You are on page 1of 13

TEKS JURUACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH BINTANG PUTRA TERBILANG


TAHUN 2019

SMK BANDAR PUTRA


AKSARA PENGACARA MAJLIS: CIKGU SALMAH
ATUR CARA MAJLIS ANUGERAH BINTANG PUTRA TERBILANG
TAHUN 2019
7.30 pagi : Murid berkumpul di depan astaka
8.00 pagi : Penerima anugerah dan murid disusun di dalam dewan /Persiapan
Gerai Keusahawanan /Pertandingan
9.00 pagi : Ketibaan tetamu kehormat
: Sesi bergambar/ Pohon Kasih
: Lawatan ke tapak gerai / pameran
: Pertandingan bermula
9.45 pagi : Pergerakan masuk tetamu kehormat ke dalam dewan
: Persembahan silat
: Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah
: Persembahan Murid (Koir)
: Persembahan Murid (Tarian)
: Bacaan doa
: Ucapan Pengetua SMK Bandar Putra : Tn Hj Anuar bin Jais
: Ucapan Perasmian oleh : Prof. Madya Dr Mahani binti Mokhtar
(YDP PIBG SMK BANDAR PUTRA)
: Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kurikulum dan Pentadbiran
: Persembahan Murid (Nyanyian Solo)
: Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid
: Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
: Persembahan Murid (Medley – Pandu Puteri)
: Penyampaian Anugerah Khas Pengetua
: Penyampaian Anugerah Bintang Putra Terbilang 2019
: Nyanyian Lagu Negaraku
12.00 tgh : Majlis anugerah tamat
: Jamuan
: Gerai jualan dan pertandingan diteruskan
2.00 ptg : Sesi mengemas dan membersihkan tapak gerai dan dewan
3.00 ptg : bersurai
TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH BINTANG PUTRA TERBILANG

SSEABPT2019 1
TAHUN 2019
AGENDA ISI TEKS
[PENGUMUMAN AWAL SEBELUM MAJLIS]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

1. MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI. SEPANJANG MAJLIS


BERLANGSUNG MOHON KERJASAMA DIF-DIF JEMPUTAN SERTA
HADIRIN-HADIRAT SEKALIAN UNTUK MEMATIKAN TELEFON BIMBIT
ATAU MENUKARKAN KEPADA MOD SENYAP.

2. DIPOHON JUGA HADIRIN-HADIRAT BERDIRI SEMASA KETIBAAN


TETAMU KEHORMAT YANG BERUSAHA PROF. MADYA DR. MAHANI
BINTI MOKHTAR, YANG DIPERTUA PIBG SMK BANDAR PUTRA.

3. HADIRIN JUGA DIMOHON TERUS BERDIRI SEMASA KETIBAAN


TETAMU DAN BARISAN PENTADBIR UNTUK MENYANYIKAN LAGU
BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH.

*********************************************************************
PERGERAKAN [PENGUMUMAN KETIBAAN]
MASUK TETAMU HADIRIN DIMINTA BERDIRI BAGI MENYAMBUT KETIBAAN TETAMU
KEHORMAT KE KEHORMAT.
DALAM DEWAN
MENGUMUMKAN KETIBAAN
( AINUR ) YANG BERUSAHA PROF. MADYA DR. MAHANI BINTI MOKHTAR, YANG
DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK BANDAR PUTRA
DIIRINGI OLEH

YANG BERUSAHA,
TUAN HAJI ANUAR BIN JAIS, PENGETUA SMK BANDAR PUTRA,
SERTA DIF-DIF KEHORMAT.

PERSEMBAHAN SILAT [DI PINTU MASUK DEWAN]

Nyanyian NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH


(Tidak perlu [JURUACARA TIDAK PERLU SEBUT]
diumumkan)

( AINUR ) Hadirin dipersilakan duduk.

