You are on page 1of 6

SYARAHAN: MENSYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN NEGARA (THE CLEAR SENSE OF

DIRECTION)
Malaysia yang terbentuk daripada gabungan Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak ialah suatu entiti geopolitik yang sah dan
diiktiraf di seluruh dunia. Sesekali memang terdapat ancaman yang
menguji keutuhan persekutuan yang ditubuhkan sejak tahun 1963 itu.
Tuntutan pertindihan wilayah daripada negara jiran berjaya
dikendalikan atas semangat diplomatik dan norma hubungan
antarabangsa tanpa campur tangan ketenteraan.
Perjuangan kemerdekaan negara telah berputik sekian lama sejak
keruntuhan empayar Melaka pada tahun 1511 lagi, lalu bersambung
dengan gerakan nyah penjajah oleh pahlawan tempatan seperti Dol
Said, Dato' Maharajalela, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Tok
Janggut, Mat Kilau, Rosli Dhobi dan ulama yang menerajui pendidikan
pondok di serata pelosok tanah air. Perjuangan menuntut kemerdekaan
disuarakan menerusi pelbagai organisasi dan media cetak sambil
berhadapan dengan tali barut penjajah durjana. Walaupun pada
akhirnya penjajah menyerahkan pengisytiharan kemerdekaan negara
kepada golongan bangsawan, jasa pejuang yang terdahulu tidak
pernah padam dalam lipatan sejarah.
Kemerdekaan negara ialah suatu nikmat yang wajib disyukuri. Sejarah
imperialisme Barat menunjukkan bahawa mereka hanya melepaskan
negara-negara yang dijajah dalam pertengahan abad ke-20 setelah
berpuas hati bahawa tangan-tangan ghaib mereka masih mencengkam
di negara bekas jajahan. Rasa rendah diri yang dialami oleh rakyat
negara jajahan menjadikan mereka sebagai pengkagum negara bekas
penjajah, terutama dari segi cara berfikir, cara bertindak dan
berbahasa.
Misi gold, gospel and glory yang dibawa oleh penjajah Barat masih
berbekas hingga ke hari ini. Sistem kenegaraan bekas negara jajahan
masih berkiblat kepada negara bekas penjajah. Begitu berliku dan
betapa sukar sekali proses membina jati diri dalam kalangan pemimpin
yang rakyat yang masih terpesona dengan negara bekas penjajah
mereka.
Kini penjajahan secara fizikal telah diganti dengan penjajahan barang
dan perkhidmatan. Negara-negara maju dengan kuasa beli yang tinggi
telah menguasai entiti antarabangsa yang penting, termasuk
Pertubuhan Bangsa Bersatu, Bank Dunia, Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF), blok dan pertubuhan perdagangan, serta syarikat
gergasi multinasional. Negara bekas jajahan dilabel sebagai negara

dunia ketiga dan negara sedang membangun sahaja.


Kemerdekaan yang hakiki kelihatan begitu mustahil dalam era
globalisasi yang merupakan kesinambungan agenda penjajahan Barat.
Namun, kematangan dan kebijaksanaan sahaja yang akan membuka
ruang yang lebih luas buat negara yang pernah dijajah untuk
merungkai ikatan pengaruh bekas negara penjajah satu per satu.
Pemimpin dan rakyat mesti bersatu hati supaya impian kemerdekaan
yang tulen dapat dicapai sepenuhnya.
Malaysia semakin dihormati oleh masyarakat antarabangsa, sama ada
oleh negara-negara umat Islam mahupun negara serantau dan benua
berlainan. Jika dahulu negara lebih dikenali sebagai pengeluar utama
bijih timah dan getah, kini negara menjadi tumpuan kegiatan ekonomi
antarabangsa, termasuk urus niaga barang dan perkhidmatan yang
berteraskan teknologi tinggi. Rakyat Malaysia juga telah berkelana ke
serata dunia untuk menawarkan kepakaran dan perkhidmatan yang
mampu menyumbang terhadap kebajikan insan.
Sikap tolak ansur yang menjadi asas perpaduan rakyat juga menjadi
insurans atau jaminan kemakmuran negara. Namun, rakyat Malaysia
dengan tegas menolak sebarang bentuk kekerasan sama ada ancaman
jenayah, pelampau dan penganjur keganasan. Ukuran keamanan
negara boleh disahkan menerusi jumlah ketibaan pelancong yang
mencecah angka 30 juta orang saban tahun.
Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana keamanan yang dikecapi
membolehkan segara urusan kehidupan berjalan dengan lancar tanpa
gangguan yang ketara. Rantau Asia Tenggara yang terkenal sebagai
zon aman, bebas dan berkecuali turut menyumbang kepada keadaan
tenang tenteram di negara kita. Pergolakan politik tempatan di setiap
negara tidak melepasi sempadan negara masing-masing.
Sehingga ke hari ini tahap keselamatan di tempat tumpuan awam dan
pelancong di Malaysia masih sangat dipercayakan. Pelancong asing
dan tempatan bebas ke mana-mana tanpa bimbang berlakunya
kejadian buruk, kecuali kes-kes jenayah yang bersifat terpencil.
Rangkaian pengganas antarabangsa juga berjaya disekat daripada
menyusup masuk ke dalam negara ini.
Usaha juga dilakukan ke tahap optimum untuk melemahkan modus
operandi licik sindiket pengedar dadah antarabangsa, termasuk
penyamaran keldai dadah dan bentuk
fizikal dadah yang
mengelirukan. Kepakaran pasukan keselamatan dan kecanggihan
teknologi pengesanan dadah digembleng sepenuhnya. Memang benar
bahawa penjenayah dadah tidak akan berputus asa, tetapi hukuman

