You are on page 1of 2

‫سکوله کبڠساٴن ڤوالو توبا‬

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU TUBA


07000 LANGKAWI,
KEDAH DARUL AMAN.
________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
BILANGAN 1 / TAHUN 2022

Tarikh : 27 Mac 2022


Masa : 1:30 Tengah Hari
Medium : Bilik Mesyuarat SK Pulau Tuba
Kehadiran :
1. Encik Mohd Nizam bin Ishak (GPK Hal Ehwal Murid)
2. Puan Suhaila binti Idris (Penyelaras SPBT)
3. Encik Ahmad Asmar bin Ali (Guru Kelas Tahun 1)
4. Encik Muhd Aimaani bin Abd Wahid (Guru Kelas Tahun 2)
5. Cik Leximi A/P Anpalagan (Guru Kelas Tahun 3)
6. Encik Akmal Rabbani bin Azmi (Guru Kelas Tahun 4)
7. Encik Muhd Zikri Naim bin Mohd Zaki (Guru Kelas Tahun 5)

AGENDA I : UCAPAN PENGERUSI


1. Encik Mohd Nizam selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa yang hadir kerana dapat meluangkan masa untuk
mesyuarat SPBT kali ke-1 untuk sesi 2022.
2. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana
bersama - sama membantu mengurus dan melancarkan segala aktiviti Unit Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) SK Pulau Tuba sepanjang tahun 2021 walaupun
terdapat beberapa kekangan yang berlaku seperti pelaksanan Perintah Kawalan
Pergerakkan (PKP) dan sebagainya.

AGENDA II : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


3. Cik Leximi mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan disokong
oleh Encik Akmal Rabbani.

AGENDA III : PERKARA BERBANGKIT


4. Puan Suhaila selaku penyelaras unit SPBT memaklumkan bahawa 100% murid
tahun 2 hingga 5 bagi sesi persekolahan 2022 telah menerima buku teks untuk
kegunaan 2022. Proses pemulangan dan pinjaman buku teks telah dijalankan pada
14, 15, 16 dan 17 Februari 2022.
5. Manakala murid tahun 1 sesi 2022 akan menerima buku teks setelah selesai minggu
transisi yang dijadualkan akan berjalan selama 4 minggu.
6. Murid-murid tahun 6 juga telah menerima buku terbitan baharu KSSR Semakan
2022pada 24 Mac 2022.
Tindakan: Makluman

AGENDA IV : PERKARA-PERKARA BAHARU

7. Pesanan buku bagi 2023 telah dibuat pada 20 Februari 2022.


8. Bagi buku terbitan baharu bagi Tahun 6, sekolah menerima 2 naskah tambahan
untuk kegunaan guru bagi setiap mata pelajaran. Buku telah diedarkan kepada guru-
guru mata pelajaran.
9. Guru perlu mengisi borang SPBTG/Guru untuk urusan pinjaman buku teks naskah
guru.
10. Buku Superminds Student’s Book mengalami banyak kerosakkan seperti kehilangan
muka surat, terkoyak dan sebagainya.
11. Proses baik pulih buku akan diadakan dengan bantuan daripada guru-guru kelas.
12. SPBT-G 2022 akan diedarkan kepada Guru Kelas. Guru Kelas dikehendaki
melengkapkan SPBT-G dan mengembalikan borang tersebut selewat-lewatnya pada
penghujung April 2022.
Tindakan: Guru Kelas

AGENDA V : HAL - HAL LAIN


13. Pengerusi mengingatkan kembali kepada semua AJK untuk sama-sama untuk
mengalas tanggungjawab untuk memantau buku-buku pinjaman yang digunakan
oleh murid dalam keadaan yang baik.
14. Guru-guru kelas perlu memastikan buku yang diterima murid telah ditulis nama dan
dibalut dengan rapi menggunakan plastik lutsinar.
15. AJK juga perlu sama-sama untuk melaporkan sekiranya ada buku teks yang dijumpai
tanpa tuan dalam kawasan sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2:30 petang.

Urus setia
Unit Skim Pinjaman Buku Teks SK Pulau Tuba

27 Mac 2022

You might also like