You are on page 1of 1

PERSATUAN BADMINTON

SMK (LKTP) JENGKA 16, JALAN UTAMA


26400 BANDAR TUN ABD RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR

Tarikh: 06 Februari 2018

Yang Di Pertua PIBG


SMK (LKTP) Jengka 16, Jalan Utama
26400 BANDAR TUN ABD RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBIAYAAN LATIHAN DAN KEJOHANAN BADMINTON MSSD


MARAN 2018
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu saya memohon sumbangan bagi tujuan di atas yang akan diadakan pada
12 hingga 14 Februari, 2018 di SMK Jengka Pusat. Butiran tuntutan adalah seperti berikut:

2.1 Sesi Latihan

Sewa Dewan J16 = RM 15 x 8 hari RM120.00


Bulu Tangkis = RM 34 x 2 RM 68.00
Minuman Pelajar = RM 10 x 2 RM 20.00

2.2 Sesi Kejohanan

Yuran Kejohanan = RM 50 RM 50.00


Bulu Tangkis = RM 34 x 2 RM 68.00
Minuman Pelajar = RM 10 x 2 RM 20.00
Makan Pelajar = RM 7 x 8 orang x 2 hari RM112.00
Tambang Pelajar = RM 4 x 8 orang x 2 hari RM 64.00
JUMLAH RM522.00

3. Sumbangan ini sangat diperlukan kerana Peruntukan Tahunan Kementerian Pendidikan masih
belum disalurkan lagi kepada semua sekolah. Selain daripada itu juga, posisi Penolong Kanan
KoKurikulum masih belum diisi serta pembantu tadbir yang menguruskan hal kewangan sedang cuti
bersalin. Ketiadaan dua individu penting ini maka segala urusan kewangan sekolah tergendala seketika.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Segala kerjasama yang diberikan saya dahului dengan
ucapan terima kasih

“BERKHIDMAT PRODUKTIF GIGIH”

……………………………………………
(NURUL HUDA BINTI ISMAIL)
Ketua Penasihat Persatuan Badminton
SMK (LKTP) Jengka 16

You might also like