You are on page 1of 85

KPPHM Gesa Majlis Presiden Pakatan Harapan Lebih Pro-Aktif Hadapi Isu...

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

KENYATAAN MEDIA KPPHM

1)Demi keutuhan Pakatan Harapan di dalam menghadapi pelbagai kemelut yang


melanda, Majlis Presiden Pakatan Harapan diminta untuk bertindak dengan lebih pro-
aktif dengan mengeluarkan kenyataan bersama terhadap terhadap apa jua isu besar
seperti kes penubuhan blog ketiga, isu tuduhan rumah KM Pualau Pinang, Presiden
AMANAH yang dihalang memasuki Sarawak, isu penyelewengan dana kerajaan
RM107 juta di dalam KKBS dan sebagainya.

2) Mana-mana pemimpin parti komponen Pakatan Harapan tidak sewajarnya


mendahului Majlis Presiden di dalam membuat kenyataan sehingga ia tidak mencermin
dan memperlihatkan pendirian dan keputusan Majlis Presiden. Apa-apa jua kenyataan
yang dikeluarkan mengenai sesuatu isu oleh mana-mana pemimpin di dalam parti
komponen PH hendaklah dianggao sebagai pandangan peribadi pemimpin tersebut dan
tidak dilihat mewakili pandangan dan pendirian Pakatan Harapan secara
keseluruhannya kecuali ianya telah dibincang, disokong dan disahkan oleh Majlis
Presiden.

3) Parti-parti komponen PH perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan.
Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain.
"Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) di kalangan ahli
komponen PH perlu dihalakan ke arah mempertingkatkan kerjasama di kalangan
komponen PH di dalam mengahadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.
4) KPPHM juga berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu
mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam
menghadapi pilihanraya. Sekalipun "satu lawan satu" itu memang baik dan memberi
kebaikan serta keuntungan untuk pembangkang secara kesuluruhannya, namun,
apabila ianya tidak dilayan dan dihormati oleh pihak lain, maka PH perlu tegas dan
bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun terpaksa bertarung di dalam banyak
penjuru.

5) Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa


menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri daripada
terus menabur benih di angkasa mengharapkan pertandingan dua penjuru. Keutamaan
hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan
bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga kenyataan dan
tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

6) Dengan point (5) di atas, Pakatan Harapan perlu meletakkan "kepentingan rakyat
dan negara" sebagai keutamaan. KPPHM menyokong segala usaha bagi tujuan
menyelamatkan Malaysia daripada terus terjebak dalam pelbagai masalah dan
kepincangan sehingga menyebabkan rakyat dan negara menjadi sengsara dan rosak
binasa lantarannya.

7) Pakatan Harapan tidak perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang dilihat
bersekongkol dengan Barisan Nasional tetapi perlu mengambil tindakan untuk bersama
dengan mana-mana gerakan yang menolak rasuah dan salah guna kuasa.

8) KPPHM ingin mengulangi pendiriannya akan terus menyokong usaha supaya Najib
dan BN ditukarkan agar rakyat dapat melaksanakan agenda reformasi dalam ekonomi,
politik dan sosial di negara ini. KPPHM mahu menggunakan saluran demokrasi supaya
Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Greenboc
Timbalan Presiden
Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia
merangkap
Pengerusi Biro Publisiti dan Komunikasi KPPHM

23 Mac 2016
Dicatat oleh Green Boc di 5:52 PTG
BERGUNAKAH: 

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Harapan perlu bertanding semua kerusi di malaysia, jangan berunding


dengan Pas, musuh dalam selimut...

23 Mac 2016 12:42 PTG

Tanpa Nama berkata...

Jika Pas menang kerusi penentu, boleh percayakah yang Pas akan sokong
Pakatan Harapan untuk perintah....UMNO juga dapat hasil

23 Mac 2016 12:44 PTG

Tanpa Nama berkata...

Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA


Mengajar INTEGRITY... AMANAH dan TAQWA
"NIAT" nya Bukanlah... NOBAT dan HARTA
Kaseh Mem-BERI... "NIKMAT" yg Tak Ter KATA
HALUS dan Kudus... Bak SALJU di Jiwa

Kaseh Mem-BERI... Sifat-NYA ILAHI


Kaseh Mem-BERI... Begitu Jua lah Hamba-NYA
Bersama Sifat-NYA... Hamba-NYA Ber Bakti
Menjelma lah "MIRACLE"... Kedalam JIWA
Dan "MIRACLE" pun Ber GEMA... Keseluruh MAYA

Kaseh Mem-BERI... BULAT Muafakat


Saling Mem-BERI... Indah dan BERKAT
FITNAH Men CURI... MURTAD dan Sesat
Tunggang Ter BALIK... SAKARAT yg Tenat

23 Mac 2016 1:15 PTG

Tanpa Nama berkata...

Yang menjadi masalah ialah apabila Amanah dan DAP sering bersama-sama
maka hanturaya upahan UMNO akan menyerang DAP. Terbaru ialah kenyataan
Hj Hadi yang mengingatkan orang melayu jangan memberi kuasa kepada DAP.

Kerana konon belum pun memerintah DAP mahu menguasai sepenuh nya
ekonomi negara. Tapi siapa kah menanda-tangani TPPA? Dan apahal pulak Tun
Mahathir bersongkol dengan Lim Kit Siang untuk menjatuhkan Najib?

Dan macamana Majlis Presiden mahu dapat kata sepakat selagi masih ada yang
bergayut pada serban Pak Lebai-Pak Lebai. Kita kata Hj Hadi berdolak-dalih
dalam hubungan dengan UMNO tetapi Azmin tetap pulak dengan pendirian
untuk kekal bekerjasama dengan PAS.

Muslihat ke tak ke .. nampak nya permainan jahat Hj Hadi yang mendapat


keuntungan !

23 Mac 2016 2:47 PTG

Tanpa Nama berkata...

Xpe sbb xramai penyokong2 pas yg walaon pas.ramai lagi yg sokong ph


berbanding pasikatan.soal kerusi xyah bincang2 dgn pas,lawan je pas tu jgn kasi
muka,biar dia tau langit tinggi rendah. Pas sombong bongkak biar tenggelam dgn
kesotongan nya

23 Mac 2016 4:41 PTG


Tanpa Nama berkata...

Tahniah gb, satu gesaan yg baik,

Semua parti dlm PH, perlu lebih kuat bekerja, menggerakkan massa dan
menyebarluaskan kefahaman dan peranan PH dalam politik semasa ke seluruh
negara.

Perlu diingat, pengundi di pantai timur khususnya dikampung2 masih dalam


dilema dan diselaputi sikap wala tanpa batas kerana kekurangan info disamping
kedegilan diri.

Fokus utama adalah anak muda, yang mana akan balik mengundi, pastikan
mereka menyokong PH, yg mana sedikit sebanyak memperjleaskan kedudukan
sebenar PH.

Wpun sikap solehuddin nampak bertoleransi dengan Pas dan membuktikan


kematangan politik sebenar, tp harus jgn diulang2. Cukuplah hanya sekali. Kita
perlu tegas dan lebih fokus. Tidak perlu berulang2 mengajak diplomasi, kerana
terbukti PAS sekarang bukan PAS zaman TGNA @ TGFN. PAS sekarang BUTA
DAN TULI.

Permainan politik malaysia 365hari 24jamsehari setahun memerlukan stamina


dan perancangan yg masak dan konkrit.

Fokus.Fokus. Pemimpin haruslah bijaksana mengawal emosi dan mengeluarkan


kennyataan.

Semoga berjaya PH!


23 Mac 2016 5:39 PTG

Malaysiabaru berkata...

Tepat sekali

Pakar taraf dunia Moody investor berkata

Najib kekal PM kerana pembangkang pecah belah

Bodoh pas pis pus ularrrmak sesat sokong najis 2.6b

23 Mac 2016 6:39 PTG

Tanpa Nama berkata...

Pemainan BN UMNO cukup cantik...

Barisan Alternatif lingkup.. Pakatan Rakyat hancus...Angkatan Perpaduan


Ummah pun bersepai...

Bubuh la nama apa pun pembangkang ni.. semuanya kacang saja pd UMNO
BN.. main saja apa isu pun...sumer boleh dibeli...

PAS boleh dibeli..PKR juga senang dibeli.. lagikan DAP..kena harganya.. Perak
terlungkup..Lee Lam Thye boleh berak kapur..
AMANAH..sapa berani bertaruh dgn gua?? 10k cukup la..

23 Mac 2016 8:26 PTG

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ahli2 parlimen dap kurang dilihat menjawab isu yg berkaitan? yg kerap
muncul pun org yg sama...yg defend pun kebanyakannya drpd pkr..pun org
tertentu jugak..alih2 rafizi..kadang dilihat pH kurang menyengat berbanding pR
dahulu...mungkin faktor anwar..

23 Mac 2016 8:30 PTG

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 200% cadangan Tuan!

23 Mac 2016 9:08 PTG

Tanpa Nama berkata...

Atas pentas politik.. kebenaran dan kebatilan adalah seimbang. Tiada


mahkamah boleh menentukan sesuatu itu benar ataupun batil.

Ada rakyat gagal memahami situasi lalu menyokong kebatilan. Dan ada yg
menyokong kebenaran walaupun tidak tahu mana kepala..mana ekornya... Ada
yg memilih kedua2 dan ada yg berkecuali. Hak masing2 kerana politik negara
dunia ketiga adalah berasaskan EMOSI. Itu belum dipetik drpd faktor2 rasuah
dan sogokan..faktor2 pelajaran.. berapa kerat yg berpelajaran tinggi?? yg belajar
tetapi tak cerdik2..perasan matang..kahkahkah.. ruang permainan UMNO BN
cukup luas dan tak bertepi kerana mereka adalah pemilik padang, mereka juga
adalah pengadil, serta mereka juga adalah pemilik segala sukan dimana setiap
peserta yg bertanding perlu membayar segala ufti itu ini.. manakala wakil UMNO
BN.. tidak mengeluarkan apa2 sbb segalanya mcm sistem barter.. amik duit
rakyat..bayar servis itu ini.. satu sen pun x keluar duit poket sendiri..

Jangan ingat semua yg benar menjadi pilihan. Walhal yg batil pun ramai org
benar turut sama berbuat secara senyap. Sbb undi itu rahsia sama dgn tiada
siapa tahu pilihan sebenar antara batil dan benar apabila kedua2 bercampur
gaul.
Seni politik serta kelicikan walaupun kantoi terbongeng terlentang dan
menggelupor berkali2 memungkinkan berjuta2 keputusan kebenaran tidak
muncul sampai bila2.. berjuta2 kebejatan tak timbul2.. malah secara berlapang
dada pula dimaafkan secara konsensus mahupun kolektif..

23 Mac 2016 10:25 PTG

Tanpa Nama berkata...

Fuh. Tuan 8.26. Murah betul tuan nilaikan kepala AMANAH ye. Mintak dinaikkan
lagi nam puloh hengget pasal kena gst. Baru betol..

Adapun itulah nilai pengkhianat yang menyusup ke dalam AMANAH dengan


tujuan buat kacau daun kemudian kononnya dibeli. Kalau menang, dia akan
bawa lari kerusi dengan meja dan opis dia sekali.

Oleh itu. Setiap tokoh amanah wajib bersumpah tidak sekali2 mahu jadi ketua
melainkan dipaksa tiga kali. Tidak hengen pun apa2 jawatan penting. Kalau
dipaksa jugak, mesti buat surat perjanjian bahawa dia boleh dipecat serta merta
kalau nampak lain macam. Tiada ampun. Tiada belas kasihan demi menjaga
keutuhan parti yang dibina fengan penuh derita dan air mata. Nak buat macam
korea utara? Tak pe, silakan. Sain tanda setuju dibedal dengan peluru berpandu
kalau berbuat khianat. Ada berani? Suka2 nak jadi ketua dan minta dihormati
konon. Makan kau nak dihidang lepas tu sebiji pinggan pun tak mahu basuh.
Pegi masuk parti lain le..

AMANAH. Kalau kau boleh duduk sama rata dan tak hinginkan sekupang pun
duit yang bukan hak kau, parti ini tidak boleh ditumbangkan sampai kiamat. Pergi
jumpa tuhan kau dan ambik gaji kau kat sana. Ok?

23 Mac 2016 11:11 PTG

RASUAH: Tahniah Najib Berjaya Letakkan Malaysia No 2 Dalam Dunia

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest


TIME ‘iktiraf’ Malaysia negara kedua rasuah di dunia

Malaysia sekali lagi terus dikenali di pentas antarabangsa tetapi dalam konteks negatif
apabila tersenarai menduduki tempat kedua negara di dunia yang bergelut dengan
rasuah.

Berada di bawah Brazil dalam senarai yang dikeluarkan majalah TIME versi ‘online’ itu,
rekod tersebut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang
ditubuhkan Najib Razak pada tahun 2009.

Penulis, Ian Bremmer melalui artikel bertajuk, “These 5 Facts Explain the State of
Global Corruption” antara lain berkata, hutang 1MDB sebanyak USD11 bilion pada
tahun 2015 manakala USD681,000 telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Menurut majalah berita mingguan Amerika Syarikat itu, Najib mendakwa dana
berkenaan adalah "hadiah" daripada keluarga diraja Arab Saudi dan kira-kira
USD620,000,000 telah dikembalikan.

“Dua minggu lalu, siasatan 1MDB menemui bahawa jumlah yang disalurkan ke dalam
akaun peribadi Najib sebenarnya kira-kira USD1 bilion,” lapor TIME.

Artikel yang meletakkan Afrika Selatan di tangga ketiga diikuti China dan diakhiri Rusia
itu turut menyebut Najib telah menyingkirkan Peguam Negara yang telah mengetuai
siasatan 1MDB.
Tinjauan Malaysia Dateline di laman web TIME hari ini mendapati artikel yang dimuat
naik pada 17 Mac lalu itu berada di tempat teratas daripada lima berita dalam senarai
“Most Popular Stories”.

Bagaimanapun, paparan penarafan gejala rasuah tersebut berserta foto wajah Najib
kononnya menjadi muka depan majalah TIME yang pada masa ini sedang viral di
media sosial disahkan palsu. -Malaysia Dateline

2. Malaysia

That’s not the case with Malaysia. In 2009, Malaysian Prime Minister Najib Razak
established a sovereign wealth fund called 1Malaysia Development Berhad (1MDB) to
help the country attract foreign investment and boost its economy. Long story short, by
2015, 1MDB owed investors $11 billion. As investigations of the state fund got
underway, it was revealed that $681 million dollars had been deposited into Najib’s
personal account. The prime minister copped to the money transfer, but claimed it was
a “gift” from the Saudi royal family, about $620 million of which he says he has returned.
Two weeks ago, the 1MDB investigation uncovered that the total routed into Najib’s
personal account was actually about $1 billion.

Malaysia is a de facto one-party country. All of the country’s six post-independence


prime ministers have come from the United Malays National Organization (UMNO).
That’s why Najib owes his position to his party, not to the Malaysian people—good
news for a man currently polling at 23 percent, the lowest ever for a Malaysian head of
government. He has spent the last half-decade strengthening his position within UMNO,
and the past year since the 1MDB scandal broke purging his party of potential
adversaries. This past summer, Najib fired his attorney general, who had been leading
the 1MDB investigation. Malaysia exemplifies how corruption drives can fall short in
countries with a single political party and weak governing institutions. time.com
ULASAN GB

Di dalam keadaan yang sebegitu parah, anehnya masih ada pemimpin parti politik di
dalam negara ini yang masih tidak sedar diri malah berbangga apabila dapat bersama
dengan PM itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang bersalah akan menerima
hukumannya walau segala cara termasuk dengan "membeli sokongan", digunakan
untuk menutup perbuatan salahlaku itu.

Itulah keyakinan kita. Itu keyakinan orang-orang yang benar-benar beriman.

Dicatat oleh Green Boc di 12:15 PG


BERGUNAKAH: 

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JASA BIJAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA - Saya juga mengucapkan


TAHNIAH kepada kejayaan bertaraf rekod dunia - World number 2! Tentu
pemangkah2 BNatang happy dengan kejayaan ini. Kalau tak puas hati saman je
majalah TIME ni, dan letakkan Malangsia ke tangga pertama.

