You are on page 1of 21

HSM3013

MALAYSIA : MELAKA HINGGA KE NEGERI-NEGERI MELAYU BARU

TAJUK :

PENUBUHAN KERAJAAN MELAYU BARU DI SEMENANJUNG


MALAYSIA PADA ABAD KE-18 MEMPERLIHATKAN PERSAMAAN
DAN PERBEDAAN ASAS. BINCANGKAN.

Bil. Nama Pelajar No. Matrik

1. NORFATIHA NATASHA BINTI D20141067295


MOHD PADZLEE

2. NURUL WAHIDAH BINTI D20141067299


MOHAMAD SUBARI

3. NOOR AISHAH BINTI MOHD NOOR D20141067309

4. MUHAMAD NAZRI BIN MOHAMAD D20141067312


ARSHAD

KUMPULAN KULIAH :A

NAMA PENSYARAH : DR. RABA’AH BINTI ABDULLAH


1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kerajaan Melayu Baru di Semenanjung Malaysia merupakan kerajaan


yang wujud selepas Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan-kerajaan Melayu Baru ini
wujud pada kurun ke-18. Antaranya ialah negeri Selangor, Terengganu, Kelantan dan
Negeri Sembilan. Namun begitu, pengasasan keempat-empat kerajaan ini
mempunyai latar belakang yang berbeza kerana pengasasnya berasal dari tempat atau
kawasan yang berbeza. Sebagai contoh, pengasas dari Terengganu berasal dari negeri
Johor dan Selangor mempunyai pengasas yang berketurunan Bugis. Pengasas Negeri
Sembilan pula diasaskan daripada Pagar Ruyung, manakala Kelantan berasal dari
Patani. Justeru, konteks ini menunjukkan sebelum penubuhan kerajaan-kerajaaan ini,
telah wujud pemerintahan di negeri-negeri tersebut. Kerajaan-kerajaan ini mula
berkembang pada awal abad ke-18 sehingga abad ke-20. Oleh itu, jelas bahawa ada
persamaan dan perbezaan antara kerajaan Negeri-negeri Melayu Baru dengan
pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dari aspek fasa sebelum pemerintahan
sehinggalah fasa pemerintahan yang sah di atas takhta kerajaan.

2.0 KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU BARU

Kerajaan negeri-negeri Melayu wujud sejak kurun ke-14. Negeri-negeri Melayu


terbentuk dan berkembang secara berasingan dan tidak mempunyai sempadan yang
jelas. Kerajaan negeri-negeri Melayu terbahagi kepada tiga bahagian berasaskan
kewujudan iaitu, negeri-negeri Melayu Awal seperti Melaka dan Johor, negeri-negeri
Melayu Tua seperti Kedah, Pahang dan Perak dan seterusnya negeri-negeri Melayu
Baru iaitu Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Selangor. Kerajaan negeri-negeri
Melayu mewarisi sistem politik, pentadbiran dan sistem sosial yang diamalkan
semasa Kesultanan Melayu Melaka kecuali Negeri Sembilan. Oleh itu, terdapat
persamaan dan perbezaan penubuhan kerajaan negeri-negeri Melayu Baru
terutamanya dari segi politik dan perundangannya.

1
Sistem pemerintahan kerajaan Melayu baru iaitu negeri Terengganu, Selangor,
Kelantan dan Negeri Sembilan mempunyai corak pemerintahan yang sama.1
1
Hj. Dr. Syed Ibrahim, Malaysia Kita: Selangor : Golden Books Centre Sdn. Bhd. Wisma ILBS, 2007,
hlm. 146
2.1 TERENGGANU

Sejak abad ke-15 hingga akhir abad ke-18, Terengganu terletak dibawah
pengaruh Melaka-Johor. Terengganu merupakan negeri yang terletak di pantai timur
semenanjung Malaysia. Penubuhan kerajaan Terengganu bermula pada tahun 1720-
an oleh sebuah keluarga baru. Pada Batu Bersurat Terengganu, terdapat catatan Raja
Mandalika. Malah menurut sejarah Terengganu terdapat juga beberapa pengasas
seperti Megat Panji Alam, Telanai dan sebuah keluarga pembesar Johor yang
dihantar ke Terengganu untuk melaksanakan pemerintahan. Pada abad ke-18,
Terengganu berada di bawah pengaruh dinasti Bendahara Johor sepenuhnya.
Pengasasan kesultanan bermula apabila Tun Zainal Abidin anakanda Bendahara Tun
Habib Abdul Majid ditabalkan sebagai sultan sekitar tahun 1720-an dan dikenali juga
dengan panggilan Bendahara Padang Saujana. Terdapat beberapa pendapat
mengatakan pelantikan Tun Zainal Abidin sebagai sultan dibuat dengan perkenan
kerajaan Patani. Manakala, terdapat sumber lain juga mengatakan pelantikan ini
dibuat oleh kerajaan Johor.2

TUHFAT AL- NAFIS

Menurut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin
yang juga dikenali sebagai ‘Bendahara Padang Saujana’ ini ditabalkan sebagai Sultan
Terengganu oleh Raja Tua Daeng Menampuk atas titah Sultan Sulaiman Badrul
Alam Shah, Johor.3 Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ialah Putera Sultan Abdul
Jalil Riayat Shah IV. Manakala menurut sumber lain Hikayat Johor serta Pahang,
Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta Kerajaan negeri Terengganu oleh Nang
Chayang Patani(Raja Perempuan Mas Cayam) iaitu Raja Pattani.

