You are on page 1of 33

Formula Ion

Perkembangan Jadual Berkala

Johann Dobereiner - Hukum Triad

1. Mengelaskan unsur mengikut triad. 


2. Mencadangkan satu hubungan antara sifat kimia dengan jisim atom unsur.
3. Rajah di bawah menunjukkan 2 triad yang dicadang oleh Johann Dobereiner. Unsur-
unsur di dalam triad mempunyai sifat kimia yang sama.

John Newlands - Hukum Oktaf

1. Menyusun jisim atom relatif mengikut tertib jisim atom relatif yang menaik.
2. Memperkenalkan hukum oktaf kimia. ( yang mirip kepada  Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti
dalam musik )
3. Ahli kimia pertama yang menunjukkan kehadiran satu corak berkala bagi sifat-sifat
unsur, iaitu ulangan sifat kikia yang serupa pada unsur kelapan.

Lothar Meyer - Lengkung Meyer

1. Melukis sebuah graf isipadu atom melawan jisim atom bagi semua unsur yang diketahui (
lengkung Meyer ).
Mendeleev - Jadual Berkala yang Pertama

1. Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor nucleon menaik.


2. Semua unsur dengan sifat sifat yang sama tergolong dalam lajur ( kumpulan ) yang sama.
3. Tempat-tempat kosong ditinggalkan untuk unsur-unsur yang belum dijumpai pada masa
itu.
4. Beliau menggunakan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala untuk meramalkan sifat-
sifat bagi unsur yang belum ditemui pada masa itu ( eka-silikon ). Ramalannya disahkan
benar apabila unsur-unsur itu ditemui beberapa tahun kemudian. 
5. Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke
dalam satu blok kumpulan yang berasingan.

H.J.G. Moseley - Menyusun Unsur-unsur Mengikut Tertib Nombor Proton


Menaik
1. Moseley berpendapat bahawa nombor proton yang menentukan kedudukan unsur dalam
Jadual Berkala dan bukan nombor nucleon.
2. Oleh itu, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton yang menaik dalam Jadual
Berkala. 
3. Susunan unsur-unsur oleh Moseley dalam jadual berkala adalah hampir sama dengan
jadual berkala moden yang digunakan kini.

Jadual Berkala Moden

1. Dalam Jadual Berkala Moden, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton
menaik secara mengufuk.
2. Setiap turus tegak dalam Jadual Berkala dipanggil kumpulan.
3. Setiap tulus mengufuk dalam Jadual Berkala dipanggil kala.
4. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron di petala terluar yang sama disusun
dalam kumpulan yang sama.

Kumpulan

1. Turus tegak dalam Jadual Berkala dikenali sebagai kumpulan.


2. Terdapat 18 kumpulan di dalam Jadual Berkala.
3. Semua unsur di dalam kumpulan yang sama memounyai bilangan elektron valens yang
sama.
4. Oleh itu, unsur-unsur di dalam kumpulan yang sama menunjukkan sifat kimia yang sama.
5. Kumpulan-kumpulan dalam Jadual Berkala dinamakan mengikut kedudukanya.
Contohnya, kumpulan pertama dinamakan sebagai kumpulan 1 , kumpulan ke-2
dinamakan sebagai kumpulan 2 dan sebagainya.
6. Antara kumpulan 2 dan 13, terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil
unsur-unsur peralihan.
7. Sesetengah kumpulan mempunyai nama lazim seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Kumpulan Nama Lazim


Kumpulan 1 Logam alkali
Kumpulan 2 Logan alkali bumi
Kumpulan 17 Halogen
Kumpulan 18 Gas nadir

Kala
1. Jadual berkala moden mempunyai 7 kala.
2. Kala 1 mempunyai 2 unsur. Kala 2 hingga ke kala 3 pula mempunyai 8 unsur. Tiga kala
pertama ini dikenal sebagai kala pendek.
3. Kala 4 dan 5 masing-masing mempunyai 18 unsur. Kala 6 dan 7 mengandungi 32 unsur.
Kesemua kala ini dikenal sebagai kala panjang.
4. Dalam kala-6 terdapat 32 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus mengufuk
yang sama. Unsur dengan nombor atom 56 – 71 disenaraikan secara berasingan di
bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan sebagai siri lantinida.
5. Dalam kala-7 terdapat 23 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus mengufuk
yang sama. Unsur dengan nombor atom 90 – 103 disenaraikan secara berasingan di
bahagian bawah Jadual Berkala. Siri unsur ini dinamakan sebagai siri aktinida.

Jadual Berkala dan Susunan Elektron

1. Dalam Jadual Berkala, unsur-unsur yang atomnya mempunyai bilangan elektron valens
yang sama diletakkan dalam kumpulan yang sama.
2. Bilangan elektron valens adalah sama dengan nombor kumpulannya, seperti yang diperhatikan
dalam jadual di bawah.

