You are on page 1of 36

PROSIDING

KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015


(RCIS 2015)

PENGUKUHAN PENGAJIAN ISLAM MELALUI 3i


“INSPIRASI, INTELEKTUAL, INOVASI”

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
PROSIDING

KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015


(RCIS 2015)

5-6 November 2015

HOTEL KOBEMAS MITC, MELAKA


KETUA EDITOR
En. Mohd Sufiean Hassan (KUIM)

SIDANG PENYUNTING

En. Mohd Izzuddin Mohd Noor (KUIM)


Pn. Muslihah Mazlan (KUIM)
Pn. Saharia Ismail (KUIM)
Cik Farrah Yazmin Aziz (KUIM)
Cik Nur Farhana Dahalan (KUIM)
Cik Fatimah Nadirah Mohd Noor (KUIM)
Pn. Hana Duerama (KUIM)
Dr. Shahrulanuar Mohamed (UTeM)
Dr. Sazelin Arif (UTeM)
PROSIDING
KONVENSYEN SERANTAU PENGAJIAN ISLAM 2015 (RCIS 2015)

HAKCIPTA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA, 2015


1436H

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Inovasi, Kreativiti dan Pengkomersialan
Kolej Universiti Islam Melaka.

ISBN : 978-967-12078-6-4

@ 2015

Penerbit
Kolej Universiti Islam Melaka,
KM 45, Kuala Sungai Baru
78200 Melaka

06- 3877915 / 06-3877916


KANDUNGAN
PRAKATA

Penghasilan Komik Jawi Dan Penggunaannya Dalam Pengajaran Dan 1


Pembelajaran
Zulina Ahmad Zawawi

Keberkesanan Kelas Takmir Dalam Pengajian Hadis Di Masjid Daerah 11


Melaka Tengah: Pendekatan Dan Penyelesaian
Azmi Budin

Metodologi Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) Sebagai Model Inovasi 29


Dari Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Ilmuan Islam
Siti Zuraydah Binti Md Jenil Suzana binti Ab Rahman, Ronizam Ismail, Nurul
Afiqah Abd Rahman

Kekerapan Penggunaan Masdar Sarih Berbanding Masdar Mu‘Awwal Dalam 41


Surah Al-Baqarah Ayat 1-100
Akmarina Binti Mohd Salwai

Hypnoteaching Sebagai Metode Pembelajaran: Aplikasi Dan Kesesuaian 53


Dalam Pengajian Islam
Rusli Abdul Roni

Inovasi dalam Pengajaran Kursus-Kursus Asas Islam (Wajib MQA) di IPTS: 65


Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Aktif (Active learning)
Abd. Rashid bin Abdul Halim @ Jaafar

Peningkatan Minat Dan Pemahaman Pelajar Di Dalam Subjek Pengajian 71


Islam Menerusi Penggunaan Video Dari Youtube
Fauziah Mohd Noor

Kaedah Pengurusan Disiplin Pelajar Di Pondok Bustanul Arifin, Banting 81


Selangor : Satu Sorotan Kajian Lepas
Muslihah Mazlan

Correlation Between Religous Sociocultural Context And Attitude Towards 91


Science Among Malaysian Religious Schools Students
Azman Yusof

Pembiayaan Rumah Menerusi Kontrak Musharakah Mutanaqisah Di Institusi 97


Perbankan Islam Malaysia. Pendekatan Sorotan Literatur Sistematik
Rahisam Ramli & Ahmad Dahlan Salleh

Kaedah Pendidikan Pembangunan Islami Untuk Institusi Pengajian Tinggi 117


(IPT) Islam Serantau: Pengalaman Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM
Mohd Shukri Hanapi & Siti Nur Afiqah Shafie
Penerapan Elemen Perubahan Sejarah Dalam Kajian Pemikiran Islam Semasa 133
Muhamad Razak Idris

Penghayatan Agama Dan Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan Anggota 143


Tentera Darat Malaysia
Wan Norhayati Wan Othman

Model Pengurusan Dana Dan Sumbangan Bencana Mangsa Banjir Berasaskan 161
Indeks Syariah Malaysia
Azman Ab. Rahman, Irwan Mohd Subri, Ahmad Wifaq Mokhtar, Hishomudin
Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Norzulaili Mohd Ghazali, Nuradli Ridzwan
Shah Mohd Dali, Mahazan Abdul Mutalib, Mohd Noorizzuddin Nooh & Mohd
Faez Abu Bakar

Tahap Kefahaman Masyarakat Terhadap Konsep Tanah Adat Dan Undang- 169
Undang Tanah Adat: Kajian Di Negeri Sembilan
Azman Ab. Rahman & Ahmad Anis Muhd Fauzi

Faktor-Faktor Berlakunya Perceraian Di Kalangan Orang Islam Di Negeri 183


Melaka
Mohamad Taufik Mukhtar & Mohd Azam Yahya

Sumbangan dan Peranan Institusi Wakaf: Analisis Sejarah Silam 193


Razali Othman & Rohayu Abdul Ghani

Salah Laku Dalam Pemilu Di Indonesia Menurut Perspektif Hukum Islam 203
Muhammad Al Mansur& Abdul Basir Mohamad

Maqasid Syariah Dalam Undang-Undang Kebebasan Beragama Di Malaysia 217


Adam Badrulhisham & Farrah Wahida Mustafar

Sukuk Sebagai Instrumen Penjanaan Dana Untuk Pembangunan Hartanah 229


Umat Islam
Ab Rahim Ibrahim & Mohd Azam Yahya

Pemikiran Dawam Rahardjo Dalam Penafsiran 237


Muhd Najib Abd Kadir & Rino Riyaldi

Pemikiran Hadith Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor 249


Nik Mohd Zaim Ab Rahim & Monika @ Munirah Abd Razzak

Keilmuan Turath Dalam Kesarjanaan Pengajian Islam 263


Ghazali Darusalam

Potensi Jepun sebagai Halal Hub - Makanan Halal di Timur Jauh: Satu 271
Tinjauan
Norunnajjah Ahmad & Sazerin Arif
Penggunaan Istilah Dan Qawl Mu‟tamad Dalam Mazhab Shafi‟i 279
Mohd Aizul Ismon & Muhamad Alif Arif

Waqf: Tracing Its Glorious Footprints In Socioeconomic Development of 295


Ummah
Razali Othman & Rohayu Abdul Ghani
PRAKATA

Assalamualaikum WRT. WBT dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNYA buku prosiding
Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 dapat diterbitkan dengan jayanya. Saya juga
ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang idea,
tenaga dan masa bagi menghasilkan dokumen yang bermakna ini.

Konvensyen Serantau Pengajian Islam ini merupakan konvensyen yang berbentuk


persidangan yang akan mengumpulkan isu dan maklumat mutakhir berkaitan Pengajian Islam
masa kini. Konvensyen ini melibatkan penyertaan dari negara serantau seperti Indonesia,
Brunei dan Singapura.

Pada hemat saya, peredaran masa yang kian pantas memerlukan perubahan yang
holistic dari segi perancangan, cara kerja, sasaran dan juga strategi serta kaedah untuk
mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Diharap konvensyen ini dapat dijadikan platform
bagi ilmuan Islam untuk menyebarkan idea dalam perkongsian dan percambahan minda
untuk menggapai kesejahteraan umat Islam sejagat.