HIKAYAT JOHOR SERTA PAHANG

Menurut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani
setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu.4
Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin telah dijadikan anak angkat oleh Raja
Pattani, Nang Chayang.5 5Ketiadaan Tun Zainal Abidin
2
di Johor menyebabkan
2
Mubin Shepperd, “A Short History of Terengganu,” MBRAS (Reprint) no. 10, 1983, hlm. 9-11.
3
Raja Ali Haji, Tuhfat al- Nafis ( Singapura: Malaysia Publications Ltd., 1965),hlm.70
4
Leonard Y. Andaya: The Kongdom of Johor 1641- 1728, Oxford University Press, Kuala Lumpur, hlm.
154-155
5
Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor
kekandanya Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV memerintah seorang Panglima
mencarinya. Kemudiannya Panglima tiba di Patani dan mendapat berita bahawa Tun
Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani. Dengan itu Panglima inipun
pulang ke Johor dan melaporkan kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah IV ini kemudiannya berangkat ke Patani. Ketika berada di
sana, Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV digambarkan berkahwin dengan Nang
Chayang dan seterusnya berkahwin dengan penari istana iaitu Dang Sirat. Dang Sirat
ini kemudiannya dibunuh oleh baginda kerana dipercayai telah memperdayai
baginda.6 Kemudian, baginda berangkat bersama Tun Zainal Abidin ke Johor.
Semasa di Johor, Tun Zainal Abidin telah dikurniakan takhta di negeri Terengganu.
Namun begitu, kedua-dua sumber ini mempunyai perbezaan pendapat kerana
menurut buku Tuhfat al-Nafis, Raja Tua Daeng Menampuk yang menabalkan Tun
Zainal Abidin dan tidak menyebut pemergian Tun Zainal Abidin ke Patani dan hal
ini berbeza dengan sumber Hikayat Johor dengan Pahang yang mencatatkan bahawa
Raja Pattani iaitu Chang Nayang yang menabalkan baginda sebagai sultan
Terengganu.

HIKAYAT PATANI

Manakala, menurut Hikayat Patani pula amat berbeza pengkisahannya


dengan Hikayat Johor dengan Pahang kerana berlaku ketidaksamaan masa peristiwa
perkahwinan Sultan Johor dengan Raja Patani serta Dang Sirat. Dalam Hikayat
Patani, Sultan Abdul Jalil Shah III ialah Yang Dipertuan Besar Johor iaitu sepupu
kepada Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV yang telah berkahwin dengan Chang
Nayang iaitu pemerintah kerajaan Patani. Hal ini sangat jelas kerana melihat kepada
masa kedatangan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677M), adalah sangat tepat iaitu
semasa pemerintahan Raja Ungu (1634-1635M). Manakala, masa kedatangan Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah IV adalah pada 1699-1718M dan ini sangat menunjukkan
perbezaan masa kedatangan kedua-dua pemerintah. Oleh itu, amat tepatlah jika
Sultan Abdul Jalil Shah III yang telah berkahwin dengan Nang Chayang dan Dang
Sirat dan bukannya berlaku perkahwinan antara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
dengan pemerintah Patani. 3

Yayasan Diraja Sultan Mizan 2011, hlm.87


6
Hikayat Johor serta Pahang, hlm. 3-5
Secara keseluruhannya, kedatangan Tun Zainal Abidin ke Patani adalah benar
dan begitu juga dengan kedatangan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Namun
begitu, perkahwinan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV dengan Raja Kuning adalah
sangat meragukan kerana melihat kepada masa pemerintahan Raja Kuning adalah
pada tahun 1635M sehingga 1686M yang juga merupakan Nang Chayang yang
terakhir yang memerintah Patani setelah mangkatnya Raja Ungu. Manakala,
penabalan Tun Zainal Abidin sebagai sultan Terengganu pada tahun 1726M dan
jelaslah bukan Raja Kuning yang menabalkan Tun Zainal Abidin sebagai sultan
tetapi Mas Jayam. Manakala, menurut buku Tuhfat al-Nafis mengenai kedatangan
Raja Tua Daeng Menampuk datang ke Terengganu untuk menabalkan Tun Zainal
Abidin sebagai sultan Terengganu selepas 1725M. Justeru, berlaku penabalan
sebanyak dua kali ke atas Tun Zainal Abidin iaitu Raja Patani sebelum 1726M dan
Raja Tua Menampuk selepas 1726M. Maka, berangkatlah Sultan Zainal Abidin ke
Terengganu dan disambut oleh orang-orang besar Terengganu dan bermulalah dinasti
Bendahara Johor memerintah di Terengganu.

Zaman Kegemilangan dan Hubungan Luar Negeri Terengganu

Sultan Mansur Shah I ialah anak kepada Sultan Zainal Abidin I. Baginda
telah menggantikan ayahandanya menduduki takhta kerajaan Terengganu ketika
berusia tujuh tahun. Baginda juga dikenali dengan panggilan Ku Tana Mansur, Tun
Dalam, Raja Kechil, dan Marhum Janggut. Pada zaman pemerintahan Sultan
Mansur Shah I, Terengganu bukan sahaja kuat tetapi juga telah menjadi pusat
perdagangan antarabangsa. Pengaruh Sultan Mansur Shah I ini dapat diperhatikan
dengan perlantikan baginda sebagai ketua suku Melayu di Riau ( Bintan) untuk
mengatasi pengruh Bugi yang berkuasa politik kerajaan Johor yang bermula sejak
Perlantikan Yamtuan Muda pada tahun 1722. Kemudian, Sultan Mansur Shah I juga
terlibat dengan soal takhta negeri Kelantan. Baginda telah memberi bantuan kepada
Long Yunus ibn Long Sulaiman, yang telah diketepikan oleh Long Deraman Raja
Bukit Jarum Legeh, setelah membunuh ayahandanya, Long Sulaiman.