Kumpulan Bilangan Elektron Valens

Kumpulan 1 1

Kumpulan 2 2

Kumpulan 13 3

Kumpulan 14 4

Kumpulan 15 5

Kumpulan 16 6

Kumpulan 17 7

Kumpulan 18 8

1. Bagi kala pula, semua unsur dalam satu kala mempunyai bilangan petala elektron (yang
diisi oleh elektron) yang sama.
2. Contohnya susunan elektron kalsium ialah 2.8.8.2. Ia mempunyai 2 elektron valens dan 4
petala yang diisi oleh elektron. Oleh itu, ia diletakkan di dalam kumpulan 2, kala 4.
3. Rajah di bawah menunjukkan hubungan di antara kesusukan unsur-unsur dalam jadual
berkala dengan susunan elektron.

Unsur-unsur Kumpulan 18 - Gas Adi

1. Gas Adi ialah kumpulan terakhir, iaitu kumpulan 18 dalam jadual berkala. Ia juga dinamakan
sebagai gas Nadir, disebabkan oleh kestabilan kimianya yang luar biasa.
2. Kumpulan ini mempunyai 6 unsur, iaitu Helium, Neon, Argon, Kripton, Xenon and Radon.

3. Unsur-unsur ini wujud dalam gas pada suhu dan tekanan bilik. Mereka adalah bukan logam,
tidak berwarna dan tidak berbau.

4. Gas Adi membentuk 1% udara, dan kebanyakannya ialah gas argon.

5. Saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan, disebabkan oleh bertambahnya bilangan
petal elektron. 

Nama Nombor Proton Susunan Elektron Takat Lebur Takat Didih

Helium 2 2 -270°C -269°C

Neon 10 2.8 -249°C -246°C

Argon 18 2.8.8 -189°C -186°C

Kripton 36 2.8.18.8 -157°C -152°C

Xenon 54 2.8.18.18.8 -112°C -108°C

Radon 86 2.8.18.32.18.8 -71°C -62°C

Sifat-sifat Fizik

Keterlarutan dan Konduktiviti


1. Semua gas adi tidak larut dalam air.
2. Mereka juga tidak mengkonduksikan arus elektrik atau haba.

Takat Lebur dan Takat Didih


1. Semua gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang sangat rendah.
2. Ini adalah kerana semua gas adi wujud sebagai gas monoatom. Daya tarikan di antara atom-
atom sangat lemah, maka hanya sedikit tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan ini
semasa peleburan dan pengewapan.

3. Apabila menuruni kumpulan, takat lebur dan takat didih meningkat disebabkan oleh daya
tarikan van der Waals menjadi lebih kuat. Lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya
tarikan antara atom yang lebih kuat.

Ketumpatan
1. Gas adi mempunyai ketumpatan yang rendah (disebabkan oleh atom adalah berjauhan)
2. Bagaimanapun, ketumpatannya bertambah apabila menuruni kumpulan.

Sifat-sifat Kimia

1. Gas adi adalah lengai, iaitu tidak reaktif dan tidak bertindak balas dengan sebarang unsur yang
lain.
2. Ini adalah kerana susunan elektronnya yang stabil, iaitu sama ada susunan duplet atau oktet.

3. Dalam dunia kimia, satu atom berada dalam keadaan kimia yang paling stabil jika petala
valensnya diisi oleh 8 elektron (oktet) atau 2 elektron (duplet) bagi petala pertama.

4. Semua gas adi wujud dalam gas monoatom, kerana kestabilan susunan elektronnya.

Kegunaan Unsur-unsur Kumpulan 18

Helium

Kapal Udara dan Belon Kaji Cuaca

1. Gas helium digunakan untuk mengisi kapal udara dan belon kaji cuaca.
2. Ini adalah kerana ia adalah jauh kurang tumpat daripada udara dan tidak mudah terbakar.
Tangki Oksigen Penyelam
1. Helium juga dicampur dengan oksigen dalam tangki oksigen yang digunakan oleh juruselam.
2. Ini kerana keterlarutan helium adalah sangat rendah. Oleh itu, ia tidak terlarut dalam darah
penyelam walaupun pada tekanan persekitaran yang tinggi..

(Mentol Neon)

Neon

1. Gas neon digunakan dalam lampu iklan kerana menyala dengan warna merah pada tekanan
rendah.
2. Ia juga digunakan dalam lampu mendarat untuk landasan kapal terbang.

Argon
(Filamen Mentol)

Filamen Mentol
Gas argon digunakan untuk mengisi mentol kerana tidak bertindak balas dengan filamen tungsten
walaupun panas.

