Professional Documents
Culture Documents
JAWAPAN LATIHAN MENUKARKAN Ayat Pasif Ke Aktif
JAWAPAN LATIHAN MENUKARKAN Ayat Pasif Ke Aktif
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
11. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini kami hargai
dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
Kami menghargai segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar
ini dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.
12. Dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu dicantas oleh
beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya.
Beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya mencantas dahan-dahan pokok yang
menghalang laluan kenderaan berat itu.
13. Untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat berbagai-bagai cara telah
dilakukan oleh kerajaan.
Kerajaan telah melakukan berbagai-bagai cara untuk membanteras kemiskinan dalam
kalangan rakyat.
14. Kadar faedah yang tinggi ditawarkan oleh syarikat itu kepada pelabur yang ingin
melabur
dalam projek yang dijalankan itu.
Syarikat itu menawarkan kadar faedah yang tinggi kepada pelabur yang ingin melabur
dalam projek yang dijalankan itu.
15. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu digilapnya sehingga
berkilat.
Dia menggilap barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu sehingga
berkilat.
16. Orang ramai telah diperingatkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri agar
menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengingatkan orang ramai agar menjelaskan cukai
pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.
17. Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk
menghapuskan kegiatan cetak rompak .
Kerajaan menyeru masyarakat agar berganding bahu dengan mereka untuk
menghapuskan kegiatan cetak rompak .
18. Lagu-lagu kegemaran pendengar selalu disiarkan oleh juruhebah kesukaan ramai
itu sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang
menggalakkan.
Juruhebah kesukaan ramai itu selalu menyiarkan lagu-lagu kegemaran pendengar
sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang
menggalakkan.
19. Ahmad diisytiharkan oleh Canselor Universiti Teknologi Malaysia sebagai Graduan
Terbaik Fakulti Kejuruteraan.
Canselor Universiti Teknologi Malaysia mengisytiharkan Ahmad sebagai Graduan
Terbaik Fakulti Kejuruteraan.
20. Segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan
itu dipandang sepi oleh jawatankuasa pertandingan wau itu.
Jawatankuasa pertandingan wau itu memandang sepi segala aduan dan rasa tidak
puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu.