You are on page 1of 2

Pendahuluan

Al-Quran ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan
hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi
petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus.” (Al Isra’ : 9)

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan


Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap
tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi
Maha Mengetahui”. ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak sekolah ialah untuk melahirkan pelajar
yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan
diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi
penghayatan agama ialah dengan membaca Al-Quran. Setiap orang Islam
bertanggungjawab mempelajari Al-Quran untuk mendapat kejayaan di dunia dan di
akhirat.

MASALAH

Sekolah mengalami masalah dari segi bilangan buku IQRA yang kurang mencukupi
untuk bacaan murid-murid tahap 1 terutamanya ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan juga ketika tasmik. Hal ini mengakibatkan sebilangan murid-
murid terpaksa berkongsi buku IQRA untuk belajar. Manakala ada sesetengah kelas
terpaksa mencari buku IQRA di kelas-kelas yang lain untuk waktu pengajaran Al-
Quran dan menyebabkan masa menjadi singkat. memandangkan sekolah hanya
memiliki sebilangan sahaja buku IQRA, sedangkan keperluan yang perlu dipenuhi
untuk keselesaan PdP berjumlah 500 naskah pada satu-satu masa.

PERLAKSANAAN

Pihak sekolah telah mewujudkan satu badan iaitu Wakaf Al-Quran. Program ini
bertujuan membantu menambah kekurangan bilangan alquran dan IQRA di sekolah.
Pihak-pihak yang ingin mewakafkan IQRA kepada sekolah di alu-alukan untuk
mewakafkan kepada badan wakaf Al-Quran sekolah supaya jumlah IQRA mencukupi
untuk setiap murid. Dengan ini, mereka dapat membaca dan belajar mengikuti waktu
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan sempurna.

OBJEKTIF

1. Pihak sekolah berhasrat melahirkan murid-murid yang celik Alquran.


2. Murid-murid dapat membaca IQRA dengan lancar tanpa ada masalah
disebabkan kekurangan IQRA.
3. Murid-murid dapat menguasai bacaan IQRA dengan cepat.
4. Memupuk kesedaran pelajar ke arah memahami pengajaran daripada Al-
Quran.
5. Membudayakan Al-Quran dalam kehidupan.
SASARAN

Kumpulan sasaran adalah murid-murid tahun 1, 2, dan 3

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi
Pn.Tuan Kamariah binti Nik Sin

Naib Pengerusi
En. Mohd Razif B. Mohd Tahir

Setiausaha
En. Muhammad Zaimi Jamail bin Ismail

Ajk
Pn.
Pn.
Pn.
Pn. Shalma Rina Bt. Pawi
Cik Nik Zuria Salmi Bt. Mat Husin
Pn. Norlaila Bt. Mamat
En.
En.
Pn.
Cik
Pn.
Pn.
Cik Rosyimah bt. Osman@ Ishak
Pn.
Pn. Wan Iryawati bt. Wan Mohamad
Cik

PENUTUP

Usaha menyedarkan dan membimbing murid-murid celik alquran adalah amal yang
sangat murni. Justeru itu, sebagai langkah kearah membudayakan alquran maka
dengan ini diharapkan sumber-sumber dari mana-mana pihak yang ingin
mewakafkan IQRA dapat memberikan harapan kepada murid-murid. Mereka dapat
membaca tanpa ada halangan dan kekurangan seterusnya menjadikan mereka celik
Al-Quran.

You might also like