You are on page 1of 1

Soalan 1

Pendidikan inklusif di Malaysia bermula pada 1990-an apabila Malaysia menyertai


seminar World Conference on Education for All yang dianjurkan oleh UNESCO.
Seminar yang dianjurkan memperlihatkan sistem pendidikan sedia ada
mendiskriminasi pengaksesan peluang pendidikan yang adil kepada semua tanpa
mengira perbezaan etnik, agama, jantina, latar belakang, sosioekonomi dan
kebolehan (Abdul Rahim,1994). Satu seminar Salamanca Statement on Principles,
Policy and Practices in Special Needs Education telah dianjurkan pada tahun 1994
bertempat di Sepanyol yang diturut serta 92 buah negara termasuk Malaysia dan 25
organisasi antarabangsa. Seminar ini menegaskan bahawa semua kanak-kanak
berkeperluan khas wajib dan dibenarkan menerima pendidikan di sekolah-sekolah
berhampiran tempat tinggal mereka.

Pada Mac 1995, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan “Program


Inklusif ke arah Pengisian Wawasan Pendidikan” yang menekankan pendidikan
untuk semua selaras dengan pernyataan Salamanca. Pada tahun yang sama,
Program Pendidikan Inklusif bagi kanak-kanak masalah pembelajaran mula
diketengahkan dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Inklusif yang diadakan di
Seremban. Terdapat 14 buah sekolah telah dipilih sebagai perintis pelaksanaan
Pendidikan Inklusif di peringkat rendah. Segala perancangan dan strategi
pelaksanaan, latihan-latihan persediaan dan kepakaran dijalankan oleh Bahagian
Pendidikan Khas di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Pada tahun 1996
pendidikan inklusif diperkenalkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas,
murid-murid bermasalah pembelajaran akan menerima pendidikan di kelas-kelas
khas di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah-sekolah biasa.
Namun, pendidikan inklusif masih tidak dikecapi oleh kanak-kanak yang memerlukan
walaupun banyak peruntukkan dan perancangan sudah dijalankan.
Menurut Jamila (2005),terdapat beberapa pelaksanaan yang mampu
mempengaruhi kejayaan PPI di sekolah antaranya GBK peka akan tanggungjawab
dan peranannya iaitu perlu membantu guru mata pelajaran dalam PdP yang
dilaksanakan untuk kelas inklusif. Hal ini demikian kerana,guru mata pelajaran tidak
dapat fokus kepada murid arus perdana dan MBK dalam satu masa dan di situlah
GBK

You might also like