23 Mac 2016 9:59 PTG

Tanpa Nama berkata...

Mana nak cari PM paling penyabar di donia

23 Mac 2016 10:22 PTG

Tanpa Nama berkata...

Hj hadi tak bagi tau kat PM rasuah tu haram kpd orang islam sebab di kelantan
yg dipimpin ulamak pun berlaku jugak sehingga berantakan dengan
husam.bangkali geng serban tak dosa.Kerana melibat pM panglima umno diam.
23 Mac 2016 11:31 PTG

lelaki dicermin berkata...

Gumbira aku...harap2 tahun depan no 1..

23 Mac 2016 11:33 PTG

mustapa m said berkata...

Malunya rakyat Malaysia yg berbangga ada seorang PM yg paling penyabar.


Mungkin tahun depan Malaysia dapat No. 1 sbg negara paling rasuah. Tahniah
kpd seluruh penyokong umno/bn.

23 Mac 2016 11:42 PTG

omar daud berkata...

Salam

Nak dengar komen si Penasihat tersohor negara.

23 Mac 2016 11:46 PTG

Tanpa Nama berkata...

Kisah bagaimana Bani Israel telah dilaknat Allah patut jadi iktibar. Pada awalnya
tok2 lebai larang para pembuat dosa dari perbuatan maksiat yang sedang
mereka lakukan. Tapi esoknya para pendosa masih tetap dengan maksiat
mereka. Akhirnya tok2 lebai duduk2,minum2 dan makan2 bersama para
pendosa dan tidak lagi mencegah maksiat yang masih dilakukan...akhir semua
kena laknat.

24 Mac 2016 12:07 PG

Tanpa Nama berkata...

Najib memandai-memandai pulak kata Rasuah adalah musuh Nombor Satu.


Kalau musuh macamana Malaysia menduduki tangga ke Dua di dunia?

Najib bertanggungjawab membersihkan rekod buruk Malaysia. Rakyat yang


keluar negara samada atas sebab perniagaan, sukan atau lawatan kerja
bersusah-payah mengharumkan nama Malaysia. Najib mesti lakukan sesuatu.

Yang paling baik ialah Najib berundur.

Oh!! Patutlah Najib Tak Saman-saman Lagi WSJ...

Setelah minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun..
akhirnya terdedah juga kenapa hingga ke hari ini Najib masih belum saman WSJ yang
pada mulanya dikatakan memfintan dirinya tentang RM2.6 Billion itu..

Bukan kerana Najib takut akan terbongkar segala kebenaran.. bukan juga kerana Najib
tidak dikenali di Amerika Syarikat seperti yang didakwa Peguam yang mewakilinya..

Bukan kerana Najib tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau
tidak begitu dikenali di sana kononnya...

Tapi.. sebenarnya kerana beliau terlampau penyabar...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akui hairan
dengan sikap suaminya yang disifatkan sebagai terlampau penyabar. 
Malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia. 
"Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar. 
"Tapi macam beliau kata, jangan 'cross the line'. Di rumah, saya dan anak-anak selalu
pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu. 
"Agaknya kalau saya dan anak-anak 'cross the line'. Tak tahulah macam mana beliau
respons," katanya berseloroh ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru, di
sini, hari ini. 
Beliau juga sempat bergurau mengatakan, "kalau telinga dia (Najib) sudah merah,
ketap gigi...lebih baik kita lari." 
Rosmah turut berkongsi kata-kata Najib kepadanya ketika beliau bertanya tentang
pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 
"Saya tanya kenapa buat GST. Beliau cakap, 'saya nak jadi pemimpin yang
bertanggungjawab kepada rakyat bukan pemimpin yang populis'," katanya. 
Dalam pada itu, ketika menjawab tentang anasir kebencian yang menular dalam
masyarakat hari ini, Rosmah berkata itu budaya yang tidak sihat. 
"Saya rasa ini satu sifat yang harus dihindarkan. Kita harus memupuk semangat positif
kemudian kita akan mempunyai minda, sikap dan keluarga yang positif. 
"Memanglah kita ada pendapat yang berbeza tapi itu bukan alasan untuk kita
membenci seseorang," katanya lapor Sinar

Kah.. kah.. kah.. penyabarlah sangat..

Biar Betul | BREAKING NEWS: Najib Razak akan ditangkap oleh FBI !!!

Sharifah Sofia Syed Rashid


1 hr · Dubai, United Arab Emirates ·

Nampak gaya semakin hari semakin panas pendedahan dari The Wall Street Journal .
Sharifah Sofia Syed Rashid II telah dimaklumkan bahawa Najib Razak akan ditangkap
oleh FBI kerana terbabit dalam isu rasuah dan penggubalan wang haram antarabangsa
dlm isu 1MDB sebelum penghujung tahun 2016. Kecoh di media-media antarabangsa
sekarang ini apabila beberapa buah negara sedang menyiasat isu 1MDB sehingga ke
lubang cacing.
Oleh kerana media-media di Malaysia takut, bacul, dayus dan tidak berani melaporkan
hal yang sebenarnya. Justeru itu sofia mengambil peluang untuk war-warkan bahawa
pada 25/02/2016 tadi FBI sudah pun mengeluarkan waran tangkap ke atas Najib
Razak. Oleh kerana ada beberapa yang belum selesai Barack Obama menangguhkan
waran tangkap tersebut
smile emoticon

Oleh kerana maklumat ini sulit sofia dinasihatkan untuk tidak dedahkan maklumat
terperinci tentang waran tangkap tersebut kerana ia masih dalam simpanan kerajaan
US !

kesimpulannya ingin dinyatakan di sini. Firaun yang mengaku Tuhan pun boleh hancur
dan kecundang. Suharto yang bapak rasuah pun boleh tumbang. Inikan pulak Najib
Razak pahlawan berdarah bugis. Maka itu jangan terlalu angkuh, sombong dan riak
dengan mengatakan Najib Razak kebal dan tidak boleh ditumbangkan

SEBARKAN..........................
at 00:59
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

PRU14 Semakin Hampir Dan Tanda Jelas PAS Kelantan DiKencing UMNO

Oleh ramziredang

"PRU14 sudah menunjukkan tanda ia sudah semakin hampir. Isu rumah Lim Guan Eng
cuba diSPRMkan. Saya percaya selepas ini mungkin giliran kelantan. Kalau mengikut
perangai tradisi UMNO, kes balak, atau kes beli kereta murah Nik Amar pasti akan di
tayang di kaca tv ketika tibanya pilihanraya nanti. Ia mungkin dipendap seketika kerana
masanya belum tiba. Tetapi perjanjian pengagihan wang royalti minyak beberapa hari
yang lalu, antara putrajaya dengan MAIK dan JPP(bukan kerajaan negeri Kelantan)
jelas memberi tanda bunga bunga pilihanraya telahpun mula berputik

Perjanjian pembayaran royalti yang diberi bukan kepada kerajaan negeri,


menggambarkan memang 'politik matang' PAS kelantan dan Ahmad Yaacob jelas
bertukar menjadi 'politik malang'. Nik Amar bukan lagi dikencing oleh UMNO, malah
memang telah terminum kencing UMNO. Teringat saya kata kata Nik Amar, "macam
orang nak berniaga, kalau takut rugi baik tak usah niaga". Jawapan Nik Amar ketika
ditanya kenapa percaya kepada UMNO.

Mungkin saat sekarang Nik Amar masih ada cinta kasihnya kepada UMNO. Sebab kata
katanya ingin istihar perang habis habis selepas bulan oktober belum direalisasikan.
Sekarang sudah bulan Mac. Melepasi lima bulan melebihi tempoh gencatan senjata
yang diumumkannya.

Atau mungkin senjata yang dia ingin gunakan untuk berperang itu adalah senjata di
dalam seluar Nik Amar, malu untuk dihunus depan orang ramai. Atau mungkin senjata
ada, telur tak ada

Mengikut ramalan saya, jika betul dari segi perkiraan hisab dan congak bahagi, satu
masa nanti Nik Amar akan menjadi orang yang paling benci terhadap UMNO. Mungkin
dia akan istihar kepada anak cucunya jangan lagi percaya kepada UMNO. "Jangan jadi
bodoh seperti atuk, wahai cucuku. Jangan minum air kencing UMNO sepertimana atuk
sanggup minum, wahai cucuku"

Kerana apa saya membuat ramalan dan perkiraan hisab seperti itu? Kerana Nik
Amarlah orang yang bakal berpeluh sejuk kaki tangan bila UMNO membuka kisah
dirinya. Pembahagian wang royati kepada MAIK dan JPP menunjukkan UMNO benar
benar ingin berperang habis habisan dengan PAS Kelantan. UMNO benar benar ingin
merampas Kelantan. Ia adalah satu penghinaan jelas terhadap Nik Amar. Kepercayaan
PAS kelantan terhadap Najib, hubungan akrab Nik Amar dengan asyraf wajdi umpama
seperti kata pepatah, "diberi susu dibalas tuba"

Apabila ingin berperang apa lagi senjata yang akan digunakan UMNO?

Sudah pasti senjata rasuah dan penyelewengan. Kita pernah dengar isu Perkayuan
Kelantan, isu balak yang ditahan, isu pembelian kerata murah Nik Amar, isu pembelian
rumah juta ringgit anak anak menteri besar, isu hutan simpan yang digondol, isu
penyelewengan balak dilaluan lebuhraya dan banyak isu. Kenapa ia tidak heboh dan
senyap semacam? Tidakkah kita tertanya tanya seolah olah ini adalah pelik bagi UMNO
kenapa berdiam diri?

Kerana ia adalah makanan UMNO. Ia adalah senjata istimewa UMNO. Senjata ini pasti
digunakan habis habisan bila PRU hampir tiba. Akan terlondehlah kain kain pelikat tok
lebai PAS kelantan. Akan terselaklah jubah. Kemaluan besar pasti terbuka.
Nasihat saya simpanlah baik baik gambar Ahmad Yaacob sedang tersenyum bersalam
dengan Najib di pejabat PM. Kerana ia mungkin, saya ulangi, ia 'mungkin' menjadi
lambang kebodohan dan keruntuhan kerajaan PAS kelantan, yang dibina oleh Tok
Guru Nik Aziz. Ia mungkin menjadi lambang, lubang tempat dipatuk kedua ketiga atau
puluh puluh kali oleh ular yang sama sepertimana telah diberi amaran oleh Tok Guru
Nik Aziz.

Pasti selepas ini rakyat kelantan akan dapat merasa sedikit kemewahan duit hasil
minyak. Tetapi ia tidak diagihkan melalui kerajaan negeri. Ia akan diagihkan melalui
JPP dan MAIK. Kerajaan negeri tetap akan dibiar miskin.

Kalau dulu rakyat kelantan akan sanggup berkorban demi kerajaan PAS yang baru
dibina. Rakyat tetap ikhlas menyokong kerana peribadi Tok Guru Nik Aziz yang
tawaduk dan tidak mengejar keduniaan. Hidup cara ringkas dan tidak mewah.

Tetapi kini rakyat mula tertanya, untuk apa lagi mereka bersusah susah sedangkan
pemimpin PAS sekarang bermewah mewah. Di saat rakyat tidur dalam kemah berbulan
bulan, kenapa pemimpin Pas tidak sensitif terhadap perasaan rakyat, seolah olah
dilupakan . Jangan ingat ini semua tidak menjadi dendam di hati rakyat.

Serangan habis habisan oleh UMNO pasti akan bermula juga. Saya rasa pilihanraya
Sarawak akan menjadi garis panduan bagi Najib. Andai pilihanraya Sarawak BN
menang besar sudah pasti PRU 14 tidak akan sampai ke tahun 2018.

Semakin besar BN menang di Sarawak, semakin besar juga serangan BN terhadap


PAS kelantan. Andai benar benar ini berlaku, maka akan berantakanlah sesama
pemimpin PAS dan akan bermulalah episod saling salah menyalahkan antara satu
sama lain di antara pemipin PAS. Maka tersenyum lebarlah Dr Zuhdi Marzuki

Wama karu wama karallahu wallahu khairul maakirin , kita merancang Allah juga
merancang, dan Allah sebaik baik perancang

wallahu a'lam

Adakah Nik Aziz punca Melayu sokong DAP dan kini Haji Hadi sedang menebus
kesilapan Nik Aziz itu..!!
Apa bezanya isu Pembelian RUMAH GUA ENG dengan Pembelian RANGE ROVER
NIK AMAR..???

Oleh Al-Ekhsan Mustaffa


Hari ini kecoh bab LIM GUAN ENG beli rumah dengan harga murah... yang kecoh tu
pulak bukannya cybertrooper UMNO BN tapi sahabat lama dalam parti PAS dimana
mereka seperti beruk dapat bunga apabila isu ini dilontarkan oleh MP BN dalam
parlimen semalam...

Mereka menghubungkaitkan kes LIM GUAN ENG dengan kes KHIR TOYO yang telah
didapati bersalah dahulu... so far bab salah tak salah nie saya malas sentuh dan
serahkan ia kepada SPRM...

Yang saya nak sentuh disini ialah jawapan LIM GUAN ENG berkenaan isu tersebut..

SINAR HARIAN - 19/03/2016

Transaksi jual, beli banglo dibuat secara rela hati

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar
berkaitan isu banglo dua tingkat bernilai melebihi RM2.8 juta yang beliau beli di Jalan
Pinhorn, di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak hari ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mendakwa
transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn yang berharga RM2.8 juta itu dibuat
secara rela hati antara pembeli dan penjual tanpa sebarang paksaan.

Guan Eng berkata, transaksi itu berasaskan kesanggupan secara bebas dan rela hati di
antara beliau dan penjual yang membawa kepada rumah jenis banglo dua tingkat di
Jalan Pinhorn yang berusia 30 tahun itu dibeli dengan harga berkenaan.

"Saya membeli dengan mengambil pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta dan baki
RM700,000 dibayar secara tunai berdasarkan apa yang saya terima (gaji) sebagai
Ketua Menteri dan wakil Rakyat.

"Kontrak penjualan rumah ini umpama seperti perkahwinan - ia terpulang kepada


kedua-dua pihak masing-masing secara rela hati untuk memutuskan harga yang sesuai
atau teman yang sesuai," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Komplek
Tun Abdul Razak (Komtar) hari ini.

Semalam, Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk


Shabudin Yahaya yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor telah meminta Jabatan
Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) untuk membuat penilaian berhubung
hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn, sedangkan
nilai semasa rumah tersebut dikatakan lebih RM3 juta.

Guan Eng yang enggan menerima sebarang soalan berhubung isu itu, hanya membaca
kenyataan dan turut mencabar Shabudin untuk bersemuka secara satu-sama-satu di
hadapan media massa di pejabatnya untuk berbincang berhubung isu berkenaan.

"Saya akan menunggu Shabudin di pejabat pada Ahad ini 20 Mac, 11 pagi untuk
berbincang dan mencari kebenaran daripada fakta, di hadapan semua media," katanya.

Katanya, adalah tidak benar untuk mengaitkan pembelian rumahnya pada tahun 2015
dengan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang dijual pada tahun 2012 apabila
penjualan tanah itu dijalankan melalui tender terbuka yang kompetitif.

Shabudin turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat


dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya
diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). -
Bernama

Jika dilihat jawapan LIM GUAN ENG ia ada ayat membeli rumah tersebut keputusan
kedua belah pihak dimana tuan rumah rela hati nak jual dengan harga tersebut...

dan saya nak kaitkan cara pembelian rumah LIM GUAN ENG dengan cara pembelian
kereta RANGE ROVER oleh NIK AMAR dimana beliau juga mendapat offer dari kawan
dia untuk membeli kereta tersebut dengan harga rendah dari pasaran....
ASTRO AWANI :27/08/2015

Mohd Amar mengaku beli Range Rover

KUALA LUMPUR: Setelah tersebar di media sosial dakwaan memiliki beberapa


kenderaan mewah, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
mengakui membeli kenderaan pacuan empat roda Range Rover bernilai RM200,000.

Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu berkata, Range Rover tersebut
dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana ia kereta terpakai (second hand).

"Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan


baharu sekitar RM300,000," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS itu.

Namun Harakahdaily tidak melaporkan sama ada pendapatan Mohd Amar selaku
timbalan menteri besar melayakkan beliau memiliki beberapa buah kereta mewah
seperti yang tersebar di media sosial.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pula didakwa membina lima
rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta.

Namun ia dinafikan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud yang menjelaskan
dakwaan itu tidak berasas memandangkan rumah terbabit dibina sendiri anak Ahmad
melalui skim pinjaman perumahan.

"Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut. Ia tiada kaitan langsung
dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta," katanya.

Katanya, dakwaan itu tidak bertanggungjawab dan merupakan fitnah berat terhadap
menteri besar memandangkan perkara itu tidak wujud.
"Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Hakikatnya, beliau
meneruskan sikap kesederhanaan seperti Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat).

"Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi menteri besar dan memulangkan
kembali elaun yang sepatut diperolehnya kepada kerajaan negeri," katanya.

Jadi pesanan kepada kawan2 lama tak payah lah kot nak berpolitik macam nie....jangan
seronok sangat lihat salah orang sedangkan apa yang berlaku dalam kain kita sendiri
kita buat2 tak nampaknya..

Jika LGE salahguna kuasa silakan tak ada masalah...SPRM ada dan nak takut apa
SPRM bab nak cari kesalahan pembangkang memang cekap dan pantas jadi kita serah
kpd mereka....

Macam kata kawan kita nie.

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Kalau LGE beli kondo tu secara salah guna kuasa, rasuah, tidak ikut peraturan atau
merampas hak orang lain, sila ambil tindakan undang-undang.

Tapi kalau nak ambil tindakan kerana banglo tu lebih mahal berbanding rumah presiden
parti Pas, itu nak pakai undang-undang mana?

LGE tiru Umar bin Abdul Aziz dalam perkara yang dia boleh tiru. Sama macam
presiden parti Pas tiru Nabi dalam perkara yang dia mampu tiru. Bukan semua orang
mampu tiru idola mereka dalam semua perkara.

LGE tu kafir. Biasalah orang sepertinya sukakan nikmat dunia. Takkan nak paksa dia
hidup macam presiden parti Pas yang muslim.

Jika dia mampu jadi ketua negeri yang baik dan amanah, itu sudah bagus berbanding
ketua negeri beragama Islam yang baham balak dan baham tanah.

Aku bela LGE? Kalau dia betul, apa salahnya aku bela sebab dia manusia macam aku
juga.

Muhyiddin Dedahkan Najib Bohong Dalam Parlimen Tentang Duit Di


Singapura..
Pengkritik sentiasa mempersoalkan sama ada pelaburan AS$1.103 bilion 1MDB di Kepulauan
Caymans, syurga kewangan pesisir pantai, yang disimpan di Singapura benar-benar wujud.

Jawapan kerajaan di parlimen kemudian menyatakan ia disalah tafsir sebagai tunai, sebaliknya
dalam bentuk “unit”.

Bagaimanapun, bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu satu masalah dan jika di negara lain
perdana menteri boleh disingkir di parlimen kerana “tidak menyatakan dengan betul”.

Bekas orang nombor dua kerajaan yang digugurkan selepas lantang mengkritik dalam isu 1MDB
itu mendedahkan, beliau pernah membangkitkan perkara itu kepada Datuk Seri Najib Razak
sendiri tetapi perkara itu gagal dijawab.

“Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini
hujung minggu lalu.

Dalam wawancara di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, Muhyiddin juga
mendedahkan dakwaan butiran penjelasan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Zeti Akthar Aziz
dengannya.

Antara dimaklumkan padanya, dakwa Muhyddin, berhubung “kepincangan” yang berlaku dalam
1MDB, yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum
maksimum RM50 juta.

Seorang pegawai Bank Negara ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan itu atas alasan ia
berkaitan dengan politik.

Najib dan 1MDB telah menafikan melakukan sebarang salah laku dan mendakwa terdapat
konspirasi untuk menumbangkan perdana menteri.

Tapi apa lagi kata Muhyiddin?


Ikuti sedutan petikan wawancara Malaysiakini dengan timbalan presiden Umno yang digantung
tugas itu:

Malaysiakini: Tan Sri kata tahu lebih sedikit tentang 1MDB.

Muhyiddin: Lebih sedikit dari orang biasa sudah pasti. Di Teluk Kemang saya kata saya tahu
lebih sedikit. Tapi umumnya saya TPM waktu itu, saya berpendapat pecahnya berita 1MDB,
saya harus mengetahui apa yang sedang berlaku, tentang proses dan maklumat yang dikumpul
oleh pelbagai pihak.

Saya terpaksa mendapatkan maklumat melalui Bank Negara, gabenornya ataupun... polis,
SPRM, atau peguam negara yang lalu.

Bagi saya, saya sebagai orang nombor dua, saya ada hak. Bukan untuk mencampuri urusan
penyiasatan. Kalau isu 1MDB sudah sampai serius, kalau penyiasatan dilakukan berhubung kait
dengan PM, kalau apa-apa berlaku, haruskah TPM kata tak tahu dan lepas tangan?

Macam Bank Negara, Zeti, yang mana dia kata pasal Bank Negara institusi yang
bertanggungjawab memastikan kewangan negara berjalan dengan betul bawah akta bank.

Dan bila saya bertanya, RM1 bilion dolar yang dia bawa balik dari bank BSI Singapura, lepas itu
PM buat kenyataan di parlimen dan kata, “Ya wang itu ada masuk”.

Selepas itu dimaklumkan tidak ada duit dimasukkan. Dan dia kata kemudian...

Unit?

Unit.

Jadi saya tanya gabenor, what is this all about as dia regulator? Dia (Zeti) kata, “Benar Tan Sri
tak ada duit”.

Dan saya guna maklumat itu saya jumpa PM.

Dan satu ketika saya tanya, you spoke this in parliament, you respond this in parliament and you
kata ada duit, tetapi sekarang ini tak ada duit.

Bagi saya itu satu masalah dan kalau di tempat lain, PM can be impeach (disingkir) kerana tak
menyatakan dengan betul.

Dia terdiam. Dia tak jawab dengan saya. Dan perkara itu disahkan oleh gabenor Bank Negara.

Bila (pertemuan) ini Tan Sri?


Dalam tahun lalu, 2015. Waktu saya dalam kerajaan dan dia maklumkan kepincangan yang
berlaku dalam 1MDB, yang langgar financial services act. Dia maklum pada saya, boleh
dihukum maksimum RM50 juta. Ini maklumat dari gabenor. Dan kesalahan boleh dipenjara 12
tahun. Dia jelaskan pasal saya tak tahu maksud dia apa.

Saya diberitahu penemuan, penyiasatan Bank Negara dibuat oleh1MDB dan disebut kelulusan
yang diberi dan kesalahan seperti kelulusan A dibuat untuk kelulusan B. Itu satu kesalahan. Itu
yang saya dapat tahu.

Dan ia dilakukan siasatan, peguam negara yang lalu sudah dipecat dan diganti dengan peguam
negara baru. Bila yang baru naik bawa laporan itu, apa hasilnya? Ditolak oleh peguam negara,
tutup kes.

Saya bertanya balik dengan Zeti kenapa ia harus tolak? Bukankah Nank Negara sebuah institusi
kewangan negara yang berprestij? Zeti sendiri antara gabenor Bank Negara terbaik di dunia.
Pastinya, cara proses-proses dibuat dengan teliti dan ada bukti kenapa tidak ambil tindakan.

Singapura, UK, Switzerland, AS sedang siasat 1MDB, tapi kita nak tutup kes. Bagaimana
pandangan Tan Sri?

Tak wajar sebab saya rasa mungkin rakyat tak puas hati bahawa kes telah selesai. Mungkin dari
segi undang-undang yang disebut peguam negara telah selesai. Tapi di mahkamah rakyat ia
belum selesai pasal tak puas hati dengan keputusan itu sebab ada campur tangan dan tidak telus.

Maka tidak seharusnya dianggap telah selesai, bagi sayalah. Di luar negara itu bidang kuasa luar
negara pasal undang-undang yang mereka ada sedang digunakan. Berkaitan money laundering,
salah guna sistem perbankan, kalau mengikut perkembangan, yang ada bukti kena ambil
tindakan dan kita tidak boleh campur urusan itu.

Isu 1MDB tidak hanya dibatasi oleh sempadan Malaysia, ia melangkau ke peringkat
antarabangsa dan global dan terserah pada pihak berkuasa negara itu apa yang mereka nak buat.

Tan Sri melihat kerajaan telah gagal dan parti dalam Umno sendiri ambil tindakan dalam
hal ini?

Saya tidak nampak, dalam soal ini bukan politik. Yang penting institusi itu kerana ada kuatkuasa
undang-undang. Umno mana ada undang-undang, Umno badan politik.

Cuma Umno badan politik untuk dilihat bertanggungjawab Umno harus bertindak atas landasan
yang betul, ikut undang-undang. Bermakna kalau lihat kepincangan seperti hal ini, Umno tidak
boleh berdiam diri. Tetapi dilema yang dihadapi kerana hal yang disebut ada kaitan dengan
kepimpinan Umno.

Bersediakah ahli Umno yang berani mempersoalkan perkara itu? Saya mempersoalkan saya
dihukum. Jadi harus mereka balik pada landasan asal kenapa Umno berjuang? Kerana kebenaran.
Jadi perkara tak betul kena betulkan, bukan rosakkan.

SAMAN NAJIB: ADAKAH BENAR SERIUS ATAU IANYA GIMIK?

Saman Dr Mahathir terhadap Najib hanya gimik politik - Nur Jazlan Dr Mahathir,
Khairuddin, Anina saman Najib halang siasatan 1MDB, dana RM2.6b Astro Awani | Mac
23, 2016 12:40 MYT Dr Mahathir, Khairuddin, Anina saman Najib halang siasatan
1MDB, dana RM2.6b Bekas PM itu bersama-sama dengan Khairuddin dan Anina
failkan satu tindakan mahkamah hari ini. - Gambar fail KUALA LUMPUR: Bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah menfailkan saman terhadap
Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort
misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam
menjalankan tanggungjawabnya. Selain Dr Mahathir, dua plaintif lain termasuk bekas
Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu hssan dan bekas
Wanita UMNO Anina Saadudin. Saman tersebut telah difailkan melalui firma guaman,
Tetuan Haniff Khatri. Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir menfailkan saman
terhadap Najib.

Anina Saadudin added 2 new photos. 3 hrs · Assalamualaikum dan selamat pagi
Malaysia. SEKALI LAGI saya memgambil keputusan nekad mengheret Najib Razak ke
muka pengadilan di mahkamah yang mulia. Kes terbaru telah difailkan di Mahkamah
Tinggi sebentar tadi jam 10.30 pagi. Kali ini saya bersama-sama TUN MAHATHIR
MOHAMMAD dan DATO SERI KHAIRUDIN berhadapan Najib Razak di mahkamah
yang mulia jika benar beliau Perdana Menteri Malaysia yang berani kerana benar.
Perjuangan ini perjuangan rakyat Malaysia. Perjuangan ini demi masa depan setiap
anak cucu rakyat Malaysia. Setapak tidak akan kami undur kerana di belakang kami
adalah 30 juta rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama mahupun fahaman politik.
Nantikan kenyataan peribadi saya menjelang petang. Cinta untuk Malaysia! Anina
Saadudin
Ketiga-tiga plaintif merupakan individu menandatangani 'Deklarasi Rakyat' yang
menuntut perletakan jawatan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada awal
Mac. BACA: Tun M, pemimpin pembangkang tandatangani 'Deklarasi Rakyat'
desak Najib letak jawatan Menurut mereka, Najib sebagai PM, pengerusi Barisan
Nasional, presiden UMNO di atas tindak tanduk sengaja menghalang,
mencampuri, menindas dan menindas siasatan dan inkuiri berhubung skandal
1Malaysia Development Berhad (1MDB) berserta kemasukan dana dalam
anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya. Mereka
juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalahgunakan
kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.
Tahun lalu, Anina telah menfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja
UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh menuntut pembayaran balik RM2.6 bilion, yang
didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di
Singapura.

Berita Gempar..

Ketua Penerangan Umno Didakwa Pecah Amanah. Ketua Penerangan UMNO


Cheras, Zamri Redzuan, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas
tuduhan melakukan pecah amanah ke atas cek berjumlah RM4,350.

Berita Harian Online melaporkan, Zamri, 50, yang melakukan perkara itu dua tahun lalu,
bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca
di hadapan Hakim, Mohd Nasir Nordin.

Berdasarkan fakta pertuduhan, Zamri yang merupakan Ketua Cawangan UMNO Jalan
Pasar Pudu, Cheras didakwa melakukan pecah amanah terhadap akaun semasa
UMNO cawangan itu.

Dia telah memasukkan cek berjumlah RM4,350 ke dalam akuannya yang sepatutnya
dibayar kepada tukang jahit.

Ketua Penerangan Umno Didakwa Pecah Amanah

Zamri dituduh melakukan kesalahan itu di Cheras, pada 27 Januari 2014 dan didakwa
memgikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta
syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.

INSYAALLAH, BAKAL MENTERI PENUH....

Sejak tengahari tadi, hampir semua perbualan dalam negara banyak tertumpu
mengenai tindakan saman yang diambil oleh Tun Mahathir Mohamad bersama
Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin terhadap Perdana Menteri, Najib Razak
atas dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara.

Asas salah laku yang dikaitkan terhadap Najib dalam saman itu ialah berkaitan isu
1MDB, derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang
masuk ke akaun peribadinya.

Sudah ramai juga pemimpin-pemimpin UMNO yang memberi reaksi berhubung


tindakan terbaru Tun Mahathir itu. Seperti biasa, Salleh Said Keruak dan Azalina
Othman Said adalah yang paling pantas dan cekap memberikan komennya dalam hal-
hal seperti ini.

Tetapi, yang paling menarik sekali tentunya ialah komen yang diberikan oleh Nur Jazlan
Mohamed, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara atau PAC yang
dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 28 Julai lalu di sebalik "ribut-
ribut" Najib bergelut dengan kemelut 1MDB.

Beliau menyifatkan Tun Mahathir tiada "locus standi"  atau hak untuk mengambil
tindakan mahkamah kerana wang RM2,600 juta tersebut bukannya ada kaitan dengan
bekas Perdana Menteri itu.

Sekadar mengatakan tiada "locus standi" mungkin dilihat biasa lagi, walaupun ia
merupakan hak mahkamah memutuskannya, namun dengan menambah bahawa  "apa
yang Tun Mahathir lakukan ini adalah gimik politik, hendak dapatkan publisiti saja",
seperti tersirat ada keluarbiasaannya.

Hmmmm.....(SH 23/03/2016).

PANAS BERAPI!! : USTAZ HADI TERUS SERANG PARTI PAKATAN HARAPAN..


