You are on page 1of 256

HIKAYAT

KHAIRY JAMALUDDIN:
PUTERA OXFORD KE PUTRAJAYA
HIKAYAT KHAIRY
KHAIRY JAMALUDDIN: PUTERA OXFORD KE PUTRAJAYA
Hak cipta Terpelihara © Malaysia Today 2006

ISBN

Dicetak di Malaysia

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada penerbit.

Hasil tulisan ini adalah pendapat penulis sendiri.

Hak cipta dan cetakan terpelihara. Sebarang bahagian daripada buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dengan
cara yang boleh digunakan lagi dalam sebarang cara, baik secara elektronik, mekanik dan sebagainya, tanpa mendapat
izin terlebih dahulu.
SENARAI KANDUNGAN

Text ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad 7

Bab 1 Sinopsis: Lelaki paling berkuasa di Malaysia 28

Bab 2 Keluar dari lubang najis 34

Bab 3 Musuh dalam selimut 41

Bab 4 Membunuh saudara sendiri 48

Bab 5 Pewaris dan penyamar 54

Bab 6 Taman permainan media Khairy 62

Bab 7 Berputiknya satu persahabatan yang akrab 71

Bab 8 Fajar menyinsing, senja berlabuh 79

Bab 9 Lahirnya seorang jurujual 86

Bab 10 Jurulelong Negara 93

Bab 11 Khairy dan kilang duitnya 102

Bab 12 Berkerincing laci wang 107

Bab 13 Cinta yang berbelah-bagi 113

Bab 14 Pertabalan seorang Raja 120

Bab 15 Permainan berisiko tinggi 125

Bab 16 Dinding yang bercakap 131

Bab 17 Patah sudah dahan untuk berpaut 137

Bab 18 Harapkan pagar, pagar makan padi 143

Bab 19 Sebuah Republik dalam ketakutan 149

Bab 20 Apakah Umno benar-benar mahu menang? 155


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Bab 21 Kemenangan kecil siapa? 167

Bab 22 Silap kiraan maut padahnya 173

Bab 23 Lebih laju, lebih tinggi, lebih perkasa 181

Bab 24 Ulasan Hikayat Khairy Jamaluddin 191

Bab 25 Muslihat Baru: Kesuntukan masa 203

Bab 26 Muslihat Baru: Tukang pembawa beg 209

Bab 27 Muslihat Baru: Terhempas dan terbakar 216

Bab 28 Muslihat Baru: Rencana yang gagal? 223

Bab 29 Kuntum Mawar – orang baru dalam hidup Abdullah 229

Bab 30 Pertempuran bermula: Serangan balas Budak Pekan 234

Bab 31 Pertempuran bermula: Mahathir memilih senjatanya 240

Bab 32 Pertempuran bermula: Serangan Mahathir


– Kaisar menjadi Brutus 246

 Malaysia Today
TEXT UCAPAN
Tun Dr Mahathir Mohamad
Dialog Bersama Malaysia Today
Kelab Century Paradise
Taman Melawati, Kuala Lumpur
24hb Jun 2006

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrkt. dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ucapkan banyak terima kasih kepada Gabungan


Badan-badan NGO dan juga Malaysia-Today.net yang telah sudi
menjemput saya untuk menghadiri majlis ini. Saya diberitahu, tujuan
untuk menjemput saya ialah untuk mendengar penjelasan berkenaan
dengan beberapa teguran yang telah dibuat oleh saya baru-baru ini.

Sebenarnya saya diminta, supaya jangan kritik kerajaan. Dr. Lim


Keng Yeik kata don’t criticise the government, don’t criticise Pak Lah,
don’t criticise Prime Minister. Sebenarnya sebelum daripada ini, saya
sememang pun saya tidak criticise kerajaan.

Walaupun ada teguran sedikit sebanyak, berkenaan AP, berkenan


pemecatan orang itu, orang ini, tapi ia bukanlah suatu kritik sehinggalah
apabila kerajaan membuat keputusan, untuk tidak meneruskan
pembangunan jambatan baru untuk menggantikan landasan cosway
antara Johor dengan Singapura.

Apabila keputusan ini dibuat, maka saya tidak dapat membendungkan


diri saya ini kerana sudah lama aktif dalam politik. Jadi orang politik
ini, walaupun membuat pengakuan tidak aktif berpolitik lagi.

Tapi susah sikit apabila kita lihat sesuatu yang tak kena yang dirasa oleh
negara kita sendiri, jadi susah untuk berdiam diri.

Kita telah berjuang agak lama juga untuk memerdekakan negara kita ini.
Kita dulu dijajah oleh British. Kita juga dijajah oleh dahulu Belanda dan
Portugis. Selama 450 tahun kita dijajah.

Selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British kembali semula ke

Malaysia Today 
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Malaysia ini, dan mereka cuba menakluk secara langsung negeri-negeri


Melayu yang dulunya adalah mendapat perlindungan, protection sahaja
daripada British.

Tetapi rancangan British ialah supaya negeri-negeri Melayu ini ditakluk


secara terus oleh mereka dan Raja-Raja semua akan diturun pangkat jadi
chief kadhi.

Pada ketika itulah barulah orang Melayu sedar bahawa mereka akan
kehilangan tanahair mereka yang mereka panggil sebagai tanah Melayu.
Mereka tidak akan dapat taraf yang istimewa lagi tetapi menjadi rakyat
biasa. Negara kita ini akan dicantumkan negeri-negeri Melayu bersama
dengan Melaka dan Pulau Pinang.

Pada masa itu kita berpendapat bahawa kita harus bersatu untuk menebus
balik hak kita. Apakah dianya hak kita? Semasa kita duduk di bawah
British protection ini kita masih ingat negeri-negeri Melayu ini adalah
hak kita.

Kita masih ingat kita berdaulat. Tetapi kalau dijajah secara terus kita
hilang kedaulatan kita. Justeru itu kita harus berjuang untuk mendapat
balik kedaulatan kita. Our sovereignity, our freedom and our right to
govern our own country. Itulah yang diperjuangkan.

Dan alhamdulillah, setelah kita berjuang, bertungkus lumus yang dipimpin


oleh Dato Onn, dan dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman dan beberapa
tokoh-tokoh lain, kita berjaya mencapai kemerdekaan kita pada tahun
1957. Apabila kita merdeka, kita berlagak sebagai bangsa yang merdeka.

Alhamdulillah, oleh kerana negara kita ini dapat dimajukan oleh kita
sendiri, kita tak mudah dikuasai ataupun dipengaruhi oleh kuasa-kuasa
besar.

Dan kadang-kadang kita ditegur kerana kita lantang menegur kuasa-kuasa


besar. Dan kita tak menghiraukan nasihat mereka. Kita buat mengikut
kehendak kita, dengan cara kita sendiri.

Dan alhamdulillah kita berjaya. Walaupun ramai yang berkata kita akan
menjadi muflis dan sebagainya. Tetapi, alhamdulillah kita berjaya dan
kita terus lantang menegur kuasa-kuasa besar, apabila mereka melakukan
sesuatu yang salah.

 Malaysia Today
Mengkritik mereka, kuasa besar, dan mereka memanglah tak begitu
senang hati dengan kita. Mereka marah. Akhbar-akhbar mereka, media
mereka mengecam Malaysia, negara yang tak demokratik kata mereka,
yang tak ada kebebasan surat khabar, dan macam-macamlah keburukan
kita.

Namun demikian, ramai juga daripada negara-negara membangun, yang


memandang tinggi kepada negara kita, Malaysia ini, dan berharap bahawa
inilah satu-satunya Negara Dunia Ketiga, yang mampu mempertahankan
negara-negara membangun ini.

Saya bukan nak masuk dalam bakul nak angkat diri sendiri, tapi, kita
sekarang ini sudah sampai kepada satu tahap yang mana ramai yang
mengharap Malaysialah yang akan menyuarakan pendapat mereka,
kerana mereka tak mampu menyuarakan pendapat mereka, kerana
mereka berhutang atau mendapat bantuan-bantuan tertentu daripada
negara kuasa besar ini.

Tetapi kita tak, kita tak memerlukan bantuan daripada kuasa besar. Yang
kita hutang juga, bukan tak ada hutang, tapi kita hutang kita bayar, tak
pernah miss, kita good paymaster. Jadi mereka tak boleh nak gunakan
tekanan ke atas kita. Walaupun semasa krisis mata wang dahulu. Mereka
gunakan krisis mata wang itu, untuk memaksa supaya tunduk kepada
kehendak mereka.

Tetapi oleh kerana kita tak berhutang dan tak bergantung kepada mereka,
maka mereka tak dapat membuat sesuatu yang akan mengurangkan
kebebesan kita, kemerdekaan kita.

Kita berbangga, saya yakin kita semua berbangga kerana negara kita ini
betul-betul merdeka. Saya yakin, ramai dari kita telah pergi ke negara-
negara lain terutama negara-negara membangun, negara-negara Arab,
mereka selalunya menyebut tentang pandangan tinggi mereka kepada
Malaysia, kerana kita betul-betul merdeka.

Walaupun mereka lebih kaya daripada kita, tetapi mereka tak berani
mengata apa-apa sesuatu kepada kuasa besar kerana mereka takut
tindakan-tindakan tertentu diambil ke atas mereka.

Sebab itu mereka memandang hormat kepada Malaysia kerana kita bebas
untuk menegur sesiapa sahaja. Dan kalau mereka ingin membalas, kita

Malaysia Today 
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

juga bersedia untuk mempertahankan diri kita.

Saya yakin kita semua menghargai kemerdekaan ini dan tak rela
kemerdekaan kita ini dikurangkan ataupun kedaulatan negara kita ini
diketepikan.

Sebab itu apabila pihak kerajaan yang ada sekarang ini membuat keputusan
tak akan membinakan jambatan separuh ini, jambatan bengkok, kerana
kononnya, tidak dipersetujui oleh Singapura, saya berpendapat, saya tak
tahulah orang lain punya pendapat macam mana, tapi saya berpendapat
bahawa kedaulatan kita sudah dicemarkan, kita tak lagi berdaulat, tak
lagi sovereign, tak lagi bebas membuat sesuatu didalam wilayah kita.

Apabila ini berlaku barulah saya secara terang membuat teguran, sebelum
dari itu, saya cuma komen sahaja berkenaan dengan AP, menteri dan
sebagainya, itu komen, bukan teguran, not a criticism.

But I must admit, apabila kita buat keputusan yang merupakan tunduk
kepada Singapura, saya tak tahan hati lagi, dengan itu, saya betul-betul
mengkritik kerajaan.

Kenapakah harus kita bertanya kepada Singapura untuk kita membuat


sesuatu dalam negara kita? Kalau kita bertanya kepada Singapura,
untuk mendapat kebenaran membuat sesuatu di dalam negara kita, ini
bermakna bahawa kita sudah tak merdeka, kita sudah tunduk kepada
kuasa asing, bukan kuasa besar sangat, kuasa besar chet kata orang
Kedah. Orang yang hingus pun tak kering lagi kita pergi tunduk kepada
dia. Ini memalukan! Sebab itu saya menegur, saya akui saya tegur.
Walaupun saya tak nak tegur dah janji jangan tegur, tetapi ini saya tak
tahan sebab itu saya tegur.

Apakah keputusan yang dibuat oleh kerajaan? Kita telah pun putus untuk
membina jambatan separuh ini. Dan jambatan separuh ini tak sama sekali
akan melibatkan kawasan di bawah pemerintahan Singapura, hanya di
sebelah kita sahaja. Bahkan sebahagian daripada cosway itu, sebahagian
di sebelah kita, akan disimpan supaya jambatan itu akan turun atas
cosway sebelah kita, tak kena kepada Singapura sama sekali, tak kena
kepada Singapura sama sekali.

Jambatan itu sudah didesign dengan begitu teliti, supaya tak boleh pihak
Singapura menentang ataupun membuat apa-apa syarat kepada kita. Dan

10 Malaysia Today
sebenarnya, Perdana Menteri Singapura pada ketika itu menulis surat
kepada saya, katanya dia lebih gemar kalau ada jambatan yang lurus.

Tetapi, kalau kita nak juga buat jambatan separuh ini, I accept, dia
terima, dia tak kata ada syarat nak mesti jual pasir, apa itu, tak ada, cuma
dia kata dia terima. Dan ini semua tercatit dalam surat yang disiarkan
oleh Singapura bukan saya, disiarkan oleh Singapura untuk menjelaskan
kenapa ada masalah berkenaan dengan harga air.

Tetapi dalam pada itu, disebut dalam surat daripada Chok Tong iaitu
dianya tak ada halangan terhadap cadangan kita untuk membinakan satu
jambatan di sebelah kita sahaja.

Saya tulis surat kepada dia, bukan kerana nak minta kebenaran daripada
dia, saya cuma tulis surat kata kalau awak tak nak buat jambatan yang
lurus, betul, kami akan buat di sebelah kami, bukan minta kebenaran,
tak, cuma bagi tahu, kalau dia tak nak, ini yang kita buat. Dan dia, tak
ada apa, I accept.

Jadi tak ada syarat apa. Tak ada halangan daripada Singapura. Dan
sebenarnya, kita telah pun bersetuju dalam kabinet, supaya jambatan
separuh ini, scenic bridge ataupun jambatan bengkok ini, akan dibina.
Dan kerja-kerja awal telah pun dimula semasa saya masih lagi jadi
Perdana Menteri, sudah dimula, kita telah buat soil test, dan kita telah
tentukan di mana letaknya CIQ, dan jalan daripada jambatan ini terus
kepada CIQ. Semuanya ini telah dibuat dan kita telah pun keluar kontrak
supaya dibuat CIQ ini sebelah dalam sikit, tak boleh tempat lama, dan
kita juga telah keluar kontrak untuk membina jambatan ini.

Sepatutnya kita teruskan sahaja. Benda ini sudah diputus. Tetapi, pihak
kerajaan, saya fikir, kerana ingin mendapat jambatan yang lurus, telah
hentikan pada bulan Februari 2004, iaitu setelah saya berhenti lima
bulan, telah hentikan kerja-kerja membangunkan jambatan ini.

Dan kerana kononnya, untuk mendapat persetujuan daripada Singapura


supaya dapat dibina jambatan yang lurus, yang straight, dengan
kerjasama Singapura.

Dan saya tak kata apa. Saya tak kritik. Dihenti hentilah. Kalau boleh
buat jambatan yang lurus, dengan kerjasama Singapura, ok, saya tak ada
apa halangan. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.

Malaysia Today 11
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Tuan-tuan dan puan-puan, apabila kita keluar kontrak, kita buat kerja,
dia bukan free, ada belanja-belanja tertentu. Dan bukan sedikit belanja,
ratusan juta telah dibelanjakan untuk membina CIQ di tempat itu,
untuk macam-macam kerja lain termasuk juga kerja-kerja awalan untuk
membangunkan jambatan ini.

Apabila kita hentikan sesuatu projek maka perbelanjaan ini menjadi


sia-sia. Dan CIQ ini diletak mengikut jalan yang akan menghubungkan
CIQ ini dengan jambatan bengkok tadi. Ini telah dihentikan dan kita
tunggulah, tunggu supaya kita dapat persetujuan daripada Singapura.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya jadi Perdana Menteri 22 tahun. Semasa


22 tahun itu saya telah usaha bekerjasama dengan Singapura, hak itulah,
tak tahu apa lagi nak buat, awal-awal lagi saya pergi jumpa dengan Kuan
Yew, bercakap dengan dia, berbaik dengan dia, nak bersahabat dengan
dia, tapi dengan Singapura tak boleh bersahabat. No way!

22 tahun nak minta harga air naik daripada 3 sen kepada 4 sen pun tak
boleh. Dia punya cara ialah dia delay. Dia kata ini kita kena buat semua
sekali, jangan satu-satu pakej, pakej semua.

Jadi kalau tak setuju dengan ini, yang lain semua tak boleh buat. Kalau
bersetuju semua, yang ini tak boleh buat. Semua tak boleh buat juga.
Jadi, itu cara Singapura. 22 tahun saya telah usaha. Dan saya tahu ahli-
ahli kabinet saya pun sedar tentang 22 tahun itu. Dalam kabinet pun
bincang. Bukan main marah ahli-ahli kabinet kepada Singapura. Kalau
saya tak tahan, barangkali dia pergi tumbuk dah, tumbuk Kuan Yew.
Tapi saya begitulah, saya sabar, tak semacam orang lain.

Semua orang cium tangan saya pasal nak lawan dengan Singapura.
Sekarang tak cium pasal bau busuk sikit. Tak apalah yang itu. Naluri
manusia. Manusia memang macam itulah. Takpalah. Saya terima. Tapi
kalau cuba nak buat baik dengan Singapura tak mungkin. Tak boleh! Tak
boleh! Dengan Singapura jangan cuba nak buat baik, dia tak akan buat
berbaik dengan kita. Dia kira diri dia sahaja.

Sebagai satu contoh, semasa kita berada dalam SEAMEO, South East
Asian Ministers of Education Organisation, Singapura ada bersama
dengan Malaysia dan dalam satu mesyuarat di Filipina, kita bercadang
supaya ditambah sumbangan kepada SEAMEO ini, belanja duit tak
ada kita tambahlah sikit. Dan Singapura dikehendaki tambah sebanyak

12 Malaysia Today
10,000 dolar setahun, 10,000 dolar setahun, Singapura kata, kami tak
ingin lagi jadi ahli SEAMEO. Kerana 10,000 dolar setahun, dia sanggup
berpecah dengan negara-negara di Asia Tenggara ini. Ini Singapura! Dia
kira! Kalau satu sen pun dia kira. Sebab itu kita kata naiklah dari tiga sen
kepada lebihlah dari tiga sen, dia tak mahu. Sampai sekarang ini dia tak
nak. Lepas itu dia jual air yang dia dapat daripada kita dijual pada harga
40 dollar untuk 1,000 gelen. Itu Singapura.

Saya dah tahu dah. Saya kenal orang ini. Saya kenal Kuan Yew. Saya
kenal Goh Chok Tong. Anak dia pun saya kenal. Hsien Loong ini pun
saya kenal juga sikit-sikit. Tak berapa banyaklah. Barangkali dia lain
dari bapa dia tak tahulah. Tapi bapa dia dok ada situ lagi.

Jadi kalau nak berkira dengan Singapura, setakat nak main golf, nak
tepuk belakang, itu ok. Saya tak tahu pasal golf ini, saya tak main golf.
Jadi tak adalah peluang saya nak main golf, tepuk belakang siapa pun.
Tapi ini orang suka nak main golf. Sikit-sikit pergi Singapura main
golf. Sikit sikit pergi Singapura. Anak, menantu, apa semua pergi ke
Singapura.

Entah apa ada di Singapura itu. It is a concret jungle. Hutan konkrit


tak ada apa pun. Tapi seronok bukan main, pergi Singapura. Saya pergi
Singapura jarang sekali. Selepas berhenti ini tak pergi sekalipun.

Jadi ini, dengan Singapura kita tak boleh nak runding, nak bincang, nak
senyum, nak tepuk belakang, tak dapat. Tapi tak apalah kalau kata boleh
nak berunding semula dengan Singapura, oklah. Tetapi saya tunggu dan
tunggu dan akhirnya setelah saya dengar Menteri Luar kata jambatan
di sebelah kita ini adalah hak kita, dan Singapura tidak boleh campur
tangan dalam pembangunan jambatan sebelah kita ini.

Tiga hari sebelum Pak Lah bercakap, Timbalan Perdana Menteri kata,
we will carry on, kita akan buat jambatan ini. Dan kita pun sedap hati.
Saya sedap hati lebih dari orang lainlah.

Ini semua, orang kata ini his brain child, pet project apa semua ini.
Pet project sayalah semua ini. Semua ini yang saya belanja beratus-
ratus juta, beribu-ribu juta, semua pet project saya. Buat jalan, monorel,
macam-macamlah, karut-karut semua ini.

Jadi, tak apalah. Kerana nak buat pet project saya ini, saya pun seronok.

Malaysia Today 13
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Lepas itu dibuat kenyataan oleh Perdana Menteri, kita tidak akan bina
jambatan ini, kerana orang Malaysia tidak mahu jambatan ini. Saya
hairan, pasal saya ingat, tak dengar pun orang Malaysia kata tak mahu
jambatan. Orang Johor pun tak kata tak mahu.

Mereka tak mahu nak jual pasir. Mereka tak nak kapal terbang perang
Singapura terbang di udara Johor. Itu mereka memang tak nak. Menteri
Besar Johor kata, dia tak nak, nak jual pasir dia tak bersetuju, nak biar
kapal terbang Singapura, kapal terbang perjuang, jet pejuang Singapura
boleh berlegar-legar di atas udara kita.

Kalau dia benar kita hantar MIG dan Sukoi terbang di Singapura,
takpalah, oklah. Quid pro quo. Tapi itu tak boleh. Tempat kita di boleh
terbang. Saya dah bagi berhenti dah, tak boleh. Singapura punya kapal
terbang perang tidak boleh terbang di sini. Dah lama dah.

Pasir pun saya berenti dah, tak bagi jual kepada Singapura. Kerana, dia
apabila menimbus laut, dia menimbulkan masalah kepada kita. Sebab itu
kita tak bagi pasir. Pasir yang kita jual dulu pun sikit sahaja.

Tetapi, ini cadangan kerajaan Malaysia, dan ini dakwaan saya. Saya
kata, ini adalah tawaran daripada kerajaan Malaysia. Setakat yang saya
tahu, itu adalah tawaran. Bukan desakan daripada Singapura.

Kalau tak betul, saya kata, tolonglah tunjuk kenapa tak betul? Ada
dokumen-dokumen ini yang tunjuk apa yang saya kata saya tak betul,
ok, saya terima. Tapi, sehingga sekarang ini, walau dikatakan akan buat
penjelasan, belum lagi ada penjelasan.

Tetapi, yang sebenarnya, yang orang Malaysia tak mahu ialah membenar
pesawat pejuang Singapura terbang di udara kita dan tak nak jual bukan
satu dua guni pasir tetapi 50 juta cubic metre pasir ke Singapura tiap-tiap
tahun selama 20 tahun. Bermakna satu bilion cubic metre of sand akan
dijual kepada Singapura.

Dengan itu, Singapura akan jadi satu setengah kali lebih besar daripada
sekarang. Cukup untuk penduduk sebanyak 10 milion.
Dan pasir kita apabila kita kauk pasir kita daripada laut maka orang-
orang kita yang nak dapat cari makan sikit, tangkap ikan pun tak dapat
lagi kerana segala tempat yang mana ikan bertelur, menetas, semua itu
akan dikorek bawa ke Singapura.

14 Malaysia Today
Sama dengan kalau kita bagi sebahagian dari Malaysia kepada Singapura.
Inilah sebabnya yang orang Johor tak nak dan orang Malaysia pun tak
nak. Saya tak tahu barangkali dalam dewan ini ada yang hendak jual
pasir. Kalau ada angkat tangan.

Itu yang mereka tidak bersetuju, jualan pasir dengan nak biar kapal
terbang Singapura terbang di udara Johor. Itu yang tak bersetuju. Tetapi
tentang jambatan saya tak dengar siapa pun kata kita tak nak jambatan,
tak ada. Ada siapa-siapa yang dengar? Orang yang kata kita tak nak
jambatan? Tak ada siapa pun!

Sudah tentu di Johor, tak adalah, barangkali Shahril saya tak tahu, yang
itu lainlah, Shahril ke, Syed Hamid ke, yang itu tak tahulah. Tapi tak
ada.

Kenapa Perdana Menteri berkata orang Malaysia tak nak jambatan?


Itu… tak tahulah, saya tak nak kata dia bohong, dia tak bohong. Dia
cucu seorang yang amat alim, takkanlah dia nak bohong. Tapi, saya tak
dengar, itu sahaja. Saya tak dengar.

Ada orang Melayu kata, kita tak mahu jambatan. Yang saya tahu, mereka
nak jambatan tapi tak nak jual pasir, tak nak benar pesawat perjuang
Singapura terbang di udara Johor.

Kononnya, kerana itu, orang Johor tak nak, orang Malaysia tak nak
jambatan, maka kerajaan tidak akan membina sama ada jambatan lurus
ataupun tak lurus.

Ini yang menyebabkan saya berasa kecewa. Lagi pun, dikatakan pula
kalau kita bina jambatan kita di sebelah kita ini, Singapura berhak untuk
menentang kerana ini akan melibatkan, mengubah saluran paip air
mereka. Kononnya, ini akan dibawa kepada mahkamah antarabangsa.

Sebenarnya saya tahu sendiri, dan saya baca sendiri perjanjian antara
Malaysia dengan Singapura berkenaan dengan paip air ini.
Dalam perjanjian weighlift katanya, disebutkan bahawa kalaulah kerajaan
Malaysia berkehendak supaya paip ini diubah, maka Singapura mesti
ubah paip ini dengan perbelanjaan Singapura sendiri. Ini terbentang
hitam putih. Kita boleh tengok dalam perjanjian itu, dia mesti ubah.

Jadi, kenapa kita pula kata, kalau kita tempoh dia punya paip walaupun

Malaysia Today 15
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

seinci maka dia berhak pergi ke mahkamah. Dia nak pergi ke mahkamah
pergilah. Kita boleh lawan. Kita biasa lawan.
Dan kita biasa menang pun. Ini hak kita. Perjanjian ada. Apa guna
perjanjian kalau dia tak ada langsung kuasa?

Dan kita sendiri berkata, perjanjian yang kita buat ini tidak berkuasa.
Yang ini yang saya hairan. Yang kata kononnya, Singapura ada hak ke
atas paip ini kerana paip ini milik dia.

Sebenarnya dia mesti ubah dan dia pun telah ubah. Di daratan depan
dengan CIQ, kita perlu dia pindahkan paip, dia dan dia sudah pindah atas
arahan kita. Kenapa kata tak boleh di atas cosway?

Ini semua hanya alasan sahaja. Tetapi hakikatnya ialah apabila kita
memberi kuasa itu, di dalam wilayah kita, kita beri kepada Singapura,
kita telah hilang kedaulatan kita.

Inilah yang menyebabkan saya, terpaksa membuat teguran. Walaupun


dah janji tak akan tegur, tak akan buat apa dah, nak retire, nak balik
tidur. Saya mengaku, saya janji. Kalau nak marah, marahlah. Tapi kalau
nak jual negeri saya kepada orang, saya bukan setakat mulut saja, kalau
nak perang pun saya sangguplah juga. Kot mana pun dah 81 dah. Bukan
lama lagi dah, tak banyak lagi dah nak sacrifice pun. Takpalah.

Jadi ini yang menyebabkan saya membuat teguran. Kononnya, kalau


kita buat juga jambatan ini, Singapura tak akan benar, tak akan hubung
dan jambatan ini akan tergantung-gantung.

Dimana dia dapat maklumat ini? Kita dapat bagi plan semua dah tunjuk
macam mana nak buat jambatan ini. Tak turun di sebelah Singapura.
Turun di sebelah Malaysia. Macam mana nak tergantung? Oh... macam-
macamlah.

Tapi yang sebenarnya, yang menjadi masalah besar, saya fikirlah, saya
ini, syak sangat, terlalu suspicious mind, saya syak pasal tak boleh jual
pasir. Tentulah ada orang tertentu yang dapat keuntungan, bukanlah
pihak kerajaan. Tidak. Bukan sesiapa dalam kerajaan. Tidak.

Tapi, kalau kita jual pasir, dapat duit tak? Ai…satu bilion cubic metre,
bukan sikit? Kalau 1 ringgit satu cubic metre pun dah 1 bilion ringgit.
Ha…banyak juga duit.

16 Malaysia Today
Mungkin ada sesiapa akan dapat duit ini. Tentu ada orang dapat.
Takkanlah kita nak jual pasir tak dapat satu sen pun. Ada orang dapat
kontrak. Ada orang nak boleh gali. Ada orang nak bawa. Ada orang nak
transport. Tentu ada… kita boleh ada joint venture dengan Singapura.

Saya fikir, that is the main reason, pasal tak boleh jual pasir. Pasal tak
boleh dapat duit, sebab itu dibatalkan semua. This is my suspicious
mindlah. Saya tak patutlah macam itu. Sebenarnya semua orang ikhlas.
Saya seorang sahaja yang tak ikhlas. Tapi, janganlah cuba kata benda
yang tak benar.

Kita boleh buat jambatan itu, hak kita. Tidak ada siapa lain yang boleh
menghalang kita daripada melakukan sesuatu di dalam wilayah kita. Ini
wilayah kita. Ini saya dengar sudah jadi satu lagi masalah, Singapura
sekarang ini akan mendakwa bahawa cosway itu adalah milik bersama.
Bukan dia separuh, kita separuh, tidak, milik bersama. Bermakna di
sebelah kita pun dia ada hak. Ini kerajaan kita akan terimalah. Ialah,
betullah milik bersama. Sekarang ini kita tidak boleh buat apalah. Tak
lama, Johor Bharu pun milik bersama.

Kita sudah bagi air kepada dia. Kita benar dia buat dia punya loji di
Johor. Loji dia di Johor kita tidak boleh masuk tahu, macam di Singapura.
Kena pakai pasport. Nak masuk loji dia tak boleh, kena minta kebenaran.
Ini dalam wilayah kita.

Walhal, tanah kita di Singapura. Tanah milik orang Malaysia, Sultan


Johor sebenarnya, dia tak bagi bangun apa-apa. Dia kata ini green belt.
Tapi, kalau awak jual kepada saya, kami akan batalkan green belt. Ah…
inilah Singapura.

Tapi kita begitu baik. Tak ada manusia yang lebih baik daripada orang
Malaysia ini. Sikit sahaja bukan nak banyak, tepuk belakang sahaja
cukuplah boleh main golf. Sebab itu saya tegur, bukan saya nak tegur
dengan sengaja nak menyusahkan kerajaan. Tidak! Saya tegur, yang
lain semua saya komen sahaja. Komen sahaja. Dan nak bagi penjelasan
bagilah. Kalau tak nak bagi, tak bagi tak apalah. Apa yang kita nak
buat. Sekarang ini kita bukan macam dulu, saya control press, tak
boleh bercakap apa-apa pun. Sekarang ini, press tak control, tak control
langgsung.

Apabila saya buat teguran, maka semua menteri-menteri dan semua

Malaysia Today 17
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

ketua bahagian dan semua menteri-menteri besar akan mempertahankan


Perdana Menteri. Perdana Menteri tak payah cakap apa.

Baiknya orang, payah carilah. Bukan macam saya, orang tegur saya,
saya melentinglah dulu. Bukanlah tak tahu, Dr. Mahathir, tak boleh tegur
sikit pun, melinting. Tapi laa ini, kita dapat Perdana Menteri yang tak
akan jawab apa-apa satu pun.

Tetapi, kita tegur sahaja, kata sikit sahaja, menteri itu akan jawab,
menteri ini akan jawab, pemberita akan pergi jumpa menteri itu, oh…
kami sokong, kami sokong. Sokong apa? Oh… kami sokong Pak Lah.
Jadi, sokong sahajalah?

Saya dulu pun pernah dapat sokongan macam itu. Ada yang cium tangan,
banyak. Dia sokong, tapi sekarang barulah saya tahu, sokongan itu tidak
ada kualiti sama sekali.

Kata Shahidan Kassim, kata Tajol Rosli, kami sokong pasal dia Perdana
Menteri. Jadi saya jadi Perdana Menteri, mesti sokong, kalau saya buat
apa pun sokonglah?

Saya ingat, dulu, mereka sokong kerana apa yang saya lakukan untuk
negara. Itulah sebabnya mereka sokong saya. Itulah pendapat saya.
Tapi sekarang, baru saya tahu, mereka sokong saya pasal saya Perdana
Menteri. Saya buat apa pun kami sokong.

Saya baca Hikayat Hang Tuah. Dalam Hikayat Hang Tuah, apabila
sahaja Raja memberi arahan, titah, maka jawab Hang Tuah dan lain-lain
juga, Bendahara pun jawab, mana titah patik junjung. Mana titah patik
junjung. Saya macam dengar yang ini. Bila menteri saya sokong, mana
titah patik junjung.

Sebab itu entahlah Hang Tuah suruh bunuh kawan dia pun, dia bunuh.
Dia begitu sekali taat. Kita taat pada-padalah. Saya dulu pun, tahulah
masa Tunku pun saya tak begitu taat. I am not a very loyal person. I am
loyal only to what you do, not what you are. I am sorry. Buat benda yang
betul saya sokong, buat benda tak betul saya tak sokong.

Tapi, nampak orang-orang sekarang, ada teguran sikit sahaja, komen


sikit sahaja, kami sokong, kami sokong! Nampak gambar kecil situ,
kami sokong. Gambar satu lagi, menteri, kami sokong. Dah jadi macam

18 Malaysia Today
chorus line, chorus line ini you tahulah, chorus ini bila dia menari sama
sahaja. Kalau kaki naik semua kaki naik. Ini di Amerika punya chorus
line lah. Saya pun pergi tengok juga The Rocketts dulu. Bila dia menari,
wah… bukan main macam, lebih baik lagi dari tentera dia punya ini bila
satu orang buat semua sekali buat. Jadi tak payah lagilah.

Saya ingat bubuh situ semua sokong. Tak payah tunjuk gambarlah.
Tunjuk gambar. Tanya, tanya buat apa, nak kata saya sokong sahaja
bukan susah. Sokong! Sokong apa? Tak tahu. Tapi kena sokong. Kalau
saya tanya, ini berkenaan dengan Proton ini apa yang awak sokong?
Tak tahulah, Perdana Menteri, kata saya tegur Perdana Menteri mesti
sokonglah. Dia sokong itu sahaja.

Sebab itu, sekarang ini, saya fikir tak ada kualitilah. Saya pun masa dulu
pun tak ada kualiti juga. Saya fikir orang sokong saya pasal saya buat
benda yang betul. Rupanya tak. Semua menteri-menteri saya dulu sokong
tipu saya. Tak dan habis satu ayat lagi tangan naik, saya sokong!

Saya sedih, kerana orang-orang ini dulu kawan-kawan saya belaka.


Kawan-kawan saya belaka dulu, menteri-menteri ini bukan baru, baru
punya menteri, tak banyak. Yang ada itu pun saya kenal juga. Saya ingat,
bila saya dah bersara ini, kita nanti berjumpalah kita ada sosial sikit
jumpa, cerita berkenaan dengan masa dulu, kita ada nostalgia sikit.

Berenti, berenti tak jumpa dah. Tak berani datang jumpa sama sekali.
Kenapa begitu? Kita kawan. Buatlah cara kawan. Dulu bukan main.

Saya nak ucapkan terima kasihlah pada semua orang, sebelum saya
bersara, dekat-dekat nak bersara, hari-hari full page advertisement, puji
sampai naik asap.

Saya biasa kata dalam Umno assembly, janganlah puji pada saya. Segala
puji bagi Allah bukan untuk saya.

Tapi mereka kata mereka ikhlas! Ikhlas! Memuji saya dan sebelum saya
bersara pun bukan main punya puji, punya puji. Hari saya letak jawatan
sahaja, esok senyap. Tak ada dah.

Saya diberitahu oleh surat khabar, semua itu diarah supaya tak perlu lagi
mengadakan full page advertisement puji ex Perdana Menteri. Sekarang
ini time for new Perdana Menteri. Jadi, semua puji kepada orang itulah.

Malaysia Today 19
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Jadi tak apalah. Saya pun tak bergaduh. Tak cerita pasal saya pun tak apa.
Saya bukan nak nak sangat publisiti-publisiti apapun. Payah publisiti
ini. Pergi tang mana pun orang kenal. Jadi nak buat jahat pun tak boleh.

Jadi, saya sebenarnya, berkenaan AP ini, nak cakap sikit. Kita buat AP
ini kerana dulu, orang Melayu nak masuk dalam bidang ini susah sekali,
kerana semua kereta-kereta yang diimport dipegang oleh syarikat-syarikat
Cina ataupun syarikat-syarikat British. Dan mereka tidak hendak bagi
kepada orang Melayu jadi agen penjual ataupun dealer, tak langsung nak
bagi. Jadi dengan kerana itu kita wujud AP, Approved Permit, supaya
mereka boleh import kereta dan mereka boleh jual kereta. Pada mulanya
kereta yang diimport itu ialah second hand recon car daripada Jepun,
cuma second hand recon car sahaja yang kita benar bawa masuk. Dan
bolehlah syarikat-syarikat Melayu ini jual ketera2 ini, boleh untung,
boleh untung, bukan tak boleh untung. Walaupun second hand, ada harga
nilainya, kerana kereta Jepun ini baik-baik belaka. Tetapi saya bila jadi
Menteri Perdagangan, Minister of Trade and Industry dulu saya jadi,
semasa saya jadi Timbalan Perdana Menteri, saya dapati mereka bukan
import kereta, mereka jual AP kepada orang Cina, bahkan Cina yang nak
beli tu, dok ada di luar ofis saya.

Keluar-keluar sahaja, dah sain yang itu, keluar sahaja , jual sahajalah
AP, bukan murah dulu 8 ribu ringgit satu AP, kalau dapat 10 AP sebulan,
80 ribu ringgit. Aih, banyak duit 80 ribu ringgit, dan banyakkan yang
dapat adalah staf daripada Umno Headquaterslah, saya tahulah pasal
apa bagi. Sebelum daripada saya dulu ada menteri lain, dia orang yang
bagi, bila saya pergi situ, saya kata ini tak boleh jadi, kalau you tak ada
showrooom tak boleh bagi, kalau you meniaga betul, kita bagi.

Jadi saya stop, adalah nak demonstrate daripada ibu pejabat Umno
nak demonstrate terhadap saya kerana tak bagi AP. Jadi AP ini untuk
memberi peluang kepada orang Melayu masuk berniaga dalam kereta.

Selepas itu saya pun berhenti, tak jadi Menteri Perdagangan, AP masih
diteruskan. Ada setengah daripada mereka, mengguna AP ini sendiri,
membuat perniagaan hingga jadi besar.

Saya tak khuatir orang yang guna AP untuk berniaga, sebab itu Naza
umpamanya, buat penjualan kereta yang banyak, bahkan saya dengar
dia pun beli juga AP daripada orang lain. Takpa, nak beli, belilah. Tetapi
yang jadi sekarang ini ialah AP diberi kepada 2 orang tertentu, bukan

20 Malaysia Today
main banyak ribu-ribu dan orang ini menjual AP itu. Dia tak ada kedai
langsung. Dia tak ada kedai langsung. Dia bukan jual kereta, dia jual
AP, sampai orang yang nak beli kereta, pergi ke MITI minta AP. MITI
kata pergi jumpa si polan si polan, dia boleh bagi.

Bukan dia bagi, dia jual, 80 puluh ribu ringgit satu AP untuk import
kereta Mercedes, Roll Royce, dan sebagainya. Orang ini bukan dia buat
apa, tak ada apa, jual AP sahaja. Buka kedai satu meja pun cukup. Letak
AP depan, yang ini 80, yang ini 30, yang ini 8 ribu. Siapa pun boleh
kalau meniaga macam ini.

Wah… bukan main kaya, daripada orang yang dapat gaji dulu, dalam
kerajaan mungkin 5 ribu 6 ribu ringgit, sekarang ini ada helikopter
sendiri, ada kapalterbang sendiri. Wah… bukan main, nak pergi main
golf pun naik helicopter. Memanglah, kita punya road langsung jem
pasal dia orang jual kereta banyak sangat, kenalah pakai helikopter.

Saya duduk dekat dengan golf course saya tahulah, helikopter lalu, saya
tanya siapa punya, si polan si polan, yang ini Tuan Syed punya, yang ini
Tuan tak Syed punya, Jadi, ini bukan hasrat kerajaan, ini bukan dasar
kerajaan untuk buka kedai jual AP.

Kalau nak AP, kerajaan mesti bagi dan tidak ada charge sama sekali,
tetapi kerajaan bagi AP kepada orang ini, siapa nak AP kena pergi kepada
orang ini dan beli AP dari dia.

Dan semua orang tahu ini, semua orang tahu. Banyak orang yang nak
beli kereta kena pergi carilah, beli AP dari orang ini. Jadi satu masalah
AP ini di salahguna oleh kementerian sendiri. Bukan kementerian tak
tahu, orang ini bukan berniaga.

Yang keduanya, ialah import kereta ini pula tak declare dengan harga
yang sebenar. Kereta Korea, import punya price 11 ribu ringgit. Saya
tak tahulah, saya tahu juga sikit berkenaan dengan kereta ini, nak buat
kereta Proton, mahal juga, nak buat dengan harga 11 ribu ringgit, tak
mungkin, nak beli besi buruk pun tak boleh. Besi buruk pun tak boleh
dapat, tapi 11 ribu ringgit, saya bagitahu, kata ini tak betul. Takada apa,
AP dok keluar juga.

Selepas saya berhenti jadi Perdana Menteri, maka bercambah-cambah


AP ini keluar, tak ada tengok lain melainkan kereta Korea sahaja.

Malaysia Today 21
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Dulu Proton dapat sampai 80% daripada market share, lepas itu, jatuh,
jatuh, jatuh, kerana kereta Korea, bukan sahaja murah, tapi dia punya
declared price lagi murah. Saya kalau sini ada orang nak belajar dalam
bidang ini, saya boleh bagi kursus, macamana nak declare murah. Saya
pun belajar sikitlah nak tahu apa dia orang dok buat. Jadi, dia orang ini
import kereta dengan harga yang begitu murah dan dapat jual bersaing
dengan Proton.

Jadi saya kata, kalau nak bersaing Proton, oklah, kita tak berapa pandai,
kos kita tinggi, tapi kita sangggup bersaing. Tapi ini bukan bersaing
secara baik, ini penipuan, kerana harga kereta itu diturun sehingga jadi
11 ribu ringgit, maka kereta itu boleh dijual dengan harga yang hampir
sama dengan kereta Proton, jadi susahlah Proton nak jual kereta.

Lepas itu, marah kat Proton, ooh… tak ada kualiti, betulkan kualiti awak,
jangan cakap pasal ini. Tak boleh cakap pula. Jadi ini yang saya komen
sikit, saya kata janganlah buat macam ini.

Sebenarnya ini berlaku kerana menteri tulis surat kepada saya, katanya di
pihak pengurus Proton ini, tuduh dia kahwin dengan siapakah. Siapalah
nak tuduh, saya investigate dengan secara halusi, tak benar, tak ada
tuduhan pun, tak ada tuduhan.

Tapi dalam surat jawapan saya, saya kata tak ada tuduhan, tetapi saya
berasa khuatir dengan kemasukkan kereta-kereta Korea ini dengan begitu
banyak. Apa jawab... anak dia pun dapat. Ooo…, anak saya pun dapat.
Jadi kalau anak saya dapat buat salah tak apalah ? Ialah anak saya dapat,
anak saya dia jadi penjual ejen kereta yang saya bawa mai tadi, tengoklah
… mahal, 800 ribu ringgit sebijik, tak ada siapa nak beli, bukan boleh
jual banyak sangat.

Dia dapat AP pasal dia meniaga kereta, bukan dia jual AP, jadi janganlah
sebut nama anak saya.

Dulu sekali macam itu juga, bila ditegur kenapa menantu dapat syer,
sebanyak 1 milion syer, jawabnya anak Perdana Menteri pun dapat juga.
Ia saya mengakulah, anak saya Mirzan namanya dapat satu milion syer,
bila syer ini dikeluar, tapi dia adalah Director syarikat itu sebab itu dia
dapat syer, bukan kerana dia anak saya, dan anak saya semua saya halau
gi meniaga kat luar negeri, saya tak bagi meniaga di sini, sampai sekarang
ini pun, jadi jawapan itu bukan nak tumpu kepada soalan, tapi yang lain.

22 Malaysia Today
Jadi sekarang ini macam itu juga, bila kita tanya berkenaan dengan sesuatu,
bukan jawab itu, kita pergi korek, cari Ani Arope, tanya Ani Arope, cari
Syed Ahmad Aidid, tanya dia, nak burukkan kerajaan lama.

Jawablah yang saya tanya ini, jangan burukkan, saya tahu saya buruk
dulu, takkanlah saya ini bersih sangat, saya kotor dulu. Jadi nak korek
yang kotor itu tapi yang ini dok biar kotor juga tak jadilah. Saya tahu ada
banyak orang yang kerja lain tak dah, nak cari kesalahan saya.

Jadi bila kita tegur, orang itu kata , dua kali lima sahaja, dia pun macam
tu juga, paku dulang, paku serpih, kata kat orang dia yang lebih. Nak kata
saya lebih tak apalah, kata , tapi benda yang tak betul, saya nak tegur.

Berkenaan dengan Proton ini, sekarang Proton sudah rugi. Dulu tak rugi.
Dulu Proton boleh buat kilang baru dengan harga 1.8 bilion ringgit tanpa
pinjaman daripada bank, tanpa meminta bantuan daripada kerajaan.

Ini bermakna bahawa Proton tentu ada duit sendiri, dan Proton masih ada
cash, yang saya tahulah, sebanyak 2.4 bilion ringgit cash. Tetapi sekarang
Proton rugi. Daripada yang untung sudah jadi yang rugi.

Wah… bukan main seronok apabila mereka singkirkan CEO mereka,


maka harga saham naik sampai 9 ringgit lebih. Ini menunjuk bahawa
tindakan mereka memang tepat, buang CEO maka share price go up....
Tapi sekarang ini share price 5 ringgit. Kenapa dia turun, kadang-kadang
bawah daripada 5 ringgit pun.

Saya tak fahamlah, bila turun tak sebut, bila naik sahaja sebut. Ini masalah
Proton ini banyak. Saya tahulah, saya daripada awal sebelum yang
mengurus ini dilahir pun saya dah ada kat Proton ini. Lama saya dengan
Proton ini, bukan baru, ini satu daripada brain child sayalah, pet projek
saya, untuk kepuasan hati saya sahaja, bukan untuk orang lain, tak ada,
semata-mata untuk diri saya, jadi saya belanja wang yang banyak, 500 juta
ringggit untuk mula Proton ini.

Alhamdulilllah dia maju juga, kita sampai boleh jual kereta di Australia,
di England, bahkan di Eropah juga kita boleh jual kereta. Bermakna
ada kualiti dan kita setelah adanya Proton itu, ramailah orang kita yang
berkebolehan dalam bidang pengeluaran komponan, dalam bidang membuat
kereta, membuat design kereta, test kereta, semua yang diperlukan untuk
mengeluarkan sebuah kereta baru.

Malaysia Today 23
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Semua ini kebolehan yang ada kepada orang-orang yang bekerja dalam
Proton. Bermakna bahawa pelaburan kita hanya 500 juta ringgit, kita dapat
balik jauh lebih banyak daripada itu, jadi bukan sesuatu yang merugikan
kita. Kita untung.

Justeri itu apa sebabnya kita nak bagi mati Proton dengan kita membenar
masuk kereta-kereta yang murah daripada negara lain. Kita berhak
mengadakan tarif yang tinggi melindungi perusahaan kita.

Kenapa tidak guna? Kenapa nak bagi kepada orang lain, hak kepada
orang lain, keuntungan kepada orang lain, dan kita menghadapi kerugian,
itu yang saya tegur. Kenapa benar masuk banyak sangat dengan AP ini
sehingga jualan kereta Proton sudah turun rendah daripada Perodua.

Sekarang ini Perodua jual lebih banyak daripada Proton. Kenapa?


Mungkin kerana kecekapan pengurusan yang ada sekarang ini, merekalah
yang cekap. Sebab itu rugi banyak. Mereka akauntan tentulah tahu kira-
kira.

Saya cuma nak tarik perhatian kepada perkara ini dan juga berkaitan dengan
Agusta. Saya baru dapat magazine punya report berkenaan Agusta yang
terbaru yang menjadi The European Motorcycle of the Year. Motosikal
yang terbaik sekali di Eropah adalah Agusta yang baru, jadi nak kata dia
bodoh sangat tak tahu engineering tak boleh.

Agusta ini kita beli dengan harga yang berpatutan, kita tahu dengan
pembelian itu, kita akan menanggung hutang, tapi hutang itu sudah kita
kurangkan dengan banyak. Sebelum kita beli, kita ada rundingan dengan
bank untuk mengurangkan hutang yang ada, supaya hutang itu kurang.

Jadi apabila kita beli dengan harga 70 milion euro, kita tahu ada hutang
ini, bukan kita tak tahu. Kalau dia betul-betul maju, tak ada masalah,
takkan dia nak jual kat kita. Kita beli kerana ada tujuan tertentu, kita nak
teknologi dia.

Kita tahu dia berkebolehan dalam bidang enjin yang kecil, small engine.
Dan kita perlu kepada teknologi ini, dan dia juga boleh menyumbangkan
untuk memperbaiki lagi kereta kita, kereta Proton kita. Mungkin juga
mereka boleh menolong untuk mengeluarkan satu jenis kereta yang lebih
murah, kerena mereka mempunyai teknologi, kita mempunyai banyak
rancangan berkenaan dengan Agusta ini.

24 Malaysia Today
Katanya, konon Agusta ini adalah perusahaan motosikal, dia tak tahu
apa berkenaan motokar. Kononnya, orang yang tahu motosikal tak tahu
motokar. Tapi Honda itu dulu mula dengan apa? Honda Pet 50cc that
was the first motorcycle yang dijual di sini, yang orang kampung beli
semua, Honda Pet, 50cc sahaja.

Daripada Honda Pet itu sekarang ini Honda terkenal sebagai jenis kereta
yang terbaik dalam dunia. Ini orang yang buat motosikal, dia boleh naik
sehingga jadi yang terbaik dalam dunia, dalam bidang otomobil.

Demikian juga BMW, dulu buat motosikal sahaja, sekarang buat motokar
yang berkualiti tinggi, Suzuki pun, dulu motosikal sahaja, sekarang juga
buat motokar. Jadi nak kata kerana dia syarikat motosikal, tak nak buat
kereta ini tak benar. Ini tak benar.

Kalau awak tidak faham, bagilah orang lain yang faham. Ini yang faham,
awak buang, yang tak faham kata tak faham, tak faham sudahlah, bagilah
dekat orang lain yang faham. Ambil baliklah orang yang dibuang itu,
buang pasal apa? Apa salah dia? dia bagi untung dengan kerana itu
dibuang. Di negeri lain, kalau dia bagi rugi syarikat dia kena buang.
Di Malaysia ini orang yang bagi untung kena buang. Jadi lain sikitlah.
Malaysia ini istimewa. Itu yang saya tegur.

Saya bukan nak tegur ... kalau kita boleh buat ...kata Chairman Proton
sekarang ini, dia sudah buat penjelasan. Saya tak nampak apa penjelasan
dia dah buat, dia sebut apa yang dia kata dululah, itu sahaja. Jual Agusta
kepada sebuah syarikat nama Gevi Spa. Kita buat selidikan siapa dia
syarikat Gevi Spa ini? Dia buat motosikal kah? Tak! Dia bukan buat
motosikal, dia investment company yang ditubuh setahun dulu untuk
beli Agusta.

Tak tahulah, saya selalu ini suspicious mind. Barangkali nak beli sebab
nak jual kot, ada orang di belakang kot, inilah, saya runsinglah, fikiran
saya tak baik belaka, tak pernah yang baik. Selalu bila orang buat yang
betul, saya syak ada yang tak betul. Sebab itu saya fikir barangkalilah
kot, bila dia jual MV Augusta dengan harga 4 ringgit, 1 euro. Beli
dengan harga 500 juta, ataupun 70 juta euro, jual dengan harga 4 ringgit
ataupun satu euro, tak rugi?

Wah…ini, saya fikir barangkali, pasal dia orang very good, very creative
accounting. Bolehkah kita beli barang dengan harga seribu ringgit, kita

Malaysia Today 25
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

jual dengan harga 1 ringgit, tak rugi. Kalau begitu saya pun seronok
juga nak berniaga, saya tak tahulah, kalau beli barang mahal, jual murah
boleh untung. Dan orang lain termasuklah juga orang yang minoriti
shareholder pun kata tak apa, ini tak apa, kita rugi 500 juta tak apa, ok.
Kaya bukan mainlah, rugi 500 juta pun tak apa, tak tahu orang Malaysia
ini kaya, sampai macam tu.

Tapi ini yang saya soal. Jawablah! Siapa dianya Gevi Spa ini, apa
perniagaan dia, modal dia banyak mana? Jawablah! Itu yang kita tanya.
Tapi yang itu tak jawab. Dok kata dah tanya bank, dah tanya bank mana?
Kita nak tahu juga.

Jadi soal tak dijawab, ini pula berkenaan dengan AP, menteri kata kami
takkan jawab. Berkenaan dengan penjualan Agusta, pengurusan kata
kami takkan jawab. Ini kerajaan berjanji akan mengadakan kerajaan
yang telus, transparent government, boleh nampak segala galanya. Tapi
saya tak nampak macamana telus kalau tak mahu cerita apa dia.

Jawablah! jawab pasal jambatan tadi, jawab pasal Agusta, jawab pasal
yang lain-lainlah. Saya pun tak nak bangkit banyak-banyak sangat, saya
pun bertimbang rasa juga.

Bukanlah niat saya untuk nak menjadi masalah kepada orang, ini
pun bukanlah nak bercakap dengan NGO. Kata orang dulu saya ini
sombong tak cakap dengan NGO. Dengan Malaysiakini dot com pun
saya tak cakap dulu, laa ini cakap. Saya cakap pasallah ini surat khabar
kita terbuka, dilapornya semua, semua terbuka, jadi laporan apa yang
terbuka. Laporan berkenaan dengan kesalahan kerajaan yang lama, itu
semua terbukalah, kesalahan kerajaan yang ada sekarang, ada boleh kita
tegur? Tak boleh tegur, pasal kita disuruh jangan tegur. Jadi kalau betul-
betul terbuka, kritiklah kerajaan sikit-sikit, kalau dah kritik, saya tak
payah kritik dah.

Ini saya tinggal sorang-sorang sahaja, orang lain semua nampak kami
sokong. Bila tanya kami sokong. Sokong apa? Tak kiralah, kami sokong
sahajalah. Jadi kualiti tak ada, sebab itu saya terpaksalah bercakap sedikit
sebanyak. Saya minta maaf, minta ampun kepada mereka yang begitu
telus, kerana saya buat teguran-teguran ini, bukan teguran, teguran saya
membina, ini sekarang ini kerana tak buat jambatan.

Shahril ini pun tak betul sikit, dia kata kena bayar 760 juta, lepas itu

26 Malaysia Today
campur dengan gantirugi Johor, jadi satu bilion lebih, lebih daripada
harga nak buat jambatan. Ini semua tak betul, yang betul tak rugi satu sen
pun. Jadi saya tak naklah cakap banyak-banyak sangat, nanti orang kata
saya mengumpat, saya hasut, saya ini tabiat macam tu. Zaman Tunku
dulu pun macam itu juga, orang semua puji, saya tak puji. Saya payah
nak puji orang, sebab tu saya kata jangan puji saya pun, saya berasa
peliklah, saya tak puji orang, orang puji saya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Malaysia Today 27
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 1

Sinopsis: Lelaki paling berkuasa


di Malaysia

W artawan politik Yahaya Ismail pernah menulis sebuah buku yang


terbaru berjudul ‘Khairy Jamaluddin – Bakal PM?’ Buku itu
mengandungi pelbagai fakta dan ramalan akan masa depan Khairy, tetapi
judulnya tersilap. Khairy Jamaluddin bukannya seorang bakal Perdana
Menteri. Sebenarnya dia sudah menjadi seorang Perdana Menteri de
facto.

Abdullah Ahmad Badawi secara sah adalah Perdana Menteri Malaysia


kelima yang mula memegang tampuk kuasa pada November 2003. Walau
bagaimanapun, sebelum dia mengambilalih pentadbiran, agak jelas
bahawa Abdullah Badawi bukan seorang yang mempunyai pendiriannya
sendiri – semua pandangan, tindakan dan perbuatannya sangat
dipengaruhi, jika tidak, diarah oleh menantunya Khairy Jamaluddin,
yang baru berusia 28 tahun dan kelompok rakan-rakannya.

Sesetengah pihak bercakap mengenai tiga K yang merupakan kuasa di


belakang Pak Lah, mereka adalah Khairy, Kalimullah (Ketua Kumpulan
Pengarang New Straits Times) dan Kak Endon (Datin Paduka Seri Endon
Mahmood Ambak, isteri Perdana Menteri), memang tidak syak lagi K
yang pertama sekali itulah yang paling berpengaruh, kerana beliau yang
melantik K yang kedua di jawatannya itu dan mengahwini pula anak
perempuan K yang ketiga. Perkahwinannya itu berlangsung ketika K
ketiga sedang bertarung menghadapi serangan barah payudara. Inilah
penyakit yang mengorbankan kakak kembar beliau.

Ramai yang berkata yang sedemikian bukan perkara pelik. Satu ketika

28 Malaysia Today
dahulu Presiden Nixon ada Kissinger dan Maharaja (Tsar) Russia ada
Rasputin. Terdapat beberapa persamaan antara tokoh-tokoh tersebut
dengan Khairy. Paling ketara, nampak sangat semuanya berlagak laksana
tuan-tuan boneka, yang menarik tali benang-benang yang mengikat
watak-watak patung kayu mereka, yang merupakan pemimpin-pemimpin
negara. Mereka semuanya muncul daripada latar belakang yang tidak
menentu dan menjelma secara mendadak di persada kebangsaan dalam
api kemasyhuran. Namun, mereka semua mempunyai kelemahan tidak
sedar diri sejak lahir yang menyebabkan mereka mempercayai bahawa
mereka bukan manusia, kebal dan mengetahui segala-galanya. Akhirnya,
mereka semua menjadi mangsa kepada godaan kekuasaan. Adakah ini
akan terjadi ke atas Khairy juga?

Tanda-tanda tidak puas hati amat jelas. Orang yang mungkin paling
berhati-hati terhadap Khairy ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Walaupun pada mulanya Dr. Mahathir memang
ghairah menerima kehadiran Khairy dan kawan-kawannya, sehingga
sanggup melantik kawan baik Khairy dari Oxford, Dr. Vincent Lim Kian
Teck sebagai Setiausaha Politik Cina keduanya, akhirnya Dr. Mahathir
mendapati Khairy semakin membayangi Abdullah Ahmad Badawi. Nasi
sudah menjadi bubur ketika Dr. Mahathir sedar akan fenomena itu. Dr.
Mahathir sudah pun mengumumkan persaraannya dan Abdullah sudah
dianggap pewaris yang akan menggantikan tempatnya. Apa juga kesilapan
yang telah dilakukan oleh Dr. Mahathir, dia sedar bahawa dia tidak lagi
boleh mengubah fikirannya mengenai pewaris yang akan menggantikan
tempatnya itu, selepas kegagalan yang hampir melumpuhkannya ketika
menyingkirkan Anwar Ibrahim.

Khairy terus dikekalkan di jabatan Timbalan Perdana Menteri, walaupun


Dr. Mahathir sudah tidak berapa selesa dengan kehadirannya. Dalam satu
majlis anjuran Pemuda Umno, Dr. Mahathir menjadi merah muka ketika
Khairy Jamaluddin bertanya, apakah beliau serius mahu meletakkan
jawatannya. Dr. Mahathir juga menganggap tindakan dan cadangan
Khairy sebagai biadap, apabila meminta Dr. Mahathir menghantar
Abdullah keluar negara untuk berjumpa Presiden Amerika Syarikat. Dr.
Mahathir menganggap idea itu sebagai kurang matang dan tidak perlu.
Dr. Mahathir juga naik angin apabila Mathias Chang (bekas Setiausaha
Politik) melaporkan perihal kata-kata Khairy dalam perjumpaan tidak
rasmi dengan pelajar Malaysia di London, bahawa Dr. Mahathir dan Daim
wajar dimasukkan ke dalam penjara selepas Abdullah mengambilalih
kuasa kelak.

Malaysia Today 29
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Akan tetapi, seperti semua musuh Khairy, Dr. Mahathir memandang rendah
‘budak mentah’ itu. Beliau beranggapan, sebagai seorang pemimpin yang
memimpin negara selama 22 tahun, dan merupakan orang yang paling
berkuasa dalam negara, mampu menjentik Khairy bila-bila masa dia suka
walaupun ketika dia tidak berkuasa lagi. Dr. Mahathir begitu yakin dengan
cengkaman besinya yang kuat terhadap Umno, dapat digunakan sekali
lagi dari sebalik tabir untuk menundukkan Khairy mengikut kehendak
nafsunya. Tetapi, tidak semudah itu, rupanya. Anak lelaki beliau sendiri,
Mukhriz telah menanggung malu apabila beliau cuba mencabar Khairy
bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno. Di sebalik sokongan wang Dr.
Mahathir yang banyak, serta beberapa majlis kumpulan yang melibatkan
ANSARA (persatuan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA yang
diketuai dan dibiayai oleh Mukhriz), Mukhriz dapati, menantu Perdana
Menteri yang baru, ternyata lebih berpengaruh berbanding anak seorang
bekas Perdana Menteri. Mukhriz telah diaibkan di kawasan Parlimen
bapanya sendiri apabila tewas pertandingan jawatan Ketua Pemuda
Umno dan hanya memperolehi segelintir sokongan dalam usaha merebut
jawatan di peringkat pusat.

Pada November 2003, ketika Dr. Mahathir turun takhta barulah disedarinya
bahawa jawatan orang paling berkuasa negara ini, yang dimilikinya
selama itu dapat diwarisi dan diambilalih oleh seorang anak muda yang
baru berusia 28 tahun sahaja. Kini dan untuk masa yang terdekat, Khairy
ternyata merupakan orang yang paling berkuasa di negara ini. Malah,
lebih berpengaruh daripada Abdullah Ahmad Badawi, Najib Tun Razak
ataupun sesiapa sahaja yang menganggotai Majlis Tertinggi Umno yang
hanya anak-anak katak (berudu) dalam kolam besar milik Khairy.

Beginilah caranya beliau mempengaruhi keadaan yang turut menghimpit


kita semua.

Pertama, Khairy adalah laksana tukang jaga pintu di pejabat Abdullah


Badawi. Setiap surat, faks, cadangan, dokumen, rayuan, komunikasi,
surat-menyurat ataupun apa juga bentuk pembentangan yang sampai ke
meja Abdullah, mestilah ditapis terlebih dahulu oleh pembantunya Datuk
Wan Farid dan Zaki Zahid. Kedua-duanya, Wan Farid dan Zaki Zahid
adalah mata dan telinga Khairy. Setiap cadangan yang mereka terima perlu
dibuat penduanya untuk Khairy Jamaluddin. Semua salinan ini dianggap
perlu kerana Khairy tidak lagi secara rasminya bertugas di pejabat Pak
Lah. Namun demikian, rasmi atau tidak, dia masih menjadi tukang jaga
pintu dan perlu tahu apa juga yang keluar masuk pejabat itu.

30 Malaysia Today
Wan Farid dan Zaki Zahid sentiasa bersekongkol dengan Khairy untuk
menentukan siapa yang boleh bertemu dengan Pak Lah. Walaupun
terdapat jawatan Ketua Setiausaha Peribadi yang dipegang oleh Dato
Thajuddeen Abd Wahab (sahabat lama Pak Lah dan pegawai kerajaan),
segala temujanji yang dibuat melalui pejabat Dato Thajuddeen akhirnya
akan dibuat salinan kepada Khairy untuk mendapat persetujuannya.
Kita tidak perlu syak dalam hal ini. Walaupun Dato Thajudeen tidak
bersetuju dengan cara kerja yang sungguh pelik itu, persahabatan beliau
yang begitu lama dan akrab dengan Pak Lah tidak cukup kuat untuk
menafikan karenah menantu ketuanya.

Bukannya murah untuk mendapat temujanji bertemu dengan Abdullah.


Tukang jaga pintu juga berlagak sebagai tukang kutip tol. Ini membuatkan
Umno bising dengan suara-suara tidak puashati, disebabkan harga yang
terlalu tinggi (ada berkata ia setinggi RM50,000) yang dikenakan oleh
orang-orang yang hampir dengan Abdullah hanya untuk mendapat
temujanji dengan Perdana Menteri. ‘Budaya’ seperti ini memang sudah
lama wujud sepanjang pemerintahan lima orang Perdana Menteri di
Malaysia, tetapi belum pernah ia dilakukan dengan begitu rapi dan
terang-terangan seperti sekarang ini. Ini disebabkan bayaran RM50,000
saja belum cukup untuk mendapat temujanji. Masih ada syarat lain;
melibatkan syarikat milik Khairy seandainya projek yang mahu
dibincangkan dengan Perdana Menteri menemui kejayaan.

Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa fenomena begini berlaku


walaupun dengan imej Pak Lah sebagai Mr. Clean? Tetapi imej itu hanya
satu persepsi semata-mata. Kalau dibandingkan dengan Menteri-menteri
yang lain, Abdullah bolehlah dianggap sebagai bersih, tetapi ini bukanlah
kerana memang itu sifatnya. Abdullah telah diberi tugas mengendalikan
kementerian yang tidak banyak ‘habuan’ untuk mengutip ‘ufti’ seperti
Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Negara, dan untuk
beberapa tahun dia tiada dalam kerajaan. Kedudukan politik beliau
sebagai penyokong Tengku Razaleigh-Musa Hitam memang sentiasa
goncang dan Abdullah Badawi sememangnya terlalu takut untuk
meneguk minuman yang dicampuri racun berbisa rasuah itu.

Walau bagaimanapun, keadaan sudah berubah sekarang. Abdullah


Badawi memang ternyata sangat berkuasa selaku Perdana Menteri dan
bergantung kepada Khairy untuk memperkasakan kedudukannya. Khairy
Jamaluddin pula sedar betapa masanya akan sampai apabila Pak Lah
akan dicabar oleh Najib ataupun sesiapa sahaja yang disokong oleh Dr.

Malaysia Today 31
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Mahathir. Kerana itu dia mesti mengumpul harta karun sementara ada
kesempatan.

Kaedah kedua bagaimana Abdullah dikawal oleh Khairy ialah melalui


desakan Khairy berkaitan perlantikan calon-calonnya ke beberapa
jawatan penting di peringkat pembuat keputusan dalam pejabat Abdullah
dan juga kementerian-kementerian penting lain. Tidak kurang daripada
sepuluh rakan Khairy semasa pada zaman universiti yang berusia lewat
dua puluhan atau awal tiga puluhan telah memenuhi jawatan-jawatan
yang setaraf dengan ketua eksekutif dalam banyak kementerian (kita akan
ceritakan perkara ini dalam laporan lain). Abdullah Badawi tidak boleh
bergerak kalau tokoh-tokoh ini tidak berfungsi. Dengan kata lain, beliau
ternyata terlalu bergantung kepada mereka semua untuk bertindak.

Sebagai contohnya, kisah pemergian Abdullah ke Venezuela untuk satu


misi perdagangan. Orang yang menyediakan jadual lawatan (itineri) ialah
orang pilihan Khairy (rakan yang sama-sama belajar dengannya di UK
dahulu). Beliau menyerahkan cadangannya kepada Pengarah Pelaburan
Khazanah (orang pilihan Khairy juga) untuk dibincangkan. Jadual itu
dibincangkan dengan orang-orang Ethos Consulting (syarikat milik
Khairy), dan akhirnya diluluskan oleh mesyuarat kakitangan Kementerian
Luar yang akan dihadiri oleh Khairy sendiri walaupun dia tidak punya
jawatan rasmi dalam kerajaan. Sebaik sahaja Abdullah pulang daripada
Venezuela, butiran perbincangan beliau dengan Presiden Hugo Chaves
dibincangkan dengan pejabat peribadi Perdana Menteri (yang diketuai
dan dianggotai oleh orang pilihan Khairy). Segala keputusan akan dibuat
oleh Abdullah selepas berbincang secara intim dengan menantunya di
rumah. Apa yang hendak dihairankan kalau Khairy memang mengawal
pergerakan Abdullah – dan inilah caranya yang sebenar bagaimana
lawatan Abdullah Badawi ke Venezuela berlaku.

Yang ketiga, Khairy Jamaluddin mempengaruhi Abdullah Badawi dengan


cara menonjolkan peranannya secara tidak rasmi sebagai penasihat
Perdana Menteri yang paling akrab. Pernah berlaku satu peristiwa yang
menjelaskan fenomena ini. Ia terjadi apabila Menteri Luar, Syed Hamid
Albar meminta diadakan satu mesyuarat tertutup yang dianggap khusus
untuk orang atasan sebagai majlis memberi penerangan kepada Perdana
Menteri. Yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan Timbalan-
timbalannya – dan Khairy Jamaluddin yang ketika itu tidak memegang
sebarang jawatan dalam Jabatan Perdana Menteri ataupun apa juga
bentuk jawatan kerajaan. Syed Hamid mahu pertemuan itu tidak dihadiri

32 Malaysia Today
oleh Khairy. Abdullah menjadi gelabah kerana memikirkan kalau Khairy
tidak hadir beliau mungkin tidak mendapat nasihat yang jujur. Jadi,
Khairy pun tumpang sekaki. Keadaan begini bukan saja menunjukkan
betapa besarnya pengaruh Khairy, malah ia juga mendedahkan kelemahan
Abdullah dalam menjalankan tugasnya.

Di sinilah letaknya bahaya si Khairy Jamaluddin. Dia bukannya seorang


pegawai kerajaan yang dilantik. Namun, pengaruhnya melebihi pengaruh
keseluruhan kabinet, termasuk juga pengaruh Timbalan Perdana Menteri
Najib Tun Razak. Selagi Abdullah mencengkam kuasa dan Khairy masih
beristerikan anak perempuan Abdullah (Nori), Khairy Jamaluddin akan
terus menjadi pemerintah nombor satu negara ini. Sama ada disedari
ataupun tidak, demokrasi di Malaysia ini semakin mengecut sejak Khairy
Jamaluddin muncul di pentas politik sehinggakan tiada lagi timbang tara
dalam kerajaan.

Sudah tentu rakyat Malaysia wajar disedarkan akan fenomena Khairy


Jamaluddin kerana kehidupan mereka kini banyak bergantung kepada
insan ini. ‘Malaysia Today’ akan menerbitkan kisah kemunculan
Khairy dan bagaimana dia mempengaruhi Umno dan kerajaan, sambil
menamakan sekutu-sekutu dan musuh-musuhnya dan bagaimana beliau
berinteraksi dengan mereka. Yang lebih penting, Malaysia Today akan
cuba mendedahkan misteri yang menyelimuti Khairy dan bagaimana dia
menggunakan pengaruhnya untuk menjangkau kuasa yang lebih luas.

Malaysia Today 33
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 2
Keluar dari lubang najis

S ebelum berbincang perkara yang berat, mari kita mulakan dengan


yang asas. Dari mana lelaki bernama KJ ini berasal?

Hari ini, Khairy Jamaluddin sudah menjadi orang paling berkuasa dalam
negara. Berbeza dengan ramai ahli politik lain, asal-usul mereka mudah
dikesan dan rekod mereka dalam pengetahuan umum, tetapi Khairy
seperti “dewa kayangan” yang muncul dari satu tempat yang tidak
diketahui, masuk ke dalam arus perdana politik Malaysia. Ramai sudah
mula merasa hairan sama ada dia diletakkan oleh kuasa-kuasa jahat,
seperti CIA atau mungkin perisikan Singapura. Lagipun, tiada siapa
mampu mendapat kedudukan dengan begitu mudah dan cepat tanpa
bantuan, mampukah mereka?

Inilah yang pernah dibayangkan oleh Yahaya Ismail dalam bukunya dulu.
Dr. Mahathir begitu bimbang mengenai perkara tersebut, sehingga pada
saat akhir beliau menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan
Polis Cawangan Khas menyediakan satu laporan mengenai Khairy. Inilah
laporan yang dibuat pendua dan salinan yang dihantar kepada Najib Tun
Razak. Satu lagi laporan telah disediakan tentang sahabat karib Khairy
di NST (Ketua Editor Kalimullah Masheerul Hassan - ini cerita lain di
satu waktu yang lain ya!) Di sebalik janji-janji untuk berkhidmat secara
“Mesra, Cepat dan Betul” pegawai polis yang bertanggungjawab atas
laporan tersebut tidak mahu mendapat murka bapa mertua Khairy dan
bakal Perdana Menteri (semasa itu) Abdullah Ahmad Badawi. Lagi
pun, ketika itu Abdullah hanya menunggu masa kira-kira beberapa
bulan sahaja lagi untuk berada di puncak kuasa. Justeru, satu laporan
melaporkan tiada apa yang hendak dilaporkan.

Namun demikian, kita mesti sedar bukanlah perkara aneh kalau ada
anggota pentadbiran yang direkrut sebagai perisik asing (tentu kita masih

34 Malaysia Today
ingat kisah bekas Setiausaha Dr. Mahathir sendiri yang bernama Siddiq
Ghouse, yang dikatakan seorang perisik upahan KGB). Kisah benar
mengenai Khairy dan hubungan beliau dengan perkhidmatan perisikan
asing tidak akan diketahui secara umum kerana dia sudah terlalu rapat
dengan puncak kuasa. Berbeza dengan Siddiq Ghouse, Khairy kini
sudah menjadi anggota keluarga Badawi dan sudah tentu kita tidak akan
menuduh seorang anggota keluarga yang rapat sebagai seorang perisik?
Namun, kita tidak menolak tanggapan ramai; apakah Khairy berjaya
sampai ke tahap itu tanpa bantuan daripada luar?

Sebenarnya, Khairy memang dapat bantuan daripada luar, tetapi mungkin


bukan daripada agen asing. Masanya memang amat sesuai untuk muncul
seorang anak muda yang bijak bestari seperti Khairy kerana selama dua
puluh dua tahun Dr. Mahathir mencengkam kuasa, Umno sudah menjadi
satu parti yang dianggotai oleh tukang angguk sahaja. Tidak ada orang
lain lagi, yang berani membangkang Dr. Mahathir dan sistem pentadbiran
beliau. Dalam parti yang dianggotai oleh tukang angguk dan pengamal
rasuah, tentunya sesiapa yang nampak pintar dan mampu bercakap boleh
dianggap sebagai raja.

Maka, kerana itu Khairy muncul sebagai beluncas paling besar dalam
lubang najis yang bernama Umno.

Eloklah kita mulakan dari tahap awal. Khairy Jamaluddin dilahirkan


29 tahun dahulu. Bapa beliau ialah bekas seorang diplomat, Datuk
Jamaluddin Abu Bakar yang sudah meninggal. Berasal daripada sebuah
kampung kecil di Rembau dan mempunyai hubungan kekeluargaan
dengan beberapa orang politik Negeri Sembilan. Salah seorang anak
saudara Datuk Jamaluddin ialah Datuk Shahziman Abu Mansor, yang
kini merupakan seorang Timbalan Menteri dalam pentadbiran Abdullah
Badawi dan beliau juga merupakan MP (Ahli Parlimen) Tampin.

Datuk Jamaluddin pernah berkhidmat di beberapa kedutaan Malaysia


di luar negara dan meninggal semasa berkhidmat di sana. Cara hidup
berpindah-randah begini yang memberi laluan kepada Khairy menerima
pendidikan luar negara termasuk di Singapura dan United Kingdom.
Khairy tidak pernah belajar di sekolah tempatan dan dalam negeri, dan
untuk satu tempoh yang panjang dalam hidupnya beliau amat kekok
dengan bahasa ibundanya sendiri, serta tidak boleh berbual dengan
saudara-maranya sendiri.

Malaysia Today 35
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Di sebalik khidmat di luar negara yang lama itu, Datuk Jamaluddin


juga pernah pulang untuk berkhidmat seketika di negara sendiri. Beliau
pernah bertugas di Kementerian Belia dan Sukan semasa kementerian
itu diterajui oleh Tan Sri Samad Idris. Secara kebetulan Pengarah
Belia ketika itu dan kemudiannya menjadi Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian ialah seorang insan bernama Abdullah Badawi. Sebagai
kakitangan awam, mereka berdua berkongsi kegemaran yang sama
termasuk menganggotai kumpulan yang dikira “Malay ultra”. Apabila
Abdullah melepaskan perkhidmatan awam pada 1974 untuk bertanding
sebagai wakil rakyat di Kepala Batas (yang pernah diisi oleh bapanya,
bekas Ketua Pemuda PAS Ahmad Badawi Sheikh Abdullah Fahim),
mereka terus menjalinkan persahabatan.

Apabila Jamaluddin meninggal dunia, Abdullah dan isterinya Endon


Mahmood Ambak, terus menjalinkan persahabatan dengan janda
Jamaluddin, yang berasal daripada Kedah. Sebenarnya kerjaya Datuk
Jamaluddin bukanlah hebat sangat. Beliau dianggap sebagai seorang
yang angkuh, bergaya dan sombong. Beliau kerap dicemuh oleh para
pembantunya kerana sikap beliau yang lebih mementingkan perkara
yang remeh-temeh. Seorang pembantu beliau pernah memberitahu
bagaimana Datuk Jamaluddin pernah berkata bagaimana beliau lebih
menghormati seseorang “yang pandai menyimpul tali-leher yang cantik
daripada kualiti laporan yang disediakannya.”

Khairy memang seorang yang pintar semasa di bangku sekolah dahulu,


namun ada unsur-unsur besar kepala dalam dirinya. Beliau begitu
kritikal akan dasar pemerintahan negara. Walaupun kemudian, beliau
pernah menyatakan kekagumannya terhadap pentadbiran Dr. Mahathir,
sebenarnya dia tidaklah sampai menjadi peminat Dr. Mahathir. Malah,
dia pernah menentang banyak tindak-tanduk Dr. Mahathir. Itupun secara
diam-diam dan menyorok-nyorok.

Semasa menuntut di Oxford, beliau pernah menyatakan keraguannya


terhadap Dr. Mahathir kepada rakan-rakannya, rakyat Malaysia di
seberang laut. Sewaktu itulah dia menarik perhatian seorang insan
bernama Omar Ong.

Omar Ong adalah insan berketurunan Cina. Beliau adalah anak Mustapha
Ong, bekas Setiausaha Sulit Menteri Penerangan Mohamad Rahmat,
dan pernah suatu ketika berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik di
New York dan Brazil. Kini Mustapha Ong menetap di New Zealand.

36 Malaysia Today
Si Mustapha Ong menjadi terkenal dalam ’skandal’ Anwar Ibrahim.
Sepanjang perbicaraan itu telah terdedah kisah bagaimana dia cuba
menyogok rasuah kepada seorang pemandu teksi keturunan Arab di
New York, yang bernama Jamal Amro. Tujuan sogokan itu ialah agar
Jamal sanggup mengaku yang dia menyediakan budak lelaki dan wanita
untuk menghiburkan Anwar. Jamal Amro enggan berbuat demikian
dan sebaliknya membuat laporan polis menuduh Mustapha Ong cuba
menyogok beliau. Mustapha Ong mendapat perlindungan daripada Dr.
Mahathir walaupun keghairahan beliau itu telah memalukan kerajaan,
dan keaiban itu khusus terasa oleh masyarakat diplomatik di seberang
laut.