(Kerja Mengimpal)

Kerja Mengimpal
Argon juga digunakan dalam mengimpal untuk mengurangkan pembentukan oksida rapuh dan
seterusnya meningkatkan kualiti kerja.

Pemadam Api
Gas argon juga digunakan dalam alat pemadam api supaya kerosakan alat dapat dielakan

(Laser)
Kripton

1. Gas kripton digunakan dalam pembedahan laser untuk membaiki retina mata.
2. Ia juga digunakan dalam lampu isyarat.Krypton.

Xenon

(Lampu Flash Kamera)

(Lampu berpendarfluor)

1. Gas xenon digunakan sebagai anestetik dalam bidang perubatan.


2. Ia juga digunakan dalam rumah api kerana xenon memberi cahaya biru yang cantik.

3. Selain daripada itu, gas xenon juga digunakan di dalam lampu berpendafluor dan lampu flash
kamera.
Radon

Digunakan dalam radioterapi untuk membunuh sel kanser.

Unsur Kumpulan 1 - Logam Alkali

1. Unsur-unsur dalam kumpulan satu dikenali sebagai logam alkali.


2. Ini adalah kerana logam dalam kumpulan ini membentuk oksida dan hydroksida yang
akan membentuk alkali apabila larut di dalam air.
3. Seperti yang ditunjukkan di rajah sebelah kanan, unsur-unsur kumpulan logam alkali
termasuk litium, natrium, kalium, rubidium, sesium dan fransium.
4. Semua unsur kumpulan 1 mempunyai 1 elektron valens. Kesamaan ini menyebabkan
mereka menunjukkan sifat kimia yang sama.
5. Semua logam alkali adalah sangat reaktif. Mereka mesti disimpan di dalam minyak
supaya tidak bertindak dengan oksigen atau wap air di udara.

Sifat Fizik Logam Alkali

Nama Nomber Proton Susunan Elektron Takat Lebur Takat Didih Ketumpatan g/cm3

Litium 3 2.1 180ºC 1342ºC 0.53

Natrium 11 2.8.1 98ºC 883ºC 0.97

Kalium 19 2.8.8.1 63ºC 759ºC 0.86

Rubidium 37 2.8.18.8.1 39ºC 688ºC 1.48

Sasium 55 2.8.18.18.8.1 29ºC 671ºC 1.87

Fransium 87 2.8.18.32.18.8.1 27ºC 677ºC > 1.87

1. Semua logam kumpulan satu wujud dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Mereka mempunyai
ciri-ciri khas logam seperti
a. konduktor haba yang baik

b. konduktor elektrik yang baik

c. takat didih yang tinggi


d. permukaan berkilau (tetapi menjadi pudar dengan cepat selepas dioksidakan oleh
oksifen di udara.)

2. Bagaimanapun, logam kumpulan satu juga menunjukkan beberapa ciri yang tidak biasa
diperhatikan pada logam seperti:

a. takat lebur yang rendah,

b. ketumpatan yang rendah (3 unsur pertama dalam kumpulan ini boleh terapung di atas
air),

c. sangat lembut (boleh dipotong oleh pisau).

Perubahan Penting Apabila Menuruni Kumpulan:

1. Saiz atom bertambah


2. Takat lebur dan takt didih berkurang

3. Ketumpatan bertambah

4. Kekerasan berkurang

Saiz Atom
1. Seperti ditunjukkan da dalam rajah di sebelah kanan, apabila menuruni kumpulan, sais atom
bertambah.
2. Ini disebabkan oleh pertambahan petala-petala yang diisi oleh elektron.

3. Atom yang mempunyai lebih banyak petala adalah lebih besar berbanding dengan atom yang
memounyai kurang petala.
Takat Lebur dan Takat Didih
Seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di sebelah kanan, takat lebur dan takat didih logam alkali
menurun apabila menuruni kumpulan.

Penerangan
1. Atom-atom bagi logam alkali diikat antara satu sama lain oleh satu daya yang dinamakan
sebagai ikatan logam.
2. Kekuatan ikatan logam bergantung kepada jarak di antara atom. Semakin dekat atom-atom,
semakin kuat ikatan logam ini.

3. Apabila menuruni kumpulan, saiz atom bertambah. Oleh itu, jarak di antara atom bertambah.

4. Pada hakikatnya, kekuatan ikatan logam di antara atom-atom berkurang, dan tenaga yang
diperlukan untuk mengatasi ikatan ini semasa peleburan atau pendidhan juga berkurang dan
seterusnya takat lebur/didih berkurang.

Ketumpatan
1. Ketumpatan logam kumpulan adalah lebih rendah berbanding dengan logam yang lain.
2. Ketumpatan litium, natrium dan kalium adalah lebih rendah daripada air. Oleh itu mereka boleh
terapung di atas permukaan air.

3. Bagaimanapun, apabila menuruni kumpulan, ketumpatan logam alkali bertambah.

Sifat Kimia Logam Alkali

1. Semua logam dalam kumpulan satu menunjukkan sifat kimia yang sama.
2. Mereka boleh bertindak dengan air dan juga unsur bukan logam seperti oksige dan klorin
untuk memberntuk sebatian yang baru.
3. Jadual di sebelah menunjukkan susuan elektron bagi semua unsur kumpulan satu.
4. Semua unsur kumpulan 1 mempunyai satu elektron valens.
5. Semasa tindak balas kimia, unsur-unsur itu menderma elektron itu untuk mencapai
susunan elektron gas adi yang stabil. Kation yang bercas +1 terbentuk.

Contoh:

Li→Li++eNa→Na++eK→K++e
6. Logam kumpulan satu cenderung bertindakbalas dengan unsur bukan logam untuk
membentuk sebatian ionik.

Langkah Berjaga-jaga

1. Logam kumpulan 1 adalah sangat reaktif.


2. Ia mesti disimpan dalam minyak parafin untuk mengelakkannya daripada bertindak balas
dengan udara dan air.
3. Kita tidak boleh memegang logam kumpulan satu dengan tangan kerana ia boleh
bertindak dengan wap air pada tangan kita.

Logam Alkali Bertindak Dengan Gas Klorin

1. Semua logam alkali bertindak dengan gas klorin membentuk logam klorida yang
berwarna putih.

Logam kumpulan 1 + Gas klorin → Logam klorida


2. Garam logam klorida yang terbentuk boleh terlarut dalam air dan menghsilkan larutan
neutral yang mempunyai pH 7.
3. Kereaktifan logam kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan.

Contoh:

Litium + Klorin

2Li + Cl2 → 2LiCl


Pemerhatian
Litium terbakar secara perlahan lahan dengan nyala merah.

Natrium + Klorin
2Na + Cl2 → 2NaCl
Pemerhatian
Natrium terbakar dengan nyala kuning yang terang dan cepat.

Kalium + Klorin

2K + Cl2 → 2KCl
Pemerhatian
Kalium terbakar dengan nyala ungu kemerahan yang amat terang dan amat cepat.

Logam Alkali Bertindak Dengan Gas Oksigen

1. Logam kumpulan satu bertindak dengan gas oksigen membentuk logam oksida. Logam
oksida yang terbentuk itu boleh terlarut di dalam air membentuk larutan beralkali.

Logam kumpulan 1 + Gas oksigen → Logam oksida


2. Litium, natrium dan kalium membentuk serbuk berwarna putih selepas bertindak dengan
gas oksigen.
3. Serbuk putuh itu merupakan oksida bagi litium, natrium dan kalium.
4. Apabila serbuk putih ini terlarut di dalam air, ia menghasilkan satu larutan yang boleh
mengubah warna kertas litmus merak kepada biru. Ini bermakna, larutan yang dihasilkan
itu ialah satu alkali kuat.
5. Dalam tindak balas antara logam kumpulan satu dengan oksigen, kita dapati bahawa
kereaktifan unsur-unsur kumpulan satu bertambah apabila menuruni kumpulan.

Contoh

Litium + Gas Oksigen

4Li + O2→ 2Li2O


Terlarut di dalam air
Li2O + H2O → 2LiOH
Pemerhatian
Litium terbakar secara perlahan lahan dengan nyala merah.

Natrium + Gas Oksigen

4Na + O2→ 2Na2O


Terlarut di dalam air

Na2O + H2O → 2NaOH


Pemerhatian
Natrium terbakar dengan nyala kuning yang terang dan cepat

Kalium + Gas Oksigen

4K + O2→ 2K2O
Terlarut di dalam air

K2O + H2O → 2KOH


Pemerhatian
Kalium terbakar dengan nyala ungu kemerahan yang amat terang dan amat cepat.

Logam Alkali Bertindak Dengan AIr

Logam alkali bertindak balas cergas dengan air sejuk untuk menghasilkan gas hidrogen.
Larutan terhasil boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru.

Logam Kumpulan 1 + Air → Alkali + Gas hidrogen


Common Observation
1. Litium, natrium dan kalium terapung dan bergerak di atas permukaan air kemudian larut di
dalam air.

Kesimpulan: Litium, natrium dan kalium kurang tumpat daripada air.


