You are on page 1of 5

Thirumaran a/l Arunasalam

850321085449
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (Malaysia)

1.0 PENGENALAN

Tajuk kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji ialah “Amalan kepemimipinan lestari guru
besar dan hubungannya dengan PDPC abad ke -21 dalam kalangan guru SJKT di negeri
Selangor”. Kepimpinan merupakan salah satu faktor penentu kecemerlangan organisasi.
Kegagalan pemilihan trend kepimpinan yang sesuai bagi seseorang guru besar akan menjejaskan
struktur organisasi serta pelaksanaan PDPC yang lebih mantap. Kepimpinan Lestari adalah trend
kepimpinan yang stabil dan membolehkan organisasi berkembang dengan baik. Ibrahim Ahmad
Bajunid (2000) telah menjelaskan, seseorang guru besar hendaklah mempunyai amalan
kepimpinan yang sesuai dalam mengurus tadbir organisasinya kerana elemen kepemimpinan
merupakan faktor dominan yang menyebabkan jatuh bangunnya sesebuah institusi.

2.0 LATAR BELAKANG

Norihan Azizan (2015) pula menyatakan, guru besar adalah agen pembangunan primer di
sekolah. Mereka perlu bertindak untuk memberi arahan, dan mengagihkan tugasan kepada ahli
organisasinya bagi memastikan setiap aspek pentadbiran sekolah dapat dijalankan dengan baik
sama ada dalam aspek kurikulum, hal ehwal murid mahu pun kokurikulum.

Kejayaan pelaksanaan PAK21 menuntut usaha dan komitmen berterusan daripada pelbagai
pihak khususnya pihak pentadbir sekolah dalam mengurus perubahan. Secara tidak langsung,
kepimpinan guru besar akan menjadi tumpuan kerana salah satu tanggungjawab guru besar
adalah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu perubahan di sekolah.
Sebagaimana pandangan Fullan (2007), proses perubahan pendidikan adalah berdasarkan tiga
aspek dengan menitikberatkan individu sebagai pelaksana perubahan, iaitu (1) proses permulaan
yang menjurus kepada satu keputusan untuk menerima perubahan; (2) proses pelaksanaan
dengan meletakkan satu konseptual perubahan sebagai satu amalan; dan (3) proses
penginstitusian, iaitu jika perubahan dapat diserapkan dalam sistem dan telah menjadi
sebahagian daripada sistem atau sebaliknya, maka perubahan boleh dilaksanakan atau tidak.

3.0 OBJEKTIF / PENYATAAN MASALAH

1
Thirumaran a/l Arunasalam
850321085449
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (Malaysia)

Perubahan dalam sistem pendidikan yang menjurus ke arah pendidikan abad ke 21 ini
berkaitrapat dengan kesediaan sekolah sebagai wahana dan platform penggerak kejayaannya.
Oleh yang demikian, pengetua sebagai pemimpin sekolah perlulah mempunyai pengetahuan dan
kesedaran tentang pendidikan abad ke 21. Terdapat juga isu-isu yang wujud sebagai akibat dari
amalan gaya kepimpinan yang tidak sesuai. Guru besar sebagai pemimpin dan pentadbir utama
sekolah dikesan tidak mempunyai tahap kompetensi yang mencukupi bagi melaksanakan
pengurusan serta pentadbiran sekolah. Antara aspek-aspek kompetensi yang dikatakan adalah
dari segi pengetahuan, kemahiran, kepakaran, pengalaman, sikap dan sifat positif yang dimiliki.

Objektif kajian ini ialah :


1. Mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan lestari guru besar di SJKT negeri Selangor.
2. Mengenal pasti tahap prestasi kerja khususnya pelaksanaan pembelajaran abad ke-21
dalam kalangan guru SJKT negeri Selangor.
3. Mengenal pasti hubungan amalan kepemimpinan lestari guru besar dengan
pemebelajaran abad ke-21 di SJKT negeri Selangor.

4.0 SKOP KAJIAN/RANGKA KAJIAN

Kerangka kajian adalah berasaskan gaya kepimpinan lestari yang diasakan Andy Hargreaves dan
Dean Fink(2006) khususnya bagi menilai kepimpinan dalam bidang pendidikan
Amalan
guru besar
gaya kepimpinan lestari
hubungan yang mesra
prasarana yang mencukupi

PDPc Abad ke-21 yang mantap

Rajah 1 : Kerangka Kajian Amalan


Kepimpinan Lestari dan hubungannya
dengan PDPc abad ke-21

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

2
Thirumaran a/l Arunasalam
850321085449
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (Malaysia)

Dapatan kajian ini dapat membantu pemimpin sekolah dalam membuat persediaan ke arah
pendidikan abad ke 21. Hasil kajian juga dapat digunakan sebagai rujukan pemimpin sekolah
membuat perancangan strategik sekolah dan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan visi
dan misi yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga dapat membantu barisan kepemimpinan
sekolah merangka kaedah yang bersesuaian untuk menjayakan pendidikan ke arah abad ke 21.