Apapun, Omar Ong ternyata memang mempunyai cita-cita tinggi. Dia


cuba naik dengan berpaut pada orang politik yang sedang meningkat
bintangnya sebagai laluan mudah untuk meraih kuasa. Omar pernah
mengetuk pintu pejabat Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim
melalui ihsan dan bantuan segelintir Setiausaha Politik beliau.

Usaha itu ternyata berjaya apabila Anwar diminta menerima ketibaan


Omar Ong dan kumpulan beliau secara peribadi. Beberapa pertemuan
susulan diadakan dan Omar Ong menjadi begitu berharap bahawa Anwar
akan memudahkan tercapainya impiannya. Akan tetapi, ada pula beberapa
halangan disebabkan tentangan daripada beberapa orang Anwarista
seperti Suhaimi Ibrahim, Fuad Hassan dan Zahid Hamidi yang begitu
cemburu tidak mahu berkongsi Anwar dengan pihak lain.

Pertemuan dengan Daim Zainuddin secara tidak disangkanya,


menyedarkan Omar bahawa sesuatu yang besar akan berlaku ke atas
Anwar Ibrahim. Dengan pantas, Omar bertindak untuk mengubah haluan
dan melupakan “Projek Anwar” dan cuba mendekati Najib Tun Razak
pula. Hal ini, kira-kira tiga bulan sebelum Anwar Ibrahim dipecat oleh
Dr. Mahathir.

Akan tetapi, Najib bukan mudah untuk ditembusi. Omar Ong sedar betapa
Najib sudah dikelilingi oleh para pengikut setianya yang ternyata setia
sejak beliau mula berkhidmat dengan kerajaan dahulu dan sudah tentu
sesiapa yang baru muncul akan ditapis secara rapi. Kerana itu Omar
berpendirian adalah lebih baik dia cuba nasibnya dengan Hishammuddin
Hussein.

Ketika itu Hishammuddin Hussein merupakan muka baru dalam politik

Malaysia Today 37
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Umno. Cuma dia mempunyai nama besar di belakang namanya sendiri.


Memang tidak syak lagi, selepas kematian Hussein Onn, Dr. Mahathir
berpendirian yang dia masih terhutang budi kepada Perdana Menteri
Ketiga itu dan keluarganya. Dr. Mahathir meletakkan Hishammuddin
di laluan ekspres dalam dunia politik sehingga mengenepikan orang
lama dalam Pergerakan Pemuda Umno seperti Nazri dan Zahid Hamidi.
Hishammuddin naik pangkat beberapa kali dalam setahun.

Kenaikan pangkat yang bertubi-tubi itu telah meninggalkan kesan


kepada Hisham. Dia bukanlah seorang yang pintar sangat masa zaman
persekolahannya. Hisham juga tidak petah bercakap. Mukanya juga tidak
mesra disebabkan senyumannya yang sinis, yang mengingatkan seorang
menteri akan ‘pope yang kaku selepas mati’. Omar Ong mula membantu
menaikkan Hishammuddin dan sahabatnya di Oxford yang bernama
Khairy datang membantunya. Tidak lama kemudian, Hishammuddin
mula bergantung harap kepada Khairy berbanding kepada Omar Ong.

Sebagai membalas jasa, Hishammuddin telah memperkenalkan Omar


Ong dan kumpulan beliau kepada orang yang rapat dengan Dr. Mahathir
seperti Setiausaha Politik, Datuk Johari Baharom dan Ketua Pengarah
ISIS, Dr. Nordin Sopiee.

Secara kebetulan ketika itu, anak perempuan Abdullah Badawi bernama


Nori telah masuk berkhidmat dengan ISIS sebagai seorang pembantu
penyelidik. Nordin telah memperkenalkan Nori kepada Khairy.
Abdullah Badawi sudah menjadi Naib Presiden Umno ketika itu dan
berkemungkinan menggantikan Anwar Ibrahim seandainya sesuatu
musibah seperti helikopter terhempas menimpa Anwar.

Memang berlaku kejadian helikopter Anwar jatuh terhempas (dia tiada


di dalam pesawat ketika itu) tetapi Anwar sendiri telah ditendang keluar
pada September 1998. Seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,
Khairy tidak mempercayai segala tohmahan yang dilemparkan oleh Dr.
Mahathir terhadap Anwar. Akan tetapi, masa itu adalah saat keemasan
baginya. Itulah masa yang perlu direbut oleh Khairy dan Omar Ong.

Ada satu mitos yang berlegar selepas kejatuhan Anwar. Mitos itu
mengatakan bahawa Khairy sentiasa menaruh simpati terhadap
perjuangan ‘Reformasi’ Anwar. Ada berita angin mengatakan satu kisah
bahawa seorang pelajar pernah secara terbuka meminta Dr. Mahathir
melepaskan jawatannya dalam satu pertemuan Dr. Mahathir dengan

38 Malaysia Today
pelajar-pelajar di London. Desas-desus itu mengatakan yang pelajar
tersebut sebenarnya adalah Khairy. Ada pula satu cerita mengatakan
bahawa ketika itu Khairy merupakan sahabat lelaki kepada Nurul Izzah,
anak sulung Anwar. Tetapi, persahabatan mereka tidak menjadi apabila
Dr. Wan Azizah isteri Anwar enggan memilih Khairy sebagai Setiausaha
Politik beliau. Sebaliknya Azizah telah melantik Nik Affendi Jaafar (kini
bertugas sebagai Pengurus Kanan Hubungan Seranta KWSP).

Nampaknya semua desas-desus ini sengaja direkacipta oleh para


penyokong Anwar yang mahukan Khairy menyebelahi mereka,
walaupun secara senyap-senyap. Yang sebetulnya Khairy sendiri sudah
nampak akan vakum yang ditinggalkan selepas kejatuhan Anwar secara
mendadak, Khairy telah mengambil kesempatan itu untuk melonjakkan
dirinya ke puncak kuasa politik negara.

Inilah ketikanya Khairy cuba rapat dengan orang yang bermasalah


ketika itu Dr. Mahathir. Khairy telah menggunakan khidmat Nordin
Sopiee untuk cuba mendapatkan pekerjaan di pejabat Perdana Menteri.
Permohonan beliau telah disokong oleh Hishammuddin Hussein. Apabila
Dr. Mahathir menolak, setelah melihat akan tindak-tanduk dan gerak-
geri Khairy, si Khairy telah cuba mendapatkan peluang dengan orang
yang berpangkat rendah sikit daripada Dr. Mahathir. Dia tidak pergi
kepada Abdullah, tetapi kepada Najib.

Ketika itu Najib dilihat sebagai orang yang paling cocok menggantikan
Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri. Malah, Asiaweek telah
bersuara lantang mengatakan Najib adalah tokoh yang perlu diperhati
untuk jawatan itu. Akan tetapi Najib amat teliti untuk mengambil
orang baru kerana tidak mahu menyentuh perasaan orang lama yang
setia kepadanya. Malah, tidak ada sebab dia mesti mengambil Khairy
kerana dia sudah yakin yang Dr. Mahathir akan memilih beliau sebagai
pengganti. Inilah keputusan yang amat disesali Najib kemudiannya.

Impian Najib tidak kesampaian. Dr. Mahathir berpendirian, adalah lebih


mudah mengawal negara ini melalui Abdullah sebagai Timbalannya. Dr.
Mahathir tidak memandang tinggi terhadap Abdullah kerana dia pernah
menyokong kumpulan ‘Team B’dalam Umno satu ketika dahulu (yang
setia kepada Musa Hitam). Orang semacam ini mudah dijadikan boneka
yang baik.

Sejurus nama Abdullah diumumkan, Najib dan Rosmah, isterinya telah

Malaysia Today 39
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

menitiskan air mata di luar bilik penantian, kerana teramat terkejut dan
tidak percaya akan nasib mereka. Ketika itu Timbalan Perdana Menteri,
Abdullah mula melantik orang baru mengisi jawatan yang banyak kosong.
Sebagai contoh, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Abdullah diberikan
dua Setiausaha politik dan bukan lagi seorang, dan lapan pegawai khas
dan bukan lagi dua orang. Salah satu jawatan Pegawai Khas ini telah
diberikan kepada Khairy.

Bagaimanakah Khairy berjaya mendapat jawatan itu? Keadaan di


mana sama-sama saling bantu-membantu. Abdullah telah meminta
Nordin Sopee memberikan beberapa cadangan akan nama orang yang
patut mengisi jawatan yang kosong. Dua nama telah dikemukakannya.
Khairy dan seorang lagi nama penyelidik ISIS (yang kini bertugas dalam
kerajaan juga) akan tetapi penyelidik ISIS itu telah gagal pemeriksaan
keselamatan (ibunya seorang penyokong Reformasi) lagi pun anak
perempuan Abdullah sedang asyik dilamun cinta dan begitu ghairah
menyokong nama calon yang nombor satu.

Beginilah nasib yang menyebelahi Khairy. Dia mula meniti tangga kejayaan
kerjayanya. Dengan pantas dia membalas jasa orang yang membantunya
melalui laluan ekspres tadi. Omar Ong telah ditempatkannya dalam
pejabat Najib sebagai Pegawai Khas untuk menentukan segala-galanya
berjalan dengan licin, dalam kegelapan lubang gelap yang bernama
Umno...

40 Malaysia Today
BAB 3

Musuh dalam selimut

R amai daripada musuh Khairy Jamaluddin dalam Umno terdiri


daripada pemimpin-pemimpin muda yang percaya Khairy seorang
yang berlagak. Mereka enggan mengakui keupayaannya memahami
perjalanan kerajaan walaupun sudah berkhidmat dalam pejabat Abdullah
Ahmad Badawi selama empat tahun yang lalu. Mereka fikir dia hanya
diletakkan di situ kerana dia berkahwin dengan anak Perdana Menteri.

pada masa yang sama, mereka meluat dengan cara Khairy menempatkan
kroninya menjaga pelbagai cabang kementerian-kementerian kerajaan,
dari Pejabat Komunikasi, Jabatan Perdana Menteri ke Khazanah
Nasional.

Ini bukan semata-mata dengki kebudak-budakan. Mereka percaya


yang Khairy memang ancaman yang real dan agak signifikan, dengan
kebangkitannya ke puncak kuasa secara mendadak. Mereka juga punya
cita-cita sendiri untuk menjadi Perdana Menteri. Malah sebahagian
daripada mereka merasakan jawatan Perdana Menteri ialah hak untuk
mereka warisi. Dengan itu, mereka cuba sedaya upaya menepis segala
tindakan Khairy dan menyekat setiap langkahnya dengan apa jua cara.
Cara Umno yang biasa iaitu menggunakan surat layang, menikam dari
belakang melalui SMS, dan pakatan rahsia yang dibuat dalam bilik penuh
asap, adalah antara cara biasa yang digunakan untuk memastikan Khairy
terkawal. Tetapi Khairy bukan musuh politik Umno yang biasa...

Ramai daripada musuh Khairy sudah berpuashati dengan menunggu


peluang dan menanti hari apabila Abdullah Badawi ditendang keluar
dari pejabat Presiden Umno. Mereka yakin yang pada ketika itu, Khairy
akan kehilangan bapanya dan pelindungnya, mendedahkannya kepada

Malaysia Today 41
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

serangan daripada akar umbi. Musuh-musuh Khairy berharap dengan


kebencian yang dipamerkan dalam Perhimpunan Agung Umno lepas akan
meluap-luap dan meletup apabila Abdullah dikeluarkan dari pejabatnya
kelak. Pada masa itu, Khairy akan dikorbankan dan disembelih hidup-
hidup.

Namun, Khairy faham keadaan tersebut, dengan itu, dia perlu bertindak
dulu. Dan dua tahun sejak Abdullah menjadi Presiden Umno, telah
dihabiskan melakukan semua itu.

Khairy menggunakan dua kaedah: meneutralkan apa jua musuh-musuh


yang mampu dineutralkan, dan memadamkan yang berbahaya yang tidak
dapat di‘tenangkan’kan

dengan pangkat dan kedudukan. Ramai yang dalam kategori pertama,


seperti Azimi Daim, Norza Zakaria dan Aziz Sheikh Fadzir. Ketiga-
tiganya sering dilihat sebagai pencabar utama pada kedudukan Khairy,
terutama dalam Pemuda Umno.

Walau bagaimanapun, mereka dapat dibeli dengan mudah, seperti dalam


politik, mereka hanya mahukan kedudukan dan dapat mengumpul wang.
Mereka kecut untuk ‘melalui segalanya’ dan melakukan sesuatu yang
akan menggugat kedudukan selesa mereka kini. Dengan itu, Azimi diberi
jawatan Ketua Penerangan Pemuda Umno dan juga jawatan EXCO.
Aziz pula diberi kerusi dalam pilihan raya umum lalu. Norza bukan saja
dapat jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno tetapi juga mendapat lesen
“mencetak duit” melalui kedudukan “penjaga tol” dengan berada dalam
Kementerian Kewangan Kedua. Ahli politik Umno seperti mereka ini,
bukan ancaman kepada Khairy kerana apabila mereka buat hal, mereka
boleh ditarik ke bekas hidangan dan disuapkan hingga sepuas-puas
perut-perut buncit mereka.

Ancaman yang lebih berbahaya datang dari kategori kedua yang terdiri
daripada ahli-ahli politik yang sudah kukuh dan menjadi kelompok
bangsawan dalam kepimpinan Umno, lebih awal daripada kemunculan
Khairy. Salah seorang daripada mereka ialah ketua Khairy sendiri,
Hishammuddin Hussein, yang agak instrumental, sebelum 1999, dalam
membawa Khairy ke pengetahuan, pada ketika itu, Perdana Menteri Tun
Dr. Mahathir Mohamad. Hishammuddin percaya yang jawatan Perdana
Menteri adalah hak keluarganya, sepertimana Najib (sepupunya – Tun

42 Malaysia Today
Suhailah dan Tun Rahah adalah adik-beradik), bapanya telah memegang
jawatan tersebut sebelum dipaksa keluar oleh Dr. Mahathir.
Pada mulanya Hishammuddin fikir, Khairy akan bertindak sepertimana
dia pernah lakukan – main “mainan sabar”. Hishammuddin telah bermula
sebagai penyokong kuat Dr. Mahathir dan penggantinya Anwar Ibrahim.
Dengan sikapnya yang sering mengikut Anwar, Hishammuddin dengan
pantas naik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Belia dan
Sukan, melompat lebih tinggi daripada ketuanya, Ketua Pemuda Umno
Mohd Zahid Hamidi. Tetapi Hishammuddin lakukan itu dalam usia lewat
tiga puluhan selepas bertahun-tahun mengamalkan amalan yang sah dan
membina persepsi membangunkan kerjaya politik yang tidak menonjol.

Tetapi Khairy tidak percaya perkara seperti itu. Apa yang dia mahu, dia
mahukan segera dan dia mahukannya sekarang. Jadi, dia telah menjadi
Timbalan Ketua Pemuda Umno paling muda sejak Nazri Aziz. Namun,
itu sebenarnya cadangan Hishammuddin sendiri bagi menyelamatkan
kedudukannya. Hishammuddin kini sedar bahawa Khairy merupakan
ancaman yang lebih besar, berbanding Aziz Sheikh Fadzir atau mana-
mana individu yang lain.

Hishammuddin tidak berapa gembira apabila Khairy membentuk


rangkaiannya sendiri dalam jentera Pemuda Umno, contoh; melantik
Norza dalam Majlis Tertinggi mengenepikan pilihan Hishammuddin.
Khairy juga telah membentuk satu rangkaian Timbalan Ketua Pemuda
Umno Bahagian yang tidak rasmi di seluruh negara, suatu fenomena
yang tidak pernah dilakukan ketika Hishammuddin sendiri memegang
jawatan tersebut. Kini Hishammuddin sedar yang dia berada di
kedudukannya sekarang, atas ihsan dan perkenan Khairy. Apabila Khairy
sudah bersedia untuk memegang jawatan Ketua Pemuda, Hishammuddin
mesti berundur.

Jika situasi sedemikian berterusan, Hishammuddin akan mendapati,


masanya sudah tiba untuk berundur dan pergi ke jawatan Naib Presiden
Umno. Tetapi pentas di situ sudah sesak dengan pemimpin-pemimpin
yang berangan untuk menjawat jawatan tersebut. Hishammuddin akan
sedar bahawa dalam pemilihan akan datang, Khairy akan menang jawatan
Ketua Pemuda Umno dengan mudah, sementara dia akan kecundang
dalam merebut kedudukan Naib Presiden Umno.

Hishammuddin kini terhimpit, kerana Khairy sudah memasang jerat


untuknya. Khairy membuat kenyataan-kenyataan yang memaksa

Malaysia Today 43
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Hishammuddin menerima pandangan politik kebangsaannya.


Hishammuddin tidak boleh mainkan kad perkauman kerana Khairy
sudah lebih awal menggunakannya, terutama dalam isu berkaitan
pendidikan, yang berada di bawah kementeriannya. Lebih penting lagi,
Khairy memilih beberapa bekas sekutu Hishammuddin seperti Adham
Baba dan Razali Ibrahim (ahli Parlimen Muar) untuk secara beransur-
ansur menerima dua pengawasan dalam Pemuda Umno, di mana
Hishammuddin hanya ketua yang rasmi tetapi Khairy yang berperanan
menggerakkan Pemuda.

Beginilah cara bagaimana Khairy “mengawal” Hishammuddin.


Khairy sudahpun meletakkan sekutu-sekutunya dalam kementerian
Hishammuddin. Beberapa orang daripada bekas penyokong setia
Hishammuddin telah diberikan tanggungjawab di kementerian dan kerusi-
kerusi parlimen, bukan untuk mengukuhkan kedudukan Hishammuddin
tetapi bagi menjauhkan para penasihat daripada Hishammuddin
dan menyibukkan mereka dengan kerjaya masing-masing. Ini telah
mewujudkan kekosongan dalam pejabat Hishammuddin dan Khairy telah
mengisinya dengan sekutu-sekutunya, dari YPCS (Young Professionals
Consultative Society), rakan sebaya Khairy, kononnya setia kepada
Hishammuddin tetapi realitinya mereka adalah kuncu-kuncu Khairy.
Tiada yang berlaku dalam pejabat Hishammuddin yang tidak dilaporkan
kepada Khairy. Sesungguhnya, Pegawai-pegawai Khas Hishammuddin
adalah mata dan telinga Khairy.

Menyahkan Hishammuddin adalah perkara mudah kerana Hishammuddin


bukan seorang “pejuang” – tidak seperti, contohnya, seorang lagi
ketua Pemuda yang berpotensi, Dr. Mohamad Khir Toyo, Menteri
Besar Selangor. Khir daripada latarbelakang yang berbeza dari Khairy,
walaupun mereka berkongsi nama yang hampir sama. Sementara Khairy
berasal daripada keluarga diplomat dengan kedudukan tinggi dalam
perkhidmatan awam, bapa Khir, yang dikenali di tempatnya sebagai
“Wak Joyo”, ialah dari keluarga petani dan bekas ahli PAS. Khir telah
membina bagi dirinya penglibatan dalam politik kebangsaan melalui
hubungan baiknya dengan anak-anak Dr. Mahathir, khususnya Mokhzani
dan Mukhriz. Mokhzani yang pada ketika itu Bendahari Pemuda Umno,
telah mencadangkan Khir, wakil rakyat satu penggal, malah bukan ketua
bahagian, untuk menggantikan Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar
Selangor selepas terbongkarnya skandal seks Abu Hassan.

Umno Selangor sudah tentu tidak gembira dengan orang muda yang

44 Malaysia Today
berlagak ini, tiba-tiba dia diletakkan menerajui kepimpinan. Khir
mempunyai banyak cita-cita yang hendak dicapainya. Pada usia hanya
37 tahun, Khir pada ketika itu, pemimpin Pemuda yang paling menonjol
selepas Hishammuddin dan Khairy. Dia tidak akan berhenti setakat
menjadi ahli Majlis Tertinggi. Sesungguhnya, jika Hishammuddin telah
memutuskan untuk melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno, Khir sudah
menjadi calon paling cocok menggantikan Hisham. Dengan sakunya
penuh dengan wang, hasil dari pemberian tanah yang sesukahatinya
kepada kumpulan Lebar Daun dan lain-lain sekutu perniagaannya, Khir
memang sesuai menggantikan kepimpinan sayap Pemuda Umno – hanya
dia terpaksa bertembung dengan Khairy…

Khairy sudah cuba memerangkapkan Khir dengan membongkar


kesilapan-kesilapan yang telah dibuat Khir sebagai Menteri Besar.
Khairy bernasib baik kerana Khir tamak dan rakus mengumpul harta
dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar. Khairy hanya perlu
mempergunakan beberapa dari amalan-amalan korup tersebut. Salah
satu cara ialah mendedahkan kesalahan Khir dalam memberi tanah
pembangunan dalam kawasan hutan simpan Bukit Cahaya Seri Alam.
Khir telah meluluskan beberapa keping tanah yang agak luas kepada
syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan keluarganya dan keluarga
isterinya. Ketua berita TV3, Datuk Kamarul Zaman Zainal (seorang
bekas pegawai di pejabat Abdullah Badawi, juga penyokong Abdullah)
telah mengadakan mesyuarat bersama Khairy, di mana Khairy memberi
lampu hijau bagi TV3 menghebohkan segala penyelewengan tersebut.
Datuk Kamarul Zaman Zainal bencikan Khir kerana Khir adalah sisa-
sisa era Dr. Mahathir.

Tetapi Khir tidak menyerah kalah dan dia mendapat bantuan daripada
mereka yang berpengaruh. Bukan saja syarikat-syarikat yang ada kaitan
dengannya yang telah diberikan tanah di Bukit Cahaya Seri Alam, tetapi
juga syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerabat DiRaja Selangor dan
lain-lain tokoh politik dan ahli perniagaan yang dekat dengan Abdullah.
Apabila TV3 mula membongkar masalah tersebut, mereka gelabah dan
meminta bantuan Dato Thajudeen Abdul Wahab, Ketua Setiausaha Sulit
kepada Perdana Menteri. Dato Thajudeen telah menggunakan kuasanya
meminta Datuk Kamarul Zaman untuk menghentikan serangan-serangan
tersebut. Dengan itu, ia semakin tidak kedengaran.

Kemudian Khairy menggunakan satu lagi cara bagi menjerat Khir.


Dia cuba mendedahkan bahawa Khir seorang pentadbir yang tidak

Malaysia Today 45
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

cekap. Dalam mesyuarat perhubungan Selangor pada Mei 2005,


melalui bisik daripada Khairy, Abdullah Badawi mempersoalkan logik
mengisytiharkan Selangor sebagai negeri “maju”. Pelan Khir – yang
sudah dimulakan lebih awal sebelum Abdullah menjadi perdana menteri
– adalah bagi menekankan kedudukan unik Selangor sebagai penjana
ekonomi dengan mengisytiharkannya sebagai negeri maju pada 31
Ogos 2005. Memang diakui, Khir telah meminda statistik dan angka-
angka bagi membolehkannya membuat pengisytiharan tersebut. Walau
bagaimanapun, bukan pelik dalam skim politik Umno, di mana bekas
perdana menteri Mahathir juga telah membuat deklarasi unilateral seperti
Malaysia ialah sebuah “negara Islam”.

Abdullah menyakitkan hati Khir kerana membuat kenyataan seperti itu


dalam mesyuarat tertutup. Bagi melembutkan pukulannya, Abdullah
menekankan bahawa sebelum itu dia pernah mengkritik Menteri Besar
Kedah Syed Razak Syed Zain, kerana membuat janji yang mustahil
iaitu menjadikan Kedah “negara maju” pada tahun 2010. Sasaran
sebenarnya ialah Khir. Dalam pemikiran Abdullah yang lurus, dia telah
membuat kritikan yang benar berdasarkan kurang alasan untuk membuat
pengisytiharan negara maju. Tetapi bagi Khairy, ia membawa mesej yang
lebih dari itu, yang mana menunjukkan Khir seorang penipu, tidak cekap
dan bodoh. Lagi pun, tujuan deklarasi tersebut adalah sesuatu yang Khir
sudah usahakan sejak 2001, dan dia telah umumkan di sana-sini dan
kepada semua.

Ini hanya permulaan kepada serangan terhadap Khir. Sudah tentu Khir
akan teruskan dan membuat deklarasi tersebut dalam bulan Ogos. Tetapi
dia sudah dicederakan oleh serangan bersepadu dari semua arah, terutama
dalam media massa, terhadap pentadbirannya. Tidak juga dia disokong
(setidak-tidaknya di mata umum) oleh Perdana Menteri. Paling banyak
Khir dapat kumpulkan ialah sokongan yang suam-suam dalam mesyuarat
Umno Selangor oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Apabila tiba masa Khir mengumumkan kesediaannya menjadi ketua


Pemuda Umno, banyak dari kesilapan-kesilapannya sudah dibongkarkan
oleh Khairy untuk santapan umum. Itu bukan mengatakan Khir kurang
cekap daripada Khairy, tetapi Khir tiada kawalan media, sedangkan
Khairy ada. Sama ada melalui orang-orang yang diletakkan olehnya
seperti Kalimullah Masheerul Hassan (Kumpulan Ketua Pengarang New
Straits Times) dan gurkha yang sejenis dengannya yang telah dilatih di
Singapura seperti Brendan Pereira, atau Datuk Kamarul Zaman di TV3,

46 Malaysia Today
inilah cara Khir akan dihancurkan akhirnya. Dan Khir tidak akan mampu
melawan balik dengan sejarah kejahatan serta pegawai akhbarnya yang
hanya mahasiswa yang tercicir yang tidak punya kredit dalam apa-apa
bahasa.

Setakat kedudukan dalam Umno, Hishammuddin dan Khir lebih kanan


dari Khairy. Tetapi Khairy juga hadapi cabaran daripada rakan-rakannya
dalam Umno yang juga dekat dengan Abdullah sepertinya. Dia tidak
mengabaikan ancaman-ancaman mereka, dan seperti pembunuhan
saudara di Zaman Pertengahan, Khairy mempunyai rancangan untuk
melenyapkan saudaranya sendiri.

Malaysia Today 47
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 4

Membunuh saudara sendiri

S atu perkara bagi Khairy Jamaluddin selesaikan dengan cepat, ialah


cabaran daripada pencabar-pencabarnya yang menghalangnya secara
terbuka. Tetapi apa yang hendak dilakukan dengan ahli-ahli politik muda
yang menjadi kepercayaan Abdullah Ahmad Badawi? Sebelum Khairy
muncul, Abdullah mempunyai beberapa orang anak muda yang telah
dipersiapkan untuk membantunya. Mereka mungkin menjadi duri dalam
daging, yang akan mencabar Khairy bagi takhta yang menjadi rebutan
dalam masa beberapa tahun lagi. Seorang yang sudah mengisytiharkan
niat ini dalam pertemuan tidak rasmi ialah Timbalan Ketua Perhubungan
Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainol Abidin, 41.

Ketika Hishammuddin Hussein satu masa bertanding jawatan Naib


Ketua Pemuda Umno, Zahidi merupakan antara segelintir yang
berani mencabarnya – walaupun Hishammuddin anak seorang bekas
Perdana Menteri dan Zahidi seorang “yang tidak dikenali”. Seorang
bekas juruterbang Tentera Udara dengan ijazah UiTM menentang
Hishammuddin, dia tahu yang dia akan kalah, dengan populariti
Hishammuddin dan sokongan Dr. Mahathir. Namun, dia masih teruskan
tentangannya terhadap Hishammuddin. Mengapa?

Zahidi sebenarnya antara mereka yang pelik dalam Umno. Dia bukanlah
seorang yang berprinsip, namun dia mempunyai keyakinan yang tinggi.
Dia punya keyakinan akan kemampuannya dan sering megah dan
memanggil dirinya calon yang kerdil. Zahidi tidak fikir yang Umno patut
selalu dipimpin oleh keluarga-keluarga yang sekian lama terlibat dalam
politik seperti Hishammuddin Hussein. Dia percaya dalam menentang
mentaliti “bangsawan” ini.

48 Malaysia Today
Dengan itu Zahidi bangun berjuang menentang Hishammuddin.
Walaupun dia kalah teruk, dia mampu jatuh atas “tilam” kerana dia
seorang yang setia kepada Abdullah Badawi sejak zaman “Team B”nya
lagi. Abdullah bergantung kepada sokongan Zahidi ketika zaman dia
kehilangan pengaruh, malah pernah mempertimbangkan Zahidi sebagai
anak angkat. Apabila Khairy muncul pada skrin radar Abdullah, itu telah
menyakitkan hati Zahidi. Dia merasakan Abdullah telah ditarik memasuki
lorong taman oleh graduan Oxford yang manis mulutnya. Zahidi mahu
Abdullah untuk tetap dengan latarbelakang ketuanan Melayunya dan
tidak terpengaruh oleh politik zaman baru Khairy.

Zahidi cuba sedaya-upaya membawa Abdullah di jalan yang lurus


walaupun sempit. Tetapi sudah tentu dia tidak boleh menandingi Khairy
dan kawan-kawannya. Betapa dicuba, dia tidak mampu menghentikan
“budak mentah” itu – dan begitu juga Khairy tidak berjaya melagakan
Abdullah dan Zahidi. Antara kedua-duanya Khairy dan Zahidi, Abdullah
mencari perseimbangan yang sukar. Khairy tetap menjadi penasihatnya
yang paling rapat dan berpengaruh, tetapi Abdullah masih bergantung
kepada Zahidi untuk memberinya pandangan alternatif, walaupun
kebanyakan masanya ia tidak sepenting pandangan menantunya. Bagi
mengubat hati Zahidi yang luka, Abdullah merancang melantiknya
sebagai Menteri Besar Perlis semasa pilihan raya lalu, sekiranya Shahidan
Kassim gagal menggagalkan serangan PAS. Zahidi tidak menduga dan
“ternganga”, melihat Shahidan berjaya menggagalkan “gelombang
hijau” PAS dengan bantuan beberapa ahli kerabat DiRaja Perlis, dengan
itu menjamin dia terus memegang jawatan Menteri Besar. Namun begitu,
Zahidi dinaikkan pangkat menjadi Ahli EXCO Kanan Negeri.

Sejak itu, dia telah mengisytiharkan secara terbuka niatnya untuk


mencabar Khairy, menunjukkan dia mahu mengajar kelompok bangsawan
ini. Jadi, Khairy meletakkan agen rahsianya di kalangan kenalan Zahidi,
dalam bentuk pemimpin muda yang bercita-cita tinggi. Namanya Ben
atau Rozabil Abdul Rahman, penyokong kuat Khairy. Malah, sejak 1999,
dia sudah menjadi pemegang saham syarikat milik emak Khairy yang
berpengkalan di Pulau Pinang dan Kedah yang membekalkan barangan
ke sekolah-sekolah di rantau itu. Ben bercita-cita menempa nama dalam
politik negara, tetapi Khairy memberitahunya supaya membuktikan
kemampuannya dulu dengan “melanyak” Zahidi di Perlis.

Ben bukan berasal dari Perlis. Bapa beliau, Abdul Rahman Kader adalah
bekas pemimpin kesatuan sekerja yang merupakan seorang Anwaris

Malaysia Today 49
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

dan pernah menjadi Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat di peringkat


nasional dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang. Dari tahun
1999 hingga 2004, Pak Rahman merupakan wakil Parti Keadilan Rakyat
di Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh. Pak
Rahman berasal dari Perak sedangkan Ben sudah lama menetap di Kuala
Lumpur. Akan tetapi banyak perkara boleh terjadi dalam cara Khairy
mencanai jaringan politik beliau. Secara tiba-tiba Ben sudah menjadi
anak Perlis dan mengembangkan sayapnya atas kemahuan Khairy. Salah
satu tugas beliau ialah memastikan agar Zahidi akan terjerumus ke
kancah keaiban yang akan mencemar kerjaya politiknya.

Semasa pilihan raya umum yang lalu, Ben telah merencana sesuatu bagi
pihak Khairy. Beliau telah merancang untuk bertemu Zahidi dengan
alasan mahu mendapatkan bantuan dan sokongan beliau untuk menang
pemilihan Ketua Umno Bahagian Kangar. Ben telah menjanjikan wang
kempen yang lumayan kepada Zahidi untuk memudahkan rencana ini.
Zahidi bersetuju dengan mudah sambil menerima RM300,000 sebagai
bayaran pendahuluan pertama.

Sebenarnya memang niat Ben tidak baik kerana tujuannya ialah mahukan
bukti bahawa Zahidi bergelumang dengan politik wang dan dapat
dirujukkan kepada Jawatankuasa Disiplin Umno. Inilah yang terjadi
seterusnya. Zahidi telah mendapati beliau menjadi sasaran siasatan oleh
Jawatankuasa yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddeen. Beberapa
helai surat yang menuduh beliau membayar wang sogokan telah
dikemukakan kepada Tengku dan beberapa rakaman perbualan telefon
dalam pita rakaman di mana Zahidi telah meminta Ben mempercepatkan
bayaran wang itu ke dalam akaun bank beliau telah pun diserahkan
kepada ahli-ahli jawatankuasa.

Zahidi telah didapati bersalah dan diberikan amaran. Umum telah


diberitahu betapa kesilapan beliau ialah menghalang orang tertentu
daripada terpilih menjadi ahli perwakilan dengan cara memfitnah
mereka. Namun, secara berahsia Tengku Rithauddeen telah memberi
amaran kepada Zahidi jangan buat kacau seandainya beliau tidak mahu
diumumkan kesalahan yang lain termasuk memberi sogokan sebanyak
RM1,000.00 setiap seorang kepada ahli-ahli dalam Bahagian Kangar.
Semasa siasatan itu Zahidi telah diberi amaran agar tidak memberitahu
pihak media apakah yang dikatakan oleh jawatankuasa kepada beliau.

Zahidi telah diberitahu betapa beliau bernasib baik disebabkan beliau

50 Malaysia Today
adalah anak emas Abdullah. Akan tetapi sekiranya beliau masih terus
berdegil menyanggah kepimpinan bangsawan, Jawatankuasa Disiplin
akan mencari jalan lain untuk menyembelihnya.

Tidak ada sesiapa yang terfikir bahawa Zahidi sanggup berdiam diri.
Tidak syak lagi betapa beliau sudah sedar pertaruhan mencabar Khairy
bukannya satu pertaruhan yang bersih dan mudah seperti mana beliau
mencabar Hishammuddin Hussein satu ketika dahulu.

Ada seorang lagi loyalis Abdullah seperti Zahidi juga yang bukan
daripada golongan bangsawan. Namanya ialah Reezal Marican Naina
Merican berketurunan India Muslim dari Pulau Pinang. Selama tiga
tahun sebelum Khairy muncul di kediaman Jalan Bellamy, beliau telah
berkhidmat dengan Abdullah dan berjaya menonjolkan ketokohannya.

Reezal Merican (yang kerap dipanggil Ustaz Merican) adalah lulusan


UIA yang amat gemar dengan kemewahan berpolitik dan gadis serta
pelakon wanita yang cantik-cantik. Beliau tidak dapat menerima keadaan
betapa kesetiaannya selama berkhidmat dengan Pak Lah boleh dirungkai
dengan kemunculan Khairy. Semasa Abdullah naik mengungguli jawatan
pertama, Reezal fikir itulah masanya untuk beliau menikmati kejayaan
itu. Dia beranggapan peranannya yang menyinar di UIA sambil menyakat
hati kawan-kawan pelajar yang amat setia kepada Anwar Ibrahim, sudah
pasti akan dihargai. Abdullah memang sedar akan kesetiaan beliau dalam
mengukuhkan imejnya. Reezal telah mengharapkan bahawa Abdullah
akan menghadiahkan beliau dengan satu jawatan tinggi dalam kerajaan.

Akan tetapi bila tiba masanya, Reezal telah menerima satu surat lantikan
untuk bertugas di kementerian pimpinan Shahrizat Abdul Jalil bagi
menjaga beberapa isu perpaduan negara. Khairy telah menyekat kenaikan
pangkat Reezal dengan menyediakan satu memorandum mengandungi
nama orang yang patut dinaikkan pangkat sebagai penasihat kepada Pak
Lah dan nama Reezal tidak dimasukkan dalam senarai itu.

Reezal tetap bersabar. Dia cuba menonjolkan diri sebagai calon yang
lebih penting dalam kerajaan baru Abdullah dengan menunjukkan betapa
beliau mempunyai hubungan baik dengan masyarakat pelajar universiti.
Dia berjaya dilantik sebagai ketua alumni UIA dan tentunya memiliki
satu pangkalan sokongan daripada golongan pelajar. Mungkin kerana
inilah Pak Lah mengalah dan pada November 2003 melantik Reezal
menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Pertama. Jawatan

Malaysia Today 51
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

itu tidaklah sehebat jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri,


tetapi apabila dua jawatan itu dipegang oleh orang yang sama, Reezal
tidak dapat mengeluh sangat.

Khairy tidak dapat menerima perubahan tersebut begitu sahaja. Dia telah
mengemukakan satu lagi memo rasmi kepada Abdullah menyatakan
bahawa lulusan UIA itu tidak layak dengan jawatan itu kerana tidak ada
nilai tambah dalam usaha Abdullah mewujudkan satu pentadbiran yang
dibarisi satu pasukan profesional yang muda dan pintar. Khairy juga
menuduh Reezal terbabit dengan beberapa artis muda dan pembaca berita
yang muda-muda. Surat yang diletak di meja Abdullah telah diambil dulu
oleh Ketua Setiausaha Peribadi Abdullah, Dato Thajudeen Abdul Wahab
yang membuat satu salinan dan menyerahkannya kepada Reezal.

Setelah membacanya, Reezal bersumpah mahu bertindak balas dan


menyingkirkan Khairy daripada kumpulan yang rapat dengan Abdullah.
Sumpah seranah itu dibuat semasa hati panas. Akhirnya Reezal sedar
adalah lebih baik kalau beliau dilihat menyokong Khairy setidak-tidaknya
buat ketika ini. Dia berundur setapak ke belakang dan membiarkan Khairy
bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno dan beliau hanya
bertanding sebagai Exco biasa sahaja. Sedangkan beliau mempunyai
hubungan yang lebih lama dengan para perwakilan pergerakan itu.

Pada waktu yang sama Reezal cuba memperkasakan tenaga dan


ketumbukannya. Khairy banyak mendapat sokongan daripada lulusan
luar negara dan orang bukan Melayu serta fraksi Melayu liberal dalam
Umno. Reezal Merican lebih popular dengan golongan 30-an daripada
universiti tempatan.

Satu pertembungan secara berdepan hampir tercetus kalaulah tidak


disebabkan kepintaran Khairy mengelaknya.

Apakah kemampuan Khairy untuk menumpulkan pengaruh Ustaz


Reezal? Sebagai lulusan Oxford, Khairy cuba menilai keadaan daripada
sudut hierarki. Kalaulah diandaikan Khairy yang berkelulusan Oxford
itu laksana beruk yang tertenggek di dahan yang paling tinggi, tentu
sekali Reezal adalah si beruk yang bergayut di dahan bawah. Untuk
menghumban si beruk di bawah itu Khairy memerlukan beruk yang lebih
rendah darjatnya tetapi lebih agresif, dan lebih rela menjadi pengikut dan
tidak untuk memimpin. Khairy berjaya mengesan beruk jenis ini yang
bernama Datuk Abdul Azeez Rahim.

52 Malaysia Today
Abdul Azeez mempunyai banyak persamaan dengan perwatakan Reezal.
Sebagai seorang mamak dia juga mempunyai citarasa yang menyerupai
citarasa Reezal Merican dan mereka berdua pernah berkahwin sebanyak
dua kali. Yang lebih penting lagi, Abdul Azeez adalah seorang peniaga
yang naik atas daya usaha sendiri dan sudah tentu mampu menumpulkan
sebarang usaha Reezal untuk mempengaruhi ahli politik muda lulusan
universiti tempatan. Khairy telah mencadangkan agar dicipta satu sayap
baru bernama Putera Umno dan melantik Abdul Azeez sebagai peneraju
utama untuk menjangkau pengaruh di universiti tempatan dan pusat
pengajian tinggi. Khairy sedar betapa beliau amat kekurangan sokongan
masyarakat ini dan amat memerlukannya. Abdul Azeez diberikan peranan
mencari pengaruh ini sambil melumpuhkan pengaruh Reezal.

Sekali gus Reezal menjadi kucing jantan yang sudah dikasi, dikelilingi
Putera Umno yang mudah disogok dan diberikan apa juga yang mereka
mahu. Seandainya satu hari nanti Reezal cuba menggoncang takhta
Khairy dia akan berdepan dengan satu kumpulan anggota Putera Umno
yang bersedia melibas beliau ke tepi. Khairy tidak perlu gusar lagi
dilihat sebagai lulusan Oxford yang ketandusan sokongan daripada
golongan kelas menengah bawahan. Itu tugas Abdul Azeez untuk
menyelesaikannya.

Masa akan terus berlalu tetapi Khairy tidak mampu membiarkan dirinya
menangani masalah ancaman yang muncul daripada Pemuda Umno
semata-mata. Masih ada bahaya yang lebih besar dan mengancamnya
untuk menjadi seorang Perdana Menteri ketika berusia 40 tahun. Ada
ikan yang lebih penting untuk digoreng dan ikan itu bernama Najib...

Malaysia Today 53
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 5

Pewaris dan penyamar

T ersebut kisah seorang ahli politik muda Umno yang naik mencanak
ke puncak kuasa. Sebenarnya adalah seorang anak muda yang
masih hingusan. Tetapi disebabkan hubungannya yang rapat dengan
satu keluarga ahli politik yang berkuasa, dia telah berjaya mendapat
kedudukan yang baik dalam pergerakan Pemuda Umno sedangkan
usianya masih muda.

Akhirnya beliau naik memegang satu jawatan tinggi dalam pergerakan


itu. Dia menjadi seorang menteri dan kerap disebut-sebut sebagai bakal
menduduki jawatan Perdana Menteri. Walaupun tidak mempunyai
pengalaman berpolitik sebelum menganggotai Umno dia telah berjaya
menonjolkan diri dengan cara melaga-lagakan satu kumpulan terhadap
kumpulan yang lain, sambil mengapi-apikan isu perkauman dan
bersuara lantang menyokong konsep hak ketuanan Melayu. Semua ini
dilakukannya di sebalik pendirian beliau yang amat bertentangan dengan
semua itu dalam kehidupan sehariannya.

Sebagai seorang anak muda yang telah menghabiskan keseluruhan usia


muda mengikuti pendidikan di luar negara, ia telah membuatkannya
sukar bercakap dengan petah dalam bahasa ibundanya sendiri. Mujur
ada seorang isteri anak seorang tokoh politik yang berpengaruh, tetapi
tidak punya banyak cita-cita politik, yang sanggup memberi sokongan
agar beliau terus naik meniti tangga kuasa.

Sesiapa pun boleh dimaafkan kalau berfikiran bahawa gambaran di


atas mengenai Khairy Jamaluddin. Malah, sesungguhnya inilah yang
diimpikan oleh Khairy. Inilah impiannya yang dilakar di sebalik satu
sampul surat sebagai rencana beliau naik ke puncak kuasa politik

54 Malaysia Today
tanahair. Cuma, khayalan demikian sudah lama dilakar oleh seorang
insan sebelum Khairy dan nama beliau ialah Najib Tun Razak.

Memang Khairy dan Najib mempunyai banyak persamaan dalam


usaha mereka naik ke mercu kuasa. Cuma mereka berdua tidak saling
bersesuaian. Khairy sedar betapa Najib akan ‘mencantas’ beliau sebaik
sahaja Abdullah Ahmad Badawi melepaskan persada politik. Begitu juga
Najib, yang begitu tidak selesa dengan pengaruh Khairy ke atas Abdullah,
sehinggakan beliau sedar betapa peluang beliau menjadi Perdana Menteri
akan menjadi lebih cerah seandainya Khairy dapat dipinggirkan.

Persengketaan antara Khairy dan Najib berpunca daripada sikap Khairy


yang tidak sabar dan mempunyai cita-cita terbuka, mahu menjadi Presiden
Umno sebelum dia mencapai usia 40 tahun. Ini amat bertentangan dengan
sikap Najib yang ternyata sangat sabar, sehingga dilihat sebagai lembab
dan lesu. Najib mempertontonkan satu mainan politik yang sungguh
berhati-hati berbanding Khairy yang lebih suka gaya terus terang.

Mereka memang amat faham betapa Umno merupakan satu parti yang
kecil untuk mereka berdua. Pada usia 52 tahun, Najib memang mudah
menyekat kemaraan Khairy untuk 25 tahun kalau tidak lebih daripada
itu. Dalam politik, tempoh satu minggu sudah dianggap satu tempoh
yang panjang. Makanya dua puluh lima tahun sudah tentu laksana satu
penantian yang abadi. Yang lebih meresahkan lagi, Khairy beranggapan
bahawa Najib akan bertindak menghapuskan segala tindakan
pembaharuan Abdullah (bererti menyahkan sumbangan Khairy) dan
mengembalikan Umno kepada cara lama semasa ia diterajui oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad.

Najib merupakan anak emas bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir,
yang paling menonjol sekali, di kalangan generasinya. Perlantikan beliau
sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan satu bahagian
pakej tolak-ansur yang diatur oleh Dr. Mahathir sebagai syarat untuk
beliau turun takhta. Walaupun Dr. Mahathir sudah menerima pengakuan
Abdullah bahawa beliau sanggup melantik Najib sebagai Timbalannya,
Dr. Mahathir cuba memperkasakan soal warisan penggantian itu dengan
memberi kiasan yang amat jelas kepada pihak media betapa Najib adalah
insan yang paling sesuai untuk menjadi timbalan kepada Abdullah.

Dr. Mahathir bertungkus lumus memberikan arahan kepada beberapa


anggota kabinet untuk mewar-warkan selalu betapa Najib adalah satu-

Malaysia Today 55
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

satunya orang (calon tunggal) yang akan dilantik menjadi Timbalan


Perdana Menteri dalam masa yang terdekat. Khalil Yaakob yang ketika
itu menjadi Menteri Penerangan selalu mendesak Abdullah, sehingga
Khairy naik angin. Apabila pilihan raya umum 2004 tiba, Khalil secara
tiba-tiba mendapati dirinya dihantar untuk menjadi seorang Yang
DiPertua Negeri di negeri kelahiran isterinya, Melaka.

Pada satu ketika apabila Dr. Mahathir membuat kiasan dengan


cadangannya agar Timbalan Perdana Menteri dilantik pada waktu yang
sama Abdullah mengangkat sumpah jawatannya sebagai Perdana Menteri
yang ke-5, Abdullah hanya mengetap bibir tanpa bersuara apa-apa. Dia
sedar betapa risikonya terlalu tinggi untuk menggoncang perahu sewaktu
itu.

Namun demikian, Abdullah pernah juga mencuba main tarik-tarik tali


dengan Dr. Mahathir. Dia mahu Timbalannya merasa terhutang budi
kepadanya dan bukan kepada bekas ketuanya. Kerana itu dia sengaja
melengahkan masa membuatkan negara tertunggu-tunggu untuk seketika
sambil memberikan kiasan kepada orang ramai betapa terdapat ramai
tokoh seperti Muhiyuddin Yassin yang mungkin sesuai menjadi calon
Timbalannya. Setiausaha Politik Abdullah ketika itu, Ramzi Abdul
Rahman (kini Pengerusi KESEDAR) telah diminta memberitahu Dr.
Shaharuddin Mohd Salleh betapa ‘Najib hanya dianggap calon pengganti
kerana mengikut kemahuan Dr. Mahathir sahaja.’ Berasaskan janji-janji
inilah membuatkan Shaharuddin pergi memberitahu Muhyiddin betapa
mereka akan berpindah ke pejabat baru di Putrajaya tidak lama lagi.

Akan tetapi, segala kiasan itu bukanlah serius sangat kerana Abdullah
sedar bahawa seandainya beliau tidak melantik Najib sebagai Timbalan
Perdana Menteri, Dr. Mahathir sudah pasti menentukan Abdullah
menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang terlalu singkat
perkhidmatannya.

Apabila menyedari bahawa ayah mertuanya tidak ada pilihan lain


kecuali melantik Najib, Khairy telah mencuba merancang agar Najib
mempunyai pandangan yang baik terhadap beliau. Pertama, dia telah
cuba meyakinkan Najib bahawa sebagai seorang penasihat yang paling
perkasa kepada Abdullah Ahmad Badawi, dia mempunyai kuasa untuk
mempengaruhi segala keputusan dalam melantik Timbalan Perdana
Menteri yang baru.

56 Malaysia Today
Khairy telah cuba meyakinkan Najib beberapa kali betapa Abdullah
memang sudah pasti memilih Najib dan bukannya Muhyiddin ataupun
calon-calon lain. Cuma, Abdullah memerlukan sedikit keyakinan - satu
isyarat yang menunjukkan bahawa Najib memang akan taat dan setia
kepada Abdullah. Malah, Khairy telah memberitahu Najib bahawa dia
sendiri pun pernah memujuk Abdullah agar tidak memilih Muhyiddin
sebagai calon kerana menganggap Muhyiddin sebagai terlalu rapat
dengan Anwar. Sebaliknya, Najib dianggap sebagai ‘seorang pemimpin
setia’ yang mampu berkhidmat dengan baik kepada sesiapa yang
menjadi Presiden Umno. Khairy telah memberitahu Najib yang dia telah
meyakinkan Abdullah akan kesetiaan dan kecekapan Najib.

Pada ketika itu, Najib begitu resah akan masa depan politiknya, lalu
Khairy mengambil kesempatan di atas kelemahan Najib dengan
meletakkan beberapa orangnya dalam pejabat Najib. Khairy tahu bahawa
ramai daripada pegawai-pegawai Najib memang 110% setia kepada
Najib dan berkhidmat sepenuhnya. Antara mereka adalah Datuk Alies
Anor, orang utama dan penasihat yang dipercayai. Tetapi Khairy begitu
curiga terhadap Alies. Alies amat rapat dengan ABIM (isteri beliau ialah
seorang aktivis ABIM), dan dengan itu, sudah tentu beliau rapat dengan
Anwar Ibrahim. Malah, ramai pembantu muda Najib datang daripada kem
pro-Anwar kerana Najib pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda pada
1990-an dahulu. Apabila bintang Anwar bersinar, Najib cuba mengambil
hati Anwar dengan melantik beberapa penyokong kuat Anwar bertugas
di pejabatnya.

Selain Alies Anor, Najib juga memiliki beberapa orang penasihat yang
mempunyai pandangan kosmopolitan dan berbeza dengan Alies. Yang
menonjol di antara mereka itu ialah Abdul Razak Baginda dan seorang
tokoh perniagaan yang cergas di sebalik tabir, bernama Rohana. Wanita
ini menjaga segala harta benda Najib dan ahli keluarga beliau di seberang
laut – seperti apartmen mereka di London dan beberapa buah rumah di
Australia seperti di Melbourne dan Gold Coast. Khairy telah mendekati
dua tokoh ini dan meyakinkan mereka betapa orang yang paling layak
untuk menjadi penasihat kepada Najib ialah seorang insan bernama Omar
Ong (sila baca bahagian 2 hikayat ini)

Omar Ong menjadi balaci Khairy di pejabat Najib. Dia mula bertugas
di sebuah pejabat yang terletak hanya beberapa pintu sahaja jauhnya
daripada pejabat Najib dan telah diberikan kereta bersama drebar serta
jawatan yang sama tarafnya dalam perkhidmatan awam, satu takuk di

Malaysia Today 57
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

bawah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian.

Susun atur demikian masih dianggap tidak mencukupi. Khairy amat risau
kalau-kalau Najib menyimpang jauh daripada laluan sempit yang dilakar
untuknya oleh Omar Ong. Lebih-lebih lagi memandangkan Omar Ong
bukanlah individu yang paling berkarisma dan sebagai seorang muallaf
tentunya dia mudah dianggap sebagai orang luar oleh para penyokong
Najib.

Khairy menggunakan taktik lain pula, dengan mengambil khidmat


seorang kawan rapatnya bernama Dr. Liew yang merupakan rakan
perniagaan dalam satu syarikat perniagaan bernama Ethos Sdn Bhd.
Inilah sebuah syarikat proksi Khairy yang mendapatkan kontrak kerajaan.
Khairy telah memperkenalkan Ethos kepada Najib dan dengan pantas
telah mendapatkan kakitangan baru yang dibayar gaji lumayan untuk
memberikan khidmat nasihat kepada Najib mengenai beberapa tugasan
utama di Kementerian Pertahanan. Melalui tugasan bersepadu itu, para
penasihat Najib dan pegawai kerajaan mendapati betapa peranan mereka
semakin mengecut dan sebaliknya serba-serbi diatur oleh Liew dan para
pegawai beliau untuk membuat keputusan terhadap perkara yang sensitif
di Kementerian Pertahanan. Kontrak yang tertutup mula diberikan
kepada syarikat yang ada kaitan rapat dengan Omar Ong dan Dr. Liew.

Para penasihat lama Najib, khususnya Alies Nor, sedar bahawa keadaan
amat merimaskan. Mereka sedar betapa mereka tidak lagi mendapat
perhatian Najib yang sepenuhnya. Sebaliknya, Najib mula memberikan
tumpuan kepada orang-orang Khairy yang sudah pasti memberikan
liputan laporan kepada beliau akan pergerakan harian Najib. Selain itu,
mereka telah menggunakan kedudukan masing-masing untuk menyekat
beberapa orang rapat Najib daripada menemui menteri itu - sehingga
tercetus satu situasi di mana orang-orang ini dengan perasaan marah
menjauhkan diri daripada Najib.

Mereka telah mengganggu mesyuarat harian yang diatur oleh Alies Anor
dan pegawai-pegawai lama sehingga mencetuskan banyak masalah di
pejabat Najib. Akan tetapi Najib sedar betapa inilah harga yang perlu
dibayar. Najib sedar betapa Alies Anor memang taat dan setia kepadanya
walaupun diketepikan daripada jawatannya. Najib mahukan jawatan
Timbalan Perdana Menteri dan kerana itu sanggup membayar apa juga
harganya, walaupun sedar bahawa dia perlu tunduk kepada orang-orang
Khairy seandainya perlu.

58 Malaysia Today
Akhirnya, Abdullah tidak boleh berlengah lagi dengan keputusan
beliau dan Najib pun menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang
dirancang oleh Tun Dr. Mahathir. Khairy cuba bermegah dengan Najib
bahawa dialah bertanggungjawab dan telah mengaturkan satu liputan
media yang menyeluruh dengan bantuan Kalimullah Hassan Masheerul
Hassan (Ketua Editor Kumpulan NST yang merupakan khadam Khairy
juga). Apabila Najib mula merasa selesa dengan jawatan barunya, Najib
mula menunjukkan belangnya. Dia mula merasakan tidak perlu lagi
memberikan tumpuan kepada Khairy dan orang-orangnya seperti dahulu.
Dengan kata mudah, Najib mula melawan balik dan melonggarkan rantai
yang dibelenggu oleh Khairy dan Omar Ong terhadap dirinya.

Najib mula mewujudkan satu ketumbukan bakat-bakat muda di


pejabat beliau sebagai satu saingan kepada orang-orang Khairy. Najib
telah memilih Khairil Annas Yusuf seorang lulusan UIA dan graduan
perundangan daripada Oxford yang mempunyai latar belakang ABIM.
Sudah tentu orang ini mempunyai pendapat yang berbeza dengan
Khairy. Dia dilantik sebagai seorang Pegawai Khas tambahan. Najib
juga telah mengecutkan tugas Omar Ong sebagai penulis ucapannya
dan lebih mengharapkan kepada Khairil Annas. Pada waktu yang sama
Khairil Annas mula memberikan tunjuk ajar kepada Najib akan cara
membetulkan bakat berucap dalam bahasa Melayu, termasuk penekanan
kepada retorik dan gerak-gerinya. Ini memang tidak pernah menjadi
amalan politik Najib sebelum itu.

Omar Ong adalah anak menantu kepada Ismail Ibrahim Pengerusi Majlis
Fatwa negara. Tetapi ini tidak bermakna Omar Ong adalah pakar dalam
ilmu keagamaan. Khairil Annas telah memberikan lapisan khidmat
dalam bidang ini dan dengan pantas sudah diterima Najib sebagai anak
emasnya. Orang-orang Khairy di Ethos pun mula sedar apabila Najib
menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau kurang sangat mendengar
cakap mereka lagi. Dr. Liew yang pada satu ketika dahulu diberikan
tugas menyelesaikan masalah Felda telah mendapati dirinya diketepikan
oleh seorang lantikan baru dalam pengurusan hal ehwal Felda. Beliau
ialah Ahmad Maslan, seorang anak Johor yang merupakan penyokong
setia Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha politik kepada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamad.

Khairy telah memberikan arahan kepada Dr. Liew agar mencadangkan


supaya Felda menjual saham-sahamnya di beberapa syarikat yang
tersenarai di Papan Pertama Bursa, seperti Maybank, kepada pihak

Malaysia Today 59
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

yang rapat dengan ECM Libra. Syarikat ini adalah satu bank pelaburan
‘perhiasan’ yang dimiliki oleh Kalimullah Masheerul Hassan. Pada
waktu yang sama syarikat ini menggaji Khairy sebagai pengarah
Penasihat Korporat. Pada mulanya Dr. Liew ingat dia boleh melakukan
perkara ini dengan mudah kerana itu adalah arahan yang datang daripada
Khairy. Sebaliknya, Najib telah menggunakan Ahmad Maslan untuk
menghalang urusan itu sambil beliau mengarahkan agar diadakan satu
penilaian semula terhadap cadangan itu berasaskan merit.

Walaupun, Alies Anor musuh ketat Khairy di kem Najib, tidak lagi
bersama Najib, tetapi beliau mula dilihat berada di kalangan orang–
orang yang rapat dengan Najib secara tidak rasmi. Alies Anor tidak
berjumpa dengan Najib di pejabatnya di Putrajaya, tetapi mereka kerap
bersama-sama di rumah kediaman peribadi Najib di Taman Duta ataupun
di pejabat Yayasan Tun Raha di Pekan setiap kali Najib mengadakan
lawatan mingguan di situ. Najib sudah mula merancang keputusan di
luar pejabat rasminya dan Khairy sudah mula merasa sukar mendapatkan
butiran mengenai pergerakan Najib.

Najib juga sudah mula mewujudkan satu alternatif kepada jaringan


pengikut setia Khairy dalam Pemuda Umno di Pahang. Beliau telah
merestukan penubuhan Persatuan Pemuda Pekan yang kini dilihat
mampu bersaing dengan Pemuda Umno di sana. Najib membayar mereka
gaji tetap. Persatuan itu mula sedar betapa mereka lebih berpengaruh
dan mendapat perhatian Najib berbanding Pergerakan Pemuda Umno.
Pergerakan Pemuda Umno di Pekan akhirnya sedar yang mereka tidak
lagi dipercayai oleh Najib kerana dilihat sebagai penerusan kepada
aktiviti Khairy sahaja.

Pergolakan yang menyerlah ini memberi kesedaran kepada Khairy


betapa rencana beliau untuk mencucuk hidung Najib sudah mula
tidak kesampaian. Dia terus terkejut apabila Tengku Razaleigh
Hamzah menerima pencalonan daripada Bahagian Umno Gua Musang
untuk jawatan Presiden Umno. Tetapi bahagian yang sama juga telah
mencalonkan Najib sebagai Timbalan Presiden Umno. Dengan kata lain,
Abdullah telah kekurangan satu pencalonan berbanding timbalannya
sendiri. Gua Musang telah memberikan isyarat bahawa mereka sukakan
Najib dan membenci Abdullah.

Dalam beberapa pertemuan peribadi, Tengku Razaleigh telah menyatakan


kesediaan bertanding jawatan Presiden untuk menjamin Najib akhirnya

60 Malaysia Today
menggantikan Abdullah Badawi sebagai Presiden Umno dan menentukan
Pak Lah ataupun orang-orangnya tidak akan mempermainkan Najib
seolah-olah dia seorang yang bodoh. Kerana itu Tengku Razaleigh telah
membuat perjumpaan dengan beberapa sekutu utama Dr. Mahathir seperti
Daim Zainuddin dan Sanusi Junid memberitahu mereka akan hasrat
beliau mencabar Abdullah. Satu minggu sebelum Tengku Razaleigh
membuat pengumuman akan kesediaan beliau mencabar Pak Lah, Daim
dan Sanusi telah dilihat makan bersama dengan beliau.

Barulah Khairy sedar betapa Najib bukan calang-calang seteru politik


yang mudah dikuisnya ke tepi. Memang biasalah seandainya Najib
menganggap Khairy sebagai budak hingusan yang tidak patut diberikan
kedudukan seperti itu dan memang mentah lagi dalam berpolitik.
Walaupun Najib dan Khairy sama-sama meniti tangga politik ketika
berusia muda, Najib pernah berkhidmat sebagai aprentis dalam Umno
dan kerajaan termasuk sebagai seorang Timbalan Menteri di kerajaan
pusat dan Menteri Besar Pahang. Sebaliknya Khairy telah memilih satu
laluan lain untuk naik berkuasa – dan laluan ini dianggap sesuatu yang
disangsikan oleh para penyokong Najib.

Kerana itu Khairy sedang merancang satu rencana bagaimana


mengaibkan Najib dengan tujuan menjatuhkan Najib, ataupun setidak-
tidaknya meyakinkan Najib bahawa kesinambungan hayat politik
beliau secara jangka panjang banyak bergantung kepada ihsan dan
keserasiannya. Khairy beranggapan terdapat tiga bentuk senjata yang
boleh digunakannya. Satu ialah menggunakan kuasa Abdullah untuk
‘memenggal kepala’ Najib. Tetapi tindakan itu dianggap terlalu berisiko
tinggi. Walaupun Najib bukanlah semacam Anwar yang akan melawan
balik, Najib pasti akan mengusahakan satu cabaran seandainya Dr.
Mahathir mengumumkan sokongan agar ‘dirombak pucuk pimpinan’.
Kerana itu, usaha menjatuhkan Najib seperti Dr. Mahathir menjatuhkan
Anwar, sesuatu yang tidak diingininya.

Kaedah yang kedua ialah menggunakan pengaruhnya dalam media.


Inilah cara yang akan digunakannya...

Malaysia Today 61
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 6

Taman permainan media Khairy

S ejarah telah merakam pelbagai cara menghapuskan kerjaya seseorang


ahli politik Umno. Malah, panglima perang yang perkasa pun mudah
dapat dinyahkan untuk bersara, seandainya pelbagai kombinasi skandal
dapat direkacipta serta dapat pula digembleng saluran yang baik untuk
menyebarkannya. Pembunuhan (assasin) politik dapat dilaksanakan
dengan mudah menggunakan pihak media. Yang diperlukan ialah
mengupah segelintir manusia termasuk wartawan dan tukang komentar
politik. Masakini, kita tidak lagi perlu mengupah seorang wartawan
yang tulen, kerana seorang wartawan internet sudah mencukupi untuk
tujuan itu.

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman


Putra Alhaj telah dimusnahkan dengan cara penyebaran surat layang
yang sungguh berbisa kandungannya. Surat itu telah menuduh Tunku
memperlekeh bangsa Melayu kerana memanjakan orang Cina. Tunku
juga difitnah sebagai seorang pemimpin yang gila perempuan, kuat
minum arak dan kaki judi. Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak
telah terselamat oleh kematian beliau yang mengejut, jika tidak beliau
juga mungkin diaibkan oleh taktik kotor yang sama oleh Ketua Pemuda
Umno ketika itu, Harun Idris. Harun pernah menuduh Tun Abdul Razak
merelakan anasir-anasir komunis masuk meresap jabatannya.

Tentu semua orang masih ingat bagaimana Anwar Ibrahim telah


digulingkan. Satu campuran ‘pendedahan’ dan ‘pengakuan’ telah
disiarkan melalui media rasmi termasuklah penerbitan buku “50 Dalil”
yang ditulis oleh Khalid Jeffri yang baru sangat dikenakan hukuman
memfitnah dan mengaibkan Anwar sebagai seorang yang korup dan kaki
sodomi sambil berselindung di sebalik kewarakannya.

62 Malaysia Today
Semua itu adalah taktik lama dan Khairy Jamaluddin amat faham
untuk tidak bergantung kepada teknik seperti itu. Masa sudah berubah,
Pergerakan Reformasi telah berjaya membuktikan keberkesanan media
siber dan juga akhbar asing dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat
Malaysia yang tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap apa yang ditulis
oleh media arus perdana.

Justeru, memang tidak menghairankan apabila serangan pertama yang


dilakukan oleh Khairy terhadap Timbalan Perdana Menteri Najib Tun
Razak telah dilakukannya melalui internet dan juga dengan menggunakan
media asing.

Untuk mengukuhkan kerja busuk ini, Najib telah digembar-gemburkan


sebagai seorang ahli ‘politik yang tidak pernah bersih’. Najib telah
dikaitkan dengan pelbagai bentuk skandal yang bermula daripada
pembahagian kawasan balak kepada saudara rapatnya semasa menjadi
Menteri Besar Pahang pada awal 1980-an sehingga ditangkap basah di
Port Dickson kerana dikatakan berkhalwat dengan seorang artis terkenal
di sebuah motel. Namun, tidak satu pun skandal ini dapat menggulingkan
Najib kerana umum sudah lali dengan cerita kerakusan orang politik
Umno yang memang difahami sentiasa rakus dan korup. Malah,
semua pihak sudah mengakuinya, betapa kelemahan besar Najib ialah
perempuan dan beliau bukan bersendirian dalam menghadapi kelemahan
begini. Ini juga merupakan kelemahan para pemimpin Umno.

Lantas, seperti kes Anwar Ibrahim dahulu, segala skandal Najib perlu
digembar-gemburkan ataupun direkacipta dari mula lagi.

Sudah wujud dua peristiwa di mana Khairy Jamaluddin pernah bersuara


lantang mengatakan bukannya sukar sangat mengada-adakan perkara
semacam itu. Yang pertama berlaku beberapa bulan dulu, dalam satu
jamuan makan yang dihadiri oleh rakan sekutu perniagaan seorang
anggota Majlis Tertinggi Umno bernama Datuk Norza Zakaria. Ketika
itu Khairy telah berbisik kepada seorang peniaga yang berusia 35
tahun, betapa bukan sukar sangat mengada-adakan satu skandal yang
dapat menggulingkan Najib. Khairy kata, itu ‘kacang sahaja’. Setelah
mendengarnya, peniaga tersebut cuba menunjuk-nunjuk kepada kawan-
kawan beliau yang dia mempunyai maklumat dalaman bahawa Najib
akan ditendang daripada mercu jawatannya.

Peristiwa yang kedua berlaku pada bulan Jun 2004. Ketika itu Khairy

Malaysia Today 63
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

dilihat sebagai calon untuk jawatan Chief Operating Officer (COO) bagi
Khazanah Nasional. Beliau sudah terlalu yakin akan dilantik kepada
jawatan itu oleh Pengarah Besar, Azman Mokhtar. Khairy telah mengajak
kawan-kawan universiti dahulu dan menyatakan rencana beliau untuk
menyusun semula Khazanah. Seorang kawan beliau bertanya apa pula
pendapat Najib mengenai pelantikan beliau yang terbaru itu nanti.
Khairy menjawab, seandainya Najib tidak suka dia akan “sumbatkan
Najib dalam penjara.” Khairy terus menyombong dan berkata bahawa
Najib akan jatuh tersungkur dengan mudah sahaja, kalau dia benar-benar
mahu menggulingkan Timbalan Perdana Menteri itu.

Keangkuhan dan kesombongan semacam itu memang ada asasnya.


Semua itu boleh juga dianggap sebagai keceluparan seorang anak muda
yang rakuskan kuasa. Tetapi, Najib memanglah merupakan seorang
seteru politik yang lemah kalau dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.
Pertama, Najib bukan pun dilantik memegang jawatan itu melalui
pemilihan undi yang terbuka, tetapi beliau naik kerana tidak ada orang
lain yang menandingi beliau bagi jawatan Timbalan Presiden Umno. Lagi
pun, sepanjang kerjaya politik beliau, Najib tidak pernah menghadapi
sebarang tandingan yang serius, dan kerana itu beliau tidak pernah kalah
dalam mana-mana pertandingan. Sebagai seorang pemimpin yang mudah
teragak-agak dengan keputusannya, Najib memang merupakan seorang
yang pengecut dan tidak akan terdaya menentang sesiapa yang benar-
benar tegas mahu menandinginya. Selama ini Najib telah naik mencanak
ke jawatan tinggi gara-gara putar belit orang yang lebih berpangkat
daripadanya.

Kalau wujud keadaan yang bersesuaian, adalah tidak sukar mengalahkan


seseorang seperti Najib. Inilah percaturan yang telah dicongak oleh
Khairy Jamaluddin dan kerana itu beliau mengalu-alukan pelantikan
Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Walaupun Umno secara
keseluruhannya memberi sokongan kuat terhadap Najib, beliau bukanlah
seorang pemimpin yang benar-benar telah diuji. Khairy Jamaluddin
menganggap Najib sebagai tandingan yang setanding dengannya kalau
tidak ‘sedikit bawah’ daripadanya. Namun demikian, segala skandal
yang mewarnai Najib telah menjadi pengetahuan umum selama 30
tahun sehinggakan umum sudah lali dengan rupa dan wajahnya.
Memanglah Najib sudah lama bergelumang dengan skandal dan rasuah.
Tetapi seandainya Khairy turut terlibat dengan rasuah, umum secara
keseluruhannya masih belum mengetahuinya lagi.

64 Malaysia Today
Khairy mempunyai sebab kenapa beliau begitu yakin dapat menumpaskan
Najib. Ini berpunca daripada satu ujian yang dilancarkannya sejurus
selesainya Pilihan Raya Umum yang kesebelas dahulu, di mana Najib
telah menjadi mangsa kepada satu skandal yang direka oleh Khairy.
Dalam episod ini, Khairy telah menggunakan satu portal berita bebas
untuk melancarkan rencana busuknya. Bermula dengan satu kisah
betapa Barisan Nasional telah berhutang berjuta-juta Ringgit kepada
beberapa pencetak dan pembekal poster Melayu. Skandal itu telah
disebarkan melalui portal bebas itu. Mengikut ceritanya, para pembekal
telah menerima pesanan untuk mencetak ratusan ribu bahan kempen
daripada Ibu pejabat Barisan Nasional dengan arahan agar bahan-bahan
itu diagihkan terus kepada calon yang bertanding. Tanpa disedari oleh
wartawan yang menyiarkan skandal itu, kisah ini akhirnya menjurus
kepada orang-orang Najib, termasuk seorang peniaga yang bergelar
Datuk dan merupakan seorang Cina Muallaf. Datuk Muallaf ini memang
rapat dengan Najib dan memang terkenal menyumbang kepada apa juga
bentuk kutipan derma yang dipelopori oleh ibu Najib, Toh Puan Rahah
dan isteri beliau, Rosmah Mansur.

Rencana busuk itu amat mudah dipelopori. Khairy telah mengatur agar
Setiausaha Kerja Barisan Nasional, Yacob Muhammad, meminta Datuk
Muallaf itu mengeluarkan beberapa order (pesanan) menyediakan bahan
kempen pilihan raya melalui satu syarikat yang khusus diwujudkan
untuk tujuan tersebut. Syarikat itu telah mengagihkan kerja-kerja
tersebut kepada beberapa pengusaha percetakan Melayu. Akan tetapi
bahan-bahan itu tidak dihantar kepada ibu pejabat Barisan Nasional
kerana telah diarahkan dihantar terus kepada calon Barisan Nasional
yang bertanding. Surat arahan itu menggunakan tandatangan Datuk
Muallaf tadi dan menggunakan ‘letterhead’ yayasan tertentu yang ada
kaitan dengan Najib.

Apabila para pencetak Melayu itu mengemukakan tuntutan bayaran mereka


kepada Ibu Pejabat Umno, mereka telah dibisikkan bahawa pesanan
itu semua telah dikeluarkan oleh Najib melalui sahabat beliau Datuk
Muallaf tadi. Nama Najib telah dijaja untuk mencemarkannya. Untuk
menyelamatkan keadaan, Datuk Muallaf tadi telah cuba melangsaikan
bayaran. Sudah tentu dia tidak mampu membayar semuanya. Namun,
setakat ini skandal itu masih dapat dikawal.

Inilah caranya Khairy mengugut. Beliau telah menggunakan skandal


semacam ini sebagai ujian pertamanya untuk menentang Najib. Khairy

Malaysia Today 65
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

telah mempelajari beberapa iktibar daripada episod ini. Pertama, Najib


mempunyai kekuatan untuk menangkis serangan semacam ini. Dengan
menggunakan rakan perniagaannya, Najib berjaya membayar pampasan
kepada pihak yang terhutang. Akan tetapi, ini hanya satu ujian kecil
dalam usaha menggegar Najib untuk menilai apakah implikasinya.
Kisah itu sengaja disebarkan melalui portal berita internet dan tidak
melalui media arus perdana yang berkemungkinan akan melantun balik
dan menyebabkan keaiban kepada Abdullah Badawi pula.

Ujian yang kedua ialah percubaan mengaibkan Najib melalui media asing.
Peluang terbuka semasa Malaysia dan Indonesia bertelagah mengenai
kawasan minyak yang berada di pesisiran pantai Sabah dan Sulawesi.
Selaku seorang Menteri Pertahanan, Najib telah diminta menjelaskan
pendirian Malaysia. Ada satu majalah berita Indonesia yang telah
menyiarkan laporan bahawa Najib telah meminta maaf kerana tingkah
laku kapal tentera laut DiRaja yang mengawal kawasan terbabit.

Sudah tentu Najib merasa malu, dan pantas menafikan yang beliau
tidak pernah berbuat begitu. Akhbar Indonesia itu telah mengalah dan
meminta maaf terhadap berita yang palsu. Sebabnya berpunca daripada
sumber cerita itu. Beliau ialah seorang ketua Pemuda Nahdatul Ulama
(NU) yang rapat dengan Khairy. Pemimpin itu telah memberitahu
wartawan terbabit bahawa kemaafan itu telah diminta oleh Khairy.
Tidak pula jelas apakah pemimpin NU tersebut merupakan orang
suruhan Khairy dalam skandal begini. Soalnya kenapakah dia mesti
ragu dengan Khairy? Bukankah Khairy merupakan menantu Perdana
Menteri Malaysia yang pernah dihantar menemui pemimpin Indonesia
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono walaupun beliau tidak punya apa-
apa jawatan dalam kerajaan? Najib tidak boleh berbuat apa-apa terhadap
niat akhbar Indonesia itu apabila mengetahui sumber berita tersebut
berpunca daripada Khairy. Lagi pun Najib tidak boleh menyaman malu
akhbar itu kerana akan mendedahkan Khairy dan seterusnya menaikkan
kemarahan Abdullah.

Ujian kecil Khairy itu hanya satu percubaan sahaja untuk tidak terus
menghambatnya. Beliau sedar segala usaha untuk menjatuhkan Najib
mesti dilakukan secara perlahan-lahan dan terus ligat mengikuti peredaran
masa. Justeru, kini telah dipasang beberapa perangkap di merata tempat
melalui hubungan baik Khairy dengan pihak media.

Semasa Abdullah Badawi diisytiharkan sebagai Perdana Menteri salah

66 Malaysia Today
satu perkara yang dimintanya daripada Mahathir ialah kuasa ke atas media.
Abdullah faham semasa Anwar berkuasa dahulu penguasaan terhadap
media adalah penting dan ini adalah satu jaminan terhadap sebarang
usaha untuk menggulingkannya. Dahulu pun, Anwar telah meletakkan
orang pilihannya untuk mempromosi namanya sebagai calon Perdana
Menteri. Dengan cara menggulingkan orang pilihan Anwar inilah yang
membolehkan Anwar ditumpaskan pada September 1998.

Abdullah mahu ‘tragedi’ seperti itu tidak menimpanya dan Dr. Mahathir
pula sedar bahawa dengan menyerahkan kuasa media kepada Abdullah
dia dapat meyakinkan Abdullah betapa dia memang serius menyerahkan
kuasa kepada Abdullah. Kerana itu Dr. Mahathir mengalah dan akur
dengan permintaan Abdullah. Dengan pantas Abdullah meminta Khairy
memberikan nama calon yang sesuai.

Pelantikan Khairy yang paling menonjol ialah Kalimullah Hassan


Masheerul Hassan, seorang bekas wartawan Singapura yang berkawan
rapat dengan beberapa peniaga Cina. Kalimullah dan rakan peniaganya
telah membina perniagaan dengan rakan peniaganya melakukan
perancangan sementara dia sendiri mengawal kabel. “Kali” begitulah
dia menamakan dirinya, mempunyai visi kemegahan. Walaupun dia
tidak pandai menulis apa lagi sebagai seorang editor, Kali sedar bahawa
dia boleh membeli bakat. Sudah menjadi rahsia ramai bahawa editorial
(lidah pengarang) NST yang menggunakan nama Kali sebenarnya ditulis
oleh penulis upahan yang cergas di internet. Orang semacam ini yang
sebulu dengan Khairy - menjadi seorang tokoh bukan susah sangat,
kerana seseorang boleh memilih dan mengupah sesiapa sahaja untuk
membuat kerja sebenar.

Akan tetapi, nama Kalimullah memang ada tercemar sedikit. Beliau


memang dikenali sebagai terlalu rapat dengan kerajaan Singapura,
khususnya dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Wong Kan Seng.
Menteri Wong memang ditugaskan menguasai operasi risikan. Ada
seorang rakan rapat Kalimullah yang pernah membisikkan satu rahsia
kepada bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir yang bernama Mathias
Chang. Mengikut Mathias Chang, Kalimullah adalah seorang agen
risikan ataupun tali barut kerajaan Singapura. Beberapa bulan sebelum
menyerahkan kuasa, Dr. Mahathir telah meminta Pengarah Risikan
Tentera ketika itu menyediakan satu laporan mengenai Kali. Laporan
itu telah disalinkan kepada Najib dan merumuskan betapa Kali tidak
terbukti sebagai seorang tali barut. Akan tetapi, laporan itu tidak pula

Malaysia Today 67
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

membebaskan beliau terhadap sangkaan begitu. Laporan itu merumuskan


bahawa memang ada keraguan yang mencukupi untuk mempersoal
pelantikan Kali sebagai Ketua Editor Kumpulan NST.

