You are on page 1of 3

ETIKA GURU PENGIRING

1. GP tahu tentang latarbelakang aktiviti yang akan berlangsung - Pemandu bukan penumpang.

2. GP mestilah menepati kota jantina pelajar yang terlibat (mengikut jantina pelajar) contoh, jika peserta 10
orang lelaki dan 1 orang peserta perempuan, GP yang terlibat adalah 1 orang GP Lelaki dan 1 orang GP
perempuan. Jika pelajar lelaki sedikit, GP boleh perempuan.

3. Ras ikut nisbah 5(M) : 3(C) : 2(I) (mengikut kesesuaian)

4. Pakaian GP dan pelajar, Seluar ‘jeans’ tidak dibenarkan sama sekali. Pakaian adalah mengikut pekeliling
berpakaian penjawat awam. Walau bagaimanapun, pakaian hendaklah bersesuaian dengan aktiviti yang
dianjurkan. Pakaian untuk aturcara rasmi (makan malam bersama VVIP/majlis penutup/majlis penyampaian
hadiah) adalah batik yang sesuai atau pakaian majlis rasmi (mengikut arahan pihak pengelola). Pakaian yang
menjolok mata adalah sangat dilarang.

5. Tatasusila peserta/pelajar yang menerima hadiah, pakaian adalah pakaian rasmi/mengikut arahan pengelola/
mengucapkan terima kasih kepada VVIP dan tidak menunjukkan tingkahlaku seperti menanggalkan kalungan
‘medal’ yang dikalungkan di leher.

6. Tidak boleh membuat kenyataan akhbar/tv dll. Kecuali dengan kebenaran pegawai terlibat.

7. Sentiasa mengutamakan semangat setia kawan dan tidak mementingkan diri sendiri.

8. Etika bantahan, lebih mengutamakan semangat setia kawan dan menerima keputusan hakim / pengadil yang
muktamad.

9. Etika pertuturan/sorakan, tidak melakukan provokasi/kata-kata lucah & kesat kepada peserta, guru, penonton
dan pihak pengelola.

10. Memberi penjelasan perkara yang boleh/tak boleh dilakukan oleh ibubapa yang turut serta dalam aktiviti
supaya perjalanan aktiviti berjalan lancar. (teguran berhemah)

11. PERATURAN (sebelum/semasa/selepas).

11.1 Sebelum, ada punca kuasa – surat program KPM/JPN/PPD/sekolah dan suami-isteri/Penjaga

11.2 Surat lantikan Guru Pengiring – Tag Nama ( Kad ID ) perlu dipakai.

11.3 Kebenaran melancong hendaklah disediakan. (Akta melancong 1957)

11.4 Borang-borang

11.4.1 Kebenaran ibubapa/penjaga – 2 salinan 1.fail 2. bawa bersama

11.4.2 Akuan kesihatan pelajar/peserta (deklarasi kesihatan) – sama di atas.

11.4.3 Surat arahan membawa pelajar oleh sekolah

11.4.4 Takllimat kepada peserta

11.5 Semasa

11.5.1 Guru Pengiring hendaklah sentiasa bersama pelajar sepanjang program dijalankan.

1
11.5.2 Mematuhi jadual program yang telah ditetapkan.

11.5.3 Mengawasi kebajikan/keselamatan/kesihatan peserta.

11.5.4 Mengambil/membuat catatan perlu untuk laporan. Menghantar laporan ringkas (SMS) kepada
yang berkenaan (pegawai JPN/Pengarah Sekolah/pegawai PPD).

11.5.5 Memastikan prosedur pergerakan bas dipatuhi oleh syarikat pengangkutan yang terlibat.(permit
perjalanan bas)

11.6 Selepas

11.6.1 Laporan lengkap kepada JPN/PPD/Sekolah.

11.6.2 Membuat TNT.

12. Kenderaan

12.1 Jumlah penumpang mengikut kapasiti/kelas kenderaan dan insuran.

12.2 Jumlah peserta yang melebihi 20 orang, bas adalah pengangkutan yang disarankan.

12.3 Pergerakan malam tidak digalakkan, pergerakan malam hanya sehingga jam 12 malam.

12.4 Seorang pemandu hanya boleh memandu sejauh 350 km sahaja dalam masa 24 jam. (peraturan JPJ)

13. Kesihatan

13.1 First Aid-Kit – hanya untuk rawatan luaran sahaja

13.2 Mendapatkan rawatan klinik/hospital kerajaan.

13.3 Melapor status kesihatan peserta kepada, (Pegawai/Ketua Kontingen/ibubapa)

14. Jangkamasa/menepati masa dan program.

14.1 Tidak meninggalkan majlis sebelum majlis selesai.

14.2 Memastikan pelajar tiba kepangkuan ibubapa masing-masing dengan selamat.

15. Tuntutan Perjalanan guru pengiring

15.1 Tuntutan perjalanan adalah mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedia ada.

16. PERGERAKAN PELAJAR/PESERTA

16.1 Kumpulan kecil

16.2 Kumpulan besar

16.3 Pergerakan berperingkat. Guru pengiring dari daerah ke tempat berkumpul mestilah ditetapkan
dengan jelas (tindakan mengeluarkan surat lantikan oleh JPN/PPD/Pengurus Sekolah)

17. KAWASAN
2
17.1 Dalam daerah

17.2 Dalam negeri. (semenanjung/Sabah & Sarawak, pelajar mesti mambawa Sijil Lahir/My-Kid/Kad
Pengenalan)

17.3 Luar negara. (mengikut yang telah ditetapkan oleh KPM)

18. KOUTA GURU PENGIRING (dalam bas dan nisbah guru dan pelajar)

18.1 Nisbah murid dan guru. (10 : 1)

18.2 Setiap bas yang digunakan mestilah ada Guru Pengiring.

19. KEBAJIKAN GURU PENGIRING & PELAJAR

19.1 Program Peringkat kebangsaan (anjuran KPM) - Makan dan penginapan peserta dan Guru
Pengiring akan ditanggung oleh pihak PENGANJUR sepanjang program.

19.2 Program Peringkat Negeri (anjuran JPN) - Makan dan penginapan (jika ada) akan ditanggung oleh
JPN/PPD/Pengurus Sekolah

******************************************************************************

PENGESAHAN

Dengan ini telah bersetuju dan memahami Etika Guru Pengiring bagi program :-

PROGRAM : PERKHEMAHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PERINGKAT DAERAH KULAI 2018

TANDATANGAN :………………………………………..

NAMA GURU :

NO KAD PENGENALAN :

NAMA SEKOLAH :

Disahkan Oleh:

………………………

(Cop Sekolah)

*************************************************************************************

You might also like