You are on page 1of 9

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA

DISEDIAKAN OLEH:
FAIZA BINTI HASBULLAH
P79759

PROF. DATO’ DR. MOHAMED AMIN BIN EMBI


GGGE6533 PENGAJARAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
budaya

motivasi
persekitaran
/ sikap
Faktor-
faktor

jantina umur
Budaya
• Tahap penguasaan berbahasa murid amat bergantung kepada sejauh mana
pengetahuan bahasa yang diperolehi melalui pendekatan dan strategi pembelajaran
dalam sesebuah kurikulum (Mahzan Arshad, 2003).

• Tahap penguasaan dalam berbahasa dengan menggunakan bahasa Melayu


diharapkan dapat memartabatkan bahasa ibunda atau bahasa rasmi tanah air
sesebuah negara di mata dunia.

• Penggunaan bahasa tidak sahaja dikekang oleh pelbagai kekangan nahu, tetapi juga
oleh pelbagai kekangan budaya semasa berbahasa (Hamid 2011).
Persekitaran
• Bahasa tidaklah digunakan dalam sesuatu kekosongan, tetapi bahasa digunakan
dalam konteks atau persekitaran sosial yang tertentu (Khalidi, 2002).

• Nathesan (1995) menjelaskan bahawa bahasa sememangnya mempunyai hubungan


yang erat dengan masyarakat penutur sesebuah bahasa tersebut. Tambah beliau lagi,
kajian terhadap bahasa tidak dapat dilakukan tanpa mengaitkannya dengan
masyarakat yang menjadi penuturnya.

• Persekitaran linguistik ialah lingkungan di mana murid-murid itu tinggal, dalam


bentuk masyarakat dan individu serta suasana politik tentu sekali akan dapat juga
membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa.
Motivasi
• Robert Lado (1980), menyatakan bahawa apabila seseorang itu mengetahui tentang
relevannya pembelajaran bahasa dengan motivasi, maka dia akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk belajar lagi dan peningkatan dalam pembelajaran akan
berlaku.

• Menurut Habibah (1983), motivasi timbul daripada dorongan semula jadi atau minat
yang diperolehi daripada kuasa dinamis yang mempengaruhi pemikiran, emosi, dan
tingkah laku seseorang. Motivasi adalah sebagai penggiat, pemilih dan pengarah gerak
kerja yang berkait rapat dengan sikap dan minat murid-murid.

• Seseorang murid itu cenderung untuk mempelajari ilmu atas dasar minat yang timbul
dan merasai keseronokan tentang perkara tersebut.

• Zaliza dan Zaitul Azma (2014), mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang
mendorong motivasi murid-murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu, iaitu
kebimbangan untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu di khalayak ramai.
Sikap
• Menurut Naiman (1978), kemahiran berbahasa seseorang murid boleh
dipertingkatkan sekiranya mereka mempunyai sikap positif dalam proses
pembelajaran.

• Gardner (1983), mendapati bahawa tahap kejayaan pembelajaran bahasa dalam


kalangan murid di dalam kelas, sikap merupakan faktor utama kejayaan mereka.

• Kamarudin Hussin (1993), prinsip kesediaan belajar mendapati bahawa proses


pembelajaran akan berlaku dengan lebih berkesan sekiranya di dalam jiwa murid-
murid itu benar-benar sudah bersedia untuk menerimanya.

• Dorongan yang padu dan sikap yang baik sangat perlu untuk menguasai bahasa
kedua (Norsimah, Nadzrah & Nor Hashimah, 2012).
Jantina
• Bacon (1992) pelajar perempuan lebih banyak dan kerap menggunakan strategi
metakognitif iaitu gemar merancang untuk latihan pendengaran, memantau
kefahaman dan menilai strategi mereka. Manakala pelajar lelaki pula lebih kerap
menggunakan strategi terjemahan dan kognitif.

• Zamri (2004) pelajar lelaki banyak menggunakan strategi pembelajaran bahasa dalam
kemahiran mendengar dan menulis dalam DDK, DLK, dan PEP. Pelajar perempuan
menggunakan strategi dalam kemahiran membaca semasa DDK dan PEP. Pelajar
perempuan dan lelaki sama-sama menggunakan strategi pembelajaran bahasa dalam
kemahiran bertutur semasa DDK, DLK, atau PEP.

• Cross (1983) Perbezaan jantina dalam pencapaian bahasa sasaran mempunyai


perkaitan dengan jantina guru bahasa yang bertindak sebagai model ikutan.
Umur

• Erhman dan Oxford (1995) turut mendapati kanak- kanak menggunakan pelbagai
strategi mudah dan ringkas dalam tugasan tertentu. Pelajar dewasa dan berumur pula
lebih fleksibel dalam penggunaan strategi yang umum dan canggih.

• Chen (1994) Perkembangan kognitif individu harus berkembang dengan umur.

• Lightbown & Spada (2003) hubungan antara umur pelajar dengan potensi mencapai
kejayaan dalam pembelajaran bahasa kedua merupakan perkara yang sering di
perbahasakan.

• Pelajar dewasa dan berpengalaman memiliki lebih banyak pengetahuan konteksual


berbanding pelajar berumur sepuluh tahun. Pelajar dewasa menggunakan strategi
secara lebih fleksibel dan mampu mengaplikasikan lebih banyak strategi sokongan.
Rujukan

Amir Juhari dan Noor Zila. (2012). Pengaruh Persekitaran Linguistik dalam
Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua. Universiti Putra
Malaysia : Serdang.
Amir Juhari dan Noor Zila (2012). “Kaedah berkesan dalam pembelajaran bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua”. Kertas Kerja dalam Persidangan PLIOM
Universitas Pendidikan Indonesia 14-15 Jun 2012.
Kamaruddin Hussin (1993). Pengajaran Lisan : Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Robert Lado. (1980). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
Siti Rosnah Haji Ahmad. (2001). Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language
And Culture. Kuala Lumpur : Golden Book Centre.
Zamri Mahamod. (2008). Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa
Melayu. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Zamri Mahamod. (2016). Sosiolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Selangor : Awal
Hijrah Enterprise.
Zulkifley Hamid, (1996). Bahasa Konsep, Fungsi dan Penggunaannya oleh Penutur.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like