Pelantikan itu telah disahkan juga akhirnya kerana seorang lagi calon
yag rapat dengan Abdullah iaitu Anuar Zain, telah dicalonkan mengisi
kekosongan di Bernama untuk menggantikan Kadir Jasin, orang kuat Dr.
Mahathir. Sejurus Kalimullah mengambil tempatnya di NST, dia telah
melantik beberapa orang penulis yang ada kaitan dengan Singapura
untuk memulakan tugas mengikut arahan Abdullah dan Khairy.

Salah seorang penulis itu ialah Brendan Pereira. Beliau adalah bekas
wartawan Singapore Straits Time dan rakan lama Khairy. Pereira
telah diperkenalkan kepada Khairy oleh kawan lama beliau yang
belajar di United World College di Singapore. Brendan telah menulis
beberapa artikel yang memuji Khairy dalam Singapore Straits Times,
sehinggakan orang mencemuh beliau sebagai Setiausaha Akhbar Khairy.
Setiap tulisan Brendan akan menyebut kata-kata ungkapan Khairy dan
kawannya, Norza Zakaria, sedangkan mereka hanya orang kecil dalam
pergerakan Exco Pemuda Umno dan belum dikenali ramai. Malah, nama
Khairy telah mula meletup di Singapura sebelum ia muncul di akhbar
Malaysia.

Niat sebenar Brendan ialah mahu menumpang tuah bintang Khairy yang
bergemerlapan. Beliau mengimpikan satu jawatan tinggi dalam New
Straits Times. Dengan kesetiaan Brendan Preira serta beberapa penulis
upahan yang pernah bertugas di Singapore Straits Times, Khairy sudah
yakin akan kesetiaan New Straits Times.

Akan tetapi Khairy tidak akan menggunakan NST untuk menjatuhkan


Najib. Khairy bercadang menggunakan orang-orang yang berkait rapat
dengan Kali dan Brendan di seberang Tambak Johor untuk menyiarkan
cerita mengenai skandal Najib. Rencana itu belum matang lagi tetapi
bila tiba masanya nanti, anda akan dapat membacanya juga.

Jangan pula lupa hubungan Khairy dengan media internet, khususnya


portal berita berbahasa Melayu iaitu AgendaDaily. Akhbar itu kini
disunting oleh Rosli Ismail dan dibiayai oleh Khairy dan Norza
Zakaria.

Pada asalnya, AgendaDaily telah dimulakan oleh seorang bernama

68 Malaysia Today
Rozaid Abdul Rahman. Beliau ialah abang kepada Rozabil Abdul
Rahman (rakan niaga ibu Khairy yang pernah disebut dalam Bahagian
4 Hikayat ini). Rozaid ialah seorang penulis upahan yang menonjol
pada September 1998 menulis mengenai Anwar Ibrahim dan pergerakan
Reformasi. Beliau mencetak penulisan itu dan memujuk aktivis
Reformasi membelinya secara pukal untuk dijual semasa program atau
majlis ceramah mereka. Apabila beliau kekeringan sumber dana itu,
Rozaid telah berpaling kepada bekas Naib Presiden Umno Muhamad
Muhammad Taib, untuk membiayai AgendaDaily sebagai akhbar internet
alternatif kepada MalaysiaKini. Muhammad telah membelanjakan
RM200,000 tetapi wang itu menjadi kontang selepas beberapa bulan
sahaja kerana AgendaDaily gagal mendapatkan pembaca yang sanggup
membayarnya.

Untuk menutup kerugian, Rozaid mula menjual cerita kepada ahli


politik Umno yang selesa dengan berita molok-molok mengenai diri
mereka. Rozabil yang sudah menjadi rakan niaga ibu Khairy, telah
memperkenalkan Rozaid kepada Khairy dan Norza Zakaria. Apabila
Muhammad enggan mengeluarkan belanja lagi, Norza pula masuk campur,
Dalam satu minggu sahaja Norza telah memindahkan RM100,000 ke
dalam akaun AgendaDaily. Sejurus kemudian muncul satu artikel yang
memuji-muja Khairy Jamaluddin.

Hubungan baik itu berterusan walaupun Rozaid telah melepaskan


AgendaDaily secara rasminya untuk menjadi Setiausaha Akhbar kepada
Menteri Pembangunan Usahawan, Khaled Nordin. Editor yang baru,
Rosli Ismail terus menyiarkan laporan yang baik-baik mengenai Khairy
yang selalunya menyelitkan beberapa penafian Khairy terhadap beberapa
desas-desus yang ada kaitan dengan dirinya.

Tiada sesiapa yang dapat menafikan betapa Khairy Jamaluddin telah


menggunakan pendekatan yang betul dalam mempengaruhi minda
generasi muda di kalangan anak muda yang berpendidikan tinggi.
Dengan cara menggunakan media asing dan internet, dia seolah-olah
menggunakan semua itu laksana padang permainan untuk menaikkan
namanya. Khairy telah melangkah jauh menggunakan taktik baru yang
masih malu digunakan oleh Hishammuddin Hussein (yang pernah takut
muncul di MalaysiaKini) dan juga Najib.

Akan tetapi, penggunaan media hanyalah untuk membantu kepada


satu tahap tertentu sahaja. Serangan yang benar-benar jitu terhadap

Malaysia Today 69
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Najib memerlukan senjata yang lebih perkasa dan rahsia. Khairy sudah
mempunyai senjata itu yang bernama “Anwar”.

70 Malaysia Today
BAB 7

Berputiknya satu persahabatan


yang akrab

R atusan manusia telah datang berbondong-bondong menuju sebuah


banglo dua tingkat di Jalan Setiamurni. Berita pembebasan Anwar
Ibrahim sudah merebak dengan pantas, membawa kejutan kepada
seluruh negara. Demikian juga kejutan yang melanda ratusan orang
asing yang tidak pasti dengan perubahan yang mendadak itu. Ramai
para penyokong Anwar sudah pun berkumpul dengan penuh keriangan
menyambut kepulangan wira mereka yang telah diperam selama enam
tahun oleh kerajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan untuk seketika oleh
pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Memang tidak dinafikan betapa
kumpulan manusia di situ sedang bergembira, mengecap kemenangan
dan pada waktu yang sama setiap individu di situ masih tidak pasti apa
yang akan berlaku selepas itu.

Secara tiba-tiba, muncul sebuah kereta Mercedes berwarna hitam


di persimpangan jalan, dan berhenti hanya beberapa meter jauhnya
daripada kediaman Anwar. Sejurus kemudian muncul seorang insan yang
memang amat dikenali oleh manusia yang berkumpul di situ sebagai
seorang anggota Umno yang tidak seberapa pangkatnya dalam parti itu.
Orang ramai telah menjerit-jerit, memaki dan mengejek insan yang baru
muncul itu.

Ada yang meludah ke bumi sebagai cemuhan yang menghina. Ada pula
yang membaling botol air mineral kosong, satu terkena bahu lelaki itu.
Ada segelintir manusia yang menjerit mengherdik insan itu agar tidak
maju walau setapak lagi, demi keselamatannya. Mereka menjerit kepada
beliau betapa kedatangannya memang tidak disenangi. Apabila si tetamu
itu bertegas yang dia hanya mahu mengucapkan selamat pulang kepada

Malaysia Today 71
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Anwar Ibrahim, kumpulan yang mencemuh beliau semakin berang


sehingga mencemaskan mereka yang berada di dalam kediaman Anwar.
Di antara orang yang naik berang itu ada yang menunjukkan unsur-unsur
menggila semacam mahu mengamuk sambil menggulung lengan bajunya,
seolah-olah mahu melepaskan tumbukan pada muka orang yang mereka
cemuh itu seandainya beliau melangkah maju ke depan.

Hingar-bingar itu telah mencemaskan Ruslan Kassim yang terus dicerca


dan dinista dengan pelbagai cemuhan. Ketika itulah muncul satu kereta
lagi secara senyap-senyap dan tidak disedari oleh orang ramai kerana
ia muncul di penghujung jalan. Ini membolehkan penumpang kereta
itu keluar tanpa orang ramai menyedarinya. Beliau telah disambut
oleh mantan Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Tetamu yang
disenangi oleh Ezam itu ialah Khairy Jamaluddin. Beliau telah dibenarkan
memasuki rumah Anwar Ibrahim melalui jalan pintu belakang dan
dibenarkan terus naik ke atas rumah untuk berjumpa dengan orang yang
baru sangat dikutuk oleh Umno dan para pemimpinnya sebagai seorang
penderhaka.

Di kamar Anwar, dua insan yang disebut-sebut sebagai calon mengisi


jawatan Perdana Menteri telah bertemu muka, secara berhati-hati pada
mulanya dan cepat menjadi akrab seterusnya. Anwar telah menghulurkan
tangannya yang lantas disambut oleh Khairy. Mereka telah berbincang
pelbagai hal. Tidak lama kemudian barulah diumumkan bahawa
kedatangan Khairy ke sana adalah untuk menyampaikan salam bapa
mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi. Lawatan itu juga dibuat sebagai
satu usaha meyakinkan Anwar bahawa segala usaha sedang direncana
untuk menyiapkan satu pasport antarabangsa untuk memudahkan
pemergiannya ke Munich dengan segera.

Anwar pernah menyebutnya kemudian, bagaimana dia telah menyindir


Khairy akan kemunculannya secara mendadak dalam hierarki pergerakan
pemuda Umno, akan berdepan pelbagai dugaan, malah boleh merana
dengan titisan air mata. Lama selepas itu, Khairy dan Anwar ada berkata
bahawa pertemuan itu tidak pun mencetuskan apa-apa dan mereka tidak
pun membincangkan sesuatu yang serius.

Akan tetapi seluruh negara tidak dapat menerima penjelasan semacam


itu dengan senang hati. Salah seorang antara mereka berdua ataupun
kedua-duanya sekali sudah berbohong, kata mereka. Apatah lagi Anwar
baru sangat dianggap oleh parti pemerintah sebagai orang yang tidak

72 Malaysia Today
diingini. Kalau ada pun namanya disebut-sebut, sebutan itu dibuat
secara mencercanya. Khairy pula dianggap oleh si bapa mertua sebagai
seorang penasihat yang paling rapat dan paling dipercayai. Sudah tentu
pertemuan mereka itu menghasilkan sesuatu yang lebih meyakinkan.
Sesungguhnya pertemuan itu memang bersebab:

Kedua-dua mereka (Anwar dan Khairy) telah menafikan kemudiannya


bahawa wujud satu persetujuan antara Abdullah Badawi dan Anwar
Ibrahim bahawa Abdullah akan menarik-balik sebarang proses seandainya
pihak pengadilan bertindak adil dan membebaskan Anwar daripada
hukuman penjara selama enam tahun. Sesungguhnya persetujuan itu
telah mula dirancang beberapa bulan sebelum diadakan Pilihan Raya
Umum dan sudah tentu selepas Abdullah naik memegang puncak kuasa
sebagai Perdana Menteri Kelima. Tidak ramai pemimpin politik kerajaan
mahupun di pihak pembangkang yang sedar betapa perancangan yang
mereka setujui itu adalah untuk peringkat penamatnya.

Pertemuan di Jalan Setiamurni merupakan pengukuhan satu perjanjian.


Abdullah berpendapat bahawa kemelut Anwar adalah satu limpahan
basi daripada era Dr. Mahathir yang sudah pasti dia perlu tangani.
Keadaan kesihatan Anwar sudah berada pada tahap kritikal yang boleh
menyebabkan beliau separuh lumpuh, akibat kesakitan tulang belakang
yang ditanggungnya sepanjang terpenjara.

Khairy menjadi alat yang menjelaskan kepada Anwar bahawa Abdullah


memang merestui pakatan mereka tanpa perlu mewar-warkan perkara
itu secara umum dan sekali gus mencetuskan kemarahan Tun Dr.
Mahathir.

Sejurus berada di Munich Anwar telah memberitahu teman-temannya


yang rapat termasuk mantan editor Berita Harian Nazri Abdullah, mantan
Pengarah Urusan MRCB Khalid Ahmad dan mantan CEO Guthrie
Khalid Ibrahim bahawa kedatangan Khairy ke rumahnya dahulu adalah
membawa sepucuk surat daripada Abdullah. Khairy sendiri pun pernah
memberitahu Norza Zakaria, rakan karibnya yang menganggotai Majlis
Tertinggi Pergerakan Pemuda, bahawa memang ada surat semacam itu
yang diserahkannya sendiri kepada Anwar. Yang penting di sini, kedua-
dua pihak ada memperakui wujudnya surat demikian yang mengandungi
panduan bagaimana ‘gerak kerja’ beberapa bulan mendatang perlu
ditangani.

Malaysia Today 73
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Gara-gara menemui Anwar, Khairy telah menjadi sasaran serangan


beberapa orang menteri yang rapat dengan mantan Perdana Menteri
Tun Dr. Mahathir Mohamad. Serangan itu telah diterajui oleh Samy
Vellu, beberapa menteri lain seperti Rafidah Aziz, Azmi Khalid dan
Aziz Shamsuddin. Aziz Shamsuddin telah bertanya Abdullah secara
terbuka, apakah sebabnya beliau mengutuskan Khairy Jamaluddin
bertemu Anwar. Apabila Abdullah menjawab bahawa tujuannya adalah
untuk memudahkan keperluan imigresen, Samy Vellu telah ketawa dan
menyindir secara sinis kepada Abdullah: “Lain kali kalau saya perlukan
satu pasport anda boleh hantar menantu anda bertemu saya.”

Rafidah Aziz telah mengecam Khairy sebagai memalukan Perdana


Menteri sambil menggunakan taktik Melayu lama dengan menyindir.
Aziz Shamsuddin yang pernah dituduh oleh Anwar sebagai konspirator
yang bertanggungjawab menjatuhkan beliau telah bersuara marah
mengatakan bahawa sepatutnya Anwar ditemui oleh seorang pegawai
rendah daripada jabatan imigresen dan bukannya oleh anak menantu
seorang Perdana Menteri.

Azmi Khalid mencelah bahawa sepatutnya Anwar yang pergi bertemu


Khairy Jamaluddin dan bukan sebaliknya. Hampir semua anggota
kabinet sebulat suara berpendapat bahawa Khairy Jamaluddin telah
terburu-buru dan bertindak dungu. Namun demikian, jauh di lubuk hati
mereka, memang ada kesedaran bahawa Abdullah telah menyetujui
itu semua, tetapi oleh kerana Abdullah tidak mahu mengaku bahawa
urusan itu adalah mengikut arahan telunjuknya, para menteri itu telah
bersekongkol menyerang Khairy dengan cemuhan bahawa dia adalah
anak muda hingusan yang masih tidak tahu seni politik.

Kekesalan para menteri semakin menjadi-jadi apabila Najib diam


membisu setelah menyedari bahawa Anwar yang dibebaskan dianggapnya
amat berbahaya kerana dia boleh menggugat kedudukan Najib sendiri.
Keupayaan Najib untuk terus bergayut kepada kuasa dan peluang untuk
beliau naik menjadi Perdana Menteri bukan sahaja bergantung pada
ketahanan pemerintahan Abdullah, tetapi kini ternyata semakin rumit
dengan kewujudan Anwar yang menambah satu dimensi baru kepada
skima impian politik yang diasaskan oleh warisan Mahathir.

Menteri-menteri yang rapat dengan Dr. Mahathir memang tidak senang


dengan lawatan Khairy ke rumah Anwar. Mereka dapat merasakan
wujud sesuatu yang aneh di situ. Secara terbuka mereka merujuk perkara

74 Malaysia Today
itu kepada Dr. Mahathir dan melaporkan apa juga yang terjalin dalam
mesyuarat kabinet selepas pembebasan Anwar. Pejabat Dr. Mahathir di
Menara Berkembar Petronas tiba-tiba menjadi tapak ‘kabinet bayangan’
yang seolah-olah merupakan kesinambungan mesyuarat kabinet di
Putrajaya. Para menteri mula berkerumun di pejabat Dr. Mahathir untuk
menyatakan kehampaan mereka terhadap bahaya ancaman pembebasan
Anwar secara pintu belakang dengan orang yang yang pada suatu ketika
menjadi calon Perdana Menteri.

Lawatan tersebut menimbulkan banyak permasalahan kepada Khairy.


Seorang menteri Melayu (yang namanya tidak disebutkan di atas) begitu
marah dengan lawatan Khairy itu menyebabkan beliau mengusahakan
satu senarai nama pemimpin pemuda Umno di beberapa bahagian,
dengan mengasingkan nama-nama mereka kepada dua kolum yang
dinamakannya golongan ‘pro-Khairy’ dan ‘anti-Khairy’. Beliau telah
menunjukkan senarai itu kepada Dr. Mahathir dan mencadangkan agar
salah seorang anak lelaki Dr. Mahathir ditonjolkan untuk mencabar
Khairy.

Menteri itu berpendapat bahawa inilah ketikanya untuk berbuat demikian


kerana Khairy belum lagi meluas kuasa dan pengaruhnya ke semua
bahagian. Lagi pun, Khairy masih lagi dianggap oleh akar umbi sebagai
orang luar yang elit. Menteri itu berhujah bahawa sesiapa yang mencabar
Khairy boleh menang besar ataupun kalah tetapi setidak-tidaknya cabaran
itu akan menghakis mitos kekebalan Khairy. Tun Dr. Mahathir diam
seribu bahasa tanpa membuat komen. Namun, satu rencana sudah diatur
untuk menjadikan Khairy sebagai sasaran satu serangan yang hebat.

Barulah Dr. Mahathir sedar ketika itu bahawa anak muda yang pernah
dianggapnya sebagai budak hingusan, kini sudah menjadi satu alat utama
yang menggugat warisan peninggalannya. Dr. Mahathir telah berkata
kepada Setiausaha beliau, Dato Badriah, yang Abdullah telah sengaja
menggali kuburnya sendiri dengan membebaskan Anwar. Dr. Mahathir
menjelaskan bahawa beliau sendiri merasa sukar menangani Anwar dan
kerana itu dia tidak yakin bahawa Abdullah mampu melakukannya. Pada
pandangan Dr. Mahathir, Abdullah adalah seorang yang bengap dan
salah perkiraan dalam membebaskan Anwar.

Apa yang tidak disedari oleh Dr. Mahathir, sebenarnya Abdullah sendiri
tidak faham sepenuhnya kesan pembebasan Anwar. Malah, Khairy
adalah orangnya yang beranggapan bahawa pembebasan Anwar akan

Malaysia Today 75
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

melonjakkan kerjaya politiknya. Pertama, Khairy beranggapan bahawa


Anwar adalah sentiasa berguna sebagai alat terhadap sesiapa sahaja di
kalangan orang-orang politik dalam Umno yang mungkin mencabar
takhta yang sedang menjadi milik Abdullah. Mereka itu adalah orang
seperti Tengku Razaleigh dan Najib Tun Razak. Kedua, Khairy
berpendapat dengan membebaskan Anwar dan bersua muka dengannya
akan menaikkan lagi populariti beliau dan juga Abdullah.

Khairy memang ternyata betul dalam kisah dan andaian yang pertama
tadi. Malah Anwar merupakan iklan utama untuk kerajaan Abdullah dan
sudah tentu memperkasakan reputasi beliau sebagai pemimpin yang
telus dan bersikap adil. Namun, dalam kisah kedua itu, ternyata Khairy
telah tersilap congak akan serangan pertama terhadap kerjayanya.

Memang Khairy terpaksa menghadapi banyak kritikan gara-gara bertemu


dengan Anwar. Pada jangkaan Khairy para pemimpin Umno tentulah
merasa lega melihatkan kemelut Anwar itu diselesaikan. Sebaliknya
mereka berpendapat bahawa Khairy dan Abdullah sudah pun menggugat
kedudukan Umno dengan membebaskan pengkritiknya yang paling
ditakuti. Bekas penyokong Khairy dalam Umno seperti Hishammuddin,
menganggap anak muda ini begitu gelojoh dan mula mencurigainya.
Buat pertama kali, Hishammuddin telah cuba mencari titik perdamaian
dengan saingan politiknya yang hebat, baik dalam keluarganya sendiri
mahupun dalam politik, yakni Najib Tun Razak. Gara-gara tindakan
Khairy telah merapatkan kedua-dua sepupu ini lebih mesra lagi. Mereka
sudah pun mula bergabung tenaga untuk mencari rumusan agar Khairy
tidak lagi memperdayakan mereka.

Beberapa pemimpin Umno yang rapat dengan anak Dr. Mahathir dan
bekas Bendahari Pemuda Umno, Mokhzani sudah mula merencana
serangan ke atas Khairy. Mereka menggunakan taktik menyebarkan
surat layang yang berbisa dan menggunakan SMS (sistem pesanan
ringkas) yang menuduh beliau bermesra dengan Anwar dan sekali gus
membahayakan susun-atur peralihan kuasa yang akan membabitkan
Najib. Beberapa mesyuarat telah diadakan oleh beberapa kumpulan teras
di kalangan ahli-ahli pemuda Umno yang memihak kepada kem Mukhriz
terutama sekali Bahagian Gopeng yang diketuai oleh Aziz Shamsuddin.
Beberapa mesyuarat telah juga dilaksanakan di bawah naungan ANSARA
(Persatuan Bekas Pelajar Mara) yang dipimpin oleh Mukhriz.

Khairy pernah diejek beberapa kali oleh kumpulan yang diarahkan oleh

76 Malaysia Today
Mukhriz dan Mokhzani dan keadaan itu ternyata berpanjangan untuk satu
ketika yang lama juga. Inilah yang membimbangkan Abdullah sehingga
meminta isteri beliau pergi memerhatikan perjalanan persidangan
Pemuda bagi meredakan para hadirin daripada terus mengejek Khairy.

Untuk pertama kalinya dalam kerjaya politik beliau, Khairy dapat


merasakan betapa peritnya cemuhan yang dibuat secara terbuka. Selama
ini terlalu dilindungi oleh Abdullah, Khairy belum pernah merasakan
dirinya dicemuh seteruk begitu. Lantas dia berubah haluan dengan cepat.
Kalau dalam beberapa minggu sebelum itu dia telah mengusahakan
pembebasan Anwar sebagai teras pencapaian amalan demokrasi yang
adil dan bebas, kini dia mula mengkritik Anwar sebagai seorang
penderhaka kepada perjuangan Umno dan terus menyatakan betapa
pintu Umno telah ditutup untuk kemasukan Anwar. Malah, Khairy
sanggup mengatakan betapa masa depan Anwar sudah tamat. Mungkin
juga Khairy sendiri sudah lupa, bagaimana dia cuba meyakinkan para
perwakilan Umno, tidak ramai yang dapat mempercayai beliau kerana
gelagatnya di luar jangkaan mereka menziarahi Anwar di rumah
kediamannya dan memberikan penghormatannya kepada mantan
Timbalan Perdana Menteri itu. Sebagai parti yang begitu prihatin, Umno
belum bersedia membuka pintunya kepada seorang insan yang selama
enam tahun mencemuh Umno sebagai parti politik yang korup dan tidak
mampu memperbaiki parti. Yang lebih penting lagi, Hishammuddin dan
Mukhriz tidak percaya kepada Khairy.

Gelagat Khairy untuk berpatah-balik sudah menjadi lelucon di kalangan


para perwakilan dalam persidangan Umno. Seperti yang dikatakan oleh
mantan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Nazri Aziz, “Mereka yang
ghairah mahu membawa perubahan kepada Umno, selalunya mendapati
Umno yang mengubah mereka.” Khairy sudah merasakan kehangatan
Umno yang amat memarahinya, dan barulah dia sedar bahawa Umno
hanya akan menyenanginya kalau dia mengikut haluan parti – itu pun ada
kemungkinan Umno bertindak mendendanya kerana bersikap sendirian
di luar amalan yang disenangi oleh parti.

Khairy telah terpenjara oleh nafsu serakah Umno.

Pembebasan Anwar tidak mungkin berlaku semata-mata dengan kehendak


sistem keadilan. Memang sudah jelas bahawa badan kehakiman negara
adalah tertakluk kepada pihak pemerintah walaupun Abdullah pernah
menyatakan dengan jelas yang beliau tidak akan mencampuri perjalanan

Malaysia Today 77
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

mahkamah yang menentukan keadilan. Akan tetapi keadilan mahkamah


yang mengikut arahan kerajaan adalah keadilan yang tercemar. Memang
tidak dinafikan bahawa Khairy telah memainkan peranan penting untuk
mempengaruhi keputusan mahkamah (membebaskan Anwar).

Mungkin juga Khairy telah kehilangan segelintir sokongan orang atasan


Umno. Tetapi ini merupakan sesuatu yang berbaloi kalau diambilkira
reputasi beliau sebagai insan yang bertanggungjawab dengan melakukan
sesuatu yang tidak terfikir sebelum itu – yakni membebaskan Anwar.
Rakyat biasa yang bukan pun menjadi anggota Umno, sudah tentu akan
mengaitkan Khairy sebagai seorang pemimpin parti yang berwawasan
dan boleh diharap mampu melakukan perkara yang betul.

Semasa Anwar berada di Munich, ada pegawai beliau sentiasa


berhubungan dengan Khairy. Setiap hari Khairy menerima laporan
mutakhir akan keadaan Anwar di Alpha Klinik termasuk senarai nama
Ketua Bahagian Umno yang pergi menziarahi Anwar di sana. Para
Setiausaha Anwar kerap menunjukkan pesanan SMS daripada Khairy,
sekali gus meyakinkan mereka betapa Khairy memang bersimpati dengan
Anwar. Dari segala kejadian yang berlalu memang jelas kini, memang
sudah wujud satu kesepakatan antara Anwar dan Abdullah yang begitu
dipengaruhi oleh peranan Khairy. Yang kedua, Anwar sudah menjadi
satu formula congakan Khairy yang menjamin keutuhan pemerintahan
Abdullah, sekali gus menjamin impian dia sendiri ditonjolkan menaiki
takhta pemerintahan negara. Yang ketiga, Anwar tidaklah begitu kerdil
untuk disisihkan begitu sahaja dalam perancangan besar politik Malaysia,
setidak-tidaknya sepanjang pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi.

Soalannya sekarang, apakah langkah yang sedang direncanakan itu?

78 Malaysia Today
BAB 8

Fajar menyinsing, senja berlabuh

B eberapa minggu yang lalu, salah seorang bekas Setiausaha Politik


Anwar Ibrahim merangkap orang yang dipercayainya, Azmin Ali,
telah membuat pendedahan dalam satu temubual. Secara selamba Azmin
telah berkata bahawa sejak pembebasan Anwar pada September 2004,
Anwar Ibrahim telah menghabiskan banyak masa berbual di telefon
dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Azmin kelihatan berhati-
hati dengan topik perbualan itu sambil menyebutnya sebagai ‘perbualan
biasa’ yang menyentuh isu terkini dan dasar kerajaan.

Daripada satu sudut, Azmin telah membuat kiasan yang Anwar kerap
memberikan nasihatnya kepada Abdullah bagaimana cara meningkatkan
lagi prestasi kerajaan. Walaupun perkara ini boleh dipertikaikan - apabila
mengambilkira betapa tingginya martabat Jabatan Perdana Menteri
- kenyataan Azmin itu mampu menyerlah satu pengertian, walaupun
Anwar dianggap sebagai orang yang tidak diingini dalam Umno, beliau
sebenarnya semakin cergas dalam kancah politik Malaysia.

Golongan yang curiga mungkin boleh dimaafkan seandainya mereka


berfikir bahawa kenyataan Azmin itu hanya satu helah untuk melawan
kehampaan ramai penyokong puak pembangkang yang merasakan Anwar
sudah menghabiskan terlalu banyak masa di luar negara. Mungkin juga
Azmin cuba menghidupkan kembali zaman dahulu kala di mana beliau
merupakan orang dalam antara orang-orang dalam pejabat Anwar yang
turut mencorak dan mewarnai strategi harian bagi pihak yang berkuasa.
Namun demikian, kesahajaan dalam kenyataan Azmin itu mungkin ada
juga kebenarannya.

Hakikatnya di kalangan orang-orang (dalaman) Anwar sendiri, di mana

Malaysia Today 79
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

dinding kamarnya adalah begitu nipis sekali; apa juga titik-bengik


semacam itu tidak pernah dirahsiakan. Malah, kalaulah perbualan
beliau dengan Abdullah ditentukan jauh daripada pengetahuan para
pemimpin kerajaan yang lain, namun di pihak Anwar, perbualan telefon
selalu sangat dibuat melalui telefon bimbit di depan para pelawat dan
pengunjung. Mutakhir ini perbualan Anwar kerap sangat disaksikan
oleh sesiapa sahaja yang hadir ketika itu seperti ilmuwan Islam yang
datang mengunjunginya, pemimpin puak pembangkang, dan apatah
lagi pembantu-pembantu khas yang memang sentiasa rapat berada di
sisinya. Tidak menghairankan, para pembantu Anwar memang menaruh
kebanggaan terhadap gelagat ketua mereka yang sentiasa berhubungan
melalui telefon dengan Perdana Menteri Malaysia.

Sejurus beliau dibebaskan dahulu, Anwar pernah menyatakan hasrat mahu


bertemu dengan Abdullah dan permohonan itu kerap diulang daripada
katilnya di Jerman. Namun, permohonan yang dikemukakan oleh Azmin
telah dipandang sepi sahaja. Ketika suasana ketakutan menular di
kalangan pemimpin Umno kemungkinan Abdullah menerima kembali
Anwar ke pangkuan Umno, sedangkan Umno sudah pun menganggap
beliau sebagai seorang penderhaka, Anwar telah mencetuskan satu usaha
mengadakan pertemuan itu secara terbuka dalam satu majlis sambutan
Hari Raya.

Usaha pertemuan awal itu adalah satu pertanda bahawa Anwar tidak
akan menggugat Abdullah, sekurang-kurangnya sepanjang tempoh
pentadbiran Abdullah. Walaupun ada keraguan di kalangan Umno
bahawa bayangan Anwar akan mula menghambat mereka yang pernah
menganiaya beliau selama ini, nampaknya besar kemungkinan Anwar
tidak akan menggugat kedudukan Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Malah, Anwar sudah muncul sebagai satu ikon yang berguna untuk
menonjolkan imej Abdullah di tahap antarabangsa sebagai seorang
pemimpin yang memang jujur mahu melakukan pembaharuan. Di tanah
air sendiri rakyat biasa disogokkan idea betapa Abdullah memang ikhlas
mahukan para hakim bebas membuat keputusan dalam kes Anwar, dan
ini adalah satu gambaran akan ketokohannya. Walaupun ada pandangan
para pemimpin Umno bahawa Anwar tidak dibawa masuk semula
menganggotai parti, Abdullah ternyata mempunyai pendiriannya yang
tersendiri.

Memanglah, pendirian begini mungkin tidak menonjol sangat ketika


ini. Pembebasan Anwar telah membuatkan ramai pemimpin Umno yang

80 Malaysia Today
melatah apabila mereka menyerang kumpulan (Abdullah dan orang
dalamannya) yang mungkin menyimpan hasrat agar Anwar masuk
menganggotai Umno semula. Sesungguhnya kesangsian yang ada pada
Hishammuddin Hussein dan anak-anak Dr. Mahathir - Mukhriz dan
Mokhzani – bahawa Anwar berkemungkinan rujuk semula memanglah
satu ketakutan yang tulen. Tidak ramai di kalangan pucuk kepimpinan
parti yang mampu menyaingi karisma Anwar dan seandainya diadakan
satu pertandingan terbuka di mana Anwar dibiarkan turut serta, besar
kemungkinannya beliau akan menang. Namun demikian, kata-nista dan
sindiran terhadap Abdullah serta anak menantunya sudah cukup untuk
menghentikan kedua-duanya daripada memberikan sokongan kepada
Anwar seperti di awal bulan September 2004.

Apapun, di sebalik tabir, Abdullah dan Khairy masih lagi mengekalkan


satu bentuk perhubungan dengan Anwar. Abdullah sendiri tidak
menceritakan mengenai perbualan telefonnya dengan Anwar. Akan
tetapi, Khairy mengambil sikap yang terbuka kepada rakan-rakan yang
rapat dengannya, mengenai pertemuan beliau dengan orang kuat Anwar
seperti pemimpin Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd
Noor. Mereka yang mengetahui kisah ini termasuklah orang yang rapat
dengan Khairy yang semestinya penyokong Anwar juga seperti Zambry
Abdul Kadir dan juga beberapa nama lain seperti Norza Zakaria.

Sebab musababnya terjadi perbezaan dalam sikap antara Abdullah


dan Khairy memang amat jelas. Abdullah sudah pun menjadi seorang
Perdana Menteri. Dia tidak terdesak memerlukan pertolongan Anwar
kecuali sebagai contohnya dia dicabar oleh kuasa yang memihak kepada
bos lamanya Dr. Mahathir, yang mungkin diketuai oleh timbalan beliau,
Najib Tun Razak. Sebaliknya, Khairy mahu menjadi seorang Perdana
Menteri tetapi beliau masih belum sampai ke garisan penentuan itu
lagi. Kerana itu dia amat memerlukan sebanyak mungkin sekutu
memandangkan betapa sengitnya pertempuran yang perlu dihadapinya
pada masa depan.

Hubungan baik antara orang-orang Abdullah dengan orang-orang Anwar


sudah lama bermula sejak Abdullah mula-mula memegang jawatan
Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu, Anwar dan Ezam masih berada di
penjara - Ezam berada di Pusat Tahanan Kamunting sebelum dialihkan
ke Penjara Kajang, sementara Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh.
Dalam usahanya mahu menekan kerajaan, Ezam telah menghubungi
anak lelaki Abdullah, Kamaluddin, melalui seorang orang tengah yang

Malaysia Today 81
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

menganggotai pergerakan pemuda Umno, meminta bantuan Abdullah


agar beliau memihak kepada penderitaan yang mereka hadapi. Tetapi
sebagai seorang ahli perniagaan, Kamaluddin tidak berminat dalam
dunia politik, walaupun Kamaluddin dan Ezam pernah bertukar-tukar
banyak mesej ataupun pesanan. Tiada sebarang perubahan sehinggalah
Kamaluddin menyatakan keluhan kepada adiknya Nori.

Nori telah menunjukkan sedikit minat dalam perhubungan itu. Beliau


telah bertanya kepada Abdullah, dan mengikut kata Ezam, Nori meminta
Abdullah melakukan yang terbaik agar tahanan ISA dibebaskan. Nori
turut memberitahu Khairy yang terus sedar betapa wujudnya nilai tambah
dalam memberi sedikit ruang tolak ansur kepada Ezam. Tujuan berbuat
demikian ialah menilai keadaan sebenar sejurus Abdullah menjadi
Perdana Menteri.

Pada tahap awal cubaan itu jelas dingin sahaja. Tetapi dengan adanya
mantan Timbalan Ketua Pemuda Keadilan, Hamdan Taha yang telah
keluar parti untuk menyertai Umno semula, satu mesej (utusan pesanan)
telah dihantar kepada Khairy menyatakan bahawa kem Anwar sudah
bersedia untuk berunding.

Hamdan Taha sudah lama menjadi orang kanan Ezam. Kemasukannya


semula menganggotai Umno tidak pernah diumumkan secara rasmi, kerana
dibuat secara senyap-senyap sahaja. Namun, dia tetap memberikan nasihat
kepada beberapa anggota utama Exco Pemuda Umno, khususnya bekas
penyokong setia Anwar, Zambry Abdul Kadir. Zambry kerap mengajak
Hamdan menghadiri beberapa sesi pertemuan Pemuda Umno di mana dia
mendapat kesempatan bertemu dengan bintang muda yang menyerlah
yang bernama Khairy Jamaluddin. Selepas beberapa pertemuan, Khairy
sedar bahawa Hamdan adalah berguna untuk memberikan maklumat
mengenai aktiviti parti pembangkang. Hamdan masih menjalinkan
hubungan baik dengan beberapa pemimpin parti pembangkang termasuk
Ezam. Walaupun dia sudah menganggotai Umno semula, Hamdan kerap
berbual dengan Ezam sama ada melalui telefon yang diseludup masuk
penjara ataupun secara pertemuan peribadi semasa Ezam dihadapkan ke
mahkamah. Hamdan adalah rakan akrab Ezam.

Pada satu ketika selepas berakhirnya satu perjumpaan Exco Pemuda Umno,
Hamdan telah mengajak Khairy berbual dan memberikan satu ‘cadangan’
kepadanya. Hamdan mencadangkan agar Khairy ‘menggunakan’ Anwar
untuk menumpaskan sesiapa sahaja yang mencabar kedudukan Abdullah.

82 Malaysia Today
Hamdan telah menyebut kisah para timbalan Dr. Mahathir yang tumpas
di tengah jalan sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Kalau pada
mulanya Keadilan kerap menyerang pelantikan Abdullah menjadi
Timbalan Perdana Menteri, eloklah serangan itu ditumpukan sahaja ke
atas Dr. Mahathir. Sebagai balasan, kes Anwar dan para tahanan ISA
seharusnya menjadi tumpuan Abdullah (sebagai Menteri Hal Ehwal
Dalam Negeri) walaupun dia tidak boleh campurtangan secara terbuka.
Cadangan itu sungguh menyentuh Khairy sehingga beliau terjentik untuk
mula menghantar mesej kepada Ezam melalui Hamdan.

Risikan dan bisikan itu tidak semestinya berakhir dengan kelegaan yang
spontan kepada Anwar ataupun Ezam. Khairy memang begitu berhati-
hati kerana beliau begitu kerap diawasi oleh puak Dr. Mahathir dan juga
seterunya dalam kem Abdullah. Beberapa penyokong Abdullah seperti
arwah Fawzi Basri dan Dr. Nordin Kardi adalah musuh ketat Anwar sejak
1970-an semasa mereka sama-sama memegang konsep ultra-nasionalis
bertentangan dengan konsep liberal Islamiah yang dipegang oleh Anwar.
Malahan, dalam kem Abdullah, memang wujud orang dalamannya seperti
Aziz Shamsuddin yang telah mengadakan kenduri pada September 1998
untuk menyambut peristiwa pemecatan Anwar. Kalaulah Khairy mahu
memainkan peranan pegawai seranta dengan kem Anwar, dia terpaksa
berhati-hati agar tidak menggegarkan keadaan yang begitu rapuh.

Pada ketika itu Ezam memainkan peranan untuk merancakkan keadaan.


Dia telah memberi arahan kepada penyokong Keadilan agar menyerang
Khairy secara bertubi-tubi melalui Internet. Dia juga menentukan agar
Khairy dikritik hebat di setiap pertemuan pelajar-pelajar yang ketika itu
memang dirasuk hebat oleh penyokong PAS dan Keadilan. Akhirnya
Khairy sedar bahawa dia perlu menerima pelawaan Ezam kalau tidak
mahu bertentangan dengan musuh yang berada dalam Umno, begitu juga
di kalangan puak pembangkang. Memanglah tidak ganjil menangani
peperangan di dua medan perang tetapi adalah lebih bijak bagi
Khairy berdepan dengan musuh dalaman yang mudah dikawal dengan
menggunakan pengaruh kuasa bapa mertuanya.

Khairy telah menghantar satu mesej kepada Ezam mengatakan yang dia
sudah bersedia untuk berunding.

Keadaan semakin jelas apabila Ezam dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi


Shah Alam. Khairy kini bertemu dan berbincang secara terbuka dengan
Ezam yang selalu muncul bersama satu atau dua orang penyokongnya.

Malaysia Today 83
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Pada ketika itu juga pucuk pimpinan Keadilan sudah semakin gelabah
disebabkan keadaan kesihatan Anwar yang semakin kritikal dan segala
usaha ditumpukan ke arah pembebasannya. Khairy adalah antara
segelintir pemimpin Umno yang rapat dengan Abdullah yang ditemui
oleh pucuk kepimpinan Keadilan untuk mendapatkan ihsan agar Anwar
dibebaskan. Pemimpin Umno yang lain seperti Aziz Shamsuddin dan
Setiausaha Politik Dr. Mahathir (yang sebenarnya orang Abdullah juga)
Johari Baharom telah ditemui untuk mendapatkan pertolongan. Namun
mereka tidak begitu berkenan dan bersimpati seperti Khairy. Orang lain
sudah menganggap Anwar sebagai tinggalan sejarah. Tetapi Khairy
mempunyai pendirian yang berbeza. Khairy berpandangan Anwar
mempunyai masa depan yang begitu cerah, sekaligus menjadikan dirinya
mentari yang menyinar.

Ketika itulah Khairy mula memikirkan segala ancaman yang bakal


dihadapi oleh Abdullah. Apabila semakin jelas bahawa Abdullah akan
menggantikan Dr. Mahathir dan pelantikan itu bukan satu kerja olok-
olok, Khairy mula memikirkan bagaimana cara mengukir satu masa
depan kerjaya politiknya. Sebagai menantu kepada seorang Perdana
Menteri, bintang Khairy memang cemerlang akan tetapi apa yang akan
terjadi seandainya si bapa mertua tidak lagi memegang jawatan itu? Apa
yang akan berlaku kalau kedudukan Abdullah hanya untuk satu tempoh
yang singkat? Khairy tidak boleh bergantung harap kepada Najib Tun
Razak yang menganggap Abdullah sebagai saingannya. Sudah tentu
Najib tidak akan merestui perlantikan Khairy menduduki jawatan
penting dalam pentadbirannya nanti. Untuk mewujudkan seorang calon
menandingi Najib dalam Umno mungkin satu langkah yang tidak bijak
kerana dari segi pengalaman kerja sahaja, Najib sudah terkenal dan
beliau mempunyai sokongan daripada para penyokong Dr. Mahathir.
Hanya satu alternatif yang dianggapnya berkesan, yakni menonjolkan
seorang pencabar yang mampu mengalahkan Najib dalam satu pilihan
raya yang terbuka dan adil. Orang itu ialah Anwar Ibrahim; dan Khairy
faham bahawa Anwar boleh memainkan peranan itu dalam masa yang
terdekat kalau tidak pun sepanjang pentadbiran Abdullah.

Inilah satu peranan yang sedia dilaksanakan oleh Anwar dan orang-
orang yang rapat dengannya. Sejurus Anwar dibebaskan, Ezam terus
berhubungan dengan Khairy. Sungguhpun Khairy mengambil sifat
berahsia dengan pertemuan itu, ternyata sekali bahawa rahsia itu hanya
di satu pihak sahaja. Ezam mempunyai perangai memberitahu segelintir
pengikutnya apa yang berlaku. Malah, dia kerap menyebut bahawa

84 Malaysia Today
Khairy kerap memberitahu apa yang sedang berlaku dalam Umno
sebelum maklumat semacam itu diketahui umum.

Baru-baru ini Ezam telah bertemu dengan Khairy dan Reezal Merican
Naina Merican. Dalam pertemuan itu Khairy dikatakan telah memberitahu
Ezam bahawa besar kemungkinan Isa Samad, seorang Naib Presiden
Umno, akan digantung keahliannya selama enam tahun kerana politik
wang dan beberapa bentuk korupsi yang lain. Ezam telah memberitahu
kawan-kawan yang rapat dengannya termasuklah penyokong kuat Isa
Samad. Maklumat semacam itu bukanlah perkara yang pelik. Akan
tetapi pertemuan itu berlaku enam hari sebelum Isa dipanggil untuk
mendengar keputusan Jawatankuasa Disiplin Umno merupakan sesuatu
yang aneh juga.

Kepercayaan antara Khairy dan Ezam lebih mirip kepada kepercayaan


antara sekutu politik dan bukannya antara dua sahabat. Kedua-duanya
berkongsi nasib naik mencanak dalam golongan istimewa di puncak
kuasa politik Malaysia, dan kedua-duanya mempunyai cita-cita yang
tinggi dan memang pintar dalam sepak terajang politik. Hanya sejarah
yang akan menentukan apakah persahabatan antara Ezam dan Khairy
ini akan dapat terus bertahan kerana keaslian dan keluhuran niatnya,
ataupun hanya merupakan satu percantuman disebabkan penyesuaian
keadaan semata-mata.

Sementara itu, Anwar Ibrahim masih terus membuat panggilan telefon


jarak jauh untuk berbual dengan Abdullah. Seperti yang disebut
oleh Anwar sendiri, janganlah sesiapa cuba memandang sepi akan
kewujudannya. Memang belum ada sesiapa yang berbuat begitu waktu
ini – tidak juga Abdullah dan Khairy. Seandainya senario politik berubah
dan serangan Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah semakin
memuncak, tidak syak lagi senja yang berlabuh akan disingkap semula
untuk menyinari pentadbiran Abdullah. Kalau Anwar ada bersama-
sama dengannya, Khairy percaya beliau mampu menewaskan mana-
mana pemimpin Umno yang cuba mencabarnya, termasuklah manusia
yang disokong Dr. Mahathir. Menunggu kemunculan waktu itu, Khairy
bersiap dengan satu senjata lagi sebagai persiapan menghadapi perang
besar dalam Umno. Senjata itu bernama duit.

Malaysia Today 85
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 9

Lahirnya seorang jurujual

M emang menyedihkan tetapi inilah hakikat. Wang atau duit sudah


menjadi darah daging politik di Malaysia. Korupsi sudah menjadi
wabak dalam parti-parti politik dan wang merupakan pelincir bagi
memanjat naik ke puncak kuasa. Wang memang sudah dianggap penting
bukan sahaja sebagai sogokan kepada para pengundi dan para penyokong
parti tetapi bagi menakut-nakutkan orang lain yang cuba menjadi pencabar.
Lebih banyak wang di tangan, lebih mudah seseorang itu mempertahankan
kedudukannya kerana sesiapa yang ingin mencabar akan menjadi takut
dan kecut perut untuk terus menjadi calon pencabar yang berwibawa.
Seseorang yang tidak layak memegang jawatan tetapi mempunyai beratus
juta ringgit sudah tentu mampu menundukkan calon yang lebih berwibawa
tetapi tidak punya kekayaan yang boleh ditonjolkan kecuali kepintaran,
pengalaman kerja dan usaha dirinya.

Inilah yang amat difahami oleh Khairy Jamaluddin. Sejarah Pemuda


Umno memang sarat diwarnai pelbagai contoh seperti itu, sekurang-
kurangnya sejak tahun 1990-an lagi. Pemuda Umno sudah memilih wang
untuk mengenepikan kebolehan ataupun bakat. Inilah cerminan parti
induknya, tetapi kesibukan Pemuda Umno untuk mengayakan diri telah
diperkuatkan lagi oleh gelagat Zahid Hamidi yang telah menggunakan
berjuta-juta ringgit yang telah dikautnya semasa menjadi Pengerusi Bank
Simpanan Nasional. Itulah dana yang digunakannya untuk membuka jalan
dan laluan dalam dunia politik, sedangkan dia masih mentah dan tidak
diketahui akan kualiti kepimpinannya. Barulah, semua pencabar beliau
seperti Rahim Tamby Chik dan Isa Samad sedar betapa orang seperti
Zahid hanya dapat dicabar dengan kekuatan wang dan penajaan politik
yang lebih perkasa. Justeru, lahirlah budaya politik wang pada awal 1990-
an di mana Umno hilang arah dan terus terjerumus ke lembah kerakusan.

86 Malaysia Today
Laluan awal Khairy Jamaluddin bukanlah dengan kekayaan walaupun
latar belakang keluarganya sendiri merupakan golongan berada dengan
kedudukan ayahnya yang dikenali dalam komuniti diplomatik negara.
Namun, keluarga Khairy tidak dapat menandingi beberapa tokoh
Pemuda Umno seperti kelompok Hishammuddin Hussein – Najib Tun
Razak yang merupakan zuriat seorang bilioner Melayu pertama - Tan Sri
Noah. Ataupun keluarga Sheikh Fadzir yang dianggotai oleh Kadir, Aziz,
Musa dan Haidar yang mempunyai istana tersergam di Kulim yang dapat
mengerdilkan Istana Negara di Kuala Lumpur. Inilah yang membuatkan
Khairy sedar betapa dia juga perlu mengumpul harta karun. Lebih-lebih
lagi setelah mengambilkira piawaian Malaysia, bapa mertuanya Abdullah
Badawi bukanlah orang yang berharta sangat.

Satu asas memacak khazanah perbendaharaan politiknya telah diwujudkan


untuk membolehkan para penyokongnya melebarkan pengaruh
mereka. Berbeza dengan gelagat ramai ahli politik Umno yang terlalu
bergantung kepada kontrak kerajaan untuk memperkayakan diri sendiri,
Khairy tidak banyak menggunakan taktik itu. Ini tidak bererti bahawa
Khairy meminggirkan kontrak kerajaan untuk kepentingan beberapa
kroni politik beliau. Rozabil Abdul Rahman adalah seorang penerima
kontrak kerajaan yang besar-besar di beberapa buah negeri. Beberapa
ahli keluarga Khairy juga memiliki saham secara proksi dalam banyak
syarikat. Kontrak yang diberikan kepada Rozabil sudah tentu merupakan
kontrak untuk Khairy. Ini termasuk pelbagai projek seperti pembekalan
air bersih kepada ratusan sekolah di Malaysia Timur dan pembekalan
paip air kepada pejabat kerajaan di Kedah. Masa terus berlalu, dan orang
politik dalam Umno yang mahu membodek Khairy telah memberikan
kontrak kepada puak-puak yang mereka anggap memang menyebelahi
beliau. Atas sebab itu, Menteri Besar Kedah, Syed Razak Syed Zain telah
melantik ibu Khairy, Datin Rahmah sebagai (salah seorang) penasihat
dalam urusan ekonomi dan kewangan negeri.

Kini, ramai yang sudah mengetahui cerita mengenai Raja AP, Haniff
Aziz adalah sepupu kepada Khairy Jamaluddin. Umum sudah
mengetahui bahawa Haniff yang pernah menjadi pegawai MITI telah
diberikan puluhan ribu AP tanpa mempunyai kelayakan menerimanya.
Segala AP itu telah diberikan walaupun tidak wujud bilik pameran
(showroom) dan kebanyakan AP itu telah dijualnya dengan pantas
kepada pengimport kereta yang tidak mampu menagih pengaruh menteri
yang bertanggungjawab. Inilah kunci rahsia kejayaan Haniff. Menjadi
sepupu kepada Khairy memang berguna tetapi bukan kunci kejayaan

Malaysia Today 87
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

menduduki takhta Raja AP. Disebabkan kemampuannya menggoda Ratu,


Rafidah Aziz, sejak lebih kurang lima tahun, Haniff Aziz telah menjadi
sebahagian penting daripada hidup Rafidah. Hubungan intimnya dengan
Rafidah merupakan pintu kepada ratusan juta miliknya kini.
Walaupun segala kontrak kerajaan itu agak besar, semua itu adalah
dianggap ‘kacang’ sahaja jika dibandingkan dengan gelagat mengumpul
harta karun milik negara, seperti yang pernah dilakukan oleh Daim
Zainuddin, Rafidah Aziz dan Zahid Hamidi. Khairy hanya mendapat
beberapa juta yang tidak mencukupi bagi menaiki mercu kuasa Umno.
Memang terdapat banyak ranjau dan onak dalam laluan seorang ahli
politik yang kini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang ghairah
mahu membasmi korupsi. Kerana itu, Khairy perlu memikirkan rencana
yang lebih besar untuk mengumpul harta, pertamanya dalam himpunan
yang banyak, dan kedua, mengikut cara yang kelihatan bersih dan
halal.

Langkah pertama yang dilakukan oleh Khairy ialah mewujudkan satu


syarikat yang dinamakannya Ethos Consulting. Ada dua sebab kenapa
Khairy mahu menempatkan Ethos Consulting di pejabat Najib. Alasan
utama sudah pun didedahkan dalam artikel (hikayat) yang terdahulu.
Alasan kedua ialah faktor ekonomi. Najib Tun Razak dianggap sebagai
lembu suci kerana keupayaan beliau menguasai perbelanjaan besar
terhadap pertahanan negara. Hubungan baik beliau dengan bekas Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir dan sokongan yang diterimanya daripada Dr.
Mahathir membolehkan beliau menerbus segala peluang dalam sistem
aset negara. Ethos Consulting ditempatkan di kementerian itu sebagai
batu loncatan kepada Khairy. Ketua Ethos Consulting ialah Dr. Liew, yang
diberikan tugas rasmi memberikan nukilan idea bagaimana merombak
kaedah perbelanjaan pertahanan dan kaedah perolehan. Sedangkan Dr.
Liew sudah diketahui umum sebagai rapat dengan golongan politik di
Singapura. Malah, Dr. Liew telah memberi maklumat kepada Khairy
bagaimana para kroni beliau dapat diberikan kontrak yang penting
pada harga yang sengaja dinaikkan tinggi, seperti amalan biasa dalam
Kementerian Pertahanan sejak berdekad lagi.

Satu lagi sumber kewangan yang besar di bawah naungan Najib ialah
FELDA. Satu ketika dahulu Tun Dr. Mahathir telah memberikan tugas itu
kepada Menteri Kewangan Kedua, Jamaluddin Jarjis yang memang rapat
dengan Najib. Abdullah telah menurunkan pangkat Jamaluddin tetapi
oleh sebab kebanyakan tugas Jamaluddin dahulu adalah melaksanakan
perubahan kepada FELDA yang sudah pun sampai ke tahap akhir

88 Malaysia Today
perancangannya, satu kompromi dibuat untuk meletakkan FELDA di
bawah naungan Najib. Dengan demikian Abdullah beranggapan bahawa
Jamaluddin tidak berapa kecewa dengan tindakannya, dan Najib mudah
dipertanggungjawabkan seandainya harta karun ini berada jauh daripada
jangkauannya.

Walaupun FELDA berada di bawah bidang kuasa Najib, beberapa


keputusan yang penting banyak dipengaruhi oleh Khairy dan Ethos
Consulting. Pada mulanya tugas penstrukturan FELDA dan pengurusan
jualan asetnya telah difaraidkan kepada Avenue Assets, syarikat
kesayangan Jamaluddin. Sepatutnya Avenue mengenalpasti ruang di
mana FELDA boleh diswastakan. Dengan demikian, apa juga aset yang
berharga boleh diagihkan secara jualan murahan kepada para kroni
Jamaluddin. Walaupun Jamaluddin hanya merupakan seorang Menteri
Kewangan Kedua, beliau telah berlagak seolah-olah dia adalah Menteri
Kewangan Pertama. Justeru beliau telah melantik orang-orang yang rapat
dengannya yang sudah tentu merupakan kroni Najib juga, ke tempat yang
penting dalam penstrukturan itu. Apabila Abdullah naik menjadi Perdana
Menteri dan Jamaluddin dinyahkan daripada kedudukannya itu, Ethos
Consulting telah dibawa masuk untuk menggantikan Avenue Assets.
Orang-orang Jamaluddin telah dinyahkan untuk diganti oleh orang-orang
Khairy. Salah satu syor utama yang dikemukakan oleh Ethos Consulting
ialah penjualan aset sampingan, contohnya yang berada dalam industri
perbankan dan perkhidmatan. Dengan cepat Ethos telah membuat
cadangan agar orang-orang pilihan Khairy dilantik sebagai penasihat
dalam urusan itu dan sekali gus mereka menerima komisen yang tinggi
dalam urusan penjualannya. Ini bererti, komisen untuk Khairy mencecah
berjuta-juta ringgit dan dianggap tidak salah dari sisi undang-undang.

Apabila belum lagi dibuat keputusan terhadap kedudukan FELDA, Ethos


Consulting melakukan tugas bagi pihak Khairy untuk meneliti senarai
aset yang ada. Apa yang disebut sebagai penelitian untuk mengadakan
perubahan itu adalah bertujuan mencari jalan yang lebih licik bagaimana
Khairy boleh mengaut keuntungan yang besar. Para pengundi biasa
mempunyai kepercayaan bahawa orang politik menjadi kaya-raya secara
membolot kontrak, dan mengaut apa juga peluang yang ada. Hakikat
yang sebenarnya, amalan ini telah lama diketepikan oleh pemerintahan
Abdullah Badawi kerana mereka memilih cara mendapatkan komisen
melalui peranan sebagai penasihat kewangan kepada orang-orang yang
rapat dengan Perdana Menteri dan pasukan anak menantunya.

Malaysia Today 89
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Kerana inilah maka Khairy mempunyai peranan sebagai Director of


Corporate Advisory (Pengarah Urusan Nasihat Korporat) dalam ECM
Libra. Memang jelas bahawa ini bukan pilihan utama beliau. Apabila
merebaknya desas-desus tidak ada orang yang bergeliga dalam pejabat
Perdana Menteri, maka Khairy memainkan peranan itu dalam setiap segi
jabatan itu. Khairy telah cuba mencari jalan yang boleh memberikan
beliau satu kedudukan yang sama besar pengaruh dan kuasanya seolah-
olah dia bertugas di pejabat Perdana Menteri. Malah, beliau telah
lama mengidamkan satu jawatan yang perkasa bagi membolehkannya
mengumpul harta karun sehingga mampu menakut-nakutkan semua
musuh politiknya daripada kelompok lama dalam pejabat Abdullah
dan menutup mulut mereka untuk selama-lamanya. Itu sebabnya beliau
menggunakan helah penstrukturan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan
(GLC - Government Linked Companies) sebagai laluan untuk menjamin
kejayaannya.

Penstrukturan Khazanah merupakan peluang beliau yang pertama.


Ia bersandarkan penggunaan ‘Key Performance Index’ (KPI - Indeks
Prestasi Utama). KPI merupakan satu idea ‘nukilan’ Ethos Consulting
yang dikemukakan kepada kerajaan Malaysia. Sebenarnya rencana itu
seolah-olah ditiru daripada dasar kerajaan Singapura terhadap Temasek
Holdings, yang merupakan syarikat milik kerajaan yang terkenal di sana.
Dalam penstrukturan Khazanah, Khairy berharap beliau akan dilantik
ke jawatan yang paling penting, contohnya sebagai Chief Executive
Officer (CEO - Ketua Pegawai Eksekutif) . Akan tetapi para pekerja
yang bertugas di Khazanah merupakan pegawai kerajaan yang sudah
lama berkhidmat dan berpengalaman. Mereka ini tidak senang dengan
cadangan seorang anak muda yang baru berusia 28 tahun akan menjadi
Ketua Pegawai Eksekutif mereka. Lagi pun, Khairy tiada pengalaman
berniaga mahupun pengalaman bekerja di mana-mana. Kalau ada
pun, satu jawatan sementara yang pernah dipegangnya iaitu sebagai
wartawan sambilan kepada akhbar asing - dan itu pun untuk beberapa
bulan sahaja.

Lantas meluaplah tekanan dalam Khazanah untuk menolak Khairy.


Pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi telah berkumpul sesama
mereka untuk menghantar kiasan dan bisikan kepada Abdullah betapa
tindakan untuk melonjakkan Khairy adalah satu tindakan yang kurang
bijak dan tidak sihat untuk kerjaya politik beliau. Lebih-lebih lagi
beliau baru sangat menjadi Perdana Menteri. Mereka berhujah kalau
betul Abdullah mahukan seorang anak muda yang berpengalaman untuk

90 Malaysia Today
memimpin Khazanah, eloklah beliau memikirkan beberapa orang pakar
muda yang bertugas sebagai perunding dalam krisis ekonomi negara
pada 1977 dahulu lagi. Itu sebabnya Azman Khalid telah terpilih untuk
mengisi jawatan yang diidamkan oleh Khairy.

Akan tetapi Khairy tidak berputus asa. Pelantikan Azman sebagai CEO
mempunyai syarat jelas untuk menentukan dasar urusan Khazanah.
Tetapi akan dilantik seorang Chief Operating Officer (COO - Ketua
Pegawai Operasi) untuk urusan harian Khazanah. Azman telah dipanggil
oleh Menteri Kewangan Kedua, Mohd Nor Yakcop untuk membuat
pengumuman secara rasminya dan beliau telah diberikan cadangan agar
Khairy dilantik sebagai COO. Malah, Nor telah memberitahu Azman
bahawa Abdullah sudah pun memberikan arahan agar surat pelantikan
Khairy dibuat secara rasminya.

Azman tidak berkata apa-apa. Setelah berada di pejabatnya beliau telah


memanggil Khairy ke pejabatnya. Khairy beranggapan yang Azman
mahu memberitahu bila beliau boleh memulakan tugas sebagai seorang
COO. Dengan penuh keyakinan beliau masuk ke pejabat Azman dan
duduk secara selamba di sebuah kerusi yang bertentangan dengan
Azman. Secara selamba Azman mulakan perbincangan mereka dengan
menyebut betapa wujudnya satu jawatan dalam pertubuhan itu yang
patut diisi. Khairy menjawab yang dia sudah pun tahu hal itu. Azman
membalas bahawa nama Khairy ada disebut untuk mengisi jawatan
tersebut. Khairy menjawab lagi bahawa dia pun sudah tahu akan perkara
itu. Azman membalas dengan mengatakan yang Khairy mungkin
didapati sesuai mengisi jawatan tersebut. Oleh itu dan untuk memuaskan
penyelidikannya dia mahu Khairy mengemukakan satu ‘Curriculum
Vitae’ (CV) untuk membolehkan beliau membuat kepastian. Khairy
terkejut beruk dan meninggalkan bilik itu dengan serta merta.

Barulah Khairy sedar yang Azman dengan lemah lembut mengatakan


kepadanya yang dia tidak sesuai untuk jawatan itu dan dia memang tamak
dan haloba untuk mengisinya. Memang jelas Azman telah menyindir akan
kekurangan pengalaman Khairy dalam bidang ekonomi dan kewangan.
Walaupun Khairy pada mulanya memang amat marah terhadap Azman,
sebenarnya Azman telah menyelamatkan beliau daripada satu jerangkap
samar politik. Itu sebabnya dia membuat persiapan untuk mengisi
jawatan CEO Khazanah dan tidak lagi sebagai seorang COO pertubuhan
itu. Untuk melakukannya, Khairy perlu bertindak mencari sedikit
pengalaman yang berkaitan.

Malaysia Today 91
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Khairy telah pergi berjumpa teman lamanya Kalimullah Hassan Mohamed


Hassan. Kali merupakan rakan tidur dalam satu rangkaian tiga gandingan
(troika) yang dianggotai oleh dua orang Cina dan seorang India yang
berjaya memajukan ECM Libra. Itulah sebuah syarikat yang dimajukan
sehingga menjadi berpengaruh dalam bidang kewangan. Kali faham
dan sedar yang Khairy akan kehilangan punca dalam bidang kewangan.
Sebagai seorang muda dalam dunia politik sudah tentu Khairy tidak ada
masa dan kesabaran untuk membaca butiran dalam penyata ‘discounted
cash flow’ dan penyata yang penuh angka. Lantas Kali mencadangkan
agar Khairy menganggotai ECM Libra sebagai seorang pakar seranta.
Dengan kata lain, Khairy akan menggunakan hubungannya dengan pihak
atasan untuk menjadikan ECM Libra lebih kaya-raya. Orang biasa yang
tidak tahu-menahu akan muslihat dunia kewangan akan beranggapan
jawatan Khairy sebagai penasihat korporat, tentulah ada kena-mengena
dengan kewangan. Di sebalik pangkat sebagai seorang pengarah itu
Khairy sebenarnya bukanlah seorang pengarah syarikat yang sebenar.
Sebagai seorang yang berjawatan pengarah ECM Libra, memang
nampaknya beliau adalah seorang yang berpangkat besar. Hakikatnya
dia bukanlah menganggotai Lembaga Pengarah syarikat itu. Penasihat
korporat adalah nama cantik yang berbau kewangan. Sebenarnya orang
yang memegang jawatan tersebut, seperti seorang jurujual luar biasa
yang membawa masuk bisnes kepada syarikat.

Para anggota Pemuda Umno tidak mengetahui yang Naib Ketua Pemuda
Umno hanya seorang jurujual yang diglamourkan menjadi gah. Namun,
pangkat yang gah itu bukanlah hiasan semata-mata. Khairy mempunyai
peluang untuk mengaut keuntungan yang bertimbun. Khazanah
merupakan sebuah badan milik kerajaan yang akan menjadi yang pertama
daripada banyak institusi kerajaan yang akan dibaham oleh Khairy.

92 Malaysia Today
BAB 10

Jurulelong Negara

T indakan berani Azman Mokhtar menolak keghairahan Khairy


Jamaluddin untuk menjadi Chief Operations Officer (COO - Ketua
Pegawai Operasi) Khazanah merupakan satu tamparan hebat kepada
ego Khairy. Beliau menyangka pada asalnya bahawa perlantikannya
untuk mengisi jawatan itu hanyalah satu formaliti sahaja. Sebaliknya,
dia mendapati impian itu berkecai setelah ditolak secara berhemah dan
berbudi-bahasa tetapi sungguh terkesan kepada seorang anak muda
yang mentah dan tidak berpengalaman. Dengan alasan yang sama
inilah menyebabkan beliau tidak diberikan sebarang jawatan di pejabat
Perdana Menteri sejurus selesai Pilihan Raya Umum ke-11, di mana
beliau dikatakan berjaya merencana satu kemenangan yang paling besar
untuk Barisan Nasional dalam sejarah parti berkomponen itu.

Sebagai Ketua Kempen Pilihan Raya, Khairy bukan sahaja berjaya


mencorakkan satu imej baru buat Abdullah yang dilihat sebagai insan
yang baik hati, tinggi budi bahasanya dan lebih lemah-lembut berbanding
Dr. Mahathir. Malah, beliau merupakan orang yang menentukan
siapa di kalangan calon Barisan Nasional yang patut bertanding. Satu
Jawatankuasa khas yang dianggotai tiga orang mengandungi Timbalan
Perdana Menteri Najib Tun Razak, Setiausaha Kerja Barisan Nasional,
Yaakob Muhammad dan Khairy Jamaluddin telah diberikan kebebasan
untuk memilih dan menentukan orang yang patut menerima watikah
menjadi calon Barisan Nasional. Dua orang anggota Jawatankuasa itu
memang tidak ragu-ragu lagi dengan mendapat suara siapakah yang
lebih didengar oleh Perdana Menteri untuk menentukan keputusan yang
muktamad.

Sejurus selesai Pilihan Raya Umum itu Khairy tidak dapat menahan

Malaysia Today 93
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

kegembiraan untuk bercakap angkuh tentang peranannya menentukan


kemenangan besar Barisan Nasional. Gelagat ini bukan sahaja menaikkan
kemarahan Najib, malah beberapa orang pegawai di pejabat Abdullah
yang telah lama berkhidmat dengan setia kepada beliau. Kumpulan
ini yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Peribadi, Thajudeen Abdul
Wahab telah bergabung tenaga menasihatkan Abdullah agar beliau
menghentikan segala cakap-cakap cemuhan yang dilempar kepadanya
disebabkan Khairy. Thajudden menasihati Abdullah agar menamatkan
khidmat Khairy di pejabat kerana beliau masih mampu bergantung harap
kepadanya sebagai seorang anggota keluarganya sendiri. Adalah tidak
kena pada tempatnya jika Abdullah terus menggunakan Khairy sebagai
seorang penasihat rasmi. Seorang lagi kepercayaan Abdullah, Fawzi
Basri (arwah) telah mencadangkan agar Khairy diberikan tugas lain di
kementerian yang lain. Ketika itulah seorang sekutu Khairy, Ahmad Zaki
Zahid, yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan agar
Khairy dilantik menjadi Chief Executive Officer (CEO - Ketua Pegawai
Eksekutif) di Khazanah.

Perkara itu telah dibincangkan oleh Abdullah dengan Menteri Kewangan


kedua Nor Mohamed Yakcop. Mereka bersetuju bahawa CEO yang ada
ketika itu, Anuar Aji, tidak cekap dan kerap gelabah dalam tugasnya.
Namun, Nor Mohamed berpendapat adalah tidak masuk akal untuk
meletakkan seorang anak muda berusia 28 tahun dan masih mentah dalam
dunia niaga dilantik menguruskan perniagaan Khazanah. Sesungguhnya,
kalau tidak kerana pengalaman sebagai Pegawai Khas di Jabatan
Perdana Menteri, Khairy tidak memiliki pengalaman kerja kecuali
sebagai seorang wartawan pelatih di dalam bidang percetakan dan media
elektronik. Kerana itu Nor mencadangkan agar Khairy dilantik menjadi
seorang COO yakni satu tahap bawah sikit daripada jawatan CEO.
Jawatan demikian memberikan peluang untuk Khairy bertanggungjawab
ke atas urusan harian Khazanah, sedangkan orang yang menjadi ketua
beliau menumpukan tugas terhadap penentuan dasar utama Khazanah.
Tugas sebagai COO itu adalah semacam sama dengan tugas beliau di
pejabat Abdullah.

Nor Mohamed Yakcop muncul di puncak kuasa dengan tugas menjadi


penasihat kepada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir melaksanakan
tambatan Ringgit ketika berlakunya krisis kewangan Asia pada 1997
dahulu. Pada mulanya Nor Mohamed Yakcop punya hubungan rapat dengan
anak-didik Anwar Ibrahim yang bernama Wan Hasni sebagai penasihat
Kumpulan Syarikat Abrar. Nor Mohamed Yakcop pernah menjadi seorang

94 Malaysia Today
pegawai di Bank Negara di mana beliau bertanggungjawab terhadap
kerugian wang negara sebanyak RM15 bilion dalam spekulasi pasaran
wang asing (forex). Ada desas-desus mengatakan Nor Mohamed Yakcop
pernah meraih keuntungan besar dalam urusan pertukaran matawang
asing sehingga beliau mampu membeli seekor kuda lumba di Melbourne
Cup Race dan menamakannya ‘Bank Negara’.

Semasa memberikan khidmat singkat sebagai penasihat Khas kepada


Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop telah mengambil beberapa
graduan lulusan Oxford dan Cambridge serta segelintir lulusan
universiti lain yang dikatakan pintar belaka. Graduan yang berusia
dalam lingkungan tiga puluhan merupakan akauntan ataupun peguam
yang pernah berkhidmat dalam pelbagai bidang dan pakar dalam urusan
penstrukturan. Salah seorang daripada mereka ialah Azman Mokhtar
yang dipilih oleh Nor Mohamed untuk menjadi CEO di Khazanah.
Nor Mohamed berpendapat oleh kerana Azman adalah lulusan Oxford,
tentulah dia serasi menerima Khairy yang juga lulus daripada Oxford
sebagai Timbalannya.

Akan tetapi Azman tidak berapa berminat dengan Khairy. Pertama, dia
tidak suka ada orang mengintai apa yang dilakukannya. Sebenarnya dia
boleh bekerja dengan lebih selesa dan mengaut keuntungan yang lebih
lumayan sebagai ‘Managing Partner’ di ‘Binafikir’ jika dibandingkan
dengan tugasnya berkhidmat untuk negara di Khazanah. Untuk
melaksanakan tugasnya di Khazanah dengan baik dia tidak mahu sesiapa
mengongkongnya. Khazanah mempunyai aset berjumlah sekitar RM600
bilion melalui 11 anak syarikat, 16 syarikat bersekutu dan ratusan
pelaburan kecil di Malaysia dan di luar negara. Ternyata memang
mengiurkan selera Khairy yang begitu rakus dan tamak haloba. Akan tetapi
alasan paling utama kenapa Azman menolak perlantikan Khairy ialah
wujudnya satu kumpulan anak-anak muda di keliling Azman yang tidak
begitu bersimpati dengan Khairy. Mereka ini sama–sama berkelulusan
tinggi dengan ijazah kelas pertama daripada universiti terunggul dunia.
Graduan-graduan muda ini telah ditempatkan di beberapa jawatan
penting di Khazanah, daripada Pembantu Peribadi kepada Pengarah
Pelaburan, Ekuiti dan Kewangan Korporat. Dalam jawatan itu mereka
perlu memberi tumpuan khusus kepada tugas mereka.

Graduan muda yang berkelulusan tinggi ini tidak serasi dengan Khairy
kerana Khairy adalah lambang nafsu serakah politik. Mereka sedar
kehadiran Khairy akan memaksa mereka bertolak ansur dalam prinsip

Malaysia Today 95
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

bisnes untuk memihak kepada kehendak politik. Khairy pasti membawa


masuk kroninya untuk terlibat dalam urusan dagang Khazanah. Yang
lebih penting lagi, Khairy akan membawa pengaruh negatif terhadap
profesionalisme kerana mahukan setiap bentuk maklumat disalurkan terus
kepadanya. Kumpulan anak-anak muda inilah yang telah membantah
dengan lantangnya akan kemasukan Khairy. Sebagai COO Khazanah.
Mereka menjerit keriangan apabila Azman mengoyak surat pelantikan
yang telah disediakan oleh Norza Zakaria yang bertugas sebagai
Setiausaha Politik Mohamed Yakcop. Surat itu hanya menunggukan
tandatangan Pengerusi Khazanah merangkap bapa mertua Khairy iaitu
Abdullah Badawi.

Khairy sedar graduan muda di Khazanah bukanlah sama tongkang dengan


orang-orang beliau yang bertugas di Ethos Consulting dan beberapa
syarikat dagang yang digunakannya sebagai saluran politik. Kalau para
kroni beliau boleh dilentur untuk melakukan apa yang dikehendakinya,
kumpulan muda di Khazanah selalu mentertawakan Khairy. Mereka tahu
Khairy tidak pandai sangat menilai pendekatan asas perniagaan, termasuk
membaca maklumat penyata perakaunan dan rencana perdagangan.
Memanglah Khairy tidaklah seteruk itu hingga boleh dianggap dungu.
Akan tetapi pengalamannya selama enam bulan sebagai pengacara satu
rancangan TV bukanlah memberikan banyak pengalaman kerja untuk
beliau memahami selok-belok kewangan korporat. Di sebalik kekurangan
yang ketara, Kalimullah Hassan telah melantik Khairy menjadi seorang
pegawai di Kewangan Korporat di ECM Libra kerana beliau sendiri pun
dahulu tidak punyai apa-apa pengalaman dan terpaksa menggunakan
rangkaian seranta untuk mendapatkan peluang perniagaan untuk syarikat
usahasamanya.

Khairy sedar dia tidak boleh membiarkan Khazanah berurusan di


bawah jagaan anak-anak muda yang begitu bertentangan dengan impian
politiknya. Apabila Azman menolak beliau, Khairy telah menggunakan
satu taktik lain untuk menentukan dia mempunyai pengaruh dalam
sistem Khazanah. Perlantikan Azman secara mendadak bererti banyak
orang lama yang perlu diganti. Khairy telah mendesak Abdullah untuk
memecat semua pegawai kerajaan yang lama di situ dan menggantikannya
dengan orang yang bertaraf profesional. Azman telah memilih majoriti
orang baru untuk mengisi jawatan lama. Tetapi terdapat segelintir yang
mampu masuk dengan ihsan Khairy. Khairy mahu menggunakan mereka
sebagaimana dia menggunakan Mustapha Ong di pejabat Najib. Orang–
orang ini merupakan perisik bagi pihak Khairy dan bertanggungjawab

96 Malaysia Today
memberikan maklumat aset Khazanah yang baik-baik untuk dipilih oleh
Khairy bagi urusan perniagaannya.

Antara segelintir orang-orang pilihan Khairy ini tersebutlah nama


seorang rakannya daripada Ethos Consulting yang bernama Gianendra
Sarvananthan. Mereka berdua pernah belajar di England dan pernah
belajar bersama-sama dalam kumpulan yang sama. Semasa Khairy mula-
mula masuk berkhidmat di pejabat Abdullah, orang yang kerap memberi
nasihat kepadanya mengenai ekonomi dan bisnes, ialah Sarvananthan.
Ketika itu Sarvananthan bertugas sebagai penasihat korporat kepada
sebuah bank yang berpengkalan di Singapura. Semasa itulah Sarvananthan
telah memperkenalkan Khairy kepada beberapa syarikat perniagaan di
Singapura termasuk beberapa pegawai utama dalam Temasek Holdings
dan DBS Bank. Temasek Holdings adalah syarikat milik kerajaan
Singapura. Apabila Khairy gagal mendapat tempat di Khazanah beliau
mengambil langkah bijak untuk menempatkan Sarvanathan di situ.

Lantas Sarvananthan telah dilantik sebagai Pengarah Pelaburan di


Khazanah. Pada usia 29 tahun, Sarvananthan yang tidak ada sebarang
pengalaman dalam perniagaan di Malaysia telah diberikan kuasa untuk
menstruktur perniagaan Khazanah, dan yang amat penting sekali sektor
pelaburan ekuiti. Di sebalik kelulusannya yang tertulis, Sarvananthan
tidak pun tahu-menahu akan asas kewujudan Khazanah. Lagi pun dia
bukan tahu sangat akan suasana kewangan dan perniagaan di Malaysia.
Semua ini dianggap tidak penting walaupun dia diberikan tugas terpenting
dalam kerja-kerja penstrukturan Khazanah.

Melalui Savananthan, Khairy telah mengemukakan banyak cadangannya


kepada Khazanah. Pendekatan mereka memang amat mudah sekali.
Khairy telah memilih apa juga bidang bisnes di mana dia ataupun ECM
Libra dapat memainkan peranan. Dia memberitahu Savananthan yang
akan pergi berjumpa Azman dengan cadangan yang sama kerana kertas
kerja itu telah dibuat sendiri oleh Sarvananthan. Setiap kali Khazanah
memilih sesuatu jenis perniagaan untuk diniagakan, Khairy akan dilantik
oleh pihak yang berminat sebagai penasihat mereka. Satu bahagian
komisen yang khusus diberikan kepada Khairy kerana menguruskan
perniagaan itu. Selalunya komisen adalah sedikit sahaja dalam bisnes
biasa, tetapi komisen untuk Khairy adalah banyak kerana memandangkan
besarnya urusan yang dibuat dengan Khazanah.

Sebagai contohnya ialah kemasukan Temasek memiliki saham TM

Malaysia Today 97
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

ataupun dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia. Temasek telah


membeli saham TM sebanyak 5% dengan harga RM1.6 bilion di tahap
awal pentadbiran Abdullah. Ini merupakan satu isyarat urusan yang
menyegarkan hubungan niaga antara dua negara yang dipisahkan oleh
Tambak Johor. Seperti yang diketahui umum. Temasek adalah pemegang
saham SingTel yang dinaungi oleh Lee Hsien Yang, anak bongsu Lee
Kuan Yew. Ini merupakan satu urusniaga besar yang sangat penting. Apa
yang tidak diketahui umum ialah perihal Temasek membayar komisen
kepada Khairy melalui satu syarikat yang berdaftar di Singapura yang
rapat dengan proksi Khairy bernama Norza Zakaria. Alamat syarikat ini
ialah di Singapore Land Tower; 50, Raffles Place. Bayaran yang dibuat
kepada syarikat ini ialah untuk khidmat perundingan. Yang sebetulnya
itulah komisen yang dianggap rasuah juga.

