You are on page 1of 3

Mohd Zaidi bin Ramli

SK Chalok,
21450 Setiu, Terengganu.
_______________________________________________________________________

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia  
Aras 3 & 4 Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya. 11 NOVEMBER 2014

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN KELULUSAN PERTUKARAN KE PPD BESUT SESI JANUARI


2015

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Zaidi bin Ramli, guru di SK Chalok, Setiu dengan major
opsyen Matematik dan minor opsyen BI dan PJK ingin membuat rayuan agar pihak tuan
meluluskan permohonan pertukaran ke PPD Besut. Saya telah menghantar borang permohonan
melalui e-G Tukar baru-baru ini tetapi tidak berjaya.

2. Sehubungan itu, saya mengemukakan rayuan permohonan atas sebab-sebab berikut;-

2.1 Telah lama berkhidmat di SK Chalok iaitu selama 7 tahun dan memenuhi syarat
perkhidmatan untuk perpindahan. 

2.2  Ingin berkhidmat di tempat dan suasana persekitaran kerja yang baru.

2.3 Telah membeli rumah di daerah Besut.

2.4 Ingin mengurangkan kos perbelanjaan kerana terpaksa membayar pinjaman


perumahan bank dan juga membayar sewa rumah setiap bulan serta pinjaman kenderaan
yang mana hanya saya seorang sahaja yang bekerja bagi menyara keluarga.

2.5 Mengalami masalah kesihatan yang memerlukan saya untuk berulang alik ke HUSM
Kubang Kerian setiap beberapa bulan sekali secara berkala bagi rawatan susulan kerana
pembedahan disebabkan penyakit 'Anorektal Fistula'. Pembedahan dilakukan pada
12.2.2014 yang lalu.
3. Bersama-sama surat ini saya kepilkan borang permohonan dan dokumen sokongan untuk
rujukan pihak tuan.
4. Saya benar-benar mahukan pengertian dan belas kasihan dari pihak tuan. Saya berharap
pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini sewajarnya. Kerjasama dan
tindakan dari pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………..
(MOHD ZAIDI BIN RAMLI)
Guru Siswazah DG41,
SK Chalok, Setiu, Terengganu.

S.k Jabatan Pendidkan Negeri Terengganu


Pejabat Pendidikan Daerah Setiu

You might also like