2. Gas tidak berwarna dilepaskan sekitar logam alkali semasa ia bertindak. Gas ini menghasilkan
letupan "pop" apabila kayu uji menyala dimasukkan dalam tabung uji yang diisi oleh gas ini.
Kesimpulan: Gas tidak berwarna itu ialah gas hidrogen..
3. Larutan yang dihasillkan bertukar menjadi biru apabila beberapa titis penunjuk semesta
dititiskan ka dalamnya.

Kesimpulan: Larutan yang dihasilkan ialah alkali

Litium + Air

2Li + 2H2O → 2LiOH + H2

Pemerhatian
Litium bergerak dengan perlahan-perlahan di permukaan air dengan menghasilkan bunyi “hiss”.

Natrium + Air

2Na + 2H2O → 2NaOH + H2

Pemerhatian
Natrium bergerak cepat secara rawak dengan menghasilkan bunyi “hiss”.

Kalium + Air

2K + 2H2O → 2KOH + H2

Pemerhatian
Kalium terbakar degan nyalaan ungu kemerahan, bergerak secara melompat-lompat di permukaan air
dengan sangat cepat.

Penerangan Perbezaan Kereaktifanthe Logam Alkali

Penerangan Perbezaan Kereaktifanthe Logam Alkali

Kereakdifan logam alkali bertambah apabila menuruni kumpulan.


Penerangan
1. Semua atom logam alkali mempunyai satu elektron valens.
2. Dalam tindak balas kimia , atom logam alkali akan melepaskan  elektron valens itu untuk
membentuk ion bercas +1 dan mencapai konfigurasi elektron gas adi yang stabil.
Kereaktifan  sesuatu logam alkali bergantung kepada kesenangan atom logam alkali
menghilangkan elektron valensnya.
Li → Li+ + e
Na → Na+ + e
K → K+ + e
3. Apabila menuruni kumpulan I, saiz atom logam-logam alkali semakin bertambah.
4. Ini bermakna elektron valens tunggal menjadi semakin jauh dari tarikan nukleus.
5. Oleh itu, elektron tunggal di petala terluar atom ini menjadi longgar ditarik oleh nukleus.
6. Keadaan ini mengakibatkan elektron valens tunggal itu menjadi semakin mudah
dihilangkan untuk menghasilkan ion-ion bercas +1 semasa perpaduan kimia.
7. Oleh itu, kereaktifan logam-logam alkali semakin bertambah apabila menuruni
Kumpulan I.

Ringkasan 
1. Semakin rendah kedudukan suatu unsur dalam kumpulan I, semakin reaktif unsur itu.
2. Semakin jauh suatu elektron daripada nukleus, semakin lemah ikatan elektron itu oleh
nukleus.

Keterlarutan Oksida, Hidroksida dan Garam Logam Alkali

1. Semua oksida dan hidroksida bagi logam kumpulan satu terlarut dalam air membentuk
larutan berkali.
2. Semua garam bagi logam kumpulan satu (garam klorida, nitrat, sulfat, karbonat ...) juga
boleh terlarut di dalam air. Larutan garam yang terbentuk itu adalah neutral.
Unsur Kumpulan 17 - Halogen

1. Unsur-unsur kumpulan 17 termasuk fluorin, klorin, bromin dan iodin.


2. Semua unsur-unsur kumpulan 17 ialah adalah bukan logam dan dikenali sebagai halogen.
3. Semua halogen wujud sebagai molekul-molekul dwiatom,  F2, Cl2, Br2, I2 dan As2.
4. Kebanakan halogen wujud di dalam alam sekitar dalam bentuk garam halida.
5. Halida ialah nama yang diberi kepada ion halogen. Jadual di bawah menunjukkan nama
halogen dan nama halidanya.

Halogen Halida
Fluorin Fluorida
Klorin Klorida
Bromin Bromida
Iodin Iodida

Sifat Fizik Halogen

1. Semua unsur kumpulan 17 ialah bukan logam. Oleh itu mereka merukakan penebat haba
dan elektrik.
2. Mereka juga mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah
3. Semua unsur kumpulan 17 adalah berwarna dan larut sedit di dalam air.
4. Unsur-unsur kumpulan 17 wujud sebagai molekul dwiatom: F2, C12, Br2, I2, At2
5. Jadual di bawah menunjukkan susunan elektron dan juga sifat fizik bagi unsur-unsur
kumpulan 17.