Adalah menjadi perhatian dan harapan saya agar ilmu-ilmu Pengajian Islam yang
diterapkan dalam diri segenap individu sekaligus dapat membangunkan diri dan seterusnya
boleh membawa perubahan pada agama, keluarga, masyarakat dan bangsa. Diharap
konvensyen ini dapat membentuk dan membangunkan manusia yang tidak hanya tertumpu
pada ilmu ukhrawi malah diintegrasikan dengan ilmu duniawi yang menjadikannya satu
kurikulum pendidikan yang begitu unik dan seimbang antara akal dan wahyu.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam merealisasikan Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 ini. Adalah
menjadi harapan saya agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan penuh hemah
dan sistematik dan mengambil kira keperluan semasa serta aspirasi dalam menggapai
kejayaan yang diimpikan dan mencapai objektif konvensyen ini.

Profesor Dr. Haji Mohd Taib bin Haji Dora


Naib Canselor
Kolej Universiti Islam Melaka
PENGHASILAN KOMIK JAWI DAN PENGGUNAANNYA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Zulina binti Ahmad Zawawi
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPG Kampus Tawau, Sabah
zulinazawawi@gmail.com
089-951250/951264

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan satu inovasi yang dihasilkan untuk meningkatkan minat pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran jawi. Inovasi yang dihasilkan berbentuk komik
bertulisan jawi. Inovasi dihasilkan sebagai usaha untuk meningkatkan minat pelajar dalam
pembelajaran jawi di samping sebagai usaha mengekalkan kelangsungan tulisan jawi sebagai
bahan bacaan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana
keberkesanan penggunaan komik jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian
dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Pengkhususan Pendidikan Islam (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru
Kampus Tawau, Sabah semasa mereka mengikuti kursus PIM1054 Pengantar Jawi, salah satu
subjek major bagi pengkhususan Pendidikan Islam. Data kajian diambil melalui temubual dan
soal selidik ke atas pelajar-pelajar PPISMP pengkhususan Pendidikan Islam. Temubual
meliputi 4 aspek iaitu penggunaan komik, minat, motivasi dan kelangsungan bahan bacaan
jawi dalam masyarakat. Soal selidik pula mengandungi soalan-soalan terbuka dan tertutup
berkaitan penggunaan komik dan kesannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Data
temubual dianalisis mengikut tema manakala data soal selidik dianalisis secara peratus.
Dapatan daripada kajian ini menunjukkan peningkatan minat yang sangat ketara dalam
kalangan pelajar terhadap penggunaan komik dalam pembelajaran jawi di samping dapat
meningkatkan motivasi mereka untuk terus menggunakan bahan bacaan jawi sebagai salah
satu sumber rujukan.

Kata kunci: Penghasilan komik jawi, penggunaan komik jawi, pengajaran dan pembelajaran
KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM
PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH:
PENDEKATAN DAN PENYELESAIAN

Azmi Budin
Kolej Universiti Islam Melaka
azmibudin@kuim.edu.my

ABSTRAK

The role of „takmir‟ class in Hadith education at mosque in Melaka is a continuos effort
towards to spread Islam to Muslim community in appreciate prophet‟s sunnah in their life and
to practice it for achieving the good life in here and hereafter. A research was conducted at
five mosques in district of Malacca center as namely mosque ar Rabbani Tangga Batu Pekan,
mosque Wahdi as- Siddiq Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, mosque as-Shuhada Terendak
Camp, mosque Al-Rahmah Bukit Kechil, Bukit Rambai and mosque al-Ghufran Bertam Ulu.
The method of collecting data for the research was through questionnaire and observation.
The result shows that the subject of Hadith played the important role in enhance society‟s
understanding; expose the important of „takmir‟ class and at once establishing the role of
mosque in spreading Islamic knowledge. The research also shows to us that hadith education
was applicable with all groups of Muslim community in improving their knowledge towards
sunnah of prophet and awareness about the important of to learn this subject of hadith. The
research also shows to us that hadith education can be improve about its effectiveness
through the diversity of teaching and learning methodology by „takmir‟ teacher.
METODOLOGI PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL (OBE)
SEBAGAI MODEL INOVASI DARI PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ILMUAN ISLAM

Siti Zuraydah Md Jenil, Suzana Ab Rahman, Ronizam Ismail & Nurul Afiqah Abd
Rahman
Jabatan Inovasi Perniagaan, Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan,
Kolej Universiti Islam Melaka, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji bagaimana kesepaduan konsep ilmu pembelajaran dan pengajaran ilmuan
Islam seperti Ibnu Khaldun, Abu Hanifah, Al-Ghazali, Al-Syatibi serta model konvensional
pendidikan oleh Model Jamaluddin dan Model Wan Bakar diterapkan dalam pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pembelajaran
Berasaskan Hasil (OBE) ini merupakan sistem pembelajaran dan pengajaran baharu yang
telah diperkenalkan pada awal tahun 2007 melalui agensi kelayakan Malaysia dan
Kementerian Pengajian Tinggi yang berperanan menjamin sistem kualiti pengajaran dan
pembelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pendekatan OBE ini adalah berpusat
kepada pelajar berbanding dengan pembelajaran tradisional yang berpusat kepada pensyarah
atau tenaga pengajar. Analisa ini dilakukan melalui kaedah kualitatif di mana data-data
diperolehi daripada sumber kedua iaitu pengumpulan kajian lepas. Hasil daripada analisis
data kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa terdapat teknik pembelajaran dan
pengajaran yang dipraktikkan oleh tokoh ilmuan telah diterapkan di dalam Pembelajaran
Berasaskan Hasil (OBE) di institusi pengajian tinggi. Ini menunjukkan pendekatan OBE ini
merupakan kaedah P&P yang telah diinovasikan melalui konsep ilmu pembelajaran dan
pengajaran ilmuan Islam yang berkesan dalam proses melahirkan modal insan yang seimbang
dari sudut duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, kefahaman dan kesedaran para pendidik dan pelajar
terhadap Pembelajaran Berasaskan Hasil (OBE) yang mempunyai nilai-nilai Islam adalah
penting bagi merangka dan merancang strategi aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang
lebih berkesan. Dengan itu, pendidikan telah ditafsirkan oleh cendekiawan sebagai
pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi sama ada ilmu atau kemahiran, di mana
nilai-nilai ini dibentuk oleh falsafahnya yang diisikan melalui fragmen pendidikan. Justeru
itu, pendidikan memainkan peranan dalam melahirkan insan yang dinamik dalam semua
aspek kehidupan.

Kata Kunci: Pendekatan OBE, Model Ilmuan Islam, Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)
KEKERAPAN PENGGUNAAN MASDAR SARIH BERBANDING MASDAR MU
‘AWWAL DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-100