Pada tahun 1765, dicatatkan bahawa Sultan Mansur Shah I berangkat


4
menyusur pantai di Kelantan. Rombongan baginda ketika itu lengkap dengan
angkatan perangnya. Sementara dalam perjalanan itu angkatan baginda telah
berjumpa dengan angkatan Siam yang datang untuk menyerang Ligor. Dengan itu ,
angkatan Siam telah meminta bantuan angkatan Sultan Mnasur Shah I. Dalam
serangan tersebut, Ligor telah dikalahkan. Banyak harta rampasan telah dihadiahkan
kepada Sultan Mansur Shah I sebagai tanda penghargaan. Bermula dari situ
hubungan antara Siam dan Terengganu telah terjalin lebih – lebih lagi setiap tiga
tahun Terengganu akan menghantar bunga emas kepada Siam. 7 Bermula dari
penghantaran bunga emas ini menjadikan Siam menggangap bahawa Terengganu
telah mengakui taraf ketuanan Siam dan menggangap Terengganu di bawah
naugannya. Oleh itu, Terengganu telah menjalinkan pula hubungan persahabatan
dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang . Matlamatnya agar untuk
mengimbangi kuasa Siam.

2.2 KELANTAN

Sejak zaman awal, Kelantan telah berada di bawah naungan Srivijaya. Malah,
beberapa sejarawan berpendapat bahawa pusat kerajaan Srivijaya berpusat di
Kelantan sebelum berpindah ke Timur Sumatra. Pada abad ke-13 dan 14, kerajaan
Kelantan berada di bawah naungan kerajaan Majapahit sebelum jatuh ke tangan
Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1499.

Kelantan telah dikenali sebagai ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’ dan juga
terkenal dengan gelaran negeri ‘Cik Siti Wan Kembang’. Pada tahun 1225, seorang
penulis dari China menyebut Kelantan sebagai “Chi-Lan-Tan” yang mana pada
ketika itu berada di bawah naungan Srivijaya. Manakala, mengikut syair Jawa Kuno
yang bertajuk ‘Nagarakertagama’ yang dikarang oleh Prapanca menyebut bahawa
Kelantan adalah sebahagian daripada empayar Majapahit pada tahun 1365.

PENGASASAN KELANTAN

Pada tahun 1411 Masihi, Kelantan pada awalnya diperintah oleh Raja Ku
Umar. Sehingga kini, para sejarawan tidak dapat mengesahkan asal usul Raja Ku
Umar. Raja Ku Umar pada zaman pemerintahannya5 telah menjalinkan hubungan
dengan Maharaja China. Sebagai bukti, Kelantan telah menghantar ufti dan

7
Haji Muhammad Salleh bin Haji Awang , Sejarah Darul Iman Hingga 1361M= 1942, hlm 140-142
persembahan kepada Maharaja China.8 Kemudian sebagai balasan, Maharaja China
menghadiahkan kain-kain sutera dan surat kepujian kepada Kelantan.

Selepas pemerintahan Ku Umar, Kelantan diperintah oleh Sultan Iskandar


dan seterusnya diikuti oleh putera baginda Sultan Mansur. Pemerintahan Sultan
Mansur membawa kemakmuran dan nama negeri Kelantan masyhur dimerata-rata
tempat. Disebabkan itu, Melaka yang ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Shah
berminat untuk menakluki Kelantan. Pada tahun 1477, Sultan Mahmud Shah telah
menyerang dan menakluki Kelantan dan telah mengahwini puteri Sultan Mansur
bernama Onang Kening yang kemudiannya menjadi bonda kepada Raja Perak yang
pertama iaitu Sultan Muzaffar Shah (1528M).

HIKAYAT CIK SITI WAN KEMBANG

Setelah kemangkatan Sultan Mansur Shah, Raja Gombak iaitu putera baginda
ditabal menjadi Sultan Kelantan dan digelar sebagai “Sultan Gombak”. Pemerintahan
ini kemudiannya disusuli oleh cucu baginda Raja Ahmad (1527-1547) dengan
gelaran Sultan Ahmad. Sultan Ahmad kemudiannya telah berkahwin dengan Cik
Banun Puteri Seri Nara DiRaja iaitu sepupu kepada Raja Hussien dari Johor.
Perkahwinan baginda dengan Cik Banun Puteri Seri Nara Diraja telah dikurniakan
seorang puteri bernama Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik
Siti Wan Kembang berusia 4 tahun. Disebabkan itu, Raja Hussien dari Johor
ditabalkan sebagai pemangku Raja Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada
1610M (1018H), maka Cik Siti Wan Kembang di lantik menjadi permaisuri
Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira
40 kilometer ke arah tenggara Kuala Krai.

Pemerintahanan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi


terkenal dan kemasyhurannya mendapat nama dimerata-rata tempat sehingga
menarik pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang
Arab yang menggelarkan Cik Siti Wan Kembang dengan panggilan "Paduka Cik
Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya
6
menjadi lambang
kebesaran negeri Kelantan. Disebabkan baginda tidak memiliki zuriat, Cik Siti Wan

8
Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abd Rahman, Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeoligi dan Sejarah,
United Selangor Press Sdn. Bhd: Kuala Lumpur, 2002, hlm 9
Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang kemudiaanya
akan mewarisi pemerintahannya kelak

Puteri Saadong adalah puteri kepada Raja Loyor yang memerintah di Jembal
dan disebabkan itu hubungan Cik Siti Wan Kembang dengan Raja Loyor amatlah
baik. Kecantikan Puteri Saadong menyebabkan Maharaja Siam menghantar utusan
untuk mengahwininya tetapi utusan itu ditolak. Kemudian, Puteri Saadong
dikahwinkan dengan Sultan Abdullah. Maharaja Siam telah menculik Puteri
Saaadong dan membawa baliknya ke Siam.9 Namun, disebabkan kesetiaannya
kepada Raja Abdullah, Puteri Saadong telah menolak Maharaja China. Kembalinya
Puteri Saadong ke Kelantan, berlaku pergaduhan antara Raja Abdullah dengan Puteri
Saadong sehingga menyebabkan Raja Abdullah terbunuh kerana tikaman cucuk
sanggul Puteri.

Setelah mangkatnya Raja Abdullah, adindanya Raja Abdul Rahim dtabal


sebagai Raja Kelantan. Pemerintahan Raja Abdul Rahim yang kejam menyebabkan
baginda dibunuh oleh Raja sakti. Setelah itu, Raja sakti ditabalkan menjadi Raja
Kelantan dan berjaya menyatukan kelantan dan bermulalah zaman pemerintahan
Dinasti Keluarga Diraja Jembal.

PERANG SAUDARA DI ANTARA PEMERINTAH KELANTAN

Pemerintahan Diraja Jembal berakhir selepas kemangkatan Raja Sakti II pada


tahun 1715. Sebelum mangkat, baginda telah menolong Long Bahar untuk
menggantikan tempat beliau menjadi Raja Kelantan. Dengan itu, Long Bahar telah
ditabalkan sebagai Raja Kelantan pada tahun 1719 dan diberi gelaran “Tuan Besar”.
Baginda merupakan pengasas dinasti diraja Kelantan yang ada pada masa kini.

Pada tahun 1717, Kelantan sekali lagi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
timur dan barat. Kelantan barat telah diserahkan kepada Long Muhammad dan
baginda kemudiannya menyerang Kelantan timur yang menyebabkan Long Bahar
terbunuh. Kemudian pada tahun 1746 pula, Long Muhammad telah dikalahkan oleh
Long Sulaiman iaitu putera kapada Tuan Besar Long Bahar. Setelah Long Sulaiman
7
menyatukan kedua-dua bahagiabKelantan, Raja Long Sulaiman kemudiannya
memindahkan pusat pemerintahannya yang sebelum ini di Kota Pangkalan Datu ke

9
Nik Safiah Karim & Wan Abdul Kadir Yusuf, Kelantan Dalam Perpekstif Sosio-budaya , 1985, hlm. 76
Kota Kubang Labu.

PEMERINTAHAN LONG YUNUS

Long Yunus merupakan putera tunggal kepada Raja Long Muhammad yang
telah ditinggalkan sejak dalam kandungan ibunya lagi. Kemudian, beliau telah
dihalau oleh bonda angkatnya, Raja Perempuan Patani yang bernama Mas Cayang,
lalu mengembara ke Kelantan dan melalui kehidupannya yang miskin di kampung-
kampung. Long Yunus mempunyai sahabat karib bernama Long Ja’afar, Long
Ja’afar merupakan seorang putera Datu Reman. Long Yunus dan Long Ja’afar gemar
bermain laga ayam dan merupakan jaguh laga ayam di merata-rata tempat. Pada
tahun 1757, Long Yunus dan Long Jaafar telah berangkat ke Terengganu yang ketika
itu diperintah oleh Sultan Mansur Shah. Setelah mendapat tahu bahawa Long Pandak
yang kejam ingin menyerang Terengganu, Long Yunus berazam ingin
menyingkirkan Long Pandak sebagai pemerintah daripada Kelantan. Raja Long
Pandak adalah pemerintah yang zalim dan sering melakukan kezaliman keatas
rakyat.

Long Yunus mendapat bantuan daripada Sultan Mansur Shah, tentera


Remand dan juga sukarelawan daripada Kelantan untuk menyerang Kelantan. Long
Yunus berjaya mengusir Long Pandak pada tahun 1765 dan mengisytiharkan dirinya
sebagai Raja Kelantan. Manakala, Long Ja’afar kemudiannya diangkat menjadi
Mangkubumi Kelantan dengan gelaran ‘Tengku Seri Maharaja Perdana Menteri’.
Pada tahun 1777, Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kotanya dari Kota
Kubang Labu ke Pangkalan Galuh (dikenali sebagai Kota Bharu sekarang iaitu ibu
negeri Kelantan kini). Pemerintahan Long Yunus yang adil lagi baik menjadikan
negeri Kelantan damai dan masyarakat Kelantan bersatu. Apabila Long Yunus
mangkat, Terengganu telah menakluki Kelantan.

Namun, pada tahun 1801, Long Muhammad iaitu putera Raja Long Yunus
melancarkan serangan balas dari Ulu Kelantan dan berjaya membebaskan semula
negeri Kelantan daripada tawanan Terengganu. Selepas peperangan tamat, barulah
Long Muhammad mengisytiharkan dirinya sebagai8 Sultan Muhammad I. Sultan
Muhammad I merupakan pemerintah yang baik lagi adil. Pada zaman pemerintahan
beliau, Baginda berusaha untuk mengelakkan negerinya diancam oleh kuasa-kuasa
yang lain. Salah satu cara yang telah dilakukan oleh baginda ialah dengan
menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam.

2.3 NEGERI SEMBILAN

Pada abad ke-18, Negeri Sembilan telah mengalami penubuhan kerajaan


baru. Walau bagaimanapun, Yang Dipertuan yang menduduki takhta kerajaan gagal
mengasaskan Kesultanan Negeri Sembilan. Pada masa yang sama, selepas
kemangkatannya tidak digantikan oleh puteranya, tetapi para pembesar di Negeri
Sembilan telah bertindak menjemput pengganti dari Minangkabau semula. Menurut
Dr. Haryati (2014), hanya apabila Raja Lenggang menduduki takhta kerajaan pada
tahun 1808, barulah pengasasan kesultanan Negeri Sembilan bermula. Oleh itu,
kenaikan Raja Lenggang di atas takhta kerajaan Negeri Sembilan bukan sahaja
menandakan kemunculan keluarga baru tetapi beliau juga merupakan pengasas
sebenar kesultanan Negeri Sembilan.10