Pejuang Perubahan Pejuang Perubahan about 7 hours ago Datuk Seri Abdul Hadi
AwangDatuk Seri Abdul Hadi AwangUmat Islam di Malaysia perlu bersatu menentang
dan menggagalkan rancangan DAP yang dikategorikan sebagai parti sekular daripada
memerintah negara ini, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi berkata,
majoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang
memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di negara ini, lapor
Utusan Malaysia. "DAP mempunyai rancangan yang lebih besar, lebih daripada
sekadar mengawal ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam kita boleh
memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu. "Tambah Ahli Parlimen
Marang itu lagi Pas telah mengingatkan agar Umno kembali kepada Islam untuk
perpaduan dan pengukuhan ummah," kata Hadi dalam ceramahnya malam tadi. Turut
hadir pada majlis itu bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Ujar Khalid
pula, DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina berjaya walaupun mereka hanya 30
peratus daripada penduduk negara ini. "Mereka mengawal pendapatan per kapita yang
lebih tinggi dan saya percaya mereka mempunyai cita-cita yang lebih besar. "Kami akan
membentuk satu unit seperti sebuah badan bukan kerajaan untuk memantau (calon
pilihan raya) di kalangan Melayu yang meletakkan diri mereka sebaris dengan DAP dan
memastikan mereka tidak menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ahli
Parlimen Bandar Tun Razak itu. Khalid yang pernah menganggotai PKR dipecat
daripada parti itu setelah enggan mengosong kerusi MB Selangor yang disandangnya
bagi penggal kedua. Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2008
berkubur apabila Muktamar PAS Pusat tahun lalu membuat keputusan menamatkan
kerjasama politik dengan DAP. Baru-baru ini Pas telah menjalin hubungan kerjasama
dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh
Fadzir, sebuah parti berbilang kaum bagi membentuk apa yang dipanggil sebagai 'blok
politik ketiga'. mdl
BERITA UNTUK KETAWA

Tak perlu komen apa-apa, cukup dengan ketawa saja. 


Lagi pula, "boss besar" yang dulunya suka meraikan rakan-rakan Facebook dan
Twitternya sudah mula tak berapa gembira dengan berita-berita di alam maya.

Pandikar berang wartawan 'hendap' Shafee

Tan Sri Pandikar Amin Mulia

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada
wartawan supaya tidak menemuramah bukan ahli parlimen di lobi Dewan Rakyat.

Ini berikutan tindakan wartawan yang menyerbu dan mewawancara peguam Umno Tan
Sri Mohd Shafee Abdullah di lobi parlimen, Khamis lalu.

Pandikar berkata perintahnya yang dibuat sejak November 2012 yang tidak
membenarkan bukan ahli parlimen daripada membuat sidang akhbar di lobi masih
berkuat-kuasa.

“Saya tidak akan berkompromi dengan sesiapa [...] Orang masuk nanti dan diasak oleh
pemberita bukan sengaja buat sidang ahkbar..

“Yang itu saya minta kerjasama daripada ahli-ahli parlimen dan kepada wakil media di
sini, tolong jangan buat seperti begitu, kerana ruling itu masih ada.

“Lain kali kalau saya dapati ada perkara-perkara berlaku lagi, maka saya tidak akan
teragak-agak panggil editor sama ada portal berita atau surat khabar ,” katanya
mengingatkan semua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pandikar berkata beliau mendapat tahu ‘wawancara serbuan’ ke atas Shafee berikutan
aduan daripada Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat perkara


berkenaan dan telah mengkaji rakaman CCTV di tempat kejadian.

Pandikar melahirkan rasa kesal bahawa wartawan yang bertugas di Parlimen suka
‘mengejar’ tokoh kenamaan apabila mereka hadir di parlimen.

“Yang saya kesal pemberita-pemberita di parlimen, sama ada portal berita atau akhbar-
akhbar konvensional ialah apabila orang kenamaan masuk (ke parlimen), kalau saya
boleh guna istilah hendap.

“Saya pun pernah kena beberapa kali. Dia kejar kita dengan mikrofon untuk dapatkan
reaksi atas kenyataan tertentu.

“Malangnya bagi kita, kalau tidak dapat mengundur diri kita terpaksa buat respons,”
katanya.

"Saya Tidak Akan Lupa Krisis Perlembagaan yang Berlaku Pada 1992" - TMJ
Wednesday, 23 March 2016

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini
mengimbau kembali layanan Kerajaan Persekutuan ke atas Istana Johor sewak krisis
Perlembagaan pada 1992.

Menerusi Facebook Johor Southern Tiger, TMJ berharap agar sejarah hitam yang
dilakukan kerajaan atas desakan tamak haloba dan gila kuasa itu tidak lagi berulang.

"Saya tidak akan lupa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih
ingat bagaimana keluarga saya dilayan oleh pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan.

"Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar


Timbalan Setia Negeri Johor, .. Ahli EXCO Johor diberitahu untuk tidak menyambut
Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR (Jabatan Kerja Raja)
diberitahu untuk tidak membaik pulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di
Istana-istana Johor.

"Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa
kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat
kepada individu-individu yang bertanggungjawab" katanya di posting tersebut.

Krisis perlembagaan pada 1992 berlaku ketika pentadbiran mantan Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyaksikan usul menyekat kuasa dan kekebalan
Raja-Raja Melayu dikemukakan pada sesi khas Parlimen, Disember 1992.
TMJ yang menyifatkan insiden tersebut sebagai perkara lama berkata beliau yakin
dengan kekuasaan Allah dan hukum karma selain menyifatkan hubungan kerajaan dan
kerabat Diraja Johor apda hari ini dalam keadaan baik.

"Saya menghargainya. Saya berharap ia bukan hanya sekadar disebabkan kerana


anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling
memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan
harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam
negara.

"Saya berharap supaya sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba
dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi
kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya
berdoa supaya kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini
tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat," katanya.

Tunku Mahkota Johor turut menjelaskan bahawa Sultan dan kerabat diraja Johor
menyayangi rakyat negeri itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada
rakyat.

"Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda.
Sentiasa ingat perkara ini. Kekuatan Kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal
bersatu sebagai rakyat Johor. Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli
kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya.
ALLAH Peliharakan Sultan dan Negeri Johor Darul Ta'zim dan semoga ALLAH
memberkati negara Malaysia," katanya lagi. - Siakapkeli.my

Eh .. tetiba Pemuda PAS Pulau Pinang bangkit menyalak la pulak!


TIBA-TIBA PEMUDA PAS PENANG BANGUN TIDUR?

MEDIA milik Umno nampaknya saban hari menghentam Lim Guan Eng.  Kononnya
mereka mahu lupakan dosa-dosa Najib dalam skandal 1MDB dan duit derma RM2.6
Bilion itu.  Maka diperbesarkan cerita tentang pembelian rumah oleh Guan Eng yang
dikatakan 'salah guna kuasa' itu.

Belum sempat mereka mahu menakut-nakutkan KM P.Pinang itu, Guan Eng sendiri
mencabar sesiapa sahaja yang ingin menuduhnya boleh berbuat demikian.  Jangan
hanya pandai menyalak di dalam Parlimen dek kerana di situ ada kekebalan.  Guan
Eng siap menjemput SPRM untuk menyiasatnya.

Semalam, media ini juga menuntut agar Guan Eng bercuti sehingga selesai siasatan. 
Paling jelik sekali, Ketua Pemuda Pas P.Pinang tiba-tiba terbangun dari jaga.  Mereka
pun mendesak Guan Eng bercuti.  Peliknya, sewaktu skandal 1MDB dan duit derma
RM2.6 Bilion yang melibatkan Najib menjadi berita hangat dan sensasi di seluruh
negara dan di seluruh dunia, di mana suara Pemuda Pas?  Tidur agaknya.

Sewaktu beberapa NGO membuat laporan polis dan SPRM terhadap kerajaan negeri
Kelantan dalam isu balak, Pemuda Pas juga masih lena.  Tiada desakan pun agar MB
Kelantan atau TMB Kelantan bercuti.  Inikah keadilan Islam yang mahu mereka
tunjukkan?  Oleh kerana Guan Eng itu Dap, maka dendam pun membara?

Apa pun, Guan Eng tetap cool.  Beliau tahu beliau tidak bersalah.  Sehingga kini tiada
siapa pun berani mengulangi dakwaan secara terbuka terhadapnya, kecuali di dalam
Parlimen.  Mengapa takut?  Takut jadi seperti Tontawi yang terpaksa bayar RM10K
kerana menfitnah Guan Eng?  Memalukan nama Islam saja perangai begini.
WFAUZDIN NS

Minggu Depan Dun Terengganu Dibubar ?


Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk
menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST
melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.

Ahmad Said
Oleh Zabidi Hj Saidi
Sebenarnya ia bukan ditarikbalik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak
tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi. Oleh itu ia bukan
tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus
peruntukan itu kepada kumpulan sasar.

Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil. Oleh itu
sidang akhbar bekas MB Terengganu itu minggu hadapan ditunggu-tunggu oleh rakyat
Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi? Menurut sumber, MB tidak
ada pilihan lain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu
hadapan.

Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno pada minggu hadapan, maka
kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung. Maka Ahmad Razif memerlukan
mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN
atau memilih kerajaan baharu.

Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang
pro beliau. Sudah tentu calon-calon yang pro Ahmad Said akan digugurkan.

Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan?
Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika
mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.

Kerajaan UMNO dolak dalik isu kos RM270 juta baiki KLIA2
Kerajaan berdolak dalik dalam isu peningkatan kos sehingga RM270 juta untuk
membaiki kerosakan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bertanya bagaimana kos pembaikan
dari lebih RM70 juta naik sehingga RM193.5 juta – peningkatan begitu besar, sejak
lapangan terbang itu dibuka pada Mei 2014.

Menurutnya, Menteri Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada beliau di Parlimen


pada 21 Oktober 2015 menyatakan, kos yang dibelanjakan Malaysia Airport Holdings
Bhd (MAHB) bagi kerja-kerja pembaikan sejak KLIA 2 dibuka adalah RM76.5 juta bagi
operasi berkaitan masalah mendapan di tempat letak kereta, takungan serta retakan di
bangunan terminal.

“Persoalan utama yang perlu dijawab kenapa kos pembaikan naik dari lebih RM76 juta
sehingga RM270 juta?” soalnya lagi mengulangi pertanyaan di Dewan Rakyat semalam
mengenai perbelanjaan terkini MAHB untuk pembaikan tersebut tetapi masih belum
dijawab.

KLIA2 dilaporkan mengalami masalah mendapan tanah di ruang parkir dan laluan
pesawat, selain kejadian kebocoran bahan api, takungan air di landasan pelepasan dan
mendarat serta retakan di bangunan terminal.

Sebelum ini, dilaporkan, berlaku lebihan kos pembinaan KLIA2 daripada RM2 bilion
menjadi RM4 bilion.

Hanipa berkata, sehingga sekarang, kerajaan gagal memberikan penjelasan walaupun


isu tersebut ditanya berkali-kali di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, dua jawatankuasa dibentuk bagi menangani permasalahan KLIA2 ini –
jawatankuasa terlibat dalam menyiasat tentang kerosakan lapangan terbang berkenaan
dan satu lagi berkenaan peningkatan kos. Namun laporan kedua-dua jawatankuasa
tersebut belum didedahkan kepada Ahli Parlimen.

Ekoran itu, Hanipa mendesak kerajaan membentangkan semua laporan berkenaan di


Dewan Rakyat.

“Mengapa begitu lewat untuk mendedahkan kedua-dua laporan itu sedangkan isu ini
melibatkan kepentingan awam dan keselamatan pengguna dan telah lama dibangkitkan
pelbagai pihak.

“Saya meminta kerajaan mendedahkan segera kedua-dua laporan itu iaitu dalam
persidangan ini juga dan Parlimen kena tetapkan satu tarikh di Dewan ini untuk kedua-
dua laporan itu dibahaskan, hentikan berdolak dalik dalam isu ini,” kata Hanipa pada
sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

HAIRAN DENGAN SIKAP HAJI HADI, BERSATU TENTANG DAP.

1. Saya hairan dengan sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas membaca
kenyataan terbarunya yang menyeru agar umat Islam bersatu menentang DAP kerana
katanya DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi.
Beliau juga berkata bahawa DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini
memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam
adalah 60 peratus.
2. Atas premis tersebut itulah Presiden PAS itu menyeru ke arah penyatuan umat Islam
kerana katanya, hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan
negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

3. Umum mengetahui bahawa DAP hanya bertanding sekitar 52 kerusi Parlimen sahaja
daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang ada di seluruh Malaysia termasuk di
Sabah dan Sarawak. Dari segi peratus pula, 52 kerusi Parlimen tersebut hanya
mewakili 1/4 daripada keseluruhan kerusi Parlimen yang ada di negara kita. 

4. Saya percaya bahawa DAP sudah mencapai "limit" melalui 52 kerusi yang
ditandinginya itu dan selebihnya akan diisi oleh PKR dan AMANAH kerana kita tahu
bahawa DAP hanya akan bertanding di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah
berbangsa Cina atau bukan Islam saja dan mereka tidak akan bertanding di kerusi
majoriti orang Melayu kerana DAP sedar bahawa kerusi tersebut bukan kerusi selamat
bagi mereka. 

5. Oleh yang demikian, berdasarkan kira-kira di atas, DAP tidak boleh memerintah
Malaysia hanya dengan memiliki 1/4 kerusi Parlimen sahaja sepertimana yang ditakut-
takutkan oleh Presiden PAS itu.  

6. Saya yakin dan percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedar dan tahu dengan fakta
ini. Beliau bukan orang baru dalam politik. Tetapi saya yakin, kenyataan tersebut dibuat
mesti bersebab dan mempunyai agenda tertentu. 

7. Agenda yang paling ketara di sebalik seruannya itu, antara lainnya, adalah bertujuan
untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang memerintah. Sejak di dalam Pakatan
Rakyat lagi PAS tahu dan sedar bahawa isu perkauman merupakan faktor terbesar
yang menyebabkan orang Melayu tidak “full-swing” atau memberi sepenuh sokongan
kepada Pakatan Rakyat. Sebagai Presiden PAS dan Pengerusi Lajnah Politik PAS
Pusat, beliau tentu sedar dan tahu mengenai perkara ini. 

8. Secara logiknya, sekiranya PAS benar-benar menjadikan UMNO sebagai seru politik
dan mahukan UMNO tumbang pada PRU yang akan datang, isu perkauman pasti akan
ditentang habis-habisan oleh PAS kerana itulah senjata politik yang digunakan UMNO
selama ini untuk kekal memerintah. Namun pada hari ini, dalam PAS mengatakan
bahawa mereka tidak menyokong UMNO, tetapi PAS menggunakan senjata politik
UMNO di dalam kempen politik mereka. 

9. PAS selama ini menafikan bahawa mereka akan bergabung dengan UMNO dan
pembentukkan Blok Ke-3 bersama IKATAN pada 16 Mac yang lalu dijadikan sebagai
bukti untuk mereka membenarkan dakwaan mereka. Tetapi bagi saya, cukuplah PAS
bertindak membawa suara-suara UMNO untuk saya katakan bahawa PAS sebenarnya
mahu UMNO terus kekal sebagai pemerintah.  
10. PAS juga tahu bahawa untuk membentuk sebuah kerajaan, perlu ada pakatan
diantara parti-parti politik seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang
melibatkan semua kaum yang ada di Malaysia. PAS tahu bahawa kekuatan BN adalah
terletak kepada UMNO. PAS juga tahu bahawa untuk melemahkan PH adalah dengan
menanam kebencian di kalangan orang Melayu terhadap DAP. PAS juga tahu bahawa
sokongan Melayu terhadap PR dulu rendah disebabkan oleh DAP. PAS juga tahu
bahawa UMNO tidak akan tumbang selagi orang Melayu masih menyokong UMNO.
Oleh itu, semasa wujudnya PR dahulu, UMNO berusaha menghentam DAP untuk
melemahkan PR. Tetapi pada hari ini, kita menyaksikan Presiden PAS pula
menghentam DAP. Kesannya, sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan mungkin
terjejas. Akhirnya, UMNO terus kekal memerintah negara apabila Pakatan Harapan
lemah.

11. Jadi berdasarkan kepada fakta-fakta ringkas di atas, saya berani katakan bahawa
PAS sebenarnya mempunyai agenda besar untuk melihat UMNO terus kekal sebagai
pemerintah. Justeru kalau orang bertanya kepada saya mengenai pendirian saya
terhadap PAS, saya akan katakan bahawa PAS adalah musuh politik nombor 2 selepas
UMNO/Barisan Nasional.  

Ini pendirian peribadi saya!

Fitri Asmuni

Timb Ketua Pemuda Amanah Perak

Allah jadikan manusia pelbagai bangsa.


Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa untuk saling berkenalan.

Salam semua.