Akmarina Mohd Salwai


Pusat Bahasa dan Pengajian Umum
Kolej Universiti Islam Melaka

ABSTRAK

Masdar merupakan salah satu elemen penting dalam kata nama Arab yang mempengaruhi
struktur pembinaan dan pembentukan sesuatu ayat. Analisis Masdar Sarih dan Masdar
Mu„awwal dianggap penting bagi menjelaskan kekeliruan yang sering timbul sekitar
perbezaan pola (wazan) dan penggunaan partikelnya. Objektif kajian adalah untuk
menganalisis Masdar Sarih dan Masdar Mu„awwal, mengklasifikasikannya mengikut pola
(wazan) dan partikel serta membandingkan aspek aplikasi kekerapannya dalam surah al-
Baqarah. Metode kajian yang digunakan adalah metode kepustakaan, pengumpulan data,
kuantitatif dan komparatif. Kajian merujuk kepada Tafsir al-Qur„an, kitab-kitab nahw dan
sarf, pelbagai mu‟jam Arab-Arab dan Arab-Melayu. Bahan kajian utama adalah sumber
daripada i‟rab al-Quran al-karim dan tafsir al-Qurtubi. Walaubagaimanapun kajian ini hanya
memfokuskan 100 ayat surah al-Baqarah. Setiap Masdar Sarih yang terdapat dalam 100 ayat
surah al-Baqarah dikategorikan mengikut pola (wazan) manakala Masdar Mu„awwal
mengikut partikel serta dianalisis dalam bentuk jadual dan graf bagi mengetahui kekerapan
masdar yang paling tinggi. Dapatan kajian menunjukkan 114 kali penggunaan Masdar Sarih
paling tinggi berbanding Masdar Mu„awwal hanya 12 kali. Melalui análisis graf yang
dilakukan juga didapati penggunaan wazan paling tinggi adalah wazan bagi Masdar Sarih
Thulathi iaitu wazan ٌ‫ فَعْل‬38 kali dan wazan paling rendah adalah wazan paling rendah adalah ٌ,
ٌ ‫ فُ ْعلَى فُ ْع‬dan ‫ فُ َعال‬hanya 1 kali manakala penggunaan partikel paling tinggi bagi Masdar
‫لا‬
Mu„awwal adalah partikel ‫ أَ ٌْن‬8 kali dan paling rendah adalah partikel ٌْ‫ لَو‬dan ‫ أ‬1 kali. Kajian
berkaitan Masdar Sarih dan Masdar Mu„awwal amat penting dalam pembelajaran bahasa
Arab iaitu dari aspek pembinaan struktur ayat yang bersistematik kerana kebanyakan pelajar
seringkali mengalami kekeliruan sama ada diperingkat sekolah menengah, kolej dan
universiti.

Kata Kunci: Masdar Sarih, Masdar Mu„awwal, analisis bandingan, kekerapan, al-Baqarah
ayat 1-100
HYPNOTEACHING SEBAGAI METODE PEMBELAJARAN:
APLIKASI DAN KESESUAIAN DALAM PENGAJIAN ISLAM

Rusli Abdul Roni


Jabatan Bisnes dan Sains Sosial
Kolej Pengajian Asas dan Umum
Universiti Tenaga Nasional Bandar Muadzam Shah, Pahang
rusli@uniten.edu.my
HP: +6012 3197613

ABSTRAK

Hypnoteaching merupakan improvisasi dari sebuah metode pembelajaran dan pendidikan. Ia


merupakan gabungan dari lima metode belajar mengajar, seperti quantum learning,
accelerate learning, power teaching, Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan hypnosis.
Hypnoteaching hadir dengan pendekatan konseptual baru dalam bidang pendidikan,
pembinaan dan sekaligus “pencerahan dan pengubatan” terhadap para siswa yang
bermasalah. Metode ini melibatkan fikiran sedar dan fikiran bawah sedar peserta didik. Ianya
merupakan perpaduan antara kedahsyatan ilmu hipnosis dengan kemuliaan ilmu pendidikan.
Kajian ini bertujuan untuk melihat aplikasi dan penerapan metode hypnoteaching dalam
pembelajaran serta kesesuaiannya dalam pengajian Islam. Kajian ini bersifat tinjauan
konseptual yang dijalankan menggunakan pendekatan kajian (metodologi) tinjauan
kepustakaan dengan menerokai literatur dan sumber-sumber berkaitan tajuk perbahasan ini.
Dapatan kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada khazanah warisan intelektual
dan pembangunan sistem pendidikan negara yang kreatif inovatif dan energetik.

Kata Kunci: Hypnoteaching, Pendidikan, Aplikasi, Pengajian Islam.


INOVASI DALAM PENGAJARAN KURSUS-KURSUS ASAS ISLAM (WAJIB MQA)
DI IPTS: PERLAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN AKTIF (ACTIVE
LEARNING)

Abd. Rashid Abdul Halim @ Jaafar


Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Spanish Institute
abdrashid@unikl.edu.my

ABSTRAK

Perkembangan dunia teknologi yang semakin pantas turut menuntut perubahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pembelajaran tradisional yang lebih berpusatkan
guru atau pensyarah kurang menepati kecenderungan dan minat pelajar. Pendekatan terkini
seperti pendekatan pembelajaran aktif (active learning) adalah antara pendekatan yang sesuai
dan boleh meningkatkan hasil pembelajaran bagi sesuatu kursus. Pembelajaran aktif ialah
aktiviti pembelajaran yang melibatkan aktiviti berbincang, mendengar, menulis, membaca
dan membuat refleksi yang bermakna mengenai isi pelajaran, idea-idea dan pelbagai hal yang
berkaitan dengan tajuk yang sedang dipelajari. Melalui pembelajaran aktif, guru/pensyarah
tidak dilihat sebagai pemberi ilmu semata-mata tetapi guru mesti berperanan sebagai
fasilitator mengawal aktiviti pembelajaran pelajar supaya semua dapat berperanan dan
mengambil bahagian dalam proses pembelajaran. Pengajaran kursus-kursus matapelajaran
Umum berasaskan pengajian Islam (MPU) yang menjadi kursus wajib di IPTS seperti kursus
Tamadun Islam, bukan semata-mata menyampaikan ilmu tetapi juga untuk membentuk
pelajar secara holistik. Tenaga pengajar kursus ini sewajarnya menguasai pendekatan
pembelajaran aktif sebagai paradigma baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Penulisan ini
bertujuan untuk menjelaskan perbezaan pembelajaran aktif dan pembelajaran pasif, ciri-ciri
pembelajaran aktif dan pendekatan pembelajaran aktif dalam pengajaran kursus-kursus
Matapelajaran Umum berasaskan pengajian Islam (MPU) di IPTS.

Kata Kunci: Pembelajaran Aktif, Mata Pelajaran Umum, IPTS.


PENINGKATAN MINAT DAN PEMAHAMAN PELAJAR DI DALAM SUBJEK
PENGAJIAN ISLAM MENERUSI PENGGUNAAN VIDEO DARI YOUTUBE

Fauziah Mohd Noor1


School of Law,
College of Law, Government and International Studies,
Universiti Utara Malaysia,
Sintok, 06010 Malaysia
E-mail: mnfauziah@uum.edu.my
Tel: 6049288061, Fax: 604-9288107

ABSTRAK

Kertaskerja ini adalah hasil daripada kajian tindakan di dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran bagi melihat peningkatan minat dan pemahaman para pelajar di dalam subjek
Pengenalan Undang-undang Islam (GLUP 1034) melalui penggunaan video yang diambil
dari laman sesawang Youtube. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada pelajar-
pelajar yang mengambil mata pelajaran Introduction to Islamic Law (GLUP 1034) di Pusat
Pengajian Undang-undang, COLGIS, Universiti Utara Malaysia. Pelajar-pelajar ini adalah
pelajar-pelajar tahun pertama semester 1. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan video
dari Youtube sebagai alat bantu mengajar ketika mempelajari subjek di atas untuk melihat
peningkatan minat dan pemahaman pelajar di dalam subjek ini. Kajian ini juga bertujuan
melatih para pelajar untuk menggunakan kemahiran mendengar secara kritis (critical
listening) dan berfikir secara kritis (critical thinking). Data kajian ini dikumpulkan secara soal
selidik menerusi borang yang diedarkan kepada para pelajar. Dapatan kajian ini mendapati
penggunaan video dari Youtube dapat membantu meningkatkan minat dan pemahaman
pelajar-pelajar di dalam subjek ini.