PERSEMBAHAN MURID ( KOIR )


[JURUACARA TIDAK PERLU SEBUT]

PERSEMBAHAN MURID ( TARIAN )


[JURUACARA TIDAK PERLU SEBUT]

Demikianlah tadi persembahan daripada Pasukan Koir dengan nyanyian lagu Jalur
Gemilang yang dipimpin oleh saudari Sim Tong En dan Pasukan Tarian Keseniaan dan
SSEABPT2019 2
Kebudayaan SMK Bandar Putra dengan tarian “Overture Dia Datang” dan “Joget
Kereta Lembu”. Majlis mengucapkan syabas dan terima kasih atas persembahan yang
dipersembahkan sebentar tadi. Buat pengetahuan hadirin sekalian, Pasukan Koir SMK
Bandar Putra telah berjaya memenangi Naib Johan dan wang tunai berjumlah RM1000
bagi Pertandingan Koir Mutiara Daksina Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor
bersempena dengan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan dan Sambutan Hari
Kebangsaan Malaysia Ke-62 pada 16 September yang lalu.
Berikan satu tepukan gemuruh kepada Pasukan Koir SMK Bandar Putra ini.

[JURUACARA MULA BACA TEKS APABILA WARGA DEWAN TELAH


SENYAP]
Ucapan Selamat
datang Bismillahirohmanirohim
Assalamualaikum WBT dan
Salam Sejahtera,
( AINUR )
Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mahani binti Mokhtar, Yang Dipertua PIBG SMK
Bandar Putra.

Yang Berusaha Tn. Hj. Anuar bin Jais, Pengetua, SMK Bandar Putra,

Yang Dihormati Puan Norazzah binti Misban, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan
Pentadbiran, SMK Bandar Putra,

Guru-Guru Penolong Kanan,

Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran,

Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Bintang Putra Terbilang 2019,

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

Warga pendidik SMK Bandar Putra, ibu bapa, penerima-penerima anugerah, murid-
murid serta hadirin yang dihormati sekalian.

( AINUR )
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di
Dewan Perdana Putra yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Bintang
Putra Terbilang tahun 2019. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih
kepada tetamu kehormat Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mahani binti Mokhtar, dan
para hadirin kerana sudi hadir ke majlis Anugerah Bintang Putra Terbilang SMK
Bandar Putra bagi tahun ini.

Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat
sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan lebih bermakna dan
berseri.

SSEABPT2019 3
Bacaan doa Bagi memulakan dan memberkati majlis, marilah kita menadah tangan dan bermunajat
memohon berkat agar majlis pada pagi ini mendapat rahmat. Untuk itu majlis dengan
( AMANDA ) segala hormatnya menjemput Ustaz Ariffin bin Zakaria untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

[Setelah Selesai Bacaan doa]

Amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Ustaz Ariffin bin Zakaria, atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga
dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala hasrat yang direncana.
Insha’Allah.

Ucapan Pengetua Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Tanah Jawa,
( AMANDA ) Ucapan Aluan pembuka bicara,
Di Dewan Perdana Putra kita bersua.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memulakan persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Tn. Hj. Anuar bin Jais, Pengetua SMK Bandar Putra untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

### ucapan ###


( AINUR ) Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Anuar bin Jais, Pengetua SMK
Bandar Putra atas ucapan beliau itu tadi. Semoga kata-kata yang telah disampaikan
sebentar tadi dapat dijadikan panduan dan renungan kita bersama.

Ucapan tetamu Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


kehormat
Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa
( AINUR ) Di sini ada ibu bapa prihatin penuh dijiwa
Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asa
Di sini ada pengetua yang berjasa
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Beruasaha Prof. Madya Dr. Mahani binti Mokhtar, untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Bintang Putra Terbilang 2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

#########ucapan#########

Penyampaian Majlis dengan penuh takzim merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
Anugerah atas kesudian Yang Berusaha Prof. Madya menyampaikan ucapan seterusnya
Kecemerlangan merasmikan majlis anugerah cemerlang ini. Mohon Yang Berusaha Prof. Madya Dr.
Kurikulum dan Mahani untuk terus berada di atas pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian
SSEABPT2019 4
Pentadbiran Anugerah Kecemerlangan Kurikulum dan Pentadbiran. Majlis juga mempersilakan
Tahun 2019 Tuan Pengetua Tn. Hj. Anuar bin Jais bagi mengiringi Yang Berusaha Prof. Madya.
Dipersilakan tuan.