Apa sahaja ciptaan Allah di dunia ini adalah sebagai petunjuk dan dalil bagi
menjuruskan manusia ke arah mengenali-Nya serta mengabdikan diri kepada-Nya ,
juga mengenali di antara makhluk sesama makhluk. Allah menerangkan di dalam
wahyu-Nya bahawa Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa dan suku supaya
mereka saling kenal mengenali di antara satu sama lain.

Firman Allah bermaksud:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara
kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat (13)

Manusia wajib mengenal Allah sebab itulah segala kemudahan dan wasilah ke arah itu
disediakan oleh Allah bukan sahaja sekadar wahyu yang telah disampaikan kepada
Rasul-Rasul-Nya, malah lebih daripada itu , terpulanglah kepada manusia untuk
memikirkannya.

Allah menjadikan manusia berbagai-bagai bangsa yang memliki wajah dan jasmani
yang berbeza-beza di antara mereka sesama bangsa dan juga di antara bangsa-
bangsa yang lain, orang Melayu berbeza fizikalnya dengan orang Cina, India, Siam,
Arab dan lain-lain. Orang Melayu sesama Melayu pula berbeza wajahnya sesama
mereka, walapun berasal dari satu bangsa, demikian juga dengan bangsa-bangsa lain,
bukan sahaja wajah atau muka malah suara, bahasa yang digunakan, makanan,
pakaian dan lain-lain aspek pun berbeza, semuanya ini adalah untuk menyenangkan
manusia berkenalan sesama mereka.Kalau wajah dan warnanya serupa tentulah
menyusahkan mereka mengenali di antara satu sama lain yang sama-sama hidup di
dalam masyarakat yang begitu besar .Inilah Maha Bijaksananya Maha Pencipta iaitu
Allah Tuhan sekalian alam .

Allah menyatakan dan menegaskan bahawa yang paling utama dan mulia ialah orang
yang bertaqwa, Islam adalah ajaran yang membawa manusia ke arah tersebut,
manusia perlu menghayati ajaran Islam bagi menguruskan diri mereka dan menangani
perbezaan-perbezaan yang disebutkan di atas.
Dr M heret Najib ke mahkamah, tuntut ganti rugi RM2.6b Tun Dr Mahathir
Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort
misfeasance dalam jawatan awam. Saman itu difailkan di pejabat pendaftar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Selain Mahathir, plaintif lain adalah
bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno
bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Najib adalah defendan
tunggal dalam tuntutan itu. Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada
gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.
Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan
tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan
menyalah-gunakan kedudukannya. Menurut mereka, Najib sebagai perdana
menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide
menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan
inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran
USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya. Mereka juga
memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan
beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin. Mereka juga
menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan
sebanyak RM42 juta. ~ sumber

PAS tidak dijemput kerana terlalu bercanggah – Zaid

Written By Wadah Baru on Rabu, 23 Mac 2016 | 2:22 PTG

KUALA LUMPUR: Sikap PAS terlalu bercanggah dengan kenyataan mereka maka tidak
membolehkan parti Islamik itu menyertai gerakan ‘Selamatkan Malaysia’, kata bekas
menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

“Mereka kata mereka Islamik, tetapi menyokong penyelewengan…dimana Islamik-nya?


Hari ini mereka mahu hudud, esok mereka kata tangguh dahulu…sebagai sebuah
kumpulan reformasi, kita tidak boleh terima politik seperti itu. Lebih baik bagi saja PAS
pada UMNO,” kata Zaid.

Beliau juga menambah perikatan pembangkang kurang beban dan lebih bersih tanpa
pembabitan PAS.

Katanya, PAS tidak sepatutnya meliang-liuk dalam isu-isu besar seperti hudud dan
demokrasi, serta menambah, “Samada kamu lawan penyelewengan atau tidak. Mereka
(PAS) kata mereka lawan penyelewengan tetapi menyokong Najib (Razak) dan BN.
Mereka kata tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang tidak mahukan hudud, tetapi
kemudian mereka bekerjasama dengan (IKATAN). Mereka tidak keruan.”

Walaubagaimanapun, dua pemimpin PAS iaitu ADUN Salor, Husam Musa dan Ahli
Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, akan tampil dalam acara tertutup Kongres Rakyat
yang dianjurkan Zaid pada 27 Mac depan.

“Husam dan Mahfuz masih dalam PAS untuk alasan strategik. Saya berpuas hati
dengan pandangan mereka,” kata Zaid

Husam, katanya, mewakili kumpulan sederhana dalam PAS yang melawan BN.

“Saya menjemput mereka bukan kerana mereka daripada PAS, tetapi kerana
pandangan mereka. Saya mahu pemimpin yang mampu menuturkan pemikiran mereka
secara jelas,” katanya.

Begitu juga dengan S Ambiga, katanya, yang dijemput atas dasar individu, dan bukan
kerana beliau sebahagian daripada Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih).

Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ dibentuk selepas pengisytiharaan Deklarasi Rakyat


oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mac lepas. Deklarasi
itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan reformasi
politik.

[Video] PKR: KDN disaran letakkan Jho Low sebagai 'orang dikehendaki'

Rabu, 23 Mac 2015


Lantang isu banglo Guan Eng, ‘bisu’ skandal Najib

Written By Wadah Baru on Rabu, 23 Mac 2016 | 2:12 PTG

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera


mengambil tindakan dan tidak melindungi mana-mana pihak yang didapati terlibat
dalam melakukan jenayah rasuah.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau juga tidak mahu seolah-
olah undang-undang di Malaysia hanya untuk orang biasa yang bersalah sedangkan
pemimpin yang berkuasa dilindungi dan terlepas.

“Dalam kes yang membabitkan laporan rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng, saya mengalu-alukan dan menggesa SPRM mempercepatkan siasatan isu
pembelian rumah di bawah harga pasaran yang berharga RM 2.8 juta dan perkara
berkaitan.

“Malah, jika didapati hasil siasatan mempunyai bukti yang mencukupi SPRM boleh
mencadangkan pertuduhan ke atas Guan Eng untuk diambil tindakan pendakwaan oleh
Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bekas Ketua Penerangan PAS itu juga mengucapkan syabas kepada pemimpin-
pemimpin UMNO yang lantang membangkitkan isu pembelian rumah Guan Eng, namun
kesal kerana sikap yang sama tidak berlaku apabila Datuk Seri Najib Razak dituduh.

“Syabas saya ucapkan kepada pemimpin UMNO BN yang begitu tegas dan keras
membangkitkan isu pembelian rumah oleh Guan Eng yang berharga RM2.8 juta tetapi
mempertahan dan melindungi Najib dalam kes dana RM2.6 bilion dan RM42 juta dalam
akaun peribadi beliau.

“Bagi saya, jangan lindungi Guan Eng dan jangan lindungi Najib, jika cukup bukti dakwa
mereka dan jika sabit kesalahan hukuman yang setimpal perlu dikenakan,” ujarnya lagi.

Namun, Mahfuz hairan dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali
dalam isu yang membabitkan Najib. Hal ini kerana, kertas cadangan pendakwaan
terhadap Najib telah diketepikan.

“Kertas siasatan SPRM yang mengandungi cadangan pendakwaan ke atas Najib atas
kes SRC RM42 juta dalam akaun peribadi beliau dibakul sampah oleh Peguam
Negara?

“Kenapa permohonan SPRM untuk mendapat kebenaran Mutual Legal Assistance


(MLA) daripada Peguam Negara bagi membolehkan SPRM meneruskan siasatan isu
dana RM 2.6 bilion untuk mendapatkan bukti serta dokumen daripada institusi
kewangan yang berpangkalan di luar negara tidak diberikan kebenaran tersebut oleh
Peguam Negara?” soalnya.

Pemuda UMNO Selangor akui tiada wang

Written By Wadah Baru on Rabu, 23 Mac 2016 | 2:06 PTG


PETALING JAYA: Pemuda UMNO Selangor mendedahkan pergerakan itu tidak
mempunyai wang kerana tidak mendapat peruntukan daripada parti bagi menjalankan
program khasnya untuk golongan muda.

Malah Ketua Pemudanya, Zainuri Zakaria mengaku beliau dan ahli Pemuda lain
terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk memastikan program dapat dijalankan.

Katanya, disebabkan masalah itu, Pemuda UMNO Selangor menghadapi sedikit


masalah untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam merampas kembali
negeri itu dari tangan Pakatan Harapan (PH).

“Nak suruh kita bekerja, tapi minyak tidak berisi, bagaimana nak gerak? Ini masalah
Pemuda Selangor hadapi. Orang tak tahu, sampai ada yang berhutang. Kita tidak ada
peruntukan seperti ketua bahagian tapi kita sanggup keluarkan duit poket sendiri buat
program.

“Himpunan merah itu, kita keluarkan baju, dapat (duit) dari mana? Ketua Pemuda
keluar duit sendiri, beri kepada Pemuda yang semangat nak pergi. Ada orang tanya tak,
Pemuda Selangor dapat peruntukan dari mana?

“Kita memang nak membantu. Asas penubuhan Pemuda pun untuk membantu
cawangan dan bahagian tapi dalam masa sama, yang atas (UMNO pusat) pun kenalah
bantu yang di bawah. Tidaklah boleh harapkan Pemuda sahaja. Kita (Pemuda) tiada
peruntukan. Jadi, mereka kena bantu kitalah,” katanya, lapor akhbar Sinar Harian hari
ini.

Dalam pada itu, Zainuri berkata untuk mengekalkan sokongan orang muda untuk
UMNO bukan boleh dilakukan secara percuma.

“Trend sekarang ini, kalau kita guna air liur, air liurlah kita dapat. Kalau kita lihat pihak
belah sana, sanggup berbelanja lebih untuk terus kepada kumpulan sasaran.
Sasarannya untuk mendapatkan pengundi.

“Kita bantu daftar pengundi tapi kita tidak tahu mereka undi siapa, jadi kita kena bawa
jenama kita. Jenama kita (pula) orang sedang tidak sedap (suka). Jadi kenalah
jenamakan semula, cantikkan balik supaya pengundi yang baharu ini tahu bahawa yang
bawa mereka daftar untuk mengundi buat kali pertama adalah dari BN,” katanya.

Pemuda UMNO Selangor turut berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk
memenangkan BN pada PRU akan datang.

Wednesday, March 23, 2016

MAJALAH TIME LAPOR MALAYSIA ‘TOP 5’ RASUAH DI DUNIA

Majalah TIME lapor Malaysia ‘Top 5’ rasuah di dunia

Posted By: Pentadbiron: March 23, 2016


 Print Email

Malaysia sekali lagi terus dikenali di pentas antarabangsa tetapi dalam konteks negatif
apabila tersenarai menduduki tempat kedua negara di dunia yang bergelut dengan
rasuah.
Berada di bawah Brazil dalam senarai yang dikeluarkan majalah TIME versi ‘online’ itu,
rekod tersebut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang
ditubuhkan Najib Razak pada tahun 2009.

Penulis, Ian Bremmer melalui artikel bertajuk, “These 5 Facts Explain the State of
Global Corruption” antara lain berkata, hutang 1MDB sebanyak USD11 bilion pada
tahun 2015 manakala USD681,000 telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Menurut majalah berita mingguan Amerika Syarikat itu, Najib mendakwa dana
berkenaan adalah “hadiah” daripada keluarga diraja Arab Saudi dan kira-kira
USD620,000,000 telah dikembalikan.

“Dua minggu lalu, siasatan 1MDB menemui bahawa jumlah yang disalurkan ke dalam
akaun peribadi Najib sebenarnya kira-kira USD1 bilion,” lapor TIME.

Artikel yang meletakkan Afrika Selatan di tangga ketiga diikuti China dan diakhiri Rusia
itu turut menyebut Najib telah menyingkirkan Peguam Negara yang telah mengetuai
siasatan 1MDB.

Tinjauan di laman web TIME hari ini mendapati artikel yang dimuat naik pada 17 Mac
lalu itu berada di tempat teratas daripada lima berita dalam senarai “Most Popular
Stories”.

Krisis Politik kerana Krisis Ulama Dicatat oleh ustazcyber.com di 6:32:00 PTG
A.Kholili Hasib ~Sesungguhnya, kerosakan rakyat disebabkan oleh kerosakan
para penguasanya, dan kerosakan penguasa disebabkan oleh kerosakan ulama,
dan kerosakan ulama disebabkan oleh cinta harta dan kedudukan, dan barang
siapa dikuasai oleh keinginan duniawi ia tidak akan mampu mengurus rakyat
kecil, apalagi penguasanya. Allah lah tempat meminta segala hal~ [ Imam al-
Ghazali Ihya’ Ulumuddin] PENDAPAT imam al-Ghazali ini patut kita telaah baik-
baik. Beliau ulama hebat yang menguasai lintas ilmu pengetahuan Islam. Tentu,
pandanganannya tidak parsial dan setengah-setengah. Pandangan-pandangan
Hujjatul Islam biasanya ditelaah dari beberapa sudut keilmuan. Dan kita yakin
pendapatnya tidak berlandaskan hawa nafsu apalagi tujuan politik. Kitab Ihya’
Ulumuddin adalah kitab monumental yang banyak menjelaskan etika,
membersihkan hati, cara mematahkan hawa nafsu dan lain-lain. Pembacaannya
terhadap situasi masyarakat juga didorong oleh pengalamannya. Di masa imam
al-Ghazali, pernah terjadi situasi dan keadaan negara yang hampir mengalami
kehancuran. Banyak oknum-oknum penguasa yang menyimpang dari jalur
syari’at, seperti korupsi, penyalah gunaan kekuasaan, perpecahan umat dan
krisis ulama’. Imam al-Ghazali melihat, problem itu bermuara dari krisis keilmuan.
Oleh sebab itu, kritik Imam al-Ghazali ditujukan kepada para ‘ulama duniawi’
terlebih dahulu sebagai pengemban ilmu. Kesalahan ilmu telah membuat krisis
ilmu yang berujung kepada lemahnya umat dan umara (rakyat dan pemerintah)....
Ini pelajaran sejarah yang penting bagi kita. Membaca kondisi umat sekarang –
khususnya Malaysia –, kita sedang krisis ulama. Masih kekurangan ulama-ulama
hebat yang berjiwa pejuang dan murni hatinya ikhlas untuk Allah dan Rasul-Nya.
Jika jumlah orang pintar dan ilmunya segudang, maka tidak sulit mencarinya.
Tetapi yang cukup memprihatinkan adalah, orang-orang yang tidak berilmu
tampil di publik memimpin umat. Sedangkan ulama yang ikhlas tak
menampakkan diri kerana beberapa hal. Krisis penguasa sebenarnya berakar dari
krisis ilmu dan ulama. Jika kita mendapatkan pemimpin zalim yang tidak sesuai
harapan, maka kita harus melihatnya secara mendalam. Ada apa dibalik itu? Jika
masyarakat lebih menyukai pemimpin yang buruk, maka memang karena umat
sedang mengalami krisis. Kenapa? Karena gagalnya pendidikan Islam. Selama ini
mungkin lingkungan kita baik. Karena kita masih berkutat dalam ’tempurung’ kita
sendiri. Sehari-hari kita berinteraksi dengan orang baik, terdidik dan sholih.
Pantaslah kita ingin cepat-cepat mengangkat pemimpin dari kalangan ulama. Tapi
coba kita meluaskan penglihatan di luar. Masyarakat lebih banyak tidak mengenal
ulama. Sedangkan jumlah mereka lebih banyak. Jangankan mengerti syarat-
syarat pemimpin adil, mereka pun belum mengerti hukum-hukum ibadah wajib
dengan baik. Seorang Muslim yang berfikir sekular tanpa sadar pun juga masih
mudah ditemui. Belum lagi, perpecahan di antara mereka sendiri. Tugas berat
para alim-ulama kita harus perbaiki masyarakat dengan pendidikan yang baik.
Alim-ulama perlu fokus berusaha mengungkapkan kebenaran dan
membersihkannya dari kesalahan, serta menunjukkan mana jalan yang perlu
ditempuh dan mana yang perlu dihindari. Kita sejenak perlu ‘beruzlah’ sejenak.
Bukan berdiam diri. Apalagi bukan menyendiri di kamar. Abai terhadap
perkembangan situasi masyarakat. Tetapi, berbenah diri. Merespon kritis
terhadap berbagai macam kemungkaran untuk diberi solusi. Jalan melahirkan
pemimpin yang hebat tidak lah boleh dengan segera. Kuncinya dengan
memaksimalkan pendidikan yang baik. Sekat-sekat antar umat Islam harus dikisi
dengan cara membersihkan hati (tazkiyatu al-nafs). Ulama tidak perlu saling
berebut pengaruh penguasa. Contoh yang dilakukan imam Ghazali menarik. Dari
hasil evaluasi imam al-Ghazali selama uzlah 10 tahun, ditemukan bahawa
membangkitkan umat Islam harus dimulai dari memperbaiki diri internal, bukan
langsung membangun kekuatan militer dan politik. Ibnu Khaldun berpendapat,
bahawa runtuhnya peradaban dikarenakan penyakit materialisme dan
menurunnya pengembangan ilmu pengetahuan. Ibnu Khaldun mengatakan: “Jika
kekuatan manusia, sifat-sifatnya serta agamanya telah rusak, kemanusiannya
juga akan rusak, akhirnya ia akan berubah menjadi haiwan” (Ibnu Khaldun,
Mukaddimah, hal. 289). Jadi, untuk memperbaiki keadaan politik, perlu kembali
kepada pendidikan. Dimulai introspeksi, kenali masalah dasarnya. Membangun
kesadaran ilmu. Mencetak ulama pejuang, ikhlas dan hati kuat tidak tergoda
godaan materialisme. Maka, mulai saat ini mari kembali kepada ulama. Segala
problematika selesaikan sesuai petunjuk ilmu-ilmu (fas’alu ahla dzikri in kuntum
la ta’lamun). Ilmu kita dalami, ulama kita agungkan. Sebab, Nabi Saw tidak
mewarisi harta apapun, terkecuali ulama. Pemimpin yang baik itu bukan langsung
tiba-tiba ada “bim salabim”, tidak pula langsung turun dari langit. Tetapi,
pemimpin Muslim yang hebat itu lahir dari lingkungan bertradisi ilmu, dari umat
yang terdidik dengan baik dan yang telah disiapkan jauh–jauh hari dari para
pendidik hebat.* Penulis adalah anggota Majelis Intelektual dan Ulama Muda
Indonesia (MIUMI)

Wajah-Wajah Setiausaha Bahagian Kementerian Belia & Sukan..