Pada akhir kurun ke-17, orang di Sungai Ujong, Johol, Naning dan Jelebu
telah brsama-sama menjemput seorang raja dari Minangkabau untuk dijadikan raja
pemerintah di Negeri Sembilan. Seorang raja dari Minangkabau iaitu Raja Kasah
telah datang ke Negeri Sembilan dan ditabalkan menjadi raja. Namun begitu, Raja
Kasah dihalau balik ke Minangkabau kerana tidak berjaya mengatur dan memajukan
Adat Perpatih di Negeri Sembilan 10seperti yang dikehendaki oleh Datuk yang
menjemputnya. Kemudian dipanggil lagi seorang lagi anak raja Minangkabau iaitu
Raja Adil untuk ditabalkan menjadi raja tetapi kemudiannya dihalau juga seperti
yang berlaku kepada Raja Kasah.11

Namun begitu, pada abad ke-18, para pembesar Negeri Sembilan telah
mengambil keputusan untuk menjemput semula seorang anak raja Minangkabau
untuk dijadikan pemerintah. Hal ini berlaku adalah rentetan daripada kemunculan
kuasa Bugis dalam politik Tanah Melayu. Pada masa yang sama, kejayaan orang-
orang Bugis dibawah pimpinan Upu-Upu Bugis lima bersaudara di Johor, Perak,
Kedah dan Linggi. Ini menyebabkan wujudnya kebimbangan orang di Negeri
9
Sembilan.
1010
Dr Haryati Hasan, Malaysia: Melaka hingga Negeri-Negeri Melayu Baru, Edisi Ke-2, 2014, hlmn 52.
11
Abdul Samad Idris, (Datuk) Hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan, 1961, hlm. 49.
Pada tahun 1770, empat orang Datuk Undang di Negeri Sembilan iaitu
Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau telah bersetuju menghantar
utusan kepada Raja Pagar Ruyung di Minangkabau untuk memohon seorang anak
Raja di Minangkabau untuk dijadikan raja di Negeri Sembilan. 1211Sebelum angkatan
perutusan pergi ke Pagar Ruyung, Panglima Bandan dan Panglima Bandut
menghadap Sultan Johor untuk memohon izin mereka berangkat ke Pagar Ruyung.
Ketika sampai ke Pagar Ruyung dan menghadap Raja Minangkabau iaitu Sultan
Muning Shah III untuk menyatakan maksud kedatangan mereka. Raja Pagar Ruyung
bersetuju dan telah mengutus seorang Orang Besar di Minangkabau bernama Raja
Khatib pergi dahulu ke Negeri Sembilan untuk membuat persediaan bagi menerima
kedatangan seorang anak raja Minangkabau bernama Raja Melewar yang akan
dirajakan di Negeri Sembilan.

Apabila Raja Khatib sampai ke Negeri Sembilan, ia telah belot kepada Raja
Minangkabau dan telah mengaku sebagai raja sebenar yang telah dihantar oleh Raja
Pagar Ruyung untuk dijadikan raja di Negeri Sembilan. Tidak lama setelah Raja
Khatib sampai di Negeri Sembilan, Raja Pagar Ruyung telah bersiap sedia
menghantar Raja Melewar dengan pengiringnya seramai empat puluh orang ahli
pertikaman yang gagah berani bertolak ke Negeri Sembilan. Raja Melewar telah
bertolak dari Minangkabau menuju ke Siak. Ketika di sana, Raja Siak pula
membekalkan Raja Melewar dengan empat puluh orang ahli pertikaman yang handal
sebagai pengiring. Pada masa tersebut Raja Siak berada di bawah pengaruh
Minangkabau.

Dari Siak, Raja Melewar pergi ke Johor menghadap Sultan Johor. Ketika
berada di sana, Sultan Johor telah mengurniakan kepada Raja Melewar sebuah cap
mohor dan diberi kuasa penuh memerintah negeri yang kemudiannya dinamakan
sebagai Negeri Sembilan. Penganugerahan cap mohor tersebut menunjukkan bahawa
Negeri Sembilan masih lagi berada di bawah penguasaan Johor. Apabila tiba di
Penajis iaitu suatu tempat di Rembau, Raja Melewar telah ditabalkan sebagai
Yamtuan pada tahun 1773. Kehadiran Raja Melewar ke Negeri Sembilan telah
mencetuskan peperangan dengan Raja Khatib kerana
10 baginda telah tahu tipu
muslihat Raja Khatib yang mengaku sebagai raja yang dihantar ke Negeri Sembilan.

1112
Haji Buyong Adil, Sejarah Alam Melayu, Penggal V, 1948, hlm. 43
Raja Melewar telah melancarkan perang kepada Raja Khatib yang telah dibantu oleh
ayah mertuanya iaitu Penghulu Na’am di Kampung Bukit.

Dalam peperangan tersebut, Raja Melewar telah kalah dan berundur ke


tempat bernama Sepri dan kemudiannya mengumpul semula askarnya untuk
menyerang Raja Khatib di Seri Menanti. Ketika pertempuran tersebut, Raja Melewar
akhirnya mengalahkan Raja Khatib. Raja Melewar terus bersemayam di Seri Menanti
sebagai Yamtuan Seri Menanti dan daerah Seri Menanti dinamakan sebagai‘Tanah
Mengandung’ iaitu tanah yang dipunyai sendiri oleh Yamtuan Seri Menanti. Luak
atau daerah yang termasuk dalam ‘Tanah Mengandung’ ini ialah Ulu Muar, Jempul,
Teraci, Gunung Pasir dan Inas. Sejak dari itulah Sembilan buah luak di Negeri
Sembilan telah digabungkan dan disebut sebagai Negeri Sembilan iaitu luak Sungai
Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Jelai, Kelang, Naning, Segamat dan Pasir Besar dan
Ulu Pahang.

