You are on page 1of 5

1.

Kod Kursus : GGGE6293


2. Nama Kursus : Aliran Penyelidikan Terkini dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu

3. Kredit : 3
4. Taraf Kursus : Wajib (Pengkhususan)
5. Sinopsis :
Kursus ini membincangkan tentang aliran penyelidikan yang boleh diguna pakai dalam
menjalankan penyelidikan pendidikan. Penumpuan diberikan kepada pendekatan kualitatif
dan kuantitatif. Walau bagaimanapun bagi memenuhi keperluan pendidikan di sekolah,
penerapan kajian tindakan, kajian kes, dan kajian inkuiri naratif juga diberi keutamaan
dalam kursus ini. Oleh ini pengenalan kepada proses pelaksanaan kajian dengan
menggunakan ADDIE, DDR dan lain-lain turut diperkenalkan. Malahan, kursus ini juga
menitikberatkan penghasilan ujian sebelum kajian dilaksanakan dengan melibatkan aspek
pengukuran dan penilaian ke atas soalan-soalan yang dibina.

This course discusses the flow of research that can be applied in conducting educational
research. Focus is given to qualitative and quantitative approaches. However, to meet the
educational needs of schools, the application of action research, case studies, and
narrative inquiry research is also given priority in this course. Therefore, the introduction
to the study implementation process using ADDIE, DDR and others is also introduced. In
fact, this course also emphasizes the production of tests before the study is implemented by
involving aspects of measurement and evaluation on the questions constructed.

6. Pra-Keperluan:
Tiada.

7. Keperluan Kursus1 untuk Menduduki Peperiksaan / Course Requirements to


sit for Examination (Rujuk Buku Panduan Siswazah pindaan 2015).
Pelajar perlu memenuhi keperluan kursus seperti yang ditetapkan oleh program bagi
membolehkannya layak menduduki peperiksaan akhir (jika berkenaan).

1
Keperluan Kursus boleh meliputi bilangan/peruntukan markah tugasan/laporan yang telah dihantar, bilangan/peruntukan
markah ujian yang telah diduduki serta komponen pentaksiran lain sepanjang minggu pengkuliahan dan peratusan
kehadiran (sekiranya ia dikira dalam penilaian kursus). Pelajar yang dihalang untuk menduduki peperiksaan perlu dikenal
pasti selewat -lewatnya dua minggu sebelum peperiksaan bermula dan tertakluk kepada kelulusan Timbalan Pengarah,
Pusat Pengurusan Akademik.
8. Rujukan:

Azizi Yahaya, Peter Voo, Ismail Maakip dan Mohd Dahlan A. Malek. 2018. Kaedah
Penyelidikan dalam Pendidikan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
John Creswell dan Cheryl N. Poth. 2017. Qualitative Inquiry and Research Design :
Choosing Among Five Approaches (4th Edition). USA: SAGE Publications (USA)
John Creswell dan Timothy Guetterman. 2018. Educational Research: Planning,
Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research Plus Mylab
Education with Enhanced Pearson Etext. United States:
Noor Aini Ahmad. 2016. Kajian Inkuiri Naratif. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Othman Lebar. 2016. Penyelidikan Kualitatif. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

9. Senarai Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini, pelajar seharusnya:


HPK1: Menbezakan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dalam penyelidikan
bahasa

HPK2: Membandingbeza metodologi penyelidikan kualitatif dan kuantitatif

HPK3: Melaksanakan kajian kualitatif dan kuantitatif dalam penyelidikan pendidikan


bahasa
10. Pelan Pentaksiran:

Pemboleh (1)/ Penentu (2)


Kaedah Penyampaian Kaedah Pentaksiran2
GGGE6293 Aliran Penyelidikan Terkini Jumlah Jam

Tahap Taksonomi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran

HPP*/HPD**
Pembelajaran

Pembentangan
Bahasa Melayu

UKMFolio
Pelajar, SLT3

Tugasan 1

Tugasan 2
(Jam)

Pada akhir kursus ini, pelajar seharusnya


boleh:

1. Menbezakan penyelidikan kualitatif


dan kuantitatif dalam penyelidikan C6 2  Kuliah interaktif 20 5 25
pendidikan bahasa  Kumpulan kecil
2. Membandingbeza metodologi  Seminar dan
C6 2 20 5 25
penyelidikan kualitatif dan kuantitatif pembentangan
3. Melaksanakan kajian kualitatif dan  E-pembelajaran
kuantitatif dalam penyelidikan A5 2 25 25 50
pendidikan bahasa
JUMLAH MARKAH 40 25 25 10
JUMLAH JAM PEMBELAJARAN 120

2
Had terima untuk peruntukan markah pentaksiran ialah ±5% kecuali sekiranya terdapat percanggahan dengan peruntukan markah yang ditetapkan di dalam Peraturan UKM (Pengajian Siswazah) atau yang setara
dengannya.
3
Jumlah “jam pembelajaran pelajar” (SLT) adalah anggaran untuk tujuan perancangan penyampaian mengikut HPK dan pensyarah perlu mengembangkan jumlah ini mengikut tajuk kuliah mingguan selama satu semester
yang ditawarkan. Had terima untuk masa pembelajaran pelajar yang dibangunkan mengikut tajuk atau minggu ialah ±0.1 kredit.
11. Rancangan Pembelajaran

Minggu Topik
1  Pengenalan kepada Kursus Aliran Penyelidikan Terkini dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
 Apa itu penyelidikan dalam pendidikan?
 Apa itu penyelidikan bahasa?
2.  Falsafah dan Etika Penyelidikan
 Konsep penyelidikan dalam pendidikan
 Pendekatan dan prinsip asas penyelidikan bahasa
 Penerapan pemikiran saintifik ke arah penyelidikan yang berkualiti
3.  Teori dalam Penyelidikan Bahasa
- Pembentukan kerangka konseptual dan teori
- Mensintesis idea baharu
- Fungsi, tujuan teori
- Generalisasi dan menjelaskan adaptasi teori dalam kajian
- Pengaplikasian teori untuk menguji teori
4.  Reka bentuk kajian: Kualitatif
- Pengenalan kepada penyelidikan kualitatif
- Teori dalam penyelidikan kualitatif
- Metodologi
- Alat sokongan untuk menganalisis data kualitatif
- Menulis pelaporan
5.  Reka bentuk kajian: Kuantitatif
- Pengenalan kepada penyelidikan kuantitatif
- Teori dalam penyelidikan kuantitatif
- Metodologi
- Alat sokongan untuk menganalisis data kualitatif
- Menulis pelaporan
6.  Kajian Tindakan
- Kajian tindakan dan perkembangan profesionalisme guru
- Kajian tindakan dan penilaian amalan guru
- Etika dalam kajian tindakan
- Teori dalam kajian tindakan
- Model dan proses kajian tindakan
- Penilaian dan refleksi
- Kesahan dan kebolehpercayaan
- Pengurusan data
7.  Kajian Inkuiri Naratif
- Kajian kes
- Kajian etnografi
- Kajian inkuiri naratif
- Kaedah pengumpulan data (jejak audit)
8. - Penulisan usulan kajian
- Melapor dan merumuskan kajian naratif secara kreatif: Menggunakan gambar
rajah Venn, puisi, jadual serta model
- Gaya penulisan perbincangan dan implikasi dalam laporan
9.  Pembangunan Modul dan Produk
10. - Penggunaan Model ADDIE, DDR, ANSURE dan lain-lain
11.  Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah
- Taksanomi Pembelajaran Bloom
- Objektif penyediaan bahan
- Kesahan dan kebolehpercayaan
- Pembinaan jadual penentuan ujian
- Pengukuran afektif dan psikomotor
- Penafsiran markah dan laporan
- Isu pengukuran dan penilaian
12.  Literasi Plagiat dan Integriti Akademik
- Kesedaran dalam meningkatkan literasi plagiat dan integriti akademik
terhadap penghasilan produk melalui kajian.
- Rujukan: Gaya Penulisan UKM dan Gaya APA
13.  Penyelidikan Bahasa: Trend dahulu, kini dan masa hadapan
- Kajian terdahulu
- Kajian semasa
- Kajian mendatang
14.  Pembentangan Kajian
 Pembentangan Kajian
 Refleksi akhir kursus

You might also like