You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan

Maksud sains dan teknologi mengikut kamus dewan ialah sains bermaksud ilmu pengetahuan
yang teratur dan dapat dibuktikan kebenaranya. Sains juga bermaksud cabang ilmu pengetahuan
yang berdasarkan kenyataan semata-mata seperti kimia,fizik. Manakala sosial cabang ilmu
mengenai masyrakat yang merangkumi aspek ekonomi, politik, psikologi, antropologi dan
sbagainya. Sumber tersebut diperoleh daripada Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua. Selain itu,
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur
(sistematik) yang boleh diuji dan boleh dibuktikan kebenarannya.
Teknologi dianngap sebagai peranan sains dalam pengertian bahawa penerapan itu
menunjukkan perbuatan atau kewujudan sesuatu (Kamus Dewan 2017). Teknologi merupakan
keterampilan manisdiamengunakan sumber alam untuk menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi dalam kehidupan. Secara umum teknologi merupakan suatu sistem penggunaan
pelbagai guna yang tersedia untuk mencapai tujuan-tujuan ditentukan.
Perubatan juga mempunyai maksud yang sama dengan rawatan iaitu jagaan atau usaha
yang dilakukan ketika merawat yang memberi kesan yang sungguh menyenangkan. Sebagai
contoh, untuk menjaga kesihatan dan kecantikan muka kita seharusnya mencuci muka,menyapu
krim mengurut muka dengan cara yang betul dan sebagainya. Terapi,rawatan dan penjagaan
yang bersungguh-sungguh dan berterusan terhadap seseorang pesakit yang berada dalam keadaan
tenat biasanya ditempatkan dalam bilik khas dan diberikan rawatan yang secukupnya.
Sains dan teknologi perubatan adalah sangat penting hal ini kerana allah telah
menurunkan penyakit dan penawar,dan setiap penyakit mempunyai penawarnya,maka rawatlah
penyakit itu tetapi jangalah menggunakan perkara yang haram. Pelbagai penyakit boleh dirawat
dengan mengambil ubat-ubatan. Definisi ubat-ubatan ubat ialah sejenis dadah atau bahan yang
diambil untuk menggunkan simtom atau mengubat sakit. Dadah dan ubat adalah berbeza, ini
adalah kerana ubat tidak memberi kesan sampingan manakala dadah memberi kesan berbahaya
yang memberikan kesan yang berkekalan sebagai satu tabiat. Ubat-ubatan boleh dikategorikan
dalam dua jenis iaitu ubat terkawal dan ubat am. Semua jenis dadah memberi kesan mendalam
terhadap otak dan minda seseorang.
Pada masa ini, ramai penduduk yang menghadapi penyakit kencing manis atau diabetes.
Pengurusi Eksekutif Intitusi Diabetes Kebangsaan (NADI), Datuk Dr Mustaffa Embong,berkata
kira-kira 2.5 juta orang dewasa di atas menghidap Malaysia berusia 18 tahun ke atas mengidapi
penyakit diabetes dan stastistik dalam rekod NADI menunjukkan hampir separuh daripda rakyat
negara ini tidak sedar mereka menghidap kencing manis.
Stastitik ini menunjukkan malaysia antara negara yang menunjukkan angka tertinggi di
dunia dan Asia mempunyai penyakit diabetes. Lebih membimbangkan, dijangka tujuh juta rakyat
malaysia berkemungkinan menghidap diabetes menjelang tahun 2025. Persatuan Diabetes
Antarabangsa (PDA) menerusi kempen Hari Diabetes Sedunia 2019 betema keluaraga dan
diabetes berusaha meninngkatkan kesedaran mengenai kesan diabetes dan menekankan peranan
keluarga dalam pengurusan, penjagaan, pencegaran dan pendidikan.
Projek perintis yang dilancarkan tahun ini membabitkan 1000 pesakit dan ahli keluarga
yang tinggal di Puterajaya. Mereka dipilih daripda empat klinik kesihatan di sana. Menerut ketua
Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chaw Min, pesakit dan ahli keluarga terpilih akan mengikut
latiahn merangkumi empat komponen utama. Mereka akan didedahkan teknik pengurusan
diabetes selama setahun bermula bulan ini sehingga November tahun depan.
Secara umumnya penyakit diabetes dikategorikan kepada tiga iaitu diabetes pertama,
diabetes kedua dan diabetes gestasi. Penyakit diabetes dikenali sebagai diabetes bersandar insulin
(IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis 1
dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap
diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.
Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan
suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes kedua pula ialah boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan
senditiviti tisu badan terhadap insulin) atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis
II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara
pemantauan pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat
secara makan/ suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya
pengambilan ubat secata makan kuraang berkesan atau memberi kesan kepada pesakit).
Diabetes gestasi pula ialah diabetes yang dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetes
gestasi adalah mirip diabetes jenis kedua disebabkan ketika kehamilan insulin yang diperlukan
oleh wanita hamil adalah lebih untuk keperluan bayinya. Jika badan tidak mampu untuk
menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan
mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.
Tanda-tanda diabetes yang tidak dirawat ialah penurunan berat badan, polyuria (kerap
buang air kecil), polydipsia (peningkatan dahaga), dan polyphagia (peningkatan kelaparan).
Gejala boleh berkembang dengan cepat (minggu atau bulan) dalam jenis 1 DM, manakala
mereka biasanya membangunkan lebih pelahan dan mungkin tidak ketara atau tidak hadir dalam
jenis 2 DM.
Beberapa tanda dan gejala lain boleh menandakan bermulanya diabetes walaupun mereka
tidak khusus kepada penyakit ini. Sebagai tambahan kepada orang-orang yang dikenali di atas,,
mereka termasuk penglihatan kabur, sakit kepala, keletihan, luka lambat sembuh, dan kulit gatal.
Berpanjangan glukosa darah tinggi boleh menyebabkan penyerapan glukosa dalam kanta mata,
yang membawa kepada perubahan dalam bentuknya, menyebabkan perubahan penglihatan.
Beberapa ruam kulit yang boleh berlaku dalam penyakit kencing manis secara kolektif dikenali
sebagai kencing manis dermadom.
Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana pengkaji telah mendapat banyak
pengetahuan tentang penyakit diabetes. Pengkaji dapat mengenal pasti bilangan penduduk dan
umur yang menghidap penyakit kencing manis di Jengka 19 Temerloh, Pahang. Pengkaji juga
dapat mengenal pasti punca penduduk tempatan menghidap penyakit kencing manis di Jengka 19
Termeloh, Pahang. Dan akhir sekali mengkaji kaedah rawatan yang diambil untuk mengatasi
masalah kencing manis di Jengka 19, Temerloh Pahang.

You might also like