Kata Kunci: Pengenalan Undang-undang Islam, Kaedah Kajian, Video Youtube, Alat bantu
Mengajar

1
Penulis adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Undang-undang, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian
Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Phd (Univ. of Birmingham), Master of Laws LLM (Univ. of London), Sarjana
Muda Syariah (Kepujian), Akademi Islam Universiti Malaya.
KAEDAH PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI PONDOK BUSTANUL ARIFIN,
BANTING SELANGOR: SATU SOROTAN KAJIAN LEPAS2

Muslihah Mazlan
Akademi Pengajian Islam
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
KM45, Kuala Sg. Baru,
78200 Melaka
muslihah@kuim.edu.my

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan membincangkan soratan kajian lepas mengenai pengurusan disiplin
di institusi pendidikan khususnya pendidikan Islam. Perbincangan mengenai sorotan kajian
lepas ini dapat memperlihatkan kecenderungan aspek yang dikaji oleh penyelidik mengenai
masalah disiplin pelajar di institusi pendidikan. Kaedah perpustakaan digunakan dalam
proses pengumpulan data bagi mengenalpasti aspek pengurusan disiplin pelajar.Kaedah
analisis tekstual dilakukan keatas kajian-kajian lepas yang berkaitan pengurusan disiplin
pelajar di institusi pendidikan. Dapatan analisis ini akan mempamerkan lompang kajian yang
masih belum dikaji oleh penyelidik.

2
Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Serantau Pengajian Islam (RCIS 2015) anjuran Akademi Pengajian Islam (API)
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) pada 5 & 6 November 2015.
CORRELATION BETWEEN RELIGOUS
SOCIOCULTURAL CONTEXT AND ATTITUDE TOWARDS SCIENCE
AMONG MALAYSIAN RELIGIOUS SCHOOLS STUDENTS

Azman Yusof, Assoc. Prof. Dr


Student Development and Campus Lifestyle
UniKL MICET

Shafiah Abdul Rashid


Kamisah Osman, Assoc. Prof. Dr
Science Department, Faculty of Education
National University of Malaysia (UKM)

ABSTRACT

A growing body of research argues that attitude towards science should be studied within the
sociocultural context of students‟ lives. In Malaysia, muslim students are strongly influenced
by religion throughout their lives, especially for those from religious boarding schools. This
descriptive study aimed to determine students‟ perception toward the relationship between
science and religion (PTSR) and its correlation with attitude towards science (ATS). 208
respondents were picked randomly from three National Religious Secondary School (Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama, SMKA) in the state of Malacca, Malaysia. Two sets of Likert
scale questionnaires were used to measure RSR and ATS among students. The first set aimed
to categorize students' perceptions of RSR into Conflict, Independent Domain, Dialog or
Integrated categories whilst the second set was used to assess the ATS in six constructs;
Value of Science in Society, Motivation in Science, Enjoyment of Science, Anxiety Towards
Science, Self Concept in Science and Correlation Between Science And Religion. The
outcomes showed that all SMKA students fall into the positive RSR categories of Dialogue
and Integration. For ATS, all three SMKAs gain high statistical mean points in all six
constructs. Furthermore Pearson correlation showed a moderate correlation between RSR and
ATS (r = 0.406). The implication of this study is that school leaders should promote the
integration of science-religion culture in schools as a strategy to enhance positive attitude
towards science.

Keywords: Culture Of Science, Religious Culture, Attitudes, Perceptions, Sociocultural


Context.
PEMBIAYAAN RUMAH MENERUSI KONTRAK MUSHARAKAH
MUTANAQISAH DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM MALAYSIA.
PENDEKATAN SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK3

Rahisam Ramli
Akademi Pengajian Islam
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)
KM45, Kuala Sg. Baru, 78200 Melaka
rahisam@kuim.edu.my

Ahmad Dahlan Salleh


Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam
43600 UKM Bangi, Selangor
ahmaddahlansalleh@yahoo.com

ABSTRAK

Pembiayaan Musharakah Mutanaqisah (MM) mempunyai struktur yang lebih unik kerana
boleh mengurangkan tempoh pembiayaan dan mempercepatkan hak pemilikan. Namun
perbahasan MM masih kurang dianalisis menggunakan pendekatan sorotan literatur
sistematik berbanding sorotan literatur secara naratif dan tematik. Sorotan literatur sistematik
boleh meningkatkan pembuktian dengan terperinci dan berkesan terhadap sesuatu
permasalahan. Sumber pencarian literatur diambil dari pangkalan data secara dalam talian
dan perpustakaan. Sebanyak 47 artikel sebagai sumber utama untuk dianalisis. Analisis kajian
mendapati sebanyak 46 artikel (98%) kajian MM diperolehi menerusi dalam talian dari
pelbagai sumber seperti buku, kertas kerja persidangan, artikel elektronik, jurnal dan tesis.
Manakala sebanyak 1 bahan (2%) sorotan literatur diambil dari pangkalan data bukan talian
di Perpustakaan UM. Kajian mendapati bentuk konseptual mendominasi fokus utama dalam
kajian MM berbanding bentuk empirikal. Dari aspek cadangan pula, sorotan literatur MM
tertumpu pada model pengiraan MM yang lebih seimbang, penentuan kadar sewa yang lebih
praktikal, pemindahan risiko kepada pelanggan dan kaedah perlindungan risiko jika wujud
kes penamatan awal. Kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melakukan kajian
lanjutan terhadap aspek yang kurang mendapat perhatian bagi menambah baik pelaksanaan
MM dalam perbankan Islam.

Katakunci: pembiayaan rumah; musharakah mutanaqisah; perbankan Islam; sorotan literatur


sistematik;

3
Kertas kerja dibentangkan dalam Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 (Regional Convention on Islamic Studies
2015), anjuran Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pada 5-6 November 2015, di Hotel
KOBEMAS MITC Melaka.
KAEDAH PENDIDIKAN PEMBANGUNAN ISLAMI UNTUK INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI (IPT) ISLAM SERANTAU: PENGALAMAN PUSAT KAJIAN
PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM (ISDEV), UNIVERSITI SAINS
MALAYSIA (USM)4

Mohd Shukri Hanapi5 & Siti Nur Afiqah Shafie6

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)


Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia .
Tel: 04-6532665; Faks: 04-6532124
E-mel: hshukri@usm.my /hshukeri@yahoo.com

ABSTRAK

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM),
Pulau Pinang muncul di tengah-tengah bidang sains sosial lazim yang menjadi ibu kepada
ilmu pembangunan lazim. Meskipun begitu, kaedah pendidikannya tetap tidak boleh
mengikuti falsafah dan kaedah-kaedah ilmu sains sosial lazim itu. Sains sosial lazim
dicorakkan oleh tasawur lazim, manakala Pembangunan Berteraskan Islam (PBI) dicorakkan
oleh tasawur Islam. Persoalannya apakah kaedah pendidikan pembangunan Islami yang
diguna pakai di ISDEV? Adakah kaedah pendidikan tersebut sesuai diaplikasikan di institusi-
institusi pengajian tinggi (IPT) Islam serantau? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini,
kertas kerja ini mempunyai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti kaedah pendidikan PBI yang
digunakan di ISDEV. Kedua, menganalisis kesesuaian penggunaan kaedah pendidikan PBI
tersebut di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) Islam serantau. Bagi tujuan pertama,
kertas kerja ini akan memfokuskan perbincangan kepada tiga perkara utama. Pertama,
membincangkan struktur organisasi ISDEV. Kedua, membincangkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PDP) di ISDEV. Ketiga, membincangkan program pengajian dan kurikulum
PBI di ISDEV. Bagi tujuan kedua pula, kertas kerja ini akan membincangkan faktor-faktor
yang boleh menjadi platform kepada pemakaian kaedah pendidikan ISDEV di institusi-
institusi pengajian tinggi (IPT) Islam serantau, seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi,
majoriti penduduk yang beragama Islam, berpegang kepada akidah dan fahaman Ahli Sunnah
Wal Jama„ah (ASWJ) (Mazhab Syafi„i menjadi ikutan utama), penguasa pendidikan di
institusi pengajian tinggi yang beragama Islam, dan dipimpin oleh orang Islam. Akhirnya
kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah pendidikan PBI yang digunakan di ISDEV itu
adalah sesuai diaplikasikan di institusi-institusi pengajian tinggi Islam serantau kerana ia
dibina beracuankan tasawwur Islam.

