You are on page 1of 3

AKTIVITI 6.

A1 : REFLEKSI PERJUANGAN DATO’ ONN


TUGASAN:
Sila submit URL video (samada dokumentari atau movie) tentang perjuangan Dato Onn dalam
mewujudkan parti politik yang boleh disertai oleh pelbagai etnik (bermula dari penglibatan beliau
dalam UMNO) dan berdasarkan video tersebut berikan refleksi anda, panjang sekurang-kurangnya
200 patah perkataan.

JAWAPAN:

https://www.youtube.com/watch?v=NeWemPkdTbg

Berikutan adalah URL video yang memaparkan mengenai rentetan perjuangan tokoh-tokoh
terdahulu dalam memperjuangkan bangsa dan kemerdekaan. Antara tokoh yang terlibat adalah
Dato Onn Jaafar, salah seorang pemimpin yang mementingkan kedudukan orang Melayu di Tanah
Melayu. Secara ringkasnya, setelah menonton video tersebut dapat dikatakan bahawa Dato Onn
seorang yang berjiwwa besar dalam menentang British yang ketika itu mahu menubuhkan Malayan
Union di Tanah Melayu. Pada 23 Januari 1946, Dato Onn telah menghantar surat ke Utusan Melayu
sebagai gesaan bagi orang Melayu membuat satu kongres dan dari situlah tercetusnya satu idea
penubuhan orang Melayu yang dinamakan United Malays Organisation (UMO) bagi menentang
British bagi penubuhan Malayan Union. Setelah itu, Raja-Raja di Tanah Melayu baru sedar setelah
menandatangani perjanjian kertas putih tersebut bermakna Tanah Melayu di bawah pengaruh
jajahan British secara mutlak. Perjuangan Dato Onn tidak terhenti begitu sahaja apabila beliau telah
mengadakan satu Kongres Melayu Pertama yang diadakan pada 1 Mac sehingga 4 Mac 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Dalam kongres tersebut, Dato Onn telah menyemarakkan semangat
orang Melayu bagi menentang Malayan Union malah ketika itu, Tuan Zainal Abidin yang juga dikenali
sebagai Za’aba telah mencadangkan nama UMO ditukarkan kepada United Malays National
Organisation. Setelah beberapa perjanjian telah dilakukan lalu Malayan Union dihapuskan. Antara
syarat British untuk merdeka adalah kerjasama kaum. Rentetan daripada syarat tersebut, Dato Onn
telah menjemput seramai 21 orang ketua yang diwakili pelbagai kaum berkumpul bagi
menyelesaikan masalah perkauman yang berlaku ketika itu akibat daripada Parti Komunis Malaya
yang banyak diwakili oleh orang Cina. Satu pertubuhan Communities Liason Committee (CLC)
ditubuhkan bagi menyelesaikan dan mencari jalan membaiki hubungan antara kaum dan pada
Setember 1949 telah beberapa petisyen telah dikeluarkan oleh CLC bagi menuntut hal kerakyatan
dipertimbangkan semula dengan memberi kelonggaran kepada kaum lain tetapi mendapat bantahan
yang keras oleh perwakilan UMNO yang lain. Sebaliknya berlaku apabila dalam satu persidangan
UMNO di Kuala Lumpur telah mempersetujui tuntutan tersebut tetapi ada penambahan dalam
syarat tersebut. Akhirnya Dato Onn telah keluar daripada UMNO apabila tuntutan yang dibawa oleh
beliau ditolak. Justeru dapat dilihat di sini, perjuangan Dato Onn dalam memperjuangkan parti
politik yang boleh disertai oleh pelbagai kaum amat kuat sehingga apabila cadangan beliau telah
ditolak telah mengakibatkan beliau menarik diri daripada UMNO dan telah menubuhkan Parti
Negara bagi perjuangan yang seterusnya. Hal ini semua bertitik tolak daripada pandangan jauh
beliau yang melihat kerjasama kepelbagaian kaum itu dapat membebaskan Tanah Melayu daripada
jajahan kuasa asing.
6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda

TUGASAN:
Sila perkenalkan ahli parlimen yang mewakili kawasan parlimen anda. Nyatakan apa program yang
dibuat oleh beliau dalam merapatkan hubungan antara etnik. Panjang sekurang-kurangnya 200 patah
perkataan. Sila sertakan juga gambar beliau dan hyperlink ke blog beliau jika ada. Anda juga boleh
sertakan URL (hyperlink) atau embed video Youtube yang menceritakan kegiatan ahli parlimen tersebut.
JAWAPAN:
http://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3198

https://m.facebook.com/ahmadjazlanyaakub/

Dua link serta gambar di atas adalah ahli parlimen yang mewakili kawasan saya tinggal iaitu
Machang, Kelantan. Nama beliau adalah Ahmad Jazlan Bin Yaakub berbangsa melayu dan mewakili
parti UMNO dalam pilihan raya umum. Tempat duduk beliau adalah C-21, Parlimen P029 kawasan
Machang Negeri Kelantan. Alamat pejabat beliau adalah Pejabat YB Timbalan Menteri II Aras 31,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah No. 47 Persiaran Perdana Presint 4 62100 Putrajaya .
Antara program yang beliau telah anjurkan bagi memupuk semangat perpaduan dalam pelbagai
etnik adalah beliau sendiri telah turun padang dalam membantu rakyat Machang dengan memberi
sedikit sumbangan yang mana beliau tidak mengambil kira tentang agama,bangsa,politik rakyat.
Walaubagaimanapun, video yang penuh bagi menunjukkan penglibatan beliau dalam membantu
membersihkan lumpur banjir tersebut tidak dirakamkan. Hal ini demikian kerana, masing-masing
memainkan peranan yan penting dalam memberi sumbangan tersebut sehingga tidak mendapatkan
rakaman yang penuh. Justeru, dalam penglibatan beliau dalam pemberian ini menunjukkan beliau
mampu bekerjasama dengan rakyat dengan membantu pemberian tersebut tanpa mengira jenis
bangsa sebaliknya membantu atas semangat perpaduan yang telah ditonjolkan.
6.A3 : Ulasan PRU 13
Menurut Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri,

1. Untuk melihat siapa menang dan siapa kalah dalam sesuatu pilihanraya, ada 3 perkara yang

perhatikan iaitu, watak pemimpin, watak yang dipilih dan watak .

2. Pengundi membuat keputusan sekian lamanya berdasarkan ., walau pun belum

pasti siapa yang akan dipilih.

3. Di Malaysia, di Parlimen, kerusi majoriti sebanyak 151 kerusi, yang didominasikan

oleh sebanyak 24 kerusi, dan kerusi campur sebanyak 47 kerusi.

4. Pengundi "kaya" dengan pilihan, mereka boleh memilih untuk mengundi samada

, PKR atau PAS. Pengundi secara majoritinya akan mengundi DAP

atau parti-parti lain dalam .

You might also like