Urusan dagang itu setelah dimaklumkan kepada pucuk kepimpinan


Umno yang paling utama. Mustapha Mohammad telah memberitahu
bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabatnya di
Menara Berkembar Petronas. Dr. Mahathir melenting kerana marah yang
amat sangat. Walaupun Dr. Mahathir sendiri bukanlah bebas daripada
kesilapannya dalam urusan politik dan dagang, dia selalunya memendam
rahsia itu di kalangan keluarganya sendiri iaitu di kalangan masyarakat
bisnes di Malaysia. Dia tidak pernah merestui penjualan apa juga kepada
musuh ketatnya - Singapura.

Mustapa telah diberikan tugas khas untuk mendapatkan sokongan


beberapa orang menteri agar sama-sama menyuarakan kekesalan bahawa
penjualan kepada Temasek adalah satu kesilapan besar. Hampir di setiap
negara, telekomunikasi adalah dianggap sebagai satu industri strategik
yang sentiasa diawasi dengan rapi kerana implikasi keselamatan negara.
Abdullah telah diberitahu betapa ramai jurutera di SingTel adalah pakar-
pakar yang telah dilatih oleh Israel yang turut menyumbang kepada
pembentukan sistem satelit yang canggih. Beberapa menteri seperti
Aziz Shamsuddin dan Azmi Khalid telah memberitahu Abdullah bahawa
langkah membuka telekomunikasi negara kepada Singapura adalah amat
berbahaya, memandangkan sebelum ini Singapura telah dibenarkan
menceburi bidang perbankan, insurans, pembekalan bahan-bahan
pembinaan dan media cetak negara. Agen (perisikan) Singapura seperti
Kalimullah Hassan telah diberikan kedudukan di tempat yang strategik.
Kemudian ada pula masalah di mana segala pelaburan Singapura tidak
dapat dibalas dengan setimpalnya oleh rakyat Malaysia yang lebih
miskin.

98 Malaysia Today
Gandingan tiga serangkai (troika) yang dianggotai oleh Mustapa,
Azmi dan Aziz merupakan menteri yang berpengaruh kerana mereka
adalah saki-baki pentadbiran Dr. Mahathir dan diketahui berkata benar
dengan ikhlasnya kepada Abdullah. Kerana itu Abdullah tidak ada
pilihan dan bersetuju dengan pendapat mereka. Namun, Khairy berdegil
kerana merasakan habuan yang lumayan daripada urusan dengan pihak
Singapura. Hampir semua hubungan perniagaan Khairy ada sangkut-paut
dengan Singapura. Proksi beliau, Norza Zakaria mempunyai kepentingan
niaga di Singapura.Majikannya ECM Libra berpengkalan di Singapura.
Majikannya itu mempunyai satu syarikat berdaftar di Singapura yang
menggunakan wang Singapura untuk membeli aset Malaysia. Badut
beliau yang bernama Kalimullah Hassan adalah seorang ‘apologist’
yang naik dalam kerjayanya kerana membuat laporan yang baik-baik di
Malaysia bagi pihak Singapura. Penasihat ekonomi beliau yang bernama
Sarvananthan telah dilatih oleh Singapura dan taat dan setia kepada
Temasek. Patutlah orang Singapura lebih suka memberikan gelaran
kepada Khairy sebagai “The Quiet Singaporean”.

Tidak ada pelabur asing yang perkasa mahu berada dalam kedudukan
pemegang minoriti untuk satu jangkamasa yang panjang. Kerana itu
Temasek berusaha melobi dengan gigih untuk mendapatkan pegangan
saham TM sebanyak 5% lagi. Kalau diambil kira keadaan pasaran
modal semasa, pelaburan tambahan itu membabitkan pembelian hampir
RM1.7 bilion. Khairy selalunya mendapat komisen antara 1% hingga
2% yang dikongsi sama dengan sekutunya dan ini berjumlah antara
RM17 juta hingga RM34 juta. Apabila diambilkira RM16 juta yang
diterimanya dalam transaksi yang terdahulu sudah tentu ini merupakan
satu perniagaan yang amat lumayan kerana Khairy hanya perlu bersuara
memujuk Abdullah bersetuju dengan urusan dagang itu.

Sejak Mac tahun ini, Abdullah telah merayu agar kabinet membenarkan
Temasek menambahkan sahamnya dalam TM. Setiap kali dia berbuat
demikian dia menemui jalan buntu kerana tentangan para menteri yang
telah menerima maklumat daripada Dr. Mahathir. Lagi pun, Najib Razak
sengaja diam membisu dalam hal ini. Setiap kali selesai mesyuarat
kabinet, Najib akan bertemu Dr. Mahathir dan juga bekas Menteri
Kewangan Tengku Razaleigh untuk mendapat panduan dan nasihat
mereka. Nasihat yang diterima adalah sama sahaja, iaitu melambat-
lambatkan perkara itu selama mungkin. Jika tidak, sekat terus usaha
itu. Kalau Temasek dibenarkan mendapat saham tambahan, kepentingan
Malaysia akan tergadai.

Malaysia Today 99
HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Untuk memecah kebuntuan, Khairy telah berunding dengan Sarvananthan.


Mereka tonjolkan satu idea baru yang bertujuan memberi penekanan
kepada peningkatan kepentingan Malaysia di Singapura. Mereka
berdua berharap kalaulah ada syarikat Malaysia yang membeli lebih
banyak saham syarikat Singapura, penentangan terhadap usaha Temasek
membeli saham TM boleh diredakan. Sarvananthan telah mencadangkan
kepada Khazanah dan CEO TM, Abdul Wahid Omar; agar membeli lebih
banyak saham M1, syarikat telekomunikasi ketiga terbesar di Singapura.
Namun, urusniaga itu didapati lebih mahal daripada harga yang mula-
mula ditetapkan. Singapura enggan menjual sahamnya dengan harga
murah dan Malaysia terpaksa membayar premium dalam pembeliannya.
Kesannya, saham TM menjunam kerana para pelabur runsing pembelian
itu tidak berbaloi dan akan menjejaskan keuntungan TM akhirnya.
Implikasinya ialah saham TM yang akan dibeli oleh Temasek menjadi
lebih murah daripada yang dijangka pada awalnya. Demikianlah “otak-
udang” Khairy dan orang-orangnya di Khazanah. Kesannya Singapura
2 Malaysia 0.

Sehingga kini pun, Khairy masih berharap agar urusan itu dapat
diselesaikan. Jika tidak pun, masih banyak lagi urusan lain yang boleh
dimajukannya kepada Singapura. Salah satu usaha itu ialah penstrukturan
FELDA yang membabitkan asetnya. Kegiatan utama FELDA ialah
perladangan. Akan tetapi tidak ramai orang yang sedar betapa FELDA
mempunyai pelaburan juga dalam banyak bank utama di Malaysia
terutamanya MayBank. Pelaburan yang dianggap kecil ini berjumlah
berbilion Ringgit dan sudah matang untuk menjadi pilihan pelabur
asing. Seandainya FELDA berhasrat menggugurkan aset semacam itu
untuk memberikan tumpuan kepada perladangan. Dengan menggunakan
ECM Libra, Khairy telah mengemukakan cadangan kepada FELDA dan
Najib Tun Razak agar aset jenis ‘non-core’ (sampingan) ini dijual kepada
pihak berminat di Singapura. Khairy telah memberitahu Temasek dan
DBS Bank untuk bersiap sedia membeli aset itu semuanya. Berapakah
agaknya komisen kepada Khairy? Antara RM30 juta hingga RM50 juta.
Masalah di FELDA berpunca daripada rencana penstrukturan yang
bukan direka oleh Khairy. Sebenarnya pengstrukturan FELDA adalah
ilham Jamaluddin Jarjis yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan
Kedua. Jamaluddin telah melantik anak saudaranya untuk membuat
perancangan itu melalui syarikat kumpulan Avenue Capital. Akan
tetapi apabila Abdullah memegang tampuk kuasa, rencana itu telah
dibatalkan kerana memberi ruang kepada rancangan Ethos Consulting,
yang merupakan sayap pelaburan Khairy. Abdullah beranggapan adalah

100 Malaysia Today


mudah untuk mendapatkan persetujuan Najib. Akan tetapi Najib telah
berhelah dengan meletakkan FELDA di bawah kuasa seorang pegawai
baru, yang merupakan rakan lama Mustapa Mohamad. Nama beliau
ialah Ahmad Maslan. Kini keadaan sudah berada di satu persimpangan.
Sedangkan kedua-dua pihak sedang melobi dengan gigihnya untuk
menyeluk pekasam yang bernama FELDA. Apa yang dimulakan dahulu
oleh Tun Razak sebagai rencana awalan Dasa Ekonomi Baru (DEB)
untuk membantu orang Melayu di kampung-kampung kini sudah menjadi
kawah kencana yang terletak di hujung pelangi.

Setakat ini Khairy hanya mendapat komisen daripada urusniaga yang


utama sahaja. Namun, masih ada satu aset kerajaan yang bernilai sekitar
RM1.7 bilion yang tidak lama lagi akan menjadi landasan Khairy untuk
masuk senarai Billionaire Forbes. Rancangan untuk membalun harta
karun itu sudah mengambil masa yang lama kerana begitu kompleks.
Kini Khairy dan Norza Zakaria sudah berjaya memecahkan jalan buntu.
Tidak berapa lama lagi rencana itu akan meledak juga dan menjanjikan
keuntungan kepada mereka.

Malaysia Today 101


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 11

Khairy dan kilang duitnya

T idak sukar untuk menjadi jutawan di Malaysia. Malah, tidak sukar


juga, untuk menjadi multi-jutawan – jika anda mempunyai hubungan
yang betul. Hampir selalu, dengan mempunyai hubungan yang betul
bermakna mempunyai penaung dalam Umno, sama ada anda seorang
Melayu, India atau Cina. Seorang “godfather” dalam Umno akan
memberi laluan kepada pelbagai peluang membuat duit, dengannya anda
mungkin tidak perlu berbuat apa-apa. Lihat saja, Haniff Aziz, sepupu
Khairy Jamaluddin yang merupakan salah seorang ‘Raja-raja Kayangan’
AP

Sebagai seorang bekas kakitangan kerajaan, Haniff hanya mendapat


tidak lebih daripada RM100,000 setahun. Kalau ditolak dengan hutang
dan sara hidup, dia akan mampu menyimpan kira-kira RM30,000
setahun, itupun jika dia pandai berjimat. Sudah tentu wang simpanan
sebanyak itu tidak mampu digunakan untuk membina bilik pameran
‘showroom’ untuk mempamerkan kereta import. Namun, pada hari ini,
dengan peluang meraih AP selama dua tahun, Haniff Aziz sudah bernilai
lebih RM300 juta. Wang sebanyak ini telah diraihnya dan menjadi satu
gambaran betapa Rafidah Aziz sudah tidak hiraukan unsur amanah dalam
kerajaan. Ia juga sudah menjadi satu simbol bagaimana orang yang rapat
dengan Khairy kini menjadi satu golongan yang tidak boleh disentuh
dalam bidang perniagaan Malaysia.

Seperti juga dengan panglima perang Umno pada zaman dahulu, Khairy
melindungi kawan-kawannya walaupun mereka bergelumang dalam
korupsi yang nyata. Dalam kisah Haniff, setakat ini beliau terlepas
kerana Khairy tidak mahu melihat saudara sedatuk dengannya, tercemar
oleh sebarang skandal, kerana itu akan terpalit ke atas dirinya juga.

102 Malaysia Today


Kerana itu, pengedar ‘Wald Automobiles’ terpaksa menjadi pihak
pertama yang menerima bahana kemarahan Dr. Mahathir yang merungut
terhadap salahguna AP. Wald dianggap telah menaikkan kemarahan Dr.
Mahathir kerana mengimport kereta sama jenis yang diimport oleh anak
lelaki Dr. Mahathir. Cuma dalam surat pengimportan mereka, Wald telah
membuat deklarasi harga sebanyak 50,000 hingga 100,000 lebih rendah
daripada harga yang dijual oleh keluarga Dr. Mahathir. Khairy fikir,
tindakan terhadap Wald buat kali ini, akan melepaskan Haniff daripada
menjadi sasaran kemarahan orang ramai.

Mungkin juga orang politik menganggap kesetiaan sebagai satu nilai


hidup yang sungguh berharga. Sudah tentu, Khairy setia kepada kelompok
kawan-kawannya yang membantunya menghimpun harta karun. Salah
seorang rakan beliau yang belajar di Oxford pernah menggunakan nama
beliau bagi mengelak daripada membayar hutang bernilai RM5 juta yang
jatuh matang kepada Danaharta. Ayah si peminjam ini ialah seorang pemaju
hartanah di Negeri Sembilan yang kerugian. Jadi, beliau pergi menemui
pegawai Danaharta dan mengingatkan pegawai itu supaya tidak membuat
tuntutan hutang tersebut kerana anak si pemiutang adalah rakan baik
Khairy. Ini membuatkan Danaharta jadi takut dan si peminjam diberikan
masa untuk menyelesaikan hutangnya. Hanya dengan menggunakan
nama Khairy Jamaluddin sudah cukup untuk dijadikan kata-laluan bagi
membalun harta karun.

Khairy tidak boleh dituduh sebagai satu-satunya orang Pak Lah yang
korup. Memang terdapat ramai lagi orang Pak Lah yang memang begitu
terlibat dengan pemberian kontrak, lesen, permit dan komisen kepada
penyokong pilihan mereka. Tidak ada satu jerung pun yang teraniaya oleh
Abdullah kecuali si jerung itu dilihat oleh Abdullah dan orang-orangnya
sebagai orang setia Dr. Mahathir. Itu sahaja kriteria untuk mensabitkan
seseorang itu dalam mahkamah.

Kali terakhir Malaysia melahirkan bilionaire dengan korupsi kerajaan,


adalah sekutu bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin dan Anwar
Ibrahim. Khairy berhasrat mahu menggondol gelaran tersebut bagi
dirinya sendiri. Namun, berbeza daripada mereka, dia mengelak glamour
seorang hartawan. Sebaliknya, pandangan jauhnya ialah untuk membuat
duit melalui proksi, sambil dia sendiri memainkan peranan seorang ahli
politik yang sedang naik, dan dilihat bebas daripada kekotoran dalam
perniagaan. Hakikat yang sebenar, kumpulan yang membuat duit untuk
Khairy, selalunya bergerak di bawah panduannya dan hanya bertindak
apabila dia mengarahkan mereka.

Malaysia Today 103


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Satu rencana besar yang sedang dirancang membabitkan penjualan


lebihan aset simpanan Danaharta yang kini sedang diusahakan oleh
proksi Khairy, Norza Zakaria melalui sekutunya di Singapura. Norza
mempunyai sebuah syarikat usahasama di Singapura dengan rakan
kongsinya bernama Mr.S.

Mr. S ialah rakan sekolah Khairy di United World College (UWC)


Singapura. Kini, Mr. S adalah seorang pakar kewangan korporat yang
berminat dalam bidang hartanah dan multimedia. Mr. S pernah bertemu
Khairy dan kroni beliau di Khazanah membincangkan bagaimana
cara memiliki aset milik Syarikat Berkaitan Kerajaan Malaysia (GLC
- Government Linked Companies) dan mendapat beberapa peratus
komisen daripadanya. Salah seorang penasihat Khairy ialah pemegang
saham Ethos Consulting yang kini bertugas di Deutsche Bank di Kuala
Lumpur.

Kenapa pilih Danaharta? Jawapannya amat mudah. Danaharta ditubuhkan


semasa meledaknya krisis kewangan Asia. Dengan menggunakan dana
kerajaan, Danaharta telah membeli ‘NPL – Non-performing loans’ (hutang
tidak berbayar) daripada bank-bank Malaysia. Dengan lain perkataan,
Danaharta telah membeli hutang bertapuk dengan peratusan premium
yang tinggi. Sejak penubuhannya, Danaharta telah berjaya membayar
balik RM11 bilion yang dipinjam daripada kerajaan. Namun demikian,
masih ada lagi aset yang belum terjual bernilai RM1.7 bilion. Akan tetapi
jangka hayat Danaharta adalah terhad. Ia dijangka akan ditamatkan pada
akhir tahun ini. Ini bermakna semua asetnya mesti dijual juga.

Khairy, Norza, Mr. S dan kawan mereka di Deutsche Bank sudah


merancang mahu membeli semua aset kepunyaan Danaharta dengan
diskaun yang tinggi. Setiap seorang akan memainkan peranan tersendiri.
Kawan di Deutsche Bank telah menyediakan satu cadangan (kertas kerja)
kepada Pengarah Urusan Danaharta Zukri Abdul Samad untuk membeli
semua aset Danaharta. Deutsche Bank akan mengambil peranan sebagai
fronting bank (bank utama) dan dana untuk membeli aset itu akan
diwujudkan oleh Khairy, dan Norza. Buat masa ini, cadangan itu sedang
dipertimbangkan. Deutsche Bank menuntut diskaun sebanyak 70%
daripada harga pasaran terhadap semua aset yang ada. Dengan demikian
mereka mengimpikan keuntungan sebanyak RM1.2 bilion. Danaharta
tidak begitu berminat menjual dengan harga sebegitu kepada Deutsche
Bank kerana semua aset itu mempunyai potensi sekurang-kurangnya
melonjak naik kepada 80% nilai pemulihan.

104 Malaysia Today


Akan tetapi Danaharta mempunyai dilema tersendiri. Pertama, segala
keputusan untuk menjual tidak terletak di tangan mereka. Ia terletak
bawah Kementerian Kewangan dan kementerian itu bertanggungjawab
terus kepada bapa mertua Khairy, Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun
Abdullah tidak begitu terlibat dengan keputusan tersebut, kerana beliau
bergantung harap kepada Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed
Yakcop, sudah tentu keputusannya dipengaruhi oleh tiga orang sekutu
Khairy di kementerian itu. Sebelum bertindak, Nor Mohamed akan
merujuk kepada dua pegawai khas kepada Menteri Kewangan yang
merupakan rakan Khairy sejak Oxbridge lagi yang telah dilantik
menjawat kedudukan mereka dengan sokongan Khairy juga.

Sebagai seorang penasihat korporat ECM Libra, Khairy akan melobi


agar rencana itu diterima pakai. Deutsche Bank akan muncul sebagai
pembeli. Sedangkan orang yang paling beruntung ialah Khairy dan
Norza. Mereka hanya perlu sediakan lebih kurang RM500 juta untuk
mengaut keuntungan berbilion Ringgit. Buat masa ini Khairy dan
Norza tidak mempunyai dana sebanyak itu. Ini tidak bermakna mereka
tidak mampu menyediakan satu ‘bank guarantee’ (jaminan bank) yang
mampu bertahan sehingga mereka menjual balik semua aset yang dibeli
itu. Kunci utama di sini ialah sesiapa pun mampu meraih keuntungan
besar sebagai orang tengah. Dalam kes ini, Khairy mampu menjadi
orang tengah istimewa itu kerana tidak akan berdepan dengan tawaran
pencabar lain.

Tiada sesiapa yang percaya bahawa aset itu akan dinilai dengan
sewajarnya. Khairy mempunyai ramai orang upahannya di Kementerian
Kewangan, Bank Negara dan beberapa institusi lain yang membuat
laporan terus padanya. Kebanyakan mereka adalah kawan lama semasa
menuntut di Singapura dan United Kingdom. Mereka mungkin tidak
mengimpikan walaupun separuh daripada kekayaan Khairy, tetapi
perkhidmatan yang mereka hulurkan akan menyediakan laluan untuk
kenaikan pangkat dan peluang mendapat habuan sampingan daripada
projek dalaman yang menguntungkan.

Setiap laporan dan minit mesyuarat Kementerian Kewangan, Bank


Negara, Khazanah dan Danaharta memang diberikan salinan kepada
Khairy. Norza dan beberapa pembantu khas di Kementerian Kewangan
menentukan agar Khairy dapat melihat setiap urusan dan pilihan.

Beberapa sekutu Khairy yang masih muda di beberapa institusi lain

Malaysia Today 105


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

membuat laporan daripada saingan mereka yang terdekat. Mereka juga


menggunakan pelbagai taktik untuk melunturkan minat pihak dan peniaga
lain yang berminat dengan projek yang sudah diimpikan oleh Khairy.
Setiap kali muncul seorang calon pembeli yang mahukan aset Khazanah,
maklumat cadangan mereka akan diberikan kepada dua saluran. Yang
rasmi pergi kepada Azman Mokhtar dan yang tidak rasmi pergi kepada
Khairy. Kalau Khairy menentang urusan itu, cadangan itu akan disekat.
Selalunya tidak ada jawapan kepada cadangan yang diterima, kecuali
satu kenyataan “sedang dipertimbangkan”. Itu pun tidak akan sampai
ke mana-mana kerana tidak lama kemudian akan muncul satu cadangan
yang lebih menyelerakan daripada salah seorang proksi Khairy.

Dengan cara ini aset negara akan dirompak sehingga telanjang bulat.

106 Malaysia Today


BAB 12

Berkerincing laci wang

S udah ada kepastian kini betapa sudah tidak ada lagi unsur ketelusan
di kalangan agensi ekonomi dan kewangan milik kerajaan. Norza
Zakaria pernah membuat pengakuan secara terbuka kepada barisan Exco
Pemuda Umno yang dia membaca minit mesyuarat yang penting-penting
sebelum dokumen rahsia itu dikemukakan kepada Menteri Kewangan
Kedua, Nor Mohamed Yakcop. Memanglah, masih ada lagi segelintir
manusia yang tulus ikhlas bertugas dalam pertubuhan itu semua. Mereka
sudah begitu mual dengan gelagat Khairy Jamaluddin. Mereka ternyata
segelintir sahaja dan dianggap golongan minoriti. Sebagai anak-anak
muda dalam lingkungan umur 30-an, mereka amat mengimpikan kejayaan
dalam kerjaya sama seperti kroni Khairy yang kini menerajui syarikat-
syarikat berkaitan kerajaan (GLC - Government linked companies) di
bawah naungan Khazanah.

Kerana itu, golongan minoriti ini hanya sanggup merungut sendirian.


Tiada siapa yang berani mengemukakan masalah ini ke atas kerana
sedar bahawa ketua-ketua mereka pun masuk dalam kocek Khairy. Baru-
baru ini ada seorang pegawai muda yang bertugas di sebuah institusi
kewangan telah bertindak membuat laporan kepada Badan Pencegah
Rasuah (BPR) perihal pembelian aset yang berupa sebuah kereta SPV.
Secara tiba-tiba BPR menggugurkan siasatannya apabila mengetahui
bahawa pembeli aset itu ialah Mr. S yang merupakan proksi istimewa
Khairy dan Norza. Pegawai yang jujur itu telah ditukarkan kepada satu
jawatan yang kurang penting di Bank Negara.

Jumlah para perunding ‘lantikan’ Khairy memang berlipat kali ganda


berbanding segelintir perunding yang bertugas secara jujur itu.
Kebanyakan mereka telah diambil pada awal 1998 dan 1999 ketika

Malaysia Today 107


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Malaysia menjadi taksub menyandarkan harapan ke atas lulusan Oxbridge


sebagai insan-insan yang dilihat sebagai penyelamat ekonomi negara.
Sebagai contohnya ialah seorang insan bernama Azman Yahya, seorang
pentadbir yang disebut-sebut sebagai pintar dan cekap lulusan London
School of Economics. Beliau telah diambil untuk menangani krisis
ekonomi Asia pada 1997 dahulu. Azman telah diberikan satu kontrak
oleh Syarikat Scomi (milik anak Perdana Menteri) melalui syarikatnya
yang bernama Symphony. Sebenarnya kontrak itu bukanlah hebat sangat.
Ia adalah kerja mengagihkan risalah kepada pemegang-pemegang saham
yang dahulunya dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan tetapi telah
diswastakan kepada Scomi. Dengan kata lain, Azman telah dianugerahkan
kontrak itu sebagai balasan terhadap khidmat kerjanya yang dikatakan
baik. Akan tetapi itu adalah muslihat untuk memindahkannya daripada
menyaksikan apa yang akan berlaku selepas itu. Kebanyakan pegawai-
pegawai muda di Jawatankuasa Pengstrukturan Semula Hutang Korporat
(CDR - Corporate Debt Restructuring Committee), Kementerian
Kewangan dan Danaharta yang dilatih oleh Azman kini sudah menjadi
orang setia Khairy, yang melakukan mengikut arahan Khairy dengan
harapan dapat menjadi semacam Azman Yahaya.

Khairy sedar akan semua ini tetapi sengaja tidak berbuat apa-apa.
Hakikatnya Khairy sedang meluaskan empayarnya sendiri. Oleh kerana
kebanyakan kroni beliau adalah insan yang tidak berapa dikenali oleh
masyarakat umum, apa yang sedang berlaku di sebalik tabir tidak pernah
mendapat penelitian dan kutukan umum seperti yang sepatutnya.

Parti-parti pembangkang di Malaysia memang sudah terlalu ketinggalan


daripada kejadian sebenar. Mereka lebih cenderung menumpukan
kritikan terhadap korupsi yang berlaku pada zaman Dr. Mahathir dan
tidak kepada kejadian seperti itu pada masa kini. Mereka tidak sedar
keadaan semakin teruk sekarang ini kerana kuasa naungan dalam aliran
politik di Malaysia sudah pun dikendalikan oleh satu kumpulan baru
Abdullah Badawi yang dianggotai oleh anak-anak muda yang licik.

Kalau ada pun rungutan mengenai tindak-tanduk Khairy menggeledah


aset negara, rungutan itu datang daripada suara-suara sumbang yang
masih memihak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Pada
Jun tahun ini, ada juga beberapa anggota Parlimen Barisan Nasional
yang cuba mengemukakan soalan mengenai salahguna kuasa terhadap
dana milik GLC, Khazanah dan Danaharta. Malah, ada salah seorang
ahli Parlimen itu yang mengemukakan satu soalan kepada Menteri

108 Malaysia Today


Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop, mempertikaikan kewarasan
memberikan begitu banyak tugas yang penting dan berahsia besar
kepada ECM Libra, Ethos Consulting dan Binafikir. Sedangkan ketiga-
tiga syarikat ini ternyata tidak mempunyai banyak pengalaman ataupun
latihan. Memanglah tersisip satu agenda sulit di sebalik soalan begitu.

Agenda tersembunyi soalan tersebut adalah bagi menyerang peranan


jahat Khairy dalam aktiviti-aktiviti ekonomi kerajaan. Apabila anggota
Parlimen tersebut membuat soalan bertulis, maklumat telah disampaikan
kepada Khairy oleh seorang senator wanita. Dengan pantas, Khairy
menelefon pejabat Abdullah Badawi yang mengatur satu sesi pertemuan
khas dengan anggota Parlimen berkenaan. Di sana ahli Parlimen itu telah
diberitahu bahawa soalan seperti itu ‘tidak membantu’. Soalan seperti itu
tidak pun timbul lagi selepas itu, dan mungkin juga untuk beberapa tahun
mendatang, anggota Parlimen tersebut tidak akan kedengaran juga.

Khairy merupakan salah seorang anggota daripada tiga orang yang


mempunyai kuasa terakhir menentukan siapa yang patut menjadi calon
Barisan Nasional masa pilihan raya umum. Menyedari hakikat ini, maka
anggota Parlimen diam membisu dan hanya berani menimbulkan soalan-
soalan mengenai pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.
Kerana itu hanya yang indah-indah dan muluk-muluk dan harum semerbak
sahaja akan kedengaran mengenai pentadbiran Abdullah Badawi.

Akan tetapi ini tidak bermakna tidak ada keresahan dan rungutan dalam
keadaan demikian. Cuma, selagi Abdullah Badawi menjadi Perdana
Menteri, Khairy dan para kroni beliau akan terus bergerak bebas untuk
menjadi kaya-raya. Segala contoh yang terdedah luas dan berlaku dalam
pentadbiran yang lalu memang amat difahami oleh anak-anak muda
lulusan Oxford dan Cambridge sambil mereka menggunakan ruang
perundangan yang sah untuk menaungi dan memunggah harta negara.

Khairy memang mempunyai ruang bebas untuk mengemukakan sebarang


cadangan kepada agensi kerajaan yang berselerak itu kerana wujudnya
manusia yang bersedia bersekongkol dengan janji mendapat imbuhan
yang lumayan. Sebagai contoh, di Khazanah kita melihat Azman
Mokhtar sebagai seorang yang bersih. Akan tetapi, beliau mempunyai
sebuah syarikat iaitu ‘BINAFIKIR’ yang kini diketuai oleh rakan baiknya
Mohd. Rashdan Yusuf, seorang lulusan Cambridge. Binafikir sedang
menantikan peluang mendapat kontrak yang bernilai berjuta-juta ringgit
yang mampu melonjakkannya ke mercu industri kewangan negara. Untuk

Malaysia Today 109


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

mencapai matlamat ini, Mohd Rashdan telah berulangkali melobi Khairy


agar memberi peluang beliau mengambilalih Aseambankers berasaskan
kejayaan Binafikir menjalankan khidmat menstruktur semula syarikat
milik kerajaan.

Hakikatnya, Binafikir hanya merupakan satu platfom beberapa anak muda


lulusan Cambridge yang diketuai oleh segelintir akauntan yang bernasib
baik pada 1998 dipilih oleh Nor Mohamed Yakcop meneliti MAS dengan
tujuan membahagikan MAS kepada syarikat-syarikat pemegang aset dan
juga operasi. Sejak itu, tiada perniagaan yang dilakukan oleh Binafikir
yang boleh dibanggakan. Namun, Mohd Rashdan beranggapan bahawa
kejayaan merangkul Aseambankers akan menyalurkan segala peluang
secara automatik. Aseambankers mempunyai takungan klien yang sedia
ada, sementara Mohd Rashdan menganggap Binafikir mempunyai
takungan anggota yang berbakat. Pandangan ini tidak dikongsi oleh
veteran dalam industri perbankan dan lain-lain pemain dalam industri,
yang melihat Binafikir hanyalah sebuah syarikat yang tidak ada aset yang
nyata dan pastinya tiada rekod prestasi yang digembar-gemburkan.

Namun demikian, perancangan itu dijangka akan terlaksana juga


berasaskan hubungan baik Rashdan dengan mafia Oxbridge yang
dipimpin oleh Khairy. Berita terkini mengenai MAS yang gagal
mengatasi cengkaman krisis 1997, menjadi satu tamparan hebat terhadap
sekutu-sekutu Khairy yang digembar-gemburkan selama ini hanya
omongan kosong semata-mata. Namun, tidak ada sesiapa yang sanggup
bersuara menyekat kelentungan begini kerana tidak ramai yang benar-
benar faham apa sebenarnya sedang berlaku di sebalik tabir pentadbiran
kerajaan Malaysia.

Khairy memunggah harta negara bukan sahaja melalui Khazanah,


tetapi juga dengan urusniaga sampingan melalui hubungannya dengan
Kementerian Kewangan yang diketuai oleh bapa mertuanya. Dua contoh
boleh dikemukakan di sini. Pertama ialah pengagihan saham-saham khas
untuk Bumiputra yang terdapat dalam syarikat tersenarai yang mempunyai
pemegang majoriti asing. Sekali lagi, Khairy bergantung kepada Norza
untuk memberikan maklumat mengenai urusniaga seperti itu. Dalam kes
tersebut, khususnya, Khairy telah berjanji untuk mengagihkan saham-
saham tersebut kepada dua calon sekutunya. Syarikat pertama akan
diagihkan kepada anggota istana yang rapat dengan Khairy. Bahagian
yang lagi satu, yang sudah pun diidamkan oleh salah seorang adik Najib
Tun Razak, 19% saham syarikat itu akan diagihkan kepada seorang

110 Malaysia Today


Bumiputra yang merupakan penama kepada seorang bilionaire Cina.
Tauke ini memang kerap kelihatan mengiringi Abdullah dalam banyak
lawatan beliau ke Amerika Syarikat semasa melawat isterinya yang
sakit, Endon Mahmood Ambak.

Apakah pendapatan bersih bagi Khairy dalam dua urusniaga tersebut?


Transaksi pertama yang akan melibatkan saham bernilai RM526 juta.
Komisen untuk Khairy dijangka sekitar RM15 juta. Dalam transaksi
kedua, jumlah yang terlibat lebih besar iaitu RM883 juta. Khairy dijangka
mendapat sekurang-kurangnya RM20 juta.

Jadi, sejak bulan Mac, secara kasar, pendapatan yang sudah dan akan
diperolehi oleh Khairy adalah seperti berikut:

1. Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings,


Singapura - RM16 juta.

2. Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM


6 juta.

3. Jangkaan komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek


Holdings Singapore – RM17 juta.

4. Jangkaan komisen daripada penjualan aset Danaharta – RM85 juta

5. Jangkaan komisen daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada


Temasek Holdings dan DBS Bank - RM30 juta.

6. Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputra dalam


syarikat milik asing – Syarikat 1 - RM15 juta

7. Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputra dalam


syarikat milik asing – Syarikat 2 - RM20 juta.

Jumlah yang terlibat ialah RM189 juta. Itu pun yang dapat dilihat oleh
umum.

Kenapa Khairy mampu merencana semua ini tanpa banyak tentangan?


Pertama, pihak pembangkang di Malaysia terlalu rapuh dan tidak mampu
bersepadu menentang satu kerajaan yang mereka anggap masih popular
yang dipimpin oleh Abdullah Badawi. DAP telah sekian lama membuat

Malaysia Today 111


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

penentangannya dengan bahasa yang sukar difahami oleh rakyat marhaen


dan para pengundi. PAS tidak mempunyai pakar ekonomi yang benar-
benar berwibawa. PKR pula lebih berminat menyerang Dr. Mahathir
Mohamad daripada mengkritik Abdullah kerana mereka masih melihat
Abdullah sebagai orang yang membebaskan Anwar Ibrahim.

Kedua, kalau ada pun musuh politik Khairy dalam Umno, mereka sendiri
sudah terpalit dengan pelbagai kes yang melibatkan persekongkolan
mereka dengan Dr. Mahathir. Sebagai contohnya ialah anak-anak
Dr. Mahathir. Mereka tidak mampu mengkritik Khairy dalam tindak-
tanduknya mengaut harta negara sebagai anggota keluarga dalam pucuk
pimpinan negara. Kerana semasa Dr. Mahathir, mereka sendiri mendapat
manfaat daripada aset negara seperti Petronas sehingga ratusan juta
Ringgit.

Ketiga, para profesional muda yang dibawa masuk berkhidmat sejak


beberapa tahun lalu, terlalu takut akan musnah masa depan mereka, jika
sekiranya mereka menimbulkan bantahan. Lagi pun, mereka menganggap
Khairy sebagai salah seorang daripada mereka dan berharap dapat
berkongsi kejayaan Khairy naik ke atas.

Keempat, ramai pentadbir dalam organisasi yang terlibat sudah dibeli


oleh Khairy, Norza dan sekutu-sekutunya, turut terlibat dan sanggup
menipu rakyat.

Jelas bahawa Khairy dalam pembikinan seorang bilionaire menjelang


akhir tahun ini. Siapa tahu, seperti Perdana Menteri Thaksin, Khairy
mungkin menjadi bilionaire pertama sebagai Perdana Menteri
Malaysia.

Memanglah, sebab paling penting ialah kerana Khairy adalah anggota


Keluarga Pertama Malaysia. Perkahwinannya dengan Nori Abdullah
telah memberikannya peluang keemasan yang sama yang pernah diraih
oleh tokoh-tokoh lain seperti Jeneral Prabowo (menantu Suharto), Taufik
Kiemas (suami Megawati Sukarnoputri) dan Mike Arroyo (suami Gloria
Macapagal Arroyo).

112 Malaysia Today


BAB 13

Cinta yang berbelah-bagi

K esan kemelut politik 1998, ramai rakyat Malaysia yang semakin bosan
dengan perjalanan hidup warga politik negara. Semakin ramai yang
berpendirian bahawa orang politik harus dinilai berasaskan sumbangan
kerja mereka, integriti dan keupayaan dan bukannya berasaskan kisah-
kisah dalam bilik tidur mereka. Apabila mantan Perdana Menteri Tun
Dr. Mahathir menggunakan dakwaan kelakuan homoseksual sebagai
asas menghukum Anwar, reaksi orang ramai lebih memihak kepada
Anwar. Mungkin juga keadaan sudah berubah dan sudah muncul satu
budaya baru dalam gaya politik Malaysia di mana cara hidup peribadi
orang politik seharusnya tidak menjadi asas ukuran kecuali cara hidup
itu benar-benar menjejaskan khidmat mereka kepada orang ramai.

Akan tetapi, sekali air pasang, ada juga pantai yang tidak berubah.
Tuduhan kelakuan seksual masih lagi menghambat orang politik.
Ada juga tuduhan itu yang didapati benar, namun, lebih banyak yang
sengaja ditokok-tambah bagi menggambarkan kebuasan nafsu individu-
individu yang disasarkan. Sebagai contoh, memang ada menteri yang
menjalinkan hubungan seksual dengan artis dan model (peragawati),
tetapi tidak banyak kes mereka tertangkap, seperti yang dikhayalkan oleh
musuh-musuh mereka. Fitnah mengenai kecurangan seksual selalunya
diamalkan oleh seteru dalam parti sendiri dan juga oleh pemimpin parti
pembangkang.

Memang mengarut semua ini. Selepas 1998, pemimpin parti pembangkang


di Malaysia yang mengutuk perbuatan orang Umno yang memfitnah
Anwar Ibrahim, telah turut sama melontarkan pelbagai fitnah dan tuduhan
terhadap Dr. Mahathir termasuk menyebut beberapa nama wanita yang
kononnya menjadi perempuan simpanan Dr. Mahathir. Ada di kalangan

Malaysia Today 113


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

mereka yang suka menyebut kisah bagaimana mereka mengenali seorang


yang mengenali orang yang kononnya berjaya menangkap Najib Tun
Razak berkhalwat dengan seorang penyanyi terkenal di sebuah hotel
di Port Dickson. Antara cerita yang paling aneh ialah tuduhan Ketua
Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) yang menuduh Abdullah
Ahmad Badawi mempunyai hubungan sulit dengan seorang pegawai
polis pengiring wanita. Kisah itu sebenarnya sengaja diada-adakan.

Khairy Jamaluddin tidak terkecuali daripada fitnah semacam ini. Pada


2002, seorang pegawai kanan perkhidmatan awam pernah membuat cerita
kepada Aziz Shamsuddin, yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik
Dr. Mahathir, bahawa Khairy ketika itu bertugas sebagai seorang Pegawai
Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Khairy
dikatakan seorang homoseksual yang aktif semasa di universiti. Khairy
kononnya telah terlibat dengan beberapa ahli kumpulan homoseksual
Universiti Oxford, termasuk seorang pelajar Cina dari Malaysia. Fitnah
seperti itu terlalu menarik untuk dirahsiakan dan sudah tentu tidak lama
kemudian ia sampai ke pihak atasan.

Terdapat beberapa orang pembantu Dr. Mahathir yang membuat


siasatan untuk memastikan kebenaran kisah tersebut. Akhirnya, mereka
merumuskan bahawa cerita itu memang benar dan membuat laporan
kepada bos mereka. Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak ambil kisah, kerana
memikirkan bahawa Khairy tidak penting dan akan tetap demikian untuk
tempoh yang lama. Sesungguhnya Dr. Mahathir tidak tersilap dengan
tanggapannya bahawa Khairy bukan ‘gay’, tetapi dia ternyata tersilap
mengenai lonjakan Khairy yang begitu pantas.

Tanpa disedari oleh Aziz Shamsuddin dan juga Dr. Mahathir, kisah
Khairy kononnya cenderung ke arah homoseksual itu adalah kerja
fitnah yang dilakukan oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Ada seorang
bekas timbalan menteri yang merupakan penyokong kuat Anwar (dan
tentunya digugurkan oleh Dr. Mahathir semasa Pilihan Raya Umum
1999 dulu) kerap menggunakan sahabatnya dalam perkhidmatan awam
untuk menyebarkan berita semacam itu hingga sampai ke telinga Aziz
Shamsuddin. Fitnah tersebut telah direka oleh Ezam Mohd Nor sendiri,
yang kononnya mendengar berita angin daripada seorang pegawai
kanan dalam perkhidmatan awam yang bersimpati dengan pergerakan
reformasi. Pegawai itu kononnya mempunyai seorang anak yang
menuntut di institusi yang sama dengan Khairy. Itu merupakan cerita
karut. Idea bahawa Khairy seorang ‘gay’ adalah merupakan cebisan

114 Malaysia Today


imaginasi para pemimpin PKR yang begitu ghairah mahu mencemar
nama baik Abdullah Badawi yang mereka anggap ketika itu tidak berapa
bersimpati terhadap penderitaan ketua mereka. Lagi pun, mereka ini
sudah lama bermusuhan dalam Umno, lebih satu setengah dekad.

Cerita-cerita begitu mempunyai hayatnya sendiri. Khairy yang pada


awalnya dikutuk sebagai seorang ‘gay’ kemudian digambarkan pula
sebagai budak sewaan kepada isteri-isteri pak menteri yang berkunjung
ke London semasa beliau masih belajar di sana. Pada satu ketika desas-
desus itu menjadi begitu ligat sehinggakan sampai kepada Anwar Ibrahim
yang sedang dalam penjara. Anwar telah meminta para peguamnya
menyiasat mengenai dakwaan Khairy seorang homoseksual. Tentunya
cerita itu boleh dijadikan satu bahan oleh pihak pembangkang, kalaulah
ada kebenarannya.

Sebaliknya, Khairy memang tidak tertarik langsung kepada lelaki.


Pernah juga dia dipelawa oleh seorang kolumnis akhbar homoseksual
Malaysia semasa menghadiri satu jamuan di rumahnya di Jalan U Thant.
Si kolumnis itu telah jatuh cinta dengan Khairy. Perkara semacam ini
bukannya pelik. Satu ketika dulu, seorang warga Australia bernama
Greg Sheridan, pernah menulis mengenai suasana politik Malaysia
dan menceritakan bagaimana dia begitu tertarik dengan rupa wajah
Khairy yang mirip bintang filem Hindustan. Tidak menghairankan kalau
kolumnis ‘gay’ itu jatuh hati dengan seorang pengacara TV, pada ketika
itu.

Sudah menjadi tabiat kolumnis ini mempelawa beberapa anak muda


ke rumahnya yang dikongsinya bersama dengan seorang teman hidup.
Majlis semacam itu dijadikan tempat di mana si kolumnis menabur janji
kepada anak-anak muda itu dengan syarat mereka sanggup menjadi
‘sahabat istimewa’nya. Ramai juga yang termakan umpan dan berjaya
masuk menyelinap golongan istimewa politik melalui jasa baik kolumnis
tadi. Tetapi, Khairy sendiri pernah menolak tawaran si kolumnis tadi.
Mereka terus berkawan baik, tetapi si kolumnis itu diberikan satu
kefahaman bahawa Khairy mahu naik ke atas melalui usahanya sendiri.
Ketika itu nanti Khairy yang akan memainkan peranan seorang tuan dan
si kolumnis sebagai hambanya.

Ini tidak bermakna Khairy tidak menggunakan paras wajah yang menarik
itu untuk mencapai impiannya. Sejurus meledaknya gerakan reformasi,
ramai lulusan muda daripada Oxford dan Cambridge yang bergiat ligat

Malaysia Today 115


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

dalam pergerakan pemuda Umno. Khairy ternyata semakin menyerlah


dan berjaya menggunakan hubungan perkahwinannya untuk naik ke
puncak kejayaan.

Ada seorang kawan baiknya (Khairy) bernama Vincent Lim Kian Teck,
yang kini menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, yang mula-
mula memperkenalkan Khairy kepada Nori Abdullah. Ketika itu Nori
bertugas sebagai seorang penyelidik separuh masa di ISIS (Institute of
Strategic and International Studies). Khairy tidak perlu berusaha keras.
Nori sudah jatuh hati kepada anak muda yang lulus daripada Oxford dan
sekurang-kurangnya setara dengan kepintarannya.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Nori Abdullah merupakan anak


yang paling bijak di antara anak-anak kesemua Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai seorang anak yang pintar, Nori kerap meminta ayahnya membeli
buku bacaan di luar negara semasa ayahnya bertugas sebagai menteri
luar. Kalau anak-anak menteri lain lebih berminat dengan intan-permata
dan hadiah barangan hi-tech, Nori lebih selesa dengan pemberian yang
menajamkan pemikiran daripada ayahnya. Di kalangan golongan yang
sebaya dengannya, Nori ternyata merupakan salah seorang yang banyak
membaca dan tidak mudah senyap membisu kalau ada suasana perdebatan
dengan pemikir yang lebih ternama.

Tentulah pelik juga kenapa Nori sanggup berada di bawah ketiak


Khairy. Dia mungkin lebih menonjol kalau benar-benar mahu bergiat
dalam politik. Akan tetapi, oleh kerana pasangan ini mempunyai impian
menduduki tempat yang teratas dalam arena politik, sudah tentu sukar
untuk mereka mencapainya kalau mereka bersaing. Adalah lebih wajar
kalau Khairy menjadi seorang Perdana Menteri dan Nori memainkan
peranan sebagai Wanita Pertama negara. Malah, kalau mereka berjaya
dengan impian ini, sudah tentu mereka melakar nama dalam sejarah
Malaysia, mungkin melepasi sejarah yang dilakar oleh Dr. Mahathir dan
Dr. Siti Hasmah.

Nampaknya kita terlalu jauh menjangkau ke hadapan. Sudah tentu Khairy


sedar bahawa perkahwinannya dengan Nori adalah laksana mendapat
satu tiket ekspres menuju destinasi impiannya. Mungkin dia tidak begitu
taksub semacam Nori yang menyimpan sekeping gambar Khairy dalam
tas tangannya, dan menjadikan gambar si suami sebagai ‘wallpaper’
di skrin komputernya di pejabat, malahan di kole (cangkir) kopi yang
digunakannya. Namun, Khairy pandai memainkan peranannya walaupun

116 Malaysia Today


tidak ada kasih sayang yang tulen dalam perasaannya terhadap si isteri.
Setidak-tidaknya ada juga perasaan akrab kepadanya. Segala koleksi
teman wanita Khairy yang pernah dijadikan miliknya di Singapura,
Oxford dan London kini sudah dikesampingkan semata-mata memberi
ruang kepada ‘patung Jepun’ yang bernama Nori.

Bagaimana pula dengan kisah Khairy yang dikatakan selalu curang?


Sekali lagi ini merupakan fitnah yang dimainkan oleh seteru politik
Khairy. Sebagai contoh eloklah kita tengok apa jadi dengan kisah
khalwat yang melibatkan Khairy dengan seorang gadis Burma (ada
yang mengatakan ia gadis Filipina). Kisah ini disiarkan dalam akhbar
pembangkang. Mengikut satu cerita, Nori dan salah seorang rakannya
dalam Pergerakan Puteri Umno telah mengesyaki Khairy sedang bermain
kayu tiga dan meminta bantuan pegawai-pegawai JAWI untuk menyiasat
mereka ketika berasmara. Apabila terbongkar kisah itu di apartmen
milik Khairy dan Nori di Pantai, Khairy dan Nori telah dipanggil oleh
Abdullah Badawi. Mengikut satu cerita, Abdullah begitu marah dengan
Khairy sehingga dia melempang menantunya. Pasangan muda itu telah
diberi amaran oleh Abdullah supaya menjaga diri masing-masing. Bagi
tujuan politik mereka perlu terus bersama dan dilihat sentiasa intim dan
mesra.

Ada pihak yang berkata bahawa peristiwa itu berlaku di Putrajaya di


Pejabat Perdana Menteri. Ada pula cerita mengatakan perkara itu berlaku
di rumah keluarga Abdullah di Kepala Batas. Ada pula cerita mengatakan
Abdullah sengaja singgah selepas satu mesyuarat Umno di Kedah, untuk
berada di Kepala Batas. Malah, ada juga yang bercerita bahawa Khairy
dan Nori dipanggil oleh Abdullah dan disaksikan oleh adik Abdullah
yang bernama Ibrahim dan abang Nori, Kamaluddin.

Cerita yang sebenar adalah jauh panggang dari api. Semasa Khairy
bertugas di Jabatan Perdana Menteri dulu, memang ada seorang wanita,
rakan sekerjanya. Fitnah mula tersebar selepas wanita itu kelihatan
bersama-sama Khairy di satu majlis rasmi. Kisahnya bukanlah sebesar
mana. Khairy telah menawarkan dirinya untuk menemani wanita itu
semasa ketuanya, Pegawai Khas Abdullah, Ahmad Zaki Zahid, tidak
dapat menemani wanita tersebut ketika itu. Sebagai seorang ‘gentlemen’
Khairy telah bermurah hati menemani beliau kerana dia (Khairy) sendiri
pun akan menghadiri majlis yang sama.

Yang menariknya dalam hal ini ialah kisah orang yang mencipta cerita

Malaysia Today 117


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

tersebut. Terdapat beberapa nama yang disebut, termasuk nama ketua


wanita Umno, Rafidah Aziz, Menteri (yang baru kahwin lagi) Hal Ehwal
Dalam Negeri, Azmi Khalid, dan juga Timbalan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri, Noh Omar. Akhirnya cerita itu telah dapat dikesan
berpunca daripada kumpulan Najib Tun Razak. Itulah fitnah yang direka
bersama oleh segelintir penasihat Najib kerana mahu menggoncang imej
Khairy yang dikatakan terlalu setia kepada Abdullah. Sebagai lazimnya,
cerita semacam itu dibocorkan kepada pihak pembangkang melalui
seorang wartawan kanan yang bertugas sebagai wartawan bebas dan
kerap menulis untuk akhbar-akhbar antarabangsa. Sesungguhnya tidak
ada setitik pun kebenaran dalam semua cerita itu.

Yang lucunya kisah penggeledahan yang dilakukan oleh pegawai JAWI


itu diada-adakan oleh orang-orang Najib setelah mengambil ingatan
akan kisah Najib satu ketika dulu. Ramai yang menceritakan bagaimana
Najib ditangkap berkhalwat di sebuah bilik hotel di Port Dickson, Negeri
Sembilan. Najib telah menolak cerita itu dengan mengemukakan buku
catatan pegawai JAINS (sama peranannya dengan JAWI). Mengikut
Najib tidak ada satu pun catatan pemeriksaan JAINS di Port Dickson
pada hari yang ditohmah oleh musuhnya. Sebenarnya tangkapan JAINS
itu adalah satu lencongan sahaja. Najib sebenarnya memang telah
ditangkap berkhalwat, bukan di Port Dickson tetapi di sebuah bilik hotel
di Kuala Lumpur. Pegawai Khas Najib telah sengaja menghebohkan Port
Dickson sebagai helah untuk menyediakan satu alibi kepada kes itu.

Khairy bukanlah seorang homoseks ataupun seorang gigolo. Namun, dia


bukan juga seorang malaikat. Dia menjadi lebih baik setelah berkahwin
dengan anak Abdullah tetapi ini tidak bermakna dia begitu liar seperti
yang digambarkan oleh musuhnya.

Khairy sedar, nasibnya yang menyerlah itu setidak-tidaknya semasa


Abdullah masih berkuasa adalah hasil cinta abadi yang dicurahkan
kepadanya oleh Nori. Kasih sayang yang dicurahkan oleh Nori
kepadanya merupakan tonggak kekuatannya di kalangan orang dalaman
Abdullah. Walaupun ramai sahabat akrab Abdullah dan juga saudara-
maranya yang menuduh Khairy menggunakan perkahwinannya sebagai
pelindung nafsu serakahnya yang mahukan kuasa, Abdullah tidak akan
melakukan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati Nori. Abdullah
sedar cara melukakan hati Nori ialah mengakui bahawa segala kritikan
yang ditujukan ke arah menantunya adalah benar belaka.

118 Malaysia Today


Satu ketika dahulu semasa menghadiri jamuan majlis perkahwinan
Khairy dengan Nori, Duta Amerika ke Malaysia ada menghadirinya.
Beliau pernah berkata bahawa “Khairy is a very lucky man” (Khairy
adalah seorang lelaki yang bertuah). Hairan juga, kenapakah kenyataan
yang sama tidak disebut terhadap Nori. Namun, dalam percintaan dan
politik, kedua-duanya adalah dianggap sama, dan dengan percintaan itu
yang telah membuatkan Khairy kebal.

Malaysia Today 119


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 14

Pertabalan seorang Raja

S atu ketika dulu, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku


Abdul Rahman Putra, pernah berjenaka betapa dia senang hati dengan
tugasnya sehingga tidak ingin melepaskan jawatan itu secara tergesa-gesa.
Malahan, dia pernah berkata secara berseloroh juga bahawa Timbalannya,
Tun Razak masih muda lagi untuk menjadi penggantinya. Memanglah,
seperti biasa, Tunku suka bergurau. Akan tetapi, peristiwa itu lama
terpahat di minda Tun Razak sehinggakan dia mula naik jengkel. Selang
beberapa tahun selepas itu, Tunku mula merasakan tindakbalas Tun Razak
yang sudah mula mual dan merasakan betapa takhtanya dirampas sejurus
meledaknya peristiwa 13 Mei 1969.

Beginilah laluan golongan putera mahkota yang sudah menghampiri kuasa


singgahsana, selalunya amat sensitif akan ketidakstabilan kedudukan
mereka. Selagi mereka tidak mengecapinya, kedudukan mereka tetap
goyah laksana telur di hujung tanduk. Seseorang raja sesungguhnya
mempunyai kuasa ke atas seseorang putera mahkota dan golongan ini
selalunya terpaksa berdepan dengan raja yang perkasa ataupun seseorang
yang menjadi gila kuasa disebabkan terlalu lama mencengkamnya.

Kini, walaupun zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi masih


muda usianya, tanda-tanda lesu dan penat sudah kelihatan. Rajanya lemah
dan tidak bersemangat langsung. Putera mahkota pula terlalu ghairah
menyambar peluang untuk memainkan peranan itu. Harus difahami
dengan nyata bahawa walaupun Najib Tun Razak adalah orang yang
bakal menggantikan Abdullah, dan Anwar Ibrahim merupakan orang yang
mengidam tak sudah, pengganti sebenar kepimpinan Abdullah nanti ialah
menantunya, Khairy Jamaluddin. Pada usia muda, 30 tahun, Khairy sudah
ternyata merupakan Peneraju Masa Depan yang tidak disangkal lagi.

120 Malaysia Today


Khairy tentu sedar betapa rapuhnya kedudukan beliau kini. Walaupun
merasa selamat dengan sebab talian jodohnya, dia tidak boleh merasa
selesa kerana kedudukan Abdullah yang begitu kurang meyakinkan
sebagai nakhoda bahtera negara. Khairy perlu menjadi seorang raja
secepat mungkin ataupun menggantikan bapa mertuanya dengan
pemerintah baru yang terhutang budi kepadanya. Sejak kebelakangan ini
keperluan itu semakin mendesak. Keadaan tidak stabil sudah semakin
menular dalam kerajaan Abdullah setelah rakyat Malaysia sedar betapa
orang yang begitu kuat mereka sokong semasa pilihan raya umum dulu
masih tidak mampu menunaikan segala janji-janji yang dibuat.

Pada November 2003, semasa Abdullah naik takhta sebagai Perdana


Menteri, Khairy dengan berani berkata kepada kawan-kawannya bahawa
dia akan sumbatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dalam
penjara, bersama kawan baiknya Daim Zainudin dan lain-lain kenamaan
pada zaman mereka. Dua tahun sudah pun berlalu, Dr. Mahathir masih
terbukti masih raja politik Malaysia, dengan kecekapan taktik remote
control, yang ternyata memang begitu gayanya sejak dulu. Dr. Mahathir
secara terbuka mencabar kuasa Abdullah dengan membangkitkan isu
AP dan membuat kerajaan Abdullah kelihatan lebih korup berbanding
kerajaannya dulu. Malah, dalam banyak hal, Dr. Mahathir telah
menunjukkan yang dia bukan mudah diketepikan. Abdullah memang
sedar yang dia tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya, walaupun
dalam hal ehwal Umno, tanpa mengambilkira pendapat Dr. Mahathir.

Sebagai contoh, kisah perlantikan Mahadzir Khalid sebagai Pemangku


Menteri Besar Kedah. Semua orang tahu bahawa Menteri Besar yang
ada, Syed Razak sudah uzur sejak beberapa bulan. Namun, Abdullah
mengambil masa yang lama untuk melantik seorang pemangku
Menteri Besar, bukan disebabkan ketiadaan calon. Abdullah sendiri
yang membuat pengakuan kepada satu rombongan yang dianggotai
timbalan-timbalan menteri Umno Kedah dan ahli Exco, bahawa Syed
Razak tidak boleh diketepikan kerana beliau adalah orang Dr. Mahathir.
Demikianlah lembiknya Abdullah Badawi, sehingga dia telah terhalang
untuk melantik orang-orangnya sendiri sebagai Menteri Besar Perlis,
Kedah, Selangor, Johor dan Sabah. Hanya di Negeri Sembilan, Abdullah
berjaya meletakkan calonnya sebagai pemimpin utama di negeri itu.

Ketakutan Abdullah terhadap kuasa Dr. Mahathir begitu real. Abdullah


tahu yang Dr. Mahathir tidak akan bertolak ansur dengan serangan
terhadap mana-mana peninggalannya. Lebih buruk lagi, kini Dr.

Malaysia Today 121


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Mahathir sudah sedar sepenuhnya kemusnahan peninggalannya yang


mampu dilakukan oleh Khairy dan rakan-rakannya. Jadi Abdullah duduk
di pejabatnya di Putrajaya, separuh tidur, separuh menggigil, tidak sedar
akan langkah-langkah Dr. Mahathir tetapi sedar akan ancaman yang
mampu dilakukannya.

Najib Tun Razak memang sudah jelas amat mengecewakan. Walaupun


mulut dia sentiasa berbuih mengulang laungan pembaharuan yang digesa
oleh Abdullah, Najib ternyata bersikap dingin dalam menyokong dasar-
dasar Abdullah. Malah, dalam isu AP, Najib yang memang tidak rapat
dengan Rafidah, hanya memainkan peranan seorang jurucakap, seolah-
olah dia berlakon dalam drama sekolah rendah. Najib terlalu berhati-
hati, tidak bersedia bersuara lantang mempertahankan ketuanya, kerana
wujudnya kesedaran kalau berlaku sesuatu kepada ketuanya, dialah yang
akan menggantikan tempatnya.

Inilah yang membuatkan Khairy sukar tidur pada malam hari,


mencongak akan segala rencana yang dilakar sejak dua tahun dulu masih
lagi tidak berapa menjadi. Khairy masih merasakan bahang ancaman
kepada impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia
yang paling muda. Dia amat mengharapkan ketokohan Anwar dapat
membantu sejurus dia berjaya memujuk Abdullah menerima Anwar
kembali menganggotai Umno. Akan tetapi Anwar pun sudah semakin
kehilangan kilauannya. Gara-gara terlalu kerap berada di luar negara,
Anwar sudah semakin renggang dengan para penyokong kuatnya dengan
memilih bulu seperti mana dia berlagak semasa masih berkuasa dulu.
Yang lebih penting lagi, Anwar sudah gagal menunaikan janji untuk
memimpin puak pembangkang ataupun membawa pulang dana yang amat
diperlukan daripada dermawan luar seperti yang pernah dijanjikannya.
Kegagalan beliau memujuk DAP menerima PAS, yang merupakan usaha
utama beliau semasa pilihan raya umum 1999 dulu, ternyata mencalar
keupayaannya.

Pucuk pimpinan PAS sudah semakin mencurigai Anwar dan para


pembantunya. Mereka amat sedar betapa Anwar masih intim dengan
Khairy dan berhasrat mahu rujuk kepada Umno dan menerajuinya semula.
Walaupun dua pemimpin utama PAS, presidennya, Abdul Hadi Awang
dan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, masih menghormati
Anwar setiap kali dia berada di wilayah mereka, ramai pemimpin PAS
yang lain, termasuk golongan profesional dalam parti terus mengadakan
pertemuan rahsia merancang strategi bagaimana bertindak seandainya

122 Malaysia Today


Anwar memeranjatkan mereka mengenepikan puak pembangkang hanya
kerana mahu berada dalam Umno semula.

Ada seorang naib presiden PAS yang telah bertemu sendiri dengan Khairy.
Mereka bertemu dua bulan lalu di sebuah bilik di Hotel Crown Princess,
Kuala Lumpur. Pertemuan itu adalah tidak formal tetapi ada dua perkara
yang telah mereka bincangkan. Pemimpin PAS itu telah memberitahu
Khairy bahawa Anwar tidak akan berjaya membawa PAS menganggotai
BN semula. Ini merupakan satu tindakan di mana Abdullah Badawi
pernah mainkan peranan utama di tahap awal kepimpinan kerajaan Tun
Razak. Kedua, Khairy telah memberitahu pemimpin PAS itu bahawa
walaupun Anwar memang sedia diterima balik oleh Umno, partinya
PKR mesti dibubarkan dulu sebelum kemasukan Anwar dapat diterima
semula.

Walaupun Anwar menafikan ini secara terbuka, Anwar tetap tidak muak
memberitahu pendengarnya betapa Umno kerap menghantar pesanan agar
dia menimbangkan semula untuk menganggotai parti itu. Beberapa hari
yang lalu di Kota Bharu, Anwar ada menyebut perihal seorang mantan
Menteri Besar dan beberapa pemimpin bahagian Umno menjemput
beliau rujuk semula untuk mereformasikan Umno. Para pendengarnya
tentu lebih yakin akan cakap-cakap Anwar kalaulah dia berani menyebut
nama mereka secara terus terang.

Mantan Menteri Besar itu ialah Osman Aroff, seorang ahli politik Kedah
yang begitu terkenal dengan korupsi yang amat tinggi dan kini laksana
kucing kurap sahaja di kalangan pucuk pimpinan Umno. Osman Aroff
pernah menjadi orang suruhan Anwar di Kedah, dalam usaha memerangi
pengaruh penyokong utama Dr. Mahathir di sana yang bernama Sanusi
Junid. Tetapi, Osman Aroff sudah tidak berpengaruh lagi dan tidak
dihiraukan oleh sesiapa. Pemimpin bahagian yang Anwar maksudkan
itu termasuklah Afifuddin Omar, seorang loyalis Anwar yang cuba
memainkan peranan yang sama dengan Abdullah tetapi telah tertipu
apabila diberikan kerusi negeri sebagai ganti dengan jawatan kabinet
yang amat ditagihnya.

Semua individu ini berjumpa dengan Anwar kerana tidak ada orang lain
yang mahu menemui mereka.

Sejak Khairy meninggalkan pejabat Perdana Menteri, Abdullah sudah


mula menerima laporan khas Cawangan Khas (SB) di rumahnya dengan

Malaysia Today 123


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

selesa dan tidak lagi di pejabatnya. Alasannya? Untuk membolehkan


Khairy muncul semasa taklimat diberikan, seolah-olah secara kebetulan
sahaja dan membolehkan beliau menarik kerusi yang terdekat untuk
mengetahui maklumat rahsia yang dibincangkan.

Dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Anwar Ibrahim, Khairy


diberikan tugas khas untuk menilai maklumat SB itu semua dan
merancang satu strategi khas untuk bapa mertuanya. Abdullah sedar
betapa Anwar adalah lebih penting kepada Khairy kalau dibandingkan
kepada keperluannya sendiri. Lagi pun kalau ada usaha membawa Anwar
kembali kepada Umno, ia akan mengilaukan masa depan Khairy sebagai
seorang tokoh politik yang berwibawa pada hari muka. Anwar pula
dijangka dapat memberikan sokongan kepada Khairy kalau diasak oleh
Najib. Akan tetapi, pada waktu yang sama Abdullah sedar segala usaha
membawa Anwar semula akan mencetuskan satu keadaan di mana dia
sendiri akan berdepan dengan gerakan bersepadu yang datang daripada
Dr. Mahathir dan Najib. Kerana itu, helah membawa masuk Anwar
adalah usaha untuk Khairy menonjolkan dirinya sebagai calon tengku
mahkota yang ingin naik menjadi raja yang berdaulat dan berkuasa.

Yang peliknya, Anwar tidak pernah menceritakan urusannya dengan


Khairy kepada umum. Tetapi, secara peribadi, Anwar memang
mengagumi Khairy sehingga satu tahap seolah-olah dia cemburu juga.
Tidak kiralah apa kelemahan Khairy, Anwar menganggap beliau sebagai
kunci utama untuk pulang semula ke pangkuan Umno dan kuasa. Khairy
juga merupakan kunci utama Anwar untuk menyerang balas Dr. Mahathir
Mohammad. Walaupun perkara ini boleh dianggap aneh, orang dalaman
Anwar sudah diberikan panduan bukan sahaja untuk menghormati
Khairy, tetapi cuba mendekati penasihat Khairy seperti Omar Ong dan
Ahmad Zaki Zahid.

Politik mempunyai pasang surut yang sungguh aneh, kerana sukar diramal
dengan tepat sekali. Dalam beberapa minggu yang mendatang, lakonan
ini akan dimainkan sehingga ke kemuncaknya. Beberapa tindakan sedang
dirancang oleh pihak Khairy dan juga oleh pihak lain yang terlibat dalam
drama ini yang akan memuncak dan membawa perubahan kepada warna
politik Malaysia. Khairy sedang berdepan dengan satu ujian besar dalam
kerjaya politiknya yang begitu singkat tetapi cepat naik mencanak.

124 Malaysia Today


BAB 15

Permainan berisiko tinggi

P olitik merupakan satu permainan yang mempunyai risiko tinggi.


Pasang-surut politik itu tidak boleh dicongak dan selalunya mereka
yang menunggang ombak, walaupun untuk satu masa yang lama,
mendapati bahawa lautan besar akan menelan mereka ketika mereka
membuat walaupun kesilapan kecil. Ini bukannya satu permainan untuk
mereka yang berhati lemah, kerana setiap kejatuhan boleh membawa
bencana, malah, menghapuskan sama sekali kerjaya seseorang. Apabila
seorang ahli politik jatuh, dia selalunya diaibkan pula. Nilai kejatuhan
itu adalah terlalu tinggi untuk majoriti kita semua. Namun demikian,
masih ramai orang yang sanggup beratur menantikan kemunculan kuasa
untuknya walaupun untuk hanya 15 minit semata-mata kerana nafsu
serakah yang mahu merasakan apa yang selalunya digambarkan sebagai
satu rasa yang paling nikmat yang perlu dialami oleh seseorang. Itulah
kuasa untuk merajai manusia yang lain. Percaturan politik menghasilkan
kuasa, seperti yang disebut oleh Henry Kissinger sebagai aphrodisiak
(penaik syahwat/perangsang nafsu) yang paling berkhasiat.

Khairy Jamaluddin sudah merasa kuasa dalam tempoh yang amat


cepat. Dia telah naik mencanak dalam satu tempoh yang singkat ketika
usia yang masih muda, sedangkan orang lain yang berusia demikian
hanya masih memikirkan bagaimana mencari duit untuk membayar
sewa ataupun ansuran kereta. Pengaruh kuasanya adalah lebih unggul
daripada kebanyakan orang politik yang berusia tiga puluh tahun lebih
tua darinya, Khairy sudah pun menikmati kuasa itu sedangkan majoriti
kita tidak akan merasainya sepanjang hayat kita. Dia berada sebaris
dengan mereka yang mempunyai kuasa untuk bertindak menentukan
perjalanan hidup kita kalau mereka suka.

Malaysia Today 125


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Namun, Khairy telah mencapai tahap itu dengan memainkan peranan


yang rendah risikonya. Dia bukanlah seorang yang suka bertarung dan
naiknya ke puncak kuasa adalah terlalu mudah. Tanpa perlu melontar
buah dadu untuk menentukan nasibnya, Khairy telah menggunakan
peluang yang terbuka untuk membuat laluan ke atas dengan meniti
bahu orang lain. Sebagai contoh, dia naik menjadi Naib Ketua Pemuda
Umno adalah hasil muslihat pilihan dan bukan kerana undian. Walaupun
disanjung tinggi oleh anggota ahli pergerakan pemuda Umno, Khairy
tidak mungkin naik mencanak sebegini tanpa ihsan bapa mertuanya.

Memanglah, Khairy ternyata lebih bijak berbanding kebanyakan


pemimpin Umno yang lain, termasuk mereka yang telah lama bermain
politik untuk beberapa dekad sudah. Namun, terlalu ramai pemimpin
Umno yang mempunyai bakat yang lebih menyerlah, berkeupayaan dan
berkarisma tetapi terpaksa tergolek akhirnya di tepi jalan perjuangan
mereka, hanya kerana majoriti pemimpin Umno bukanlah terpilih
disebabkan bakat mereka tetapi kerana hubungan dan kaitan. Sekarang
ini diambilkira pula keupayaan mereka untuk memberi naungan.

Dalam kerjaya politiknya Khairy belum lagi teruji. Walaupun wujud


satu barisan wartawan akhbar asing termasuk Brendan Pereira yang
kini menyibuk di Jalan Riong, memukul canang selalu menonjolkan
ketokohan Khairy dan apa juga kejayaan Umno masa kini, segala
kelentungan itu ternyata kosong semata-mata. Sebagai contoh, Khairy
tidak boleh diberikan kepujian terhadap menyelesaikan kemelut Suqiu
kerana Suqiu mengambil langkah ke belakang atas tekanan samseng-
samseng Pemuda Umno, yang diketuai oleh Aziz Syeikh Fadzir.
Sumbangan Khairy kepada kejayaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya
Umum yang lalu terhad kepada pemilihan moto ‘Cemerlang, Gemilang
Terbilang’ (dengan usahasama tukang ciplak Kalimullah Masheerul
Hassan); dan memilih calon (yang sudah pasti akan terpilih juga) dan
menonjolkan satu imej yang lebih menyerlah untuk Abdullah Ahmad
Badawi. Untuk memahkotakan Khairy dengan segala kepujian kerana
menjamin kemenangan itu adalah sama dengan membohongi petanda
yang memang menyerlah beberapa bulan sebelum berlangsungnya
pemilihan itu. Rakyat Malaysia yang begitu letih dengan kemelut Anwar
dan begitu lama diasak oleh pemerintahan kuku besi Dr. Mahathir
Mohamad sudah bersedia mengalu-alukan kerajaan baru yang dijanjikan
lebih bersopan oleh Abdullah Ahmad, termasuk segala janjinya untuk
membasmi korupsi yang sudah bernanah selama 22 tahun.

126 Malaysia Today


Brendan Pereira, Phar Kim Beng, Reme Ahmad, Zainuddin Affendi,
Leslie Lau, Rosli Ismail dan wartawan yang lain sekandang dengan
mereka memang amat sedar betapa setiap kali mereka memuji-muja
Khairy, mereka sebenarnya menggembar-gemburkan keadaan. Melalui
laporan berita semacam itu, memberikan ruang mudah untuk mereka
mendekati orang-orang Khairy dan lebih penting lagi dapat mendekati
langsung orang yang mereka puji. Secara tidak langsung, ini merupakan
satu pembayaran awal kerana khidmat yang diberikan di masa hadapan.
Mereka sedar bahawa Khairy masakini merupakan ‘rent-a-quote’ (tukang
suara keramat) semasa. Kerana itu, adalah penting mereka mempunyai
hubungan baik dengannya kerana keghairahannya mahu menunjuk-
nunjuk perkara baru yang menonjolkan kepintarannya berbanding
kumpulan dungu yang menerajui Umno di masa dulu-dulu.

Mampukah Khairy memainkan peranannya tanpa henti? Kini, sudah ligat


khabar angin mengenai betapa goyahnya pentadbiran kerajaan Abdullah
disebabkan tekanan yang berat daripada setiap penjuru. Abdullah sedang
dihantui musuh politiknya dari dalam (Umno) berpunca daripada sekutu
bos lamanya dan juga bakal penggantinya Najib Tun Razak. Ekonomi
negara memang sudah teruk dan kerajaan telah membentangkan satu
penyata bajet (belanjawan) yang secara terperinci membuktikan bahawa
sudah tidak ada jalan untuk Malaysia menangani defisit yang perlu
diselesaikan sebelum berakhirnya kerajaan berparlimen yang sedia
ada pada 2008. Kadar inflasi semakin meningkat - bermain antara
9% hingga 10% , walaupun sedikit rendah berbanding tempat lain.
Kegagalan GLCs (Syarikat berkaitan Kerajaan) mengemukakan satu
penyelesaian kepada masalah aliran tunai Malaysia sudah dibebankan
oleh sikap terlalu bergantung kepada kumpulan Oxbridge, sambil tidak
mengambilkira sikap mereka dalam isu pengurusan kerajaan. Umno
sudah begitu degil menentang sebarang usaha menukarnya daripada
sebuah institusi yang begitu korup, penuh skandal dan terlalu menebal
dengan ketamakan kumpulan yang berpuak-puak; kepada sebuah parti
politik yang bertanggungjawab.

Khairy mempunyai rencana untuk menggunakan semangat keadaan


semasa untuk membawa perubahan yang boleh membawa kebaikan
kepada imej Abdullah dan masa depannya. Akan tetapi segala perubahan
ini semakin dilihat sebagai usaha untuk menentukan keunggulan
ketokohan Khairy. Beliau telah menolak tepi segala perhatian demikian
dengan penuh risiko kerana keterbukaan selalunya membuka ruang
kepada kritikan terbuka dan Khairy belum diuji dalam perkara ini. Selama

Malaysia Today 127


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

ini Khairy hanya dimanjakan oleh puji-pujian. Dia tidak pernah dicabar
oleh seorang pemimpin pembangkang yang setara ketokohannya dengan
dia. Yang terbaik dan mampu ditonjolkan oleh PAS ialah Husam Musa
yang pada mulanya telah membuat urusan rahsia dengan Khairy untuk
mendinginkan suasana perundingan yang sungguh mencabar melibatkan
kerusi wakil rakyat di Kelantan dan Terengganu. Beberapa orang tokoh
politik yang berkarisma dalam PKR telah ditekan atas arahan khas Anwar
Ibrahim agar tidak mengkritik Abdullah dan anggota kerajaan sekarang
seperti Khairy. Ezam Mohd Nor merupakan seorang pemimpin yang masih
berkhayal, tanpa menyedari betapa dia cuma dianggap sebagai seorang
badut oleh orang-orang Khairy gara-gara kerakusan mahukan jawatan
timbalan menteri kalau mereka mahu dia masuk semula menganggotai
Umno. DAP masih lagi dalam peralihan. Lim Guan Eng merupakan
tokoh masa depan mereka, akan tetapi dalam banyak hal, dia merupakan
tokoh yang lalu sahaja, kerana terlalu terikat dengan pengaruh politik
ayahnya untuk mencetuskan kesan yang mendalam menyaingi karisma
Khairy Jamaluddin.

Kerana itu Khairy mampu melakar kemunculannya naik mencanak tanpa


banyak saingan. Kalau ada pun, bahayanya berpunca daripada kerakusan
untuk membuat perkara yang besar risikonya sehingga tidak mampu
membuktikannya. Sebagai contoh, baru-baru ini Khairy telah mengatur
satu pertemuan di London antara Anwar dan Abdullah. Secara kebetulan,
Abdullah berada di sana dalam satu usaha menjana pelaburan di Malaysia.
Dari segi ekonomi, usaha itu tidak berhasil kerana Abdullah tidak pernah
mempunyai wawasan baru bagi melonjakkan ekonomi Malaysia. Ada
dua soalan yang tidak dapat dijawab oleh Abdullah dengan memuaskan.
Pertama, kenapakah dasar kerajaannya diciplak secara keseluruhan
daripada peraturan (buku panduan) yang dimiliki oleh Temasek Holding
di Singapura. Kedua, kenapakah dia begitu menyibuk dengan pertanian
dan bioteknologi sedangkan merata dunia sekarang ini menganggap
dua sektor itu sebagai penyumbang kecil kepada keseluruhan enjin
pertumbuhan ekonomi dunia.

Sudah tentu, Abdullah tidak dapat menjawab soalan mudah semacam itu
kerana fikirannya terlencong kepada benda-benda lain. Lawatan yang
menelan perbelanjaan sebanyak RM2.3 juta dianggap penting, tetapi
tidaklah sebegitu penting seorang pelawat yang menanti di bilik sebelah
di mana sudah diatur pertemuan untuknya. Alangkah malangnya kepada
Abdullah kerana tidak dapat merahsiakan pertemuan tersebut. Secara
tiba-tiba dan tidak disengajakan muncul seorang Menteri Besar yang

128 Malaysia Today


masuk ketika empat mata sedang bertemu secara rahsia. Akan tetapi,
itu tidak berapa penting sangat kerana Anwar dan orang-orangnya pasti
akan membocorkan juga apa yang dianggap rahsia.

Mengikut Zunar, seorang bekas kartunis yang kini menjadi editor Suara
Keadilan, pertemuan antara Anwar dan Abdullah telah ditumpukan
kepada kehampaan Abdullah terhadap usaha kekuatan kumpulan
kaunter-reaksioner pimpinan Dr. Mahathir-Najib Razak. Mungkin juga
Zunar sengaja membesar-besarkan keluhan Abdullah, tetapi mesej yang
mahu disampaikannya adalah terlalu nyata. Abdullah merupakan seorang
pemimpin yang terlalu tertekan dan dia amat memerlukan seorang sekutu
seperti Anwar Ibrahim. Secara berahsia Khairy telah memberitahu
kawan-kawannya bahawa kalau populariti Anwar di kalangan akar
umbi dapat dirangkumkan dengan pengaruh Abdullah sudah tentu dapat
melonjakkan masa depan politiknya dan menjadikan peluangnya kurang
berisiko.

Memanglah, Zunar merupakan seorang kaki propaganda. Dia dibayar


untuk melonjakkan Anwar agar popular laksana dewa. Periuk nasinya
(kononnya) bergantung kepada Anwar, mempercayai beliau mampu
menjalankan tugas dengan baik agar Anwar dilihat sebagai seorang
bijaksana politik yang tidak ada tolok bandingnya. Tidak kiralah kalau
ramai orang tahu itu bukan yang sebenarnya. Itu sebabnya Zunar kerap
mengeluarkan pelbagai kisah kelentungan yang indah khabar dari rupa,
tidak kiralah ramai yang tahu bahawa hanya 10% antara kisah-kisahnya
yang benar.