Nombor Susunan Takat Takat


Nama Warna
Proton Elektron Lebur Didih
Fluorin 9 2.7 Gas kunig pudar -220ºC -188ºC
Klorin 17 2.8.7 Gas kuning kehijauan -102ºC -34ºC
Cecair merah gelap atau
Bromin 35 2.8.18.7 -7ºC 59ºC
wap perang
Pepejal hitam atau wap
Iodin 53 2.8.18.18.7 114ºC 184ºC
ungu
Pepejal hitam atau wap
Astatin 85 2.8.18.32.18.7 302ºC 380ºC
gelap

Perubahan Sifat Fizik Apabila Menuruni Kumpulan

1. Sifat-sifat fizik halogen berubah secara beransur-ansur apabila menuruni Kumpulan 17.
2. Apabila menuruni kumpulan:
a. Saiz atom bertambah disebabkan oleh petala yang berisi elektron bertambah.
b. Ketumpatannya meningkat disebabkan oleh jisim molekul relatif bertambah.
c. Takat lebur dan takat didihnya meningkat disebabkan oleh daya tarikan van der
Waals menjadi lebih kuat apabila saiz molekul bertambah.
d. Keadaan fizik berubah dari gas (F2, Cl2) ke cecair (Br2), dan kemudian ke pepejal
(I2, At2).
e. Warnanya bertambah gelap.
f. Keterlarutannya dalam air menurun.
g. Keelektronegatifannya (kecenderungan suatu unsur untuk menarik elektron)
menurun.

(Saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan)

Takat Lebur dan Takat Didih

1. Semua halogen mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana tarikan
bersama oleh daya Van der Waals yang lemah dan hanya sedikit tenaga haba  diperlukan
untuk mengatasinya.
2. Seperti ditunjukkan dalam rajah di sebelah, takat lebur dan takat didih meningkat apabila
menuruni kumpulan.
3. Ini adalah kerana apabila semakin menuruni kumpulan kerana apabila menuruni
Kumpulan 17 daripada fluorin kepada iodin, saiz atom semakin besar dan daya tarikan
Van der Waals antara molekul halogen pun bertambah kuat. Oleh itu, semakin banyak
tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan itu.

Sifat Kimia Halogen

1. Unsur-unsur kumpulan 17 merupakan unsur bukan logam yang sangat reaktif.


2. Semua unsur kumpulan 17 mempunyai 7 elektron valens. Dengan itu, atomnya akan
menerima satu elektron untuk mencapai susunan satu elektron oktet yang stabil dalam
tindak balas kimia.
3. Tindak balas kimia halogen melibatkan pembentukan ion negatif yang bercas -1.

4. Semua unsur halogen mempunyai keelektronegatifan yang tinggi, iaitu kuasa menarik
elektron yang tinggi. Walau bagaimanapun, keelektronegatifan semakin berkurang
apabila menuruni kumpulan.
5. Semua unsur kumpulan 17 adalah beracun
6. Astatin pula ialah bahan radioaktif

Langkah Berjaga-jaga

1. Gas fluorin, klorin dan bromin adalah beracun.


2. Oleh itu, eksperimen-eksperimen melibatkan gas ini perlu dilakukan di dalam kebuk
wasap.

Halogen Bertindak Dengan Logam

 Klorin + Ferum
3Cl2 + 2Fe → 2FeCl3
Pemerhatian:
Wul besi menyala dengan terang dan cergas. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:
1. Klorin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) klorida yang berwarna perang. 
2. Gas klorin yang digunakan dalam tindak balas ini di hasilkan oleh tindak balas di antara kalium
manganat(VII) dengan asid hidroklorik pekat. 

2KMnO4 + 16HCl → 2KCl + 2MnCl2 + 5Cl2 + 8H2O


Bromin + Ferum
3Br2 + 2Fe → 2FeBr3
Pemerhatian:
Wul besi membara dengan terang dan kurang cergas. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:
Bromin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) bromida.

Iodin + Ferum
3I2 + 2Fe → 2FeI3
Pemerhatian:
Wul besi membara dengan perlahan-lahan. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:
Iodin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) bromida.

Nota:

1. Halogen ialah unsur bukan logam yang reaktif. Ia bertindak dengan kebanyakan logam
membentuk garam.
2. Keraktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan dalam jadual berkala.

3.

4. Gas klorin dan wap bromin adalah beracun. Gas klorin atau wap bromin yang berlebihan
dibiarkan diserap oleh soda kapur supaya tidak terlepas ke sekeliling.

5. Wul besi digunakan tetapi bukan ketulan besi untuk meningkatkan kadar tindak balas.

 Klorin + Ferum

3Cl2 + 2Fe → 2FeCl3


Pemerhatian:
Wul besi menyala dengan terang dan cergas. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:
1. Klorin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) klorida yang berwarna perang. 
2. Gas klorin yang digunakan dalam tindak balas ini di hasilkan oleh tindak balas di antara kalium
manganat(VII) dengan asid hidroklorik pekat. 

2KMnO4 + 16HCl → 2KCl + 2MnCl2 + 5Cl2 + 8H2O


Bromin + Ferum

3Br2 + 2Fe → 2FeBr3


Pemerhatian:
Wul besi membara dengan terang dan kurang cergas. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:
Bromin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) bromida.

