You are on page 1of 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon: 03 88845154


ARAS 5&6, BLOK E14, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faksimili: 03 88845047
62604 PUTRAJAYA Sesawang: www.moe.gov.my

TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL


Matlamat utama Transformasi Pendidikan Vokasional Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk melahirkan modal insan berkemahiran
tinggi yang berpotensi untuk menjana pendapatan tinggi seperti dihasratkan
Negara dalam Wawasan 2020.
Pendidikan Vokasional dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan ditawarkan
pada dua peringkat iaitu pada peringkat Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan
peringkat Kolej Vokasional (KV).

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ditawarkan pada Tingkatan 1 hingga


Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan. Murid yang mengikuti program
Pendidikan Asas Vokasional berpeluang mendapat Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) sehingga Tahap 2.
Murid juga akan diberi pendedahan kepada modul asas akademik. Nisbah
komponen vokasional berbanding akademik dalam pendidikan asas vokasional
adalah 70:30. Laporan Deskriptif PAV akan dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM).

1
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon: 03 88845154
ARAS 5&6, BLOK E14, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faksimili: 03 88845047
62604 PUTRAJAYA Sesawang: www.moe.gov.my

KOLEJ VOKASIONAL
Kolej Vokasional ditawarkan di Kolej KPM, Institut Latihan Perindustrian
(ILP) dan Kolej Vokasional Swasta (KVS) bagi lulusan Penilaian Menengah
Rendah (PMR). Kolej Vokasional terdiri daripada 2 program utama iaitu
Program Diploma Vokasional Malaysia dan Program Apprenticeship atau Sistem
Latihan Dual Negara (SLDN).

i. Program sepenuh masa - Diploma Vokasional Malaysia (DVM).


Tempoh pengajian bagi Program Diploma Vokasional Malaysia ialah
selama 4 tahun 3 bulan. Sistem pengajian yang digunakan ialah sistem
semester dimana pelajar akan mengikuti 4 semester program pra-diploma
diikuti 4 semester program diploma.

Selepas tamat 8 semester, pelajar akan menjalani latihan industri (On-


job Training) selama 3 bulan. Latihan ini adalah bagi menyediakan pelajar
untuk melangkah ke alam pekerjaan melalui pendedahan bekerja dalam situasi
sebenar.

Nisbah pengajaran dan pembelajaran bagi modul akademik kepada


modul vokasional bagi program pra-diploma ialah 30:70. Ini bagi memberi
lebih fokus kepada penguasaan pelajar dalam kursus vokasional yang telah
dipilih iaitu daripada aspek teori dan praktikalnya.

2
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon: 03 88845154
ARAS 5&6, BLOK E14, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faksimili: 03 88845047
62604 PUTRAJAYA Sesawang: www.moe.gov.my

Modul akademik yang diajar di Kolej Vokasional adalah seperti berikut:


• Bahasa Malaysia
• Bahasa Inggeris
• Matematik
• Matematik Teknologi / Matematik Pengajian Sosial
• Sains
• Sains Teknologi / Sains Pengajian Sosial
• Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
• Pendidikan Jasmani
• Pendidikan Kesihatan
• Bahasa Perniagaan / Antarabangsa

Pelajar Kolej Vokasional juga akan dilengkapkan dengan pengetahuan


dan kemahiran menghasilkan sesuatu produk atau menyediakan perkhidmatan
yang berkaitan dengan bidang vokasional yang diikuti melalui pendekatan
Production-Based Education (PBE) serta School Enterprise (SE) yang
mendedahkan murid kepada aspek keusahawanan.

Penawaran kursus Kolej Vokasional adalah mengikut keperluan Koridor


Ekonomi Negara. Kursus-kursus Kolej Vokasional pula merangkumi pelbagai
bidang utama seperti bidang Kejuruteraan, Perniagaan, Pertanian, Hospitaliti &
Pelancongan, Penjagaan & Perkhidmatan Masyarakat, Komputer, Logistik dan
Petroleum.

3
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon: 03 88845154
ARAS 5&6, BLOK E14, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faksimili: 03 88845047
62604 PUTRAJAYA Sesawang: www.moe.gov.my

Kurikulum pendidikan vokasional dibangunkan dengan kerjasama industri


dan merujuk kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia.

Program Diploma Vokasional Malaysia pula dilaksanakan dengan merujuk


kepada garis panduan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Pentaksiran bagi Kolej
Vokasional melibatkan dua komponen iaitu pentaksiaran kolej dan pentaksiran
pusat. Nisbah Pentaksiran Kolej kepada Pentaksiran Pusat bagi modul
akademik ialah 30:70 dan bagi modul Vokasional pula ialah 70:30.

4
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon: 03 88845154
ARAS 5&6, BLOK E14, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faksimili: 03 88845047
62604 PUTRAJAYA Sesawang: www.moe.gov.my

ii. PROGRAM APPRENTICESHIP /


SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)
Program Apprenticeship dilaksanakan selama 2 tahun dengan kerjasama
pihak industri. Program ini menggunakan mod Sistem Latihan Dual Latihan
Nasional yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Ciri-ciri Program Apprenticeship:


• Tempoh pengajian selama 2 tahun
• 70% masa di premis industry dan 30% pengajian di kolej
• Kursus yang ditawarkan ditentukan oleh kolej berkenaan mengikut
keperluan industri setempat.
• Modul akademik – Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam
dan Matematik
• Murid akan mendapat Sijil Pelajaran Aliran Kemahiran (SPAK) yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (SKM Tahap 2 dan 3)
hasil daripada pembelajaran industri.

5
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Telefon: 03 88845154
ARAS 5&6, BLOK E14, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Faksimili: 03 88845047
62604 PUTRAJAYA Sesawang: www.moe.gov.my

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Bidang teknikal dikhususkan kepada murid yang cemerlang akademik


pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu
melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bidang bukan
kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT,
pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di
peringkat Diploma IPTA (Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti) Kolej Matrikulasi
Teknikal, Kolej Matrikulasi Umum atau Tingkatan 6.

You might also like