You are on page 1of 1

M2 Tutorial EDUP2102(Muhammad Luqman bin

Mansor)

1) Apakah yang dimaksudkan dengan stratifikasi sosial?

- Stratifikasi sosial ialah perbezaan atau pengelompokan anggota masyarakat ke dalam kelas-kelas secara
bertingkat.

- Drs. Robert M.Z. Lawang menyatakan bahawa stratifikasi sosial ialah penggolongan orang-orang yang
termasuk dalam sesuatu sistem sosial mengikut dimensi kekuasaan, hak istimewa dan martabatnya.

2) Huraikan berdasarkan contoh kesan positif stratifikasi sosial terhadap pendidikan.

- Kesan positif stratifikasi sosial terhadap pendidikan ialah mewujudkan tingkatan mengikut syarat dan
kelayakkannya. Tidak akan ada bantahan pada tingkatan jawatan tersebut kerana lantikkan tersebut
berdasarkan syarat dan kelayakan. Sistem pentadbiran dan proses pdp dapat berjalan dengan lancar kerana
setiap orang mengetahui bidang tugas dan peranan masing-masing.

3) Apakah yang anda faham mengenai Institusi Sekolah? Kursus singkat menjahit bolehkah dikatakan
sebagai suatu institusi sekolah? Berikan pandangan anda.

Institusi sekolah merupakan satu tempat terjadinya stratifikasi sosial yang dimana mempunyai tingkatan
jawatan masing-masing. Sebagai contoh, adanya jawatan Guru Besar/Pengetua dan Guru Penolong Kanan
yang dilantik atas syarat dan kelayakan mereka. Murid juga datang daripada pelbagai tingkatan. Ada yang
datang daripada Keluarga senang,sederhana dan sudah. Ia akan mewujudkan interkasi sosial antara
mereka.

Kursus singkat menjahit juga merupakan suatu institusi sekolah kerana wujudnya tingkat sosial disini iaitu
guru sebagai pengajar dan pembimbing kursus dan pelajar sebagai orang yang menerima ilmu dan
wujudnya interaksi sosial antara guru dan pelajar.

4) Sejauhmanakah, hubungan yang baik di antara sekolah dan ibu bapa menjadi pemangkin kemenjadian
murid?

Memang tidak dinafikan bahawa hubungan yang baik antara sekolah dan ibubapa menjadi pemangkin
kemenjadian murid. Kerjasama antara sekolah dan ibubapa akan mewujudkan suasana yang harmoni
disamping berganding bahu menyelesaikan masalah yang wujud dalam kalangan murid. Dengan wujudnya
Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya kerjasama antara
ibubapa dan sekolah. Tiada lagi jurang pemisah diantara ibubapa dan guru.

You might also like