Kata kunci: pendidikan, pembangunan Islami, institusi, pengajian tinggi serantau

4
Abstrak kertas kerja yang disediakan untuk Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 (Regional Convention on Islamic
Studies 2015), anjuran Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pada 5-6 November 2015, di
Hotel KOBEMAS MITC Melaka.
5
Mohd Shukri Hanapi ialah Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains
Malaysia (USM), Pulau Pinang.
6
Siti Nur Afiqah Shafie ialah Pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kuala Sg.
Baru, Melaka.
PENERAPAN ELEMEN PERUBAHAN SEJARAH
DALAM KAJIAN PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

Muhamad Razak Idris, Ph.D


Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
mrazak@ukm.edu.my

ABSTRAK

Wacana perubahan sejarah sudah dibincangkan dengan meluas dalam kajian kesarjanaan
klasik dan moden sebagaimana misalnya terkandung dalam teori falsafah dan ketamadunan
oleh Ibn Khaldun ( 1332-1406), Mulla Sadra (1571-1640), (G.W.F Hegel (1770-1831) dan
A.J.Toynbee (1889-1975) Malik Bennabi (1905-1973). Wacana perubahan sejarah ini
mengandungi banyak elemen ilmu tentang sejarah dan peradaban yang menunjukkan
kehidupan dan ketamadunan manusia hari ini berada dalam satu proses perubahan yang
berterusan. Manakala perubahan sejarah itu bersifat dinamik dalam erti ia terikat dengan
pelbagai faktor dalaman dan luaran peradaban itu sendiri yang saling bertindakbalas secara
rasional antara mereka. Elemen-elemen ilmu dari wacana perubahan sejarah ini penting
diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kajian pemikiran Islam semasa di
peringkat pengajian tinggi. Penerapan elemen perubahan sejarah dalam kajian pemikiran
Islam semasa dilihat satu bentuk nilai tambah ilmu yang bermakna dalam menyegarkan
perspektif dan memperluaskan kerangka motif pengenalan kajian. Penerapan ini akan
membantu dalam memperlihatkan proses perjalanan sejarah ketamadunan secara menyeluruh
dari segi faktor-faktor yang membawa kepada perubahannya secara objektif dan rasional.
Pendedahan proses yang menyeluruh secara langsung akan memperlihatkan kepada pengkaji
dan mahasiswa tentang kedudukan peradaban Islam hari ini dari perspektif teori perubahan
sejarah. Kedudukan ini akan membolehkan mereka mengenal faktor dan pengaruh yang
membawa kepada kedudukan ketamadunan Islam hari ini dan menyingkap ruang-ruang baru
dalam bidang pemikiran Islam bagi menggerakkan proses perubahan dan pembaharuan
berterusan (islah dan tajdid) terutama dalam bidang pemikiran dan ketamadunan Islam hari
ini.

Kata kunci: Perubahan sejarah, pemikiran Islam semasa, tamadun Islam.


PENGHAYATAN AGAMA DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM
KALANGAN ANGGOTA TENTERA DARAT MALAYSIA

Wan Norhayati Wan Othman


Institut Pengajian Siwazah
Kolej Universiti Islam Melaka

ABSTRAK

Melihat kepada keadaan semasa anggota Tentera Darat Malaysia di mana banyak masalah
yang berlaku, ramai yang berhenti awal dan niat untuk berhenti awal, jadi tujuan kajian ini
secara umumnya ialah untuk melihat keadaan kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat
Malaysia yang masih berkhidmat. Manakala secara khususnya tujuan kajian ini dilakukan
adalah untuk mengukur tahap kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat Malaysia,
melihat perbezaan min indeks kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat Malaysia
berdasarkan faktor demografi, melihat hubungan antara penghayatan agama dengan
kesejahteraan anggota Tentera Darat Malaysia. Kajian yang dibuat adalah dengan
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian berbentuk tinjauan di mana soalselidik telah
diedarkan kepada sampel-sampel kajian. Sampel kajian adalah seramai 3,000 orang iaitu
dalam kalangan Tentera Darat Malaysia dengan menggunakan kaedah rawak
kelompok.Instrumen dalam kajian ini terdiri daripada Skala Penghayatan Agama (SPA) dan
Skala Kesejahteraan PsikologiRyff (SKPSR). Nilai pekali kebolehpercayaan skala-skala ini
menggunakan analisa alpha Cronbach mendapati kesemuanya melebihi 70. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat Malaysia berada di tahap
sederhana di mana seramai 493 (16.43%) anggota tentera adalah sejahtera, 1979 (65.97%)
orang anggota tentera kurang sejahtera dan 528 (17.6%) orang anggota yang tidak sejahtera.
Hasil kajian juga mendapati faktor penghayatan agama berhubungan positif dan signifikan
dengan kesejahteraan psikologi anggota Tentera Darat Malaysia.
MODEL PENGURUSAN DANA DAN SUMBANGAN BENCANA MANGSA BANJIR
BERASASKAN INDEKS SYARIAH MALAYSIA

Azman Ab. Rahman, Irwan Mohd Subri, Ahmad Wifaq Mokhtar, Hishomudin Ahmad,
Noor Saazai Mat Saad, Norzulaili Mohd Ghazali, Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali,
Mahazan Abdul Mutalib, Mohd Noorizzuddin Nooh & Mohd Faez Abu Bakar
Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

ABSTRAK

Fenomena banjir di Kelantan yang berlaku pada penghujung tahun 2014 di beberapa daerah
seperti daerah Kota Bharu, Kuala Krai dan Tanah Merah telah melibatkan ribuan mangsa
yang terkesan dengan banjir tersebut. Fenomena tersebut telah menarik perhatian rakyat
Malaysia untuk memberikan sumbangan dan dana untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa
banjir tersebut. Namun, isu-isu berkenaan penyelewengan, salah laku, ketirisan dan integriti
pengurusan dana kewangan dan sumbangan timbul sehingga SPRM menubuhkan
jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir bagi meningkatkan ketelusan
proses pengagihan bantuan kepada mangsa banjir. Objektif kajian ini akan mencadangkan
kerangka awal model pengurusan dana dan sumbangan kepada mangsa banjir berasaskan
Indeks Syariah Malaysia. Rekabentuk kajian ini adalah secara kualititatif dan kuantitatif iaitu
menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual serta soal selidik termasuk juga kajian
secara dokumentasi yang menggunakan kaedah induktif dengan merujuk manual dan laporan
pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana banjir. Hasil kajian ini akan mewujudkan
satu model pengurusan dana dan sumbangan mangsa banjir di Malaysia yang berasaskan
Indeks Syariah Malaysia. Diharapkan kajian ini dapat memberi pendedahan kepada
masyarakat terhadap pengurusan dana dan sumbangan bencana banjir dan implikasinya
terhadap mangsa bencana banjir bagi menerima sumbangan dan dana dengan lebih berkesan.