Iodin + Ferum
3I2 + 2Fe → 2FeI3
Pemerhatian:
Wul besi membara dengan perlahan-lahan. Pepejal perang terhasil.

Perbincangan:
Iodin bertindak dengan ferum membentuk garam ferum(III) bromida.

Nota:

1. Halogen ialah unsur bukan logam yang reaktif. Ia bertindak dengan kebanyakan logam
membentuk garam.
2. Keraktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan dalam jadual berkala.

3.

4. Gas klorin dan wap bromin adalah beracun. Gas klorin atau wap bromin yang berlebihan
dibiarkan diserap oleh soda kapur supaya tidak terlepas ke sekeliling.

5. Wul besi digunakan tetapi bukan ketulan besi untuk meningkatkan kadar tindak balas.

Halogen Bertindak Dengan Air


Klorin + Air

Cl2 + 2H2O → HCl + HOCl


Pemerhatian:
1. Gas kuning kehijauan terlarut dengan cepat menghasilkan larutan kuning muda.
2. Larutan kuning muda itu menukarkan kertas litmus biru kepada merah dan kemudian
melunturkannya.

Perbincangan:
1. Larutan yang terbentuk bersifat asid dan mengandungi agen peluntur.
2. Asid hipoklorus(I) ialah agen peluntur yang kuat. Ia boleh melunturkan warna kertas litmus..

Bromin + Air

Br2 + 2H2O → HBr + HOBr


Pemerhatian:
1. Cecair merah terlarut dengan perlahan-lahan menghasilkan larutan kuning keperangan.
2. Larutan yang terhasil menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah dan kemudian
melunturkannya.

Perbincangan:
Asid hipobromus(I) ialah agen peluntur yang lemah.

Iodin + Air

I2 + 2H2O → HI + HOI
Pemerhatian:
1. Sangat sedikit pepejal perang kehitaman terlarut dengan perlahan-lahan menghasilkan larutan
kuning muda.
2. Larutan yang terhasil tindak mengubahkan warna kertas litmus biru.

Perbincangan:
Asid hipoiodus merupakan agen peluntur yang sangat lemah.
Nota:

1. Klorin, bromin dan iodin terlarut di dalam air untuk membentuk larutan berasid.
2. Keterlaruta halogan bertambah apabila menuruni kumpulan.

3. Larutan klorin dan bromin akueus merupakan agen peluntur.

4. Larutan iodin akueus ialah agen peluntur yang sangat lemah. 

5. Gas klorin boleh dihasilkan melalui tindak balas berikut:

2KMnO4 + 16HCl → 2KCl + 2MnCl2 + 5Cl2 + 8H2O

Halogen Bertindak Dengan Natrium Hidroksida

Klorin + Natrium Hidroksida

Cl2 + 2NaOH → 2NaCl + 2NaOCl


Pemerhatian:
Gas kuning kehijauan terlarut dengan cepat untuk menghasilkan larutan tidak berwarna.

Perbincangan:
Gas klorin bertindak dengan natrium hidroksida membentuk garam natrium klorida, natrium klorat(I)
dan air.

Bromin + Natrium Hidroksida

Br2 + 2NaOH → 2NaBr + 2NaOBr


Pemerhatian:
Cecair merah terluntur dengan sederhana cepat dan satu larutan hampir tak berwarna terhasil.

Perbincangan:
1. Cecair bromin bertindak dengan natrium hidroksida membentuk garam natrium bromida,
natrium bromat(I) dan air.
2. Tindak balas ini kurang reaktif berbanding dengan klorin.

Iodin + Natrium Hidroksida

I2 + 2NaOH → 2NaI + 2NaOI


Pemerhatian:
Pepejal ungu kehitaman terlarut dengan perlahan-lahan dan satu larutan hampir tidak berwarna
terhasil.

Perbincangan:
1. Pepajal iodin bertindak perlahan-lahan dengan natrium hidroksida membentuk garam natrium
iodida, natrium iodat(I) dan air.
2. Tindak balas ini adalah paling kurang reaktif berbanding dengan bromin dan iodin.

Langkah Berjaga-jaga

1. Fluorin, klorin dan juga bromin ialah gas beracun.


2. Oleh itu, eksperimen yang melibatkan gas-gas ini mesti dilakukan di dalam kebuk wasap.

Penerangan Perbezaan Kereaktifan Haolgen

Kereaktifan halogen berkurang apabila menuruni kumpulan.

