You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 43

Tarikh : 06 Mac 2020 (Jumaat)


Masa : 08.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Semarak, SK Bayas

i. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT

1. En. Nor Hisham selaku Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi sesi
2018/2020 telah mengalukan kedatangan waris ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-43.

ii. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2. Cikgu Che Maheran selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang


dirujuk pada halaman 7 hingga 12 di dalam buku program majlis.
Cadangan : Puan Norlela binti Othman
Sokongan : Encik Mutalib bin Majid

iii. PERKARA BERBANGKIT

3. Tiada perkara berbangkit.

iv. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN

4. Guru Besar, Cikgu Mohd Fauzi bin Othman selaku penasihat membentangkan
laporan aktiviti yang melibatkan PIBG.
5. Beliau telah memaklumkan ahli jawatankuasa induk PIBG bagi sesi
2018/2020 telah berpindah ke sekolah yang baharu, maklumat tentang
sebarang program dan aktiviti yang telah dijalankan adalah diperolehi
daripada makluman ahli jawatankuasa yang berkenaan. Rujuk buku program
halaman 13.

v. MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN

6. Ustaz Mohd Helmi selaku bendahari membentangkan penyata kewangan bagi


tahun berakhir 31 Disember 2019.
7. Beliau memaklumkan baki terkini adalah sebanyak RM 2 117.02
Cadangan : Encik Mutalib bin Majid
Sokong : Puan Siti Mariam binti Ibrahim

vi. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2022


8. Encik Nor Hisham selaku pengerusi PIBG sesi 2018/2020 telah membubarkan
barisan ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2018/2020.
9. Guru besar selaku penasihat memohon waris yang hadir memberikan
cadangan nama untuk pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu
untuk menerajui PIBG bagi sesi 2020/2022.
10. Berikut merupakan senarai baharu ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi
2020/2022.

Penasihat : Cikgu Mohd Fauzi bin Othman


Yang di-Pertua :

vii. PENETAPAN JUMLAH SUMBANGAN PIBG 2021

11. Encik Abdullah bin Muhammad mencadangkan sumbanga PIBG 2021


sebanyak RM 20 dikekalkan dan cadangan disokong secara majority oleh
pihak waris.

viii. MEMBAHAS USUL - USUL

12. Tiada usul.

ix. HAL – HAL LAIN

13. Tengku Alif daripada Persatuan Taekwando menerangkan aktiviti taekwando


yang dijalankan dan menyeru pihak waris untuk mendaftarkan anak-anak
untuk aktiviti yang akan dijalankan di SK Bayas.
14. Tuan penasihat meminta semua ahli jawatankuasa yang baharu dilantik untuk
bertemu dengan setiausaha PIBG usai mesyuarat.
15.

x. UCAPAN PENANGGUHAN

16. Tuan Penasihat mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa PIBG
sesi 2020/2022 yang baharu dilantik dan juga kepada semua waris yang sudi
hadir.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.35 tengah hari.

You might also like