Kata kunci: Model, Pengurusan, Bana, Sumbangan, Banjir


TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP KONSEP TANAH ADAT DAN
UNDANG-UNDANG TANAH ADAT: KAJIAN DI NEGERI SEMBILAN7

Azman Ab. Rahman, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin, Ahmad Anis bin Muhd
Fauzi & Syed Mohd Najib Syed Omar
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

ABSTRAK

Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam sistem pewarisan harta mengikut Adat
Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan secara turun-temurun sehingga
ke hari ini. Amalan undang-undang tanah adat yang sedia ada, hanya waris wanita sahaja
yang dibenarkan untuk memiliki tanah adat. Hal ini adalah untuk memelihara kaum wanita
daripada hidup berpeleseran sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai penyambung
keturunan. Namun timbul persoalan berkaitan tahap kefahaman masyarakat pada masa kini
terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat yang diamalkan. Justeru, objektif
kajian adalah untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat di daerah Rembau, Kuala Pilah
dan Tampin, Negeri Sembilan terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat.
Kajian ini menggabungkan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan
dokumentasi, temubual dan kaji selidik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman
masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat semakin berkurang dikalangan
generasi muda. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman
masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat menurut Syarak. Kajian
lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk meningkatkan
kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat sama ada melalui
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ataupun pihak-pihak tertentu.

Kata kunci: Tanah Adat, Kefahaman, Masyarakat, Negeri Sembilan

7
Kertas Kerja ini dibentangkan di Konvensyen Serantau Pengajian Islam 2015 (RCIS 2015), pada 5 dan 6 November 2015,
anjuran Akademi Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Hotel KOBEMAS MITC Melaka. Kertas kerja
ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah diluluskan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan
dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), kod penyelidikan: USIM/MAINS/FSU/30/40215. Setinggi-
tinggi penghargaan diucapkan kepada Universiti Sains Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang telah
membiayai penyelidikan ini dan sentiasa memberikan sokongan dan galakan dalam usaha menyempurnakan penyelidikan
ini.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PERCERAIAN DI KALANGAN ORANG
ISLAM DI NEGERI MELAKA

Mohamad Taufik Mukhtar8


Mohd Azam Yahya9
Kolej Unversiti Islam Melaka

ABSTRAK

Statistik mendapati bahawa bilangan kes perceraian yang berlaku di kalangan orang Islam di
Negeri Melaka meningkat dari tahun 2006 sehingga 2010 iaitu 726 kes pada tahun 2006 dan
meningkat sehingga 1138 kes pada tahun 201010.Justeru itu, kertas ini adalah untuk
mengetahui faktor-faktor berlakunya perceraian di kalangan mereka. Dapatan kajian ini
diperolehi melalui sesi temubual bersama pegawai di pejabat pendaftar nikah, cerai dan rujuk
di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Hasil kajian ini dapat membantu agensi-agensi agama
dan kerajaan dalam menangani isu perceraian di kalangan umat Islam di Negeri Melaka ini
daripada terus menular dan meningkat.

8
Merupakan calon Sarjana Syariah di Kolej Universiti Islam Melaka
9
Merupakan pensyarah Syariah di AkademiPengajian Islam, Kolej Universiti Islam Melaka
10
Statistik ini diambil daripada laman web rasmi JAKIM yang diakses pada 5 Mac 2015
SUMBANGAN DAN PERANAN INSTITUSI WAKAF:
ANALISIS SEJARAH SILAM11

Dr. Razali Othman12


Pusat Islam Universiti
UniversitiPutra Malaysia (UPM)
razaliupm@yahoo.com

Dr. Rohayu Abdul Ghani13


Pusat Pengajian Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
rohayu@ukm.edu.my

ABSTRAK

Institusi pendidikan, hospital, rumah-rumah geladangan (imaret), kebajikan dan tumpangan


(khan), tempat-tempat mandian (hamam), pusat-pusat perniagaan(bazaar) dan kawasan Rehat
dan Rawat (Caravanseraei) berteraskan wakaf telah dibina sejak di awal pemerintahan
kerajaan Islam lagi. Malah, selama lebih seribu empat ratus ribu tahun sejak pewujudannya,
institusi wakaf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagai sumber pembiayaan
terhadap kewujudan serta pembangunannya. Ironiknya, masyarakat hari ini sering
mengaitkan wakaf sebagai institusi seperti masjid, surau dan tanah-tanah terbiar. Malah,
wakaf turut dikaitkan dengan institusi yang bermasalah, tidak ekonomik dan tidak berpotensi
untuk dimanfaatkan. Berlatarbelakangkan senario tersebut, kertas kerja ini ditulis dengan
matlamat untuk mencapai dua tujuan. Pertama, mengenal pasti peranan dan sumbangan
institusi wakaf daripada aspek sejarah. Kedua, membuktikan kehebatan peranan serta
sumbangan institusi wakaf masa silam. Kajian ini berbentuk kajian penerokaan. Data yang
digunakan pula diperolehi daripada kajian perpustakaan yang dianalisis dengan menggunakan
kaedah analisis kandungan dan tekstual. Dapatan kajian membuktikan bahawa institusi wakaf
yang bertunjangkan al-Quran, al-Hadith dan ijmak ulama merupakan mekanisme yang masih
relevan serta berupaya untuk menjadi katalis sebagai sumber pembiayaan penting bagi
pembangunan ummah pada hari ini.

Kata Kunci: Institusi Wakaf, Sejarah Wakaf, Sumber Pembiayaan

11
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang
(LRGS) di bawah tajuk “Pelestarian Institusi Wakaf Untuk MemperkasaPendidikanPengajianTinggi”, No. Geran
LRGS/UKM/2/2013.
12
Dr.Razali Bin Othman merupakan Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) danPenyelidikBersekutu di
Pusat Pembangunan Pengurusan Islam (ISDEV), USM
13
Dr.Rohayu Abdul Ghanimerupakan Pengarah Pembangunan ProfesionaldanKepimpinan (Talent- UKM)
danProfesorMadya di FakultiEkonomidanPengurusan, UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM).
SALAH LAKU DALAM PEMILU DI INDONESIA MENURUT PERSPEKTIF
HUKUM ISLAM

Muhammad Al Mansur
Jabatan Syari‟ah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia
muhammad.almansur03@gmail.com

Abdul Basir Mohamad


Professor, Pensyarah Kanan,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor
abasir@ukm.edu.my