Peperangan
1. Susunan elektron: semua atom halogen mempunyai 7 elektron di petala terluar.
2. Untuk mencapai konfigurasi gas adi yang stabil, halogen menerima satu elektron dari
luar.
3. Kereaktifan bergantung kepada kesenangan atom menerima elektron.
4. Apabila menuruni kumpulan, saiz atom semakin bertambah. Dengan ini, elektron valens
semakin jauh dari nukleus.
5. Oleh yang demikian, tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah.
6. Oleh itu kecenderungan atom halogen untuk menerima satu elektron lagi untuk
melengkapkan susunan oktet berkurangan daripada fluorin kepada astetin.
7. Maka kereaktifan semakin berkurang apabila menuruni kumpulan.

Perubahan Fizik Merentasi Kala

Terdapat beberapa perubahan fizik yang ketara merentasi kala dari kiri ke kanan. Contohnya
a. perubahan keadaan fizik daripada pepejal ke pada gas
b. perubahan saiz atom.

Keadaan Fizik
1. Rajah di atas menunjukkan keadaan fizik bagi unsur-unsur dalam kala ke-2 dan ke-3.
2. Didapati bahawa keadaan fizik unsur-unsur dalam kala ke-2 dan ke-3 berubah daripada
pepejal kepada gas.
3. Logam di sebelah kiri adalah pepejal dan bukan logam di sebelah kanan kebanyakannya
adalah gas.

Saiz atom

1. Rajah di atas menunjukkan perubhan saiz atom bagi kala ke-2 dan ke-3.
2. Didapati bahawa saiz atom berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan. Ini
adalah kerana
a. Apabila merentasi kala ke-2 dan ke-3 dari kiri ke kanan, bilangan elektron
semakin bertambah dalam petala ke-3.
b. Pada masa yang sama, bilangan proton juga bertambah.
c. Dengan ini, cas di dalam nukleus juga bertambah. Maka tarikannya terhadap
elektronnya juga bertambah.
d. Oleh itu, saiz atom semakin berkurang apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.
3. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan saiz atom bagi unsur-unsur dalam jadual
berkala. Kita dapat membuat kesimpulan bahawa
a. saiz atom bertambah apabila menuruni kumpulan
b. saiz atom berkurang apabila merentasi kala.
c. tiada perubahan ketara bagi saiz atom unsur-unsur peralihan apabila merentasi
kala.

Perubahan Kimia Merentasi Kala

Terdapat perubahan kimia yang beransur-ansur dari kiri ke kanan merentasi kala. Contohnya:

a. Keasidan (atau kebesan) oksida unsur berubah merentasi kala


b. Ciri logam unsur juga berubah merentasi kala

c. keelktronegatifan juga berubah dari kiri ke kanan

Oksida Asid dan Oksida Bes

1. Oksida bes adalah oksida logam yang boleh bertindak balas dengan asid membentuk garam dan
air.
2. Oksida asid adalah oksida bukan logam yang boleh bertindak balas dengan alkali membentuk
garam dan air.

3. Oksida amfoterik adalah oksida yang boleh bertindak balas dengan asid dan alkali untuk
membentuk garam dan air .

4. Dari kiri ke kanan merentasi kala, oksida unsur berubah daripada oksida bes (oksida logam,
contohnya Na2O ) ke oksida asid (oksida bukan logam, contohnya SO 2).
Logam, Separuh Logam dan Bukan Logam

1. Apabila merentasi kala daripada kiri ke kanan, unsur-unsur berubah daripada logam kepada
bukan logam.
2. Terdapat juga 7 unsur di dalam Jadual Berkala digolongkan sebagai separuh logam.

3. Unsur-unsur logam biasanya terletak di sebelah kri Jadual berkala manakala unsur-unsur bukan
logam terletak di sebelah kanan.

4. Unsur-unsur separuh logam biasanya terletak di antara logam dan bukan logam dalam satu kala.

Kegunaan Separuh Logam


1. Unsur-unsur separuh logam yang paling lazim digunakan di dalam industri ialah silikon dan
germanium.
2. Ia digunakan untuk membuat diod dan transistor dalam industri elektronik.

Electronegativity

1. Keelektronegatifan suatu unsur ialah suatu ukuran kebolehan atom unsur itu untuk menarik
elektron ke arahnya dalam suatu molekul.
2. Unsur-unsur logam mempunyai keelektronegatifan yang rendah manakala unsur-unsur bukan
logam mempunyai keelektronegatifan yang tinggi.

3. Keelektronegatifan bagi unsur semakin bertambah apabila merentasi suatu kala dari kiri ke
kanan.

4. Ini adalah kerana apabila merentasi kala 

a. cas positif semakin bertambah.

b. Maka kekuatan nukleus atom untuk menarik elektron turut bertambah

c. Dengan ini keelektronegatifan bertambah.

You might also like