You are on page 1of 5

Tunku :awak semua sudah makan?

Chin peng :ya. Sudah.

Chin Tien :sudah

Rashid : sudah

Tunku : adakah dikehendaki saya memulakan mesyuarat ini?

Chin peng :lebih elok . tunku ketua menteri memulakannya.

Tunku :saya datang hari ini ialah hendak bercakap dan memberitahu kepada kamu sekalian

akan maksud pertemuan ini.

Chin peng : ya.

Tunku :kerana awak semua tinggal di dalam hutan tentulah awak tidak tahu banyak perkara

perubahan yang berlaku di luar tempat awak.

Chin peng :ya.

Tunku :perubahan pertama ialah berkenaan dengan pilihanraya di seluruh Tanah Melayu.

Dalam pilihantaya di singapura, david marshall telah beroleh kemenangan. Kemudian,


berikutan dengan itu, diadakan di Malaya pula, parti dato tan dan parti saya telah
beroleh kemenangan. Kami telah membuat janji iaitu penjajahan mestilah ditamatkan.

Dalam mesyuarat federal yang lalu, pesuruhjaya tertinggi telah membuat kenyataan
rasmi dengan berjanji iaitu taraf pemerintahan sendiri akan diberi bagi pihak kerajaan
baginda Queen.

Saya cukup percaya bahawa rundingan di London akan mendapat kejayaan.

Selagi darurat itu berjalan, maka selama itulah pula undang-undang darurat
berkuatkuasa dan tidak sekali-kali akan dikendurkan.

Marshall :di dalam gerakan komunis menentang kerajaan, mereka tidak langsung mencapai
kejayaan, kecuali penderitaan semata-mata. Ada juga di antara komunis itu ahli
kebangsaan dan ada pula yang ingin hendak menjadikan negeri ini satu tanah jajahan
bagi satu kuasa luar. Mana-mana ahli yang berfahaman kebangsaan, maka kita mengalu-
alu mereka masuk ke dalam penghidupan rakyat damai.

Tunku :apa yang diterangkan oleh tuan marshall iti adalah semuanya betul. Segala cara kita
hendak menjayakan tujuan kita ini bolehlah kita berikhtiar bersama-sama.
Chin peng menundukkan kepada dan mengisar tempat duduk.

Chin peng :bolehkah saya meminta chin tien menjadi jurubahasa saya?

Tunku&marsahall : boleh.

Chin peng : pertama, telah jelaslah bagi kami bahawa tuan-tuan ini bukanlah jurucakap atau
perkakas bagi pihak british. Kerana itu kami telah bersambung nyawa keluar ke tempat
terang untuk menemui tuan-tuan di sini.

Keamanan ialah desakan umum. Keamanan ialah kemahuan rakyat jelata . dan kami
juga berharap keamanan akan dapat diciptakan dan segala penderitaan rakyat selama
ini akan ditamatkan.

Sebabnya kami menolak tawaran ampun beramai-ramai itu ialah amat senang saja iaitu
apa yang terkandung dalam tawaran tersebut tidaklah ada bezanya daripada yang
ditawarkan kepada kami dulu.

Tunku :adakah itu mengenai serah diri?

Chin peng : ya.

Chen tien :di dalam tawaran ampun beramai-ramai terhadap perbuatan yang telah kami lakukan
telahpun disebutkan. Kami bersetuju dengan semangat hendak berunding sebenarnya.

Segala isi-isi tawaran ampun beramai-ramai sekarang iniadalah berlainan dari yang
difahamkan umumnya.

Di dalam masa yang lalu YTM tuku telah mengatakan jikalau kita hentikan peperangan
ini maka kita akan dapat berunding tetapi dalam isi tawaran ampun beramai-ramai itu
tidak pula disebutkan apa-apa.

Inilah yang hendak saya cakapkan dan sekiranya percakapan saya ini mengelaurkan
percakapan yang biadap, harap maafkan sajalah.

Tunku :saya telah menyatakan dalam ayat yang kelima iaitu, pertamanya, kamu semua kenalah
menyakinkan kami iaitu kamu sebenarnya menumpu taat setia kamu kepada hanya
Malaya saja.

Tetapi kalau hanya becikan British, bukankah itu satu dasar kepada perjuangan kamu.
Malang sekali kerana kertas tawaran ampun beramai-ramai itu pada mulanya
ditandatangani oleh Jeneral Bourne tetapi setelah kami mendapati keselipan itu, maka
kami telah memperbetulkan kesilapan itu dengan menurunkan tandatangan kami.

Chin peng :bolehkah saya mengulas dua perkara? Pertama tentang taat setia kepada Malaya.
Bolehkah saya mendapat penjelasan tentang kehendak taat kepada Malaya itu?
Tunku :berhentikan pergerakan komunis sebagaimana yang dijalankan sekarang ini.

Contohnya: di singapura berlaku penyeludupan anasir-anasir komunis, sementara di


Malaya berlaku mogok pekerja-pekerja. Yang lagi satu ialah kekayaan seseorang. kita
tidak dapat menahan seseorang dari menjadi kaya raya.

Ini adalah sebagai contoh tanggungan anak negeri yang taat setia.