Namun begitu setelah kemangkatan Raja Melewar, para pembesar Negeri


Sembilan sekali lagi menjemput anak raja dari Minangkabau untuk ditabalkan
menjadi raja di Seri Menanti. Raja Pagar Ruyung telah menghantar seorang raja
Minangkabau yang bernama Raja Hitam untuk menjadi raja di Negeri Sembilan.
Apabila Raja Hitam sampai ke Negeri Sembilan, baginda telah ditabalkan di Penajis,
Rembau menjadi Yamtuan Seri Menanti dan bersemayam di Seri Menanti. Setelah
menjadi Yamtuan Seri Menanti lebih kurang 13 tahun, Raja Hitam pun mangkat dan
diganti oleh Raja Lenggang. Kenaikan beliau telah menandakan bahawa bermula
pemerintahan keluarga baru dan kemunculan sebuah lagi kerajaan di Tanah Melayu.

2.4 SELANGOR

Sebelum penubuhan kerajaan melayu Selangor, Selangor masih di bawah


penguasaan Kerajaan Melayu Johor. Namun begitu, pada abad ke-18 pengasasan
kerajaan melayu baru Selangor telah bermula daripada keturunan Bugis. Pengasasan
ini bermula apabila Raja Lumu diangkat menjadi sultan Selangor oleh sultan Perak
11
dan menggunakan gelaran Sultan Salehudin. Peristiwa penguasaan Bugis terhadap
politik Selangor sebenarnya bermula pada tahun 1740, dimana Daeng Chelak
bersama-sama orang Bugis berundur dari Johor ke Selangor berikutan permusuhan
antara orang Melayu Johor dan Bugis. Beliau telah menegakkan kekuasaan mereka
di Selangor dan menganggap kerajaan tersebut sebagai negeri kurnia kepada waris
sah Yamtuan Muda.131213

Sewaktu zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka, Selangor pernah


menjadi jajahan takluknya. Antara tempat-tempat yang ditakluki ialah seperti Klang,
Jeram, Langat, Jugra dan Kuala Selangor. Semasa Sultan Muzaffar Shah memerintah
Kerajaan Melaka, Tun Perak yang telah dilantik menjadi Bendahara Melaka dan
diberi gelaran Bendahara Paduka Raja pernah menjadi Penghulu di Klang atas
permohonan orang-orang di Klang. Semasa abad ke-17, Selangor masih berada
dibawah taklukan kerajaan Johor. Hal ini kerana selepas berlaku zaman kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka, kuasa pemerintahan dan penaklukan bertukar kepada
Raja-Raja Johor pada ketika itu yang berketurunan dari Melaka. Walau
bagaimanapun, telah terdapat orang-orang Bugis dari Tanah Bugis (Sulawesi) yang
mula mendiami Selangor, terutamanya di kawasan pantai laut seperti Klang dan
Kuala Selangor.14

Di samping itu, pemerintahan kerajaan Selangor pada abad ke-18 telah


diketuai oleh Yamtuan Selangor daripada keturunan Bugis dan juga To’ Engku
Klang, iaitu wakil kerajaan Johor di Selangor. Menurut sumber yang sah, To’ Engku
Klang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan Abdul Jalil (IV) iaitu
Sultan Johor dari keturunan Bendahara yang menggantikan Sultan Mahmud Shah (II)
mangkat dijulang. Seterusnya, Yamtuan Selangor pula dikatakan sebagai seorang
Raja Bugis yang berasal dari negeri Gua di Tanah Bugis yang bernama Arong
Pasarai. Beliau telahpun mendapat kuasa daripada To’ Engku Klang untuk
memerintah Selangor sehinggalah Raja Lumu ditabalkan sebaga Sultan Selangor
yang pertama. 15

Namun begitu, penguasaan kuasa Bugis ini sebenarnya bermula apabila Raja
Kechil menaiki takhta kerajaan Johor. Hal ini kerana Raja Kechil telah merampas
kerajaan tersebut dengan membunuh Sultan Abdul Jalil Riayat Shah dan menjadi
titik tolak kedatangan Bugis apabila Sultan Sulaiman meminta bantuan untuk
mengusir Raja Kechil. Berbekalkan bantuan Raja 12Bugis Lima Bersaudara iaitu

1213
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia: Petaling Jaya, Macmillan
Publishers (M) Sdn. Bhd, 1983, hlm. 110
14
Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor : Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 4
Daeng Perani, Daeng Marewah, Daeng Menambun, Daeng Kemasi dan Daeng
Chelak serta orang-orang Bugis di Selangor, akhirnya Raja Kechil berjaya diusir
keluar dari takhta kerajaan Johor. Sebagai tidak memungkiri perjanjian, Sultan
Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Johor.

Selepas kemangkatan Daeng Marewah, tugasnya digantikan oleh Daeng


Chelak, Yamtuan Muda (II) yang pada ketika itu memakai gelaran Paduka Sri Raja
Chelak. Semasa pemerintahan Daeng Chelak, terdapat pelbagai masalah yang timbul
seperti kekacauan di daerah naungan kerajaan Johor-Riau sehingga menyebabkan
beliau terpaksa berulang-alik dari Riau ke Selangor. Oleh yang demikian, Raja Lumu
iaitu salah seorang putera Daeng Chelak telah ditempatkan di Selangor. Apabila Raja
Lumu mula memerintah Selangor, beliau bercita-cita untuk membebaskan Selangor
dari pengaruh Johor-Riau dan menjadi Sultan. Justeru, beliau berusaha untuk
mengukuhkan kedudukannya dengan mendapatkan pengiktirafan dari Negeri Perak.
Pada waktu itu, Perak ditadbir oleh Sultan Mahmud yang merupakan waris dari
Kesultanan Melayu Melaka. Setelah mendapat perkenan, Raja Lumu ditabalkan
menjadi Sultan Selangor yang pertama dengan gelaran Sultan Salehudin. Pada masa
yang sama, Raja Lumu telah dikurniakan alat kebesaran seperti cap mohor daripada
Sultan Mahmud. Maka, pemerintahan di Selangor diteruskan oleh Raja Lumu dan
keturunannya yang berketurunan Bugis dan bebas daripada pengaruh kerajaan
Johor.161316