Penyampaian anugerah dimulakan dengan ANUGERAH KATEGORI PENCAPAIAN


UNIT KURIKULUM PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2018.
( AMANDA )
Dipersilakan penerima anugerah
[RUJUK SENARAI NAMA #1 HINGGA #44
1…………………………..
.
.
.
44 ………………………....

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH KATEGORI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PT3 2018
Dipersilakan penerima anugerah
[RUJUK SENARAI NAMA #45 HINGGA #47
45…………………………...
.
.
.
47 ………………………...
Majlis diteruskan dengan penyampaian ….
ANUGERAH KATEGORI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
TAHUN 2019
[RUJUK SENARAI NAMA #48 HINGGA #66
48…………………………...
.
.
.
66 ………………………...

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH KATEGORI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN TINGKATAN 4 2019
[RUJUK SENARAI NAMA #67 HINGGA #73
67…………………………...
.
.
.
73 ………………………...

( AINUR ) Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH KATEGORI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN TINGKATAN 3 2019
[RUJUK SENARAI NAMA #74 HINGGA #95
74…………………………...
.
SSEABPT2019 5
.
.
95 ………………………...

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


( AINUR ) ANUGERAH KATEGORI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN TINGKATAN 2 2019
[RUJUK SENARAI NAMA #96 HINGGA #115
96…………………………...
.
.
115 ………………………...

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH KATEGORI PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN TINGKATAN 1 2019
[RUJUK SENARAI NAMA #116 HINGGA #126
116…………………………...
.
.
126 ………………………......

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sesungguhnya dalam mengemudi segumpal cita dan harapan ibu bapa demi kejayaan
anak-anak didik, para guru sering berhadapan dengan cabaran, namun tidak pernah
alpa terus berusaha memberi yang terbaik demi kecemerlangan anak didik Putra
Terbilang.

Sebagai penghargaan atas bakti yang dicurahkan buat anak-anak didik yang dikasihi,
majlis diteruskan dengan penyampaian ….
ANUGERAH PENCAPAIAN KECEMERLANGAN KURIKULUM DAN
PENTADBIRAN DALAM PEPERIKSAAN AWAM 2018 - KATEGORI GURU
[RUJUK SENARAI NAMA #127 HINGGA #162
127…………………………...
.
.
162 ………………………......

Majlis dengan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Prof.
Madya Dr. Mahani binti Mokhtar atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para
penerima anugerah itu tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati sekalian,


PELAJAR
Awan bersua citra berkisah,
( AMANDA ) Ukiran sukma kilauan kelisa,
Anugerah kurikulum diketahui sudah,
SSEABPT2019 6
Persembahan pelajar menyusul pula.

Majlis penyampaian anugerah berehat seketika bagi memberi laluan kepada


persembahan Nyanyian Solo. Untuk itu majlis dengan bangganya mempersilakan Faris
Mirza dari Kelas 3UIA dengan persembahan bertajuk “Warisan”. Hadirin sekalian,
sama-sama kita saksikan persembahan tersebut.
###PERSEMBAHAN NYANYIAN SOLO ###

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian


Anugerah Unit HEM
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal
( AMANDA ) Murid.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mahani
( AMANDA ) binti Mokhtar diiringi oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Anuar bin Jais, Pengetua SMK
Bandar Putra untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Hal
Ehwal Murid.
Dipersilakan.

Penyampaian anugerah didahului dengan ANUGERAH UNIT HEM PALING


CEMERLANG
Penerima anugerah ini ialah UNIT KESIHATAN

Dipersilakan
[RUJUK SENARAI NAMA HEM #1 HINGGA #9
1…………………………...
.
.
.
9 ………………………......

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH PENGURUSAN KELAS TERBAIK
Dipersilakan
[RUJUK SENARAI NAMA #10 HINGGA #14
10…………………………...
.
.
14 ………………………......