Sejak terbongkarkan penyelewengan dana 100 juta yang membabitkan Kementerian


Belia Dan Sukan, KBS dan menterinya seperti tak senang duduk. Skandal berkenaan
mendapat liputan media. Itu memang aneh.

Sebab kita sedang sembang bab skandal yang membabitkan intergriti BN dan
pentadbirannya. Biasanya BN mana nak buka pekung sendiri apetah lagi mengakuinya.
Ini memang aneh. Tetapi tak nampak lagi punca-punca keanehan tersebut. So, simpan
tepi dulu.

Kalau la korang perasan. Media kita melaporkan ;

Setiausaha Bahagian sebuah kementerian dipercayai menerima wang suapan


mencecah RM20 juta selepas disyaki mendalangi sindiket penyelewengan dana
kerajaan.

Pegawai Kanan itu merupakan antara sembilan individu termasuk seorang wanita
yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Tiris
semalam.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, berkata, sindiket tersebut
dipercayai digerakkan secara bersama sehingga menyebabkan kerajaan kerugian lebih
RM100 juta.

"Modus operandi sindiket ini ialah dengan mengarahkan pihak kewangan


daripada sebuah agensi di bawah Kementerian itu membuat bayaran kepada tidak
kurang daripada 14 syarikat yang dikendalikan oleh ahli-ahli sindiket ini bagi program-
program yang diwujudkan walhal kerja-kerja tidak pernah dilaksanakan," katanya dalam
satu sidang media berkaitan operasi khas perolehan kerajaan di sini, hari ini. (rujuk)

Keyword.

1. Setiausaha bahagian
2. Bahagian kewangan

Kalau refer kepada website KBS ;


Rujuk.

Kalau bahagian kewangan tu memang kosong. Check-check website kita nampak ;

 
''Dicipta 22 March 2016" katanya..

Maksudnya baru lepas update. Fuhhh laju. Patut KJ sampai buat sidang media
tergempar ek. Keluar tv kot.

Hihi..

Then tengok sini ;


Pehh.. ada 4 kekosongan tu. Salah satu katanya dipinjamkan..

Rujuk.

Rujuk.

Itu kat bahagian pengurusan tertinggi. Pun ada yang KOSONG juga. Tengok2 tarikh
dicipta pun 22 March 2016 juga. Pehhhhh.. cekap abang KJ kau.. cekap. Takdan aku
nak screenshot laju-laju. Pantas sungguh otaknya memadamkan gambar-gambar
mereka. Nama-nama mereka.

Kalau kita tengok berita-berita yang melaporkan skandal berkenaan haram disebut
nama. Gambar pun takde. Walaupun cara ia dilaporkan sangat gah. Mengalahkan
skandal 1MDB lagi. Padahal dari segi rating penyelewengan 100 juta neh cikai2 je bagi
geng2 sana. 

Hihi.
Dan kalau lah berita2 tu babitkan kesalahan2 orang miskin, rakyat kebanyakan jangan
kata nama no ic pun siap tersebar lagi. Hampehh..

Tapi seriyus. Ini seriyus neh. Ada sesuatu yang sedang berlaku disebalik
pembongkaran skandal penyelewengan berkenaan. Apa agaknya ye.. hehehe..

Saya tak percaya kalau Zeti bersara bukan kerana tekanan politik

HANYA TAFSIR 

Gabenur Bank Negara Zati Aktar Aziz tidak mahu mengheret institusi kewangan yang
dijaganya dalam kancah politik walaupun rakyat memerlukan penjelasan secara telus
daripada pihaknya berhubung dengan beberapa status kewangan yang diragui
termasuk transaksi kewangan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib
Razak.

Mengenai kemasukan wang dana RM2.6 billion ke dalam


akaun Najib secara logik dan perundangan kewangan (bank), Zeti mesti
mengetahuinya, dan beliau arif apakah kemasukan itu halal atau pun tidak mengikut
prosuder kewangan dan bentuk-bentuk tindakan yang boleh dikenakan di bawah Akta
Bank.

Begitu juga dengan status kewangan 1MDB yang dikatakan telah dipungut balik oleh
syarikat pelaburan kerajaan itu dan ia disimpan dalam bank di Singapura yang menjadi
kontroversi. Zeti sebagai Gabenur perlu menjawab kerana tindakan 1MDB itu telah
menjatuhkan imejnya sebagai Gabenur bank pusat itu. Apabila syarikat kerajaan lebih
menyakini untuk simpan wang dengan jumlah begitu banyak di Singapura bukan dalam
bank milik negara ia memalukan Gabenur Bank Negara. Satu penghinaan kepada Zeti
sendiri.

Bedasarkan perkara itu sudah cukup untuk Zeti Aktar menjawab dan menjelaskan
kedudukanya tanpa mempedulikan reputasi orang lain untuk menjaga reputasinya.
Tetapi, tidak begitu dengan Zeti. Beliau tidak sedia untuk mengaitkan Bank Negara
dengan mana-mana politik berkepentingan. Kalau beliau menjelas dengan benar, pasti
ia memberi persepsi lain rakyat kepada Najib terutamanya hatta menyebabkan
kedudukan Najib makin goyah dan makin membusuk.

Begitu juga dengan pengakuan Muhyiddin Yassin bekas TPM yang baru dipecat itu,
katanya dia mendapat penjelasan daripada Zeti mengenai perkara itu, tetapi dinafikan
oleh Zeti penuh diplomasi dengan memberi tahu dia tidak pernah pun bebincang
dengan Muhyiddin mengenai perkara itu apa lagi membawa apa-apa dokumen, tunjuk
kepada Muhyiddin. Zeti menjelaskan akan etikanya sebagai seorang Gabenur dijaga
seutuhnya. Begitulah sikap seorang yang berintegriti tinggi.

Zeti juga dalam menyelamatkan dirinya dan reputasi Bank Negara mengakui tidak
ditekan oleh mana-mana pihak untuk bersara April ini. Katanya misinya di bank pusat
itu sudah selesai? Kenyataan ini meragukan dan seolah-olah ia satu kenyataan tidak
ikhlas, apakah masalah 1MDB itu sudah selesai dengan tuntasnya sedangkan ia masih
dipertikai hingga kini. Sebelum ini wujud percanggahan kenyataannya tentang itu antara
beliau dengan Peguam Negara. Peguam Negara secara terang menolak analisa atau
kenyataan Bank Negara. Dalam kata lain tidak percayai kepada Zeti.

Justeru saya tidak percaya dan rakyat juga tidak percaya kalau persaraan, atau
keengganan beliau menyambung setahun lagi kontrak sebagai Gabenur Bank Negara
bukan kerana tidak ditekan oleh politik. Saya yakin Zeti enggan berbolot dengan politik
dan tidak aman baginya kalau Bank Negara sudah dipengaruhi kuasa politik.

Adalah sayang kalau Zeti mengambil keputusan itu sanggup meninggalkan Bank
Negara kerana tekanan politik dalam keadaan negara dan rakyat memerlukan seorang
Gabenur yang didikasi seperti beliau yang telah berjaya meletakkan Bank Negara di
mata dunia dan mencapai banyak kecemerlangan bertaraf dunia yang membanggakan.
Secara peribadi Zeti sendiri mencapai beberapa pengikhtirafan dunia dan gabenur bank
wanita yang hebat.

Berdasarkan kepada isu yang mengaitkan Bank Negara tadi, Zeti sangat bersikap
profesionalisme, adil dan tidak suka menjadi dan dijadi keldai oleh mana-mana
kepentiungan politik. Kenyataan dia bahawa dia tidak ditekan itu adalah satu jawaban
yang penuh diplomasi dan sukar untuk diterima bagi menunjukkan orang politik
khasnya Najib baik.

Ini saya dasarkan apa yang berlaku kepada ayahnya Prof Diraja Ungku Aziz Ungku
Abdul Hamid. Saya masih ingat apa dialami oleh bapaknya Ungku Aziz yang ketika itu
memimpin Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Satu masa kedudukan
Ungku Aziz hendak dicabar oleh salah seorang pemimpin koperasi itu. Ungku Aziz
memanggil sidang akhbar menyatakan dia mahu mempertahankan kedudukannya itu.
Saya hadir buat pertama kali dalam sidang akhbarnya.

Saya memberi sokongan kepada keputusannya itu agar terus memimpin Angkasa. (Ada
saya masukkan dalam blog ini).
Disebabkan yang hendak menentangnya ahli politik maka gerakan menekan Pak
Ungku secara politik dilakukan. Calon yang hendak menentangnya buat gerakan dan
kempen ala-ala Umno atur makan malam dan sebagainya. Perlawanan dan semangat
sudah melencung dari budaya koperasi.

Menyedari itu Pak Ungku menarik balik hasratnya untuk mempertahankan jawatan itu.
Alasannya tidak payah saya sebut di sini. Fahamlah sendiri. Pak Ungku seorang "ahlul
albab" yang sangat mementingkan soal integriti, keadilan dan berfikir serta bertindak
penuh rasional.

Saya mengira kenapa Zeti enggan disambung kontraknya, dan membuat pernyataan
dia tidak ditekan oleh politik (konon), ialah kerana tidak mahu menerima senario yang
pernah diterima oleh bapaknya. Keputusan dan pernyatan Zeti adalah baik baginya
walaupun rakyat sedikit terkilan. Mungkin juga dia dinasihat oleh bapaknya agar jangan
terbabit dengan political game yang cuba mencemarkan Bank Negara yang boleh
menyerabutkan dia. [wm.kl.8:28 pm 23/03/16]
Posted by mohd sayuti Omar at 9:04:00 PM

Selamatkan Malaysia "Dewan pasti penuh." Ahli Umno mungkin kumpulan


terbesar 27 Mac ini, kata Zaid

Khamis, 24 Mac 2016

Ahli Umno mungkin kumpulan terbesar 27 Mac ini, kata Zaid

Geraldine Tong
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menjangkakan
sejumlah besar ahli Umno akan muncul untuk program ‘Selamatkan Malaysia’
anjurannya pada Ahad ini.

"Siapa tahu, kumpulan terbesar yang akan datang pada Ahad ini mungkin adalah ahli
Umno. Ramai ahli Umno mohon untuk datang. Saya telah beri seberapa banyak mana
(jemputan) yang boleh diisi dalam dewan," kata Zaid kepada Malaysiakini hari ini.

Antara pemimpin Umno yang akan membuat penampilan pada majlis di Pusat
Konvensyen Shah Alam itu adalah timbalan presiden Umno yang digantung
jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang disingkirkan
Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Apabila disoal sama ada terdapat pemimpin Umno terkenal lain akan turut bersama,
Zaid berkata mereka bukan mahukan pemimpin yang menonjol tetapi berani.

"Janganlah kita harapkan ahli kabinet akan datang," katanya secara berseloroh.

Perhimpunan yang berdasarkan atas dasar jemputan sahaja akan bermula pada 1
tengah hari kerana ia adalah Hari Easter, katanya dan ia dijangka berakhir sekitar jam 6
petang.

Menurut Zaid, satu sidang media dengan 19 pemimpin akan diadakan selepas itu.

Antara mereka yang dijangka itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad, Muhyiddin, Mukhriz, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden
Amanah Mohamad Sabu, bekas Setiausaha Agung MIC S Murugesan, bekas Presiden
Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengerusi BERSIH Maria
Chin Abdullah.

Zaid berkata, walaupun pada mulanya beliau hanya mengundang 1,000 tetamu tetapi
kini menganggarkan sekitar 1,500 jemputan akan hadir pada Ahad ini.
"Dewan pasti penuh," katanya.

Malaysiakini.
ednesday, March 23, 2016

PAS BERBAIK DENGAN NAJIB: TUAN IBRAHIM SINDIR HADI?

Pas berbaik dengan Najib: Tuan Ibrahim sindir Hadi?

Posted By: Pentadbiron: March 23, 2016


 Print Email

Penganalisis politik semasa menyifatkan kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Pas,


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menyindir orang nombor satu parti
pembangkang Melayu terbesar itu.

Penulis Mohd Sayuti Omar berkata, perlambangan yang digunakan Tuan Ibrahim
berhubung desas-desus gabungan dengan Umno itu menunjukkan kecenderungan
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mutakhir ini berbaik-baik dengan Najib Razak tidak
dipersetujui.

“Apakah analogi Tuan Ibrahim itu hendak menyindirkan presidennya yang semakin
jinak dan galak dengan Najib dan Umno?

“Kalau ia berunsur sindir, maka jelas Tuan Ibrahim semacam kurang setuju untuk ikut
pakai baju ‘sekalor’ (sama warna) dengan Najib,” ujarnya dalam status Facebook beliau
semalam.

Terdahulu, Tuan Ibrahim beranalogi lebih baik Pas bubar daripada bergabung dengan
Umno.

Mengulas lanjut, Sayuti berkata pendapat Tuan Ibrahim itu dilihat agak sama tetapi
berbeza dengan pendirian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

“Tok Guru kata, kalau Umno sedia mengambil Quran dan Hadith sebagai teras
perjuangannya, dia sedia bubarkan Pas.

“Orang-orang mengaji Arab ini selalu bercakap menggunakan tamsil ibarat dan mantik
yang tinggi mutunya,” tambah Sayuti lagi yang juga bekas pemilik akhbar politik
mingguan Siasah.

Foto beberapa pemimpin Pas Pusat yang menghadiri Himpunan 20K Huffaz anjuran
Gabungan Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini menjadi viral di media
sosial.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik
Abduh Nik Aziz dalam gambar yang tersebar itu dilihat riang ketawa duduk bersimpuh
bersama Najib Razak yang berjubah putih.

