You are on page 1of 11

Pengenalan

Kanser terjadi apabila sel-sel normal melalui satu proses transformasi yang mengakibatkan sel-sel
membiak luar kawalan. Sel-sel ini akan membentuk suatu tumbuhan atau tumor yang berlainan
daripada tisu asal. Tumor adalah merbahaya kerana ia menggunakan oksigen, nutrien dan ruang sel-
sel sihat seterusnya merebak, akibatnya, ia merosakkan atau mengurangkan upaya tisu berfungsi
secara normal.

 Di dalam badan, tumor boleh merebak ke kelenjar berdekatan atau menular ke anggota lain
melalui perjalanan darah. Proses ini dipanggil “metastasis”.
 Apabila kanser paru-paru merebak atau bermetastasis, tumor di dalam paru-paru dipanggil
tumor primari dan tumor di bahagian badan yang lain dikenali dengan tumor sekunder atau tumor
metastatik.

Sesetengah kanser di dalam paru-paru datang dari bahagian lain dalam badan. Paru-paru merupakan
tempat biasa untuk metastasis. Ini adalah bukan kanser paru-paru. Sebagai contoh, jika kanser prostat
merebak melalui darah ke paru-paru, ia adalah kanser metasatik daripada prostat dan bukan kanser
paru-paru. Ianya merosakkan daya tisu berfungsi secara normal. Kebanyakan tumor metastasis adalah
malignan. Ini bermakna ia merebak dan merosakkan tisu-tisu sihat di sekelilingnnya dan boleh merebak
ke seluruh badan.

Epidemiologi

Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia. Pada tahun 2007
secara keseluruhan, ia adalah kanser ketiga selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di
kalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dan adalah di tempat kelima di kalangan wanita.
Sebanyak 2948 kanser paru-paru telah dilapurkan pada tahun 2006 (1445 di kalangan lelaki dan 603 di
kalangan wanita). Walaupun kadar hidup setelah di diagnosa dengan kanser paru-paru pada peringkat
awal adalah 49% tetapi, hanya lebih kurang 2% sahaja pengidap kanser paru-paru yang telah merebak
ke bahagian lain di dalam badan masih hidup setelah 5 tahun.

Jenis Kanser Paru-Paru

Kanser paru-paru biasanya dibahagi mengikut 2 kumpulan besar bergantung kepada jenis-jenis sel
iaitu:

1. “Non-small cell lung cancer” (NSCLC)  yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
o Adenocarcinoma (30-40%)
o Squamous cell carcinoma  (30%)
o Large cell cancer (10%)
2. Small cell lung cancer” (SCLC)  (20%), jenis ini jarang didapati, tetapi sel-sel kanser membiak
secara sangat pantas dan telah merebak ke bahagian badan yang lain semasa didiagnos.

Jenis-jenis lain kanser paru-paru yang jarang ditemui ialah “carcinoid


tumor”  dan“lymphoma” (5%)

Penyebab Kanser Paru-Paru

Menghisap rokok (90%), sama ada aktif atau pasif, adalah penyebab utama kanser paru-paru .
Penyelidikan sejak tahun 1950an telah menunjukkan dengan jelas kaitan rokok dan kanser paru-paru.
 Asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya telah dikenalpasti
penyebab kanser paru-paru.
 Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat
kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
 Apabila seseorang berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru beransur kurang.
Lebih kurang setelah 15 tahun berhenti merokok, risiko mendapat kanser paru-paru berkurangan
sama seperti seseorang yang tidak pernah merokok.
 Menghisap curut serta paip juga meningkatkan risiko mengidap kanser paru-paru.

Sebab-sebab lain kanser paru-paru ialah:

 Pencemaran udara dari asap kereta, asap kilang dan lain.


 Pendedahan kepada asbestos memberi risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak 9 kali
ganda. Gabungan antara asap rokok dan asbestos meningkatkan risiko setinggi 50 kali ganda.
“Mesothelioma” (kanser yang asalnya dari selaput paru-paru) adalah berkait rapat dengan
pendedahan kepada asbestos.
 Penyakit paru-paru seperti tuberkulosis dan “chronic obstructive pulmonary disease” (COPD)
juga meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser paru-paru.
 Pendedahan kepada radon/radium (bahan yang terjadi daripada uranium) juga adalah risiko
kanser paru-paru.
 Pekerjaan yang terdedah kepada arsenic, kromium, nikel, hidrokarban aromatik dan eter juga
boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.

Apakah Simptom Kanser Paru-Paru?