Mashall : hari ini kita mencari satu jalan hendak mencari keamanan kita. Rakyat mestilah
menghormati kebajikan negeri, dan kemampuan negeri. Kita berkehendakkan rakyat
sekalian taat kepada negeri bukannya rasa benci seperti yang ada hari ini.

Kita, hari ini hendak berunding perkara pengampunan beramai-ramai. Dalam bab lima
tawaran itu, kita memujuk mereka meletakkan senjata dan mengalu-alukan mereka
kembali ke dalam masyarakat yang damai.

Chin peng :saya suka hendak menerangkan satu perkara lagi. bolehkah saya mendapat penerangan
akan maknaya meninggalkan (give up) pergerakan komunis?

Mashall :ya. Meninggalkan pergerakan serta membuangkan fahaman komunis.

Chin peng : tak adakah lain-lain cadangan dari pihak kerajaan maksud saya lain-lain cadangan yang
membina?

Tunku : mana-mana komunis yang masuk ke dalam masyarakat kami akan terima sebagai
rakyat biasa.

Chin peng :kalau saya terburu-buru memberi keterangan saya itu haraplah maaf.

Mashall : ya

Chin peng :kerajaan singapura ialah kerajaan yang dipilih oleh orang ramai. Kiranya kerajaan
singapura menurut keinginan pengundi-pengundi iaitu dengan mencapai kekuasaan
dalam negeri, maka perkara mengiktiraf itu bukan menjadi perkara yang susah lagi.

Mashall :dalam kerajaan demokrasi, rakyat boleh bersuara mengikut hak-hak yang diberikan
kepada mereka.

Chin peng : begini saja. Sebagai ahli kepada parti komunis, kami percaya kepada fahaman kami.
Sekarang kerajaan minta kami buang langsung fahaman ini, tetapi sebagai anak negeri
ini, tentulah dia ada hak dari segi kebebasan berfikir, dan pada hakikatnya kerajaan
sekarang nampaknya memandang dengan perkara ini.

Tunku :bagi pihak kami, kami telah berikan kebebasan berfikir dan kebebasan bercakap. Kamu
kata, kamu berkehendakkan orang ramai menentukan. Bukan?

Chin peng : ya.


Tunku :kami pun berpendapat lebih kurang demikian juga. Orang ramai di Malaya suka tetapi
hendaklah diingatkan bahawa aliran fikiran yang baru telah pun bertukar.

Chin peng :tentulah kami pun Nampak bagaimana banyaknya kemajuan yang telah dilaksanakan di
Malaya hari ini. Kami menaruh minat akan syarahan-syarahan yang dibuat oleh tunku
ketua menteri Malaya dan singapura dalam pilihanraya yang lalu.

Saya sendiri telah mendengar syarahan-syarahan yang dibuat oleh tuan masrhall.
Betapa jauhnya kemajuan yang dicapai dalam lapangan siasah kita untuk mencapai
kemakmuran seperti yang dinikmati sekarang.

Tunku : sebab itulah, maka kami membuat tawaran hendak menamatkan peperangan ini.

Chin peng :saya fikir perkara fahaman jangan dibincangkan sekarang. Kita datang ke sini dengan
perasaan ikhlas dan dengan harapan mencari jalan untuk menamatkan darurat. Kita
tidak boleh terima kehendak-kehendak dalam tawaran pengampunan beramai-ramai
kerana dari segi dasar-dasar yang dibuat sekarang ini menunjukkan yang parti komunis
kami hendak dibubarkan.

Tunku :tak ada ulasan apa-apa. Sukakah kalau rundingan ini kita hentikan sementara selama
satu jam?

Marshall : pihak komunis telah membawa rasa benci, kekerasan dan keganasan.

Chin peng : ah, itu soal lain. Kalau kami tak terima tawaran yang diletakkan ke atas kami ini, maka
kamilah yang akan diletakkan kesalahannya.

Marshall : kalaulah parti komunis tidak diakui, (marshall menumbuk meja sekali) maka kamu akan
melakukan kekerasan. Tetapi apa yang dapat kamu capai dari sikap yang demikian?

Chin peng :sekarang saya tegaskan lagi sekali. (mukanya menjadi pekat dan pahit). Kalau darurat
ini berpanjangan, maka kesalahan itu jangan diletakkan di satu pihak saja. Kami sendiri
sedar bahawa peperangan ini hanya akan membawa kepada kesengsaraan dan
penderitaan.

Tunku :kalau begitu, masuklah bersama-sama gerakan kami.

Chin peng : adakah bermakna yang kami akan membuang fahaman kami ini.

Tunku : pergerakan dan fahaman adalah berlainan maknanya.

Chin peng : kalau kami tidak dapat mencapai hasrat kami, adakah tuan fikir yang kami ini akan
mengikut kata tuan. Marilah kita ringkaskan perkara ini. Kami boleh ikut setengah-
setengah perkara, iaitu sambil kami mengekal akan parti komunis ini, kami akan
meresap masuk dalam perikatan, tetapi kalau kami membuat gerakan di belakang, kami
tentu dicap sebagai tidak jujur, ikhlas dan bersifat terus terang.
Chin peng :bolehkah saya tahu, bahawa perkara-perkara yang kita bincangkan ini akan atau telah
dipersetujui oleh kerajaan?

Tunku : biarlah kita rehat dulu.

You might also like