Orang semacam Zunar mahu dunia berfikir bahawa tanpa Anwar Ibrahim
sejurus Abdullah tidak berkuasa lagi, pengaruh Khairy Jamaluddin akan
pupus begitu sahaja. Sebagai seorang kartunis, politik Zunar berasaskan
satira dan parodi yang selalunya memang merupakan kebenaran
yang sengaja diperbesar-besarkan. Akan tetapi, kita tidak pula mahu
menafikan betapa beberapa orang yang bersekutu dengan Khairy telah
mengeluarkan kenyataan yang begitu melegakan mengenai kemungkinan
Anwar rujuk semula menganggotai Umno. Khairy mahu bertaruh nasib
terhadap perkara ini tetapi dia sengaja lambat mengikut rentak, kerana
mahu menilai dulu reaksi orang lain sebelum mula melontar dadunya.

Mengikut Zunar, kemasukan semula Anwar (dalam Umno) kerap menjadi


tajuk perbincangannya dalam mesyuarat dan pertemuan, bualan telefon,
dan perbincangan dengan Abdullah. Akan tetapi sebagai menjaga

Malaysia Today 129


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

maruah kedua-dua tokoh, yang selalu disebut ialah Khairy dan anak-
didik Anwar, Ezam Mohd Nor, yang membuat rancangan menyeluruh.
Beberapa jadual pertemuan dalam beberapa bulan mendatang sudah pun
diatur antara Abdullah dan Anwar.

Di sebalik cakap-cakap besar Anwar menafikan kesediaannya


menganggotai Umno semula, yang sebetulnya Anwar dan Khairy sedang
menguji keadaan sebelum mereka betul-betul mencuba nasib. Khairy
perlu mencuba reaksi anggota Umno terhadap kemasukan Anwar semula
tanpa menafikan betapa mudahnya Anwar menyandarkan harapan untuk
rujuk semula. Sebaliknya, Anwar perlu menguji persepsi para pengikutnya
terhadap kepimpinan beliau sebelum memberitahu mereka akan pilihan
yang terbuka untuknya. Anwar tidak mampu meminggirkan terlampau
ramai bekas penyokongnya dalam gerakan reformasi. Walaupun Anwar
tahu ada yang akan berundur kerana mual dengan sikap opportunisnya,
masih ramai nanti yang akan mengikutinya kerana tujuh tahun merewang-
rewang adalah satu tempoh yang terlalu lama untuk mereka hidup tanpa
sebarang pengaruh politik.

Risiko yang Anwar hadapi adalah kecil berbanding risiko yang dihadapi
Khairy. Anwar telah mengharungi satu kejatuhan yang paling besar
pernah dialami oleh orang Umno, dihenyak dan dilanyak sampai lumat
dan dibiarkan terbaring kaku atas arahan seorang diktator yang sehingga
saat akhir masih dianggap oleh Anwar sebagai seorang bapa. Tidak ada
benda lain di dunia ini yang boleh dijadikan satu ujian seperti yang
pernah dilaluinya bersama ahli keluarganya sekali. Sebaliknya, Khairy
telah kerap mendapat perlindungan gara-gara keakrabannya dengan
Abdullah Badawi. Kalaulah dia gagal dengan percaturan ini, bukan
sahaja beliau yang menerima padahnya. Malah, Abdullah juga akan
hanyut sama diganyang oleh ahli-ahli Umno yang sudah begitu mabuk
dengan kekayaan dan harta karun yang mereka balun selama ini. Khairy
sedang menguji keadaan kerana pertaruhan yang tinggi risikonya. Ia
mungkin menjamin kedudukannya untuk satu waktu yang lama. Tetapi
ia mungkin gagal dan menjatuhkan beliau dan juga Abdullah ke dalam
jurang yang pernah diharungi oleh Anwar beberapa tahun yang lalu.

130 Malaysia Today


BAB 16

Dinding yang bercakap

R encana Khairy Jamaluddin membawa masuk Anwar Ibrahim kembali


ke pangkuan Umno adalah sebagai mengimbangi kuasa yang ada
pada bakal pengganti jawatan Perdana Menteri, Najib Tun Razak sambil
berusaha melonjakkan kedudukannya di persada parti. Rencana ini
sudah mendekati garisan penentu setelah terjalinnya pertemuan antara
Abdullah Ahmad Badawi dengan Anwar Ibrahim

Walaupun kedua-dua pihak bersikap dingin mengenai pendedahan isu


itu, telah ada beberapa laporan yang menunjukkan agenda utama ialah
menyediakan laluan mudah untuk Anwar kembali semula menganggotai
Umno. Namun, masih ada hambatan kepada usaha itu: Anwar enggan
memohon pengampunan (walaupun dia tidak akan menolak seandainya
pengampunan itu diberikan padanya) dan lebih suka diterima balik
berasaskan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuktikan dia
tidak bersalah. Sebaliknya, Abdullah dan Khairy mahu Anwar dibawa
masuk hanya kalau jelas dan nyata bahawa Anwar masuk atas budibicara
Presiden Umno – dengan ini, ia membawa erti bahawa Anwar akan terus
terhutang budi kepada Abdullah.

Namun, hari demi hari segala hambatan ini nampaknya sudah tidak
menjadi begitu membebankan lagi. Anwar sendiri sedar betapa partinya
PKR terlalu sibuk dengan kemelut dalaman yang berpuak-puak sehingga
tidak dapat menarik minat majoriti marhaen setidak-tidaknya pada masa
yang terdekat. Segala usaha memperkasakan PKR hanya akan memberi
hasilnya bagi jangka yang panjang dan Anwar tidak sabar menunggu
terlalu lama. Rakan beliau di pihak pembangkang tidak pula terdaya
memecahkan kebuntuan perkauman untuk melonjakkan Anwar naik ke
persada kuasa. Yang tinggal hanyalah satu sahaja: Umno

Malaysia Today 131


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Khairy juga sedar akan kesempitan masa. Hari demi hari, Abdullah
semacam tidak mampu menunaikan janji lama yang dibuat sebelum
pilihan raya umum yang lalu. Pasukan Dr. Mahathir sudah berjaya
mengocak suasana yang sukar untuk ditentang oleh Abdullah. Suasana
‘kelegaan’ yang dirasakan dulu sudah lama menghilang dan kejayaan
awal meyakinkan rakyat marhaen akan perang membasmi korupsi
ternyata sudah hilang ghaib. Yang lebih penting lagi, Najib semakin
cepat bersekongkolan dengan kuasa lain untuk menentukan pasukannya
dapat menguasai akar umbi - sebagai persiapan menghadapi pemilihan
pucuk pimpinan Umno yang akan datang.

Kita harus ingat bahawa kebanyakan ketua bahagian Umno sekarang ini
pernah berkhidmat bersama Najib semasa beliau menjadi Ketua Pemuda
Umno pada 1980-an. Ini bererti dia mempunyai sokongan akar umbi
yang tidak ada pada Abdullah dan belum lagi dapat dilakar oleh Khairy.
Pada waktu yang sama, Najib boleh menyandarkan harapan kepada
sepupunya supaya menentukan Pergerakan Pemuda Umno tidak terlalu
condong pada telunjuk Khairy. Dia juga menerima bantuan anak-anak
Dr. Mahathir yang giat menyediakan barisan kelima dalam pergerakan
Pemuda Umno untuk menampan keghairahan Khairy. Inilah jaminan
warisan Dr. Mahathir dan kejayaan mereka itu diukur beberapa bulan
kebelakangan ini kepada kesilapan Khairy yang percaya bahawa Najib
dan pegawai beliau telah membuat usaha serius untuk bersekutu dengan
agenda Abdullah. Ini memerlukan sedikit usaha menghantar SMS yang
memuji ucapan Khairy pada persidangan Pemuda Umno dulu sebagai
satu gambaran yang dia mendapat pujian Najib. Tetapi Najib bukan
calang-calang ahli politik kerana sudah lama bergelumang berbanding
Khairy yang masih hingusan tetapi berani sangat mengenepikan ejekan
dan sindiran yang dibuat oleh anggota pergerakan pemuda Umno pada
tahun lalu.

Namun demikian, usaha Khairy mengenakan pukulan maut telah dihalang


oleh keadaan dinding yang pandai bercakap. Atas alasan sendirian yang
aneh, kawan dan musuh Khairy menganggap penting usaha membocorkan
maklumat mengenai urusan Khairy dengan Anwar Ibrahim. Inilah yang
menyukarkan usaha Khairy kerana berbeza dengan keadaan silam dia
tidak punya kuasa untuk menguasai hal ehwal kebocoran rahsia itu.
Khairy tidak dapat menutup lubang kebocoran itu kerana kebanyakan
kebocoran tidak dapat dikawal oleh Khairy ataupun oleh bapa mertuanya.
Kebocoran yang terus mengalir keluar itu membuatkan Khairy sentiasa
sibuk menanganinya. Khairy perlu menepis keraguan rakannya yang

132 Malaysia Today


berpolitik dalam Umno. Najib tidak lagi mempercayai beliau dan ada
kalanya ketuanya dalam pergerakan Umno, Hishammuddin Hussein
mendapati sukar untuk terlalu mempercayai bahawa Khairy memberikan
kesetiaan yang tidak berbelah bagi padanya.

Yang lebih penting lagi, pemimpin Umno tidak lagi yakin apakah
haluan Khairy pada masa depan disebabkan putar belit sahaja. Khairy
telah menyebabkan Ali Rustam dan Muhiyuddin Yassin mengambil
sikap berhati-hati. Malahan, mereka dan juga pemimpin lain seperti
Khir Toyo sudah begitu sedar bahawa seandainya Anwar dibawa balik
menganggotai Umno, hanya Khairy yang akan meraih keuntungan
. Pihak yang lain terpaksa berhati-hati menjeling kanan dan kiri akan
pergerakan para penyokong setia Anwar yang sudah lama diperam sejak
tujuh tahun yang silam. Para penyokong ini sudah tentu menanti peluang
untuk membalas dendam terhadap para pemimpin yang naik mencanak
mengisi kelompongan yang wujud selama itu.

Sudah tentu Khairy akan menyokong mereka. Menyingkirkan Khir Toyo


akan bererti memperkasakan kedudukan Khairy dalam Pemuda Umno.
Penyingkiran Ali Rustam akan mencetuskan dua kekosongan dalam
pucuk kepimpinan yang dapat diisi oleh orang-orang Khairy. Setakat
ini Timbalan Ali Rustam dalam pergerakan 4B, Noh Omar sudah pun
menjeling-jeling akan kerusi itu sebagai langkah memperkasakan
kedudukan beliau menaiki tangga kuasa.

Sekutu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah lama
sedar betapa ‘budak hinguih’ (gelaran Dr. Mahathir terhadap Khairy)
merupakan bahaya kepada kerjaya politik mereka. Yang lebih penting
lagi, anak-anak Dr. Mahathir sedar kemaraan Khairy bererti akan
terkikisnya warisan bapanya yang berusia 22 tahun itu.

Kem Anwar sesungguhnya bercakap macam burung murai. Mereka perlu


meneruskan propaganda bahawa Anwar masih relevan dan menunjuk-
nunjuk bahawa Ezam masih lagi mempunyai peranan dalam parti.
Pertemuan itu juga menunjukkan bahawa Anwar masih lagi berharga dalam
politik Malaysia. Hakikatnya, Ezam dan seorang lagi penjilat Anwar,
Naib Presiden PKR Azmin Ali, sedang bergocoh, cuba mendapatkan
fokus bos mereka, bererti mereka berdua turut menunjuk-nunjuk yang
mereka rapat dengan Khairy dan perihal penglibatan mereka dalam
perbincangan mengenai masa depan politik Anwar. Sama ada Khairy
sedar ataupun tidak, kebanyakan cerita yang berlegar merata tempat

Malaysia Today 133


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

mengenai usaha beliau memberi laluan mudah kepada Anwar memasuki


Umno semua datangnya daripada sumber yang selalu berhubungan rapat
dengan dirinya. Walaupun secara rasminya dia menafikan kemungkinan
Anwar menganggotai Umno semula, hakikatnya adalah amat berbeza.
Ezam dan Azmin kerap menyebut nama Khairy sebagai sumber maklumat
dalaman Umno. Malah mereka berani bersuara tegas betapa Khairy
adalah saluran utama dalam perbincangan antara Abdullah dan Anwar.
Mereka berani berkata bahawa Khairy begitu membantu; berbeza dengan
pegawai lain seperti Thajudeen Abdul Wahab.

Para penjilat seperti editor risalah parti dan juru propaganda Zunar telah
melangkah jauh lagi dengan kebocoran maklumat, bukan sahaja kepada
pemimpin Keadilan malahan kepada tokoh-tokoh PAS yang didakwa rapat
dengannya. Zunar pernah menjadi kakitangan HARAKAH satu ketika
dulu. Kesannya, segala cerita ini mencetuskan keraguan di kalangan
sesetengah pemimpin PAS mengenai tujuan masa depan Anwar yang
sebenarnya. PAS mempunyai cara tersendiri mencari kesahihan cerita
itu semua. Ada beberapa pemimpin muda PAS memang mempunyai
laluan terus untuk menghubungi Khairy dan mereka berhubung melalui
telefon dengan dia selalu. Khairy tidak pula mampu menafikan perkara
itu terlalu lama kerana lambat-laun kebenaran akan tersembul juga dan
dia tidak mampu menepisnya ketika itu. Dia takut juga kalau dicop
sebagai pembohong dan tukang karut.

Memang tidak dinafikan orang seperti Zunar mempunyai keseronokan


sendiri dalam membocorkan maklumat seperti itu. Dia merasa seronok
kalau pemimpin PAS dan Keadilan memberikan pujian kepadanya kerana
merupakan satu sumber maklumat kepada mereka. Sebaliknya sebagai
seorang ketua tukang karut kepada jabatan propaganda parti, dia tidak
boleh dilihat sebagai terlalu ghairah dengan kemasukan semula Anwar
menganggotai Umno. Kerana itu, dia kerap kelihatan bercelaru dengan
tugasnya sehinggakan ketua biro politik PKR, baru-baru ini bermesyuarat
membincangkan kebocoran maklumat oleh Zunar. Biro itu berpendapat
Zunar telah menonjolkan sangat kisah pertemuan antara Abdullah dengan
Anwar sehinggakan para pemimpin PKR sendiri menjadi bingung dan
para pemimpin Umno naik marah terhadap pendedahan itu, lebih-lebih
lagi setelah mengetahui Zunar mahu mendedahkannya dalam akhbar
parti itu.

Malahan segala kebocoran itu sengaja dibuat oleh pihak Anwar. Memang
ada juga penjilat Khairy yang berbuat perkara yang sama. Kebanyakan

134 Malaysia Today


mereka itu adalah rakan rapat dengannya seperti di Ethos Consulting, yang
bekeliaran mencampuri golongan berpendidikan Barat yang muda-muda.
Mereka menganggap pemecatan Anwar oleh Dr. Mahathir Mohamed
adalah satu penghinaan dan salahguna kuasa. Walaupun mereka tidak
berapa lantang menentang episod yang kejam itu, mereka terus mengatakan
bahawa itulah episod hitam dalam sejarah politik Malaysia. Sahabat
Khairy semuanya mempertahankan kewibawaannya dengan menyebarkan
secara meluas betapa Khairy memang bersimpati dengan Anwar. Malah,
kumpulan ini kerap mengulang-ulang kisah lawatan Khairy ke rumah
Anwar pada malam Anwar dibebaskan daripada penjara.

Kawan-kawan rapat Khairy merupakan peguam yang muda-muda,


pegawai bank, dan orang yang mempunyai impian dalam politik yang
amat yakin bahawa pemulihan Anwar merupakan satu langkah besar
dalam usaha membersihkan Umno daripada daki-daki politik Dr. Mahathir.
Mereka kerap meyakinkan diri bahawa Anwar mampu mengembalikan
kegemilangan Umno di kalangan orang Melayu dan menyegarkan kembali
ketokohan Abdullah Badawi sebagai seorang reformis liberal. Kerana itu
setiap kali mereka berbincang mereka akan menyebarkan rahsia mengenai
usaha Khairy mahu membawa Anwar kembali memasuki Umno dengan
menyelitkan kepujian yang Khairy adalah suara masa depan. Dengan
lain perkataan, lagi ramai golongan liberal muda menyokong Khairy,
perbincangan mengenai Anwar dianggap sesuatu yang baik. Sebaliknya,
ini merupakan satu bukti kukuh bahawa Khairy memang serius mengenai
reformasi dan bukannya seorang ahli politik yang berpandukan acuan
lama Umno.

Kebocoran daripada kumpulan Khairy datang daripada dua kumpulan.


Kumpulan pertama adalah mereka yang memang selalu begaul rapat
dengan Khairy seperti Omar Ong, Ahmad Zaki Zahid, Norza Zakaria,
Lim Kian Teck, Rozabil Abdul Rahman, dan ramai lagi seperti mereka
yang tidak berapa suka membincangkan isu ini secara terbuka. Namun
ada yang terpaksa berbuat demikian juga. Sebagai contoh ialah Omar Ong
yang selalunya bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Najib Tun Razak.
Dia kerap diprovok oleh pegawai Najib yang lain supaya memberikan
maklumat mengenai pergerakan Khairy dan rencana politiknya. Dengan
lain perkataan, maklumat juga kerap diperah daripada Omar Ong seolah-
olah semacam memicit tiub ubat gigi. Akhirnya berita itu sampai juga
kepada Najib yang membincangkannya secara rahsia dengan orang-
orang kepercayaan beliau untuk menganalisa maklumat itu secara lebih
terperinci.

Malaysia Today 135


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Kumpulan kedua dalam kem Khairy mengandungi mereka yang dibawa


masuk oleh kumpulan pertama tadi sebagai teknokrat sokongan. Ini
termasuk anggota muda dalam Ethos Consulting, YPCS dan kumpulan
yang bersekutu dengan Khairy . Walaupun mereka mengenal Khairy
mereka bukanlah rapat dengannya. Namun, apa juga maklumat yang
mereka tahu kerap disebarkan secara cepat kerana mereka mahu dihitung
sebagai salah seorang orang suruhan Khairy yang boleh dipercayai.
Selalunya kebocoran maklumat semacam ini tersebar luas pula ke pihak
lain dan sekali gus membawa padah kepada Khairy.

Jadi, bukan semua kebocoran itu punca daripada musuh-musuh Khairy.


Malahan sebahagian besar maklumat mengenai pergerakan Khairy
diperolehi daripada golongan yang dianggap sahabat dan sekutunya.
Masalah politik Khairy ialah terlalu ramai kawan-kawannya yang masih
muda dan terlalu mentah berpolitik. Mereka tidak mempunyai kepintaran
orang politik lama yang pandai memutar lidah untuk menyebelahi
dan menyelamatkan diri mereka. Kepincangan semacam inilah yang
membawa padah. Gara-gara terlalu tinggi cita-cita, membuatkan mereka
terlalu rakus dan meminta-minta. Kesannya mereka kuat bercakap
dan inilah yang membuat Khairy sedar betapa orang luar mempunyai
tanggapan negatif terhadapnya kerana mulut celupar orang-orangnya
sendiri. Inilah bencana yang menimpa Khairy kerana mempunyai terlalu
ramai penyokong yang terlalu muda berpolitik. Mereka bukan sahaja
rakus tetapi kadangkala ternyata bodoh juga..

Dan yang lebih penting lagi, ada pula yang begitu bijak untuk
mencungkil maklumat itu dan menggunakannya untuk tujuan sendiri
dalam memusnahkan Khairy.

136 Malaysia Today


BAB 17

Patah sudah dahan untuk berpaut

D i sebalik segala keyakinan yang berputik dengan kembalinya


Datin Paduka Seri Endon Mahmood dari Amerika Syarikat baru-
baru ini, rakan-rakan politik mereka yang paling rapat sudah lama
menyedari bahawa masanya memang sudah tidak lama lagi. Sidang
pengarang akhbar dan mereka yang mengepalai media elektronik sudah
pun diberikan ingatan itu pada hari pertama beliau pulang ke tanah
air. Penulis kanan telah diberikan tugas menulis belasungkawa untuk
Endon kira-kira sepuluh hari yang lalu. Memang sudah dijangkakan
bahawa keadaan kesihatan Endon tidak akan pulih sehinggakan menteri
paling kanan dalam kerajaan Abdullah Ahmad Badawi tidak dibenarkan
menziarahi beliau di Hospital Putrajaya.

Dua hari sebelum kematiannya, para sahabat akrab Abdullah telah


berkumpul setiap hari di rumah kediaman Perdana Menteri untuk
membacakan surah Yassin. Orang ramai telah diberikan gambaran
keadaan isteri Perdana Menteri yang semakin murung melalui satu
kenyataan meminta mereka bersabar dengan Abdullah kerana beliau
perlu memberikan masa untuk meladeni Endon. Satu lagi pertanda
betapa keluarga Abdullah semakin berduka dengan keadaan kesihatan
Endon ialah berlakunya banyak pembatalan dalam majlis-majlis yang
patut dihadiri oleh Khairy Jamaluddin dan Nori Abdullah beberapa hari
sebelum Endon menghembuskan nafas terakhir.

Memang tidak dinafikan bahawa Endon Mahmood merupakan seorang


isteri orang politik yang lebih popular berbanding orang lain seangkatan
dengannya. Sudah tentu dia boleh dibandingkan dengan Tun Dr. Siti
Hasmah dalam keupayaan menyejukkan kehangatan di sanubari mereka
yang terguris oleh tindakan suaminya. Mereka berdua (Endon-Siti

Malaysia Today 137


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Hasmah) adalah daripada latar belakang yang sama, pernah mempunyai


kerjaya sendiri yang mereka tinggalkan untuk memberi sokongan kepada
suami masing-masing bergelumang dalam politik. Siti Hasmah dan
Endon lahir di Selangor, bapa kedua-duanya memegang jawatan tinggi
dalam perkhidmatan kerajaan. Perangai dan tingkahlaku Siti Hasmah
dan Endon ternyata tinggi budi pekertinya kalau dibandingkan dengan
isteri orang politik yang lain. Mereka berjaya memaparkan sopan santun
yang dapat mengimbangi gaya suami masing-masing yang kadangkala
ternyata tidak selembut itu.

Sebagai contoh tidak ada sesiapa yang mengkritik Endon sebagai


menjadi sumber pengaruh yang tidak sihat kepada Abdullah seperti mana
Rosmah Mansor kerap disindir berbuat begitu ke atas suaminya Najib
Tun Razak. Yang lebih penting lagi, sama ada kerana pilihan ataupun
disebabkan penyakit yang lama ditanggungnya, Endon tidak pernah
memainkan peranan tukang jaga pintu kepada Abdullah, seperti yang
dilakukan oleh Rosmah kepada Najib. Memang menjadi pengetahuan
umum bahawa Najib mudah dipengaruhi melalui Rosmah yang merayu
bagi pihak pelbagai orang politik yang berminat dan peniaga yang
mengharap. Endon memang tidak memainkan peranan itu – walaupun
dalam satu tempoh yang singkat naiknya Abdullah di persada teratas;
adik-beradiknya, anak-anak saudara (daripada keluarga Mahmood
Ambak) telah menerima banyak habuan. Anak dan cucu Mahmood
Ambak telah menerima dan berjaya menguasai beberapa projek kerajaan
daripada pembekalan perisian komputer ke sekolah di bawah program
Kementerian Pelajaran yang bernilai RM100 juta hinggalah kepada
pembekalan barangan di kalangan negara anggota OIC yang dirancang
oleh pucuk kepimpinan Malaysia yang menyandang jawatan presiden
pertubuhan itu.

Namun demikian adalah diragui bahawa Endon sendiri pernah


memainkan peranan dalam mendapatkan kontrak itu untuk keluarganya.
Lagi pun dia bukannya terlibat sangat dengan kesibukan Abdullah
pada tahap awal dia menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Sebaliknya Endon banyak menghabiskan masa di hospital luar negara
dan berehat di klinik dalam negara. Kalaulah keluarga Mahmood Ambak
berjaya menang banyak kontrak disebabkan pengaruh seseorang, besar
kemungkinannya ia datang daripada jasa baik Khairy Jamaluddin yang
mendapatkannya bagi pihak isteri beliau, Nori. Lagi pun, harus diingat
bahawa kebanyakan pemberian ‘kontrak itu telah disumbang oleh
beberapa menteri yang gila pangkat dan mahu cuba membodek Abdullah

138 Malaysia Today


Badawi. Di kalangan tahap teratas politik, memang diketahui betapa
keluarga Abdullah Badawi sendiri tidak menerima banyak kemudahan
daripada Abdullah. Sebaliknya, mereka menerima habuan itu daripada
Dr. Mahathir pada saat terakhir kegemilangannya sebagai seorang
Perdana Menteri. Sesungguhnya keluarga Mahmood Ambak yang begitu
ghairah mendapatkan kontrak kerajaan dan diberikan kemudahan itu
kerana kesungguhan mereka.

Jadi, peranan Endon tidaklah banyak berbeza dengan peranan Siti


Hasmah yang mempunyai ramai ahli keluarga meraih habuan yang
amat banyak berbanding keluarga Dr. Mahathir sendiri. Namun, dengan
pemergian Endon kini, adalah tidak mungkin adik-beradik dan saudara
mara beliau yang sebaya dengannya akan terus menerima habuan seperti
yang pernah mereka nikmati selama satu setengah tahun yang lalu.
Besar kemungkinan habuan semacam itu akan beralih kepada mereka
yang segenerasi dengan anak-anak Endon sendiri.

Peranan Endon dalam kehidupan Khairy Jamaluddin tidaklah berapa


menonjol. Beliau tidak pernah menahan keghairahan Nori terhadap
Khairy dan kelakuan ganjilnya semasa percintaan mereka. Endon pernah
mentertawakan kisah Nori yang menggunakan salah satu potret Khairy
sebagai ‘wallpaper’ di skrin komputernya di ISIS. Namun demikian,
salah satu sebab Khairy disenangi oleh Endon ialah kerana keakrabannya
dengan ibu Khairy, Datin Rahmah Abdul Hamid. Mereka telah lama
saling bersefahaman sejak zaman dulu ketika mengahwini dua orang
lelaki yang akhirnya bertugas sama sebagai pegawai tinggi kerajaan di
kementerian yang sama kira-kira pada pertengahan 1970-an.

Semasa Khairy mula-mula naik sebagai seorang politikus muda,


dan baru sangat ditugaskan sebagai pengiring istimewa kepada Nori
Abdullah, Endon telah melantik Rahmah menduduki satu jawatan
penting dalam PERTIWI. Peranannya ialah menentukan PERTIWI
berperanan mendapatkan golongan Mak Datin dan wanita yang separuh
umur di kalangan isteri dan janda pegawai tinggi kerajaan, agar mereka
menyokong Khairy. Ketika Khairy selalu dikritik kerana tidak ada
pengalaman tetapi mampu naik mencanak di puncak kuasa, PERTIWI
telah melancarkan satu kempen dalam New Straits Times, The Star dan
Utusan Melayu yang memberi gambaran betapa Khairy sebenarnya
adalah seorang yang matang dan begitu terdidik.

PERTIWI dan pertubuhan lain sekandang dengannya telah dipergunakan

Malaysia Today 139


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

oleh Khairy untuk melancarkan gelombang sokongan agar rakyat


menyukainya. Sanjungan itu selalunya dimulakan dengan satu artikel
yang disediakan oleh Setiausaha Akhbar tidak rasmi Khairy yang bernama
Kalimullah Hasan Masheerul Hassan serta beberapa wartawan yang
diupahnya. PERTIWI kemudian merancang beberapa surat menyokong
artikel itu; semua memberikan pujian kepada Khairy juga. Pada waktu
yang sama memang banyak surat lain yang negatif dan tidak memihak
kepada Khairy. Semua surat itu tidak akan disiarkan. Usaha berpadu itu
sudah tentu tidak diperlukan lagi kerana Khairy sudah naik mencanak di
puncak. Akan tetapi pada tahap awal kerjayanya dulu, PERTIWI telah
banyak membantu memberikan gambaran yang dia mempunyai sokongan
akar umbi yang padu. Yang sebenarnya makcik yang tua-tua itu menulis
surat kerana bosan dan terdesak sebagai suri rumah yang mengharapkan
habuan daripada Endon dan Datin Rahmah.

Endon sendiri pun menyandarkan harapan kepada Khairy sebagai tiang


seri yang menyokong Abdullah. Beliau memang merasa bersyukur
kerana Khairy mampu membantu Abdullah dan tidak banyak meminta-
minta perhatian Nori, yang turut memainkan peranan yang tidak dapat
disempurnakan oleh ibunya. Endon sendiri tidak pernah mendesak agar
Khairy dan Nori cepat berkahwin tetapi ada kalanya dia mengeluh juga
kenapa pasangan itu tidak mendapat cahaya mata lagi. Namun, dia tetap
merasa lega kerana sudah ada cucu daripada hasil perkahwinan anak
lelakinya Kamaluddin, dan terus memahami hakikat bahawa Khairy
mempunyai peranan yang lebih penting membantu kerjaya politik
suaminya.

Sebaliknya, Endon menyimpan perasaan tidak senang terhadap mereka


yang dia fikirkan menggugat kedudukan suaminya Abdullah dan status
dirinya sebagai wanita pertama di kalangan pegawai kerajaan. Salah
seorang yang dimaksudkannya ialah Rosmah Mansor yang kerap tidak
disenangi oleh Endon. Mengikut seorang penasihat rapat Timbalan
Perdana Menteri Najib Razak, Rosmah kerap merasa tertekan setiap kali
terpaksa bersama dengan Endon. Selalunya Rosmah mudah menonjol
ketrampilannya. Dia pernah menganggotai kem Mahani Daim, seorang
wanita yang kuat mendesak, angkuh dan bongkak. Rosmah kerap
mengeluarkan kenyataan yang merendahkan Najib di depan orang lain,
menyerlahkan kepincangan untuk menyimpan perasaan semacam itu
diluahkan di bilik tidur mereka sahaja.

Namun, kalau berdepan dengan Endon, Rosmah perlu menikus. Endon

140 Malaysia Today


merupakan seorang wanita yang lemah lembut dan merendah diri dalam
perbualannya. Akan tetapi kalau tercabar Endon boleh naik angin dan
setiap kali Rosmah meninggikan suaranya Endon mudah mematahkannya
dengan sindiran atau kata-kata yang memperlinya. Inilah yang tidak
disenangi oleh Rosmah. Rosmah berperasaan sebagai seorang yang
lebih tinggi pengajiannya, dia sepatutnya diberikan keutamaan daripada
Endon. Namun, Endon adalah seorang isteri seorang politikus yang
lebih berpengalaman berbanding Rosmah dan Endon berjaya menerima
sokongan di mana Rosmah tidak mendapatnya.

Akan tetapi keadaan sebenar tidaklah sebegitu

Dengan pemergian Endon, seorang lagi wanita bernama Nori akan


memainkan peranan yang lebih penting sebagai penasihat politik kepada
Abdullah. Menantu Abdullah, Azrene akan menjadi hos kepada majlis
yang dianjurkan oleh bapa mertuanya. Nori yang banyak mewarisi
lemah lembut ibunya akan menjadi tempat mengadu yang menenangkan
Abdullah. Dalam situasi ini, kedudukan Khairy akan lebih mantap selagi
dia pandai memainkan peranan berjalan lurus tanpa merewang daripada
peranan sebagai seorang suami yang setia dan menumpukan kepada
peranan sebagai anggota angkat keluarga Abdullah. Dia harus dilindungi
daripada sebarang serangan pihak yang terlalu ghairah mempengaruhi
Abdullah terhadap beliau.

Beberapa hari sebelum Endon meninggal, beberapa orang sahabat akrab


Abdullah yang pernah berjuang bersamanya sejak zaman dulu-dulu
sehingga beliau menceburi politik mengeluh kerana banyak perkara
yang tidak menepati ramalan mereka dulu. Satu ketika dulu mereka
berfikir kalau Endon sudah tiada, Abdullah akan merujuk kepada sahabat
lamanya yang sudah begitu setia dengannya. Sebaliknya mereka dapati
pada saat Endon nazak, Abdullah telah mula berpaut kepada Nori dan
Khairy serta kumpulan penasihat yang muda-muda belaka.

Kedudukan Yang Tidak Tercabar

Tidak ada orang lain yang dapat menggantikan tempat Endon dalam
kehidupan Abdullah. Usahasama mereka dulu adalah lebih intim
daripada keakraban seorang politikus dan isterinya. Ini merupakan
perkara biasa dalam dunia politik Malaysia. Perdana Menteri Malaysia
kerap berpaut kepada isteri masing-masing, seperti yang terbukti dalam
kes perkahwinan Razak-Rahah dan Dr. Mahathir –Dr. Siti Hasmah.

Malaysia Today 141


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Abdullah tidak bernasib baik kerana kehilangan keintiman semacam


itu begitu awal dalam tempoh jawatannya ini. Namun, dia masih dapat
keselesaan yang berbeza daripada, sebagai contohnya, hubungan Najib-
Rosmah. Keintimannya dengan Endon adalah satu pakatan cinta abadi
dan bukannya satu pakatan yang disadur dengan impian dan kerakusan.
Pakatan yang berasaskan kasih sayang itu tidak mudah ditiru walaupun
muncul nanti seseorang yang cuba mengisi kekosongan hati Abdullah.
Buat sementara waktu pemergian Endon Mahmood sudah mewujudkan
satu kelompongan dalam kehidupan harian Abdullah yang diisi oleh
Nori dan suaminya. Mereka inilah cabang yang baru bercambah untuk
menggantikan dahan yang baru sahaja patah dengan kematian pada pagi
Khamis dulu.

142 Malaysia Today


BAB 18

Harapkan pagar, pagar makan padi

A pakah Khairy sedar siapa sahabat beliau sebenarnya? Dia memang


di kelilingi anak-anak muda yang pintar, tetapi mereka semakin
menjadi bebanan kepada dirinya. Apakah Khairy begitu naif memikirkan
bahawa semua mereka boleh dipercayai tidak membocorkan rencana dan
aktiviti kepada musuhnya?

Salah satu nikmat ketika berusia muda ialah seseorang itu mampu
merasakan kemewahan hidup yang tidak tersekat. Usia muda memberikan
banyak ruang untuk membuat kesilapan dan inilah tangkal untuk menjadi
matang. Akan tetapi Khairy tidak mampu menikmati kemewahan
semacam itu. Kerana terlalu pantas naik ke atas dalam dunia politik dia
mudah terjebak dalam situasi di mana setiap tindakannya sentiasa diteliti
oleh musuh politiknya dan juga rakyat jelata.

Kehidupan Khairy memang sentiasa dipantau di bawah ‘mikroskop’


dan kerana rakyat begitu kagum dengannya, membawa erti bahawa dia
tidak boleh bergerak tanpa ada sahaja mata yang memerhatinya, dan ada
sahaja yang menganalisis serta menterjemahkan segala pergerakannya.
Selalunya terjemahan begitu memang membantu tetapi adakalanya
ia menjejaskan dan memberi gambaran negatif pada imejnya. Malah,
pujian yang paling ikhlas oleh para peminatnya boleh dilihat sebagai
mengandungi udang sebalik batu, yang akan membuatkan orang ramai
merasa mual dengannya.

Khairy tidak boleh berpura-pura tidak tahu-menahu dalam sepak terajang


politik Umno. Itu merupakan alasan lemah yang tidak akan disenangi.
Mereka percaya, memandangkan Khairy adalah lulusan Oxbridge beliau
seharusnya mempunyai keupayaan, kepintaran dan kebijaksanaan untuk

Malaysia Today 143


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

menjangka segala kesan tindakannya. Namun, ada kalanya orang ramai


terlupa bahawa Khairy masih mentah lagi, hanya berusia 31 tahun dan
naik mencanak dalam arena politik lebih laju daripada kebanyakan anak
muda seangkatan dengannya.

Khairy telah dilindungi oleh Abdullah Ahmad Badawi daripada serangan


yang besar-besar dan setakat ini dia tidak melalui laluan sukar. Begitu
juga para sahabatnya yang turut diberikan laluan ekspres untuk naik
di tahap tinggi dalam kerajaan, politik dan dunia korporat. Setiap kali
mereka terhantuk, mereka tanggung padahnya dan cuba memperbetulkan
diri sendiri secara perlahan, semata-mata kerana mereka tidak tahu
apa yang perlu dilakukan. Mereka merupakan pemimpin satu pasukan
opportunis yang merelakan kesilapan kecil-kecilan tetapi begitu kritis
terhadap kesilapan yang besar-besar.

Ada segelintir kawan-kawan Khairy yang memang mampu memberikan


nasihat bagaimana membetulkan imejnya. Tetapi mereka kurang
berpengalaman dalam usaha menonjolkan imej diri ketika diasak masalah
sendiri. Sebagai contoh kita ambil Kalimullah Hassan Masheerul Hassan,
seorang editor NST yang dilatih oleh Polis Cawangan Khas Singapura.
Kalimullah menonjolkan dirinya sebagai mahaguru kepada Khairy,
kononnya. Dia kerap mengiklankan Khairy walaupun ketika tidak
diperlukan berbuat begitu. Hampir di setiap pertemuan dengan wartawan
asing dan pemimpin kerajaan, dia menyebut nama Khairy dulu sebelum
menyeru nama bos mereka yang sebenar, Abdullah Badawi. Kalimullah
lebih berbangga dengan hubungan beliau dengan Khairy daripada dengan
Abdullah Badawi.

Kesannya, timbul kekeliruan, seolah-olah Khairy, dan bukannya


Abdullah yang mentadbir kerajaan. Kalimullah tidak membantu apabila
dia mengambil beberapa orang editor yang terlatih oleh Polis Cawanagan
Khas Singapura untuk mengetuai NST dan Berita Harian. Peranan utama
wartawan upahan ini ialah menonjolkan imej Lee Hsien Loong sebagai
calon pengganti pemimpin utama di Singapura dan sebagai manusia
paling bijaksana di dunia.

Inilah yang mereka lakukan kepada Khairy sekarang.

Mereka terlupa bahawa tidak ada orang lain untuk menjadi pewaris
jawatan Lee Hsien Loong selain daripada Lee Jr. Namun, dalam
dunia politik Malaysia, terdapat orang lain yang yakin mereka juga

144 Malaysia Today


layak menjadi calon pengganti Abdullah, malah, kepada Dr. Mahathir
Mohamad. Disebabkan pengiklanan yang terlebih, Kalimullah dan
rakan-rakan wartawan yang setongkang dengannya sedang menjejaskan
lagi imej Khairy daripada membantu kedudukannya.

Begitu juga dengan kawan-kawan Khairy dalam Umno. Sebagai contoh,


kita ambil Norza Zakaria. Insan yang tidak dikenali dari Seremban ini
tiba-tiba melonjak naik menjadi Ketua Pemuda Wangsa Maju. Norza
tidak mampu pergi ke mana-mana kalaulah dia tidak dikutip oleh Khairy
sebagai orang kanannya. Akan tetapi setelah menikmati kejayaan itu
Norza mudah naik mabuk. Pertama, dia gunakan kedudukannya untuk
menonjolkan imej sebagai orang yang paling layak memimpin pergerakan
Pemuda Umno seandainya Khairy ditakdirkan terkehel di tepi jalan.
Malah, dia sudah berani berbincang dengan pengendali web di mana
dia menafikan yang Khairy bertanggungjawab melonjakkan beliau di
tempatnya sekarang.

Norza menafikan yang dia adalah ‘orang Khairy’. Sebaliknya Norza


berkokok bahawa kejayaannya adalah gara-gara kepintaran dan
keupayaannya. Dia cuba menonjolkan imej lebih hebat daripada bosnya
kerana mahu dilihat sebagai orang yang lebih matang daripada Khairy.
Apabila diasak dengan soalan yang dia hanya orang yang mendepani
Khairy, dia naik berang dan menafikannya sambil mendakwa betapa dia
sengaja berlakon untuk menentukan Khairy tidak menyerang seandainya
kebenaran terdedah nanti.

Kedua, Norza suka cakap banyak. Dia akan bercakap mengenai Khairy
kepada mana-mana pegawai bank, peniaga, wartawan, kontraktor
ataupun pegawai kerajaan yang datang menemui beliau di pejabat
Perbendaharaan, Putrajaya. Norza memberitahu mereka bahawa Khairy
mahu benda itu dibuat ataupun Khairy mahu sesuatu projek dimulakan,
ada kalanya tanpa merujuk dulu perkara itu kepada Khairy. Kesannya,
orang mempunyai tanggapan bahawa Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan
para pegawai di Kementerian Kewangan sudah tidak ada kuasa kerana
Norza yang menguasai keadaan atas nama Khairy. Mungkin juga kisah
ini ada sedikit kebenarannya, kerana apa pun kebijaksanaan yang dimiliki
oleh Khairy, Nor Mohamed Yakcop masih lagi merupakan orang yang
menguasai keadaan. Akan tetapi orang ramai menjadi keliru dengan
imej semacam itu seolah-olah Menteri Kewangan Kedua adalah boneka
Norza yang juga merupakan boneka Khairy.

Malaysia Today 145


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Ketiga, Norza mempunyai rangkaian niaga, yang mendapat kehendaknya


dengan menggunakan nama Khairy. Orang-orang suruhan Norza
menyebarkan bahawa ketua, mereka (Norza) adalah orang kepercayaan
Khairy. Dengan dongengan begini, mereka berjaya meraih kontrak
yang paling kecil di Kementerian Wilayah Persekutuan hinggalah
kontrak perbankan yang besar-besar di Kuala Lumpur. Inilah yang boleh
menjejaskan imej Khairy, tetapi apakah Norza benar-benar peduli?

Malah kawan-kawan Khairy yang diserapkan ke dalam perkhidmatan


kerajaan dan politik sudah menjadi sumber utama pembocoran rahsia.
Sebagai contoh, kita ambil beberapa orang Khairy di pejabat Timbalan
Perdana Menteri. Ketika di depan Khairy mereka berlagak seolah-olah
memberikan maklumat penting mengenai pergerakan Najib. Sebaliknya,
kerana terlalu muda, naif dan bercita-cita tinggi, mereka sebenarnya
melakonkan dua watak. Sambil memberi maklum kepada Khairy, mereka
juga membocorkan maklumat mengenai Khairy kepada Najib.

Sebagai seorang politikus berpengalaman, Najib amat faham bagaimana


menangani maklumat itu untuk mengetahui apakah persiapan Khairy
yang paling terbaru. Khairy tidak menyedari ini tetapi orang-orang yang
diletakkannya di pejabat Najib adalah pengkritiknya yang paling besar.
Setiap kali bercakap dengan orang-orang Najib mereka memberikan
tanggapan seolah-olah mereka tidak bersetuju dengan Khairy. Pada
mulanya ini merupakan satu pembohongan, tetapi hari demi hari, apabila
kelentungan itu menjadi semakin besar, mereka terpaksa menyisipkan
sedikit warna kebenaran. Inilah yang cepat ditangkap sebagai rencana
jahat Khairy untuk menjatuhkan calon pewaris mereka.

Segelintir sekutu Khairy sudah pun berpaling tadah secara senyap-senyap.


Ketika persidangan ‘pemilihan’ Umno yang lalu, Hishammuddin Hussein
telah bertungkus lumus mahukan Khairy dilantik sebagai Timbalannya.
Hishammuddin sendiri yang menelefon pencabar lain untuk memelihara
kedudukan Khairy. Malah, dia sendiri menelefon Mukhriz Mahathir agar
kenaikan Khairy dapat berjalan licin. Kini, sebutlah sahaja nama Khairy
di depan Hishammuddin, seseorang akan dapat merasakan perubahan air
muka Hishammuddin. Hishammuddin memang marahkan Khairy, dan
dia begitu marah sehingga berani menyebutnya secara terbuka kepada
anggota Pemuda Umno yang lain.

Khairy sudah menjadi alat untuk musuh-musuh Hishammuddin


menjalankan jarum mereka. Setiap kali mereka mahukan Hishammuddin

146 Malaysia Today


membuat sesuatu untuk mereka, nama Khairy akan mereka timbulkan.
Inilah yang amat dibenci oleh Hishammuddin dan memang patut pun.
Beliau marah dengan sikap Khairy berjumpa anggota Pemuda Umno
dengan membelakangkannya. Beliau percaya bahawa Khairy sudah
menderhaka dan harus didera. Secara perlahan-lahan Hishammuddin
mula berenggang daripada kumpulan Khairy.

Mereka yang bertugas untuk Hishammuddin telah sedar bagaimana


ketua mereka sudah mula paranoid kebelakangan ini. Hishammuddin
selalu berhati-hati, takutkan tikaman pisau Khairy daripada belakang.
Hishammuddin sedar ada segelintir pegawainya yang memang taat dan
setia kepada Khairy. Kerana itu dia berhati-hati meminggirkan mereka
daripada turut serta dalam perbincangannya. Dia tidak melulu melakukan
perkara itu, tetapi mereka sedang disingkirkan secara perlahan-lahan
juga. Persiapan sedang dilakar untuk satu pertembungan besar-besaran
di mana Hishammuddin akan memihak kepada puak yang menentang
Khairy dalam soal penggantian jawatan Abdullah.

Surat-surat menyokong Khairy dalam akhbar-akhbar yang dihantar oleh


Mustapha Ong, PERTIWI, Sisters in Islam dan Phay Kim Beng ternyata
tidak membantu Khairy. Orang mudah melihat muslihat yang tersurat
dan bukannya bodoh sangat tidak dapat mengaitkan surat-surat itu
kepada propaganda untuk menaikkan Khairy. Dunia sudah semakin tulus
dan terang. Hubungan propaganda itu memang mudah dilihat. Walaupun
dalam beberapa kumpulan yang tidak diketahui oleh orang ramai sebagai
begitu rapat dengan Khairy, masih ada petanda rahsia menunjukkan yang
mereka sebenarnya agen kepada musuh-musuh Khairy.

Satu contoh terbaik ialah kewujudan kumpulan muda dan profesional


yang ada pada hari ini. Banyak kumpulan seperti itu tidak bagus
terurus walaupun dianggotai oleh anak-anak muda profesional yang
berpendidikan dan menganggap diri mereka sebagai calon terbaik untuk
melibatkan diri dalam kepimpinan pelapis Umno. Ada di antara mereka
itu sengaja berpura-pura menyokong Khairy dan mendesak beliau
melakukan sesuatu yang tidak termampu dilakukannya lagi. Mereka
mencuba dan membohongi janjinya untuk membasmi korupsi dan politik
wang. Di sebalik usaha membantunya, mereka sebenarnya membunuh
kerjaya politiknya.

Mereka sepatutnya menyokong Khairy, tetapi kalau diberikan pilihan


antara Abdullah dan Khairy mereka tidak akan peduli kepada orang

Malaysia Today 147


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

muda yang belagak itu. Sebaliknya, kesetiaan mereka adalah dengan bos
besar mereka yang memang sudah lama mengharungi perjuangan politik
mereka.

Khairy pernah menghilang untuk satu ketika yang lama semasa Endon
sedang nazak. Inilah yang dibocorkan oleh kakitangan Seri Perdana.
Ramai pemimpin tinggi Umno yang hadir untuk membaca Yassin, sedar
bahawa Khairy tidak muncul juga dan inilah yang membuatkan mereka
bercakap. Lebih-lebih lagi mereka yang seusia dengan Abdullah dan
mereka yang sedikit muda daripadanya. Mereka berpendapat bahawa
Khairy sudah melampau dan harus menghormati bapa mertua yang telah
menaikkan dirinya.

Khairy mempunyai perangai memberi keutamaan pada wartawan asing


berbanding wartawan Malaysia. Khairy merasa lebih selesa bercakap
kepada wartawan Singapura, Amerika dan Australia kerana mereka
inilah, sejak dulu lagi selalu memuji beliau. Mereka seronok kerana
Khairy mempunyai banyak rahsia untuk diluahkannya. Wartawan
Malaysia mempunyai ketua yang bertanggungjawab kepada Khairy
dan mudah dikawalnya. Sebaliknya wartawan asing tidak mempunyai
masalah itu. Mereka adalah agen bebas, malahan penulis upahan. Apa
juga yang mereka cakap kepada ahli Umno dan tokoh pembangkang di
Malaysia memang membuatkan kehidupan Khairy tidak keruan.

Antara tokoh yang paling diminati oleh wartawan asing ialah mantan
Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau mungkin
merupakan ahli politik Umno yang paling mengetahui banyak hal, hari
ini. Setiap gerak geri Khairy dilaporkan oleh wartawan asing kepada
mereka yang mampu menggunakan maklumat itu dengan baik. Kerana
kenaifan Khairy menganggap semua wartawan asing harus menghormati
beliau lebih-lebih lagi kerana dia memiliki segulung ijazah daripada
Oxford. Itulah sebabnya Khairy sendiri merupakan sumber segala rahsia
penting yang membocorkan rencana, komplot dan gerak-gerinya.

Khairy tidak faham bahawa dia di kelilingi oleh orang-orang bermulut


celupar. Akan tetapi mereka yang semacam itu bukan cakap sembarangan.
Sebaliknya, mereka suka bercakap mengenai dirinya. Lambat-laun cakap
itu akan mengenanya juga. Musuh Khairy yang paling dahsyat adalah
kawan-kawan yang rapat dengannya. Dia sudah sampai ke satu tahap
yang selalu dirasakan oleh politikus di peringkat tinggi, keseorangan di
atas sana. Kawan-kawan pun sudah tidak boleh dipercayai lagi.

148 Malaysia Today


BAB 19

Sebuah Republik dalam ketakutan

S esetengah pemimpin mahukan para pengikut menghormati mereka.


Yang lain-lain disayang dan ditatang, malah mungkin disanjung atau
diagungkan. Namun demikian, seperti yang dinyatakan oleh seorang
teoris politik terulung, Machiavelli, tanda seorang pemimpin yang
berjaya ialah seorang yang memimpin dengan ketakutan. Ketakutan
menyebabkan seseorang itu melakukan lebih daripada kemampuannya
yang biasa kerana ingin mengekalkan kedudukannya. Ketakutan
merupakan satu senjata yang berkesan untuk mewujudkan pengikut
dan golongan yang setia. Seorang yang mampu membuatkan orang lain
gerun kepadanya, mampu naik dengan pantas daripada seorang pembuli
kepada seorang pemimpin sebuah negara.

Orang-orang yang rapat dengan Khairy Jamaluddin berkata bahawa dia


memang amat taksub mengikuti ajaran Machiavelli. Walaupun semasa
menikmati kerjaya politiknya sekarang ini, Khairy perlu memupuk
suasana populariti, dia amat yakin bahawa dalam masa panjang nanti,
dan dalam usaha mengekalkan kuasa politik yang sungguh perkasa di
Malaysia, beliau perlu mencetuskan budaya takut di kalangan rakyat
terhadapnya. Sedikit demi sedikit usaha ini mula menampakkan rupanya.
Khairy sudah pun melonjakkan dirinya lebih menonjol daripada kawan-
kawan yang sebaya dengannya sehingga dia kini dianggap mereka
sebagai orang yang mesti ditaati dan disanjungi. Masa depan mereka
dalam dunia politik, industri malah di mata media adalah bergantung
kepada keupayaan mereka akur pada garis pemikiran Khairy. Sesiapa
sahaja yang cuba memandai-mandai dan yakin bahawa mereka adalah
setanding dengan Khairy (ataupun menganggap lebih baik darinya) akan
menyedari bahawa mereka dipinggirkan begitu sahaja.

Malaysia Today 149


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Para pemimpin Umno yang sudah lama di peringkat atasan pun terpaksa
memberikan penghormatan mereka kepada anak menantu Perdana
Menteri; Menteri Besar seperti Abdul Ghani Othman dari Johor dan
Adnan Yaakob dari Pahang terpaksa bermuka-muka menghadirkan diri
di lapangan terbang apabila pesawat terbang yang membawa Khairy
muncul di lapangan terbang semasa melawat negeri mereka. Mereka
seperti Taib Mahmud dari Sarawak dan Khir Toyo dari Selangor yang
enggan memberi muka kepada Khairy, kini mendapati diri mereka
dipinggirkan. Khairy berbisik di telinga Abdullah Badawi bahawa orang-
orang seperti mereka itu harus disenaraikan sebagai dua orang yang
paling korup dan sedang berkuasa. Akan tetapi apakah mereka itu lebih
korup berbanding, sebagai contohnya Ali Rustam di Melaka? Setakat ini
Ali Rustam masih hidup berlenggang semata-mata kerana dia sanggup
akur kepada Khairy.

Sesungguhnya apa yang disebut sebagai usaha Abdullah Badawi


memerangi rasuah hanya merupakan usaha ‘pilih bulu’ dan membalas
dendam. Tidak seorang pun yang dalam kumpulan yang disenangi oleh
Khairy menghadapi ancaman, walaupun mereka terang-terang melakukan
kerja-kerja merasuah. Dalam politik, Ketua-ketua Pemuda Umno yang
tunduk kepada Khairy tidak pun disentuh kerana politik wang. Dalam
syarikat berkaitan kerajaan (GLC), CEO yang korup dengan puluhan juta
rasuahnya tidak pernah tergugat kerana mereka tunduk kepada Khairy.
Satu contoh yang terbaik ialah kerugian besar MAS, di mana mereka
yang diletakkan di situ untuk membersihkan segala kebobrokan yang
dilakukan oleh Tajuddin Ramli ternyata tidak berjaya melaksanakan
tugas walaupun mereka memiliki kelulusan Oxbridge. Sebaliknya
mereka dinaikkan pangkat, tidak pun dikenakan tindakan, semata-mata
kerana mereka adalah budak-poster Khairy.

Peranan Khairy yang utama dalam pentadbiran Abdullah Badawi ialah


sebagai tukang karut. Dia menonjolkan imej Abdullah. Akan tetapi
segala kelentungannya itu bukannya membawa makna. Kini, retak sudah
kelihatan pada yang diada-adakan dan semua itu sudah terlambat untuk
diperbetulkan. Khairy telah meminta para penganalis di bank-bank asing
(di mana ramai yang begitu berbangga dapat menghadiri jamuan teh
dengan beliau) agar menulis yang muluk-muluk dan menyebut betapa
usaha reformasi Abdullah perlu masa untuk menunjukkan hasilnya. Ini
adalah pembohongan semata-mata. Ramai anggota ‘kumpulan apologis’
Khairy seperti Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, Brendan Pereira
dan Phar Kim Beng memang pakar kelentung yang berhutang budi

150 Malaysia Today


kepada Khairy. Tentulah tidak ada yang boleh diharapkan daripada
mereka kerana tugas mereka hanyalah sebagai hamba kepada Tukang
Propaganda dan tidak lebih dari itu.

Salah satu mangsa paling terbaru dalam republik ketakutan milik Khairy
ialah Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.
Beliau sudah lama menceburi pergerakan pemuda Umno sebelum Khairy.
Ini bermakna Norza lebih kanan dalam politik berbanding Khairy. Akan
tetapi pangkat dan kemunculan Norza di persada politik dan penyertaan
beliau dalam Majlis Tertinggi Umno, serta jawatan sebagai Setiausaha
Politik kepada Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop, adalah
hasil sokongan Khairy. Sesungguhnya Norza bukanlah pandai sangat,
walaupun dia sudah menonjol dengan pangkatnya dalam pergerakan
Pemuda Umno. Namun demikian, tanpa Khairy, nama Norza memang
mudah dilupakan

Pada peringkat awal munculnya Hikayat Khairy di internet, Norza


merupakan salah seorang yang naik takut apabila terdedah betapa berjuta-
juta yang dimilikinya adalah gara-gara persahabatannya dengan Khairy.
Beberapa usaha telah dibuatnya untuk menghubungi laman web ini untuk
memujuk ‘Malaysia Today’ agar megurangkan pendedahan mengenai
aktiviti Norza. Apabila usaha itu tidak berjaya, Norza telah berjumpa
dengan seorang aktivis “Reformasi” yang telah memanjangkan mesej
Norza kepada laman ini dan menyatakan betapa Norza mahu memberikan
cerita daripada pihaknya pula. Mengikut Norza, beliau tidak pernah
rapat dengan Khairy. Malah, secara terbuka Norza menyatakan bahawa
dia naik dalam Pergerakan Pemuda Umno adalah kerana keupayaannya
sendiri dan tidak ada kena-mengena dengan ihsan Khairy.

Kesilapan terbesar Norza ialah mengulang-ulang kenyataan itu kepada


orang-orang Khairy dalam Kementerian Kewangan. Percakapan itu
terus sampai ke telinga Khairy betapa anjingnya sudah mula tidak
mengaku tuannya. Dengan pantas Khairy meminggirkan Norza untuk
sementara waktu sehingga Norza menjadi gelabah tidak menentu. Apa
yang mahu dilakukannya ialah menutup segala skandal yang dibuatnya
di Kementerian Kewangan dengan merenggangkan dirinya daripada
Khairy dan menafikan peranannya sebagai orang suruhan Khairy. Norza
sedar kemudiannya betapa Khairy memang marah kepadanya dan semasa
anda membaca tulisan ini Norza sedang berusaha memperbaiki keadaan
sebaik mungkin.

Malaysia Today 151


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Memang, kami sudah tahu apa yang akan berlaku. Norza akan merangkak
mendapatkan Khairy laksana anjing yang menyepit ekornya di celah
kaki. Khairy akan berlagak semacam Armon Goeth dalam filem ‘The
Schindler’s List’ untuk memaafkan Norza. Ini adalah kuasanya sebagai
seorang bos. Nanti, adalah tangan yang akan dikucup dan semua
pembohongan akan bermula semula. Kini, Norza akan ingat sampai mati
untuk tidak menderhaka kepada Khairy lagi.

Sikap mementingkan diri di kalangan kebanyakan anggota pergerakan


Pemuda Umno membuatkan kedudukan Khairy ternyata begitu
kebal dalam pertubuhan itu. Sesungguhnya Hishammuddin Hussein
hanyalah merupakan pemimpin sementara pergerakan pemuda Umno.
Hishammuddin hanya memanaskan kerusi sebelum Khairy bersedia
mengisinya. Apa juga kesetiaan yang diberikan kepada Hishammuddin
hanya berbentuk sementara sahaja. Sekurang-kurangnya dua orang calon
Hishammuddin yang telah menjadi Yang Berhormat di Johor sudah pun
berpindah kem untuk menyokong Khairy. Selepas Khairy melawat Batu
Pahat beberapa bulan yang lalu, dua orang YB ini yang dicalonkan oleh
Hishammuddin telah berjumpa dengan Khairy dalam satu bilik hotel di
Johor Bahru untuk berpaling tadah. Mereka memberitahu Khairy secara
jelas bagaimana Hishammuddin membuat laporan akan pergerakan
Khairy kepada sepupunya Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Pada waktu yang sama Hishammuddin berpura-pura setuju dengan
tindakan timbalannya.

Sebenarnya, Hishammuddin memang sudah mual dengan sikap Khairy


yang mahu menonjolkan ketokohannya. Terutama sekali keputusan
Khairy menubuhkan kelab yang dianggotai oleh Timbalan Ketua
Umno Bahagian di seluruh Malaysia dan sikap beliau berucap dalam
Persidangan Umno menyokong pendirian Hishammuddin mengenai
Dasa Ekonomi Baru yang disusuli dengan satu ucapannya beberapa hari
kemudiannya menyanggah pendirian itu pula.

Hishammuddin sudah sedar betapa dia mempunyai laluan yang semakin


sukar untuk naik ke atas (menduduki pangkat Naib Presiden Umno).
Akan tetapi dia tidak punyai banyak pilihan. Beliau telah terjebak
dengan kepercayaan yang silap bahawa Khairy adalah seorang anak
muda yang begitu terburu-buru mahu naik ke atas dan boleh dihalang
dan disekat oleh pengalaman Hishammuddin yang agak lama, berdekad,
dalam pergerakan pemuda Umno.

152 Malaysia Today


Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Said, berkata bahawa
Khairy kini sudah muncul sebagai pemimpin politik Umno yang paling
digeruni. Kekayaan yang dikumpulnya selama dua setengah tahun
memberikan beliau kuasa menjadi salah seorang penaung politik yang
paling perkasa. Mengikut Mohd Zaid, pemimpin Pemuda Umno sedang
berlumba-lumba menyatakan kesetiaan mereka kepada Khairy untuk
menikmati sebahagian habuan yang boleh mereka nikmati. Mereka
sedang berusaha untuk mendapatkan restu Khairy semata-mata mahukan
hidup senang dan mampu memiliki banyak wang. Kalau segala-galanya
berjalan licin dan Khairy akhirnya naik ke atas, sudah tentu dia akan
menaikkan mereka menduduki tempat atasan juga.

Sebagai contoh, marilah lihat keadaan sebenar di Pengkalan Pasir.


Semua bakal calon yang berpotensi dalam Umno memberikan hormat
secara berpura-pura kepada Ketua Perhubungan Kelantan, Annuar Musa.
Dalam usaha terakhir untuk mendapatkan tempat sebagai calon rasmi
Barisan Nasional nama-nama seperti Annuar Musa, Mustapa Mohamad,
Tengku Razaleigh Hamzah, Zaid Ibrahim, Awang Adek ataupun sesiapa
sahaja tokoh besar Umno di Kelantan, tidak bermakna apa-apa. Mereka
juga tidak berusaha untuk beratur mendampingi Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Umno, Najib Tun Razak. Yang paling mereka idamkan ialah
ihsan Khairy Jamaluddin.

Sejurus diketahui kematian wakil rakyat PAS, Wan Aziz; Hanafi Mamat
dan Che Johan Che Pa yang merupakan Timbalan Ketua dan Naib Ketua
Umno bahagian Pasir Mas telah menghantar sekurang-kurangnya tiga
mesej kepada Khairy meminta peluang bertemu beliau. Malah, mereka
juga menyemak catatan diari dan senarai buku telefon untuk mencari
nama-nama kawan Khairy yang mampu berbisik di telinga bos. Salah
seorang bakal calon telah cuba menjolok Ketua Penerangan Umno,
Muhammad Muhd Taib. Beliau telah menasihati si bakal calon ini
agar menghubungi Khairy Jamaluddin. Ada seorang bakal calon yang
menyedari bahawa Khairy telah menghadiri Jawatankuasa Eksekutif
FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) minggu lalu. Dia telah cuba
mendapatkan kedudukan sebagai wakil Kelantan untuk menghadiri
persidangan itu hanya kerana mahu rapat dengan Khairy.

Apabila Umno membuat pengumuman rasmi siapa calonnya nanti,


memang tidak perlu syak lagi bahawa calon itu adalah pilihan Khairy.
Segala tipu helah yang ditunjukkan oleh Annuar Musa bahawa hanya
beliau yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa calonnya sebelum

Malaysia Today 153


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

diperkenankan oleh Abdullah Badawi ialah satu contoh yang sahih betapa
dalang yang pakar sedang bermain wayang kulit. Annuar Musa memang
pintar memainkan peranan semacam itu dan sebagai dalang dia memang
pandai memainkan kisah yang diupah untuk dimainkannya.

Kesilapan besar yang perlu dielakkan oleh setiap orang politik Umno
sekarang ini ialah tidak menyakitkan hati Khairy. Kesilapan itu adalah
laksana ciuman maut. Setiap orang politik dalam Umno daripada Perlis
hingga ke Sabah, sudah sedar walaupun Khairy bukanlah seorang raja,
dia sesungguhnya sudah menonjol sebagai Mamak Bendahara. Akan
tetapi ketakutan yang amat sangat mampu mencetuskan revolusi yang
boleh menyah keluar seseorang diktator...

154 Malaysia Today


BAB 20

Apakah Umno benar-benar


mahu menang?

W aktu menunjukkan jam 8 pagi. Seperti biasa Khairy Jamaluddin,


pada pagi Isnin itu sedang tersangkut dalam kesesakan lalulintas
Kuala Lumpur. Beliau sudah terlewat 15 minit untuk menepati temujanjinya
dengan beberapa pemimpin Pemuda Umno yang bertegas mahu menemui
beliau di satu pertemuan sarapan pagi untuk membincangkan krisis
perebutan kuasa di bahagian mereka. Pada ketika itu Khariy duduk di
kerusi bahagian depan dalam kereta itu, kerana itu memang biasa dibuatnya
untuk mengelakkan dia kelihatan seperti seorang yang angkuh. Si supir
memandu dengan laju sepanjang perjalanan menuju Hotel Crown Princess
di mana pertemuan sudah dirancang. Dengan pantas Khairy memeriksa
isi dompet duitnya. Dia tidak lagi tahu apa yang akan dibincangkan nanti,
tetapi dia sudah pasti dengan satu perkara: apa juga yang mahu mereka
katakan nanti, dia juga yang akan mengeluarkan belanja makan pada pagi
itu.

Baju khas yang dipakainya mempunyai beberapa saku khas untuk


menyimpan tiga buah telefon bimbit yang memang dibawanya selalu.
Telefon bimbit yang pertama ialah menggunakan Kad Maxis (012). Nombor
telefon itu diketahui umum kerana ianya tercetak pada kad nama beliau
selain dipamerkan di laman web Pemuda Umno. Itulah yang digunakan
untuk mengirim SMS dan telefon itu sentiasa dibisukan kerana ia kerap
berdering setiap minit. Semua orang fikir bahawa Khairy terhutang budi
kepada mereka, baik yang daripada peringkat rendah pergerakan pemuda
Umno hinggalah pelayar sambilan internet yang terjumpa nombor itu
dalam laman web pemuda Umno yang lama, hinggalah kepada seorang
tauke Cina yang mencuba nasib mendekati Khairy gara-gara jolokan yang
diberikan oleh peniaga Singapura sebagai “Mr. 20%”.

Malaysia Today 155


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Telefon bimbit yang kedua milik Khairy menggunakan nombor


019. Nombor itu hanya diketahui oleh orang yang penting sahaja.
Para pengarang akhbar perdana di Malaysia dan Singapura memang
mengetahui nombor itu seperti juga dua orang tokoh politik muda yang
paling menonjol masakini, Husam Musa dan Ezam Mohd Nor. Nombor
itu juga diketahui oleh para menteri yang sekarang ini merasa perlu selalu
menghubungi Khairy untuk menyambung harapan dan mengekalkan
impian. Khairy jarang menggunakan fon itu kecuali menghubungi
kenalan yang rapat. Kerana itu setiap kali telefon itu berbunyi dia tidak
akan menjawabnya di hadapan khalayak ramai.

Secara tiba-tiba, telefon yang kedua itu berbunyi. Ada satu kiriman SMS
yang muncul. Waktu itu pukul 8.05 pagi. Tajuknya ringkas dan amat
bermakna. “Wan Aziz, ADUN Pengkalan Pasir, meninggal dunia pada
6.05 pagi ini”. Khairy sudah tahu apa maksudnya. Selama tiga bulan,
Umno dan PAS telah bersiap sedia, menunggukan pemergian Wan Aziz.
Beliau pernah menjadi wakil rakyat Dewan Undangan Negeri bagi
Pengkalan Pasir, yang merupakan sebahagian kawasan Parlimen Pasir
Mas. Beliau telah menanggung penyakit barah hati dan berada dalam
keadaan tenat sebelum itu. Semua pihak sudah menantikan ketikanya
PAS dan Umno akan bertentangan dalam pentas pilihan raya. Khairy
juga sedar bahawa gergasi Pasir Mas, Dato Ibrahim Ali, adalah satu
faktor penting yang perlu dipadamkan untuk selama-lamanya.

Dengan pantas Khairy mengambil telefon bimbitnya yang ketiga. Telefon


ini jenis iPAQ, nombornya diprogram untuk menyerlahkan kod nama
beliau hanya kepada Perdana Menteri, ahli keluarga yang terdekat dan
pihak keselamatan mereka. Inilah juga nombor yang selalu dihubungi
oleh Abdullah Ahmad Badawi untuk bercakap dengan menantunya.
Abdullah Badawi pun hanya memiliki satu telefon bimbit sahaja yang
dibimbit oleh Setiausaha Peribadinya yang mengekori beliau ke mana
sahaja. Nombor Abdullah memang dikawal rapi; tidak tersenarai dan
tidak boleh muncul di mana-mana telefon kerana sudah diprogram oleh
pakar keselamatan. Telefon itu boleh mengeluarkan SMS dan mesej
lain menggunakan satu talian proksi yang memadamkan nombor si
pengirimnya. Khairy mahu menelefon bapa mertuanya memberikan
berita kematian Wan Aziz, walaupun ketika itu Abdullah mungkin sudah
pun mengetahuinya terlebih dahulu. Namun demikian, Khairy masih
ingat akan peristiwa Mac 2004 yang menyebabkan Abdullah merasa
dingin terhadap politik Kelantan.

156 Malaysia Today


Ketika itu Abdullah terlalu bergantung harap kepada Khairy untuk
merencana kemenangan pilihan raya. Walaupun pembinaan imej
ketokohannya dan segala tipu muslihat ternyata berjaya, Abdullah masih
merasakan bahawa Kelantan memang sukar ditembusi oleh Umno.
Kalaulah Abdullah boleh ditonjolkan sebagai seorang ulama, bererti
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz adalah bapa segala ulama. Kepimpinan
beliau di negeri itu memang tidak ada tolok bandingnya. Memang pun
ada kalanya beliau tersilap, tetapi Abdullah pun begitu juga.

Abdullah telah mengutus seorang wakil berjumpa Nik Aziz menawarkan


satu cadangan di mana Umno memberikan laluan mudah untuk PAS
di kerusi tertentu. Umno tidak akan menarik calon untuk bertanding
di tempat itu, tetapi akan berkempen di tempat tersebut secara sambil-
lewa sahaja di kawasan yang difikirkan ia tidak akan menang. Nik
Aziz bersetuju tetapi tidak disenangi oleh pemimpin PAS yang lain,
terutamanya pemimpin pelapis PAS di Kelantan. Itu sebabnya Abdullah
terpaksa memikirkan strategi lain bersama Khairy dan mengemukakan
muka baru yang profesional sebagai calon bertanding di Kelantan.

Khairy telah menyerahkan senarai calon itu kepada Timbalan Perdana


Menteri, Najib Tun Razak yang mempengerusikan jawatankuasa
pemilihan calon BN untuk bertanding di Pilihan Raya Umum yang lalu.
Itulah yang membuatkan Najib begitu tertekan. Senarai yang diberikan
kepadanya telah menolak ke tepi hampir setiap orang yang sebelum
itu memang setia kepada Najib. Sebaliknya, tokoh-tokoh yang pernah
berkhidmat bersama Najib ketika dia memimpin Pergerakan Pemuda
Umno telah digantikan dengan nama muka-muka baru, yang berada
di Kuala Lumpur. Mereka merupakan akauntan, peguam, peniaga dan
bekas pegawai tinggi kerajaan daripada Kuala Lumpur yang menjadi
pilihan Khairy untuk menukar imej Umno Kelantan. Ia merupakan
satu imej baru tonjolan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa
Mohamad yang tidak berkarisma walaupun dia merupakan ahli ekonomi
yang bagus.

Najib tidak berkata apa-apa kepada Khairy. Tetapi, dengan pantas dia
mengarahkan Setiausaha Politiknya, Datuk Fatmi (pernah menjadi Ketua
Pemuda Umno Kota Bharu, satu ketika dulu) agar mengirimkan satu
salinan senarai itu melalui faks kepada sekutu Najib di Kelantan. Sudah
tentu mereka naik marah, dan tertekan, serta menjadi kecewa. Mereka
menganggap senarai Khairy itu sebagai penamat kerjaya politik mereka.
Walaupun mereka mengetahui tidak boleh berkata apa-apa, mereka

Malaysia Today 157


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

mampu merancang sesuatu untuk mengaibkan Khairy akhirnya. Semasa


Khairy tidur nyenyak dia tidak pun menyedari betapa sudah wujud 20
orang pemimpin Umno Kelantan yang sedang mengasah parang mereka
dan secara tiba-tiba menjadi musuh politiknya.

Beberapa hari menjelang hari Penamaan Calon, satu senarai yang


disediakan oleh Khairy dan diluluskan oleh Abdullah telah dibawa
oleh seorang utusan khas ke Kota Bharu. Sepatutnya Umno Kelantan
menyimpan senarai itu dengan selamatnya dalam peti besi untuk
membolehkan persiapan serah surat watikah bagi Hari Penamaan Calon.
Itulah rencananya. Malangnya Khairy tidak sedar akan kebijaksanaan
rakan-rakan politik beliau di Kelantan. Sejurus penerbangan MH1388
mendarat di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, di Pengkalan Chepa,
utusan Umno itu telah disambut oleh 10 orang tokoh pemuda Umno yang
beruniform. Memikirkan mereka adalah pengiring beliau, dia pun masuk
ke dalam salah sebuah kereta yang sedia menunggunya. Kereta itu tidak
membawanya menuju ibu pejabat Umno negeri, sebaliknya melencung
ke arah lain dan beg yang berisi senarai lengkap itu telah dirampas
daripadanya. Utusan khas itu telah diperap dalam satu rumah khas di Jalan
Long Yunus dan dinasihati untuk berehat sedikit lama di situ sehinggalah
sekumpulan bos selesai dengan kerja mereka. Apa yang terjadi kemudian
adalah layak menjadi satu dongeng khayalan sahaja. Semua pemimpin
Umno yang telah digugurkan oleh Khairy, ada antaranya adalah peguam
yang berkelulusan tinggi dan ramai pula pernah menganggotai kerajaan
Umno pada 1980-an dulu, telah disenaraikan semula dalam satu carta
baru menggantikan nama-nama yang pernah dicadangkan oleh Khairy.
Senarai baru yang dipinda itu telah diisytiharkan sebagai senarai terkini
untuk digunakan bagi Pilihan Raya Umum 2004. Hanya beberapa jam
sahaja lagi sebelum diadakan satu persidangan akhbar oleh Jawatankuasa
Perhubungan Umno Kelantan untuk mengumumkan nama-nama calon
dalam pilihan raya itu.

Sesungguhnya si utusan khas itu telah diam membisu gara-gara disogok


dengan rasuah. Apa pun rahsia mereka tidak boleh diperam lama.
Orang-orang seperti Dato Nordin Razak, yang sudah pun dikatakan akan
bertanding kawasan Parlimen dan sudah pun memberitahu kawannya
sebelum itu, tiba-tiba mendapati nama mereka sudah hilang daripada
senarai pencalonan. Orang lain seperti Dato Mustapha Taib sedar nama
mereka di tempat lain sudah hilang juga. Calon Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri sudah pun bertukar, termasuklah nama Hanafi Mamat
yang dijadualkan bertanding kerusi Parlimen dan bukannya kerusi

158 Malaysia Today


DUN Pengkalan Pasir yang disenaraikan kepadanya. Mereka yang
telah digugurkan dan ditukar-tukar telah menelefon pejabat Abdullah
Badawi untuk merungut dan membantah. Sudah terlambat waktunya.
Abdullah terlalu sibuk untuk melayan segala aduan kerana dia juga
terpaksa menangani satu senarai baru yang dikatakan sebagai “Senarai
Dr. Mahathir”. Ketika itu pula Sultan Johor telah membuat bantahan
terhadap pilihan Abdullah mengenai calon Menteri Besar. Selain
bertindak tegas agar menyenaraikan semula nama yang disediakan oleh
anak menantunya, keputusan telah dibuat agar senarai yang telah dipinda
itu diterima sebagai senarai rasmi. Abdullah cuba menepis skandal di
awal kepimpinannya sebagai seorang Perdana Menteri. Itu sebabnya dia
berpendirian begitu kerana memikirkan Umno tidak mempunyai banyak
peluang untuk menang di Kelantan.

Menghairankan, semuanya tidak seperti yang dijangka. PAS terus berpaut


kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan kelebihan yang tipis
dan tertekan untuk terus berpaut kepada apa yang tinggal. Pada ketika
itu juga, Khairy telah melakukan kesilapan keduanya di Kelantan. Dia
telah menerima panggilan daripada Husam Musa untuk meneroka idea
kedua-dua parti mengadakan gencatan senjata dalam petisyen pilihan
raya. Khairy telah memulakan rundingan dan menutupnya bersama
Husam tanpa merujuk kepada pimpinan negeri. Sudah tentu dia
menelefon Mustapa Mohamad tetapi tidak menghirau untuk berbincang
dengan pemimpin tinggi Umno Kelantan yang lain. Ramai yang tidak
akan diberitahu akan keputusan tersebut kerana mereka tidak bercakap
dengan Mustapa.

Keputusan untuk membuat ‘perjanjian’dengan Husam telah mengakibatkan


Khairy kehilangan setengah sokongan daripada Pemuda Umno Kelantan,
yang begitu ghairah untuk menyahkan PAS dari Kelantan buat selama-
lamanya. Mereka tidak mahu PAS mendapat peluang walaupun seinci
dalam menebus kembali kekalahan yang dialami semasa Pilihan Raya
Umum lepas. Ramai di antara mereka merasakan mereka mempunyai
alasan yang kuat untuk mencabar setengah daripada kemenangan tipis
PAS, terutama kerusi-kerusi di mana kertas undi sudah dikira dua kali
atau kertas undi yang hilang atau tersilap edar antara calon-calon.
Malah, ada antara pemimpin Umno yang lama seperti Hashim Safin
secara terbuka menentang keputusan Khairy untuk membuat rundingan
dengan Husam bagi pihak mereka. Satu perkara yang pemimpin Umno
Kelantan sangat benci lebih daripada PAS, ialah mana-mana pemimpin
Umno luar Kelantan membuat keputusan bagi pihak mereka. Mereka

Malaysia Today 159


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

merasakan seorang graduan lulusan Oxford mudah ditipu oleh Husam;


yang sepuluh tahun lebih tua daripada Khairy dan lebih berpengalaman
dalam politik tempatan dan dengan itu dilihat lebih bijak dalam politik
setempat.

Jadi, walaupun media massa mengatakan Khairy seorang pemimpin


yang popular dengan Umno Kelantan, dia juga mempunyai musuh di
negeri tersebut. Dia mungkin tidak menyedarinya, walaupun dia berniat
baik dalam rundingannya dengan PAS, ia mungkin lebih baik jika orang
lain dan bukan dia yang membuat keputusan tersebut. Kebencian yang
telah wujud telah merebak ke bahagian-bahagian dan menjejaskan Umno
Kelantan, yang akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil Pengkalan
Pasir.