Anda mungkin tiada simptom atau anda mengalami gejala seperti batuk atau sesak nafas yang mungkin
anda kaitkan dengan sistem pernafasan. Walaubagaimanapun, simptom kanser paru-paru termasuk:

 Batuk atau batuk yang tidak hilang. Memang diketahui perokok mengalami batuk yang kronik
akibat dari asap rokok, tetapi perubahan atau batuk yang bertambah teruk adalah satu gejala
penting.
 Sakit di bahagian dada, bahu dan belakang berpanjangan dan lebih sakit jika menarik nafas
panjang.
 Nafas berbunyi.
 Sesak nafas.
 Suara serak.
 Batuk berdarah.
 Bengkak di bahagain leher atau muka.
 Hilang selera makan dan badan susut.
 Berasa terlalu letih dan lemah
 Kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau “pneumonia”.
 Bentuk hujung jari tangan atau kaki berubah serta membonjol.

Bilakah masa untuk berjumpa doktor?

Dinasihatkan untuk berjumpa doktor apabila perkara-perkara berikut berlaku:

 Terdapat simptom kanser paru-paru


 Batuk atau batuk yang berubah
 Batuk bercampur darah atau batuk berdarah
 Susut berat badan
 Berasa terlalu letih
 Badan berasa sakit dan punca tidak diketahui

Pergi berjumpa doktor dengan kadar segera jika:

 Batuk berdarah dengan kadar yang sangat banyak


 Sesak nafas secara tiba-tiba
 Sakit dada yang tidak hilang
 Lumpuh secara tiba-tiba
 Kabur penglihatan secara tiba-tiba

Diagnosa Kanser Paru-Paru

Setelah mendapatkan simptom dan mendapatkan riwayat, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal.
Selepas itu, ujian-ujian akan dijalankan untuk memastikan diagnosa dan juga untuk mengenalpasti
komplikasi-komplikasi yang terdapat

Ujian-ujian itu adalah seperti berikut iaitu pemeriksaan:

 Darah
 Kahak
 X-ray dada –tidak semua yang abnormal di dalam x-ray dada adalah kanser, misalnya parut,
jangkitan kuman dan pengumpulan kalsium
 Scan bahagian dada (thorax) – ujian ini boleh melihat paru-paru secara tiga dimensi, ia juga
boleh mengukur saiz kanser selain dari itu ia boleh mengesan penularan kanser ke organ-organ
lain seterusnya memberi gambaran tahap atau stage kanser paru-paru
 Bronkoskopi adalah satu prosidur di mana satu tiub fleksible di mana di hujungnya terdapat
sebuah lampu yang disambung ke sebuah kamera. Ini membolehkan doktor melihat di dalam
saluran pernafasan dan jika terdapat sesuatu bonggol atau tumbuh, ia akan dibiopsi untuk
mengenalpasti jenis sel kanser paru-paru
 Pleuroskopi – Ini adalah satu prosidur yang dilakukan apabila terdapat cecair berlebihan dalam
selaput paru-paru yang boleh disebabkan oleh kanser paru-paru, samada primari atau metastatic.
Pleuroskop adalah satu tiub dan di hujungnya terdapat lampu disambungkan ke kamera. Selain
daripada mengeluarkan cecair belebihan untuk dihantar ujian, biopsi juga boleh dilakukan untuk
mengenalpasti jenis sel kanser.
 “Positron Emission Tomography” (PET) scan dilakukan bukan sahaja untuk mengelpasti
kanser tetapi boleh mengesan metastasis.
 Imbasan tulang sekarang jarang dilakukan setelah adanya ujian-ujian lain seperti di atas.
 Mediastinskopi dahulunya dilakukan untuk mengenalpasti metastas tetapi sekarang jarang
dilakukan kerana terdapat ujian-ujian seperti di atas yang kurang invasif.
 Ujian paru-paru dilakukan untuk mengukur fungsi pernafasan seseorang.

Rawatan Kanser Paru-Paru

Rawatan bergantung kepada:

1. Jenis kanser
2. Tahap/”Stage” Kanser
3. Keadaan fizikal dan fungsi pernafasan seseorang

Rawatan yang selalu digunakan adalah:

 Pembedahan – untuk kanser peringkat awal


 Kimoterapi
 Radioterapi
 Kemoterapi dan radioterapi
 Terapi secara target (targeted therapy) untuk kanser paru-paru yang di mana, sel-sel kanser
terdapat “epidermal growth factor receptor (EGFR)”. Untuk kanser jenis ini rawatan secara
pengubatan diberikan dengan ubatan “tyrosine kinase inbihitor” (TKI).Contoh-contoh ubat ini ialah
gefitinib dan erlotinib. Ia akan diambil oleh pesakit secara oral sekali sehari.
 Paliatif untuk peringkat kanser yang sangat teruk