6.0 METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kualitatif. Pemilihan responden dalam kajian
kualitatif adalah bergantung kepada tajuk, objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan
oleh pengkaji serta berasaskan prinsip kesanggupan mereka melibatkan diri dalam kajian ini.
Othman (2014) menegaskan bahawa apa yang penting dalam kajian kualitatif adalah kualiti
responden dan bukanlah kuantiti. Responden kajian dipilih berdasarkan kepada tiga kriteria asas
iaitu (a) berjawatan guru besar, (b) sedang melaksanakan PAK21, dan (c) menyertai kajian ini
secara sukarela. Dengan menetapkan kriteria ini, responden yang dipilih merupakan informan
terbaik yang dapat memberikan sumber maklumat maksimum bagi membantu pengkaji
memahami fenomena yang dikaji. Jadual 1 memaparkan profil responden. Dari segi kelulusan
akademik, GB1 berkelulusan STPM manakala GB2 berkelulusan ijazah sarjana muda. Walaupun
GB1 mempunyai pengalaman mengajar lebih lama berbanding GB2, kedua-duanya mempunyai
tempoh pengalaman sebagai guru besar yang hampir sama.

GB1 GB2

Umur 55 47

Jantina Lelaki Lelaki

Bangsa Melayu Melayu

Kelulusan akademik STPM Sarjana Muda

Pengalaman mengajar 29 tahun 24 tahun

Pengalaman sebagai GB 5 tahun 6 tahun

Pengumpulan data melalui temu bual adalah menjadi tunjang kepada kajian ini. Temu
bual merupakan suatu proses soal jawab antara pengkaji dengan subjek kajian untuk

3
Thirumaran a/l Arunasalam
850321085449
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (Malaysia)

mendapatkan data, keterangan, persepsi atau pendapat daripada subjek tersebut (Puvunesvary,
2008).

Dalam kajian ini, jenis struktur temu bual yang digunakan ialah temu bual semi
berstruktur berdasarkan panduan soalan yang disiapkan. Menerusi teknik ini, pelaksanaannya
dapat dikembangkan sesuai dengan alur maklumat yang disampaikan oleh responden dengan
tidak menyimpang daripada permasalahan yang diajukan dalam kajian (Puvunesvary, 2008).
Untuk tujuan ini, soalan-soalan wawancara telah disediakan terlebih dahulu oleh pengkaji tetapi
jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budi
bicara penemu bual dan responden.

Pengkaji menggunakan protokol temu bual yang berupa satu set soalan yang bersifat
terbuka. Protokol temu bual dalam situasi temu bual secara mendalam tidak ditampakkan secara
fizikal supaya responden tidak berasa seperti sedang ditemu bual dan berada dalam situasi yang
bersifat santai atau bersahaja tetapi terjaga. Hal ini kerana, penampakan peneliti dalam aktiviti
temu bual akan menyebabkan situasi menjadi formal.

Temu bual yang dijalankan direkodkan dengan menggunakan alat perakam suara supaya tidak
ada maklumat yang akan tertinggal atau tercicir. Merakam temu bual juga akan membantu
pengkaji untuk menumpukan kepada pertanyaan soalan dan mendengar apa yang disebut
informan tanpa bimbang dengan pengambilan nota. Ini akan membantu meningkatkan kesahan
dan keboleh percayaan hasil pemerhatian yang diperoleh (Legard et al., 2003). Temu bual
berkenaan kemudiannya ditranskripkan ke dalam bentuk teks dan interpretasi data dijalankan.

7.0 BIBLIOGRAFI

Ibrahim Ahmad Bajunid. 2000. Looking At the Practices Of Educational Management And
Administration. Institut Aminuddin Baki

4
Thirumaran a/l Arunasalam
850321085449
Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan (Malaysia)

Norihan Azizan (2010). Keberkesanan Program Pembangunan Profesionalisme Guru Di Sekolah


Satu Kajian Kes. Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Lestari (2010 : Pahang): Ms. 25-34.
Fullan, M. 2002. The New Meaning of Educational Change. New York: Teachers College Press.
Othman Lebar (2014). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metode. Tanjong Malim,
Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Puvunesvary, M. (2008). Chapter 2 Interviews. In M. Puvunesvary, Radziah Abdul Rahim, R. Sivabala


Naidu,Mastura Badzis, Noor Fadhilah Mat Nayan, & Noor Hashima Abd Aziz (Eds.), Qualitative
research: Datacollection & data analysis techniques (hal. 19-43). Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

Legard, R., Keegan, J. & Ward, K. (2003). In-depth interviews. In J. Ritchie & J. Lewis (Eds.),
Qualitative research practice: A guide for social science students and researchers (pp. 138-169). London:
SAGE Publications Ltd.

8.0 JADUAL PERANCANGAN PENGAJIAN

Semester 1: September- November Kertas Cadangan Proposal

Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal

Semester 2: Januari : Mengumpulkan dan mengolah bahan penyelidikan

Februari: Temu bual dengan responden.

Mac – April : Membuat dan mengedarkan soal selidik

Mei – Ogos : Mengadakan sesi kaunseling

Semester 3: September : Mendapatkan hasil dapatan

Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.

Semester 4: Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika perlu

Semester 5: Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVA

Semester 6: VIVA

You might also like