You are on page 1of 4

7/23/2020 Kitar semula - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Kitar semula

Simbol kitar semula

Pusat kitar semula di Johor, Malaysia.

Kitar semula ialah proses bahan buangan untuk menghasilkan barangan baharu supaya boleh
digunakan lagi. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
bahan mentah baru, membangun penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau berbanding penghasilan taik baru dari bahan mentah.[1][2] Kitar semula adalah
komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi
"Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan
elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan
biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar
semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau
dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi
pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi
bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas
pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan
keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau
bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula 1/4
7/23/2020 Kitar semula - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

(contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran
rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari
komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa
dari pelbagai bahan).

Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar
berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan
lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa
kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan mengurangkan (dan
melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga kerja yang dihasilkan
oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam
pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran baru; dan
bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian bahan
menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua tuduhan,
dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang berpanjangan.

Sejarah

Kitar semula awal



Kitar semula merupakan amalan biasa dalam sejarah manusia, dengan rekod penyokong seawal
Plato pada 400 BC. Semasa tempoh sumber kurang, kajian arkheologi bagi sampah silam
menunjukkan kurang buangan rumah (seperti abu, perkakasan rosak, dan tembikar)—
mencadangkan lebih banyak sampah dikitar semula disebabkan ketiadaan bahan baru.[3]

Dalam tempoh sebelum pengilangan, terdapat bukti serpihan gangsa dan logam lain dikutip di
Europah dan dicairkan kembali begi kegunaan berterusan.[4] Di Britain debu dan abu dari
pendiang kayu dan arang batu dikumpul oleh 'pengumpul sampah' dan di kitar bawah
("downcycling") sebagai bahan asas bagi penghasilan batu-bata. Punca utama bagi kitar semula
jenis ini adalah kelebihan ekonomi mendapatkan bahan suap stok kitar semula dan bukannya
bahan baru, termasuk juga mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat
dengan penduduk.[3] Pada tahun 1813, Benjamin Law membangunkan proses menukar perca
kain menjadi benang shoddy dan mungo wool di Batley, Yorkshire. Bahan ini merupakan
gabungan fiber kitar semula dengan benang dara. Industri shoddy Yorkshire Barat di bandar
seperti Batley dan Dewsbury, berakhir dari seawal abad ke-19 hingga Perang Dunia Pertama.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula 2/4
7/23/2020 Kitar semula - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Gambar publisiti bagi kempen guna


semula aluminium Amerika Syarikat,
1942

Kitar semula masa perang



Kekurangan sumber disebabkan oleh Perang Dunia, dan kejadian menukar dunia lain
menggalakkan kitar semula.[5] Kempen promosi besar-besaran kerajaan dilakukan semasa
Perang Dunia Kedua disemua negara terbabit dalam perang, mendorong warga negara
menderma logam dan mengurangkan fiber, sebagai sumbangan patriotik besar yang penting.
Program pengekalan sumber ditubuhkan semasa perang diteruskan di sesetengah negara tanpa
sumber mentah semulajadi, seperti Jepun, selepas perang berakhir.

Lihat juga

Guna semula

Rujukan

1. PM Advisor hails recycling as climate change action "Lets recycle" Periksa |url= value
(bantuan). Dicapai pada 2006-11-08.

2. The League of Women Voters (1993). The Garbage Primer. New York: Lyons & Burford.
halaman 35–72. ISBN 1558218507 Periksa nilai |isbn= value: checksum (bantuan).

3. Black Dog Publishing (2006). Recycle : a source book. London, UK: Black Dog Publishing.
ISBN 1904772366.

4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan economisttruth tidak
disediakan

5. Out of the Garbage-Pail into the Fire: fuel bricks now added to the list of things salvaged by
science from the nation's waste, Popular Science monthly, February 1919, page 50-51,
Scanned by Google Books: http://books.google.com/books?
id=7igDAAAAMBAJ&pg=PA50

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula 3/4
7/23/2020 Kitar semula - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Sains alam sekitar

Ekologi | Geosains | Hidrologi | Sains atmosfera | Sains tanah|


Bidang berkait: Biologi | Ekonomi alam sekitar | Etika alam sekitar | Fizik | Kimia alam sekitar |
Reka bentuk alam sekitar | Undang-undang alam sekitar
Kemampanan | Pengurusan sisa

Teknologi alam sekitar

Biologi pemuliharaan - Etika pemuliharaan - Keabadian tenaga - Kitar semula - Pemulihan


bahan cemar - Pemuliharaan - Pengurusan sisa - Pembersihan air - Rawatan kumbahan -
Tenaga boleh baharu

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula 4/4

You might also like