3.0 Persamaaan dan perbezaan antara Negeri-negeri Melayu Baru dengan


Kesultanan Melayu Melaka

3.1 Persamaan

Ekonomi

Melaka sangat terkenal sebagai sebuah pelabuhan entrepot, sebuah kesultanan


yang begitu kaya raya dan juga dikenali sebagai sebuah pusat perdagangan yang
sangat besar. Selain itu, Melaka turut menjadi pusat perniagaan
13 pelbagai bangsa dan
terdapat 44 bahasa telah dikesan ketika zaman tersebut. Hal ini kerana terdapat

1315
Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor : Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 8
16
Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor : Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 20
pedagang dari pelbagai tempat seperti tanah Arab, China dan Eropah. Perkara yang
sama juga dialami oleh kerajaan Terengganu apabila penduduk Terengganu terlibat
dengan kegiatan perniagaan dengan pedagang-pedagang asing di Terengganu dan
ada juga di antara mereka yang menjalankan perniagaan hingga ke Singgapura,
Patani dan Senggora. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua negeri ini menjalankan
aktiviti perdagangan di dalam dan luar negeri mereka. Namun begitu, Negeri
Sembilan juga menjalankan aktiviti perdagangan sebagai salah satu sumber ekonomi
bagi kerajaannya. Seperti mana yang kita ketahui, Melaka merupakan salah satu
pusat perdagangan terkenal kerana ianya merupakan tempat pengumpulan barang
dan pedagang yang datang dari China dan India. Begitu juga dengan Negeri
Sembilan, kerajaannya telah mengeluarkan hasil perdagangan seperti beras dan bijih
timah. Pada masa yang sama, Selangor dan juga Kelantan turut menjalankan aktiviti
perdagangan sebagai sumber ekonomi. Jika di Selangor, aktiviti perdagangan yang
terkenal melibatkan bijih timah.

Agama

Kelantan dan Melaka kedua-duanya memainkan peranan sebagai pusat


penyebaran agama Islam dan pengajian Islam. Di Kelantan, penyebaran agama
Islam berlaku apabila datangnya pedagang-pedagang Arab. Buktinya, penemuan
mata wang yang tertulis angka arab tahun 577 hijrah, dan juga tertulis dengan huruf
Arab sebelah menyebelah mata wang itu masing-masing dengan Al-Julusul Kalantan
dan Al-Mutawakkal ‘alallah di Kelantan. Manakala, muncul sistem pondok dan
istana di Kelantan sebagai pusat pengajian islam. Melaka juga memainkan peranan
sebagai pusat penyebaran agama Islam melalui pedagang-pedagang Arab dan
merupakan pusat pengajian Islam seperti di institusi istana sebagai tempat
berhimpunnya ulama-ulama di Asia tenggara ketika dahulu. Selain itu, agama Islam
telahpun menjadi ikutan para pemerintah dan rakyat jelata terdahulu. Penyebaran
Islam ini telah dilakukan secara meluas di negeri serta daerah jajahan takluk Melaka
termasuk Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Di Selangor, tugas penyebaran
Islam telah dilakukan oleh Tun Perak yang pernah menjadi Penghulu di daerah
Klang semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar.
14 Justeru, agama Islam telah
menjadi panduan dan diterapkan dalam sistem pemerintahan sebagai perundangan
kehidupan seharian, bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan
diikuti oleh negeri jajahannya.1714

Sistem Politik

Kedua-dua kerajaan Kelantan dan Melaka pada awalnya masing-masing telah


menjalinkan hubungan dengan Maharaja China. Buktinya, Kerajaan Kelantan
menghantar ufti dan persembahan kepada Maharaja China. Sebagai balasannya,
Maharaja Cina telah menghadiahkan kain-kain sutera dan surat kepujian kepada raja
Kelantan. Manakala, di Melaka, penghantaran ufti oleh Melaka kepada Maharaja
China membuktikan bahawa Melaka telah menerima ketuanan China.

3.2 Perbezaan

Corak Pentadbiran

Melaka mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik berasaskan pembesar


empat lipatan. Dalam sistem ini, Raja dibantu oleh empat pembesar yang dikenali
sebagai Pembesar Berempat. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung,
Laksamana dan Penghulu Bendahari.

Di Kelantan, sistem pembesar peringkat pusat dapat dilihat apabila Sultan


Muhammad I melantik 7 orang pembesar. Kemudian, pemerintahan Sultan
Muhammad II pula melantik 8 Jemaah menteri untuk melicinkan pentadbirannya.
Antaranya, Jemaah Menteri Perbendaharaan, Jemaah Menteri Peperangan, Jemaah
Menteri Pentadbiran, Jemaah Menteri Luar, Jemaah Menteri Dalam Negeri, Jemaah
Menteri Istana, Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman, dan Jemaah Penasihat
Raja.