Rawatan susulan

 Selepas sesuatu kanser peringkat awal telah dibuang melalui pembedahan, ada risiko untuk
kembali selalunya dalam masa dua tahun.
 Ujian dilakukan secara berkala untuk mengenalpasi kanser berulang

Rawatan Paliatif

Rawatan paliatif bermaksud rawatan secara medikal atau “nursing care” untuk mengurangkan simtom
dan kesengsaraan dan bukanlah rawatan penyembuhan. Oleh kerana hanya sebilangan kecil sahaja
pesakit kanser paru-paru dapat sembuh, tujuan utama rawatan adalah untuk melegakan simtom.
Rawatan paliataif termasuk:

 Mengurangkan rasa sakit


 Mengurangkan sesak nafas
 Mengurangkan rasa cemas
 Memudahkan tidur
 Rawatan kemurungan

Ini semua dilakukan supaya seseorang pengidap kanser paru-paru boleh menghabiskan sisa-sisa hidup
dengan kualiti hidup yang baik dan boleh melakukan perkara-perkara asas seperti bersolat, sedikit
riadah ringan supaya ia tidak berasa terasing daripada keluarga dan masyarakat.

Pencegahan Kanser Paru-Paru

Buat masa ini tiada cara kos efektif yang boleh mengesan kanser paru-paru pada peringkat awal dan
pesakit biasanya datang pada peringkat yang lewat. Oleh yang demikian, pencegahan yang paling
berkesan adalah tidak terdadah pada asap rokok sama ada merokok secara aktif atau pasif. Pada
mereka yang merokok, dinasihatkan berhenti merokok. Pendedahan pada anasir-anasir yang boleh
menyebabkan kanser juga disarankan.

Rujukan

1. Kementerian kesihatan Malaysia. Malaysia cancer statistics: data and figure Peninsular
Malaysia 2006. [online]. 2006 [cited 2009 Dec 17]; [137 pages]. Available from:
URL:http://www.moh.gov.my/opencms/export/sites/default/moh/report/Cancer/MalaysiaCancer
Statistics_2006.pdf
2. National Cancer Registry Malaysia (Malaysia 2007)
3. eMedicinehealth

Semakan Akhir : 20 Jun 2014


Penulis : Dr. Norhaya Mohd Razali
Akreditor : Dato' Dr. Abdul Razak Abdul Muttalif
Penyemak : Dr. Norhaya Mohd Razali

PENGENALAN

Rawatan Kanser Paru-Paru

Rawatan kanser paru-paru biasanya melibatkan suatu pasukan yang dianggotai oleh pelbagai
disiplin seperti pakar bedah kardiotorasik, pakar onkologi, pakar patologi, pakar radiologi
dan kakitangan kesihatan bersekutu yang lain.

Jenis rawatan yang diberikan bergantung kepada banyak faktor seperti tahap kanser, umur
dan tahap fizikal pesakit, pilihan atau kemahuan pesakit dan samada modaliti rawatan dan
kepakaran yang dikehendaki boleh didapati

PEMBEDAHAN

Pembedahan radikal bagi tujuan penyembuhan hanya boleh dilakukan bagi non small cell
lung cancer yang berada pada tahap 1 dan 2.

Pembedahan radikal membuang kanser ini menawarkan peluang yang terbaik untuk sembuh
tetapi hanya sekitar 25% daripada pesakit adalah calon yang sesuai untuk pembedahan.

Sebelum pembedahan, anda mungkin perlu menjalani ujian fungsi paru-paru untuk menilai
keupayaannya untuk menghadapi pembedahan tersebut.
Pembedahan ini akan mengeluarkan sebahagian/keseluruhan paru-paru dan nodus limfa di
dalam dada, bergantung kepada saiz dan lokasi tumor dan juga tahap fungsi pernafasan
pesakit.

Terdapat 3 jenis pembedahan untuk kanser paru-paru:

Lobektomi

Pneumonektomi

Wedge Resection /Segmentektomi

Lobektomi

Penyingkiran sebahagian daripada paru-paru seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut.

Pneumonektomi

Penyingkiran keseluruhan bahagian paru-paru yang terlibat seperti yang ditunjukkan dalam
rajah berikut.
Wedge Resection / Segmentektomi

Penyingkiran sebahagian kecil paru-paru yang mengandungi tumor seperti yang ditunjukkan
dalam rajah berikut.

TERAPI

RADIOTERAPI
Radioterapi adalah rawatan kanser dengan sinaran X-ray bertenaga tinggi. Radioterapi boleh
diberi secara radioterapi luaran iaitu dipancarkan dari luar badan atau melalui rongga di
dalam badan iaitu radioterapi dalaman.