Kehadiran pemimpin Pas yang dikatakan atas jemputan untuk Persatuan Institusi Tahfiz
Kebangsaan (Pinta) itu menguatkan lagi andaian banyak pihak tentang gabungan Pas
dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti.

Haji Hadi, lawan bangsa lain atau lawan rasuah lebih penting? Presiden PAS itu
sudah ketandusan isu - Datuk Dr Mujahid

Rabu, 23 Mac 2016


Otai BERSIH
Page Liked · 13 hrs · 
 
Rasuah RM100 juta:
KJ - I know nothing?

Begitu ramai bapak menteri kat Msia ni yg tido lena...sehinggakan


penyelewangan melewati 100juta pun xsedar...kalau begini lah perangai menteri2
semua, eluk la mereka ni kasi tido semua...kasi org lain yg lebih bertanggung
jawab untuk uruskn. Patutlah belia dn sukan kat Msia hancur lebur semuanye...

Hadi, lawan bangsa lain atau lawan rasuah lebih penting?


Faiz Zainudin

DAP jawab tuduhan PAS dan mahu Hadi jelaskan kepada rakyat manakah yang
mematuhi ajaran Islam.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu membuat
pendirian adakah melawan bangsa lain selain Melayu lebih penting berbanding
melawan rasuah dan penyelewengan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, Hadi perlu menjelaskan pendirian
itu susulan seruan beliau supaya umat Islam bersatu menentang DAP.
“Adakah lebih penting Hadi melawan bangsa lain (bukan Islam) melawan isu rasuah,
isu penyalahgunaan kuasa dan isu penyelewengan (oleh pemerintah), jadi Hadi kena
pilih yang mana mematuhi ajaran agama,” katanya di Parlimen, hari ini.

Pua berkata, tuduhan Hadi bahawa DAP mahu menguasai negara ini tidak masuk akal
kerana parti itu hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi.

“Pertama DAP tidak dapat menjadi kerajaan Persekutuan, atas (kekuatan DAP) sahaja,
DAP hanya bertanding tidak sampai 50 kerusi dan jumlah keseluruhan ada 222 kerusi,
jadi macam mana nak jadi kerajaan kalau menang semua kerusi yang DAP bertanding
itu pun tak mungkin kami dapat menjadi kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Raya berpendapat
Presiden PAS itu sudah ketandusan isu untuk diketengahkan.

“Itu isu lama yang dibawa beliau ,” katanya ringkas.

FMT.

Wednesday, March 23, 2016

‘ANWAR MAAFKAN SEMUA MUSUH POLITIK’


‘Anwar maafkan semua musuh politik’

Posted By: Pentadbiron: March 23, 2016


 Print Email

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tidak menyimpan
‘dendam peribadi’ terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
mahupun dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya sudah maafkan semua orang lama dahulu.

“Pertarungan saya bukan bersifat peribadi; ia adalah mengenai pembaharuan institusi


Saya tidak mempunyai dendam peribadi dengan Mahathir mahupun Najib,” kata Anwar
kepada Channel News Asia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam ketika beliau
muncul sebagai peguam sendiri dalam kes saman fitnah .

Februari lalu, Anwar telah disabitkan dengan apa yang didakwanya sebagai rekaan
tuduhan meliwat dan dihumban ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman lima
tahun.

Pada tahun 1998, ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, Anwar
dipecat dan dipenjarakan selepas ‘bergeseran’ dengan Dr Mahathir yang adalah
perdana menteri ketika itu.

Walau bagaimanapun, pada awal bulan ini, Anwar menyatakan sokongannya terhadap
Dr Mahathir dan menggesa parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk
bersama menjayakan Deklarasi Rakyat yang dipelopori oleh seteru politiknya.

Beberapa pemimpin utama, dari kedua-dua belah politik dan juga masyarakat awam
memeterai deklarasi itu atas kapasiti peribadi masing-masing yang antara lain menuntut
penyingkiran Najib sebagai perdana menteri dan pembaharuan institusi.

Najib terpalit dengan skandal kewangan sejak tahun lalu apabila syarikat pelaburan
negara, 1MDB yang diilhamkannya sarat dengan hutang sedangkan dana M2.6 bilion
didapati berada dalam akaun bank peribadinya.

Beliau secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan mendakwa wang
berkenaan adalah sumbangan politik.
Awal tahun ini, Peguam Negara mengumumkan bahawa beliau tidak akan meneruskan
tuduhan terhadap Najib selepas mengkaji kertas siasatan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan ke atas perkara itu.

Selepas Mahathir Saman Najib, TMJ Imbau Kenangan Duka 1992 Di Bawah
Pentadbiran Mahathir.

Pagi tadi Mahathir saman Najib.

Butiran saman ;
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana
didakwa telah menyalahgunakan kuasanya.
Selain Dr Mahathir, dua lagi individu yang lantang mengkritik Najib, Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin turut dinamakan sebagai plaintif kedua
dan ketiga dalam saman itu.
Dalam tuntutan saman itu, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina mendakwa Najib dengan
sengaja mengganggu siasatan keatas 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan, RM42 juta
daripada SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.
Ketiga-tiga plaintif mendakwa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana
Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO bagi melakukan salah
laku berkenaan
Dalam tuntutan saman itu plaintif menyenaraikan kronologi tindakan Najib yang
didakwa salah guna kuasa bermula Mac 2015 ketika siasatan dilakukan. (rujuk)
Dan tadi, 5 jam yang lepas, ini yang TMJ update di laman rasmi JDT. 

KEKUATAN KEDAULATAN NEGERI JOHOR ADALAH PERPADUAN

Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih
ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan
persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan
Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut
Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk
tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.
Malah Bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari
Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu
memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya
masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.

Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara
yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam
keadaan baik. Saya menghargainya. Saya berharap ianya bukan hanya sekadar
disebabkan kerana anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar
bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya
pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan
mencapai kemajuan dalam negara. Saya berharap agar sejarah hitam yang anda
lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi.
Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk
berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk
menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat.

Kepada sekalian Bangsa Johor. Sultan anda dan Kerabat Diraja Johor menyayangi
anda. Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga
penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya. Keutamaan saya adalah
hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini.
Kekuatan Kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat
Johor. Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang
memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita. Adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya. ALLAH
Peliharakan Sultan dan Negeri Johor Darul Ta'zim dan semoga ALLAH memberkati
negara Malaysia.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (rujuk)

Gajah sama gajah bergaduh pelanduk jangan jadi bodoh p duduk kat tengah-tengah.
Cukuplah tengok saja. Popcorn kan ada.

KAH KAH KAH!

uan Ibrahim sindir Hadi yang jinak dengan Umno? Himpunan 20k Hufaz yang
dihadiri Najib, Jamil Khir, Nik Abduh dan Nasaruddin. Himpunan 20k Hufaz yang
dihadiri Najib, Jamil Khir, Nik Abduh dan Nasaruddin. Penganalisis politik semasa
menyifatkan kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man sebagai menyindir orang nombor satu parti pembangkang Melayu
terbesar itu. Penulis Mohd Sayuti Omar berkata, perlambangan yang digunakan
Tuan Ibrahim berhubung desas-desus gabungan dengan Umno itu menunjukkan
kecenderungan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mutakhir ini berbaik-baik dengan
Najib Razak tidak dipersetujui. "Apakah analogi Tuan Ibrahim itu hendak
menyindirkan presidennya yang semakin jinak dan galak dengan Najib dan
Umno? "Kalau ia berunsur sindir, maka jelas Tuan Ibrahim semacam kurang
setuju untuk ikut pakai baju 'sekalor' (sama warna) dengan Najib," ujarnya dalam
status Facebook beliau semalam. Terdahulu, Tuan Ibrahim beranalogi lebih baik
Pas bubar daripada bergabung dengan Umno. Mengulas lanjut, Sayuti berkata
pendapat Tuan Ibrahim itu dilihat agak sama tetapi berbeza dengan pendirian
Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. "Tok Guru kata, kalau Umno sedia
mengambil Quran dan Hadith sebagai teras perjuangannya, dia sedia bubarkan
Pas. "Orang-orang mengaji Arab ini selalu bercakap menggunakan tamsil ibarat
dan mantik yang tinggi mutunya," tambah Sayuti lagi yang juga bekas pemilik
akhbar politik mingguan Siasah. Foto beberapa pemimpin Pas Pusat yang
menghadiri Himpunan 20K Huffaz anjuran Gabungan Huffaz di Masjid Wilayah
Persekutuan baru-baru ini menjadi viral di media sosial. Ketua Penerangan Pas
Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz dalam
gambar yang tersebar itu dilihat riang ketawa duduk bersimpuh bersama Najib
Razak yang berjubah putih. Kehadiran pemimpin Pas yang dikatakan atas
jemputan untuk Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta) itu menguatkan
lagi andaian banyak pihak tentang gabungan Pas dan Umno menjelang pilihan
raya umum ke-14 nanti. -malaysiadateline-

BOLEH MENANGIS RAJA BOMOH MALAYSIA BILA BACA KENYATAAN


DR.MAZA NI...
Anda mungkin juga meminati:
Wednesday, March 23, 2016

‘PEMIMPIN PAS JUMPA NAJIB LAGI ..PERJUANGAN SIKU LUTUT DAN


BERSIMPUH

‘PEMIMPIN PAS JUMPA NAJIB LAGI …..’


‘Pemimpin Pas jumpa Najib lagi …

By: Pentadbir
on    2016

 Print Email

Parti Islam Se-Malaysia (Pas) memberitahu rakan-rakannya agar jangan bimbang


dengan pertemuan pemimpin mereka dengan Datuk Seri Najib Razak di majlis
Himpunan 20K Huffaz malam tadi kerana mereka pergi ke sana untuk mengaplikasikan
politik dakwah.

“Jangan bimbang sahabat sekelian. Kami pergi ke majlis Himpunan 20K Huffaz adalah
untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan Gabungan Persatuan Institusi
Tahfiz Kebangsaan (Pinta) yang di dalamnya lebih 300 buah Maahad Tahfiz bergabung
bagi memperjuangkan pusat pengajian tahfiz dan juga kami hadir atas undangan rasmi
dari Pinta,” tulis Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan melalui facebooknya.

Katanya, mereka tidak mengelak dari bertemu Perdana Menteri dalam majlis itu yang
juga dijemput untuk merasmikan Himpunan 20K Huffaz tersebut.

“Kita akan teguh berprinsip bagi memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran.
Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami
tidak memusuhi pesakitnya. Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur,
mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT,” kata Nasrudin.

Hubungan PAS dan Umno semakin erat malam tadi apabila pemimpin pertengahannya
pula duduk bertemu lutut dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di
Masjid Wilayah Persekutuan dalam Himpunan 20K Huffaz itu.

Ini adalah majlis kedua selepas Najib bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang berpakaian sedondon di Multaqa Alumni Al Azhar sebelum ini.

Dalam majlis malam tadi, Najib dilihat bersama Ketua Pemuda Pas Nik Mohd Abduh
Nik Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan At Tantawi bergembira di
majlis itu.

Turut kelihatan adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Jamil
Khir Baharom.

Gambar mereka kini menjadi viral dalam laman-laman media sosial khasnya Facebook
dan Whatsapp.

Pertemuan ini disambut baik oleh sesetengah para pemimpin bawahan Pas disamping
membuat ulasan sinis.

Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim pula tidak mengulas panjang tetapi hanya
memaparkan gambar itu dengan tulisan ringkas, “Biar gambar yang berbicara……..”

Namun begitu, pemimpin Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, pergi lebih jauh
dengan menulis, “Ambo cukup gembira melihat pemimpin-pemim parti Pas dan Umno
yang dulunya tak leh melitas bayang, kini boleh suka hilai dan bergembira dalam
suasana yang penuh Islamik dan ukhuwah tanpa mengira pangkat dan jawatan
bersama PM tersayang.”

Beliau melahirkan rasa kesal kerana, ketika rakyat sedang menderita akibat
kebobrokan pemerintah, ketika rakyat sedang meraung-raung menuntut PM Najib turun
dari jawatannya kerana pelbagai tohmohan dan salahlaku yang meragukan, mereka
bertemu.

“Masih ada pemimpin yang tampil dengan imej suci berbalut rupa keulamakan ketawa
hilai bersamanya dengan wajah Islam, sedangkan di luar pentas mereka bijak
melakonkan dengan menggunakan copong menentang kezaliman dan kerakusan
pemerintah.
“Hancurnya hati rakyat marhain yang melihat bagaimana ulama masih boleh bergelak
ketawa dan bersuka hilai atas rumah Allah di sisi pemimpin yang sedang bergelut
dengan berbagai skandal dan tuduhan salahlaku,” tulis beliau dalam facebooknya.

Mengapa PAS tidak dijemput? "Mereka kata mereka Islamik, tetapi menyokong
penyelewengan…"

Rabu, 23 Mac 2016


Suara Rakyat
Like This Page · 4 hrs · 

TERKINI Berita Hari Ini !!!


"RASUAH - Najib Razak Kawal Segala Siasatan" -Transparency International

Setiap hari nama MALAYSIA semakin 'harum' di mata dunia sejak Najib Rosmah
menerajui negara.

MALAYSIA Bawah Najib:


No.2 Rasuah global - TIME
No.3 Terburuk skandal rasuah - FP
No.5 Aliran wang haram - GFI

Sudah pasti penyokong Najib bangga, kembang kempis hidung & bontot
mereka...
See Translation

PAS tidak dijemput kerana terlalu bercanggah – Zaid


Written By Wadah Baru on Rabu, 23 Mac 2016 | 2:22 PTG

KUALA LUMPUR: Sikap PAS terlalu bercanggah dengan kenyataan mereka maka tidak
membolehkan parti Islamik itu menyertai gerakan ‘Selamatkan Malaysia’, kata bekas
menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim.

“Mereka kata mereka Islamik, tetapi menyokong penyelewengan…dimana Islamik-nya?


Hari ini mereka mahu hudud, esok mereka kata tangguh dahulu…sebagai sebuah
kumpulan reformasi, kita tidak boleh terima politik seperti itu. Lebih baik bagi saja PAS
pada UMNO,” kata Zaid.

Beliau juga menambah perikatan pembangkang kurang beban dan lebih bersih tanpa
pembabitan PAS.

Katanya, PAS tidak sepatutnya meliang-liuk dalam isu-isu besar seperti hudud dan
demokrasi, serta menambah, “Samada kamu lawan penyelewengan atau tidak. Mereka
(PAS) kata mereka lawan penyelewengan tetapi menyokong Najib (Razak) dan BN.
Mereka kata tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang tidak mahukan hudud, tetapi
kemudian mereka bekerjasama dengan (IKATAN). Mereka tidak keruan.”
Walaubagaimanapun, dua pemimpin PAS iaitu ADUN Salor, Husam Musa dan Ahli
Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, akan tampil dalam acara tertutup Kongres Rakyat
yang dianjurkan Zaid pada 27 Mac depan.

“Husam dan Mahfuz masih dalam PAS untuk alasan strategik. Saya berpuas hati
dengan pandangan mereka,” kata Zaid

Husam, katanya, mewakili kumpulan sederhana dalam PAS yang melawan BN.

“Saya menjemput mereka bukan kerana mereka daripada PAS, tetapi kerana
pandangan mereka. Saya mahu pemimpin yang mampu menuturkan pemikiran mereka
secara jelas,” katanya.

Begitu juga dengan S Ambiga, katanya, yang dijemput atas dasar individu, dan bukan
kerana beliau sebahagian daripada Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih).

Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ dibentuk selepas pengisytiharaan Deklarasi Rakyat


oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Mac lepas. Deklarasi
itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan reformasi
politik.
Sunday, March 20, 2016

JALUR POLITIK KETIGA PAS: ‘WAL HASIL BALIK ASAL’


Jalur politik ketiga Pas: ‘Wal hasil balik asal’

Posted By: Pentadbiron: March 20, 2016


 Print Email

Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia  (Ikatan) memeterai perjanjian gabungan jalur
ketiga politik 16 Mac lalu. Kononnya blok politik ketiga ini adalah yang terbaik
menggantikan BN di peringkat persekutuan dan negeri serta Pakatan Harapan di
peringkat negeri pada pilihan raya umum ke 14.