Corak pemerintahan yang dijalankan oleh Baginda Omar di Terengganu juga


ialah pemusatan yang mana baginda tidak lagi melantik pembesar daerah yang
meninggal dunia, sebaliknya menggantikan dengan Penghulu. Penghulu pula tidak
mempunyai kaitan langsung dengan Yang Dipertuan. Sultan Zainal Abidin III pula
membahagikan kawasan tertentu kepada Kerabat Diraja dan pembesar negeri untuk
menguruskan pentadbiran. Hasil negeri hanya boleh dipungut oleh mereka yang
dilantik oleh kerajaan. 15

1417
Mohd Jamil Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara : Kuala Lumpur, Perpustakaan
Negara Malaysia, 2004, hlm. 88
Manakala di Negeri Sembilan pula, sistem pemerintahan yang diamalkan
adalah berdasarkan adat mereka iaitu Adat Perpatih. Pemerintah di negeri tersebut
dikenali sebagai Yamtuan Besar yang juga merupakan ketua negeri. Beliau dibantu
oleh Undang, Lembaga dan Buapak. Undang ialah ketua segala luak. Pada masa
yang sama, Undang juga memiliki tugas untuk memilih Yamtuan Besar. Lembaga
pula berperanan sebagai ketua suku di mana tugasnya adalah untuk menjaga
keselamatan dan keamanan, mengendalikan pembahagian harta pusaka dan
sebagainya. Akhir sekali, Buapak. Buapak adalah ketua perut yang menjadi rujukan
adat dan hukum bagi masyarakatnya. Maka, jelaslah bahawa corak pentadbiran
Negeri Sembilan sedikit berbeza daripada Negeri-negeri Melayu Baru yang lain.

Pengasasan

Melihat kepada corak pemerintahan dalam Negeri-negeri Melayu Baru,


keempat-empat buah negeri ini diasaskan oleh orang luar yang bukan berketurunan
darah di Raja ataupun Sultan. Sebagai contoh, Terengganu diasaskan oleh Tun Zainal
Abidin iaitu seorang anak berketurunan bendahara Johor iaitu Tun Habib Abdul
Majid. Jika dilihat peristiwa ini, pengasas kepada Terengganu telah mula diperintah
oleh darah yang berketurunan Bendahara dan melalui peristiwa inilah bermulanya
dinasti Bendahara memegang tampuk pemerintahan Terengganu dan berakhirnya
sudah pemerintahan daripada keturunan diRaja.

Seterusnya, tampuk pemerintahan Selangor telah diketuai oleh Raja yang


berketurunan Bugis, iaitu Raja Lumu. Raja Lumu ataupun Sultan Salehudin yang
menjadi Sultan Selangor pertama merupakan putera kepada Daeng Chelak. Bermula
dari Raja Lumu, kepimpinan Selangor terus diwarisi oleh anak cucu dan keturunan
baginda.

Contoh lain pula dapat dilihat apabila pengasasan Negeri Sembilan juga
diasaskan oleh anak raja dari Minangkabau yang telah dijemput untuk memerintah di
Negeri Sembilan. Bermula daripada Raja Kasah yang telah ditabalkan menjadi
Yamtuan sehinggalah pemerintahan Yamtuan Antah antara tahun 1872 hingga 1888.
Oleh itu, sistem pengasasan bagi ketiga negeri ini diasaskan
16 oleh orang luar iaitu
Terengganu diasaskan oleh keturunan Bendahara Johor manakala Selangor diasaskan
oleh Raja berketurunan Bugis dan Negeri Sembilan diasaskan oleh anak raja dari
Minangkabau.

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, setiap penubuhan kerajaan dalam Negeri-negeri


Melayu Baru memperlihatkan pembukaan kerajaan dalam sistem pemerintahan.
Sistem pemerintahan yang dijalankan oleh setiap Negeri-negeri Melayu Baru ini
mempunyai keunikannya tersendiri. Hal ini kerana penubuhan setiap kerajaan
diasaskan oleh orang luar yang bukan berketurunan darah putih, malahan
pengiktirafan dan kedaulatan setiap kerajaan ini diiktiraf
17 oleh negeri lain. Setiap
Negeri-negeri Melayu Baru juga mempunyai persamaan dan perbezaan dengan
Kesultanan Melayu Melaka dalam pelbagai aspek. Persamaan yang dapat dilihat
adalah dari aspek ekonomi, agama dan sistem poilitik. Manakala, dari segi perbezaan
pula terdiri daripada aspek corak pentadbiran dan pengasasan. Keupayaan dan
kebijaksanaan pemerintah dalam mengendalikan pemerintahannya menyebabkan
kerajaan Negeri-negeri Melayu Baru ini muncul dan berkembang pada pertengahan
abad ke-18 berikutan beberapa negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu
mengalami kemerosotan pada awal abad ke-18.

BIBLIOGRAFI

Abdul Samad Idris, (1961), Hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan.

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, (1983), Sejarah Malaysia, Petaling
Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

Haji Buyung Adil, Sejarah Johor, Dewan Bahasa dan18Pustaka.

Haji Buyong Adil, (1971), Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Haji Dr. Syed Ibrahim, (2007), Malaysia Kita, Selangor: Golden Books Centre Sdn.
Bhd. Wisma ILBS.

Haryati Hasan, (2014), Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru Edisi
Ke-2, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Leonard Y. Andaya: The Kingdom of Johor 1641-1728, Oxford University Press,


Kuala Lumpur.

Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal &
Sidang Editor Yayasan Diraja Sultan Mizan, (2011), Dirgahayu Tuanku
Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008.

Mohd Jamil Mukmin, (2004), Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Kuala
Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Mubin Shepperd, (1983), “A Short History of Terengganu,” MBRAS (Reprint) no.


10.

Muhammad Salleh Haji Awang, (1992), Sejarah Darul Iman Hingga 1361-1942M,
Kuala Terengganu: Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Terengganu.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi
dan Sejarah, Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, (1985), Kelantan dalam Perspektif Sosio-budaya, Universiti


Malaya.

Raja Ali Haji, (1965), Tuhfat al –Nafis, Singapura: Malaysia Publications Ltd.

19
20

You might also like