Beberapa jam selepas kematian Wan Aziz, Khairy telah menerima


panggilan daripada Dato Rahim, ketua bahagian Umno Pasir Mas. Dato
Rahim memberitahu Khairy apa yang dia sudah tahu, iaitu Wan Aziz
sudah meninggal. Dato Rahim berkata sesiapa saja yang dipilih sebagai
calon akan mendapat sokongannya. Sudah tentu, ini bukan sebenarnya,
apa yang Dato Rahim mahu. Dia sudah menyimpan cita-cita sejak
beberapa bulan sudah untuk mendapatkan kerusi tersebut. Walaupun
dia merupakan calon Parlimen dalam pilihan raya umum lepas, Dato
Rahim terdesak untuk buktikan bahawa kelemahan Umno Pasir Mas
bukan disebabkan ketidakmampuannya menangani gelagat bekas ketua
bahagiannya, Dato Ibrahim Ali, tetapi disebabkan ketidakmampuan
orang lain. Lebih penting, Dato Rahim mempunyai wang untuk dipam
ke dalam pilihan raya kecil tersebut, dan lebih rela membelanjakannya
untuk pencalonan dirinya sendiri daripada untuk orang lain.

Khairy tidak melihatnya seperti itu. Baginya, Dato Rahim ialah nama
yang dikenali sudah gagal menjalankan tugasnya. Lagipun, Dato Rahim
sudah agak tua dan perlu sedar yang Khairy tidak mahu Dato Rahim
mengisi kekosongan Wan Aziz.

Sebaliknya, Khairy lebih cenderung kepada calon lebih muda. Terdapat


dua orang: Hanafi Mamat, ahli perniagaan berumur 51 tahun, tidak begitu
tua dan tidak muda juga. Kemudian ada Che Johan Che Pa, graduan
daripada Universiti Malaya, yang telah menjadi seorang peguam dengan
ijazah sarjana dari United Kingdom. Kedua-duanya telah menghubungi
Khairy dan memberitahu bahawa mereka juga akan memberi sokongan
kepada sesiapa yang dipilih sebagai calon.

160 Malaysia Today


Pada mulanya, Che Johan lebih terserlah. Khairy merasakan yang Che
Johan lebih menarik penampilannya berbanding Hanafi. Che Johan juga
mempunyai rekod aktivisme pelajar yang mantap, suatu yang Khairy
sendiri tidak punya. Khairy telah dipujuk oleh rakan-rakan Che Johan
yang telah mengirim SMS bertalu-talu agar pencalonan peguam tersebut
diterima. Lebih penting, pihak Cawangan Khas telah melaporkan bahawa
Che Johan telah berjaya menembusi PAS dengan meletakkan pemuda
yang menyamar sebagai ahli Pemuda PAS di kalangan mereka. Malah,
sesetengah daripada mereka telah dipilih sebagai ahli dalam pasukan
strategi pilihan raya PAS Pasir Mas. Kelicikan kerja Che Johan telah
mendapat pujian Khairy.

Bagaimanapun kesilapan Khairy kerana mendedahkan pemilihannya


terlalu awal. Antara lain, Khairy telah bertanya mengenai Che Johan
dengan pemimpin-pemimpin Umno tempatan termasuk Dato Rahim.
Walaupun mereka cuba berpura-pura setuju, secara senyap mereka
merancang menjatuhkan Che Johan. Strategi Dato Rahim mudah saja.
Dia lekakan Che Johan dengan maklumat bahawa pencalonannya sudah
pasti kerana dia mendapat restu Khairy. Dato Rahim telah rancangkan
untuk Che Johan untuk mengiringi orang kenamaan Umno seperti
Setiausaha Agung, Dato Radzi Sheikh Ahmad dan Ketua Penerangan,
Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dalam lawatan mereka ke kawasan.
Che Johan begitu percaya yang dia sudah dipilih.

Dato’ Rahim kemudiannya, memulakan kempen bisik-bisik untuk


mengeluarkan Khairy daripada mengendalikan pilihan raya tersebut. Pada
mulanya Khairy telah dipilih sebagai orang yang bertanggungjawab bagi
kempen Umno di Pengkalan Pasir. Dalam persediaan untuk itu, Khairy
telah mula mendapat liputan akhbar, bertemu dan bersalam-salaman
dengan penduduk kampung. Pada mulanya, strategi tersebut berjaya.
Akhbar menunjukkan Khairy seperti seorang yang warak, kelihatan
jamnya mempunyai tanda kiblat dan memakai pada tangannya seperti
manik atau tasbih. Khairy dipaparkan sebagai seorang yang selesa berada
dengan raja-raja dan juga orang miskin dan tidak berada.

Awal sebelum tempoh kempen, Khairy sudah menerangkan kepada


semua editor akhbar utama supaya tidak menerbitkan apa-apa berita
mengenai Dato Ibrahim Ali, calon bebas yang akan merosakkan
pertandingan. Undi untuk Ibrahim Ali besar kemungkinan akan datang
daripada penyokong Umno, dan dengan itu kelebihan kepada PAS. Idea
Khairy adalah menutup sepenuhnya mengenai Ibrahim Ali dan buatkan
dia ‘ghaib’ daripada skrin radar.

Rancangan tersebut memakan diri. Berita bocor dan sampai ke pengetahuan

Malaysia Today 161


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Dato Ibrahim Ali bahawa Khairy telah memberi arahan ‘gagging’. Ibrahim
Ali bagaimanapun mempunyai muslihatnya sendiri. Menghampiri Hari
Penamaan Calon, Umno mula gelabah. Usaha dibuat untuk memujuk
Ibrahim Ali menukar rancangannya. Satu ‘rundingan’ diadakan antara
Setiausaha Agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad dan Ibrahim Ali agar
Ibrahim menarik diri daripada pertandingan tersebut. Khairy tidak
mengetahui bahawa Ibrahim Ali bersetuju menarik diri sekiranya dia
diberi balik jawatan Ketua Bahagian Umno Pasir Mas dan menggantikan
Annuar Musa sebagai Ketua Perhubungan Umno Kelantan.

Ada seorang lagi individu dalam mesyuarat tersebut yang mewakili


Presiden Umno. Peliknya, ia tidak lain daripada Pengerusi SPR, Tan Sri
Abdul Rashid Abdul Rahman. Tujuan kehadirannya ialah meyakinkan
Ibrahim Ali bahawa dia hanya mampu mendapat tidak lebih daripada
700 undi sedangkan dia mendapat dua kali ganda dari itu dalam pilihan
raya sebelum itu. Tan Sri Rashid menunjukkan kepada Ibrahim Ali
kiraan mengenai sepuluh saluran mengundi atau UPU yang menurut
Tan Sri Rashid, Umno mempunyai majoriti di sekurang-kurangnya
tujuh daripadanya, termasuk beberapa yang dikira milik Ibrahim Ali.
Hanya Kubang Bemban, Jalan Pasir Pekan dan Pengkalan Pasir tengah
nampak sedikit cenderung kepada PAS. Ia semua pembohongan. Tan Sri
Rashid mendapatkan laporannya daripada seorang Major yang membuat
pertanyaan awal – dalam apa jua kesnya, ia tidak tepat. Tetapi Ibrahim
Ali kini mengancam untuk mendedahkan kepada umum bahawa Tan
Sri Rashid, seorang yang sepatutnya berkecuali, sudah begitu terbuka
bertindak bagi pihak Umno dan tidak hiraukan pandangan orang ramai
jika tidak kerana media tempatan.

Tujuan Ibrahim Ali bukan untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut
tetapi untuk mendapat undi yang cukup dan terus relevan dalam politik
Kelantan. Jika Ibrahim Ali boleh mendapat lebih 1,500 undi, ini memberi
tamparan hebat kepada pemimpin Umno, termasuk Khairy, yang telah
menyisihnya daripada kepimpinan negeri sebelum ini. Ibrahim Ali tahu
bahawa kerusi DUN tersebut tidak bermakna kepada kedua-dua parti jika
beliau menang. Tetapi ia penting bagi Umno dan PAS, mendapatkannya.

Dato Rahim menuduh tindakan Ibrahim Ali menyusahkan Khairy.


Jadi Khairy telah dipujuk untuk tinggalkan Pasir Mas buat seketika
dan menyerahkan kepada orang tempatan menanganinya. Sebaliknya,
Khairy diberi tugas mengkoordinasi usaha di KL dan memobilisasi
kempen dari luar Kelantan untuk dapatkan pengundi Pengkalan Pasir di

162 Malaysia Today


Kuala Lumpur, balik mengundi pada 6 Disember. Sementara itu, semasa
ketiadaan Khairy, Dato Rahim mengalahkan Che Johan. Dia aturkan
bagi Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk ‘menerima’
surat layang dengan dokumen membuktikan bahawa Che Johan telah
terlibat dalam memalsukan cek sebuah yayasan Umno yang dipanggil
Yayasan Pasir Mas bernilai RM200,000.

Najib cemas dan segera memanggil Che Johan yang tergagap-gagap


menjelaskan bahawa dia menandatangani cek tersebut atas arahan
pengerusi yayasan pada ketika itu, iaitu Dato Ibrahim Ali. Najib enggan
mendengarnya dan memangkah nama Che Johan sebagai calon pilihan
raya kecil Pengkalan Pasir.

Sudah terlambat bagi Khairy untuk berbuat apa-apa. Pada masa itu
Dato Rahim sudah mengumumkan bahawa dia tidak mahu menjadi
calon dan membuka peluang bagi Hanafi Mamat, yang sudah tentu
tidak dijangka mencabar Dato Rahim dalam pemilihan Umno bahagian
yang akan datang. Che Johan tiada pilihan tetapi terpaksa memberi
sokongan kepada Hanafi. Dia tidak menyerah kalah dan mengenangkan
nasibnya yang malang. Sebaliknya, Che Johan mula menyekat
penyokong-penyokongnya daripada menghadiri mesyuarat kempen
yang dikendalikan oleh Umno. Bilangan mereka mula berkurangan dan
menjadi ketara apabila pemimpin-pemimpin tertinggi Umno termasuk
Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno
Hishammuddin Hussein datang melawat.

Kini Che Johan tahu bahawa dia tiada peluang menentang pakatan
bersekutu Dato Rahim dan Hanafi Mamat. Hanya satu cara dia akan tetap
relevan dalam politik Kelantan iaitu mempunyai penaung yang lebih
hebat daripada mereka berdua bergabung. Yang datang ke pemikirannya
ialah mendapatkan Khairy menyebelahinya. Walaupun dia mungkin
hilang peluang menjadi calon, menyokong Khairy akan memastikan
bahawa sekurang-kurangnya dia akan menumpang pengaruh Khairy.

Jadi, ia penting bagi Khairy untuk kembali ke Pengkalan Pasir.


Kepimpinan Umno kini sudah lumpuh disebabkan perang saudara Pasir
Mas dan ketidakmampuan pemimpin tertinggi negeri. Diperhatikan,
sementara lain-lain pemimpin Umno datang hanya untuk memberi
ceramah-ceramah perdana di majlis-majlis awam yang diaturkan, Khairy
mempunyai kelebihan untuk pergi bertemu orang biasa di bawah. Ketibaan
Anwar Ibrahim pada malam Hari Penamaan Calon menyakinkan Umno

Malaysia Today 163


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

bahawa mereka juga perlukan seorang yang dapat menarik orang ramai.

Tetapi kembalinya Khairy ke Pengkalan Pasir tidak dialu-alukan oleh


semua. Ramai pemimpin tertinggi Umno tidak gembira yang Khairy
menarik terlalu banyak perhatian kepada dirinya dan merampas publisiti
daripada kehadiran mereka. Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz, begitu
marah apabila mengetahui bahawa hanya RTM mengikutinya semasa
lawatan singkatnya ke Pengkalan Pasir, sementara semua stesen berita
dan media cetak mengekori Khairy untuk kerja mengecat surau.
Menurut seorang wartawan RTM, Rafidah menyindir bahawa dia hanya
seorang ‘makcik tua’ dan ‘mereka patut ikut orang muda ke sana ke mari
daripada dia’. Tambahan kepada itu, beberapa pemimpin Umno daripada
luar Kelantan, mula membawa bahan-bahan yang tidak sihat untuk
dikongsikan bersama rakan-rakan mereka. Ini termasuk surat layang 25
muka, memperincikan skandal kewangan Khairy yang sebelum ini telah
diedarkan di Kedah semasa perebutan antara Menteri Besar Syed Razak
dan penggantinya Mahadzir Khalid. Kerana negeri-negeri lain belum
menerima surat-surat tersebut, setengah daripada budak-budak Kedah
telah membuat salinan dan sebarkan kepada ahli-ahli luar Kedah. Satu
salinan sampai ke tangan Adnan Yaakob dan Menteri Besar dari selatan
dan meminta setiausahanya untuk membuat salinan bagi setiap ketua
bahagian di negerinya – sudah tentu, ‘hanya untuk tujuan maklumat
sahaja’.

Lebih penting, kemunculan semula Khairy di Pengkalan Pasir telah


membuatkan ketua Pemuda Umno Hishammuddin Hussein lebih
curiga akan rancangan Khairy. Sudah sedia marah pada Khairy kerana
membahagikan Pengkalan Pasir kepada timur dan barat antara mereka
berdua, seolah-olah mereka sama taraf, Hishammuddin kurang kualiti
bintang yang terserlah pada Khairy. Hishammuddin tahu bahawa
kemenangan di Pengkalan Pasir tidak akan ditujukan kepadanya kerana
dia tidak selalu berada di situ walaupun di lima saluran mengundi yang
dia ditugaskan menjaganya. Orang suruhan Hishammuddin, Akhbar
Khan, terpaksa merayu seorang wartawan dari The Star untuk membuat
liputan majlis yang dihadiri oleh Hishammuddin daripada menghadiri
ceramah Khairy yang lebih popular. Semua akhbar telah memanggil
pilihan raya kecil Pengkalan Pasir sebagai ‘pilihan raya Khairy’ dan
Khairy akan mendapat pujian jika Barisan Nasional menang.

Jadi, kemenangan PAS di Pengkalan Pasir akan menjadi kekecewaan


kepada hanya segelintir pemimpin Umno. Abdullah Badawi sendiri tidak

164 Malaysia Today


hiraukan apa yang akan berlaku kerana dengan empat perlima majoriti
di Parlimen, dia sudah menjadi Perdana Menteri paling berkuasa dalam
sejarah. Tetapi bagi Najib dan Hishammuddin, kemenangan Barisan
Nasional ialah kemenangan Khairy dan petanda yang pasti bahawa masa
depan mereka kian gelap.

Sementara itu, kemenangan PAS di Pengkalan Pasir akan terus


menjejaskan imej kehebatan Khairy. Dia tidak boleh dilihat oleh ahli-
ahli Umno sebagai sudah gagal melaksanakan tugasnya. Keputusan di
Pengkalan Pasir mungkin juga akan membuatkan orang ramai menyedari
bahwa Khairy bukan gergasi yang NST dan TV3 paparkan selama ini.

Khairy sedang cuba sedaya upaya bagi memastikan Barisan Nasional


menang di Pengkalan Pasir. Usaha habis-habisan dibuat untuk membawa
balik hampir tiga ribu pengundi di luar kawasan mengundi, sama ada
di Kelantan, di Kuala Lumpur, atau sejauh Singapura. SPR sudah
diberitahu supaya tidak melayan usaha PAS dan Dato Ibrahim Ali untuk
mendapatkan maklumat mengenai pengundi luar. Pada masa yang sama,
duit mencurah-curah di Pengkalan Pasir seolah-olah ia pilihan raya bagi
seluruh negeri Kelantan. Sementara akhbar-akhbar tidak melaporkan
kemasukan Barisan Nasional di kawsan mengundi, ini bagi mengelak
pengundi-pengundi PAS keluar beramai-ramai pada hari mengundi.

Pengkalan Pasir bukan lagi pilihan raya kecil di pekan kecil yang tidak
diketahui kewujudannya sehingga dua minggu lalu. Pengkalan Pasir
ialah perang proksi. Ia juga perang dari pelbagai sudut. Ia perang antara
puak Ibrahim Ali, yang mahu membuktikan dia masih relevan kepada
politik Kelantan, dan kepimpinan Umno Kelantan yang ada, yang mahu
Ibrahim bersara untuk selama-lamanya. Ia perang antara Umno dan
PAS untuk menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan negeri
dalam pilihan raya umum tahun 2007 atau 2008. Ia adalah perang antara
Khairy, yang mahu membuktikan keberaniannya, dan mereka yang mahu
menjatuhkannya serta menafikan peluang menjadi Perdana Menteri
dalam tahun 2015.

Belum pernah terjadi, di mana masa depan politik begitu ramai pemimpin
terletak pada satu pilihan raya kecil.

Khairy tahu bahawa dalam situasi yang ada, di mana bacaannya adalah
50:50, Umno akan menang dengan majoriti kira-kira 500 undi. Sedikit
tambahan kepada undi tidak akan menimbulkan keraguan. Tetapi jika

Malaysia Today 165


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

PAS mempunyai isu yang mampu mengubah pengundi kepada lebih


60% menyokong PAS, pada masa itu, Khairy terpaksa ucap selamat
tinggal kepada Pengkalan Pasir. Dan PAS seolah-olah sudah menjumpai
isu tersebut; isu mengenai ketua perhubungan negeri Umno Kelantan
sendiri.

Khairy sedar bahawa kemelut dalaman Umno Kelantan lebih kencang


daripada perseteruannya dengan PAS. Liabiliti paling berat kepada
Umno ialah ketua perhubungan negerinya, Annuar Musa. Orang Cina
meluat padanya kerana kenyataan ‘Cina baruah’ dalam Dewan Undangan
Negeri Kelantan, yang telah diedarkan dalam bentuk VCD di kalangan
pengundi Cina. Pemimpin-pemimpin Umno Kelantan yang lain benci
kepadanya dan mahu Pengkalan Pasir jatuh kepada PAS supaya Annuar
Musa boleh digugurkan. Dengan Annuar Musa mengetuai pilihan raya
kecil, lebih baik Umno bungkus saja dan biarkan PAS menang dengan
mudah.

Cabaran getir akan bermula, bukan bagi Umno Kelantan, tetapi bagi
Khairy Jamaluddin sebagai seorang ahli politik Umno.

Khairy sedang mencuba nasibnya. Dia baru saja memecat Annuar Musa
dan menggantikannya dengan Muhammad Muhammad Taib. Mat Taib
sepatutnya menjadi penyelamat, orang yang akan menukarkan nasib
Umno di Pengkalan Pasir. Tetapi politik Kelantan, seperti undang-
undang tanahnya, agak unik. Malah, orang Melayu tidak boleh membeli
tanah di Kelantan sekiranya mereka tidak dilahirkan di situ, atau orang
Melayu ‘asing’ dari negeri lain di Malaysia, sudah tinggal di situ selama
tiga generasi. Meletakkan Mat Taib, orang bukan Kelantan, sebagai
pengerusi pilihan raya ialah sedikit baik daripada meminta Presiden
MCA, Ong Kah Ting, untuk mengurus pilihan raya kecil tersebut.

Adakah tindakan akhir oleh Khairy merupakan kesilapannya paling besar


di Kelantan? Dalam masa tiga hari kita akan tahu. Selepas Pengkalan
Pasir, Khairy akan sama ada muncul sebagai guru politik yang tidak
dipertikaikan lagi atau dia akan dilihat seperti seorang yang bodoh. Ini
akan menjadi titik perubahan bagi kerjaya politik Khairy.

166 Malaysia Today


BAB 21

Kemenangan kecil siapa?

P ada pagi hari mengundi, pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, jentera
Barisan Nasional yakin mendapat kemenangan dengan majoriti 800
undi. Hanafi Mamat, calon Barisan Nasional, meramalkan yang dia
akan mendapat kira-kira 8,000 undi, memberikannya kelebihan selesa
mengatasi lawannya daripada PAS. Di pihak PAS pula, bilik operasi PAS
masih berharap mendapat kemenangan tetapi menjangka bilangannya
tipis sahaja. Akhirnya, kedua-dua pihak betul. Barisan Nasional mendapat
kemenangan, dan PAS meramalkan kemenangan yang diperolehi hanya
majoriti tipis daripada 83% yang keluar mengundi.

Tidak dinafikan Barisan Nasional telah menang seperti yang mereka


jangka, tetapi semua orang bercakap selepas itu mengenai sama ada
Khairy Jamaluddin sudah capai apa yang dijanjikannya. Pada awal
kempen, Khairy telah ke Pengkalan Pasir dalam semarak kegemilangan.
Dia telah mendapat publisiti besar-besaran , dia membuat rayuan
peribadi terus kepada pengundi dengan menunaikan keperluan mereka.
Khairy telah dipaparkan mengecat rumah, memperbaiki tandas dan
membersihkan jalan-jalan, seolah-olah itulah yang sentiasa dilakukan
oleh seorang pengarah kewangan, gergasi ECM Libra.

Dengan penuh yakin, Khairy telah mengumumkan dia mampu menambat


hampir semua 2,000 pengundi muda Pengkalan Pasir. Berbanding
pada pilihan raya umum lepas, PAS hanya menang dengan majoriti 53
undi, ini akan diterjemahkan kepada lonjakan 1,600 undi dalam undi
Barisan Nasional dan majoriti selesa sebanyak 1,000 undi. Khairy juga
telah berjanji bahawa Umno akan menggoncang PAS dengan mendapat
sokongan padu 1,000 undi bukan Melayu kawasan tersebut.

Malaysia Today 167


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Namun demikian, janji tersebut tidak tertunai. Kemenangan Barisan


Nasional yang ‘dibeli’, merupakan satu penghinaan dan sukar diterima
memandangkan berjuta-juta telah dicurahkan ke kawasan tersebut oleh
kedua-duanya, Barisan Nasional dan kerajaan. Berdasarkan peruntukan
yang diberi kepada Hanafi Mamat seorang, setiap undi yang diperoleh
bernilai paling sedikit RM11,500. Ia urusan yang sangat mahal dan
keterlaluan mewahnya oleh Barisan Nasional untuk mendapatkan kerusi
yang hanya memberikan perubahan yang sekelumit dan bukan besar
seperti yang dijangkakan dalam politik Kelantan.

Mengapa Khairy gagal menunaikan janjinya kali ini? Apa yang telah
berlaku kepada budak pandai yang telah mendapatkan kemenangan
besar bagi Barisan Nasional dalam PRU 11? Adakah kuasa keajaiban
Khairy kini bertukar menjadi tipu helah yang mengabui mata mereka
yang melihatnya?

Kegagalan Khairy sudah diduga atas beberapa sebab, setengah


daripadanya berpunca daripada dirinya sendiri. Kegagalan pertama
adalah akibat daripada cara kempen menonjolkan diri, yang mungkin
berkesan jika dia sendiri yang menjadi calon, tetapi malangnya telah
mengalihkan perhatian jentera Umno kepada perbalahan sesama sendiri.
Khairy mendapat perhatian media dan itu telah membuatkan pemimpin-
pemimpin Umno Kelantan merasa tidak selesa. Khairy fikir, dengan
kuasa dan statusnya sebagai ‘superstar’ akan mampu menarik pengundi
seperti magnet.

Khairy hanya separuh betul. Ramai juga yang telah datang untuk melihat
budak hebat dari Kuala Lumpur, yang dikatakan oleh ramai sebagai
“Perdana Menteri akan datang”. Tetapi para pengundi Pengkalan Pasir,
mereka yang mengundi, tidak berkerumun keliling Khairy seperti puak-
puak daripada luar Kelantan. Bagi mereka, Khairy seperti Anwar Ibrahim,
sekadar ingin tahu – seorang yang pelik telah menghiburkan mereka
sementara pertunjukan sarkis berada di pekan. Anwar Ibrahim, juga
telah menarik ramai pemerhati ketika lawatan singkatnya di Pengkalan
Pasir. Puluhan ribu telah berpusu-pusu untuk melihat dia berceramah.
Tetapi ramai daripada mereka yang tidak mengundi di Pengkalan Pasir.
Pengkalan Pasir hanyalah satu pertunjukan sarkis dan para penonton
datang dari luar. Jadi, seperti Anwar, Khairy telah menarik penonton
yang akhirnya tidak memberi apa-apa kesan.

Para pengundi Pengkalan Pasir sedar bahawa akhirnya, Khairy akan balik

168 Malaysia Today


ke Kuala Lumpur dan pondok mereka masih senget, tandas mereka tetap
kotor dan jalan-jalan mereka terus berlopak. Tiada perubahan terhadap
mereka, hanya Khairy untuk beberapa hari menjadi tumpuan perhatian
dalam pekan kecil tersebut.

Sikap Khairy yang terlalu ketagihkan perhatian media, sebenarnya telah


menyebabkan begitu sedikit kesan kepada corak mengundi di Kelantan.
Ia sukar untuk dijual dan terbukti tidak berkesan. Sebaliknya, ia telah
menimbulkan kemarahan kalangan pemimpin-pemimpin Umno lain,
seperti Hishammuddin Hussein, bos Khairy, dikatakan telah merungut
yang majlisnya tidak dihadiri kerana jentera pemuda telah diarah oleh
Khairy untuk mengikutinya, bukan mengikut selera Hishammuddin.
Saling tidak percaya antara puak Hishammuddin dalam Pemuda Umno
dan puak Khairy sudah sampai ke paras mendidih. Hishammuddin
tidak mendapat pujian bagi kemenangan atau sebaliknya oleh Barisan
Nasional di Pengkalan Pasir, sudah sedia maklum bahawa memang
niat Khairy untuk menyerlahkan popularitinya sendiri. Buat masa ini,
Hisham hanya mampu mengetap giginya tapi air sudah mendidih dan
akan mengakibatkan salah seorang akan terbunuh.

Tetapi Hishammuddin hanya salah satu tangan musuh politik Khairy.


Musuh politik tersebut ialah Najib Tun Razak. Sebelum ini, rakan-rakan
Khairy yang rapat dengan Najib cuba membentuk satu konsensus antara
dua pihak tersebut. Najib juga dengan bersusah-payah menurut karenah
Khairy – seperti tunduk kepada pilihan pemegang jawatan dalam Jabatan
Timbalan Perdana Menteri. Bagaimanapun, Pengkalan Pasir adalah titik
perubahan dalam hubungan tersebut. Sudah jelas kepada Najib bahawa
Khairy mahu menerjah masuk ke dalam politik Umno dan tidak akan
sabar menunggu gilirannya. Sedang dalam risiko ialah peluang Najib
menjadi Perdana Menteri dan juga kedudukan sekutunya, termasuk
sepupunya Hishammuddin. Khairy mencari publisiti di Pengkalan Pasir
dan memberi isyarat jelas kepada puak Najib bahawa budak hingusan ini
sudah keterlaluan dan tidak sabar lagi dan sanggup menyondol masuk.

Kedegilan Khairy, contohnya, calon pilihannya Che Johan Che Pa bagi


Pengkalan Pasir sebenarnya mencabar kuasa Najib. Adalah diketahui di
kalangan orang Umno bahawa Hanafi Mamat, yang telah memegang
jawatan sebagai bekas Ketua Pemuda bahagian Pasir Mas semasa era
Najib menjadi Ketua Pemuda Umno, lebih rapat dan dipercayai oleh
Timbalan Perdana Menteri. Cubaan Khairy yang tidak henti-henti untuk
menjual Che Johan sebagai calon yang lebih profesional, muda dan

Malaysia Today 169


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

yang berpandangan jauh benar-benar menaikkan darah Najib. Akhirnya,


Najib menggunakan kuasa prerogatifnya dengan menggugurkan Che
Johan atas skandal korupsi melibatkan beberapa ratus ribu ringgit. Yang
sebenarnya, Najib tujukannya kepada Khairy.

Sudah tentu, puak Najib cuba sedaya upaya untuk memburukkan Khairy
di Pengkalan Pasir. Tuduhan mengenai kesalahan Khairy sebagai anak
menantu Perdana Menteri disebarkan bukan saja oleh pihak PAS, tetapi
lebih banyak oleh penyokong Najib yang menggunakan Pengkalan Pasir
sebagai alasan untuk bertukar surat layang mengenai Khairy. Asalnya,
penyokong-penyokong Menteri Besar Kedah yang akan bersara, Syed
Razak Syed Zain (bukan peminat Khairy) mengedar maklumat mengenai
perangai hantu Khairy kepada pemimpin bahagian Umno yang datang
melawat, dan tidak lama kemudian mereka bersama dengan orang-
orang Menteri Besar Selangor Khir Toyo, yang melakukan kerja serupa,
memburukkan Khairy.

Maklumat yang ada menunjukkan dengan jelas bahawa ada tangan dalam
kerajaan dan Umno yang bersungguh-sungguh mahu mendedahkan
Khairy dengan menggunakan pembangkang sebagai topeng. Ia merupakan
perang proksi di mana Khairy diserang peribadinya dan belum pernah
terjadi sejak zaman Anwar Ibrahim menggunakan gerakan Reformasi
membelasah Dr. Mahathir Mohamad.

Khairy, sudah tentu mampu membendung kerosakan kerana mempunyai


kuasa terhadap media. Tetapi media juga sudah menjadi punca kejahatan.
Orang-orang Khairy dalam media sudah mencium bau kebebasan pada
awal Abdullah memegang kuasa dan kini mereka rasa ada keberanian
yang lebih berbanding zaman Dr. Mahathir. Jadi, sementara mereka masih
patuh kepada arahan, mereka juga tidak setia sepenuhnya kepada arahan
Khairy untuk tidak menerbitkan cerita yang menyentuh peribadinya.
Ia menjadi satu isu di Pengkalan Pasir dan pengundi dengan seronok
mengikuti serangan ke atas Khairy, seolah-olah dia Perdana Menteri
sendiri. Tiada siapa hiraukan mengenai Abdullah Badawi yang lesu.
Sebaliknya, mereka menyerang apa yang setengah bloggers panggil
sebagai orang di sebalik Perdana Menteri.

Semua itu membuatkan usaha Khairy menjadikan Pengkalan Pasir sebagai


kemenangan peribadi menjadi hancur. Buat pertama kali, ahli-ahli Umno
sedar bahawa Khairy bukan dewa tetapi manusia biasa. Mereka juga tahu
buat pertama kali, yang dia menjadi liabiliti kepada kewujudan Umno

170 Malaysia Today


pada masa depan. Cubaan Khairy untuk menggantikan barisan pimpinan
Umno dengan yang dipilihnya telah menimbulkan kebimbangan dalam
hati para veteran Umno. Mereka mula sedar bahawa Abdullah Badawi
tidak boleh dipercayai untuk melindungi kerjaya mereka jika melibatkan
kemunculan anak menantunya.

Lebih penting, tapak kuasa kecil Khairy dalam Pemuda Umno, kini
sedar realiti sebenar bahawa terdapat masa dan ketika, Khairy tidak
mampu mengotakan janjinya. Dia gagal meletakkan calon pilihannya.
Dia gagal mendapat sokongan golongan muda dan wanita Pengkalan
Pasir. Dia menjadi sumber perpecahan antara pemimpin-pemimpin
Pemuda Umno. Dan paling ketara, Khairy tidak mampu membuang
imej seorang oportunis yang mengeksploit perkahwinannya dengan
anak Perdana Menteri, untuk membuat laluan di dunia. Paling kecewa
daripada jentera Umno ialah barisan Pemuda yang Khairy harap dapat
melancarkan sokongan besar terhadapnya.

Apabila dewa menjadi manusia, dia juga akan terdedah kepada


kelemahan manusia. Pengkalan Pasir merupakan serangan serentak oleh
mereka yang menentang Khairy. Mereka telah mengumpulkan kekuatan
bersama dan cuba menghabiskan budak hingusan itu, sama sekali.
Jangan terkejut, dalam pembangkang juga terdapat sekutu Khairy, seperti
Naib Presiden PAS Husam Musa. Husam telah membina reputasinya
selepas Pilihan Raya Umum atas hubungan baiknya dengan Khairy.
Perjanjiannya dengan Khairy bagi sama-sama bersetuju untuk menarik
balik petisyen pilihan raya parti masing-masing terhadap satu sama lain
dan pergantungannya kepada Khairy untuk memberi sokongan kewangan
kepada kerajaan Kelantan yang tenat, memakan diri. Nampaknya Husam
sudah hilang masa depannya sebagai bakal Menteri Besar Kelantan. Dia
bukan lagi seorang yang dipercayai kalangan ahli elit PAS. Mungkin dia
masih menjadi orang kanan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat, namun,
dia sering membuat kesilapan dan akan menghadapi kesukaran untuk
mengembalikan kewibawaannya. Nik Aziz akan melepaskan jawatannya
sebagai Menteri Besar Kelantan tidak lama lagi. Bintang Khairy semakin
pudar, bagi Husam bintangnya akan terus malap.

Musuh-musuh Khairy dalam Umno dan dalam pembangkang akan


mempunyai sebab yang sama untuk mengalahkannya. Ia mungkin mudah
bagi pemimpin Umno yang lama untuk secara terbuka menyokong Najib
Tun Razak berbanding Khairy, kerana Najib akan dipuji jika Barisan
Nasional menang di Pengkalan Pasir. Calon pilihan Najib, perhatiannya

Malaysia Today 171


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

secara peribadi kepada jentera di akar umbi, menggunakan rangkaian yang


sedia ada dalam Polis Cawangan Khas dan juga SPR, dan kecekapannya
membina konsensus kalangan pemimpin Umno lebih berjaya daripada
cara melanyak oleh Khairy.

Najib telah mendapat kawan di Pengkalan Pasir, sedangkan Khairy hanya


wujudkan lebih ramai musuh. Situasi itu kini, bukan suatu yang mudah
bagi Abdullah Badawi. Dia diletakkan dalam situasi yang sama seperti
situasi yang Dr. Mahathir Mohamad berada dalam tahun 1998, di mana
bakal penggantinya menjadi tokoh yang mengancam peninggalannya.
Hari-hari yang penuh cabaran menanti di hadapan bagi kedua-dua Najib
dan Khairy. Najib sudah selamatkan reputasinya sebagai sasaran yang
lesu, menunggu Khairy menjatuhkan dia. Sebaliknya, Khairy sedang
menghadapi cabaran pertamanya daripada banyak cabaran dari dalam
Umno. Selama ini Khairy naik tanpa susah payah ke puncak kuasa,
langkah seterusnya dalam pendakiannya dalam Umno akan menemui
ranjau dan duri.

172 Malaysia Today


BAB 22

Silap kiraan maut padahnya

S emua ahli politik amat tertekan dengan peninggalan legasi masing-


masing. Bagaimana mereka dikenang merupakan perkara paling
penting berbanding yang lain-lain. Sebagai permulaan, seorang ahli
politik itu selalu mempunyai satu ego yang menyempitkan tanggapannya
terhadap dunia ini. Mereka beranggapan bahawa setiap sesuatu perkara
dan peristiwa berlegar di sekitar dirinya. Mereka memiliki apa yang
sesetengah pihak menganggapnya sebagai ‘kecacatan genetik’, iaitu
kemampuan mereka melakukan apa saja di dunia ini. Memang amat
jarang untuk kita dapat menemui ahli politik yang mampu menepis
kepincangan fahaman itu dan lebih memikirkan perihal orang lain
berbanding membuat sesuatu untuk dirinya sendiri. Kebanyakan ahli
politik, legasi yang ditinggalkan berbentuk penutup kepada apa sahaja
yang telah mereka lakukan.

Sebagai seorang anak muda yang terlalu rakus mahukan segala-galanya,


Khairy Jamaluddin telah bertindak terlalu cepat di luar norma kehidupan
biasa untuk meninggalkan legasinya. Beberapa hari yang lalu, Khairy
telah menyertai satu forum yang ditaja oleh Pemuda Umno dengan
kerjasama para penyokongnya di kampus Universiti Sains Malaysia di
Pulau Pinang. Forum itu memang melanggar amalan universiti kerana
menyerlahkan sokongan terbuka kepada Umno, dan Khairy tidak
sembunyikan hasrat memahat pengaruh Umno di pemikiran para peserta.
Memang Khairy mahu mulakan usaha itu pada usia muda dan tidaklah
menghairankan apabila hampir semua peserta forum itu adalah golongan
belia juga. Apa yang mungkin menghairankan ialah para peserta itu
masih lagi di bangku sekolah, Tingkatan Satu dan Dua di peringkat
sekolah menengah yang masih kanak-kanak.

Malaysia Today 173


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Di sinilah Khairy membuat satu perkiraan yang silap. Pada mulanya


dia bersuara lantang mahukan perubahan. Malah, dia menonjolkan diri
sebagai calon perubahan, menongkah arus kelesuan regim yang lama.
Khairy merupakan “Renaisance Man” yang ingin mengajar rakyat
Malaysia bagaimana menikmati karya Shakespeare dan cuba mengheret
dan memaksa masyarakat bangsanya memasuki gerbang abad ke-21
ini. Akan tetapi seperti semua politikus Umno (dan juga ramai seperti
di kalangan pihak pembangkang) Khairy telah tersilap mengenal yang
mana satu permata dan yang mana satu kaca.

Semasa beliau bertarung untuk menonjolkan satu imej sebagai seorang


pembawa perubahan yang unggulan, Khairy tidak pernah terlepas
daripada kerja-kerja melanggar peraturan dan undang-undang. Dia tidak
nampak salahnya usaha beliau membabitkan politik menerjah kampus
universiti sedangkan itulah yang menyalahi undang-undang Malaysia
khususnya Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun AUKU yang telah
diperkenalkan oleh kerajaan dengan pembabitan ayah mertuanya (ketika
itu merupakan seorang pegawai kanan kerajaan). Khairy tidak nampak
salahnya membabitkan kanak-kanak sekolah untuk mempengaruhi
minda mereka dengan ajaran sesat Umno, sedangkan pada masa yang
sama beliau mengkritik PAS kerana mewujudkan sekolah dan taman
asuhan kanak-kanaknya. Malahan, Khairy tidak pernah merasa bersalah
dengan apa juga yang dilakukannya kerana begitu angkuh dengan
jolokan bahawa dialah satu-satunya yang terpintar di kalangan golongan
muda yang cerdik di negara ini. Apa juga bentuk undang-undang yang
patut dikenakan ke atas rakyat biasa di negara ini termasuk orang-orang
politik, tidak boleh menyentuhnya. Orang lain adalah golongan bengong,
bodoh dan terencat akalnya, dan tidak mampu menyaingi keintelektualan
lulusan Oxford yang ada pada dirinya. Kerana menganggap dirinya
sebagai bijak bestari yang lebih pintar daripada yang lain, apa juga
hukum-hakam itu tidak boleh dikaitkan padanya.

Apa yang menceriakan Khairy daripada majlis-majlis seperti itu ialah


kemampuan untuk menunjuk-nunjuk kepada golongan yang jauh kurang
keintelektualannya bahawa dialah si bestari yang patut mereka kagumi.
Namun, sedikit demi sedikit sudah muncul segelintir manusia yang
nampak dan sedar betapa Khairy tidak berani mendekati orang-orang
lain yang sama pintar dengannya, ataupun lebih bijaksana daripadanya.
Khairy suka menunjuk-nunjuk kepada para hadirin yang takut untuk
bersuara lantang ataupun memang tidak mampu berbuat demikian,
kerana mereka mudah tercengang dengan segala istilah yang Khairy

174 Malaysia Today


gunakan. Khairy mampu mengekalkan imej palsu itu dalam politiknya
dengan cara mengelakkan dirinya daripada diperlekeh oleh orang lain
yang sama bijak sepertinya. Dalam kehidupan Abdullah Badawi yang
begitu terkongkong, beliau beranggapan bahawa Khairy merupakan
satu-satunya insan yang paling baik kerana dia tidak pernah menemui
seseorang yang mempunyai ketokohan seperti Khairy. Akan tetapi
Khairy memang bijak menghalang orang lain yang bijak bestari daripada
bertemu dengan Abdullah.

Abdullah tidak seperti Dr. Mahathir. Abdullah tidak mempunyai satu


kumpulan manusia yang bijak pandai yang boleh diharapkannya.
Kebanyakan orang-orang yang rapat dengan Abdullah adalah manusia
yang sama-sama berkecimpung dengannya dalam Biro Tatanegara
(BTN). Selain mereka, adalah beberapa kerat golongan akademik yang
telah mencari makan dengan menonjolkan kefahaman ultra Melayu
dalam pemikiran mereka. Abdullah memang ketandusan sahabat yang
intelek. Kalaulah tidak diambilkira beberapa wartawan yang menulis
artikel memuji-muja pencapaian politiknya, dan ambilkira pula segelintir
pegawai kerajaan yang amat gemar mendekatinya, Abdullah memang
ternyata tidak bermaya menonjolkan dirinya sebagai paling bestari di
kalangan mereka. Malah, disebabkan Abdullah tidak berapa pintar,
yang membuatkan Dr. Mahathir tertarik padanya, kerana beranggapan
bahawa seorang yang kurang cerdik lebih berkemungkinan sanggup
jadi pak turut mengikuti segala dasar yang diarahkan tanpa mampu
mempersoalkannya.

Kesilapan Khairy sejak naik menduduki kerusi Naib Ketua Pergerakan


Pemuda ialah dia sudah tidak boleh menerima kritikan. Pertamanya, dia
tidak mempunyai satu kumpulan manusia yang boleh tergolong sebagai
sahabatnya. Rakan-rakan yang rapat dengannya adalah orang asing,
khususnya orang Singapura ataupun rakyat Malaysia yang tidak pernah
menerima didikan di Malaysia. Seperti dia, mereka kalangan elit yang
tidak bergaul dengan rakyat biasa. Khairy pernah cuba memperbetulkan
kepincangan ini dengan mendekati kawan-kawan baru dalam Pergerakan
Pemuda Umno yang dianggapnya rapat dengan akar umbi. Malangnya,
kebanyakan anak-anak muda ini menggunakan persahabatan mereka
dengan Khairy untuk mengugut saingan politik mereka ataupun untuk
memperkayakan diri masing-masing dengan mengambil kesempatan
atas peniaga tulen. Sesungguhnya Khairy tidak mempunyai sahabat
yang akrab dalam Umno, dan kalau pun ada segelintir mereka itu di luar
Umno mereka sudah pun difaraidkan jawatan yang molok-molok yang

Malaysia Today 175


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

mereka amat takut akan kehilangannya. Jadi, mereka sudah berhenti


mengatakan yang benar kepada Khairy.

Semua pemimpin menghadapi masalah semacam ini. Memang mereka


kesunyian berada di tempat tinggi. Akan tetapi Khairy telah mencapai
tahap ini terlalu awal. Belum pun beliau berjaya menggapai idamannya
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum mencapai umur
40 tahun, Khairy sudah pun dicanai pemikiran berkumpulan (groupie
mentality). Sememangnya segala kumpulan rakan Khairy adalah
berbentuk kumpulan. Sesiapa sahaja yang berani menyanggah Khairy
akan ditentang dan diboikot oleh kumpulan yang lain. Sedikit demi
sedikit mereka berundur dan menghilang apabila ada pihak yang semakin
rapat dalam kumpulan sahabat yang mengelilingi Khairy.

Fenomena semacam ini pernah disedari oleh Dr. Mahathir Mohamad pada
tahun 1998, tetapi dia telah terlambat menyedarinya. Ketika itu tidak
ada lagi manusia yang bersuara lantang tanpa takut-takut. Fenomena
semacam ini merupakan fenomena yang paling terkini menghimpit
Khairy apabila diambilkira pengalaman pemimpin Umno yang lain.
Tunku Abdul Rahman pernah dihantui masalah yang sama ketika
menghadapi masalah pada tahun 1969 dulu kerana enggan mendengar
kritikan golongan pelapis (termasuk Dr. Mahathir Mohamad dan Musa
Hitam). Tunku terlalu bergantung dan percaya kepada penasihat rapat
beliau seperti Khir Johari, Sardon Jubir dan Senu Abdul Rahman. Tun
Razak nyaris-nyaris musnah oleh bisa nasihat Abdullah Ahmad, kalaulah
dia tidak mati terlalu awal daripada jangkaan umum. Hussein Onn juga
gagal meneka pergolakan semasa gara-gara terlalu bergantung kepada
Ghazali Shafie. Abdullah Badawi juga akan gugur dan gagal dengan
cara yang sama. Kini, dia sudah mula menggelongsor daripada puncak
kuasanya. Kegagalan Abdullah menilai orang lain dengan tepat dan
ketaksuban bergantung kepada Khairy menyebabkan beliau menjadi
sasaran amarah para pemimpin Umno yang sepatutnya menjadi sandaran
beliau untuk meraih sokongan padu.

Abdullah akan terhumban daripada puncak kuasanya mengikut cara


yang sama pemimpin lain yang mendahuluinya merasakan keaiban yang
serupa. Selalunya para penasihat mereka yang membunuh pemimpin
sendiri.

Kesilapan yang membawa padah kepada Khairy kerana tidak mampu


menilai antara musuh dan pengkritik yang tulen, telah disulitkan lagi,

176 Malaysia Today


oleh keupayaannya terus mengumpul musuh yang perkasa. Musuh-
musuh Khairy itu bolehlah dikategorikan kepada beberapa kumpulan.
Kumpulan yang paling perkasa adalah orang–orang yang menyokong
mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kumpulan ini
beranggapan bahawa Khairy merupakan budak hingusan yang terlalu
disanjung sedangkan dia hanya merupakan seorang teoris yang tidak
berpijak di bumi nyata. Mereka beranggapan bahawa Khairy akan terus
membawa negara ini untuk terus berkhayal sehingga tersedar betapa
sudah terperangkap dalam satu kediktatoran yang dipimpinnya dan
disokong oleh pemuda lulusan Oxbridge. Masa terus beredar dan anggota
kumpulan ini yang termasuk bekas menteri-menteri dan menteri-menteri
yang masih berkhidmat, sudah mencuba satu pakatan dengan veteran
Umno dan kepimpinan yang ada untuk menghalang kenaikan Khairy
ke puncak kuasa. Mereka amat mengidamkan agar Abdullah Badawi
dapat digulingkan daripada puncak kuasa sama ada dengan paksa
ataupun tekanan yang bersahaja dan munculkan seorang pemimpin baru,
kemungkinannya Najib Tun Razak yang akan menumpaskan Khairy
kemudiannya.

Apakah Dr. Mahathir menyokong kumpulan ini? Setakat ini Dr.


Mahathir telah memberikan mereka sokongan yang terbaik dengan cara
meremehkan dasar-dasar baru Abdullah. Sebagai seorang ahli politik
Melayu yang konservatif, Dr. Mahathir memang pintar membuatkan orang
ramai mempertikai keupayaan Abdullah hanya dengan cara menyuarakan
sedikit komen secara tidak langsung seolah-olah beliau mengkritik orang
lain, sedangkan sasaran beliau sebenarnya adalah Abdullah. Tidak siapa
pun yang menjangka Dr. Mahathir akan bertindak lebih melulu daripada
itu, tetapi dengan demikian, Dr. Mahathir sudah pun mencipta ruang di
mana mereka yang tidak senang hati dengan Abdullah dan Khairy dapat
berkumpul untuk merancang satu pembelotan.

Musuh-musuh Khairy yang lain adalah mereka yang bergelar pemimpin


muda Umno yang takutkan hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim.
Khairy memang menaruh simpati terhadap Anwar, tetapi adalah wajar
untuk kita berkata bahawa Anwar lebih sayangkan Khairy berbanding
Khairy yang sayangkan Anwar. Malah, Anwar semakin tertarik kepada
Khairy kerana menganggap Khairy adalah satu gambaran imejnya
dalam perjalanan hidup beliau meniti puncak kuasa. Anwar beranggapan
bahawa Khairy telah menjadikan beliau sebagai contoh dan kerana itu
beliau cuba memainkan peranan watak seorang bapa dengan memberikan
nasihat yang tidak diperlukan oleh Khairy bagaimana mahu menangani

Malaysia Today 177


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Pergerakan Pemuda Umno. Anwar beranggapan bahawa Khairy memang


betul-betul tulen yang muncul dengan acuan seorang pemimpin yang
berkarisma dan merupakan tokoh asli yang Anwar hormati.

Dengan mendekati Anwar, Khairy telah dapat mewujudkan satu


pertalian yang dianggap oleh ramai anggota Umno sebagai satu pakatan
jahat. Memanglah orang-orang lama Umno amat takutkan Anwar, tetapi
pemimpin pelapis pun amat gusar jika Anwar menyertai Umno semula
bersama dengan barisan penyokongnya untuk menggantikan tempat
mereka yang khususnya muncul selepas 1998 dengan cara membodek
Dr. Mahathir. Pemergian Khairy pada 2 September 2004 ke rumah Anwar
adalah satu peristiwa yang sentiasa dikenang oleh pemimpin Umno dan
inilah yang akan mengecop beliau seperti Brutus (dalam Hikayat Julius
Caesar -penterjemah) untuk beberapa tahun yang akan datang.

Bukan semua musuh Khairy datang daripada dunia politik. Ada antara
mereka adalah para peniaga yang merasakan dipinggir oleh ECM Libra
dan beberapa ‘kenderaan pelaburan’ Khairy yang lain. Ada seorang Tan
Sri daripada Pulau Pinang yang merintih kepada seorang kawannya
betapa semakin sulit untuk beliau berdagang dengan kerajaan Pulau
Pinang kerana semua kontrak telah dikaut oleh kroni-kroni muda yang
rapat dengan Khairy. Beliau telah menyebut beberapa projek pembinaan
yang melibatkan nomini Khairy. Bukan semua dakwaan itu benar.
Sesetengah nomini itu tidak ada kena-mengena dengan Khairy tetapi
mereka adalah rapat dengan keluarga Almarhumah Endon Mahmud dan
Kamaluddin Abdullah Badawi. Oleh kerana Khairy merupakan anggota
keluarga yang paling menonjol, di kalangan keluarga Perdana Menteri,
dia pun secara automatik dianggap sebagai tukang atur.

Tidak kiralah kalau separuh tuduhan itu adalah palsu. Yang pasti, Khairy
kelihatan seperti seorang anak muda yang begitu rakus untuk membalun
ratusan juta Ringgit dengan mengambil kesempatan terhadap mereka yang
sudah lama berniaga. Persepsi yang timbul seolah-olah mengandaikan
bahawa pengaruh Khairy telah merobah keputusan perniagaan pihak
kerajaan. Sebagai contoh ialah saham-saham DRB yang membuatkan
ramai pemilik saham itu beranggapan bahawa Khairy telah mengarahkan
Kalimullah Hassan Masheerul Hassan serta kawan-kawan beliau dalam
Pasukan cawangan khas (Special Branch) Singapura, untuk memandai-
mandai mendahului pengumuman kerajaan dengan menyatakan bahawa
Tan Sri S.M. Nasimuddin sudah pun berjaya membeli semua saham
milik Tan Sri Yahya Ahmad. Ada sumber yang mendedahkan bahawa

178 Malaysia Today


Khairy telah membocorkan maklumat itu kepada NST, sedangkan
beliau sedar betapa wujud pihak lain dalam kerajaan yang sebenarnya
memihak kepada bidaan yang dikemukakan oleh Tan Sri Syed Mokhtar.
Akan tetapi Khairy mahu menonjolkan tindakannya memihak kepada
Nasimuddin dengan cara beliau menggunakan pihak media sebagai satu
kaedah untuk mempengaruhi keputusan beliau itu.

Antara mereka yang memang tidak sukakan Khairy adalah kumpulan


kaya-raya di kalangan peniaga Melayu dan Cina. Kumpulan Melayu
yang kaya itu membenci Khairy kerana mewujudkan satu kumpulan
peniaga Melayu baru yang bersekongkol dengannya; seperti Rosabil
Abdul Rahman, Ketua Pemuda Umno Perlis, dan lain-lain yang
sewaktu dengannya. Kumpulan Cina yang kaya itu membenci beliau
kerana menjual banyak peluang perniagaan kepada kawan-kawannya di
Singapura. Hakikat bahawa Khazanah masa kini berurusan hanya dengan
peniaga besar daripada Singapura dan Indonesia bererti orang tempatan
sudah diketepikan. Semua ini dilihat sebagai kepincangan Khairy dan
semua itu menjurus kepada andaian yang sama bahawa dunia perniagaan
sudah menjadi sukar kerana perbuatan Khairy.

Persepsi adalah tunjang berpolitik. Kerana itu apakah segala tuduhan


terhadap Khairy itu benar ataupun tidak adalah dianggap mustahak.
Orang politik dan perniagaan akan memihak kepada kisah dan cerita
yang membawa keuntungan kepada kepentingannya dan memihak
kepada pemikirannya yang tersendiri. Di sinilah letaknya masalah
Khairy. Kerana terlalu ghairah mahu menonjolkan dirinya, dia sudah
menjadi sasaran utama golongan elit. Tidak banyak yang diketahui oleh
rakyat mengenai Khairy buat masa kini, untuk mereka meminggirkan
beliau. Akan tetapi golongan yang giat menjelajahi negara ini sambil
mencari makan sebagai orang tengah, dan amat dahagakan peranan
sebagai tukang atur, dan menganggap mereka mempunyai hak istimewa
untuk meraih jawatan tertinggi dalam politik negara, dan menghabiskan
banyak masa berfikir apakah cara terbaik untuk mentadbir negara sudah
pun mempunyai persepsi tersendiri terhadap Khairy, yang amat sukar
untuk diubah kembali. Sudah tiba masa untuk dimulakan pertempuran
mereka.

Dalam sesi monolog Khairy di USM, dia ternyata memang bergaya.


Beliau telah mengadakan satu sidang akhbar di mana dia menggembar-
gemburkan segala usaha beliau untuk mewujudkan satu masyarakat
muda yang tulus dan bersih. Namun, tidak jauh daripada tempat sidang

Malaysia Today 179


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

akhbar itu telah berkumpul beberapa pemimpin pemuda Umno yang


mempunyai perasaan yang sama. Mereka sudah naik mual dengan
Khairy. Ada seseorang yang mencadangkan sudah tiba masanya untuk
mewujudkan seorang saingan yang sama hebat pengaruhnya untuk
menandingi keintelektualan Khairy. Ada seorang pemimpin pemuda
negeri telah mencadangkan beberapa nama dan kumpulan kecil itu telah
bersurai setelah menyetujui satu senarai pendek mengandungi beberapa
nama calon yang disebut tadi. Khairy tidak akan mendapat laluan mudah
pada masa depan.

180 Malaysia Today


BAB 23

Lebih laju, lebih tinggi, lebih perkasa

K hairy Jamaluddin hanya terlibat dengan satu pertubuhan sukan -


FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia). Sultan Pahang yang bijak,
mahu mendekati anak muda yang kononnya akan menjadi Perdana
Menteri satu hari nanti, telah menawarkan satu jawatan Exco kepada
Khairy. Tidak kiralah kalau si Khairy ini jenis kaki bangku dan tidak
pernah menendang bola dalam hidupnya. Seorang lagi pencadang
kemasukan beliau ialah Redzuan Sheikh Ahmad, adik kepada Setiausaha
Agung Umno Radzi Sheikh Ahmad, yang lebih berminat dengan wang
Khairy dan cara bagaimana dia boleh mengaitkannya dengan usaha
yang ada kaitan dengan bolasepak di Malaysia. Khairy pun tidak
kisah sangat akan perkara ini. Sifat sama-sama bantu membantu tentu
membawa faedahnya. Lebih-lebih lagi setelah melihat sokongan rakyat
terhadap Abdullah Ahmad Badawi sudah semakin tipis dan kesabaran
anggota Umno dengan kerakusan ahli keluarga Abdullah sudah semakin
membara.

Khairy hanya taksub dengan lumba lari pecut 100 meter. Sejak pada
mula dia berpolitik Khairy memang tidak berminat menjadi pelari jarak
jauh ataupun marathon, iaitu bersabar mencampuri golongan tua dan
menunggu gilirannya tiba. Khairy amat ghairah mahu menyingkir pihak
pembangkang dan mahu melonjakkan dirinya menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang paling muda. Memang dia sedang melalui lorong itu.
Cuma wujud beberapa hambatan dan Khairy mahu menghumbannya
semua. Dalam tahun yang mendatang dia akan cuba yang terbaik untuk
mengenepikan hambatan itu semuanya dan melicinkan laluannya ke
puncak kuasa.

Kini, dia perlu bertindak lebih pantas daripada yang dirancangnnya

Malaysia Today 181


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

dulu. Serangan betubi-tubi yang dibuat melalui surat layang oleh


tandingannya dalam Umno, seperti Khir Toyo dan Hishammuddin
Hussein, menyebabkan Khairy kehilangan hubungan baik dengan akar
umbi. Kisah pilihan raya kecil Pengkalan Pasir telah mencelikkan anggota
pergerakan Pemuda Umno bahawa Khairy bukanlah jagoan seperti yang
disangka mampu menarik sokongan padu. Dakwaan Khairy yang dia
adalah umpama obor kepada generasi baru yang akan menarik sokongan
golongan muda di negara ini ternyata satu gembar-gembur sahaja.
Undi golongan muda sebanyak 2,000 yang dijanjikannya dulu tidak
pun menjadi kerana mereka yang menyokong beliau adalah golongan
yang lebih tertarik kepada wang yang dihulurkannya dan bukan kerana
karismanya

Dalam impian besarnya, Khairy mahukan 2006 ini sebagai tahun di mana
dia memainkan peranan besar. Kerana itu dia telah melakukan rencana
untuk beberapa perubahan.

Berikut adalah senarai impian Khairy bagi 2006:

1. Mempengaruhi rombakan kabinet

Satu rombakan kabinet memang sudah patut dilakukan. Kabinet saiz


XXL pimpinan Abdullah Badawi yang diwujudkannya selepas pilihan
raya umum yang lalu memang ternyata lemah dan tidak bermaya.
Pilihan Abdullah ketika itu telah dipengaruhi bayangan Dr. Mahathir
dan keperluan memberi habuan kepada beberapa malaun yang telah
membantu beliau meniti laluan ke puncak jawatan Perdana Menteri.
Namun demikian dia gagal mengotakan janjinya dan sejak itu kabinet ini
sudah menggelongsor menjadi Kabinet Dunia Ketiga dengan pemikiran
Dunia Ketiga juga.

Khairy memang ghairah mahu menunjuk bagak. Dia mahu menghumban


ataupun sekurang-kurangnya mengecutkan kuasa beberapa orang
menteri kanan yang telah memperlekeh kuasanya – Samy Vellu, Lim
Kheng Yaik dan Rafidah Aziz telah lama mengetap gigi dan tidak pernah
akur kepada Khairy sebagai menepati jangkaannya. Menteri-menteri ini
akan berada di pusingan akhir larian mereka ditempatkan di kementerian
yang tidak bermakna ataupun dibayangi menteri muda yang mengkaji
daripada mereka untuk memainkan peranan utama.

182 Malaysia Today


Khairy tentu mahu menaikkan pangkat para pembodeknya. Beliau
mahukan jawatan yang lebih tinggi untuk Noh Omar, Shaziman Abu
Mansor, Adham Baba dan menarik masuk anggota kabinet orang-orang
seperti Ahmad Shabery Cheek. Untuk berbuat demikian beberapa
pemimpin lama mesti ditendang keluar dan semua pemimpin pelapis ini
dianugerahkan jawatan yang bertanggungjawab.

Rombakan kabinet yang dijangka dilaksanakan antara sekarang hingga


pilihan raya umum di Sarawak adalah satu alat yang berguna untuk
menakutkan saingan tertentu. Sebagai contoh, Khairy kerap memberitahu
orang bahawa Hishammuddin Hussein, tidak menunjukkan ‘keupayaan’
sebagai seorang Menteri Pelajaran. Khairy telah menabur bibit keraguan
ini dengan menuduh Hishammuddin terlalu sibuk dengan melantik
terlalu ramai Pegawai Khas di kementeriannya. Malah, Hishammuddin
mempunyai 15 orang pegawai semacam itu, yakni dua kali ganda
bilangan pegawai yang dimiliki oleh Perdana Menteri sendiri. Khairy
mahu Hishammuddin sedar kalaulah dia dikekalkan menerajui portfolio
yang perkasa, ia terjadi hanya dengan ihsan anak menentu yang serba
perkasa.

2. Menyingkirkan Khir Toyo

Khairy rapat dengan Dato Kamarulzaman Zainal, Pengarah Bahagian


Berita dan Berita semasa di TV3. Mereka mempunyai urusan untuk
menyerang Khir Toyo pada apa juga kesempatannya. Setakat ini mereka
sudah mencapai sedikit kejayaan. Akan tetapi Khir tidaklah sedungu
yang mereka fikirkan. Dia berselindung di sebalik Timbalan Perdana
Menteri Najib Tun Razak dan menggunakan hubungan baik melalui
anak Dr. Mahathir, Mokhzani untuk menjaga kedudukannya. Setakat ini
Khir berjaya menepis ancaman daripada kumpulan setiakawan Abdullah
di Selangor dengan memberikan mereka tugas khas yang sukar mereka
laksanakan dan memberikan portfolio yang cukup bermasalah.

Dengan munculnya 2006, Khairy akan cuba sedaya upayanya melalui


media untuk mencemarkan nama Khir Toyo agar dia jatuh terduduk. Buat
masa ini Khairy sedang merancang satu pendedahan melalui satu akhbar
berbahasa Inggeris mengenai peranan Khir dalam meluluskan beberapa
projek dalam kawasan tanah tertentu kepada sanak-saudara isteri beliau,
Zaharah Kecik dan beberapa kroni yang lain. Kisah itu akan dimulakan
dengan menyerlahkan satu skandal pencemaran alam dan berakhir

Malaysia Today 183


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

dengan persoalan mempertikaikan wibawa Menteri Besar itu sendiri.


Dengan cara itu, dan dengan bantuan TV3 Khairy mengharapkan Khir
akan tunduk untuk berundur setelah namanya tercemar dan tidak mampu
bertanding lagi.

Khir Toyo memang berkemungkinan terus menjadi pencabar Khairy


yang paling menyerlah. Baik sebagai bakal Ketua Pemuda Umno
ataupun sebagai penanding jawatan Naib Ketua pergerakan itu. Khir
Toyo memang menerima sokongan baik daripada peringkat akar umbi
walaupun dia kerap dicemuh oleh orang lain yang bukan menjadi ahli
Umno. Keunikan Khir Toyo terletak kepada sikap beliau mengagihkan
apa yang dibalunnya dengan pemimpin lain. Sebagai contoh, Khir Toyo
tidak pernah lupa memberikan wang tunai kepada ratusan ribu anggota
Umno di peringkat bahagian Selangor untuk mereka memanjangkan pula
sogokan itu kepada ahli-ahli biasa. Khairy tidak berbuat begitu dan dia
hanya memberikan hadiah dan imbuhan kepada kawan rapat dan mereka
yang menjilatnya. Kesannya, walaupun kedua-dua tokoh ini memang
korup, Khir menjadi seorang ahli politik yang sungguh popular.

3. Menaikkan Wan Farid ke jawatan yang lebih tinggi

Wan Farid Saleh ialah seorang sekutu Khairy yang terbaru di Jabatan
Perdana Menteri. Sebagai seorang Setiausaha Politik kepada Perdana
Menteri, Wan Farid telah memainkan peranan sebagai tukang buka pintu
kepada Khairy secara tidak rasmi di pejabat itu. Satu ketika dulu, Khairy
sendiri telah memainkan peranan yang sama, kini kerana kesibukan dia
menyandarkan harapan kepada Wan Farid seorang ahli politik berusia
42 tahun dari Terengganu. Lantas, Wan Farid pun menjadi seorang
pengutip tol daripada para peniaga yang cuba bertemu Perdana Menteri
dan mendapatkan mohor kelulusan untuk projek mereka. Begitulah
berjayanya Wan Farid dengan tugas itu, tidak lama lagi dia akan dilantik
sebagai seorang senator. Kalau apa yang didesas-desuskan ada intinya,
tidak lama lagi Wan Farid akan disungkit ke atas lagi menjadi seorang
menteri. Sudah tentu dia tidak akan terlupa budi yang ditaburkan oleh
Khairy.

Setakat ini Wan Farid telah berjaya mendapatkan satu peruntukan besar
daripada royalti minyak Terengganu untuk satu projek salah seorang
kawan kesayangan Khairy yang bernama Patrick Lim. Peniaga yang
menerbangkan Khairy ke sana ke mari dengan jet peribadinya baru

184 Malaysia Today


sahaja mendapat peruntukan bernilai RM89 juta daripada Dana Khas
Terengganu, tanpa perlu merujuk perkara itu kepada Menteri Besar,
Idris Jusoh ataupun Exco Negeri. Itulah urusan yang dilaksanakan oleh
Wan Farid dengan kepastian yang Khairy menerima habuannya juga.
Sepatutnya dana itu disalurkan kepada projek pembangunan masyarakat
termiskin tetapi sebaliknya telah dilencongkan kepada pembinaan
kompleks pelancongan, bangunan membeli-belah (shopping mall) dan
kondominium. Projek yang sengaja disungkit tinggi nilainya melebihi
40% untuk membolehkan peniaga Cina itu menyediakan keuntungan
yang selesa kepada Wan Farid dan Khairy.

Pada tahun 2006 ini, salah seorang tokoh yang akan menonjol ialah
Wan Farid. Kini, Khairy sedang merancang apakah Wan Farid mesti
ditonjolkan ke tengah lagi untuk dijadikan seorang menteri, ataupun
dibiarkan memainkan peranan sebalik tabir dengan tujuan memeram
pengetahuan umum mengenai rahsia yang berlegar di pejabat Abdullah.
Apa pun, mereka berdua akan menjadi lebih kaya-raya berjuta-juta
menjelang Tahun Baru ini.

4. Melanyak Reezal Merican

Ada segelintir puak yang begitu dungu memikirkan bahawa disebabkan


Reezal Merican dan Khairy pernah sama-sama bekerja di satu pejabat
dan mereka sama-sama menganggotai barisan Exco Pemuda Umno,
mereka harus menjadi sahabat karib. Sebenarnya jauh panggang dari api.
Reezal Merican amat membenci Khairy sebaik sahaja si hingusan mula
melangkah masuk koridor kuasa. Mereka mempunyai perasaan yang
sama –Khairy turut merasakan bahawa Reezal Merican yang merupakan
lulusan UIA adalah memang dungu juga, lembab dan tidak berguna selain
hanya mampu membaca sedikit doa. Apabila Khairy menjadi semakin
berpengaruh, Reezal cuba mencuri peluang untuk berbaik semula, tetapi
Khairy terus menganggap Reezal dengan kebenciannya.

Kesilapan besar Reezal dalam kemelut GPMS dan mencabar anak didik
Anwar Ibrahim yang menjadi Presiden persatuan pelajar itu, Suhaimi
Ibrahim telah digunakan sebaik mungkin oleh Khairy untuk mencemar
nama Reezal seterusnya. Sekarang pun sudah ada salinan tuntutan Reezal
yang sumbang (tidak munasabah) ke atas Kementerian Kewangan. Sebagai
Setiausaha kepada Menteri Kewangan Pertama, Reezal mendapat sedikit
peruntukan yang dikira elaun khas (out of pocket allowance) untuk tugas

Malaysia Today 185


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

rasminya. Akan tetapi Reezal juga membuat tuntutan lain kepada akaun
ini, termasuk jamuan yang ada kaitan dengan politik, makan malam
alumni UIA, dan mesyuarat GPMS. Satu lagi sebab kenapa Khairy
marahkan Reezal ialah kerana usaha Reezal mencari sokongan dalam
usahanya mahu menandingi Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda Umno
yang akan datang. Reezal telah menggunakan satu jaringan alumni UIA,
yang kini bertugas sebagai pegawai khas kepada menteri tertentu untuk
menyokongnya. Kerana itu Khairy bertindak bahawa bila muncul 2006
Reezal akan menerima padahnya.

5. Mengepit sayap Najib (Clip Najib’s wings)

Selama ini Khairy telah mengharapkan agar Najib akan terus lalai
terhadap usaha beliau mencabarnya. Lagi pun Najib mempunyai banyak
masa menunggu dan puak-puak Khairy telah bersedia menghayalkan
Najib agar berfikir bahawa Khairy memang mahu berbaik dengannya.
Sudah banyak kali Khairy menyebut betapa Najib adalah seorang
pemimpin yang berwibawa dan menteri yang paling setia dalam kabinet
masa kini.

Itulah ungkapan Khairy yang paling terkenal! Tetapi, Khairy tidak pernah
alpa dalam usahanya menjatuhkan Najib. Hanya satu alasan kenapa Khairy
tidak bertindak tegas setakat ini, kerana dia belum begitu perkasa untuk
menepis sokongan yang diberikan kepada Najib oleh bekas penyokong
kuat Dr. Mahathir dan pemimpin Umno lain yang amat ragu ura-ura
Khairy mahu membawa masuk semula Anwar Ibrahim menganggotai
Umno. Satu lagi alasan kenapa Khairy setakat ini masih gagal bertindak
ialah kerana Najib mampu meraih sokongan para pemimpin akar umbi
dengan lebih berkesan berbanding kemampuan sepadu Abdullah Badawi
dan Khairy. Lagi pun, sudah ada perasaan tidak puashati di kalangan
akar umbi Umno terhadap kepimpinan Abdullah yang dianggap begitu
lembik dan lemah sehingga tidak mampu mencegah kerakusan anak
menantunya. Faktor ini tidak boleh diperlekeh begitu sahaja. Sejak
berakhirnya pemilihan Umno yang lalu, tumpuan tidak senang hati itu
telah tertumpu pada bahu Khairy dalam pertandingan antara Abdullah
dan Najib. Abdullah akan kalah teruk. Itu sebabnya Khairy tidak boleh
bertindak sekarang tanpa melakar satu rencana yang begitu jitu dan
mantap bagaimana mahu menumpaskan Najib.

Untuk mengepit sayap Najib, Khairy bercadang berbuat perkara ini:

186 Malaysia Today


I. Nyahkan penyokong Najib daripada menganggotai kabinet.

II. Kalahkan calon-calon pilihan Najib dalam pertandingan peringkat


Bahagian dan cawangan.

III. Hancurkan ketokohan Najib dengan menggunakan media.

Di samping itu kekuatan ekonomi Najib mesti dijerut. Kemunculan dan


kemaraan CIMB yang dipimpin oleh adik Najib, Nazir Razak bukanlah
satu sasaran utama kerana kekurangan peluang untuk mewujudkan satu
skandal dalam syarikat awam seperti itu. Lagi pun Nazir ialah seorang
peniaga yang begitu tulus. Namun demikian, adik-adik Najib yang lain
telah terlibat dengan beberapa urusan di sebalik tabir dengan bakal
musuh Khairy dalam dunia perniagaan, termasuk segelintir peniaga
Melayu dan Cina. Adik-adiknya ini, khususnya Nizam dan Johari Razak
adalah sasaran utama Khairy. Pada tahun mendatang, beberapa urusan
rahsia mereka akan didedahkan kepada umum oleh sahabat-sahabat
Khairy di media dan ini akan memberikan satu tamparan hebat kepada
Najib sebagai seorang ahli politik yang bergelumang dengan kronisme,
seperti yang pernah diamalkan oleh Dr. Mahathir Mohamad.

6. Memusnahkan legasi Dr. Mahathir

Musuh ketat Khairy bukanlah ahli-ahli politik yang baru naik tetapi orang
yang sudah lama naik, Dr. Mahathir Mohamad. Tun Dr. Mahathir terus
menjadi sasaran utama kerajaan Abdullah Badawi. Rakyat umum memang
sedar bahawa Dr. Mahathir tidak berapa suka dengan beberapa tindakan
Abdullah, bukan kerana dia memikirkan segala dasar itu bercanggah
dengan legasinya, tetapi kerana Dr. Mahathir sebenarnya percaya bahawa
banyak dasar itu telah digubal oleh Khairy dan para penjilatnya di Ethos
Consulting dan ECM Libra hanya untuk memperkayakan diri mereka.

Walaupun ada segelintir pihak yang berkata bahawa Dr. Mahathir


melaksanakan perkara yang serupa kepada kroninya dulu, Dr. Mahathir
percaya bahawa rencananya dulu telah melahirkan ramai Melayu yang
kaya raya yang diharapkannya dapat membina satu kelas Melayu yang
berjaya dan kaya dalam dunia niaga. Dr. Mahathir menganggap bahawa
Khairy hanya melakukan kerja-kerja untuk memperkayakan diri dan
mengisi koceknya sendiri sahaja. Dr. Mahathir sendiri yakin betapa
Abdullah berbuat silap besar dan tidak berpijak di bumi nyata dalam

Malaysia Today 187


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

pembangunan nasional. Dr. Mahathir menganggap kerajaan Abdullah


sudah menjadi begitu berbahaya untuk dibiarkan terus berkuasa.

Untuk 2006 ini, Dr. Mahathir telah memasang niat untuk mendedahkan
apa yang dianggapnya sebagai kesilapan Abdullah dan menggunakan
segala kritikan untuk menyerang Khairy secara berhelah. Khairy mungkin
mampu menyerang balas kritikan pemimpin Umno yang lain, untuk
menyerang balas Dr. Mahathir bukanlah semudah yang disangkanya.
Khairy tidak boleh bersuara lantang dan bersikap kurang ajar terhadap
Dr. Mahathir seperti yang ditunjukkannya kepada Najib, Ali Rustam,
Muhiyuddin, Khir Toyo dan pihak lain yang sekandang dengannya.
Sesungguhnya Mahathir sudah merupakan satu masalah besar Khairy di
bidang seranta.

Mungkin pada 2006 ini, Khairy akan berjaya ke atas Dr. Mahathir.
Sementelahan pula, Dr. Mahathir sudah mencecah usia 81 tahun dan baru
sahaja pulih daripada kejutan kecil serangan lemah jantung. Pihak media
telah berbohong dengan melaporkan bahawa itu adalah satu pemeriksaan
biasa sahaja. Memang tidak boleh dijangka bahawa Dr. Mahathir akan
terus bertenaga untuk melancarkan satu cabaran perkasa terhadap Khairy.
Apabila Dr. Mahathir mengendurkan serangan disebabkan masalah
kesihatannya, apakah tidak mungkin Najib turut berbuat demikian juga
dengan kesedaran bahawa penyokong kuatnya tidak lagi bersama beliau
untuk membantu menepis serangan yang bertubi-tubi itu?

7. Balun RM300 juta lagi.

Khairy memang faham bahawa hukum pertama dalam politik Umno


ialah membalun banyak wang untuk membeli undi. Setakat ini Khairy
sudah pun berjaya dalam penjualan saham syarikat yang ada kaitan
dengan kerajaan kepada pihak tertentu, termasuk syarikat pelaburan
negara asing. Khairy sudah pun mewujudkan satu dana yang lebih
besar daripada simpanan dana Hishammuddin Hussein dan beliau telah
bernasib baik apabila pihak pembangkang tidak menyerang beliau
sekerap mereka menyerang pemimpin Umno yang lain. PAS tidak faham
kaedah Khairy yang begitu kompleks dalam menghasilkan dana rahsia
melalui aktiviti korporat kerana pakar-pakar ekonomi terbaik PAS
seperti Dr. Rosli Yaakob, Husam Musa dan Dr. Dzulkifli Ahmad adalah
pedagang kelas dua yang lebih selesa dengan penjualan pil susu kambing
berbanding kewangan yang tinggi-tinggi. DAP pula tidak berapa faham

188 Malaysia Today


akan dunia GLC untuk memahami putar belit urusan kewangan Khairy.
Kumpulan Anwar Ibrahim pula tidak tahu menahu langsung apa yang
sedang berlaku, kecuali sedikit perkara yang mereka sudah tahu dan
perlu diperam dulu seandainya Khairy akan menjadi rakan sekutu yang
diharap dapat membawa masuk Anwar menyertai Umno semula.

Sementara itu, ketika pembangkang terus tidur nyenyak, Khairy masih


terus berurusan. Pembelian 3% saham ECM Libra yang dilaksanakan
baru-baru ini adalah satu persiapan untuk syarikat itu membalun lebih
banyak usaha dagang lagi dalam penjualan ‘non-core-assets’ kerajaan.
Adalah menjadi kesulitan untuk mewajarkan pembayaran komisen kepada
Khairy seandainya beliau terus menjadi seorang pekerja berbanding
menjadi seorang pemegang saham di ECM Libra.

Yang amat pasti, pada 2006 nanti, akan bermulalah satu proses untuk
menyahkan beberapa alat kewangan yang pernah digunakan oleh Khairy
sebelum ini yang menggambarkan satu perubahan tetapi akan muncul
sebagai satu hambatan kepada kejayaan beliau akhir nanti. Pada akhir
2006 nanti akan tamatlah kontrak pengasas Binafikir dan Pengarah
Urusan Khazanah, Azman Mokhtar. Tidak lama lagi beliau tidak lagi
diperlukan dan Khairy akan mampu memainkan peranan sendiri ataupun
melantik orang lain yang kini berada di tahap pelapis pengurusan
Khazanah untuk memanaskan kerusi pengurusan atasan sambil Khairy
terus membogelkan setiap institusi kerajaan daripada segala intan
permatanya

Begitu juga halnya dengan Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed


Yakcop yang sudah pun melepasi tarikh pelupusannya. Nor Mohamed
yang memang pandai bercakap dan berseloka lengkap dengan titisan air
mata itu sudah pun melepasi tugasnya menonjolkan satu pentadbiran
yang bersih dan tulus ikhlas dalam semua perniagaan yang berkaitan
kerajaan. Kini, Khairy yakin negara ini memerlukan tenaga muda pula
yang sudah tentu akan turut taat dan setia untuk terus menjilat Khairy
sahaja. Nor Mohamed akan digugurkan daripada menjadi Menteri
Kewangan Kedua tidak lewat daripada akhir 2006.

Apa pun yang terjadi pada 2006, ia akan menjadi tahun matlamat Khairy
yang mahu mencapai impiannya. Segala objektif jangka pendek yang
dipaparkan di atas adalah awalan kepada usaha Khairy mahu mendapatkan
satu kerusi Parlimen, dan ini berkemungkinan dilakukan melalui satu
pilihan raya kecil pada 2007 membolehkan beliau menganggotai kabinet

Malaysia Today 189


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

serta-merta selepas Pilihan Raya Umum yang kedua belas.

Perhitungan masa untuk Khairy merangkul jawatan Perdana Menteri yang


bermula hanya empat tahun yang lalu cuma tinggal kurang dari satu dekad
sahaja lagi. Khairy memang tidak membuang masa. Begitu juga semua
musuhnya. Buat masa ini, segala tumpuan adalah terhadap memudahkan
impian Khairy, sedangkan semua penentang beliau nampaknya semacam
menuju hala tempat sembelihan yang akan memusnahkan impian politik
mereka.