Sehari selepas Presiden Pas Hj Hadi Awang dan Presiden Ikatan Kadir Sheikh Fadzir
menandatangani perjanjian bersekutu, ahli Pas peringkat bawahan pening kepala
membalas hujah bekas rakan seperjuangan dalam DAP serta PKR.

Mana tidaknya dalam temubual Kadir bersama portal berita Free Malaysia Today beliau
berkata Hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan buat masa sekarang kerana Malaysia
negara berbilang bangsa.

Penyucian parti

Ahli Pas terpinga-pinga melihat perubahan keputusan pucuk pimpinan yang drastik.
Belum pun setahun Pas melakukan penyucian parti pada Muktamar Pemilihan Jun
2015, presiden dan kepimpinan tertinggi parti itu telah pun bersekongkol dengan parti
yang tidak merasakan Hudud satu keperluan segera untuk dilaksanakan.

Bukankah pada bulan ini, tahun lalu, ulama-ulama Pas menyiapkan senarai cai yang
perlu dipangkah oleh perwakilan dalam muktamar bagi tujuan membuang terus
golongan profesional pro Anwar Ibrahim dan DAP daripada kepimpinan?

Bukankah ketika ini setahun lalu, ustaz-ustaz Pas berkempen sehingga ke akar umbi
meminta perwakilan jangan mengundi pengkhianat perjuangan, ‘Mat Sabu and the
gang’?

Bukankah ketika ini juga ketua-ketua Pas cawangan mengadakan majlis usrah
menekankan konsep walak dan perlunya menerima keputusan ulama tanpa syarat?

Malangnya genap setahun, tiba-tiba ulama Pas bersedia pula untuk bersekutu dengan
parti sekular yang tidak banyak bezanya dengan PKR atau DAP.

Jadi berbaloikah ahli Pas bermusuhan menentang rakan seperjuangan mereka?


Menghalau profesional pro Anwar keluar Pas sehingga menubuhkan Amanah? Di
peringkat cawangan, ada yang sanggup tidak bertegur sapa kerana puak profesional
telah dilabel ‘munafik haraki’.

Balik asal

Wal hasil balik asal. Itulah ungkapan sesuai kepada Pas. Selepas perjalanan panjang
yang memisahkan kelompok rakan seperjuangan; puak yang tinggal dalam Pas
merasakan kemenangan Hudud mengatasi puak Anwariyun; tiba-tiba kepimpinan
ulama berpatah balik balik ke dalam lingkaran lama.

Ahli diberitahu Hudud bukan keperluan untuk disegerakan. Manakala Setiausaha


Agung Pas Takiyuddin Hassan mengakui Hudud sepatutnya dibawa oleh Umno kerana
mereka menguasai Kerajaan Persekutuan. Hujah Naib Presiden Pas Idris Ahmad pula,
untuk melaksanakan hudud mestilah mengikut peraturan yang telah terima pakai, iaitu
melalui saluran demokrasi.

Bukankah itu juga hujah DAP dan PKR dalam persidangan Majlis Presiden Pakatan
Rakyat yang terakhir pada Februari tahun lalu? Bukakah itu hujah Mat Sabu pada hari-
hari terakhir sebelum dimalukan dalam Muktamar Pemilihan Jun lalu?

Oleh itu, apa perlunya Pas menyingkirkan diri daripada Pakatan Rakyat? Apa perlunya
Pas bermusuh dengan DAP? Apa perlunya Pas menghalau profesional keluar
sedangkan akhirnya mereka kembali kepada dasar sebelum muktamar 2015?
Politik Machiavelli

Kini di dada ahli Pas terbuku persoalan, adakah tindakan para strategis Pas memburuk-
burukkan rakan seperjuangan lalu adalah kerana dendam kesumat dan sikap anti
Anwar? Jika itulah alasannya maka amat memalukan sebuah parti yang berteraskan
agama mengamalkan politik Machiavelli.

Lebih memilukan, ahli strategi Pas sejak setahun lalu telah menasihatkan perkara yang
salah kepada presiden Hadi. Padanlah rakan-rakan lama Hadi pun tidak senang
dengan politik Tuan Guru itu dan mereka mula berjinak-jinak bersama Amanah.

Ahli bawahan juga curiga apabila gabungan Pas – Ikatan yang dikatakan paling ampuh
untuk menewaskan BN itu dipuji oleh pemimpin BN.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata: “Ini juga mampu menjadikan politik
tanah air lebih baik, lebih demokratik dan banyak pilihan”

Manakala Ketua Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa menyifatkan kerjasama itu
sebagai satu lagi eksperimen baru Pas: “Kita menghormati haluan PAS untuk
mewujudkan blok baru dalam politik kerana setiap parti mempunyai strategi berbeza,
namun apa yang penting adalah memastikan perpaduan masyarakat Melayu tidak
terjejas”.

Relevankah pimpinan?

Mengapakah Umno memuji gabungan yang akan menentang mereka? Persoalan yang
lebih penting pula: Adakah pemimpin Pas yang sering berbolak balik dalam membuat
keputusan sesuai untuk terus menerajui parti?

Berbanding Fadzil dan Nik Aziz yang tidak mengubah keputusan untuk puluhan tahun
lamanya, kemimpinan Pas kini berubah fikiran dalam masa 10 bulan sahaja.

Pertanyaan lebih lanjut tentulah, benarkah dakwaan bekas Naib Presiden Pas Husam
Musa bahawa wujud anasir  Umno yang memperdaya pemimpin Pas menjamin pindaan
Akta 355 bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah diberi lampu hijau oleh
Umno untuk dibentangkan dalam sesi parlimen Mac 2015 lalu, sehingga Dun Kelantan
tergesa-gesa meluluskan pindaan Hudud dan Hadi membawa pindaan rang undang-
undang persendirian itu ke parlimen?

Sehingga kini Pas tidak lagi berani membawa pindaan rang udang-undang ke Dewan
Rakyat kerana sedar Umno telah mempermainkan mereka. Persoalan ini jika didesak
oleh ahli untuk menjawabnya, boleh menyebabkan usul tidak percaya dihadapkan
kepada pimpinan atasan

Adakah akan berlaku perpecahan sekali lagi dalam Pas? Tidak mustahil, melihat
keadaan yang semakin tidak menentu dalam parti Islam itu.

Deklarasi Rakyat perlu disokong oleh semua pihak, selamatkan negara, bukan
nak selamatkan Dr Mahathir

Deklarasi Rakyat yang diwujudkan oleh rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai
Perdana Menteri wajar mendapat sambutan dan diterima oleh semua pihak untuk
menyelamatkan negara ini dari cengkaman Najib yang semakin hari semakin ganas
meruntuhkan moral dan kebajikan negara tanpa hentinya itu. Semua pihak dari semua
pihak yang berbeza pendapat dan kecenderungan politik serta NGO-NGO yang waras
wajar memberikan sokongan kepada deklarasi rakyat itu. Ini sahaja caranya bagi
menyelamatkan negara dari terus merudum ditangan seorang pemimpin yang telah
gagal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin utama negara.

Najib telah gagal dalam membawa obor kedaulatan negara kerana imej yang melekat
dan terpahat di diri beliau itu terlalu buruk dan tidak dapat diperbetulkan dan
dibersihkan lagi. Bukan tidak ada cara untuk beliau,membersihkan namanya dan
negara, iaitu dengan menyaman semua akhbar dan majalah antarabangsa yang
melibatkan dirinya dengan skandal terbesar yang pernah di saksikan oleh dunia, iaitu
skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion yang menghantui dirinya sejak isu-isu ini
diketahui umum ‘globally’.

Tetapi beliau takut dan tidak mempunyai kudrat untuk melakukan saman itu kerana
beliau tidak mempunyai kudrat dan moral untuk menghadapi isu ini di mahkamah
antarabangsa. Tentulah kita boleh mengagak kenapa beliau mempunyai ketakutan itu.
Beliau hanya memberikan reaksi yang ada konspirasi antarabangsa bersama pihak
dalam negara ini untuk menjatuhkan beliau terutamanya Dr Mahathir Mohammed tetapi
beliau tidak berani untuk kemuka ke mahkamah untuk memberikan bukti tentang
konspirasi itu.

Beliau hanya bertindak menggagalkan jawatankuasa penyiasat tentang dua isu mega
ini dan membuang serta menamatkan perkhidmatan setengah dari mereka kerana takut
dengan keputusan penyiasatan itu. Beliau bertindak dengan mengugut mana-mana
individu dan pihak yang cuba untuk melakukan tindakan bagi mencari kebenaran ini.
Undang-undang baru digubal untuk menyekat rakyat dari mengetahui isu sebenar dan
peranan yang beliau mainkan dalam isu beliau menjahanamkan negara ini. Beliau tetap
mahu kekal berkuasa walaupun dalam keadaan beliau sudah hilang kelayakan untuk
memegang apa-apa ‘public office’ dari segi moral dan etikanya.

Sekarang rakyat tertekan dengan kos kehidupan yang terlalu tinggi dan ‘standard of
living’ yang semakin rendah. Tetapi disamping itu Najib masih petah berjanji untuk
menjadikan negara ini sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. Tidak ada lagi kata-kata beliau sebagai pemimpin yang boleh diyakini. Beliau
terus berbohong dan mengelirukan rakyat tanpa segan dan silu sedangkan rakyat ramai
hanya mentertawakan apa-apa yang beliau kata serta janji-janji kosong yang beliau
tidak akan mampu melaksanakannya. ‘Once a liar he will remain a liar’ bak kata
perumpamaan Inggeris.

Oleh kerana itu semua pihak walaupun mempunyai perbezaan pandangan dan
bemusuh-musuhan telah bersatu dengan deklarasi rakyat untuk bersama-sama
menyelesaikan isu negara yang sangat kritikal untuk diselesaikan ini. Masing-masing
pihak sedar yang mereka tidak akan dapat membantu membetulkan segala
kepincangan yang dilakukan oleh Najib dan kabinetnya sekarang jika mereka terus
dengan perbezaan dan perkelahian tentang isu politik masing-masing.

Kita memerlukan bersepaduan dalam menangani isu Najib dan skandalnya ini. Kita
mahukan semua rakyat bersatu tidak kira mereka dari orang awam atau setiap individu
dalam ‘uniform units’ dan pemimpin mereka untuk tampil bersama menyokong tindakan
rakyat untuk memperbetulkan negara ini secara aman dan damai. Kita mahukan setiap
Raja-Raja Melayu memainkan peranan untuk bersama rakyat tanpa takut kerana jika
rakyat sengsara Raja-Raja Melayu pun akan hilang dari muka bumi Malaysia ini.

Kita mahukan sebuah negara baru yang dipimpin oleh orang yang berkemampuan
untuk membina semula negara yang sudah hancur ini. Kita mahukan seorang pemimpin
yang mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang teknokrat dan mempunyai sisik dan kualiti
yang tinggi semata-mata untuk membina semua dasar dan pelaksanaannya dengan
betul dan tepat. Kita mahu kembalikan institusi demokrasi di berikan nafas baru dan
kembali segar melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan kepada mereka. Kita
mahukan negara ditadbir dengan bersistem yang boleh diguna pakai dalam jangka
masa yang panjang.

Kita mahukan negara memberikan kembali peruntukan perubatan dan pelajaran yang
sudah di potong oleh pimpinan Najib ini. Kita tidak mahu peruntukan untuk hospital
awam di potong kerana itu adalah tanggungjawab asasi bagi semua rakyat dan
manusia yang tinggal dalam negara yang berdaulat dan merdeka ini.

Kita mahukan pemimpin yang tegas dan bukannya pemipin-pemimpin yang garang.
Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai ‘passion’ yang kuat dalam membina
rakyat baik dari segi ekonominya mahu pun dari segi ‘spiritual value’ mereka tanpa
mengira perbezaan bangsa, agama dan cara hidup mereka.

Rakyat tidak mahu lagi hidup yang sentiasa dihantui oleh ugutan dari pihak polis dan
Ketua Polis Negara lagi. Kita mahukan AG yang adil dan saksama sebagai orang yang
mengetuai undang-undang negara. Kita tidak mahu lagi menyaksikan undang-undang
disalah gunakan oleh perompak dan penyamun untuk menutupi dosa dan noda mereka.
Itu sebabnya rakyat mahukan semua pihak termasuk mereka dan individu dalam unit
beruniform dan semua NGO serta parti politik untuk bergabung mengnyahkan hanya
seorang pemimpin yang sudah melebihi imej bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos
dahulu.

Inilah impian rakyat sebenarnya dan ia memerlukan sokongan dari segenap lapisan
masyarakat yang tegas untuk melihat negara kita kembali segar dan diketahui oleh
masyarakat antarabangsa yang rakyat Malaysia masih mempunyai maruah dan harga
diri mereka, dan tidak seperti setengah pemimpin mereka.

Our leadership is nothing more and nothing less than a pest to the nation.

Saman mungkir kewajipan fidusiari Ke Atas Mohd Najib

A Kadir Jasin

TIGA orang awam hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

[Tandatangani Deklarasi Rakyat di sini]  

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna


Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Mereka menuduh beliau mungkir kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasans (tort
misfeasance) dalam kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua
Umno bahagian Batu Kawan (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli
Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Najib ialah defendan tunggal dalam tuntutan itu. (Lanjut di sini).

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Mohd Najib melakukan


tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-
gunakan kedudukannya.
Dalam bahasa yang mudah, fidusiari (bahasa Inggeris fiduciary) adalah amanah,
khususnya yang melibatkan perhubungan di antara pemegang amanah dengan
benefisiari (pihak yang mendapat faedah).

Dalam konteks ini, Mohd Najib adalah pemegang amanah manakala plaintif adalah
benefisiari. Dalam kaitan yang lebih luas mereka bertiga mewakili semua pihak yang
sepatutnya mendapat faedah daripada kedudukan Mohd Najib sebagai penjawat awam
nombor satu negara.

Tort adalah salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil seperti ganti rugi.

Fakta saman:

1. Mohd Najib, sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat
jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai
siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam
anggaran US$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadinya.

2. Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Mohd Najib


menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan
Khairuddin.

3. Mereka juga menuntut RM2.6 bilion ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan
sebanyak RM42 juta.

Dua jumlah ini bersamaan dengan amaun yang masuk ke dalam akaun peribadi Mohd
Najib di AmBank dan amaun yang disyaki dialihkan dari SRC International Sdn Bhd,
sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan, ke akaun peribadi beliau.

Implikasi kes ini:

i. Menguji sejauh mana rakyat jelata boleh mengambil tindakan undang-


undang/mahkamah ke atas seorang penjawat awam politik.

ii. Menguji kebebasan dan sikap sama rata sistem kehakiman Negara.

iii. Menguji sejauh mana tindak-tanduk seorang Perdana Menteri “kebal” daripada
tindakan undang-undang.

iv. Membuka Perlembagaan dan tatacara pentadbiran awam kepada analisis dan
interpretasi.
v. Jikalau mahkamah bersetuju mendengar kes ini, plaintif boleh mencuba memanggil
seramai mungkin saksi, termasuk wartawan asing yang mendakwa penyelewengan
oleh Mohd Najib.

Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Mohd
Najib disingkirkan sebagai Perdana Menteri. Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan
deklarasi tersebut 4 Mac lalu.

Saya tidak menjangkakan jentera propaganda dan perang saraf Mohd Najib berupaya
memutarbelitkan kes ini kerana mereka sendiri sedang bergaduh semasa sendiri
mengenai siapa yang lebih setia dan berjasa kepada beliau dan siapa yang menjadi
musang berbulu ayam.

Wallahuaklam.

Melayu sokong DAP! Adakah Haji Hadi sedang 'menebus kesilapan' TG Nik Aziz?

Rabu, 23 Mac 2016


Gambar hiasan.
Adakah Nik Aziz punca Melayu sokong DAP dan kini Haji Hadi sedang menebus
kesilapan Nik Aziz itu..!!
Oleh Blog Sysssss..!!!
Sumber Syssss
KedahLanie

You might also like