Radioterapi luaran menggunakan sinaran yang dihasilkan oleh mesin radioterapi dan
diberikan hanya kepada bahagian badan yang mengandungi sel kanser. Jenis radioterapi ini
diberi selepas atau bersama-sama kemoterapi terhadap kanser paru-paru (tahap 3A dan 3B)
bagi tujuan penyembuhan (cure). Bagi pesakit kanser paru-paru peringkat akhir, radioterapi
luaran juga berguna untuk melegakan gejala atau komplikasi akibat kanser seperti:

Rawatan setempat tumor dengan niat untuk mengawal atau meredakan gejala

Melegakan gejala saluran pernafasan tersekat

Melegakan hemoptisis (batuk berdarah akibat tumor)

Mengurangkan sakit dada

Melegakan sakit tulang akibat rebakan kanser ke tulang

Rawatan bagi ‘spinal cord compression’ akibat dari rebakan atau tekanan ke atas saraf
tunjang

Radioterapi dalaman atau brakiterapi menggunakan sumber radioaktif yang kecil (Iridium
192) yang dimasukkan ke dalam lumen bronkus berhampiran tumor. Ia bertujuan bagi
melegakan simptom dan mengawal pertumbuhan tumor dan bukan untuk penyembuhan
(cure)

Radioterapi kanser paru-paru boleh menyebabkan:

◦ Kesan sampingan awal (semasa radioterapi):

Hilang selera makan

Loya

Keletihan

Batuk kering

Pedih ulu hati

◦ Kesan sampingan jangka panjang (selepas radioterapi)

Kerosakan pada tisu papu-paru (fibrosis paru-paru)


Radang paru-paru.

KEMOTERAPI

Ia adalah rawatan dengan ubat anti-kanser (cytotoxics) bertujuan untuk mematikan sel
kanser.

Ia boleh diberikan melalui suntikan ke dalam pembuluh darah (intravena), melalui alat
kemoport atau secara oral (pil).

Ia boleh digunakan secara kombinasi dengan pembedahan dan/atau radioterapi dalam


rawatan kanser paru-paru.

Doktor anda akan menasihati anda tentang pilihan ubat-ubatan kemoterapi bergantung
kepada jenis dan tahap kanser, jenis dan tujuan rawatan yang anda terima dan faktor lain
seperti status fizikal, keadaan perubatan lain dan profil darah.

Antara kesan sampingan kemoterapi untuk kanser paru-paru adalah:

Ulser mulut atau mucositis

Loya

Muntah

Cirit-birit

Keguguran rambut

Keletihan

Hilang selera makan

Demam

Jangkitan

Kecenderungan pendarahan

TARGETED THERAPY

Ini adalah rawatan terbaru yang boleh ditambah kepada pelbagai rawatan yang sedia ada
untuk kanser paru-paru.
Ia menggunakan ‘ubat sofistikated’ dengan sifat cytostatic yang menyasarkan sel kanser
pada peringkat molekul bertujuan untuk mengawal pertumbuhan dan perkembangan sel
tersebut.

Ia digunakan bukan untuk menyembuhkan sebaliknya untuk mengawal kanser.

Ia boleh didapati dalam bentuk pil dan intravena dan boleh digunakan dengan sendirinya
atau dengan kombinasi dengan ubat kemoterapi

Doktor anda akan menasihati anda tentang pemilihan agen bergantung kepada jenis kanser
dan faktor-faktor lain

Antara kesan-kesan sampingan terapi sasaran untuk kanser paru-paru adalah seperti:

Ruam pada kulit

Jerawat

Cirit birit

Keletihan

Loya, Muntah

Protein di dalam air kencing

TERAPI PALIATIF

Ini adalah bentuk rawatan yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan pesakit dan
mengatasi gejala yang timbul daripada paru-paru bermasalah samada dengan mengunakan
rawatan dengan ubat-ubatan, prosedur dan/atau terapi kaunseling. Ia melibatkan lebih
ramai penjawat perkhidmatan kesihatan sama ada dari hospital dan pekerja ikhtisas yang
berasaskan komuniti seperti doktor penjagaan paliatif, pakar sakit, pakar bedah, pakar
onkologi, pakar psikologi, jururawat, pakar pemakanan, ahli fisioterapi/ahli terapi pekerjaan,
kakitangan rumah jagaan / hospital dan lain-lain lagi. Doktor penjagaan paliatif juga akan
berbincang dengan pesakit kanser yang berisiko atau penjaga/ahli keluarga mereka
mengenai isu-isu lain yang penting seperti isu akhir hayat.

http://www.farmashealth.com.my/kanser_paru.html

http://www.care.upm.edu.my/sp/page/2508/rawatankanserparu-paru

You might also like