190 Malaysia Today


BAB 24

Ulasan Hikayat Khairy Jamaluddin

N ampaknya Khairy Jamaluddin tidak begitu gembira dengan The


Khairy Chronicles. Bila Khairy tidak gembira, dia mesti diceriakan.
‘Pihak tertentu’ ini tidak bekerja untuk Khairy. Mereka sebenarnya,
bertanggungjaab kepada kerajaan. Secara tidak langsung mereka
bertanggungjawab kepada rakyat. Tugas mereka ialah menegakkan
undang-undang dan menghukum mereka yang melanggarnya, bukan
bagi menjaga kepentingan politik sesetengah pihak. Fungsi mereka ialah
mempertahankan hak-hak perlembagaan, termasuk kebebasan bersuara
dan kebebasan media. Tetapi itu semua adalah khayalan semata-mata.
Realitinya, mereka tunduk kepada kehendak kelompok yang berkuasa.
Dalam kes ini, mereka tunduk kepada Khairy.

Khairy tidak punya kedudukan dalam kerajaan hari ini. Rasminya dia
hanya seorang ‘penasihat korporat’. Sungguhpun dia Naib Ketua Pemuda
Umno, tetapi peranan tersebut tidak membolehkannya mentadbir negara
seperti yang dia mahukan. Namun, itulah yang dilakukannya. Untuk
sekian lama sudah, ‘pihak tertentu’ ini, sudah memberikannya laporan
(begitu juga kepada bapa mertuanya), termasuk hasil intipan mereka ke
atas ahli-ahli politik pembangkang dan kegiatan-kegiatan. Khairy tiada
hak ke atas laporan-laporan tersebut, tetapi dia tetap menerima semuanya
– kerana para menteri dan timbalan menteri yang bertugas sangat takut
untuk membantah.

Apa yang membuatkan Khairy tidak selesa dengan Khairy Chronicles


ialah ia telah mendedahkan lebih awal banyak langkah yang akan
diambil sejak pertengahan tahun lepas – dan kini, apabila dia sudah mula
mengambil langkah-langkah tersebut, kita mampu berkata, “bukankah
aku dah kata.”

Malaysia Today 191


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Masalah yang dihadapi oleh ‘pihak tertentu’ ini ialah bagaimana mengaitkan
terus The Khairy Chronicles kepada saya. Sudah tidak dinafikan nama
saya keluar dalam Malaysia Today, tetapi jika mereka dakwa saya
di mahkamah, mereka tiada bukti saya yang menulisnya The Khairy
Chronicles (‘maker of the document’ dalam istilah undang-undang). Dan
cara mereka lakukannya ialah dengan menyerbu rumah saya, merampas
komputer saya, dan manahan saya. Daripada komputer saya mereka akan
dapat membuktikan saya telah menulis The Khairy Chronicles. Bukti
tersebut akan digunakan untuk dibuat dakwaan terhadap saya.

Satu perkara yang mereka tidak sedar ialah seseorang boleh menulis secara
online. Kalau begitu, bagaimana bukti boleh wujud dalam komputer anda?
Tidakkah mereka tahu mengenai perisian yang hanya beberapa ratus
ringgit, melepasi spesifikasi ketenteraan dan agensi intel Amerika, dan
mampu menyapu bersih semua laluan tanpa meninggalkan kesan. Sudah
tentu, budak-budak Bukit Aman dan Mimos mungkin sudah dilatih enam
bulan di Langley beberapa tahun lepas, tetapi teknologi berubah dengan
pantas dan setiap hari ada saja barang baru di pasaran. (Sudah tentu, bukan
ini saja yang saya lakukan, tetapi saya tidak akan cerita semuanya).

Walau apapun, mari kita reviu kesemua 23 bab Hikayat Khairy Jamaluddin
dan merumuskan apa yang sudah diperkatakan setakat ini:

Bab 1 - Sinopsis: Lelaki paling berkuasa di Malaysia

Abdullah Ahmad Badawi secara sah ialah Perdana Menteri Kelima Malaysia,
setelah memegang kuasa dalam bulan November 2003. Bagaimanapun,
sebelum menjadi perdana menteri, agak jelas yang Abdullah Badawi “not
his own man” – bahawa semua pemikiran, tindakan dan perbuatannya
sangat dipengaruhi, kalaupun tidak diarah, oleh menantunya yang berumur
28 tahun, Khairy Jamaluddin dan kumpulan kawan-kawannya. Sementara
ada orang bercakap mengenai 3K yang menjadi kuasa di belakang Abdullah;
iaitu Khairy, Kalimullah (Ketua Kumpulan Editor, New Straits Times) dan
Kak Endon (Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak, isteri Perdana
Menteri); tidak dinafikan lagi, K pertama ialah yang paling berkuasa, yang
telah melantik K kedua dengan jawatannya kini dan telah mengahwini
anak perempuan K ketiga, pada ketika K ketiga sedang bertarung dengan
barah, penyakit yang sudah meragut nyawa kembar K ketiga.

192 Malaysia Today


Bab 2 - Keluar dari lubang najis

Hari ini, Khairy Jamaluddin adalah seorang yang yang paling berkuasa
dalam negara. Berbeza dari kebanyakan ahli politik yang latarbelakang
mereka mudah dijejaki dan rekod mereka dalam pengetahuan awam,
Khairy pula seperti ‘dewa kayangan’ yang muncul dari mana ke dalam
arus utama politik Malaysia. Ramai mula merasa sangsi sama ada dia
diletakkan di mana dia sekarang oleh kuasa jahat, seperti CIA atau
mungkin pihak perisikan Singapura. Tiada siapa mampu mendapat kuasa
begitu mudah dan pantas jika tidak ada orang yang membantu?

Bab 3 - Musuh dalam selimut

Tambahan pula, Hishammuddin tidak gembira apabila Khairy membentuk


rangkaiannya sendiri dalam jentera Pemuda Umno, seperti mencalonkan
Norza Zakaria ke Majlis Tertinggi di atas pilihan peribadi Hishammuddin.
Khairy juga telah membentuk rangkaian tidak rasmi Naib Ketua Pemuda
Bahagian Umno di seluruh negara, fenomena yang belum pernah
dilakukan semasa Hishammuddin sendiri memegang jawatan tersebut.
Hishammuddin sedar bahawa dia kini memegang jawatan dengan ihsan
dan belas kasihan Khairy. Apabila Khairy sudah bersedia untuk jawatan
Ketua Pemuda, Hishammuddin mesti lepaskan.

Bab 4 - Membunuh saudara sendiri

Abdul Azeez banyak berkongsi ciri-ciri Reezal Merican. Keturunan


Mamak seperti Reezal, kelemahannya ialah kepada wanita cantik, dan
kedua-duanya sudah dua kali berkahwin. Lebih penting, Abdul Azeez ialah
seorang ahli perniagaan yang mempunyai sikap yang ranggi dan mampu
menyaingi pengaruh Reezal kalangan Pemuda Umno yang mendapat
pendidikan dalam negara. Khairy membentuk satu sayap baru dipanggil
Putera Umno di bawah pimpinan Abdul Azeez yang mengembangkan
pengaruhnya ke universiti-universiti tempatan dan istitusi pengajian
tinggi. Khairy sedar bahawa dia sendiri kurang sokongan daripada tapak
politik Umno dan amat memerlukannya. Abdul Azeez telah ditugaskan
untuk mendapat sokongan tersebut sementara pada masa yang sama
melemahkan pengaruh Reezal.

Malaysia Today 193


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Bab 5 - Pewaris dan penyamar

Khairy dan Najib berkongsi banyak persamaan dalam pendakian kuasa.


Namun, tiada rasa belas ihsan bertukar antara mereka berdua. Khairy
tahu bahawa Najib akan ‘pancung dia’ sebaik saja Abdullah Ahmad
Badawi meninggalkan pentas politik. Begitu juga, Najib tidak selesa
dengan pengaruh Khairy ke atas Abdullah, dan sedar bahawa peluangnya
menjadi Perdana Menteri akan lebih cerah dengan Khairy, tiada dalam
gelanggang.

Permusuhan antara Khairy dan Najib bermula daripada sikap tidak sabar
Khairy dan cita-cita yang diketahui semua untuk sampai ke jawatan
paling tinggi dalam Umno sebelum usia 40 tahun. Berbeza dengan Najib
yang sabar dan hampir dilihat sebagai lembab dan lesu. Tetapi Najib
sudah bermain mainan berjaga-jaga sedangkan Khairy cenderung cara
‘siapa dulu dia dapat’.

Kedua-duanya faham yang Umno terlalu kecil untuk kedua-dua mereka.


Pada usia 52, Najib dengan mudah dapat menyekat Khairy selama dua
puluh lima tahun atau lebih. Jika seminggu ialah masa yang lama dalam
politik, dua puluh lima tahun seperti selama-lamanya. Lebih dahsyat,
Khairy fikir Najib akan memansuhkan perubahan oleh Abdullah (dengan
itu Khairy) dan kembalikan Umno ke zaman kepincangan Dr. Mahathir
Mohamad.

Bab 6 - Taman permainan media Khairy

Pelantikan Khairy yang paling menonjol ialah Kalimullah Hassan


Masheerul Hassan, seorang bekas wartawan Singapura yang berkawan
rapat dengan beberapa peniaga Cina. Kalimullah dan rakan peniaganya
telah membina perniagaan dengan rakan peniaganya melakukan
perancangan sementara dia sendiri mengawal kabel. “Kali” begitulah
dia memanggil dirinya, mempunyai visi kemegahan. Walaupun dia tidak
pandai menulis apa lagi sebagai seorang editor, Kali sedar bahawa dia
boleh membeli bakat. Sudah menjadi rahsia ramai bahawa editorial (lidah
pengarang) NST yang menggunakan nama Kali sebenarnya ditulis oleh
penulis upahan yang cergas di internet. Orang semacam ini yang sebulu
dengan Khairy - menjadi seorang tokoh bukan susah sangat, kerana
seseorang boleh memilih dan mengupah sesiapa sahaja untuk membuat
kerja sebenar.

194 Malaysia Today


Bab 7 - Berputiknya satu persahabatan yang akrab

Barulah Tun Dr. Mahathir sedar ketika itu bahawa anak muda yang pernah
dianggapnya sebagai budak hingusan, kini sudah menjadi satu alat utama
yang menggugat warisan peninggalannya. Dr. Mahathir telah berkata
kepada Setiausaha beliau, Dato Badriah, yang Abdullah telah sengaja
menggali kuburnya sendiri dengan membebaskan Anwar. Dr. Mahathir
menjelaskan bahawa beliau sendiri merasa sukar menangani Anwar dan
kerana itu dia tidak yakin bahawa Abdullah mampu melakukannya. Pada
pandangan Dr. Mahathir, Abdullah adalah seorang yang bengap dan
salah perkiraan dalam membebaskan Anwar.

Apa yang tidak disedari oleh Dr. Mahathir, sebenarnya Abdullah sendiri
tidak faham sepenuhnya kesan pembebasan Anwar. Malah, Khairy
adalah orangnya yang beranggapan bahawa pembebasan Anwar akan
melonjakkan kerjaya politiknya. Pertama, Khairy beranggapan bahawa
Anwar adalah sentiasa berguna sebagai alat terhadap sesiapa sahaja di
kalangan orang-orang politik dalam Umno yang mungkin mencabar
takhta yang sedang menjadi milik Abdullah. Mereka itu adalah orang
seperti Tengku Razaleigh dan Najib Tun Razak. Kedua, Khairy
berpendapat dengan membebaskan Anwar dan bersua muka dengannya
akan menaikkan lagi populariti beliau (dan juga Abdullah).

Bab 8 - Fajar menyinsing, senja berlabuh

Apapun, di sebalik tabir, Abdullah dan Khairy masih lagi mengekalkan


satu bentuk perhubungan dengan Anwar. Abdullah sendiri tidak
menceritakan mengenai perbualan telefonnya dengan Anwar. Akan
tetapi, Khairy mengambil sikap yang terbuka kepada rakan-rakan yang
rapat dengannya, mengenai pertemuan beliau dengan orang kuat Anwar
seperti pemimpin Pergerakan Pemuda PKR, Ezam Mohd. Nor. Mereka
yang tahu akan kisah ini termasuklah orang yang rapat dengan Khairy
yang semestinya penyokong Anwar juga seperti Zambry Abdul Kadir
dan juga beberapa nama lain seperti Norza Zakaria.

Bab 9 – Lahirnya seorang jurujual

Laluan awal Khairy Jamaluddin bukanlah dengan kekayaan walaupun


latar belakang keluarganya sendiri merupakan golongan berada dengan
kedudukan ayahnya yang dikenali dalam komuniti diplomatik negara.

Malaysia Today 195


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Namun, keluarga Khairy tidak dapat menandingi beberapa tokoh Pemuda


Umno seperti kelompok Hishammuddin Hussein – Najib Tun Razak
yang merupakan zuriat seorang bilioner Melayu pertama - Tan Sri Noah.
Ataupun keluarga Sheikh Fadzir yang dianggotai oleh Kadir, Aziz, Musa
dan Haidar yang mempunyai istana tersergam di Kulim yang dapat
mengerdilkan Istana Negara di Kuala Lumpur. Inilah yang membuatkan
Khairy sedar betapa dia juga perlu mengumpul harta karun. Lebih-lebih
lagi setelah mengambilkira piawaian Malaysia, bapa mertuanya Abdullah
Badawi bukanlah orang yang berharta sangat.
Bab 10 - Jurulelong Negara

Sebagai contohnya ialah kemasukan Temasek memiliki saham TM


ataupun dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia. Temasek telah
membeli saham TM sebanyak 5% dengan harga RM1.6 bilion di tahap
awal pentadbiran Abdullah. Ini merupakan satu isyarat urusan yang
menyegarkan hubungan niaga antara dua negara yang dipisahkan oleh
Tambak Johor. Seperti yang diketahui umum. Temasek adalah pemegang
saham SingTel yang dinaungi oleh Lee Hsien Yang, anak bongsu Lee
Kuan Yew. Ini merupakan satu urusniaga besar yang sangat penting. Apa
yang tidak diketahui umum ialah perihal Temasek membayar komisen
kepada Khairy melalui satu syarikat yang berdaftar di Singapura yang
rapat dengan proksi Khairy bernama Norza Zakaria. Alamat syarikat ini
ialah di Singapore Land Tower; 50, Raffles Place. Bayaran yang dibuat
kepada syarikat ini ialah untuk khidmat perundingan. Yang sebetulnya
itulah komisen yang dianggap rasuah juga.
Bab 11 - Khairy dan kilang duitnya

Satu rencana besar yang sedang dirancang membabitkan penjualan


lebihan aset simpanan Danaharta yang kini sedang diusahakan oleh
proksi Khairy, Norza Zakaria melalui sekutunya di Singapura. Norza
mempunyai sebuah syarikat di Singapura yang berusaha sama dengan
seorang bernama Mr. S.

Mr. S ialah rakan sekolah Khairy di United World College (UWC)


Singapura. Kini, Mr. S adalah seorang pakar kewangan korporat yang
minat dalam hartanah dan multimedia. Mr. S pernah bertemu Khairy dan
kroni beliau di Khazanah membincangkan bagaimana cara memiliki aset
milik Syarikat Berkaitan Kerajaan Malaysia (GLC - Government Linked
Companies) dan mendapat beberapa peratus komisen daripadanya. Salah
seorang penasihat Khairy ialah pemegang saham Ethos Consulting yang
kini bertugas di Deutsche Bank di Kuala Lumpur.

196 Malaysia Today


Bab 12 - Berkerincing laci wang

Jadi, sejak bulan Mac, secara kasar, pendapatan yang sudah dan akan
diperolehi oleh Khairy adalah seperti berikut:

1. Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings,


Singapura - RM16 juta.

2. Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM


6 juta.

3. Jangkaan komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek


Holdings Singapore – RM17 juta.

4. Jangkaan komisen daripada penjualan aset Danaharta – RM85 juta.

5. Jangkaan komisen daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada


Temasek Holdings dan DBS Bank - RM30 juta.

6. Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputra dalam


syarikat milik asing – Syarikat 1 - RM15 juta.

7. Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputra dalam


syarikat milik asing – Syarikat 2 - RM20 juta.
Jumlah yang terlibat ialah RM189 juta. Itu pun yang dapat dilihat oleh
umum.

Bab 13 - Cinta yang berbelah-bagi

Tanpa disedari oleh Aziz Shamsuddin dan juga Dr. Mahathir, kisah
Khairy kononnya cenderung ke arah homoseksual itu adalah kerja
fitnah yang dilakukan oleh orang-orang Anwar Ibrahim. Ada seorang
bekas timbalan menteri yang merupakan penyokong kuat Anwar (dan
tentunya digugurkan oleh Dr. Mahathir semasa Pilihan Raya Umum
1999 dulu) kerap menggunakan sahabatnya dalam perkhidmatan awam
untuk menyebarkan berita semacam itu hingga sampai ke telinga Aziz
Shamsuddin. Fitnah tersebut telah direka oleh Ezam Mohd Nor sendiri,
yang kononnya mendengar berita angin daripada seorang pegawai kanan
dalam perkhidmatan awam yang bersimpati dengan pergerakan reformasi.
Pegawai itu kononnya mempunyai seorang anak yang menuntut di

Malaysia Today 197


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

institusi yang sama dengan Khairy. Itu merupakan cerita karut. Idea
bahawa Khairy seorang ‘gay’ adalah merupakan cebisan imaginasi para
pemimpin PKR yang begitu ghairah mahu mencemar nama baik Abdullah
Badawi yang mereka anggap ketika itu tidak berapa bersimpati terhadap
penderitaan ketua mereka. Lagi pun, mereka ini sudah lama bermusuhan
dalam Umno, lebih satu setengah dekad.

Bab 14 - Pertabalan seorang Raja

Dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Anwar Ibrahim, Khairy


diberikan tugas khas untuk menilai maklumat SB itu semua dan
merancang satu strategi khas untuk bapa mertuanya. Abdullah sedar
betapa Anwar adalah lebih penting kepada Khairy kalau dibandingkan
kepada keperluannya sendiri. Lagi pun kalau ada usaha membawa Anwar
memasuki semula Umno, ia akan mengilaukan masa depan Khairy sebagai
seorang tokoh politik yang berwibawa pada hari muka. Anwar pula
dijangka dapat memberikan sokongan kepada Khairy kalau diasak oleh
Najib. Akan tetapi, pada waktu yang sama Abdullah sedar segala usaha
membawa Anwar semula akan mencetuskan satu keadaan di mana dia
sendiri akan berdepan dengan gerakan bersepadu yang datang daripada
Dr. Mahathir dan Najib. Kerana itu, helah membawa masuk Anwar adalah
usaha untuk Khairy menonjolkan dirinya sebagai calon tengku mahkota
yang ingin naik menjadi raja yang berdaulat dan berkuasa.

Bab 15 - Permainan berisiko tinggi

Di sebalik cakap-cakap besar Anwar menafikan kesediaannya


menganggotai Umno semula, yang sebetulnya Anwar dan Khairy sedang
menguji keadaan sebelum mereka betul-betul mencuba nasib. Khairy
perlu mencuba reaksi anggota Umno terhadap kemasukan Anwar semula
tanpa menafikan betapa mudahnya Anwar menyandarkan harapan untuk
rujuk semula. Sebaliknya, Anwar perlu menguji persepsi para pengikutnya
terhadap kepimpinan beliau sebelum memberitahu mereka akan pilihan
yang terbuka untuknya. Anwar tidak mampu meminggirkan terlampau
ramai bekas penyokongnya dalam gerakan reformasi. Walaupun Anwar
tahu ada yang akan berundur kerana mual dengan sikap opportunisnya,
masih ramai nanti yang akan mengikutinya kerana tujuh tahun merewang-
rewang adalah satu tempoh yang terlalu lama untuk mereka hidup tanpa
sebarang pengaruh politik.

198 Malaysia Today


Bab 16 - Dinding yang bercakap

Sama ada Khairy sedar ataupun tidak, kebanyakan cerita yang berlegar
merata tempat mengenai usaha beliau memberi laluan mudah kepada
Anwar memasuki Umno, semuanya datang daripada sumber yang
selalu berhubungan rapat dengan dirinya. Walaupun secara rasminya
dia menafikan kemungkinan Anwar menganggotai Umno semula,
hakikatnya adalah amat berbeza. Ezam dan Azmin kerap menyebut nama
Khairy sebagai sumber maklumat dalaman Umno. Malah mereka berani
bersuara tegas betapa Khairy adalah saluran utama dalam perbincangan
antara Abdullah dan Anwar. Mereka berani berkata betapa Khairy
begitu membantu; berbeza dengan pegawai lain seperti Thajudeen
Abdul Wahab.

Bab 17 - Patah sudah dahan untuk berpaut

Dua hari sebelum kematian Endon, para sahabat akrab Abdullah telah
berkumpul setiap hari di kediaman Perdana Menteri untuk membacakan
surah Yassin. Orang ramai telah diberikan gambaran keadaan isteri
Perdana Menteri yang semakin murung melalui satu kenyataan meminta
mereka bersabar dengan Abdullah kerana beliau perlu memberikan masa
untuk meladeni Endon. Satu lagi petanda betapa keluarga Abdullah
semakin berduka dengan keadaan kesihatan Endon ialah berlakunya
banyak pembatalan dalam majlis-majlis yang patut dihadiri oleh
Khairy Jamaluddin dan Nori Abdullah beberapa hari sebelum Endon
menghembuskan nafas terakhir.

Bab 18 - Harapkan pagar, pagar makan padi

Khairy tidak faham bahawa dia dikelilingi oleh orang-orang yang


mulut celupar. Akan tetapi mereka yang semacam itu bukan cakap
sembarangan. Sebaliknya, mereka suka bercakap mengenai dirinya.
Lambat-laun cakap itu akan mengenanya juga. Musuh Khairy yang
paling dahsyat adalah kawan-kawan yang rapat dengannya. Dia sudah
sampai ke satu tahap yang selalu dirasakan oleh politikus di peringkat
tinggi, keseorangan di atas sana. Kawan-kawan pun sudah tidak boleh
dipercayai lagi.

Malaysia Today 199


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Bab 19 - Sebuah Republik dalam ketakutan

Peranan Khairy yang utama dalam pentadbiran Abdullah Badawi ialah


sebagai tukang karut. Dia menonjolkan imej Abdullah. Akan tetapi
segala kelentungannya itu bukannya membawa makna. Kini, retak sudah
kelihatan pada yang diada-adakan dan semua itu sudah terlambat untuk
diperbetulkan. Khairy telah meminta para penganalis di bank-bank asing
(di mana ramai yang begitu berbangga dapat menghadiri jamuan teh
dengan beliau) agar menulis yang muluk-muluk dan menyebut betapa
usaha reformasi Abdullah perlu masa untuk menunjukkan hasilnya. Ini
adalah pembohongan semata-mata. Ramai anggota ‘kumpulan apologis’
Khairy seperti Kalimullah Hassan Masheerul Hassan, Brendan Pereira
dan Phar Kim Beng memang pakar kelentung yang berhutang budi
kepada Khairy. Tentulah tidak ada yang boleh diharapkan daripada
mereka kerana tugas mereka hanyalah sebagai hamba kepada Tukang
Propaganda dan tidak lebih dari itu.

Bab 20 - Apakah Umno benar-benar mahu menang?

Baju khas yang dipakainya mempunyai beberapa saku khas untuk


menyimpan tiga buah fon bimbit yang memang dibawanya selalu. Fon
bimbit yang pertama ialah menggunakan Kad Maxis (012). Nombor fon
itu diketahui umum kerana ianya tercetak pada kad nama beliau selain
dipamerkan di laman web Pemuda Umno. Itulah yang digunakan untuk
mengirim SMS dan fon itu sentiasa dibisukan kerana ia kerap berdering
setiap minit. Semua orang fikir bahawa Khairy terhutang budi kepada
mereka, baik yang daripada peringkat rendah pergerakan pemuda Umno
hinggalah pelayar sambilan internet yang terjumpa nombor itu dalam
laman web pemuda Umno yang lama, hinggalah kepada seorang tauke
Cina yang mencuba nasib mendekati Khairy gara-gara jolokan yang
diberikan oleh peniaga Singapura sebagai “Mr. 20%”.

Bab 21 - Kemenangan kecil siapa?

Sebelum ini, rakan-rakan Khairy yang rapat dengan Najib cuba


membentuk satu konsensus antara dua pihak tersebut. Najib juga dengan
bersusah-payah menurut karenah Khairy – seperti tunduk kepada
pilihan pemegang jawatan dalam Jabatan Timbalan Perdana Menteri.

200 Malaysia Today


Bagaimanapun, Pengkalan Pasir adalah titik perubahan dalam hubungan
tersebut. Sudah jelas kepada Najib bahawa Khairy mahu menerjah
masuk ke dalam politik Umno dan tidak akan tunggu dengan sabar
untuk gilirannya. Sedang dalam risiko ialah peluang Najib menjadi
Perdana Menteri dan juga kedudukan sekutunya, termasuk sepupunya
Hishammuddin. Khairy mencari publisiti di Pengkalan Pasir dan
memberi isyarat jelas kepada puak Najib bahawa budak hingusan ini
sudah keterlaluan dan tidak sabar lagi dan sanggup menyondol masuk.

Bab 22 - Silap kiraan yang maut padahnya

Kesilapan Khairy yang kian terserlah dalam dirinya sejak menjadi Naib
Ketua Pemuda Umno ialah dia tidak lagi dapat menerima kritikan.
Pertamanya, dia tidak punya lingkungan kawan-kawan yang setia.
Teman karibnya semua orang asing, terutama dari Singapura atau
rakyat Malaysia yang tidak pernah bersekolah di Malaysia. Seperti
Khairy, mereka adalah kumpulan elit yang tidak pernah atau jarang
sekali bergaul dengan rakyat biasa di bawah. Khairy cuba mengatasi
kelemahan tersebut dengan mendapatkan kawan baru dalam Pemuda
Umno, yang dirasakan lebih hampir dengan akar umbi. Malangnya,
kebanyakan pemimpin Pemuda Umno adalah orang yang menggunakan
hubungan dengan Khairy sama ada untuk mengancam musuh politik
atau mengayakan diri masing-masing. Malah, Khairy tiada rakan sejati
dalam Umno, dan beberapa orang yang di luar Umno sudah diberi habuan
dengan jawatan tinggi yang kini agak bimbang akan kehilangannya.
Kini, mereka sudah berhenti berkata benar kepada Khairy.

Bab 23 – Lebih laju, lebih tinggi, lebih perkasa

Apa jua yang berlaku dalam tahun 2006, ia akan menjadi tahun bagi
Khairy memastikan impiannya menjadi kenyataan. Objektif jangka
pendek seperti yang dinyatakan di atas adalah pengenalan kepada Khairy
mendapat kerusi parlimen, kemungkinan dalam pilihan raya kecil tahun
2007, dan menganggotai kabinet serta-merta selepas Pilihan Raya
Umum ke-12. Kiraan hari di mana Khairy menjadi Perdana Menteri
negara ini, bermula kira-kira empat tahun lalu, kini ada kurang daripada
sedekad lagi. Khairy tidak membuang masa dan begitu juga musuh-

Malaysia Today 201


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

musuhnya. Pada ketika ini, kemungkinan adalah atas usaha Khairy


membuat pergerakannya sementara musuhnya dilihat menjadi korban
sebaik Khairy naik.

202 Malaysia Today


BAB 25

Muslihat Baru: Kesuntukan masa

S alah seorang kawan rapat Khairy ialah seorang pemuda India


kelahiran Malaysia dan pernah lulus ilmu undang-undang di London,
yang baru-baru ini bekerja dengan sebuah bank antarabangsa. Beliau
beberapa tahun lebih ‘senior’ daripada Khairy, dan sengaja bermain di
sebalik tabir kerana ada sebab tertentu. Walaupun dia bangga dengan
kejayaan Khairy, dia pernah berbincang dengan kawan-kawannya rahsia
peribadinya bahawa dia fikir Khairy hampir melakukan kesilapan
yang paling besar dalam hidupnya. Malah, peguam ini percaya bahawa
Khairy sedang berada di satu kedudukan yang paling berbahaya dalam
keseluruhan kerjayanya dan seandainya dia terjebak antara mulut
harimau dan rahang buaya – yakni segala tindakan Khairy yang akan
menghancurkannya, tidak mungkin Khairy akan mampu bangkit
semula.

Beberapa bulan yang lalu, peguam ini telah berjumpa Khairy untuk
memberikan sedikit nasihat. Dia memberitahu Khairy secara terus terang
bahawa walaupun dia faham Khairy bijak melakar rencana, Khairy
seharusnya lebih berwaspada dan berhati-hati. Peguam itu memberi
peringatan kepada Khairy agar tidak terlalu gelojoh dalam tindakannya.
Itu memang merupakan satu nasihat yang ikhlas. Pada masa dahulu,
Khairy memang diam mendengar apa yang dileterkan oleh kawannya
itu dan membuat rumusannya sendiri. Ada kalanya ia dapat menerima
kritikan semacam itu untuk memperbetulkan kesilapannya. Akan tetapi,
Khairy masa kini adalah seorang anak muda yang berbeza. Sekarang ini,
nasihat seperti itu kerap diperlekeh sebagai sesuatu yang dia tidak perlu.
Khairy beranggapan bahawa kawan-kawannya sudah memandai-mandai
untuk kepentingan diri sendiri. Dia tidak rasa terhutang budi untuk
mendengar segala celoteh mereka, apa lagi, mengikuti nasihat mereka.

Malaysia Today 203


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Lagi pun, kalau semua kawannya lebih cerdik daripada dia, tentu mereka
sudah lama menggantikan tempatnya. Sebaliknya dialah orangnya, paling
muda dalam kumpulan mereka yang berjaya mendapatkan kedudukan
yang paling tinggi dalam masa yang paling singkat sekali.

Sikap Khairy ini, membingungkan kawan-kawannya. Peguam tersebut


merasakan sebab Khairy bersikap begitu kerana sudah jauh dari realiti.
Kuasa dan kekayaan, dua campuran memabukkan yang telah membuatkan
Khairy sangat mabuk dan tidak lagi dengar suara-suara menentang yang
mula kedengaran di sekelilingnya. Malah, rakannya yang mengaguminya
merasakan beberapa bulan yang lalu telah menunjukkan yang Khairy
juga boleh tersilap langkah. Beliau sudah pun menggantikan beberapa
kawan yang mampu memberikan nasihat yang baik-baik dengan
beberapa penjilat di kalangan Pemuda Umno yang membawa beg duit
untuknya. Khairy kerap diiringi oleh anak-anak muda dalam usia dua
puluhan yang membawa karung wang bernilai RM10,000 untuk mereka
agihkan kepada penyokong setia di mesyuarat bahagian dan cawangan.
Penyangak seperti ini sahaja yang tinggal kekal sebagai kawan-kawan
Khairy.

Sikap Khairy dalam beberapa bulan terakhir ini adalah gambaran betapa
beliau masih lagi bertaraf hingusan, kurang matang dan bangang. Tanda-
tanda korupsi dan penglibatan urusan-dagang-dalaman (insider trading)
dalam pembelian saham ECM Libra dan penggunaan syarikat milik
kerajaan, Avenue Capital untuk menyelamatkan bisnes kroni Khairy dan
menjadikan mereka jutawan kaya-raya dalam masa sekelip mata adalah
tindakan yang sepatutnya dapat ditangani dengan kemas dan lebih
berhati-hati.

Sebaliknya penyelesaiannya menunjukkan tanda-tanda kerja orang


gelojoh, persis kerja orang yang tidak matang berpolitik dan bisnes.
Watak dan ketokohan yang digambarkan oleh Khairy sebagai seorang
anak muda yang kacak dan bijak serta berkeyakinan diri sudah pun
bertukar rupa kepada seorang yang tamak dan haloba kerana terlalu
gelojoh dengan habuan korupsi. Gelaran “operator licik’ sudah pun
berganti kepada penipu yang “ragut dan cabut.”

Mungkin sudah wujud satu trend dalam kegilaan ini. Mungkin juga segala
tindakan yang begitu pantas bukanlah satu kegelojohan yang tercipta
disebabkan kesuntukan masa, tetapi sengaja dirancang begitu rupa untuk
cuba menyelamatkan apa juga yang tinggal dalam pentadbiran Abdullah

204 Malaysia Today


Badawi. Satu pentadbiran yang bermula dengan segala janji manis
untuk menghadiahkan rakyat Malaysia dengan mentari dan purnama,
dan diiringi satu kemenangan paling besar dalam pilihan raya umum
sejak ia bermula pada 1955 dahulu, sudah mula dilihat sebagai tidak
mampu bertahan dan merupakan satu kerajaan haprak juga. Abdullah
Badawi sedang berpaut pada dahan rapuh, dia tidak mampu menangani
krisis dengan ketegasan dan penuh yakin seperti yang biasa dirasakan
oleh rakyat selama dua dekad. Pak Lah terhayun kiri dan kanan sambil
menerajui pucuk kepimpinan kerajaan yang penuh dengan konflik
dalaman dan tidak mampu menangani dengan baik walaupun satu isu
yang mudah sekali.

Khairy sedar betapa masa depannya, dalam dunia politik, bisnes ataupun
apa sahaja - amat bergantung kepada ketahanan Abdullah Badawi
memegang tampuk kuasa. Ternyata kini, bahawa Abdullah sudah
goncang. Berbeza dengan tokoh yang digantinya dahulu, Abdullah
Badawi tidak pandai menggunakan kekuatan yang ada padanya dalam
Parlimen. Dia mudah dipesongkan oleh idea-idea haprak dan tidak
berguna yang dicerna oleh orang-orang yang tidak berguna seperti Nazri
Aziz dan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers Club),
Shahrir Samad. Kerana itu, Abdullah Badawi sudah kehilangan kuasa
terhadap Parlimennya sendiri dan kini menghadapi serangan daripada
senator dan anggota Parlimen di kerusi belakang yang menyerang
kerajaannya begitu ganas - lebih dahsyat daripada yang terjadi pada
zaman Tunku Abdul Rahman Putra dahulu lagi. Abdullah berpendirian
bahawa Parlimen harus diberikan lebih peluang untuk bersuara. Akan
tetapi dia gagal memahami bahawa ramai anggota yang mewarnai
kerusi belakang di Parlimen itu adalah manusia yang boleh berfikir
dan bercakap lebih baik daripadanya ataupun barisan menterinya yang
sudah lama melepasi tarikh luput mereka. Kesannya, apabila Parlimen
bangkit mengkritik beberapa dasar kerajaan yang haprak Abdullah tidak
mampu menjawabnya secara yang meyakinkan. Secara perlahan lumut
dan lumpur yang melumur kerajaannya yang rapuh itu mula menonjol
untuk dilihat oleh semua.

Para menteri Abdullah juga turut membawa beban kepadanya. Ramai


daripada kalangan mereka itu dinaikkan pangkat dulu walaupun tidak
berguna. Satu contoh terbaik ialah Shafie Salleh. Kalau dia berada dalam
pentadbiran lain dia layak hanya setakat jawatan Setiausaha Parlimen
sahaja. Abdullah rupanya tidak sedar betapa Shafie Salleh banyak
bergantung kepada satu kelompok Setiausaha Parlimen dan pegawai-

Malaysia Today 205


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

pegawai khas yang memang hanya tahu menyondol dan memandai-


mandai dalam menguruskan satu kementerian yang sungguh sensitif.
Namun, Abdullah tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan kelemahan
dirinya sendiri yang lembik dan tidak mampu menilai mana satu kaca
dan mana satu permata di kalangan menterinya. Sesungguhnya, Abdullah
sudah terjebak dalam dunia kedunguan dan terpaksa menyandarkan
harapan yang mutlak kepada anak-anak muda dan hingusan yang dibawa
oleh Khairy dan bukan oleh menterinya sendiri.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa ramai menteri kabinet tidak


menghormati Abdullah. Episod yang terbaru membabitkan sembilan
orang menteri bukan Islam menyerahkan satu memorandum kepada
Abdulalh adalah satu kemelut yang sepatutnya tidak berlaku di dalam
mana-mana pentadbiran. Rakyat telah diberitahu bahawa menteri itu
semuanya telah menarik balik memorandum mereka dan bertindak mahu
membentangkan kes mereka melalui ‘saluran betul’ dalam mesyuarat
kabinet. Sebenarnya pengumuman itu adalah satu pembohongan dan
satu usaha terdesak oleh tukang karut Abdullah, menyelamatkan reputasi
seorang perdana menteri yang haprak dan tidak berguna.

Apa yang tidak diketahui rakyat jelata ialah memorandum itu telah
diserahkan oleh menteri-menteri tersebut semasa kabinet sedang bersidang
dan bukannya di luar seperti yang dilaporkan oleh akhbar rasmi. Abdullah
begitu terkejut dengan penyerahan memorandum itu sehingga terkunci
mulutnya dan tidak tahu apa lagi yang perlu dikatakannya. Kerana
terkunci mulutnya itu, dia cuba menepis penyerahan memorandum itu
dengan berkata yang dia ‘mahu memikirkannya dulu’. Apabila berita
dibocorkan kepada akhbar, ketokohan Abdullah sudah tercalar teruk.
Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia apabila seorang Perdana
Menteri dihantui satu bantahan terbuka daripada anggota kabinetnya,
termasuk daripada beberapa orang Presiden parti komponen Barisan
Nasional.

Kerana itu satu keputusan diambil untuk menggunakan media agar


berbohong kepada rakyat jelata. Bernama dan kumpulan penyokong
di NST telah diarahkan membuat laporan bahawa memorandum ‘tidak
sempurna’ kerana tidak diserahkan semasa mesyuarat kabinet. Ini
memberikan peluang kepada Abdullah memaparkan para menteri itu
sebagai tidak bertanggungjawab. Najib Tun Razak telah diarahkan untuk
mengutuk menteri-menteri itu kerana bertindak di luar norma kebiasaan
dan ‘tidak mengekalkan semangat perjuangan Barisan Nasional’.

206 Malaysia Today


Sebenarnya setiap seorang menteri dalam ‘kabinet XXL’ itu sudah
tahu bahawa memorandum itu telah diserahkan dengan sempurna dan
sopan; dan Abdullah telah gagal memberikan jawapan yang betul setelah
berdepan dengan bantahan yang paling besar sejak beliau menjadi
Perdana Menteri.

Ekoran episod itu, walaupun rakyat diberitahu bahawa sembilan menteri


itu berlaku biadap, beberapa orang menteri lain, termasuk mereka
dalam Umno telah membocorkan beberapa dokumen rahsia kabinet
yang membuktikan bahawa sembilan orang menteri itu telah melakukan
tanggungjawab mereka secara sempurna. Sebenarnya Abdullah yang
termanggu dan tidak tahu untuk bertindak. Semasa mesyuarat Majlis
Tertinggi Umno pada 24 Januari 2006, dua orang menteri yang memang
terkenal kerana setia kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah membuat salinan fotokopi beberapa minit mesyuarat
kabinet yang merakamkan episod itu dan mengagihkannya kepada
pemimpin Umno yang lain sejurus tamat mesyuarat kabinet tersebut.

Ketika Abdullah memberikan penjelasan mengenai ‘kesilapan’ sembilan


orang menteri bukan-Islam tersebut, ada seorang anggota Majlis
Tertinggi Umno yang telah menerima SMS yang berkata: “PM SILAP
MENTERI2 IKUT PROSEDUR”. SMS yang sama muncul daripada fon
bimbit bernombor 019-331XXX2. Ini adalah nombor fon bimbit seorang
menteri yang duduk bertentangan anggota Majlis Tertinggi. SMS yang
sama telah diedarkan kepada beberapa anggota Majlis Tertinggi yang
menghadiri mesyuarat itu.

Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak memerhatikan semua ini


dengan penuh riang. Beliau memberitahu kawan-kawannya betapa
keadaan sudah drastik, tetapi dia mesti memainkan peranan dengan
teliti kerana tidak mahu melihat nasib yang menimpa Anwar Ibrahim
akan turut jatuh ke atasnya. Najib melakonkan peranan dengan penuh
rahsia. Memang sudah lama Najib cuba mencari maklumat apakah
Abdullah sedang merencana sesuatu yang menghalang kemajuannya ke
puncak kuasa. Menyedari bahawa Abdullah masih berhubungan dengan
Anwar Ibrahim melalui Khairy, Najib cuba menampan sebarang kesan
itu dengan membuat beberapa hubungan berbaik-baik dengan beberapa
anggota kumpulan kem Anwar. Pada waktu yang sama Najib bersiap
sedia untuk menjebak Khairy kerana akhirnya nanti, dia sedar bahawa
harapan terakhir Abdullah ialah menggunakan kepintaran Khairy untuk
menyelamatkannya. Menggulingkan Khairy bererti menumpaskan

Malaysia Today 207


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

pangkalan strategi Abdullah. Najib sedar kumpulan orang lama di


keliling Abdullah tidak lagi menyokong beliau 100 peratus.

Ada segelintir penyokong utama seperti Nordin Kardi dan Mahadzir


Khalid sudah begitu renggang daripada sekutu lama mereka, Thajudeen
Abdul Wahab yang merupakan Ketua Setiausaha Peribadi Abdullah.
Walaupun mereka ini semua adalah musuh Khairy, mereka sudah
menjadi lembik dan tidak berdaya disebabkan kerap bergocoh sesama
mereka. Kerakusan Thajudden Abdul Wahab dalam memfaraidkan
kontrak kepada peniaga pilihan yang bersekutu dengannya, di sebalik
segala sokongan dan cadangan penyokong lama Abdullah yang lain,
menyebabkan kumpulan veteran itu sudah berpecah-belah.

Semua ini memang memeningkan Khairy. Masa terlalu pantas bergerak


dan kalau muncul satu lagi krisis yang besar ia akan membawa padah
kepada kerajaan tadbiran Abdullah Badawi. Sejarah telah membuktikan
betapa seorang Perdana Menteri yang lemah dan lembik tidak akan
bertahan lebih satu penggal di jawatannya. Sebagai contoh, Hussein Onn
walaupun dijulang semasa naik menggantikan Tun Razak dan ternyata
tegas untuk menegakkan panji-panji Umno, dia jatuh terduduk juga
gara-gara dicabar oleh seorang yang kurang dikenali bernama Sulaiman
Palestin pada persidangan Umno 1978 dahulu.

Abdullah mungkin tidak menghadapi cabaran semacam itu kerana


manipulasi undang-undang pemilihan dalam Umno, tetapi dia masih
dihantui banyak serangan daripada dalam Umno. Pemimpin bahagian
Umno sering mentertawakan kelemahannya mengawal kerajaan dan
mereka naik marah melihatkan anak menantunya yang naik kaya-raya
secara mendadak. Lambat-laun, yang patut jatuh akan tumbang jua dan
unta yang lenguh akan terduduk juga menghumban si badwi yang sama
jatuh tersungkur.

Khairy memang faham betapa Abdullah Badawi dianggap sebagai badut


unggulan di negara ini. Sama ada dia suka ataupun tidak, Khairy akan
berdepan dengan hakikat bahawa dia juga akan jatuh terduduk kecuali
dia bertindak cepat, pantas dan tegas. Musuhnya sudah semakin rapat
dan dia mesti berdepan dengan mereka sebelum terlambat.

208 Malaysia Today


BAB 26

Muslihat Baru: Tukang


pembawa beg

K ehadiran tidaklah seberapa. Sekitar 50 dan 60 orang sahaja anggota


pemuda Umno yang memenuhi dewan kampung itu; menunggu
ketibaan Khairy Jamaluddin. Ini merupakan satu lagi majlis yang ditaja
oleh Putera Umno, satu sayap baru kepada Pergerakan Pemuda Umno.
Khairy muncul di situ untuk menjadi tetamu kehormat mereka. Pada kali
ini, mereka melancarkan satu program tuisyen bahasa Inggeris untuk
kanak-kanak sekolah menengah rendah. Ironisnya inilah aktiviti yang
memang lama ditaja oleh Pemuda Umno. Inilah kegiatan Pemuda Umno
selama ini. Malahan ia mula sekali dianjurkan semasa Aziz Sheikh Fadzir
menjadi Naib Ketua Pemuda Umno. Tetapi Khairy mahukan program itu
dilihat sebagai satu idea nukilan kepala otaknya; selari dengan hasrat
membawa Bahasa Inggeris terutama yang berunsur ajaran Shakespeare.
Jadi, memasuki sebuah kampung kecil di Kedah, Khairy muncul dengan
Volvo yang diiringi oleh dua buah Mercedes dan beberapa buah Waja di
belakang, Khairy memakai baju putih berlengan pendek yang sinonim
dengan pakaian Umno, tetapi baju itu mempunyai beberapa poket yang
dikatakan orang sebagai ‘poket ajaib Khairy’. Di situlah tersimpan
kepingan duit kertas yang bernilai RM50, dan RM100 yang akan muncul
keluar semacam satu silap mata. Tetapi pada kali ini keajaiban itu
nampaknya tidak akan menjelma.

Khairy telah disambut oleh seorang pemimpin pemuda Kedah, Mohd.


Zulfekri Awang. Dia menepuk bahu Zulfekri, persis stail biasa seolah-
olah bermesra dengan pengikutnya. Soalannya sentiasa serupa juga:
“Apa khabar? Bagaimana pergerakan kita? Bagaimana semua orang?”
Mata Khairy tidak pun berubah setiap kali ada jawapan yang diberikan,
kerana semua jawapan itu adalah sama sahaja: “Semuanya beres Bos!”

Malaysia Today 209


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Mereka berdua naik ke atas pentas. Sebaik majlis bermula dengan


ucapan Pengerusi Pemuda Umno tempatan, Khairy menoleh arah seorang
pembimbit begnya yang duduk di barisan ketiga di dewan kampung
yang kecil itu. Biarlah kita namakan pembawa beg ini dengan panggilan
Wan Gemuk (bukan namanya yang sebenar, tetapi amat mirip kepada
orang yang mengenalinya). Dengan pantas Wan Gemuk faham apa
yang dimaksudkan oleh Khairy. Inilah masa beliau menjalankan tugas.
Memang begitulah caranya sejak enam bulan yang lalu ketika Khairy
mula merobah taktik untuk mempengaruhi Pergerakan Pemuda Umno.

Sebelum ini Khairy telah beranggapan bahawa kemesraannya sudah


cukup meraih sokongan di peringkat akar umbi. Tidak begitu keadaannya
sekarang. Khairy telah merobah sikapnya setelah dia sedar betapa
semua pemimpin Umno yang lain menggunakan wang - untuk meraih
sokongan. Itulah yang dilakukan oleh Hishammuddin Hussein dan
sedikit sebanyak itu juga oleh Khir Toyo untuk beberapa tahun yang
lalu. Mereka merupakan tukang bayar yang besar kerana pada asasnya
memang mereka mampu membayar. Memang ada beberapa tukang bayar
lain yang besar seperti anak-anak Mahathir - Mokhzani dan Mukhriz
- yang diketahui memang sudah lama memasang perangkap-pengaruh
bukan sahaja di kalangan Pergerakan Pemuda Umno, malah di beberapa
pertubuhan lain seperti ANSARA (Persatuan Alumni Maktab Rendah
Sains MARA) melalui sumbangan mereka.

Wan bangun dan pergi ke bahagian belakang dewan itu. Dia mengambil
fon bimbit, jenis ‘Nokia 9300 communicator’ untuk mengutus satu
pesanan SMS kepada seorang pemimpin Pemuda Umno Kedah.
Sebenarnya orang yang mahu dipanggilnya boleh disapa sahaja dengan
menyentuh bahunya tadi semasa mereka sama-sama berada di bilik yang
sama. Akan tetapi pesanan SMS itu ada tujuan yang tertentu. Wan mahu
memberitahu pemimpin Pemuda Umno itu (eloklah kita namakan beliau
Razak – sebenarnya mereka panggil beliau dengan nama Razak Kuda),
supaya datang untuk ‘mengutip habuannya’ seperti yang diarahkan oleh
Khairy.

Razak telah menerima pesanan itu dengan serta merta. Ia tertulis ‘JOM
SAT’. Dia tahu panggilan itu datang daripada Wan Gemuk. Dia menoleh
dan nampak Wan sedang berjalan keluar meninggalkan dewan. Razak
bingkas bangun dan mengekori Wan keluar dewan. Di luar, mereka
memberi isyarat kepada pemandu Khairy yang dengan pantas membawa
Volvo dan mereka berdua naik dan duduk di kerusi belakang..

210 Malaysia Today


Razak bertanya, “Bagaimana semuanya?”

“OK,” jawab Wan Gemuk. “Bos mahu kamu terima apa yang kamu minta
minggu lalu.”

“Baguih tu,” kata Razak. “Aku dah kering ni. Bukan senang memancing
sokongan Putera Umno menyebelahi kita. Mukhriz sedang berusaha juga
agar mereka menyokong dirinya. Lagi pun dia amat murah hati.”

Wan menekan nombor kunci beg dengan angka 010, itulah nombor
kereta kesayangan Khairy dan mengambil keluar satu envelop berwarna
coklat daripada beg kulit yang dibimbitnya. “Kalau Mukhriz bermurah
hati pun, lambat-laun dia akan kering juga. Khairy adalah orangnya,
dan dia menimbun wang yang pantas. Dia akan mempunyai duit untuk
beberapa tahun mendatang, sedangkan Mukhriz akan kering-kontang tak
lama lagi.”

“Aku harap pun begitu,” kata Razak. “Minggu lepas di Titi Gajah, dia
beri saya RM100 dan kepada setiap budak-budak Putera Umno. Ini
merupakan jumlah yang besar kepada orang kampung.”

Issh, kita boleh bagi banyak lagi,” sampuk Wan Gemuk.

“Berapa banyak lagi?”

“RM5,000.”

“RM5,000?” tanya Razak. “Tetapi Khairy sudah beri lebih banyak


daripada itu di Balik Pulau minggu lalu. Shah Headan kata Khairy tabur
RM10,000 di majlis Balik Pulau.”

“Apa yang Shah Headan tahu? Saya yang bawa beg ini. Saya tahulah
berapa saya bagi mereka. Cuma RM5,000 tidak lebih tidak kurang dari
itu.”

“Mana cukup. Kedah bukan sama dengan Pulau Pinang. Di sana Khairy
boleh bergantung harap pada Salim Bari dan Shah Headan. Di Kedah
pertandingan sengit. Azizi Sheikh Fadzir, Azimi Daim, dan Mukhriz
adalah orang besar dan Khairy datang nak bertanding melawan mereka.
Kedah bukannya sama dengan Pulau Pinang. Kedah adalah wilayah Dr.
Mahathir. Pulau Pinang adalah wilayah Pak Lah. Pulau Pinang akan

Malaysia Today 211


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

sokong Pak Lah kalaulah Pak Lah tidak melakukan kesilapan yang
bodoh. Kedah boleh jatuh kepada Dr. Mahathir bila-bila masa. Dan
Menteri Besar Kedah yang baru, Mahdzir Khalid bukan suka sangat
pada Khairy.”

“OK-lah,” kata Wan Gemuk. “RM8,000 OK?”

“RM15,000 lagi baik.”

“Mustahillah kalau RM15,000. Banyak sangat tu. Itulah jumlah yang


diagihkan oleh Hishammuddin bagi seluruh Pemuda Umno Kedah tahun
lalu untuk bencana Tsunami. Kalau dia bagi sebanyak RM15,00 untuk
mangsa Tsunami masakan Khairy akan bagi sebanyak itu untuk bahagian
kamu.”

“Berapa banyak yang ada dalam sampul surat tu?”

“Adalah RM12,000, tapi Boss suruh saya simpan RM4,000,” kata Wan
dengan tersenyum.

Razak tahu Wan Gemuk sedang berbohong. Khairy memang mahu


berikan semua RM12,00 itu sebagai habuan sogokan untuk melicinkan
perjalanan jentera bahagiannya. Tetapi Wan Gemuk bukannya seorang
pembawa beg yang dungu. Walaupun dia setia kepada Khairy dia tahu
peranannya itu bukanlah dapat bertahan lama. Khairy boleh memilih
orang lain dan menamatkan khidmatnya bila-bila masa. Apa salahnya
dia kelepet sikit habuan yang ada? Memang Wan ‘cukai sedikit duit itu
untuk dirinya, dan inilah yang dilakukannya pada hari itu.

Razak faham perkara itu. Dia sedar Wan Gemuk mahu mengambil sedikit
habuan tetapi kali ini dia tidak akan memudahkan hasrat itu.

”OK.” kata Razak. “Tetapi kamu simpan sedikit beberapa ratus daripada
simpanan kamu”

“No problem,” kata Wan Gemuk sambil mengira RM8,000 dalam bentuk
kertas lima puluh ringgit dan seratus ringgit dan menghulurkannya
kepada Razak. Sejurus selesai pengagihan wang itu, kereta yang sudah
berlegar di merata kampung itu baru sahaja tiba semula di hadapan
pintu dewan. Khairy baru sahaja selesai ucapannya. Dia memberitahu
anggota Putera Umno bagaimana dia menyukai drama sejarah bikinan

212 Malaysia Today


Shakespeare yang mengajar beliau sepak terajang politik –walaupun
mereka tidak begitu ganas semacam politik Umno. Khairy telah menarik
minat orang yang hadir bagaimana dia seronok dengan permainan bola
dan tugasnya dengan FAM. Ucapannya memang singkat tetapi memadai
untuk meyakinkan sesiapa yang hadir betapa desas-desus yang menyebut
graduan Oxford itu tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu yang
mudah ternyata adalah palsu sahaja

Khairy keluar dari dewan untuk memasuki Volvonya dan beredar ke


majlis lain pula. Pada waktu yang sama pembawa begnya keluar daripada
Volvo itu dan memasuki Waja yang mengekori di belakang. Senario ini
berulang lagi merata Kedah dalam sehari itu. Ketika Khairy membuat
lawatannya, anggota Pemuda Umno menamakan hari sebegitu sebagai
‘Hari Salam Khairy’. Berjabat salam dengan Khairy bererti mereka
mempunyai belanja sedikit untuk menikmatinya.

Gelagat di atas adalah majlis sebenar yang berulang kali dilakukan di


Malaysia di mana sahaja Umno berkuasa, kecuali di Sarawak. Politik
wang memang masih segar bugar dalam Umno dan ramai yang sudah
lupa sekarang ini betapa Abdullah Ahmad Badawi naik ke puncak kuasa
atas dasar janji yang beliau akan membersihkan Umno daripada penyakit
yang membarah ini yang disebutnya sebagai ‘barah yang membunuh’.

Kini terbukti bahawa Abdullah Badawi adalah seorang pembohong hanya


melalui perbuatan anak menantunya yang sedar bahawa cengkamannya
ke atas Umno hanya akan bertahan kalau ada sifat bermurah hati terhadap
anggota biasa dalam parti. Timbunan dana yang dilonggokkan oleh
Khairy bukanlah bertujuan untuk temboloknya sendiri, tetapi merupakan
satu kemestian apabila berdepan dengan pesaingnya yang mempunyai
saku yang dalam pada poketnya.

Selalunya orang yang diberikan status payung itu adalah Naib Ketua
Pemuda Umno di bahagian dan cawangan parti. Ada kalanya, ahli-ahli
ini adalah anggota Kelab Naib Ketua Pemuda Umno yang ditubuhkan
oleh Khairy. Lazimnya mereka juga merupakan orang yang pernah
berkhidmat bersama Khairy semasa beliau menjadi anggota Exco
Pergerakan itu yang bertanggungjawab ke atas bidang pendidikan. Pada
lazimnya juga inilah orang yang menjadi pengintip akan pergerakan
Ketua Pemuda yang dilihat memberikan tumpuan khas terhadap bakal
calon yang akan menentang Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda Umno
dalam pemilihan parti pada 2007 nanti..

Malaysia Today 213


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Pembawa beg selalunya berada setakuk bawah kedudukan orang yang


berstatus ‘payung’. Mereka ini adalah anggota pemuda Umno yang
memang diberikan kepercayaan khusus oleh Khairy untuk mengagihkan
dana. Segelintir manusia seperti Wan Gemuk menjalankan tugas dalam
lingkungan puluhan ribu ringgit. Yang lain seperti Rozabil Abdul
Rahman diberikan tugas menguruskan ratusan ribu ringgit. Yang di
atas lagi adalah yang mempunyai status ‘beg’ pula, Mereka ini seperti
Wan Farid Wan Salleh daripada Terengganu, yang bertanggungjawab
mengutip ‘tol’ bagi pihak Khairy dan mengarahkan dana itu kepada
beberapa akaun khas untuk membolehkan pembawa beg mendapat
sumber peruntukannya. Paling tinggi di atas ialah Khairy, yang begitu
kebal daripada sebarang perniagaan yang kotor-kotor, namun memang
sentiasa mengawasi perjalanan semua urusan itu. Hanya apabila Khairy
mengenyitkan mata barulah pembawa beg pergi mendapatkan si payung.
Mereka tidak berani bertindak sesuka hati.

Laksana orang istana, Khairy tidak pernah menyentuh dana itu. Dia
biarkan orang lain menguruskannya sambil dia menentukan mempunyai
tangan yang bersih selalu. Sikap begini memang bukan perkara baru
dalam politik Umno. Sejak zaman Tun Abdul Razak memang sudah
menjadi satu kelaziman di kalangan Ketua pemuda Umno sejak Syed
Jaafar Albar kepada Harun Idris, kepada Suhaimi Kamaruddin kepada
Anwar Ibrahim kepada Najib Tun Razak dan Zahid Hamidi. Mereka
mempunyai pembawa beg dan payung. Yang sudah berubah ialah jumlah
dana. Pada masa dahulu, ketika anggota Umno mudah rasa puas hati
dengan menerima sekeping not RM10 sahaja setiap beberapa bulan
sekali. Kini mereka hanya akan merasa gembira kalau wang itu muncul
setiap bulan dan berwarna biru ataupun ungu.

Memang politik masih segar di Malaysia dan wang terus menjadi darah
dagingnnya. Segala kelentungan yang disebut oleh Abdullah Ahmad
Badawi semasa mencemuh Isa Samad dan orang lain semacam itu, sudah
berulang kembali dengan kelakuan para penasihat sendiri yang amat
dipercayainya. Mereka inilah yang mengulang perbuatan terkutuk itu
berulang kali. Jawatankuasa Disiplin Umno yang diketuai oleh Tengku
Ahmad Rithauddeen yang sudah tua dan tidak bertaring lagi, hanya
merupakan sesuatu yang memalukan sahaja.

Apabila berdepan dengan golongan pelapis yang begitu berani


mengeluarkan ajarannya, Jawatankuasa Disiplin itu tidak mampu berbuat
apa-apa. Lagi pun sahabat baik Khairy, yang merupakan Ketua Pemuda

214 Malaysia Today


Umno Putrajaya, Ahmad Zaki Zahid boleh terlepas begitu sahaja,
walaupun segala perbuatan beliau mengeluarkan habuan secara terbuka
boleh dibiarkan sahaja. Kenapa pula orang lain tidak boleh berlagak
sama?

Inilah satu gambaran bagaimana politik Umno bergerak dan wang akan
terus datang mencurah, melicinkan jentera Khairy sambil dia bertukar
untuk menelan sokongan dalam putarannya.

Malaysia Today 215


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 27

Muslihat Baru: Terhempas


dan terbakar

K erajaan Abdullah Badawi memulakan tugasnya dahulu dengan


banyak janji yang diperkukuh dengan pelbagai ikrar, resolusi,
manifesto dan jaminan. Untuk seketika, rakyat Malaysia menjadi
terpesona dengan dongengan bahawa zaman gelap di bawah cengkaman
Dr. Mahathir Mohamad sudah pun berlalu dan pelbagai perubahan akan
datang melanda laksana gelombang Tsunami untuk membersihkan segala
bencana silam dan menguburkan legasi Dr. Mahathir dalam lembaran
buku sejarah.

Memang, mereka membayangkan bahawa zaman ceria akan kembali


semula, kononnya dan ada pula yang menganggap isu itu sebagai fantasi
semata-mata. Sebagai manusia yang tidak sofistiket dan memilih sangat,
kita memberikan ruang dan menepis keraguan sebagai memberi laluan
kepada seorang insan yang selama ini kita gelarkan sebagai ‘Mr. Clean’–
walaupun tidak ada sebarang alasan kenapa gelaran semacam itu harus
dikurniakan ke atas seseorang yang tidak pernah didedahkan kepada
nafsu menjadi seorang yang rakus. Hakikatnya, selama ini Abdullah tidak
pernah berupaya menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk
meraih kekayaan semata-mata kerana tidak ada kedudukan yang strategik
di mana dia boleh mengaut keuntungan yang banyak dan mudah. Dengan
demikian, dia terus dilihat seolah-olah papa kedana berbanding dengan
menteri-menteri yang lain, bukan disebabkan itu menjadi pilihannya.
Justeru dia dianggap seorang yang mempunyai imej yang bersih lagi
bersih. Bukanlah disebabkan ketiadaan usaha mahu mencuba tetapi
kerana kurangnya memunggah harta karun yang membuatkan Abdullah
seolah-olah tercungap menjadi Mr. Clean berbanding rakan-rakan lain
sekandang dengannya dalam kabinet.

216 Malaysia Today


Selepas lebih dua tahun Abdullah memegang tampuk kuasa, segala
gembar-gembur yang disebar oleh pembantu Abdullah, yang dipelopori
oleh Khairy Jamaluddin membuatkan masyarakat umum mula naik loya.
Sebelum itu kelemahan seorang insan yang tidak mampu menanggung
jawatan tinggi di negara ini memang mudah disorok-sorok di sebalik
selaput apa yang disebut inisiatif baru dan perbezaan gaya pengurusan.
Malangnya, buat Abdullah, sesuatu krisis yang remeh pun boleh
membesar menjadi satu masalah besar yang dihadapinya. Sesungguhnya,
Abdullah memang tidak berkelayakan langsung untuk menguruskan
sebuah kerajaan, tidak kiralah kalau menerajui satu perdebatan
dalam kabinet yang rutin di mana dia kerap tertidur di tengah-tengah
perbahasan itu, ataupun di forum antarabangsa di mana ada kalanya dia
terlupa apakah Presiden negara yang sedang ditemuinya ketika itu. Ada
kalanya Abdullah boleh dianggap persis Ronald Reagan Malaysia, yang
mudah tersilap, tetapi nyata menawan walaupun memang begitu lemah
dalam memahami segala dasar, dan sudah pastinya merupakan seorang
pemimpin yang begitu rendah inteleknya yang pernah menerajui satu
tampuk kuasa negara.

Yang paling menjadi masalah besar kepada Abdullah ialah sikap tidak
menepati masa. Walaupun pentadbiran beliau cuba memanjangkan
ketokohan kuasanya dengan melambatkan segala-galanya dengan
kewaspadaan yang terunggul, orang yang paling rapat dengan beliau -
termasuk kaum keluarganya yang terdekat – ternyata tidak sabar lagi,
gelojoh dan tamak haloba dalam usaha membesarkan tembolok masing-
masing. Abdullah menutup matanya terhadap salahguna kedudukan
kerajaan yang dilakukan oleh suku-sakat Khairy yang berlagak laksana
burung unta yang menyorokkan kepala di dasar pasir. Kekayaan
mendadak Scomi, ECM Libra, Ethos Consulting, Binafikir dan Dewina
boleh dilupakan begitu sahaja kerana Abdullah mudah buka kelentung
dengan pembohongan bahawa dia tidak tahu-menahu dan ada kena-
mengena dengan Pergerakan ataupun aktiviti mereka semua.

Memang, pada satu tahap ada sedikit kebenaran dalam perkara itu.
Abdullah memang tidak terlibat secara langsung dengan usaha adiknya,
adik iparnya, anak lelakinya menantu lelaki ataupun perempuannya dalam
karenah mereka membalun harta karun selama dua tahun yang berlalu.
Akan tetapi tidak pula beliau mengambil inisiatif untuk mengingatkan
mereka agar jangan gelojoh. Abdullah begitu memanjakan mereka
sehingga tidak tergamak melihat apa yang mereka lakukan itu sebagai
perbuatan yang salah. Malangnya, dengan pemergian Endon Mahmood,

Malaysia Today 217


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

segala brek untuk melemahkan proses tamak haloba itu sudah tidak ada
lagi. Kumpulan yang berpaut di sekeliling Abdullah terdiri daripada
anggota keluarga yang masih muda dan rakus serta tamak haloba. Mereka
telah menyalahgunakan kedudukan sebagai anggota keluarga pertama
negara untuk memaksa jabatan kerajaan memberi mereka kontrak.
Seperti dalam kes Khairy Jamaluddin, beliau menggunakan syarikat
milik Kementerian Kewangan untuk menyelamatkan perniagaan yang
ada kaitan terus dengannya.

Kekecewaan yang dirasakan oleh rakyat tidak pun dapat menyaingi


kekecewaan yang dirasakan oleh sahabat lama Abdullah di BTN dan
GPMS dahulu. Mereka telah menjangkakan diberi peluang sedikit
habuan mengikut kuasa yang ada di tangannya. Malah, Abdullah telah
melantik beberapa sahabat lama pada zaman BTN dan GPMS untuk
menjadi Setiausaha Sulit kepadanya sebagai tanda bahawa “orang-
orang ini harus diberikan kontrak.” Akan tetapi setiap kali mereka
membuat lawatan kunjung hormat kepada Thajudeen Abdul Wahab
untuk mengendeng habuan mereka, kerap sangat mereka disekat oleh
suku-sakat Khairy yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri, terutama
sekali Mr. Dua puluh persen, Ahmad Zaki Sahid - Inilah satu-satunya
orang yang diberikan kepercayaan penuh oleh Abdullah terhadap urusan
ekonomi dan kewangan negara, dan inilah juga orang yang telah didapati
bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno dengan tuduhan korupsi.

Inilah paradoksnya dengan Abdullah Badawi. Dia tidak nampak ada


salahnya dengan korupsi di kalangan anggota keluarga beliau, tetapi
menentang begitu lantang kalau orang lain membuatnya. Dia menganggap
Tan Sri Isa Samad sebagai seorang pembelot Umno kerana mengagihkan
wang untuk memantapkan kedudukan politiknya dalam Umno. Akan
tetapi apabila Ahmad Zaki berbuat perkara yang sama, Abdullah
menganggapnya sebagai satu kesilapan yang tidak disedarinya.

Apabila Kasitah Gadam gunakan wang kerajaan untuk membantu


syarikat milik keluarganya, Abdullah telah menghambatnya laksana
seekor singa lapar. Akan tetapi apabila Kalimullah dan Khairy mendesak
Nor Mohamed Yakcop memberi arahan agar Avenue Capital membeli
ECM Libra, Abdullah hanya mampu berkata “dia tidak tahu-menahu
akan urusan itu.” Sama ada Abdullah adalah seorang pembohong besar
ataupun dia memang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling
dungu dalam sejarah negara kita.

218 Malaysia Today


Cuba kita anggapkan bahawa alasan yang kedua itu adalah yang
sebenarnya, bererti Abdullah tidak terlibat dengan korupsi yang
membabitkan ahli keluarganya. Jika demikian Abdullah merupakan
satu bebanan besar kepada negara ini. Adalah amat teruk keadaannya
kalau seseorang itu menjalankan tugas tanpa menyedari bahawa orang
yang paling rapat dan amat berharga dalam hidupnya menjadi kaya-raya
dengan mengaut harta negara.

Memang terlalu banyak kisah mengenai kelemahan Abdullah serta


kedunguannya. Terlalu banyak untuk diingat semuanya. Bekas Perdana
Menteri Dr. Mahathir Mohamad telah mengadu kepada kawan-kawannya
bahawa Abdullah terlalu kerap tidur lena walaupun pada ketika dia
sepatutnya menghadiri temu janji dengan pelawat dan tetamu negara
asing serta pemimpin korporat.

Beberapa orang menteri seperti Syed Hamid Albar menjadi tertekan


apabila mendapati Abdullah menyerahkan dokumen rahsia negara
kepada menantunya Khairy sedangkan itulah dokumen yang menjadi
bahan perundingan antara Malaysia dan Singapura untuk bacaannya
sebelum tidur. Kerana tertekan bahawa maklumat mengenai dasar luar
kerajaan sudah pun diketahui lebih awal oleh menteri sejawatannya di
Singapura, Syed Hamid Albar menjadi begitu curiga terhadap Khairy
sehinggakan dia membawa dokumen rahsia itu sendiri ketika berjumpa
Perdana Menteri dan tidak lagi mengemukakan dokumen itu lebih awal
ke meja Perdana Menteri.

Baru-baru ini Menteri Kewangan Kedua Nor Mohamed Yakcop telah


terkejut apabila mengetahui satu senarai kotak-kotak yang menyenaraikan
nama pemenang kontrak di bawah Rancangan Malaysia ke sembilan
telah diconteng-conteng dengan nama dan syarikat yang patut diberikan
projek itu, walaupun tender mengenai projek belum lagi disiapkan dan
tendernya diumumkan. Coretan tangan itu adalah hasil kerja Khairy.

Pada satu hari selepas selesainya satu mesyuarat kabinet, Menteri Luar
Bandar Aziz Shamsuddin telah berjumpa dengan pemimpin Pemuda
Umno tertentu daripada Pahang yang datang meminta kontrak. Aziz
Samsudin terkejut apabila mengetahui Dato yang muda-muda itu
datang untuk menagih kontrak yang baru dua hari sahaja diluluskan
oleh kabinet. Setelah menyiasat secara mendalam Aziz lagi terperanjat
melihatkan salinan mesyuarat kabinet itu ada di tangan tetamunya, yang
mendakwa, Khairy telah memberikan dokumen itu kepada mereka.

Malaysia Today 219


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Walaupun marah dengan cara pelanggaran protokol dan rahsia negara


yang dibocorkan, Aziz tidak mampu berbuat apa-apa lagi, kecuali
mengizinkan permohonan mereka.

Aziz sudah lama bersahabat dengan Abdullah, dan memang sudah lama
sedar sejak berbulan-bulan dahulu lagi betapa dia sudah kehilangan
pengaruh ke atas Perdana Menteri yang kini hanya mendengar suara
anak menantunya dan tidak suara orang lain lagi.

Masalah begini menular ke bawah hingga ke tahap pentadbiran negeri.


Ada seorang peniaga Cina baru-baru ini memberitahu Ketua Menteri
Pulau Pinang Koh Tsu Koon bahawa Khairy sudahpun memberikan
beliau kuasa untuk membangunkan kawasan lapangan terbang Bayan
Lepas dengan cara menambak tanah – sedangkan projek itu belum
lagi dibincangkan oleh kerajaan negeri dengan pihak luar. Sekurang-
kurangnya ada dua orang Exco Gerakan yang telah berkata kemungkinan
Tsu Koon dipindahkan ke Jabatan Menteri Persekutuan, dan mereka akan
menjadi Ketua Menteri yang baru – mengikut apa yang dijanjikan oleh
Khairy kepada mereka.

Menteri Besar Perak Tajol Rosli telah menerima satu surat daripada
satu syarikat pembinaan yang bermodalkan RM2 dan berpangkalan di
Lumut yang mengatakan bahawa Khairy telah memberikan mereka izin
untuk menggali pasir daripada pesisiran pantai Lumut untuk dijual di
luar Perak. Sedangkan penjualan pasir untuk melepasi sempadan negeri
sudah lama diharamkan dan usaha itu melanggar peraturan Perak yang
mahu mengekalkan pesisiran pantai sebagai usaha melindungi alam
maya. Perkara semacam itu tidak membawa makna kepada Naib Ketua
Pemuda Bahagian Umno itu kerana dia adalah anggota Kelab Naib Ketua
Pemuda yang dipelopori oleh Khairy. Apabila Tajol Rosli membantah,
Naib Ketua Pemuda itu mengugut mahu membawa perkara itu kepada
pengetahuan Khairy dan membawanya terus naik ke atas.

Ketua Menteri Sabah Musa Aman telah cuba sedaya upaya agar Danaharta
menjual projek Pelabuhan Sutera (Sutera Harbour) kepada sekutunya
seorang Kadazan bernama Melvin. Usahanya sebelum itu menjadi buntu
sehinggalah Musa memberi arahan kepada seorang Ketua Pemuda
Umno bernama Hasnul Ayub Aman, anak lelaki kepada Pengerusi
Sabah Times, untuk berjumpa dengan Khairy membawa segala butiran
dan menawarkan beliau sedikit komisen. Dengan tawaran agar Khairy
mendapat peratus dalam urusniaga itu, tidak lama lagi Kementerian

220 Malaysia Today


Kewangan akan meluluskan penjualan Sutera dengan harga yang lebih
rendah daripada sebutharga yang pernah ditetapkan oleh Danaharta
sebelum itu. Penjualan akan berasaskan rundingan tanpa tender.

Semua ini merupakan secebis kisah daripada pelbagai peristiwa yang telah
terjadi selama dua tahun melibatkan Khairy Jamaluddin dan pentadbiran
kerajaan Abdullah. Itu hanya setitik di lautan sahaja. Sebelum ini para
menteri dan ahli politik menjadi terlalu takut untuk bercakap. Akan
tetapi, mereka kini sudah naik marah dengan Abdullah sehingga berani
bersuara lantang mengenai Khairy yang salahgunakan kuasa. Sedikit
demi sedikit, kisah ini dapat bocor juga walaupun media rasmi kerajaan
– yang dikawal sepenuhnya oleh penyokong Khairy seperti Kalimullah
Masheerul Hassan, Brendan Pereira, Wong Sulong dan Wong Chun Wai
- sengaja diam membisu tentang pergerakan anak menantu Perdana
Menteri itu. Pihak akar umbi dalam Umno berjaya juga mendapat berita
secara gelap dan melalui mulut ke mulut. Hanya golongan yang begitu
bodoh dalam Umno yang tidak sedar bahawa Khairy adalah raja dan
dalang boneka yang menguasai Abdullah secara mutlak.

Bahaya yang mendepani Khairy ialah keberanian orang bersuara sekarang


ini tanpa takut-takut mengenai korupsi yang begitu membarah dalam
keluarga Abdullah. Lagipun, mereka sudah naik jelak dengan perkara
yang sama semasa pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad dahulu. Akan
tetapi Dr. Mahathir tidak pernah menjanjikan satu pembaharuan. Jadi,
semasa rakyat memang sudah lali dengan karenah kerakusan keluarga
Dr. Mahathir yang bergelumang dengan rasuah, mereka menjadi lebih
kecewa dengan Abdullah, yang berlabelkan keintelektualan Islam tetapi
membenarkan perkara yang sama berlaku dengan lebih rancak tanpa
menghiraukan keresahan rakyat.

Ramai yang berkata bahawa Abdullah merupakan satu ancaman berbahaya


kepada Umno dan harus disingkirkan secepat mungkin. Namun, tidak
ada sesiapa yang berani mengorak langkah pertama untuk membuka silat
perang. Memang ada beberapa nama yang dipujuk untuk menjadi tukang
cara dalam perubahan itu. Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad merupakan calon yang paling diharap oleh ramai anggota
Umno yang tidak puashati mahukan pihak lain menyokong mereka, dan
harapan turut disandar kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Kalau ada yang menyelamatkan tengkok Khairy masa ini ialah sifat rakyat
Malaysia yang sudah lali dengan kegelojohan kerajaan dalam korupsi,

Malaysia Today 221


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

setelah dipermudahkan oleh amalan zaman pemerintahan Dr. Mahathir


dahulu. Sambil mereka masih berhati-hati, Khairy sudah bertindak pantas
menimbun harta karunnya dan memantapkan kuasa naungannya terhadap
para pemimpin Umno yang mudah dibelinya. Khairy masih boleh
menyandarkan harapan terhadap ketakutan paling besar Dr. Mahathir
yakni kembalinya Anwar Ibrahim menyertai Umno semula, yang sudah
pasti akan disokong oleh Abdullah. Kalaulah ada antara penyokong Dr.
Mahathir, contohnya Najib Tun Razak, berani mencabar Abdullah secara
terbuka, Anwar akan menjadi bidak yang akan digunakan oleh Khairy
dalam peperangannya terhadap Dr. Mahathir. Selagi Anwar mampu
menarik perhatian rakyat dengan meneruskan dendam kesumatnya
terhadap Dr. Mahathir dan mereka yang terlibat dengan konspirasi 1998
dahulu, yang menyebabkan kejatuhannya, bererti Khairy akan berada
dalam zon selamat.

Akan tetapi, Anwar semakin kehilangan pengaruhnya dan Khairy juga


menghadapi dilema yang sama. Mereka berdua berada di penghujung
pertarungan dan ramai dalam Umno yang mahu melihat Khairy dan juga
Anwar dipupuskan untuk selama-lamanya. Memang amat menarik kalau
pemimpin Umno yang sudah lanjut usianya, membayangkan satu situasi
di mana mereka berjaya menumbangkan Khairy, menjatuhkan Abdullah
dan dengan itu menentukan Anwar menjadi seorang pemimpin yang
sudah hilang bisanya dan terus kekal di pihak pembangkang yang tidak
bertaring lagi. Mereka yang melihat Khairy satu ketika dahulu sebagai
seorang tokoh yang unggul tentu dapat melihat kini mana perginya
permaidani terbangnya. Kalau disediakan ramuan yang betul, pesawat
Khairy akan terhempas dan terbakar juga.

222 Malaysia Today


BAB 28

Muslihat Baru: Rencana yang gagal?

D ikatakan ia rombakan kecil, tetapi dalam beberapa jam pengumuman


barisan kabinet baru, Abdullah Ahmad Badawi sudah dicampak
dalam keadaan mengawal kegawatan yang serius. Serangan balas hampir
serta-merta. Para wartawan yang membuat liputan sidang tersebut
hampir tidak tahu soalan apa yang ingin ditanya Perdana Menteri, kerana
harapan yang dibina untuk membuat perubahan kabinet bersaiz XXL
yang Abdullah dan Khairy Jamaluddin telah rangkakan selepas Pilihan
Raya Umum lepas, sudah hilang sama sekali. Sementara beberapa
orang wartawan asing memberi komen yang sinis mengenai pengekalan
menteri-menteri yang korup dan diulit skandal, wartawan tempatan,
yang hanya beberapa hari awal telah dimarah kerana terlalu “asing”
dalam pandangan mereka, bertanya soalan-soalan paling bodoh, seperti
“harapan” Perdana Menteri terhadap barisan kabinet barunya. Timbalan
Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak dapat menyembunyikan rasa
sukanya melihatkan ketidakselesaan Abdullah melihatkan kekecewaan
pengumuman yang dibuat. Semua rakyat Malaysia yang menonton
siaran langsung di TV, dapat melihat bahasa badan kedua-dua pemimpin
tersebut yang mendedahkan segalanya.