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH PERATUS KEHADIRAN KELAS TERBAIK SETIAP TINGKATAN
Dipersilakan
[RUJUK SENARAI NAMA #15 HINGGA #19
15…………………………...
.
.
SSEABPT2019 7
.
19 ……………………….......

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH MURID SAHSIAH CEMERLANG
Dipersilakan
[RUJUK SENARAI NAMA #21 HINGGA #22
21…………………………...
22 ………………………......

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH PENGAWAS CEMERLANG
Dipersilakan
[RUJUK SENARAI NAMA #22 HINGGA #26
22…………………………...
.
.
.
26 ………………………......

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH KEPIMPINAN KETUA TINGKATAN
Dipersilakan
[RUJUK SENARAI NAMA #27 HINGGA #31
27…………………………...
.
.
.
31 ………………………......

Majlis diteruskan dengan penyampaian ….


ANUGERAH KHAS KETUA MURID
Dipersilakan
[RUJUK SENARAI NAMA #32, #20
32…………………………...
20 ………………………......

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Kecemerlangan


Kurikulum dan Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid. Semoga dengan
penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat murid-murid untuk terus maju
dalam pelajaran seterusnya menjadi contoh teladan kepada murid-murid yang lain.

ANUGERAH Majlis Penyampaian Anugerah Bintang Putra Terbilang bagi tahun 2019 akan
KECEMERLANGAN diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum.
KOKURIKULUM
SSEABPT2019 8
Penyampaian anugerah didahului dengan ANUGERAH ………
Penerima anugerah ini ialah …….
( AINUR ) [RUJUK SENARAI NAMA KOKURIKULUM #1 HINGGA #42
#1-42 1 …………………………...
.
( AMANDA ) .
#43-110 .
.
( AINUR ) .
#111-140 .
.
( AMANDA ) .
#141-158 .
.
( AINUR ) .
#159-194 .
221 ………………………......
( AMANDA )
#195-221
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Prof. Madya Dr.
Mahani binti Mokhtar, atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima
( AMANDA ) anugerah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima Anugerah Kecemerlangan


Kokurikulum. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang
pada masa akan datang.

PERSEMBAHAN Buah bernama buah kuini,


MURID MEDLEY Jadi idaman orang pekan,
PANDU PUTERI Pencetus kedamaian irama harmoni,
Kumpulan Acapella kami tampilkan
( AINUR )
Hadirin yang dihormati sekalian,

Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan persembahan


daripada Pasukan Acapella Pandu Puteri SMK Bandar Putra yang akan membawakan
Lagu Medley.

Untuk itu majlis dengan bangganya mempersilakan.

###PERSEMBAHAN ACAPELLA ###

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.

ANUGERAH KHAS Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


PENGETUA
Majlis Penyampaian Anugerah Bintang Putra Terbilang bagi tahun 2019 akan
SSEABPT2019 9
( AMANDA ) diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Khas Pengetua.

Sekali lagi pihak majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Prof.
( AMANDA ) Madya Dr. Mahani binti Mokhtar, dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tn. Haji Anuar
bin Jais, Pengetua SMK Bandar Putra untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah
Khas Pengetua.
Dipersilakan.

Penyampaian anugerah didahului dengan ANUGERAH ………


Penerima anugerah ini ialah …….
[RUJUK SENARAI NAMA ANUGERAH KHAS PENGETUA #1 HINGGA #28
1 …………………………...
.
.
.
28 ………………………......

*********************************************************************
****
ANUGERAH Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Prof. Madya Dr.
BINTANG PUTRA Mahani binti Mokhtar atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para penerima
TERBILANG anugerah.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.
( AINUR )
Warga dewan yang dimuliakan,
Kini tibalah saat yang dinantikan, bagi acara kemuncak pada hari ini iaitu
penganugerahan Anugerah Tokoh Bintang Putra Terbilang 2019.

[Perarakan masuk Tokoh Bintang Putra Terbilang dengan paluan kompang]


[Muzik gamelan dimainkan ketika tokoh naik ke pentas]

Izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tokoh terlebih dahulu.

