru Besar SJKC Chung Hua Lingga)

PENYELARAS
Ting Sing Ren
(Penolong Kanan Kokurikulum SJKC Chung Hua Lingga)

URUSETIA
Tracy Bong Siaw Ching
(SJKC Chung Hua Lingga)
Jamiah Binti Suraka
(SJKC Chung Hua Lingga
PENDAFTARAN DAN YURAN
Lim Siew Chen
(SJKC Chung Hua Lingga)

5
Liik Siew Ling
(SJKC Chung Hua Lingga)

TEKNIKAL, TEMPAT DAN LALUAN LARIAN


Zaidi bin Saperi
(SK Gran Stumbin)
Mohammad Taha Bin Salleh
(SK Engkranji)
Abang Ali bin Abang Amin
(SK St. Paul Banting)
Noh Bin Mik
(SK Lela Pahlawan)
Suzi Anak Liam
(SK Sembayang)
Zainon Bt Nahar
(SK Tanjung Bijat)
Hazmi Bin Mohd. Ali
(SK Pulau Seduku)
Muhammad Afiq bin Borhan
(SK St Dunstan)
Hamisah @ Hamisot Binti Kawi
(SK Bakong)
Ting Sing Ren
(SJKC Chung Hua Lingga)

PETUGAS STESEN
STESEN 1 (SK Bakong) STESEN 2 (SK Tanjung Bijat)
Dulia Eve Anak Ganya Dyg Nirmalasari bt Awg Ahmad
Nur Haziah Binti Buang Nancy Ak Lanang

STESEN 3 (SK Lela Pahlawan) STESEN 4 (SK Gran Stumbin)


Patricia Ak Howell Hafiza Azura Binti Hamdan
Shahwalinda Bt Zakaria Rohani Binti Mos

STESEN 5 (SK Pulau Seduku) STESEN 6 (SK St. Paul Banting)


Mohamad Zairol bin Mohamad Narawi Mohd. Asri Bin Adbullah
Muhammad Syazwan bin Mustapha Wan Mazuki Bin Wan Manan

STESEN 7 (SK St Dunstan) STESEN 8 (SK Engkranji)


Keterin @ Catherine ak Siang Zairan Bin Brahim
Nurul Afiqah Bt Mohd Riffin Brenda Ak Lucas

PETUGAS CHECKPOINT

6
CHECK POINT 1 (SK Gran Stumbin)
Norlia Binti Jamain
Nurul Fatihah Binti Joney

CHECK POINT 2
Mohd Afiq Bin Bohan (SK St Dunstan)
Abang Ali Bin Abang Amin (SK St Paul, Banting)

CHECK POINT 3 (SK Sembayang)


Wong King Yiin
Alvin Yeo Boon Hua

HAKIM GARISAN TAMAT


Hazmi Bin Mohd. Ali
(SK Pulau Seduku)
Hamisah @ Hamisot Binti Kawi
(SK Bakong)
Mohammad Taha Bin Salleh
(SK Engkranji)
Rudy Anak Unggom
(SK Sembayang)
Anna Anak Balai
(SK Tanjung Bijat)
Mancha Anak Nyumboi
(SK Gran Stumbin)

KESELAMATAN DAN KECEMASAN


Bong Siat Lan
(SJKC Chung Hua Lingga)
Polis Daerah Sri Aman
Jabatan Kesihatan Sri Aman

PENDANT, LOGO, T-SHIRT DAN MEDAL


Lee Kaw Siang
(SJKC Chung Hua Lingga)
Chia Wei Wei
(SJKC Chung Hua Lingga)

PUBLISITI DAN FOTOGRAFI


Siet Ung Ching
(SJKC Chung Hua Lingga)
Lee Mei Huoy
(SJKC Chung Hua Lingga)

PROTOKOL DAN JAMUAN


Marry Anak Terrance Embol

7
(Guru Besar SK Gran Stumbin)
Paul Jackson Anak Manggom
(Guru Besar SK Engkranji)
Downey Anak George
(Guru Besar SK St Paul Banting)
Morshidi Bin Haji Uki
(Guru Besar SK Lela Pahlawan)
Nelson Gara Taka
(Guru Besar SK Sembayang)
Hairani Bin Jeman
(Guru Besar SK Tanjung Bijat)
Ismail Bin Sili
(Guru Besar SK Pulau Seduku)
Morris Abang Ak Jenang
(Guru Besar SK St Dunstan)
Isa Bin Reff
(Guru Besar SK Bakong)
Khoo Hui Guan
(Guru Besar SJKC Chung Hua Lingga)

PENGACARA MAJLIS
Rabeah Binti Maduni
(SK Lela Pahlawan)

SIARAYA DAN PERALATAN


Nazmi Bin Yakub
(SJKC Chung Hua Lingga)

CENDERAMATA DAN SIJIL PENYERTAAN


Ratna Binti Sidek
(SJKC Chung Hua Lingga)
Shela Anak Lankau
(SJKC Chung Hua Lingga)

KEBERSIHAN DAN STESEN AIR (SJKC Chung Hua Lingga)


Normala Sidi
Anny Binti Noh
Salimah Binti Labot
Norliza Binti Saini
Salina Binti Abdullah

8
13.0 KOS PERBELANJAAN

BIL. PERKARA HARGA UNIT HARGA SEBENAR CATATAN


(RM) (RM)
1 T-Shirt VIP dan AJK Pengelola RM 20.00 90 RM 1800.00  
2 Medal "Finisher" RM 10.00 600 RM 6000.00  
3 T-Shirt Peserta Larian RM 20.00 600 RM 12000.00  
4 Bib Larian RM 1.00 600 RM 600.00
5 Goodies Bag Peserta RM 5.00 600 RM 3000.00
6 Cenderamata VIP RM 100.00 1 RM 100.00  
7 Sijil RM 40.00 2 rim RM 80.00
8 Ink Printer (4 warna) RM 140.00 1 RM 140.00
9 Air Minuman (300ml) RM 8.90 50 RM 445.00
10 Banner Promosi (8’x4’) RM 112.00 3 RM 336.00  
11 Makanan AJK RM 10 90 RM 900.00  
12 Makanan VIP RM 50 10 RM 500.00  
13 Permit Banner RM 31 3 RM 93.00  
14 Sewaan Dewan Lingga RM 200.00 1 RM 200.00  
15 Air horn RM 40.00 1 RM 40.00
16 Banner Start/Finish RM 100.00 1 RM 100.00
17 Backdrop RM 384.00 1 RM 384.00
18 Pendant RM 20.00 1 RM 20.00
19 Check Point Banner RM 40.00 3 RM 60.00
JUMLAH BESAR = RM 42998.00

9
14.0 PENUTUP

Memandangkan program sebegini adalah pertama kali akan dilaksanakan oleh jawatankuasa
ini, maka pihak kami berharap ia akan berjalan lancar dan mendapat kerjasama dan respon
yang positif daripada semua pihak. Diharapkan dengan penganjuran sebegini akan terus
mendapat kesinambungannya pada masa akan datang berjalan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

………………………………………………………..
(DENNIS HA YEE HENG)
Setiausaha Terubok Run 2020

Disemak oleh:

……………………………………..
(PUAN MARRY ANAK TERRANCE ENBOL)
Pengerusi Terubok Run 2020

Diluluskan oleh:

………………………………………………….
(Dr. ABANG ADAM BIN ABANG DELI)
Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman

10

You might also like