Adakah rencana Abdullah gagal? Sepanjang beberapa bulan lepas,


beberapa daripada sekutu rapat Khairy telah diberitahu untuk
menyebarkan khabar angin bahawa Abdullah akan menukarkan wajah
kabinet bagi mencerminkan polisinya yang menentang korupsi. Khairy
telah membocorkan maklumat kepada wartawan-wartawan asing
termasuk wartawan kesukaannya di Singapore Straits Times bahawa
beberapa menteri ‘popular’ seperti Rafidah Aziz akan diganti, jika
tidak dipindahkan ke kementerian yang kurang penting. Tetapi akhirnya
keputusan mengekalkan Rafidah dan antik yang sewaktu dengannya dari

Malaysia Today 223


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

era Dr. Mahathir, dan bekas menteri, Tengku Adnan Mansor, yang sedang
menghadapi dakwaan muflis di mahkamah, menunjukkan Abdullah tidak
lagi mendengar karenah penasihat kegemarannya dan menantunya.

Hanya beberapa jam sebelum Abdullah membuat pengumuman,


Khairy telah menelefon Reme Ahmad dari The Straits Times untuk
memberitahu mengenai ‘kekecewaan’nya terhadap barisan kabinet
yang baru. Kalimullah Hassan Masheerul Hassan telah diberitahu untuk
memaklumkan kepada kawan-kawannya daripada media asing bahawa
Khairy ‘kecewa’ dengan perlantikan oleh Abdullah dan dia tiada kaitan
dengan struktur baru tersebut. Brendan Pereira dan Hishammuddin
Aun telah menggunakan New Straits Times dan Utusan Malaysia untuk
mengkritik secara halus pilihan Abdullah. Begitu juga Wong Chun
Wai dari The Star yang telah menerima arahan daripada Khairy untuk
memberi ‘tamparan sutera kepada barisan baru’. Semuanya tipu belaka
– satu muslihat untuk menutup apa yang mungkin usaha Khairy yang
paling keji setakat ini.

Orang biasa seperti kita mungkin dapat dimaafkan kerana berfikir yang
Abdullah akhirnya membuat keputusannya sendiri. Mungkin kabinet
yang tidak memberangsangkan, Abdullah telah melantik kabinetnya
tanpa merujuk kepada Khairy dan kononnya tanpa mengambilkira
pandangan Naib Ketua Pemuda Umno yang kian memualkan itu. Sudah
pasti Khairy mahu ia kelihatan seolah-olah Abdullah akhirnya membuat
keputusannya sendiri. Sepanjang enam bulan yang lepas, salah satu
masalah utama Khairy ialah persepsi oleh kedua-dua ahli-ahli Umno
dan orang awam, yang melihat Khairy sudah menjadi begitu berkuasa
dan berpengaruh dan merupakan tangan di belakang Abdullah. Khairy
dilihat sebagai tukang kacau, Svengali (seorang yang mempunyai niat
jahat dan mempengaruhi orang lain melakukan suruhannya) yang sangat
berkuasa berperanan sebagai tuan boneka kepada boneka Perdana
Menteri yang kepenatan dan mengantuk. Ia kian berbahaya bagi Khairy
kerana kebanyakan dari kesilapan dan kegagalan Abdullah disalahkan
ke atas nasihat Khairy yang salah dan kerakusannya.

Masalah PR Khairy disebabkan oleh persepsi tersebut – sama ada benar


atau tidak. Pentadbiran Abdullah telah bermula dengan gilang gemilang
sebuah pentadbiran presiden Amerika tetapi kini berakhir dangan
menyerupai lawak jenaka bodoh yang ia sebenarnya. Pegawai kerajaan
yang bertukar menjadi ahli politik tidak dapat mengubah imej lesunya
dan sudah mula kehilangan keyakinan kalangan pengundi yang baru

224 Malaysia Today


saja memberikannya mandat besar yang pertama dalam sejarah politik
Malaysia. Bagi menjaga masa depannya, Khairy mahu ianya dilihat
seperti dia tidak lagi menjadi Rasputin di belakang Tsar.

Tetapi setelah diperhatikan, barisan Kabinet menunjukkan Khairy masih


mengawal keadaan. Pertama, pengekalan spesis ‘dinosaur’ seperti
Rafidah Aziz, Azmi Khalid, Aziz Samsudin, Rais Yatim, Samy Vellu,
Lim Keng Yaik dan yang sewaktu dengan mereka. Dilihat oleh ramai
sebagai kegagalan Khairy merubah Kabinet, ia sebenarnya taktik bijak
samaran Khairy. Bagi kerjaya politik jangka panjangnya, Khairy tidak
perlu menggugurkan menteri-menteri tersebut sekarang dan bermusuh
dengan mereka selama lebih dua tahun sebelum pemilihan Umno akan
datang, bila dia dijangka akan mencabar Hishammuddin bagi jawatan
Ketua Pemuda Umno. Menggugurkan mereka sekarang bukan langkah
yang bijak, kerana ia akan mewujudkan permusuhan dan mengukuhkan
tangan-tangan musuh Khairy, terutama Dr. Mahathir Mohamad dan anak
didiknya Najib Tun Razak.

Dengan itu dalam pertimbangan, Khairy memilih untuk mengekalkan


menteri-menteri tersebut dan telah memujuk Abdullah untuk berbuat
demikian. Lagipun, sekiranya perlu, dia boleh saja menggugurkan
mereka dalam beberapa tahun akan datang. Dalam apa jua kes, dengan
mengekalkan mereka, Khairy menaikkan suasana yang sudah mendidih
kalangan masyarakat terhadap individu-individu yang tidak cekap dan
dilihat sebagai musuh rakyat kerana kecenderungan mereka mengayakan
diri masing-masing dengan wang rakyat. Khairy tahu, tidak menggugurkan
mereka akan memberikan peluang bagi iblis beraksi ketika mereka leka.
Tambahan pula, jika diperlakukan, mereka mempunyai harta karun yang
sanggup mereka habiskan untuk membalas dendam ke atas Khairy. Jadi,
taktiknya ialah untuk mengekalkan mereka, naikkan kemarahan orang
ramai kepada salahlaku mereka dan desak mereka digugurkan hanya
selepas Pilihan Raya Umum akan datang di mana ada antara mereka
yang sudah mencecah usia 70 tahun atau lebih lanjut.

Dari mengganggu atau mengacau kepimpinan tertinggi, Khairy sebaliknya


mengukuhkan cengkamannya pada peringkat kedua kepimpinan. Dia
sudah selamatkan loyalis utama, Noh Omar, daripada ditelan oleh
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan meletakkannya dalam
kedudukan lebih selamat dan agak berkuasa sebagai Timbalan Menteri
Pelajaran. Noh Omar merupakan salah seorang yang Khairy boleh
harapkan untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti ketuanya dan

Malaysia Today 225


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

musuh ketatnya, Hishammuddin Hussein. Yang sebetulnya, Noh Omar


telah diletakkan di situ, hanya atas dua tujuan.

Pertamanya, Khairy mahu Noh mengintip Hishammuddin dan sabotaj apa-


apa cubaan yang akan mengukuhkan kedudukannya sebelum pemilihan
Umno akan datang. Keduanya, Noh ialah ahli Kelab Alumni Umno,
graduan luar negara, yang menonjol, dan kedudukannya sebagai Timbalan
Menteri Pelajaran, Noh mampu meningkatkan usaha mewujudkan tapak
kuasa yang kuat bagi Khairy kalangan pelajar Melayu luar negara. Dalam
setahun yang tinggal sebelum Pilihan Raya Umum, Noh akan berada di
kedudukan yang berkuasa untuk membekalkan Khairy dengan maklumat
taktikal yang penting dan strategik. Sekali gus, Noh sudah diletakkan
di kedudukan paling kanan bagi seorang ahli politik Selangor. Dengan
menggugurkan Shafie Salleh daripada Kementerian Pengajian Tinggi,
Noh kini calon Selangor paling kanan yang Khairy akan gunakan sebagai
calon potensi untuk jawatan menteri besar bagi menggantikan Khir Toyo,
lelaki yang menjadi halangan berbahaya kepada Khairy.

Seorang lagi loyalis Khairy yang mendapat habuan ialah Johari Baharom,
bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir yang berpaling tadah apabila
mengetahui masa depan bosnya hapir berakhir. Abdullah dan Khairy telah
menggunakan Johari sebagai mata dan telinga mereka dalam pejabat Dr.
Mahathir pada hari-hari akhir sebagai Perdana Menteri. Apabila anak Dr.
Mahathir, Mukhriz, cuba mencabar Khairy untuk jawatan Naib Ketua
Pemuda Umno, Khairy telah mengarah Johari untuk memusnahkan
cubaan Mukhriz dengan mensabotaj pemilihan Pemuda Bahagian
Kubang Pasu. Kejayaan Johari mencemar Mukhriz menyebabkan Khairy
menang tanpa bertanding dan Mukhriz terpaksa menanggung malu dan
hanya mampu menebusnya dalam pemilihan Umno akan datang. Dengan
melantik Johari sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri,
Khairy telah memastikan menteri yang berfikiran bebas di jabatan
tersebut, Setiausaha Agung Umno Radzi Sheikh Ahmad, akan dipantau.
Johari mahu dinaikkan pangkat kepada menteri penuh seperti rakannya
Setiausaha Politik, Aziz Samsudin, tetapi Khairy merasakan dia masih
perlukan Johari untuk terus menjadi agen sabotaj.

Sementara Abdullah menerangkan, tidak meyakinkan, bahawa populariti


dalam pemilihan Umno tidak mempengaruhi keputusannya untuk
melantik menteri kabinet, menurunkan Ahmad Zahid Hamidi kepada
salah satu kedudukan dalam Kementerian Penerangan adalah satu lagi
taktik Khairy. Zahid merupakan Ketua Pemuda yang popular (popular

226 Malaysia Today


kepada ahli-ahlinya, tetapi tidak di dunia luar). Malah, prestasinya yang
baik dalam pemilihan Majlis Tertinggi Umno beberapa tahun lalu telah
membuatkan Khairy gementar. Seperti bekas Ketua Pemuda Umno Syed
Jaafar Albar, Zahid dengan mudah boleh kembali semula sekiranya
Hishammuddin merebut jawatan tinggi-Naib Presiden. Dalam situasi
seperti itu, jika Khir Toyo berundur ke belakang, Zahid dengan mudah
dapat memberi cabaran dan mengalahkan Khairy, menyedari yang dia
akan mendapat sokongan daripada kedua-dua pihak Najib (dia pernah
menjadi setiausaha politik Najib) dan juga penyokong bekas Timbalan
Perdana Menteri Anwar Ibrahim (yang kagum dengan Zahid kerana
ditahan di bawah ISA semasa awal era Reformasi). Dalam pertandingan
seperti itu, dia dengan mudah akan mendapat 60% daripada undi.

Khairy tidak mampu mengambil risiko berdepan dengan pencabar


seperti itu, terutama jika dia seorang menteri. Pada pemilihan Umno
akan datang, Khairy tidak boleh jadi menteri lagi, kerana ia akan
nampak terlalu ketara yang nepotisme menjadi polisi pentadbbiran
Abdullah. Paling tinggi dia boleh naik ialah sebagai Ahli Parlimen
dengan mungkin jawatan Timbalan Menteri yang tidak begitu penting.
Itu mungkin tidak mencukupi, memandangkan kedudukan Zahid sebagai
bekas Ketua Pemuda yang popular, ahli Majlis Tertinggi, pengalaman
sebagai Pengerusi BSN, dan harta karun yang terkumpul selama dua
setengah dekad dari menjual dirinya kepada ahli perniagaan dengan
bidaan paling tinggi.

Jadi, Zahid sekali lagi hilang peluang mendapat kedudukan di kabinet.


Dia tidak akan mampu memberi cabaran kerana dia masih dikekalkan
sebagai Timbalan Menteri, yang lebih baik daripada apa yang diberikan
oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri. Mengacukan
peluang tersebut pada Zahid akan memastikan dia tidak menjadi besar
kepala yang mungkin akan mencabar takhta Khairy.

Satu lagi kunci strategi Khairy ialah membawa masuk semula Tengku
Adnan Mansor, samseng kelahiran Melaka, yang menyamar sebagai
kerabat diRaja. Sebelum ini, Khairy tersilap dengan mengeluarkan
Tengku Adnan selepas dia telah menang kerusi Parlimen Putrajaya.
Dalam tindakan yang terdesak dan penuh dendam, Tengku Adnan cuba
mencantas sekutu Khairy, Ahmad Zaki Zahid, sebagai Ketua Pemuda
Putrajaya. Sementara gagal dalam cubaan tersebut melalui calonnya,
anak Setiausaha Agung Kementerian Dalam Negeri, Aseh Che Mat, dia
tidak berdiam diri setelah diturunkan pangkat. Bagi menenangkan Adnan,

Malaysia Today 227


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

walaupun sudah menjanjikan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan,


kepada satu ketika timbalan kepada Tengku Adnan dalam jawatankuasa
Perhubungan Negeri Umno, Zulhasnan Rafique, Khairy meletakkannya
semula dalam Kabinet. Kedudukan Menteri Pelancongan ialah satu yang
amat sesuai dengan Tengku Adnan yang gemarkan suasana hiburan dan
minat lainnya termasuk saham dalam syarikat perjudian dan agensi
pengawal/pengiring. Khairy tahu semua itu, bila tiba pilihan raya
akan datang, dia boleh meletakkan Ahmad Zaki Zahid sebagai ahli
Parlimen Putrajaya yang baru dan mengeluarkan Tengku Adnan selama-
lamanya. Tetapi sekarang bukan masanya. Dia masih boleh ‘melayan’
Tengku Adnan buat sementara waktu. Pada masa yang sama, melantik
Zulhasnan sebagai menteri kabinet akan menghapuskan kemungkinan
dia menyokong Najib dan sebaliknya membuatkannya terhutang budi
kepada si anak menantu.

Barisan Kabinet Abdullah begitu lesu kerana rakyat menumpukan


perhatian hanya kepada peringkat teratas/pertama. Namun, semuanya
nampak jelas apabila kita melihat pada peringkat kedua pemimpin-
pemimpin masa depan – mereka yang diharap akan memberikan lorong
kepada Khairy dalam cubaannya merampas kedudukan perdana menteri
sebelum usia 40 tahun. Gerak jentera pemuda yang menyamar dapat
dilihat di setiap sudut kabinet baru tersebut. Mereka yang berfikir
bahawa Abdullah yang sudah gagal rencananya mungkin juga betul,
tetapi Khairy pastinya belum kalah. Malah, kedudukannya dikukuhkan.
Kad pencapaiannya bagi kabinet baru ialah Abdullah dilihat sebagai
menenangkan faksi Dr. Mahathir-Najib dan dengan itu dijangka tidak
akan mencabar Abdullah dan Khairy dalam masa terdekat -- sementara
Najib sendiri tidak dapat melonjakkan dirinya ke depan, kerana ramai
menteri yang sebaya jika tidak lebih lama daripadanya masih berada
dalam kabinet dan tidak dapat diharap untuk menurut rakan yang lebih
muda daripada mereka walaupun dia Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Khairy yang akan mendapat manfaat dalam tempoh jangka


panjang. Kabinet kini, mungkin terdiri daripada dinosaur, walaupun pada
masa anda sedang membaca ini, Khairy sedang membiakkan lubang ular
berbisa yang akan membantunya menyusur laluannya naik ke pentas
politik Umno...

228 Malaysia Today


BAB 29

Kuntum Mawar – orang baru


dalam hidup Abdullah

S elain berasal dari Pulau Pinang, Perdana Menteri Abdullah Ahmad


Badawi dan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim
berkongsi satu perangai yang sama – kedua-duanya peminat penyanyi
Pulau Pinang, P. Ramlee. Jika Anwar Ibrahim suka mendendangkan
lagu Azizah, jelas ditujukan kepada isterinya, Abdullah pula suka lagu
yang tidak begitu terkenal Anak Dara Rindu. Rakan-rakan Abdullah di
universiti selalu menceritakan bagaimana dia akan menyanyikan irama
dan liriknya, memuja buah hatinya yang ditinggalkan di kampung di
tepi sungai yang mengalir ke laut – walaupun nyanyian Abdullah lebih
mirip suara A.R. Tompel daripada P. Ramlee. Bila Abdullah berkhidmat
bersama bapa Khairy Jamaluddin di Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan, kedua-dua mereka sering diminta menyanyikan lagu-lagu
P. Ramlee bagi menghiburkan rakan-rakan mereka dari negara-negara
jiran, dan sering, Abdullah akan memilih lagu yang sama.

Ini lebih daripada hanya kebetulan. Pada awal kerjayanya dalam


perkhidmatan awam, Abdullah telah bertemu dan berkahwin dengan
kakitangan awam yang berasal daripada keluarga Perkhidmatan Awam
Selangor yang disegani bernama Endon Mahmood Ambak. Ia cinta yang
disesuaikan dengan pakej istimewa dengan mempunyai bapa mertua
seorang pegawai kanan perkhidmatan awam, pada ketika Abdullah
sendiri seorang pegawai muda yang baru dan mendaki dengan perlahan
naik tangga PTD. Abdullah dan Endon selalu dilihat sebagai pasangan
yang cocok. Tetapi siapa yang kenal Abdullah sejak kecil, yang membesar
dalam suasana ‘pondok’, peninggalan datuk Abdullah, seorang ulama
besar, Sheikh Abdullah Fahim, tahu bahawa hati Abdullah mulanya
sudah dicuri oleh seorang gadis dari kampung yang sama, dan hanya
kemudian apabila situasi berubah, dia jatuh cinta kepada Endon.

Malaysia Today 229


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Sudah tentu, tiada yang meragui perkahwinan Abdullah kepada Endon


adalah sebuah perkahwinan yang bahagia dan luar biasa keteguhannya.
Endon merupakan tongkat yang Abdullah sangat bergantung kepadanya,
lebih dulu sebelum kemunculan Khairy Jamaluddin. Kehadiran Endon
di sisinya dengan kesetiaan Setiausaha Politik Abdullah, arwah Fatah
umpama jejambat kukuh yang menghubungkan menara kembar KLCC,
bagi memantapkan ketokohannya.

Kematian Fatah beberapa bulan selepas Abdullah menjadi Timbalan


Perdana Menteri, diikuti dengan barah yang melemahkan Endon dan
akhirnya membunuhnya, membuatkan Abdullah bergantung kepada
orang-orang yang kesetiaan mereka kepadanya dipengaruhi oleh habuan
dan manfaat yang mereka akan peroleh dan bukan kerana kesetiaan
mereka kepadanya. Situasi ini membuatkan Abdullah terdedah kepada
bahaya.

Abdullah ialah seorang yang tidak tahu bagaimana untuk berpegang


kepada pemikirannya sendiri. Sungguh, dia mungkin tidak punya satu.
Dengan itu, dia terpaksa membentuk lingkungan penasihat-penasihat
peribadi di mana dia mendapat rangka idea-idea dan strategi-strategi.
Sering dia tidak faham apa yang mereka katakan tetapi sebaliknya
menjadi jurucakap kepada pandangan dan buah fikiran mereka. Begitulah
caranya negara ini ditadbir di bawah Abdullah.

Sudah tentu, penasihat-penasihat tersebut bertindak bukan untuk


kebaikan negara, tetapi selalunya kerana mereka akan mendapat
manfaat. Malah dalam keluarga Abdullah sendiri, dia mengaku dia
sering bergantung kepada pandangan anak-anaknya Kamal dan Nori,
pandangan-pandangan tersebut sudah menjadi tidak jelas dengan tuntutan
rakan-rakan perniagaan Kamal dalam Scomi, dan permintaan Nori yang
tidak henti-henti untuk memenuhi cita-cita suaminya yang licik. Jadi,
akhirnya, penasihat-penasihat Abdullah seperti burung nasar (vulture),
mematuk daging sehingga ke tulang kering.

Beberapa bulan lalu, selepas tahlil terakhir seratus hari untuk Endon,
Abdullah mula berjumpa kawan-kawan lama dari Kepala Batas. Salah
seorang daripada mereka, seorang lelaki yang menjadi teman pada hari-
hari terakhir Endon dan bertanggungjawab mengadakan majlis bacaan
Yasin setiap malam sepuluh malam terakhir sebelum kematiannya,
mencadangkan Abdullah menerima rombongan dari kampungnya,
Kepala Batas. “Kawan-kawan lama saja,” kata lelaki tersebut. Apa yang

230 Malaysia Today


Abdullah tidak tahu ialah lelaki tersebut yang sering suka bergurau, ingin
memperkenalkan semula ‘Kuntum Mawar’, wanita genit yang pemalu
dari Kepala Batas yang telah menawan hati Abdullah lima puluh tahun
lepas semasa dia masih seorang remaja, masih tidak tahu apa yang akan
berlaku pada masa depannya.

Ya, Kuntum Mawar masih ada. Dia kini dalam lingkungan lima puluhan
dan seorang balu dengan anak dan cucu-cucu yang disayanginya. Dia
menghabiskan masanya bersama masyarakat di tempatnya, seperti
kebanyakan wanita seusianya – melakukan kerja-kerja sosial dan
mendekatkan diri kepada Tuhan. Tetapi dia tetap kekalkan perangainya
yang selalu ceria dan sering bertanya tentang orang yang sering duduk
di tepi jalan depan rumah dua tingkat, menunggu dia lalu. Dia kini sibuk
dengan tugasnya sebagai nenek sepenuh masa tetapi menurut kawan-
kawan lama Abdullah, Kuntum Mawar lebih sesuai memberi sokongan
kepada Abdullah. Wanita ini tiada langsung cita-cita politik, dan tidak
akan menggunakan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri untuk
menuntut harta-benda yang wanita-wanita yang pisau cukur sudah tentu
berebut untuk lakukan.

Terdapat ramai wanita yang seperti itu. Pelakon-pelakon, penyanyi-


penyanyi, bekas isteri-isteri menteri, pemilik-pemilik bangunan
mencakar langit yang tidak habis dijual dan lain-lain projek sepertinya,
ibu-ibu tunggal dengan dua puluh lebih anak, malah anak-anak muda
dari kerabat diRaja, yang akan menawarkan diri mereka untuk mengisi
tempat yang kosong itu. Malah, ada sesetengah daripada mereka yang
sanggup menghebahkan minat mereka dalam akhbar dengan menonjolkan
diri mereka sebagai tokoh ibu yang ideal bagi negara. Wanita-wanita
ini, semua berharap, seperti Azmi dan Effendi, Abdullah akan jatuh hati
kepada wanita-wanita muda bermata jeli dan kemudian mereka boleh
mengawal Abdullah dengan pujuk rayu mereka.
Tetapi Abdullah bukan seperti Datuk K, walaupun bermacam-macam
khabar angin menyatakan sebaliknya. Abdullah seorang suami yang
penakut yang tidak pernah merayau jauh daripada semeter dari bilik
tidur yang dikongsinya bersama Endon, kecuali untuk pergi ke bilik
air. Malangnya, atau bernasib baik, semua promoter, events managers,
introducers, dan orang tengah, yang termasuk kalangan mereka, beberapa
anggota Kabinet yang ada sekarang, telah gagal membuatkan Abdullah
jatuh hati seperti gaya Normala-Tiara.
Seriuskah Abdullah dan Kuntum Mawar? Jadi ingat, anda membacanya
di sini buat pertama kali. Beberapa bulan lalu, satu delegasi telah melawat

Malaysia Today 231


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Putrajaya, dan salah seorang daripada tujuh belas wanita yang pergi
menaikki bas hijau-kuning dari stesen Padang Merdeka, Butterworth,
ialah Kuntum Mawar. Abdullah mengenalinya hampir serta-merta dan
begitu gembira dia datang dan membawa bersamanya bahulu yang
Abdullah masih ingat menikmatinya di rumah Kuntum Mawar ketika
Hari Raya, masa dulu-dulu. Belum sempat bertukar beberapa perkataan
antara mereka berdua, Abdullah kemudian mengarahkan pasukan
keselamatan membuat pemeriksaan keselamatan ke atas Kuntum Mawar,
sebagai langkah berwaspada. Tiada perkara tidak diingini terjadi dan
ziarah balas oleh beberapa ibu-ibu yang merupakan isteri-isteri kepada
pakcik-pakcik dan sepupu-sepupu Abdullah telah pergi ke rumah Kuntum
Mawar di Kepala Batas.

Hanya selepas seorang bekas pegawai BTN, Dato (kawan rapat Abdullah,
dan kini Yang Berhormat) dengan tidak sengaja menyebut nama wanita
tersebut semasa makan tengah hari di kediaman Perdana Menteri di mana
anak-anak Abdullah mendapat tahu mengenainya. Menghairankan, tiada
yang nampak signifikannya, kecuali Khairy. Khairy sudah lama sedar
antara begitu banyak jenis wanita di dunia ini yang tidak diingininya
dikahwini oleh Abdullah, inilah jenis wanitanya. Jenis yang akan
mendesak Abdullah untuk mengikut jalan yang lurus dan sempit dan
membuatkannya merasa bersalah membiarkan terlalu banyak peluang
diberikan kepada menantunya dan kroni-kroni perniagaannya daripada
diberikan kepada orang lain yang lebih berhak. Tidak mengapa jika
Abdullah jatuh hati kepada peragawati muda yang mudah dipujuk untuk
menutup matanya mengenai apa yang berlaku di belakang Abdullah.
Khairy dengan mudah dapat bahagikan habuan tersebut dengan wanita
seperti itu. Khairy juga tidak rasa tergugat dengan seorang yang seperti
Rosmah Mansor, yang dengan mudah dapat dipengaruhi untuk senyap
dengan memberikannya penghormatan rasmi dan protokol lebih-lebih
untuk egonya. Wanita-wanita seperti itu bukan ancaman kepada Khairy,
dengan rupa parasnya seperti ‘Hindustan’ (seperti Greg Sheridan
kisahkan) itu, dia mampu memujuk wanita untuk menurutinya.

Tetapi berdepan dengan insan yang takut kepada Tuhan, tukang sihir yang
bernama Khairy, tiada jampi untuk itu. Khairy tidak mampu bertarung
dengan kesucian tersebut dengan cara licik yang diajarkan kepadanya
oleh guru-guru Oxford.
Jadi Khairy memujuk Nori, yang ia suatu pandangan yang tidak sesuai
bagi Abdullah untuk mencemar ingatan terhadap Endon yang tidak dapat

232 Malaysia Today


dilupakan dan juga tidak dapat dicari ganti dengan berkahwin seorang
wanita lain, bagaimana perlunya Abdullah kepada seorang teman hidup
pada ketika ini. Alasan Nori mudah saja – empat sudah cukup, bermakna
Kamal, Azrene isteri Kamal, Nori dan Khairy sendiri. Itu sudah cukup
bagi Abdullah dan mereka semua menjadi tongkat yang Abdullah
perlukan. Tiada lain yang diperlukan, ataupun tiada siapa lagi yang akan
mendiami tempat tinggal rasmi di Putrajaya.

Abdullah telah sedikit sebanyak menurut pujukan Nori, didesak oleh


kebimbangan Khairy mendapat ‘bahu’ (ibu mertua dalam Hindustan).
Tetapi kawan-kawan Abdullah tidak mudah putus asa. Khairy terkejut
mendapat tahu yang sebelum rombakan Kabinet yang terakhir, semasa
sesi sumbang saran dengan Kamal di Perth, Abdullah telah berjumpa
dengan Kuntum Mawar bersama cucu-cucunya di sebuah kedai di Perth.
Ia bukan perjumpaan secara kebetulan. Sebenarnya, beberapa anggota
sekretariat Abdullah telah mengaturkan bagi Kuntum Mawar untuk
pergi bercuti di Perth, pada ketika Abdullah berada di sana. Sudah tentu,
Nori dan Khairy sangat marah. Tetapi ada ketika mereka tidak dapat
mengawal gerak-geri Abdullah dan, siapa tahu perjumpaan yang diatur
mungkin akan berlaku beberapa kali lagi pada masa hadapan.

Pembaca budiman, anda tentu suka jika saya beritahu nama Kuntum
Mawar. Malah, namanya sangat terkenal. Kepada mereka yang ingat
lagu-lagu P. Ramlee, jika Anwar ada ‘Azizah’nya, nama sebenar Kuntum
Mawar akan ditemui dalam sebuah lagi lagu P. Ramlee. Jika Abdullah
didapati berdiri di hadapan tingkap pejabatnya dan membisikkan lirik
lagu Anak Dara Rindu, itu bukan kerana jemu, tetapi lebih kepada
kesunyian, apa yang sudah kehilangan dan kini diketemukan semula.

Sama sekampung, sedangkan dirindu


Inikan lagi hai jauh di mata

Apa yang Tuhan sudah satukan, walaupun dengan gabungan kuasa


Kamal, Azrene, Nori dan Khairy tidak dapat menghalangnya...

Malaysia Today 233


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 30

Pertempuran bermula:
Serangan balas Budak Pekan

M alam gelap dan bergelora. Si Tetamu meluncur melalui Taman


Duta, melepasi Kedutaan India, dan memasuki kediaman Timbalan
Perdana Menteri Najib Tun Razak. Keretanya model Waja, yang sering
dilihat di jalan-jalanraya Malaysia, tetapi penumpangnya yang duduk
di dalamnya dilindungi oleh cermin gelap yang tidak dibenarkan oleh
JPJ. Ini adalah langkah berjaga-jaga, memandangkan pertemuan yang
begitu sensitif. Kedua-dua lelaki yang memegang jawatan tinggi dalam
Umno dan dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, sudah tentu
tidak mahu dunia mengetahuinya, terutama sekali Khairy Jamaluddin,
apa yang sedang mereka rancangkan.

Pencetus mesyuarat tersebut ialah penghuni rumah Taman Duta. Najib


Tun Razak muncul daripada dewan utama kediaman tersebut yang telah
diubahsuai menjadi surau sementara bagi tetamu-tetamu yang telah
dijemput pada awal petang tadi untuk makan malam. Pada ketika ini,
40 orang sudah meninggalkan kediaman tersebut dan mereka yang
masih belum balik (termasuk bekas editor New Straits Times Abdullah
Ahmad dan beberapa bekas menteri) diajak oleh Pegawai Khas Najib
untuk beredar awal. Najib sedang menunggu tetamu penting tidak lama
lagi, seolah-olah memberi gambaran yang Najib akan bertemu dengan
bosnya, Perdana Menteri. Tetapi sebenarnya, ia adalah seorang yang
tidak kena-mengena langsung, kecuali kedua-duanya bertemu untuk
berbincang bagaimana menjatuhkan Khairy dalam Perhimpunan Agung
Umno akan datang.

234 Malaysia Today


Tetamu tersebut seorang yang berpangkat, belum sampai usia
pertengahan, seorang yang sudah lama merawat luka terhadap Khairy.
Sehingga baru-baru ini, Najib telah enggan berjumpa dengannya secara
sulit kerana bimbang Khairy tahu yang dia sedang cuba menjatuhkan
budak hingusan itu daripada politik Umno. Tetapi masanya sudah tiba
untuk Najib bertindak. Budak Rembau itu, hanya menunggu masa
menerima tamparan politik daripada anak bangsawan dari Pekan.
Penangan pertama dari pertempuran tersebut kepada Umno dan
kepimpinan kerajaan pasca Abdullah Badawi sudah bermula.

Si Tetamu tidak keluar dari keretanya sehingga ia sampai di depan tangga


rumah Najib. Dia dengan pantas menuju ke dewan, Najib menyambutnya
hanya setelah dia berada di dalam. Si Tetamu sudah pasti akan dikenali
kerana penonjolannya dalam politik Malaysia sebagai ahli berkhidmat
dalam Majlis Tertinggi Umno. Bisik-bisik mengenai pertemuannya
dengan Najib akan menggegarkan Kuala Lumpur dan akan menjadi
buah mulut dan topik perbincangan ahli-ahli Umno.

Tidak menghairankan Najib yang dahulu mendedahkan rancangannya


kepada tetamunya. Si Tetamu seperti juga Najib, tahu jika Khairy terus
menjadi kuasa di belakang takhta Abdullah, masa depan kedua-duanya
kian gelap. Najib dan Si Tetamu sedar bahawa hayat mereka dalam
politik sangat bergantung kepada akhir hayat politik Khairy. Tiada
tempat atau berpura-pura setia kepada budak hingusan itu yang hanya
satu tujuannya ialah menjadi Perdana Menteri negara ini pada usia 40
tahun. Hanya satu cara bagi Khairy untuk mencapainya ialah dengan
mencantas terus Najib dan Si Tetamu, dan kedua-duanya tidak akan
melakukan harakiri hanya untuk memberi kepuasan kepada Khairy.

Hampir semua dalam Umno tahu yang Khairy hanya menyimpan


dendam terhadap Najib. Menurut bekas Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohamad, Khairy sudah berani mengancam Najib bahawa
dia menyimpan banyak rahsia Najib, kebanyakannya dibekalkan oleh
Perisikan Singapura. Antaranya ialah urusan-urusan korup Timbalan
Perdana Menteri semasa bertugas sebagai Menteri Pertahanan, malah,
ada yang selepas Abdullah menjadi Perdana Menteri. Singapura lebih
berminat untuk memastikan Najib duduk jauh dari pejabat Perdana
Menteri sehingga Singapura sudah mendapat semua manfaat daripada
sikap lemah dan mesra Abdullah terhadap Lee Hsien Loong dan

Malaysia Today 235


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

kerajaannya. Dalam dokumen sulit yang dipegang oleh Khairy, adalah


maklumat mengenai skandal-skandal Najib. Benar, selepas episod Anwar
Ibrahim, ramai yang tidak kisah jika Najib beraksi dengan kambing
sekalipun, tetapi ia masih menjadi pantang-larang bagi orang Melayu di
luar bandar yang mahukan pemimpin-pemimpin mereka menjadi wara’
seperti malaikat.

Serangan paling dahsyat ke atas Najib adalah yang menggunakan orang


yang rapat dengan Najib seperti Razak Baginda dan lain-lain personaliti
untuk mengikis peruntukan Kementerian Pertahanan, menggunakannya
dalam pembelian beberapa jentera. Semua ini mencapai ratusan juta dan
dengan mudah dibuktikan sebagai pemegang akaun Najib dan penama
di Singapura, seorang yang menghidu wang dan mengekori baunya
daripada menyatakan kesetiaannya kepada tuan politiknya.

Pada satu masa, Khairy pernah berkata kepada Kalimullah Hassan


Masheerul Hassan bahawa untuk menyahkan Najib, ‘kacang’ saja. Itulah
hakikatnya. Dengan kuasa mengawal media yang dimiliki oleh Khairy
yang mana Dr. Mahathir Mohamad sendiri hanya dapat bisikkan kata-
kata yang tidak menggalakkan, Najib langsung tidak punya peluang
untuk menyatakan kesnya terhadap tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh
Abdullah dan Khairy. Semua pakat menuding ke arah salahlaku Najib
yang akan menjadi lebih mudah untuk dibuktikan daripada yang pernah
Dr. Mahathir cuba ke atas Anwar Ibrahim. Najib hanya mampu dengan
lembik mempertahankan rekodnya kerana tiada yang mempercayainya.
Dengan muka yang tidak tahu-menahunya, Najib seorang pembohong
yang begitu meyakinkan, sehebat Umi Hafilda apabila Umi mengatakan
dia masih dara. Dalam lain perkataan, tiada siapa yang percaya Budak
Pekan itu walaupun dia berkata benar.

Dr. Mahathir Mohamad telah belajar melalui orang-orangnya bahawa


Khairy sudah berusaha keras untuk mendapatkan dokumen-dokumen
tersebut dari Singapura. Banyak yang telah ditawarkan untuk
mendapatkannya dan kebanyakan kosnya dibiaya oleh syarikat-syarikat
berkaitan kerajaan (GLC), yang kini menurut perintah tuan mereka yang
baru. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Dr. Mahathir begitu
murka. Apabila kenyataan-kenyataan dibuat baru-baru ini yang memberi
gambaran bahawa sesetengah pemimpin sedang menjual negara, Dr.
Mahathir telah membuat dakwaan tersebut bahawa ia akan dilakukan.

236 Malaysia Today


Dr. Mahathir sepatutnya menyebut bahawa ia sudah berlaku. Penjualan
tersebut sudah dibuat, bayarannya juga sudah dibuat oleh Singapura, dan
Khairy sudah mendapat apa yang dia mahukan: cukup untuk menyahkan
Najib daripada pandangan.

Kalangan mereka yang rapat dengan Najib, termasuk mereka yang


sering menghubungi Malaysia Today, sering mengatakan bahawa Najib
tiada tulang belakang untuk lawan sesiapa. Tetapi kali ini, semua sudah
tidak terkawal. Najib tahu dia tidak akan selamat enam puluh hari
dalam penjara jika dia terpaksa lalui nasib seperti Anwar. Bukan mudah
bagi Najib untuk sampai kepada rumusan tersebut kerana dia sentiasa
berhati-hati.
Sebelum ini dia boleh mengharapkan sokongan Dr. Mahathir Mohamad
sebagai pelindungnya dan penyokong kuatnya, walau bagaimanapun,
INI ADALAH RASMI, Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi menyokong
Najib sebagai alternatif kepada Abdullah Badawi. Najib sudah hilang
kredibiliti di mata Dr. Mahathir, sehingga Maha Tua sedang memikirkan
untuk menamakan pencabar baru kepada Abdullah. Dr. Mahathir tahu
bahawa Najib ialah seorang politikus yang pengecut, jauh beza dari
arwah ayahnya yang Dr. Mahathir anggap sebagai mentor. Sementara
Dr. Mahathir cuba mainkan peranan yang serupa terhadap Najib, dia
telah membuat rumusan bahawa usahanya telah gagal dengan teruk dan
Najib tidak punya ciri-ciri arwah bapanya. Selepas bertahun-tahun, Dr.
Mahathir sedar yang Najib tidak sesuai untuk menjadi pengganti dan
ketua kepada warisan peninggalannya.

Sekarang, Dr. Mahathir sedang mencari seseorang untuk menggantikan


Najib sebagai budak harapannya. Dia masih mencari orang tersebut. Apa
jua kemungkinan, dia memberi Najib satu lagi peluang untuk bangun
dan pertahankan warisan pentadbiran lama. Apa-apa protes kesetiaan
terhadap Abdullah tidak lagi dapat diterima oleh Dr. Mahathir dan
dia sudah bersedia menyepak keluar Najib seperti yang dilakukannya
kepada Anwar.

Dalam kenyataannya yang terakhir selepas pulang dari menziarahi bekas


Presiden Indonesia Suharto, Dr. Mahathir berkata, lebih baik jika Najib
tuntut tempatnya dalam kubur Ghafar Baba. Selama ini, dia tidak mampu
mempertahankan satupun warisan peninggalan Dr. Mahathir dan hanya
berguna seperti lain-lain penghuni Makam Pahlawan. Ketika membuat

Malaysia Today 237


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

kenyataan tersebut kepada seorang bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah


– demikian keadaan sebenar yang dilihat oleh Dr. Mahathir.

Najib dan Si Tetamu kini sedang merancang bagaimana mensabotaj


kenaikan mencanak Khairy ke jawatan Naib Presiden Umno. Benar,
anda tidak silap dengar! Khairy bukan mengejar jawatan Ketua Pemuda
Umno. Dia sedang mensasarkan jawatan Naib Presiden yang ditinggalkan
kosong oleh Isa Samad. Perancangan sedang dibuat dan semua pencabar
berpotensi seperti Mukhriz, Mokhzani dan Zahidi Zainul Abidin akan
tumpukan sumber terhad mereka untuk mendapatkan sokongan daripada
pemuda. Tetapi semua itu sia-sia belaka, kerana bukan yang muda-
muda yang akan menyokong Khairy, tetapi yang tua kerepot, yang
telah dibayar dengan lumayan dan menikus dengan gertakan daripada
penyokong-penyokong Khairy. Mereka akan mengumumkan sokongan
tidak berbelah bagi mereka untuk Naib Presiden Umno termuda sejak
zaman Ghafar atau Anwar.

Apa ‘glamour’nya jadi Ketua Pemuda? Mengapa jadi paus dalam kolam
kecil sedangkan anda mampu menjadi jerong di lautan dalam? Malah,
Khairy sudah memilih orang yang akan menjadi proksinya sebagai
Ketua Pemuda Umno dan, sekali lagi, anda membaca mengenainya
dahulu, dia tidak dalam barisan pimpinan Pemuda Umno yang sedia ada.
Tetapi sudah ada persetujuan yang kukuh bahawa individu tersebut akan
merebut jawatan Ketua Pemuda dan mendapatkannya sebagai proksi
Khairy, sementara budak hingusan sendiri akan mendapatkan pangkat
yang lebih tinggi, Naib Presiden.

Rancangan Najib ialah bagi Tetamu tersebut menjadi pengacau. Si Tetamu


akan memainkan permainan wayang kulit dan muncul sebagai pencabar
yang paling logik sebagai Ketua Pemuda Umno. Tetapi Najib sudah tahu
Khairy tidak bercadang merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Najib
juga tahu bahawa semua itu adalah gambaran luaran sahaja. Pada saat-
saat akhir, Tetamu itu akan mengumumkan bahawa dia mencabar Khairy
untuk jawatan Naib Presiden atau mana-mana jawatan lain yang Khairy
akan bertanding. Menghalang Khairy menjadi perjuangan peribadinya,
dan mengekori Khairy ke mana jua dan menjadi batu penghalang besar
kepada usah pendakian budak hingusan tersebut, ke puncak kuasa. Pada
ketika ini, para pembaca sudah tentu mahu tahu siapa Si Tetamu, bekas
timbalan ketua menteri dan proksi Khairy bagi Ketua Pemuda Umno.

238 Malaysia Today


Ini adalah permulaan kepada siri baru The Khairy Chronicles yang akan
melakarkan pertempuran antara Yang Lama dan Yang Muda dalam Umno
apabila ia berlaku nanti. Dalam beberapa minggu akan datang, nama-
nama tersebut akan didedahkan kepada anda. Masih terlalu awal untuk
diberitahu, hilang kenikmatannya. Umno sedang menuju kehancuran,
sepertimana yang berlaku ke atas PKR sebelum ini. Mendedahkan
nama-nama tersebut sekarang akan membolehkan Khairy bertindak dan
menghapuskan pencabarnya. Dia terpaksalah tunggu, seperti pembaca-
pembaca The Khairy Chronicles yang lain, untuk mendapatkan identiti
seterunya, akan dibongkar apabila tiba masanya kelak.

Tetapi satu perkara yang kami akan dedahkan sekarang ialah dalam
pertempuran antara Najib dan Khairy, Najib akan kecundang. Malah,
dalam keadaan permainan sekarang, Najib sudah mengucapkan selamat
tinggal kepada peluang terakhirnya menjadi Perdana Menteri. Tetapi ini
hanya satu aspek dari pertempuran tersebut. Masih ada Pertempuran
Agung antara Maha Tua dan Pengkhianat yang juga Pengganti...

Malaysia Today 239


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 31

Pertempuran bermula: Mahathir


memilih senjatanya

D alam bulan Disember 1990, terlantar di atas katil menanti saat maut
menyapa, Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman telah
menerima berita yang tidak digemarinya, bahawa Perdana Menteri akan
melawatnya. Menurut kakitangan Dr. Mahathir Mohamad, ia adalah
‘lawatan hormat’ ke atas Bapa Malaysia yang sedang menghadapi maut.
Beliau seperti biasa, dalam keadaan tenang selepas menyampaikan
perutusan terakhir kepada rakyat dalam satu perhimpunan di Kuching
beberapa hari sebelum itu. Tunku mahu tinggalkan dunia tanpa ada
perasaan dendam.

Tetapi Dr. Mahathir datang untuk mengganggu suasana indah tersebut.


Dr. Mahathir mahu berdamai dengan Bapa Kemerdekaan yang akan pergi.
Namun, Tunku bukan hipokrit. Dia tidak akan berpura-pura berubah,
dengan tiba-tiba perasaan marah beliau selama 25 tahun terhadap lelaki
yang memanggilnya ‘pengkhianat orang Melayu’. Tunku tidak mahu
berpura-pura yang dia dapat memaafkan Dr. Mahathir dengan mudah,
segala apa yang telah dilakukannya – termasuk apa yang Tunku percaya
adalah perlucutan demokrasi di Malaysia, yang beliau telah dengan
susah-payah membentuknya.

Jadi, Tunku memilih untuk “tidur”. Dr. Mahathir masuk ke dalam


bilik Tunku dan bercakap dengan penuh hormat mengenai Tunku, dia
menceritakan bagaimana dia benar-benar hormat Tunku, sepanjang

240 Malaysia Today


masa tersebut, Tunku hanya berdengkor seolah-olah dia berada dalam
tidur yang nyenyak. Dengan berbuat demikian, dia tidak perlu bercakap
dengan Dr. Mahathir ataupun menerima kehadiran Perdana Menteri. Dia
berpura-pura tidur untuk mengelakkan daripada memberi tanggapan
yang silap bahawa semuanya sudah dimaafkan dan dilupakan.

16 tahun kemudian, giliran Dr. Mahathir pula berbuat yang sama kepada
penggantinya sebagai Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.
Benar, Dr. Mahathir belum mengetuk pintu maut, ataupun sakit, tetapi
dia tidak mahu berpura-pura yang ‘semuanya dimaafkan’ dan tidak juga
‘semuanya baik’ antara dia dan Abdullah.

Apabila Abdullah menggunakan kawan bersama (salah seorang daripada


doktor dalam rombongannya) untuk mengatur pertemuan dengan Dr.
Mahathir di Tokyo semasa persidangan Nikkei dalam bulan Mei, Dr.
Mahathir sudah tentu keberatan untuk menerimanya. Tetapi dia tidak
dapat menolak untuk berjumpa dengan Perdana Menteri kerana dia
diberitahu yang Abdullah sudah dalam perjalanan ke hotel Dr. Mahathir
dan tidak boleh berpatah balik. Namun, Dr. Mahathir tidak lakukan
sepertimana Tunku. Dia berpura-pura dalam keadaan tergesa-gesa dan
selepas berjumpa dengan Abdullah menyapanya, berdengus sedikit dan
beberapa ‘umph’, ‘kunjung hormat’ tersebut berakhir dalam kurang dari
sepuluh minit. Walaupun Kalimullah Hassan Masheerul Hassan dan
Brendan Pereira cuba menunjukkan satu perdamaian dengan gergasi
Umno, pertemuan tersebut menyerupai bilik mayat hospital.

Setakat yang Dr. Mahathir peduli, berjumpa dengan Abdullah adalah


usaha yang sia-sia. Berdamai dengan Abdullah adalah suatu yang
paling akhir dalam fikirannya. Dr. Mahathir sudah putuskan untuk
“menyeberang jambatan dan tidak akan berpatah balik” - malah, dia
sudahpun membakar jambatan tersebut, jika ia berkaitan Abdullah.
Dr. Mahathir bukan lagi berfikir bagaimana menggulingkan Abdullah
sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri tetapi sebaliknya merancang
untuk menggulingkan apa yang pada fikirannya seorang pengganti yang
tidak boleh diharap. Dr. Mahathir bukan lagi pengkritik kerajaan tetapi
seorang pembangkang yang kuat, berusaha menjatuhkannya. Kini,
bekas Perdana Menteri secara rasmi adalah Ketua Pembangkang kepada
pemerintahan Abdullah.

Malaysia Today 241


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Masih ada yang percaya bahawa harapan Dr. Mahathir ialah pada Najib.
Itu sudah berubah. Najib sudah terkeluar walaupun beberapa cubaan
untuk membuktikan dirinya wajar mewarisi peninggalan Dr. Mahathir.
Contohnya, mengetahui yang dia dituduh oleh puak Dr. Mahathir
sebagai tidak mampu mengambil peluang di atas pelbagai kesalahan dan
kesilapan strategik Abdullah, Najib baru-baru ini bersama-sama dengan
puak anti Khairy. Dia memberi Reezal Merican Naina Merican peluang
mengetuai GPMS walaupun Reezal kini menjadi kuasa anti Khairy
paling kuat dalam pejabat Abdullah. Najib juga berjaya menyelamatkan
Suhaimi Ibrahim yang sudah terkubur kerjaya politiknya. Najib
berharap, dengan berbuat demikian, dia menunjukkan kemampuannya
dan keupayaannya menyelesaikan masalah dalam masyarakat di mana
pemimpin tradisinya ialah Abdullah sendiri.

Tetapi Dr. Mahathir tahu bahawa Najib kuda tempang disebabkan bukti-
bukti yang mampu menjatuhkannya yang telah dikumpulkan oleh Khairy
daripada perisikan Singapura, akhirnya akan digunakan untuk pancung
Najib. Oleh itu, Dr. Mahathir, walaupun bersetuju menerima bahawa
kejatuhan Abdullah akan membawa kepada kenaikan Najib sebagai
pengganti buat sementara, dia tidak lagi berharap kepada Najib untuk
menerajui gerakan menggulingkan Abdullah.

Senjata rahsia Dr. Mahathir bergantung kepada tiga bidang khusus.


Pertama, agak pelik, ialah dalam Pemuda Umno, walaupun bukan
melalui Mukhriz. Ramai merasakan yang Dr. Mahathir akan melancarkan
serangannya ke atas Khairy, sasaran yang paling dibenci, melalui
salah seorang daripada anak-anaknya yang aktif politik, Mukhriz atau
Mokhzani. Sementara kedua-duanya akan bertanding jawatan utama
dalam pemilihan Umno akan datang, Dr. Mahathir sebenarnya sudah
melatih seorang dengan berkaliber yang setanding Khairy yang akan
menyahkan Khairy sepantas kilat dan dengan mengejut. Pilihan Dr.
Mahathir ialah seorang graduan muda Oxbridge, anak seorang bekas
menteri kabinet yang sedang membangunkan simpanan perang dan
pantas mengumpul berjuta-juta untuk membiaya perbelanjaan dalam
pilihan raya Umno kelak. Berasal dari keluarga bangsawan politik, kuda
pilihan Dr. Mahathir, seorang yang muda, cekap dan kaya.

Unsur kejutan ialah komponen paling penting bagi senjata ini, kerana

242 Malaysia Today


tokoh yang dipilih oleh Dr. Mahathir, belum muncul pada tirai
nasional.

Khairy fikir, pilihan Dr. Mahathir ialah seorang yang tiada kualiti.
Sudah tentu, dia akan berfikir demikian, memandangkan dia sendiri
pada awalnya dikatakan tidak mampu mendapat sokongan seperti yang
ada hari ini. Pilihan Dr. Mahathir bagaimanapun mempunyai kelebihan
kerana tidak berapa dikenali dan tiada ‘bagasi lebihan’ menghalangnya.
Dalam pemilihan Umno akan datang, sekiranya Khairy memilih untuk
terus berada dalam barisan Pemuda Umno, dia akan berdepan dengan
personaliti baru yang mempunyai ciri-ciri baik tetapi tiada publisiti
negatif seperti yang Khairy miliki sehingga kini, akibat dari banyak
salahlaku perniagaan dan politiknya.

Cara orang pilihan Dr. Mahathir membina sokongannya bukan hanya


melalui Pemuda Umno tetapi juga melalui lain-lain pertubuhan, sedikit
demi sedikit memasuki kem Dr. Mahathir. Kalangan mereka adalah
pertubuhan-pertubuhan profesional yang ahli-ahlinya sudah muak
dengan ketidakupayaan Abdullah atau terlalu dengki dengan penonjolan
Khairy. Mereka merasakan mereka juga sama seperti Khairy, jika tidak
lebih baik, dan amat berminat untuk menawarkan diri mereka kepada
Dr. Mahathir, dengan harapan apabila perubahan berlaku, mereka akan
bertukar kedudukan dengan Khairy.

Dr. Mahathir secara senyap telah berjumpa dengan ramai daripada


kumpulan yang sebaya Khairy, mengumpul data mengenai kehidupan
peribadi Khairy dan mengenai setiap langkahnya. Walaupun terdapat
banyak peluang untuk berbuat demikian semasa menjadi Perdana
Menteri, Dr. Mahathir telah melakukan kesilapan taktikal kerana tidak
mendapatkannya semasa itu. Kini, Dr. Mahathir memungut mereka,
dan berjumpa dengan kelompok anak-anak muda yang mengira Khairy
sebagai sebagai salah seorang dari mereka atau bekas kumpulan mereka.
Mereka gembira dapat bertukar maklumat untuk mendapat pujian
daripada si Maha Tua politik Malaysia.

Satu lagi senjata Dr. Mahathir ialah kakitangan kerajaan yang bekerja
di pejabat Abdullah dan kementerian-kementerian yang relevan
seperti Kementerian Kewangan. Ia satu rahsia umum bahawa ramai

Malaysia Today 243


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

pegawai kanan kerajaan begitu muak dengan apa yang mereka kira
sebagai campurtangan langsung Khairy dalam polisi kerajaan dan
sering mengganggu untuk mendapatkan projek-projek melalui orang
suruhannya seperti Ahmad Zaki Zahid dan lain-lain yang sewaktu
dengannya. Kakitangan kerajaan tersebut terus melaporkan kepada Dr.
Mahathir hampir semua skandal dan salahlaku yang berkait dengan
Khairy – termasuk satu kes baru-baru ini, di mana Khairy mempengaruhi
penjualan aset kerajaan Malaysia kepada satu konsortium milik
Singapura yang meninjau-ninjau untuk sebuah syarikat yang beroperasi
dari Israel. Maklumat seperti itu tidak akan timbul jika tidak kerana
penglibatan orang dalam, seperti kebanyakan maklumat dalam Hikayat
Khairy Jamaluddin ini, yang diperolehi daripada pegawai-pegawai di
agensi-agensi kerajaan yang tidak berpuashati.

Skandal-skandal ini memang kompleks dan sukar bagi orang biasa untuk
faham. Tetapi jika ada satu kepandaian yang Dr. Mahathir masih punyai,
ialah kemampuannya menyampaikan kepada orang biasa dalam bahasa
yang paling mudah difahami mengenai isu yang selalunya kompleks dan
mencabar minda. Itu merupakan masalah besar bagi Abdullah. Kecuali
apabila dia mengulangi kata-kata Khairy, Abdullah bukanlah pandai
sangat berkomunikasi seperti Dr. Mahathir. Berdepan dengan Abdullah,
ahli-ahli Umno terus tertidur, sementara dengan Dr. Mahathir, dia
menambat hati pendengar dari mula sehingga akhir. Jika Dr. Mahathir
cabar Abdullah secara terbuka, tidak silap lagi, Abdullah nampak yang
lebih lemah, tergagap-gagap dari satu perkataan ke perkataan lain, tidak
mampu membuat ayat yang bermakna atau meyakinkan para hadirin.

Sementara itu, sesiapa yang sudah mengkaji Dr. Mahathir dalam 25


tahun yang lepas, akan tahu bahawa dia adalah guru lidah bercabang.
Temubual Dr. Mahathir baru-baru ini tidak boleh dibaca langsung begitu
tetapi sebaliknya diperiksa untuk mencari maksud yang tersembunyi.
Dr. Mahathir sedang berjuang berhabis-habisan, penuh yakin yang
hanya dia yang dapat menyelamatkan negara daripada kemusnahan.
Dalam perjuangan seperti ini, segala dan setiap gabungan wajar
dipertimbangkan. Malah, mereka yang Dr. Mahathir rasakan adalah
musuhnya akan dipertimbangkan dalam pertempuran besar menentang
Abdullah. Para pembaca mungkin terfikir yang kami membayangkan
suatu bentuk perdamaian antara tokoh-tokoh yang bertelagah dalam

244 Malaysia Today


lapan lalu yang mewarnai politik Melayu. Itu mungkin atau tidak
mungkin berlaku. Apa yang benar ialah semua parti menghantar wakil,
dan naik tahun hadapan anda mungkin akan melihat anjing berbaik
dengan kucing…

Malaysia Today 245


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

BAB 32

Pertempuran bermula: Serangan


Mahathir – Kaisar menjadi Brutus

J am menunjukkan empat pagi. Bekas Timbalan Perdana Menteri Musa


Hitam masih tidak boleh melelapkan mata. Walaupun penghawa
dingin dibuka paling kuat, namun masih tidak dapat menghilangkan
kehangatan hari tersebut yang membuatkannya tidak selesa. Pada usia
72 tahun, Musa sudah lama meninggalkan dunia politik, membawa diri
jauh daripada bahaya yang dicarinya apabila dia mencabar kekuatan
bosnya, Dr. Mahathir Mohamad, hampir 20 tahun yang lalu. Sejak gagal
merebut kuasa daripada Dr. Mahathir, Musa hilang dan kian dipupakan,
mengutip sisa-sisa dari meja-meja korporat dan berpura-pura menjadi
seorang diplomat. Terapat banyak malam sebelum ini yang membuatkan
Musa tidak dapat tidur, tetapi tiada yang seperti malam ini. Peluh sejuk
jatuh dari dahinya. Ia seolah-olah seperti diganggu mimpi ngeri dan
menghalangnya dari melelapkan mata. Loceng terus berdering dalam
kepalanya, membawa balik ke hari-hari di mana bukan hanya kerjaya
politiknya menghadapi padah, malah nasib negara.

Awal hari itu, Musa telah menghadiri sambutan ulangtahun Umno yang
ke-50. Sebagai bekas pemimpin parti tersebut, dia telah duduk di atas dais
bersama dengan pemimpin-pemimpin veteran yang lain dalam barisan
seperti potret nenek moyang zaman kuno Cina. Dari tempat tinggi pentas
yang mereka duduk, sambil melihat ke bawah kepada pelakon-pelakon
yang sedang mendendangkan segala pengorbanan pemimpin-pemimpin
yang lepas. Musa telah diletakkan di sebelah pemimpin agung Umno,
Dr. Mahathir Mohamad, satu-satunya bekas Presiden Umno yang masih

246 Malaysia Today


hidup, seorang yang statusnya seperti tuhan kalangan barisan bekas
pimpinan Umno. Bukan sambutan hari tersebut yang membuatkan
Musa tidak dapat lelap. Ia adalah apa yang Dr. Mahathir telah bisikkan
kepadanya sepanjang hari yang terngiang-ngiang dan membuatkannya
tidak boleh tidur.

Sebenarnya, ia bukan lagi bisikan. Ia sangat jelas yang Dr. Mahathir


tidak gembira, mungkin juga marah. Dan punca kemarahannya adalah
orang yang berdiri di tangga istana Johor Bahru yang tersergam, iaitu
penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi. Dr. Mahathir hampir tidak
dapat menyembunyikan pandangan rendahnya terhadap Abdullah;
menyumpah tindakan Abdullah baru-baru ini yang mengikutnya bukan
saja menggugat peninggalannya tetapi masa depan negara sendiri. Dr.
Mahathir amat marah. Akhirnya, setelah diganggu berkali-kali oleh
lelaki yang berdiri di sebelahnya, Musa bertanya kepada Dr. Mahathir
apa yang dia hendak lakukan mengenainya. Dan jawapan Dr. Mahathir
begitu mengejutkan Musa, dan kini dia tidak dapat tidur. Dr. Mahathir
memberitahu Musa akan rancangannya menggulingkan Abdullah.

Musa tahu bahawa apa yang Dr. Mahathir beritahu adalah keputusan
yang tidak akan ditukar. Dr. Mahathir sudah menepis segala keraguan
dan berazam meneruskannya sehingga akhir yang akan sama ada
meletakkanya sebagai wira negara atau pengkhianat. Dr. Mahathir
sudah membuat keputusan untuk menjadi ketua konspirator dalam usaha
membunuh kerjaya politik Abdullah Badawi, buat selama-lamanya.
Hanya itu akan menjaminkan dia tidak mati dalam keadaan putih mata.

Musa mencapai telefon bimbitnya dan mendapatkan nombor, seorang


ahli Parlimen dari Johor yang boleh diharap dapat menyampaikan mesej
kepada Abdullah. Sementara dia tidak bersetuju dengan semua yang
dilakukan oleh Abdullah -- malah, Musa merupakan orang yang pertama
menyuarakan kebimbangannya kepada Abdullah bahawa menantunya,
Khairy Jamaluddin, kian menjadi penasihat yang terlalu berkuasa dan
terlalu kaya. -- Musa tidak mahu politik Malaysia sekali lagi terbabit
dalam keganasan yang disaksikannya dalam tahun 1987 dan sekali
lagi dalam tahun 1998. Sebagai seorang Melayu Johor yang berpegang
kepada pendapat lama, pendirian Musa, sama ada betul atau salah,
adalah selalunya tunduk kepada kejahatan yang lebih kecil antara dua
kejahatan – alternatif lain ialah perang besar di mana kedua-dua pihak

Malaysia Today 247


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

mengalami kemusnahan dan setiap pemimpin tinggi akan terbunuh.


Musa merasakan adalah lebih baik dipanggil pengecut dan berwaspada
daripada mati berperang dan semua akan mengalami kecederaan selepas
itu.

Jadi, Musa membuat keputusan untuk menghubungi ahli Parlimen


tersebut dan menyampaikan mesej penting tersebut kepada Abdullah.
Mesejnya mudah dan datang dalam tiga bahagian. Pertama, Dr. Mahathir
sedang bersedia menyerang dan tujuannya menyahkan Abdullah.
Kedua, keputusan yang Dr. Mahathir sudah ambil dan apa jua usaha
meredakan situasi dengan cubaan berunding adalah sia-sia. Ketiga, dia
(Musa) sudah pilih untuk berada di pihak Abdullah menentang kuasa
Dr. Mahathir, yang satu ketika dia menjauhkan diri dalam ketakutan.

Abdullah Badawi menerima mesej tersebut pagi esoknya. Dia tidak


faham mengapa Musa rasa serangan tersebut sudah hampir. Sedangkan
dia cuba meredakan kemarahan Dr. Mahathir dengan cara paling halus,
yang selalunya akan meredakan kemarahan Si Maha Tua. Tetapi Abdullah
sudah lama bermain “double game”. Sementara dia cuba menunjukkan
apa yang Musa panggil ‘an elegant silence’, orang-orang bawahnya dari
para menteri dan ketua bahagian Umno, sentiasa menyebarkan bahawa
kebanyakan polisi-polisi Dr. Mahathir tidak lagi berguna dan Abdullah
sedang memperbaiki keadaan, cuba memperbetulkan keadaan untuk
semua sebelum terlambat.

Akhbar yang di bawah kuasa Kalimullah Hassan Masheerul Hassan


sudah dipamerkan sebagai media yang lebih bebas dalam persediaan
untuk hari dimana mereka dapat mengisytiharkan bahawa mereka
lebih bebas dan kritikal kini berbanding masa di bawah Dr. Mahathir.
Walaupun begitu, apabila serangan akhirnya menimpa, akhbar
yang dikuasai Khairy, lintang-pukang memburukkan Dr. Mahathir.
Setengah daripada cubaan tersebut agak kelakar. Contohnya, Datuk
Kamarulzaman dari TV3, sehingga terpaksa menemuramah ketua-ketua
kampung dan penghulu-penghulu bagi menyatakan sokongan mereka
kepada Abdullah. Malah, Rehman Rashid yang dilihat sebagai seorang
yang berilmu, tidak mampu berbuat lebih dari menulis surat terbuka
kepada Dr. Mahathir, memuji dengan penuh memualkan, kononnya
polisi terbuka media Abdullah, tanpa menceritakan yang sebenarnya,
polisi tersebut memberikannya balik pekerjaannya yang sebelum itu

248 Malaysia Today


ditarik oleh Abdullah Ahmad. Dalam lain perkataan, pemain kecil yang
mengeluarkan pisau lipat untuk mencalarkan Dr. Mahathir dan kemudian
ketawa kesukaan kerana dapat lukakan sedikit. Yang sebenarnya usaha
untuk menjatuhkan Dr. Mahathir bermula dari hari pertama pentadbiran
Abdullah. Ia strategi yang disengajakan dan konsisten yang dirangka
oleh Khairy, dibentangkan berbulan-bulan sebelum penyerahan kepada
kumpulan yang telah dibentuk untuk memainkan peranan sebagai
tongkat Abdullah.

Dalam Hikayat Khairy Jamaluddin yang pertama, kami telah


menggariskan bagaiamana Khairy akan meruntuhkan warisan
peninggalan Dr. Mahathir satu demi satu. Ia telah mengambil dua tahun,
tetapi rancangan yang telah dirangka berbulan-bulan sebelumnya kini
sudah mendidih. Kejatuhan Dr. Mahathir yang dirangka disembunyikan
di sebalik gerakan pembaharuan yang dicetuskan oleh Abdullah, atau
sekurang-kurangnya dipersetujui secara diam oleh pentadbirannya.

Usaha sudah menunjukkan hasilnya. Salahguna institusi kehakiman oleh


Dr. Mahathir yang berleluasa, kecenderungannya kepada perniagaan
tertentu dari yang lain, penggunaan wang kerajaan untuk projek-projek
mega, dan lain-lain salahguna kuasa yang dirasakan telah berlaku, kini
dibawa dan didedahkan kepada umum. Seterusnya, seperti yang pernah
dikatakan oleh Khairy sendiri kepada kawan-kawan rapatnya (dan apa
yang Hikayat ini sudah nyatakan sebelum ini): bahawa individu-individu
tertentu daripada pentadbiran Dr. Mahathir akan ditelangjangkan di
khalayak umum sebagai pertunjukan didedahkan segala ‘dosa’ mereka
dan hukuman yang ‘sewajarnya’ akan dikenakan. Penghakiman tersebut
menjadi kutukan langsung ke atas kepimpinan pertengahan di bawah
Dr. Mahathir, tetapi sasaran sebenar ialah Arkitek Agung sendiri.
Nama Dr. Mahathir akan diheret keluar masuk mahkamah di seluruh
negara dan dia akan digambarkan sebagai seorang yang bijak dan jahat
yang mengarahkan orang bawahannya melakukan tindakan korup dan
salahguna kuasa sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri
Malaysia.

Akhirnya, sasaran Khairy ialah menyumbat sekurang-kurangnya seorang


dua daripada orang utama Dr. Mahathir ke dalam penjara. Menonjol
kalangan sasaran tersebut ialah kumpulan mereka yang berkhidmat
sebagai budak poster agenda korporat Dr. Mahathir – dalam lain

Malaysia Today 249


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

perkataan, mereka yang paling hampir dengan bekas Menteri Kewangan


Daim Zainuddin. Daim sentiasa menjadi sasaran Khairy yang paling
ketara. Walaupun ramai yang mengatakan dia menjadi perancang
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam tahun 1980-an dan 1990-
an, kerana Daim sering menganggapnya adalah kerana Dr. Mahathir,
menjadikan mudah untuk mempalitkan Daim sebagai budak jahat tanpa
merasa bersalah. Jelasnya, rekod Daim bukan bersih jika dibandingkan
dengan Menteri-menteri Kewangan yang lain, dengan kemungkinan
pengecualian kepada Anwar Ibrahim, Daim sudah dikenali mempunyai
askar-askar yang dipercayai yang disuap dengan wang, kedudukan dan
kontrak-kontrak.

Tetapi sudah tentu Dr. Mahathir tahu semua itu. Memang betul. Salah
satu faktor yang mencetuskan kemarahan Dr. Mahathir ialah satu perkara
yang diberitahu oleh bekas setiausaha politiknya, begitu menarik
perhatiannya. Nampaknya, Khairy telah mengadakan perjumpaan
dengan beberapa bekas hakim yang bercadang membuat serangan ke
atas ‘saudara-saudara’ mereka yang korup yang telah dinaikkan pangkat
oleh Dr. Mahathir, khususnya kerana ketundukan mereka kepada
Mahathir. Sudah tentu sesetengah daripada ‘kawan’ baru Khairy jujur
mahu membawa perubahan dalam institusi kehakiman. Tetapi jangan
terpedaya mengenainya – kebanyakan daripada mereka adalah sama
korup dengan mangsa mereka dan mereka hanya mahu menyokong
Khairy, agar mereka terselamat. Tiada yang putih dan hitam dalam
institusi kehakiman Malaysia, hanya kelabu. Semua hakim-hakim yang
bersih sudah ditendang keluar bersama dengan Salleh Abbas sementara
ramai yang lain sama ada sudah mati, kecewa dan putus asa, atau hilang
tidak tahu ke mana.

Boleh sesiapa mengatakan yang pembaharuan Abdullah hanya disokong


oleh tangan-tangan yang bersih? Ia tidak perlu seorang yang bijak untuk
sedar bahawa suara-suara yang bercakap menyokong Perdana Menteri
menentang Dr. Mahathir adalah mereka yang kehidupan dan kerjayanya
telah dibina dengan sumber-sumber yang haram. Ini termasuk hampir
semua menteri-menteri kabinet yang ada, saki-baki daripada zaman Dr.
Mahathir. Mereka bukannya bersih. Setengah dari mereka, seperti Nazri
Aziz tersangatlah korup sehingga anda boleh menghidu korupsi seperti
anjing yang menghidu anjing betina di terik matahari sebaik saja dia
memasuki bilik. Yang lain, seperti Muhyiddin Yassin, sama bersalah

250 Malaysia Today


atas politik wang seperti Isa Samad – dan diselamatkan daripada
hukuman hanya kerana dia dilihat sebagai budak bodoh dan tidak
merbahaya kepada kerjaya politik Khairy. Ia menggelikan hati melihat
mereka semua, kini menyokong usaha pembaharuan Abdullah. Mereka
akan meyokong mana-mana Perdana Menteri. Jika Hadi Awang adalah
Perdana Menteri sekalipun, mereka akan bertepuk sorak, menjerit-jerit
namanya.

Apa yang membimbangkan mereka semua ialah mereka tidak lagi


mampu berpura-pura menjadi anak setia Mahathir sementara berkhidmat
sebagai orang Abdullah. Kini, pertempuran sudah bermula, mereka
mesti dilihat sebagai askar-askar yang setia kepada ketua komanden. Itu
sudah dijangka dan ia sentiasa menjadi budaya di dalam Umno. Namun,
sekurang-kurangnya tiga daripada mereka sudah memberi sokongan
mereka kepada Mahathir. Mereka bertiga yang telah memberikan
sokongan mereka kepada Mahathir ialah Tengku Adnan Tengku Mansor,
Azmi Khalid dan Mustapa Mohamad.

Tetapi itu tidak memeranjatkan. Yang peliknya ialah mengenai reaksi


dan tindak balas Dr. Mahathir. Sudah tentu, semua orang tidak percaya
Mahathir mengambil cuti, kerana tertelan berlebihan Panadol, bila
dia memberi komen paling keras. Seperti dalam episod Anwar, Dr.
Mahathir sudah fikirkan lama dan mendalam mengenainya. Dan ini
merupakan langkah seterusnya Dr. Mahathir akan buat. Dr. Mahathir
menggulingkan Anwar dengan mendapatkan orang lain melakukan kerja
yang penuh risiko tersebut. Kali ini bagaimanapun, dia akan lakukannya
sendiri. Dia telahpun memberitahu semua orang mengenainya. Malah
anaknya Mukhriz, mengaku kepada akhbar bahawa bapanya kini begitu
marah dan dia membuat tindakannya sendiri dan tidak memberikan
tanggungjawab tersebut kepada sesiapa.

Pertamanya, usaha gerakkan usul tidak percaya dalam Umno perlu


ditimbulkan. Seperti di masa lalu, Dr. Mahathir akan bergantung kepada
jentera Umno negeri untuk lakukan itu. Dari ramai-ramai Menteri Besar,
hanya dua yang masih dalam kem Abdullah. Mereka adalah Mahadzir
Khalid dari Kedah dan Mohamad Hassan dari Negeri Sembilan. Mahadzir
Khalid tidak popular di Kedah. Dia terlalu baru untuk mempunyai
sokongan akar umbi yang kuat dan mempunyai musuh sedia ada seperti
Ahmad Lebai Sudin, Aziz Sheikh Fadzir dan malah bekas Menteri Besar

Malaysia Today 251


HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN

Syed Razak Syed Zain untuk berdepan. Tambahan itu, kemewahannya


yang berlebihan dalam beberapa bulan lalu di mana dia menjadi satu-
satunya Menteri Besar yang menggunakan jet peribadi untuk lawatan
luar negara, mendidihkan lagi pemimpin-pemimpin Umno Kedah. Dia
juga secara terbuka memarahi mereka seolah-olah mereka budak-budak
– mungkin teringatkan masa dia sering memarahi anak murid isterinya
ketika zaman ketidaktentuan politik. Dia bukanlah seorang yang boleh
diharapkan untuk membangunkan negeri Kedah.

Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang seperti


seorang penjahat dalam filem Tamil 1970-an, ialah seorang lagi yang
tidak dikenali, yang diletakkan sebagai boneka oleh Khairy bagi
memanaskan kerusi sehingga dia sendiri sudah bersedia mengambil
tampuk pemerintahan Negeri Sembilan. Mohamad sudah punya musuh,
Isa Samad, Menteri Besar yang dia gantikannya, dan lain-lain Ahli
Exco yang mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding Mohamad.
Dia hanya tahu bagaimana mentadbir negeri tidak lebih dari seorang
mekanik yang anda temui di Seremban – memberikan sokongannya
kepada Abdullah ialah satu-satunya cara baginya untuk terus berpaut
kepada jawatannya.

Sudah tentu, mereka yang seperti Idris Jusoh dari Terengganu dan Musa
Aman dari Sabah, yang akan menyokong sesiapa yang mereka fikir akan
menang – dan jika mereka fikir Dr. Mahathir akan menang, mereka akan
tinggalkan Abdullah dan melompat ke gerabak Dr. Mahathir. Selain
dari yang lain, dua sudahpun memberikan sokongan di sebalik tabir
kepada Dr. Mahathir -- Shahidan Kassim, opurtunis licik, yang percaya
dirinya sebagai ketentuan Tuhan kepada rundingan perdamaian, dan
Adnan Yaakob, yang masih marah pada Khairy kerana tidak menyokong
usahanya bertanding sebagai Naib Presiden dalam pemilihan Umno
lepas. Tetapi kedua-duanya adalah badut. Dr. Mahathir kini bergantung
kepada seorang lain untuk menjadi pengurus kempennya bagi negeri.
Orang tersebut ialah seorang yang sudah lama berdendam, bukan saja
terhadap Abdullah, tetapi terhadap Khairy. Semasa Pilihan Raya Umum
lalu, dia adalah antara mereka yang terkeluar dari senarai. Tambahan
pula, Khairy telah memperkecilkan usahanya semasa pemilihan Umno
lepas. Lebih penting, Khairy telah memijak kepalanya dalam pemberian
projek-projek dalam negerinya. Terdapat ketika, dia diberitahu oleh ahli
perniagaan bahawa Khairy secara peribadi telah memberikan mereka

252 Malaysia Today


konsesi – yang mana dia dilarang membantah. Kemarahannya pada
Khairy memang wajar dan menyahkan Abdullah dan menantunya adalah
kemuncak kepada impiannya.

Dr. Mahathir akan bergantung kepada seorang ini untuk menggerakkan


Umno perlahan-lahan ke arah mengeluarkan Abdullah. Dengan apa
jua cara, Umno akan disediakan untuk melihat pertandingan sama
ada Abdullah akan menang ke atas Dr. Mahathir atau orang baru Dr.
Mahathir diletakkan di tempat kepimpinan Barisan Nasional sebelum
Pilihan Raya Umum ke-12. Sejak Dr. Mahathir begitu beria dalam
usahanya mengeluarkan Abdullah dan Khairy, Malaysia Today tidak
akan kacau dengan mendedahkan perancangannya buat masa sekarang.
Cukup dengan memanggil senjata Dr. Mahathir ‘MB X’. Dan MB X
akan memperkenalkan dirinya kepada umum tidak lama lagi....

Malaysia Today 253


M alaysia Today percaya tentang konsep media bebas (free media) dan kebebasan
media (independent media). ‘Media bebas’ atau ‘media yang bebas’ bermakna
media yang bukan dimiliki oleh sesiapa yang berkepentingan sementara ‘kebebasan
media’ bermakna media yang tidak dibelenggu atau ditindas, dan media yang boleh
melaporkan tanpa merasa takut dikenakan tindakan oleh mereka yang berkuasa. Media
bebas dan kebebasan media adalah penting bagi membangunkan budaya politik baru
dalam negara ini. ‘Tanpa rasa takut atau berpehak’ wajar menjadi budaya media yang
beroperasi dalam budaya politik ini.

Istilah yang digunakan kini ialah ketelusan dan pertanggungjawaban. Pentadbiran yang
diambilalih oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji kepada para
pengundi dalam Pilihan Raya Umum, Mac 2004, dua perkara tersebut dan banyak lagi.
Kerajaan juga telah berikrar untuk menghentikan korupsi dan salahguna kuasa. Tetapi
semua itu tidak akan dapat dicapai sehingga dan tidak boleh tidak, wujudnya kebebasan
media iaitu bebas untuk melaporkan tanpa merasa takut atau terpaksa.

Kebebasan media hanya akan wujud apabila ia tidak dimiliki oleh mana-mana tuan
politik atau kepentingan perniagaan. Ia tidak berkhidmat untuk mana-mana ‘tuan’ kecuali
pembaca-pembaca. Perkara yang menjadi keutamaan media ialah untuk melaporkan
yang benar. Oleh itu, tagline Malaysia Today: Your source of independent news -
the other side of the story (Sumber berita bebas anda – kisah di sebaliknya).

Kebebasan media bermakna bebas untuk melaporkan kebenaran tanpa sekatan


dikenakan ke atasnya. Dan ia tidak takut kepada tindakan dan serangan daripada
mereka yang berkuasa. Undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),
Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, dan banyak lagi, tidak sepatutnya digunakan
sebagai ancaman untuk menekan kebebasan media.

Malaysia Today menghormati hak semua untuk bersuara dan akan menawarkan diri
sebagai platfom bagi semua untuk didengari. Malaysia Today tidak menyekat atau
menapis apa jua yang ingin dinyatakan, sama ada apa yang diperkatakan dipersetujui
atau tidak dipersetujui oleh kami. Malaysia Today mungkin tidak bersetuju dengan apa
yang anda katakan, tetapi kami akan pertahankan hak anda untuk bersuara.

Itu yang menjadi cahaya panduan Malaysia Today dan kami pastikan ia diamalkan
sepertimana kami katakan. Rakyat Malaysia perlu belajar konsep ‘setuju untuk tidak setuju’,
dan tidak perlu merasa takut kepada suara-suara bantahan dan pandangan-pandangan
yang bertentangan. Malaysia Today berharap dengan menawarkan MT sebagai platfom
untuk berbeza pandangan, rakyat Malaysia akan belajar bahawa masih ada kesatuan
dalam kepelbagaian.

www.malaysia-today.net

You might also like