ABSTRAK

Pemilu (Pemilihan Umum) adalah tata cara pelaksanaan asas kedaulatan rakyat dalam Negara
Republik Indonesia berdasarkan pancasila dan Undang-Undang Dasar Negara Republik
Indonesia Tahun 1945. Dalam pelaksanaan Pemilu di Indonesia, iaitu pemilihan ahli parlimen
atau (Dewan Perwakilan Rakyat) mahupun pemilihan Presiden, serta pemilihan kepala daerah
selalu terjadinya perbuatan salah laku dalam pemilu. Pelbagai bentuk salah laku atau
pelanggaran yang terjadi seperti jual-beli undian, penipuan dalam penghitungan hasil undi,
dan lain-lain. Pada pemilu 2014 terdapat 903 kes salah laku yang ditangani oleh Mahkamah
Agung. Hal ini meningkat daripada hasil pemilu sebelumnya, pemilu tahun 2009 berjumlah
627 kes. Akibat daripada kes tersebut, Komisi Pemberantasan Korupsi (Suruhanjaya Anti
Rasuah) menjelaskan bahawa ahli parlimen yang terperangkap kedalam kejahatan rasuah
sebanyak 3600 orang. Manakala, kepala daerah seperti Gubernur dan Bupati yang terlibat
dalam jenayah rasuah sebanyak 209 orang. Permulaan dalam pemilihan wakil rakyat dan
pemimpin daerah yang salah akan melahirkan pentadbiran yang salah. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti salah laku, kes-kes salah laku dan pandangan hukum Islam terhadap
salah laku dalam pemilu yang terjadi terhadap pemilu di Indonesia. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini adalah metode kajian kes, iaitu dengan mengumpulkan data hasil
keputusan Mahkamah Agung yang berkaitan dengan salah laku dalam Pemilu tahun 2014.
Daripada data kes yang diperoleh, data dianalisis sesuai dengan konsep hukum Islam
menerusi dalil-dalil syarak yang berkaitan dengan salah laku, seperti al-Quran, al-Sunnah,
ijmak, qiyas, dan kaedah-kaedah fekah, serta pandangan para fuqaha yang berhubung dengan
Hukum Islam. Hasil kajian mendapati bahawa, sebagahagian kesalahan salah laku boleh
dikenakan hukuman takzir, dan sebahagiannya ia dikenakan kaffarah bagi yang melanggar
sumpah.

Kata Kunci: Salah laku, Pemilu di Indonesia, Perspektif, Hukum Islam.


MAQASID SYARIAH DALAM UNDANG-UNDANG KEBEBASAN BERAGAMA DI
MALAYSIA

Adam Badrulhisham
Jabatan Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam, KUIM

Farrah Wahida Mustafar


Jabatan Warisan,
Fakulti Sains Sosial, KUIM

ABSTRAK

Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan


pentadbiran hal ehwal Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri.Sehubungan dengan itu,
semua negeri di Malaysia telah menetapkan undang-undang syariah mengikut kehendak dan
dasar yang ditetapkan oleh negeri masing-masing dan tidak bertentangan dengan
Perlembagaan persekutuan. Artikel ini hanya mengaitkan undang-undang negara Malaysia
dengan memfokuskan kepada kebebasan beragama. Kebebasan mempunyai keyakinan
terhadap agama tertentu merupakan hak seseorang dan tiada unsur-unsur pemaksaan dari
agama Islam. Walau bagaimanapun, konsep dan tafsiran kebebasan beragama difahami
secara berbeza-beza oleh agama Islam dan bukan Islam.Kebebasan beragama juga banyak
dibincangkan dan menjadi suatu polemik dalam masyarakat. Kebebasan beragama yang
dijelaskan oleh Islam bertepatan dengan elemen yang terdapat di dalam maqasid syariahiaitu
menjaga agama, nyawa, maruah atau keturunan dan harta. Maqasid syariah merupakan
perkara penting dalam pelaksanaan siyasah syari‟yyah kerana ia melibatkan pemerintah dan
sesebuah negara. Realitinya, prinsip asas maqasid menjadi pertikaian proses perundangan di
Malaysia dan sangat membimbangkan. Tujuan perbincangan adalah untuk melihat maqasid
syariah dalam pelaksanaan undang-undang kebebasan beragama dalam perlembagaan
persekutuan dan pelaksanaannya bagi masyarakat Islam di Malaysia. Dapatan dari penulisan
ini kelak diharap dapat memastikan kelangsungan syariah Islamiah di Malaysia bersesuaian
dengan status Negara Islam.

Kata kunci: maqasid syariah, kebebasan beragama, perlembagaan persekutuan


SUKUK SEBAGAI INSTRUMEN PENJANAAN DANA UNTUK
PEMBANGUNAN HARTANAH UMAT ISLAM

Ab Rahim Ibrahim
Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan
Universiti Teknikal Malaysia
76100 Melaka Malaysia
abibrahim606@yahoo.com

Mohd Azam Yahya


Akademi Pengajian Islam
Kolej Universiti Islam Melaka
azamyahya@kuim.edu.my

ABSTRAK

Sukuk perlu digembeling sebagai pendekatan yang cekap dan berkesan bagi tujuan
mengumpulkan dana dalam usaha membangunkan hartanah umat Islam. Ia perlu
dilaksanakan kerana pembangunan hartanah memerlukan dana yang besar dan ketiadaan atau
kekurangan dana yang mencukupi akan mengakibatkan hartanah yang berkedudukan
strategik serta berpotensi menjadi sia-sia. Situasi ini perlu dielakkan kerana mensia-siakan
harta termasuk dalam larangan Rasul S.A.W dan baginda telah menggalakkan agar
memanfaatkan sebahagian dari harta yang dimiliki untuk kemaslahatan ummah. Untuk itu,
persoalan dana menjadi sangat penting dan pendekatan berasaskan instrumen sukuk mampu
untuk menjana dana yang diperlukan bagi merealisasikan pembangunan ini. Penerbitan sukuk
bukan sekadar membolehkan dana untuk pembangunan dikumpulkan, bahkan ia juga boleh
menjadi instrumen pelaburan atau simpanan. Seterusnya kewujudan hartanah yang akan
menjadi aset sandaran kepada penerbitan sukuk akan memudahkan proses ini sama ada
instrumen sukuk tersebut berasaskan hutang seperti Sukuk al-Murabahah, Sukuk al-Istisna‟
dan Sukuk Salam atau berasaskan ekuiti seperti Sukuk al-Mudarabah, Sukuk al-Musyarakah
dan Sukuk al-Ijarah.
PEMIKIRAN DAWAM RAHARDJO DALAM PENAFSIRAN
AYAT-AYAT AL-QUR’AN

Muhd Najib Abd Kadir


Profesor, Pensyarah Kanan
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia
abunaseh@ukm.edu.my

Rino Riyaldi
Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor, Malaysia
rinoriyaldi@gmail.com

ABSTRAK

Dawam Rahardjo adalah seorang tokoh pembaharu dan pentafsir di Indonesia. Sebagai
seorang pembaharu, Dawam Rahardjo berpendapat bahawa umat Islam sekarang ini berada
dalam kejumudan sehingga menyebabkan kemunduran umat. Hal ini disebabkan kerana umat
masih berpegang dengan ideologi lama baik dalam pemikiran mahupun dalam bidang
pentafsiran al-Qur‟an. Untuk membebaskan umat daripada kejumudan maka yang diperlukan
adalah pemodenan ideologi. Pemodenan ideologi yang dimaksud adalah meneroka kembali
dan membuka pintu ijtihad dalam agama. Tidak dinafikan bahawa Dawam Rahardjo telah
banyak memberikan sumbangan terhadap pemikiran Islam dalam bidang penafsiran al-
Qur‟an walaupun terkadang pentafsiran dan pemikirannya mengundang kontroversi. Kajian
ini bertujuan untuk memperkenalkan Dawam Rahardjo dan mengenal pasti beberapa
pemikiran Dawam Rahardjo dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Bagi tujuan ini analisis
data akan dilakukan dengan menganalisis beberapa karya beliau. Metodologi yang digunakan
dalam kajian ini adalah metode kepustakaan iaitu dengan menumpukan kajian terhadap
karya-karya yang ditulis Dawam Rahardjo berkenaan al-Quran. Pemerolehan data dari karya-
karyanya amat diperlukan guna membantu memahami pemikirannya dalam penafsiran ayat-
ayat al-Quran. Hasil kajian didapati bahawa pemikiran Dawam Rahardjo dalam manafsirkan
ayat-ayat al-Qur‟an bercanggah dengan pendapat majoriti ulama, dan mengandung
kontroversi, seperti penafsiran beliau tentang makna Islam, kebebasan beragama, riba dan
bunga bank, poligami dan kesetaraan jender.