[RUJUK LAMPIRAN BIODATA TOKOH]

Tokoh ini dilahirkan pada 8 Ogos 2002.


Beliau merupakan cahaya mata kesayangan kepada pasangan Encik Tan Ying Chai dan
Puan Tan Mui Hiong.
Tokoh ini bercita-cita untuk menjadi seorang Jurutera Robotik dan mempunyai hobi
bermain badminton, rubriks cube, piano, dan reka cipta robot.

Visi tokoh ialah kehidupan berkualiti dan berbakti kepada negara.


Misi tokoh ialah ke arah modal insan yang cemerlang dalam pelbagai bidang, justeru,
tingkah laku dan budi pekerti tokoh amat disenangi oleh para guru dan rakan-rakan.

Tokoh ini sentiasa memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dalam setiap
peperiksaan. Antara pencapaian tokoh adalah:

SSEABPT2019 10
1. PERFECT SCORE (7A) PEPERIKSAAN UPSR 2014
( AINUR ) 2. PENCAPAIAN 8A 2B DALAM PEPERIKSAAN PT3 2017
3. PERFECT SCORE (3A+ 2A 5A-) DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
2019

Selain mempunyai pencapaian akademik yang tinggi, beliau juga bergiat aktif dalam
bidang kokurikulum.
Antara jawatan yang disandang olehnya ialah :-

1) TIMBALAN 1 BADAN PENGAWAS SEKOLAH


2) PENGERUSI KELAB BADMINTON
3) PENGERUSI KELAB REKA BENTUK TEKNOLOGI
4) SETIAUSAHA STUDENT LEADER`S BOARD SEKOLAH
5) AHLI DISTRICT STUDENT LEADER`S BOARD DAERAH KULAI
6) PENOLONG KETUA PASUKAN KOIR SEKOLAH
7) GURU MUDA FIZIK

[RUJUK LAMPIRAN PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM]


[FALSAFAH HIDUP]
( AMANDA ) *************************************************************
Pohon meranti sekah sedahan
Berapit pulasan bersama kuini
Debaran hati tidak tertahan
Menanti keputusan sehingga kini
( AINUR )
Hadirin Sekalian,
Tokoh Bintang Putra Terbilang tahun 2019 ialah

-----------------------------------------------

Bagi penyempurnaan penyampaian Anugerah Tokoh Bintang Putra Terbilang ini,


majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Prof. Madya Dr.
Mahani binti Mokhtar, dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Anuar bin Jais,
Pengetua SMK Bandar Putra.
Majlis mempersilakan.

[Tokoh dikalungkan dengan selimpang, menerima jambangan bunga, piala, sijil]


[Sesi fotografi tokoh bersama ibu bapa dan tetamu kehormat di atas pentas]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Prof.
Madya Dr. Mahani binti Mokhtar, kerana sudi menyampaikan hadiah kepada
penerima anugerah.
Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima anugerah.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh di hujung taman,
( AMANDA ) Kalungan budi junjungan kasih,

SSEABPT2019 11
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Sebagai tanda penghargaan, pihak majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Hj. Anuar
bin Jais, Pengetua SMK Bandar Putra untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mahani binti Mokhtar.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

### penyampaian cenderamata###

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Anuar bin Jais atas kesudian beliau
menyampaikan cenderamata itu tadi.

PENUTUP Asap api embun berderai,


( AINUR ) Patah galah berderai semalu,
Niat hati tak ingin bercerai,
Namun masa cemburu selalu.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Dengan itu, maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Sebelum majlis
melabuhkan tirai, kami mewakili Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Bintang
Putra Terbilang 2019 memohon kemaafan sepanjang majlis ini berlangsung. Yang baik
itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datang daripada kelemahan
kami sendiri. Majlis kita akan diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku.
Hadirin diminta berdiri.

Teks Juruacara Majlis Anugerah Bintang Putra Terbilang 2019.


©SSEABPT2019

SSEABPT2019 12

You might also like