Kata Kunci: Pemikiran, Dawam Rahardjo, Penafsiran, al-Qur‟an.


PEMIKIRAN HADITH DR. ABDUL HAYEI ABDUL SUKOR

Nik Mohd Zaim Ab Rahim


Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur
nmzaim.kl@utm.my
+6013-3593690

Monika @ Munirah Abd Razzak


Jabatan al-Qur’an dan al-Hadith
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, Kuala Lumpur
munirahar@um.edu.my

ABSTRAK

Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor merupakan seorang tokoh hadith tanah air yang banyak
menyumbangkan pemikirannya dalam bidang hadith menerusi penulisannya. Beliau
merupakan seorang yang aktif memberikan pandangan dan ulasan mengenai kefahamannya
terhadap hadith. Kertas ini bertujuan memaparkan pemikiran hadith beliau menerusi karya-
karya yang dihasilkannya. Metode analisis dokumen digunakan bagi menganalisis pandangan
dan pemikiran beliau terhadap hadith. Analisis akan memfokuskan kepada ulasan terhadap
pemikiran hadith Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor dalam beberapa karyanya dari sudut riwayah
al-hadith, dirayah hadith dan Sharh hadith. Hasil analisis mendapati Dr. Abdul Hayei Abdul
Sukor amat menitiberatkan penggunaan hadith-hadith sahih dalam berhujah. Jelasnya,
sumbangan beliau dalam memperkasakan pengajian hadith di Malaysia cukup signifikan dan
wajar diteladani oleh para pengkaji hadith hari ini.

Kata Kunci: pemikiran hadith, hadith riwayah, hadith dirayah, pengajian hadith
KEILMUAN TURATH DALAM KESARJANAAN PENGAJIAN ISLAM

Dr. Ghazali Darusalam


Pengarah
Pusat Penyelidikan & Pembangunan Keluarga
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya, Kuala Lumpur
drgha@um.edu.my
03-7967 5013 / 019-3913314

ABSTRAK

Istilah Pengajian Islam bukanlah satu terminologi yang kabur atau samar seperti yang
didakwa oleh banyak pihak khususnya daripada kalangan sarjana Barat sehinggakan memberi
kesan kepada para sarjanawan tempatan dengan meletakan semua ilmu turath Pengajian
Islam ke dalam Pengajian Oriental yang sekarang ini dikenali sebagai „Pengajian Asia‟.
Adalah kurang tepat dengan menyatakan istilah Pengajian Islam boleh jadi suatu istilah untuk
semua akademi, sedangkan setiap satu ilmu-ilmu turath dalam konteks Pengajian Islam boleh
berdiri sendiri dengan subsikuen-subsikuen ilmunya. Apatah lagi dengan mengatakan semua
ilmu-ilmu turath dalam Pengajian Islam sebagai pengislaman ilmu. Jika diteliti ilmu-ilmu
turath dalam Pengajian Islam tidak berpisah dan terpecah sebagai ulum al-Akhirah dan Ulum
al-Dunia melainkan bersatu dalam turath al-Islami. Ilmu turath Pengajian Islam mencakupi
dua aspek: Syar‟iah dan Usuluddin, sebaliknya jika kita menyebut Ilm al-Dyn (ilmu agama)
maka termasuk di dalamnya ilmu-ilmu akal seperti; matematik, sains, geografi, sejarah dan
sebagainya.
POTENSI JEPUN SEBAGAI HUB- MAKANAN HALAL DI TIMUR JAUH: SATU
TINJAUAN

Norunnajjah Ahmat,
Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan
Universiti Teknikal Malaysia
najjah@utem.edu.my

Sazelin Arif
Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan
Universiti Teknikal Malaysia
76100 Melaka Malaysia
Sazelin@utem.edu.my

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji potensi negara Jepun sebagai negara utama industri
makanan halal atau hub- halal untuk kawasan Timur Jauh. Ini kerana, industri halal masih
lagi satu perkara yang asing di Timur Jauh. Tidak dinafikan memang China merupakan
negara printis industri halal di Timur Jauh tetapi lemah dalam pelaksanaannya. Malahan
China mempunyai masalah dalam mendapat kepercayaan rakyatnya dalam industri makanan
yang sering dicemari dengan skandal pencemaran, keracunan dan kepalsuan. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif yang menggarap sumber kepustakaan sebagai asas kepada
tinjauan kajian. Kepentingan kajian ini boleh dilihat kepada potensi industri halal yang bukan
hanya lagi tertumpu di negara-negara Islam bahkan di negara bukan Islam walaupun muslim
merupakan golongan yang minoriti di situ. Oleh itu, apabila Jepun memulakan langkah ke
arah industri ini, ia menonjolkan kelebihan Jepun sebagai negara yang berpotensi sebagai
negara hub-halal untuk zon Timur Jauh. Terdapat banyak faktor dari segi dalaman mahupun
luaran yang akan menyebabkan Jepun berpotensi sebagai negara hub-halal Timur Jauh dalam
masa 10 tahun akan datang. Kebarangkalian untuk Jepun menjadi pusat sumber industri halal
di Timur Jauh dan benua lain adalah tinggi berdasarkan prestasi Jepun sebagai negara yang
proaktif dan produktif.

Kata kunci: Industri Halal, Jepun dan potensi


PENGGUNAAN ISTILAH DAN QAWL MU’TAMAD DALAM MAZHAB SHAFI’I

Mohd Aizul Ismon


Akademi Pengajian Islam
Kolej Universiti Islam Melaka

Muhammad Alif Md Aris


Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Mazhab Shafi‟i adalah salah satu mazhab yang muncul daam era perkembangan ilmu Islam.
Kelahiran dan kemahsyuran mazhab ini dibuktikan dengan terhasilnya pelbagai karya-karya
fiqh yang telah ditulis oleh para tokoh dan pendokong mazhab. Namun begitu, di dalam hasil
karya ini, terdapat beberapa istilah-istilah tertentu yang menunjukkan sesuatu makna tertentu
yang tidak diterangkan secara terperinci. Ini menyebabkan timbulnya kekeliruan dan
keraguan dikalangan pembaca dan pengkaji fiqh terutamanya yang baru berjinak-jinak dalam
bidang fiqh ini. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti istilah-istilah dan autoriti
qawl mu’tamad dalam mazhab Shafi‟i. Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah
menggunakan metode kualitatif. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa mazhab
Shafi‟i merupakan salah satu mazhab yang menjadi pengangan majoriti masyarakat
masyarakat Islam pada waktu ini dari sudut fiqhnya. Perkembangan mazhab ini bertitik tolak
daripada kesinambungan para fuqaha‟ Shafi‟iyyah yang meneruskan tradisi ilmu yang
berpandukan manhaj Imam Shafi‟i.
WAQF: TRACING ITS GLORIOUS FOOTPRINTS IN SOCIOECONOMIC
DEVELOPMENT OF UMMAH

Dr. Razali Othman, UPM


Dr. Rohayu Abdul Ghani, UKM

INTRODUCTION

 Over 1400 years ago, Islamic Law developed and recognized a legal expedient under
the name of waqf.
 Under this law of waqf, the owner is permitted to settle his property for the use of
beneficiaries in perpetuity.
 Since then, waqf has turned into an increasingly important institution and source of
funding for socioeconomic development of the ummah.

You might also like