paling berat
terbongkar..

akan

dikenakan

sebaik

sahaja

muslihat

mereka

Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan negara yang sedang


dikecapi dengan
Kepentingan Sebuah Kemerdekaan MERDEKA!!! MERDEKA!!!
MERDEKA!!!... Laungan inilah yang seringkali kita kedengaran apabila
tibanya 31 OGOS setiap tahun. Tarikh ini merupakan tarikh keramat
untuk negara Malaysia iaitu tarikh kemerdekaan negara. Apa itu
merdeka?. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah bebas
daripada penjajahan, kurungan, naungan, dan lain-lain dan lepas
daripada tebusan, tuntutan dan berdiri sendiri, tidak bergantung pada
yang lain. Kemerdekaan pula bermaksud membebaskan diri insan
daripada belenggu dan memberi ruang untuk warga sesuatu negara
membangunkan negaranya berasaskan acuan sendiri. Menyingkap
kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak tahun 1511
hingga Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini menempuh pelbagai
rintangan dalam usaha untuk memperoleh kemerdekaan. Ramai tokohtokoh kemerdekaan yang telah berjuang dan mereka sanggup
menjadikan nyawa mereka sebagai cagaran demi membela anak
bangsa dan tanah tumpah darah mereka sendiri. Kemerdekaan negara
mempunyai beberapa kepentingan terutamanya kepada individu,
masyarakat dan juga negara. Kepentingan individu merupakan satu
ruang skop yang kecil tetapi memberikan kesan yang mendalam
terhadap negara. Setiap individu tanpa mengira umur serta pangkat
dan darjat perlu menghayati kepentingan sebenar kemerdekaan.
Sekiranya setiap individu menghayati setiap semangat juang yang
ditunjukkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan, sudah pasti perkara ini
boleh memberikan satu suntikan semangat kepada setiap diri individu
untuk memberikan sumbangan serta bakti kepada negara yang
tercinta ini. Nikmat kemerdekaan yang dikecapi ini, setiap individu
bebas melakukan apa sahaja tanpa perlu risau terutamanya bagi
mereka yang masih belajar sama ada di bangku sekolah mahupun
institusi pengajian tinggi. Golongan seperti ini bebas untuk bersuara
dalam mengeluarkan pendapat. Setiap pendapat atau buah fikiran
yang dinyatakan itu merupakan satu proses pembelajaran dan
sekiranya pendapat itu salah sekali pun, tidak sewajarnya mereka
dihukum. Disebabkan inilah pentingnya ilmu pengetahuan kepada
setiap individu kerana dengan adanya ilmu pengetahuan, kita boleh
mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita dalam
membangunkan negara kita ini tanpa mengharapkan bantuan daripada
pihak asing. Kemerdekaan juga memberikan kepentingan kepada
masyarakat. Sebagai masyarakat zaman moden yang tidak pernah
merasakan situasi sebenar sebelum kemerdekaan dicapai, sudah pasti

kita tidak mampu menandingi semangat juang dan semangat patriotik


yang ada dalam diri setiap pejuang tanah air kita dahulu. Buktinya
ialah kita boleh lihat sendiri bagaimana sambutan yang diberikan oleh
golongan belia masa kini ketika sambutan kemerdekaan negara
dilakukan. Mereka lebih bersikap liar dengan melakukan perkaraperkara yang tidak sepatutnya dilakukan seperti lumba haram, pesta
seks, dan sebagainya. Perkara ini sepatutnya tidak wajar dilakukan
oleh anak muda sekarang sekiranya mereka betul-betul menghayati
dan mempunyai semangat kemerdekaan yang sebenar. Menjadi
tanggungjawab masyarakat generasi moden hari ini untuk mengenang
dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah
memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang
dimiliki dapat dipertahankan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan
yang kita warisi ini akan berada dalam keadaan yang amat rapuh
kerana negara penjajah boleh menjajah kita semula walaupun bukan
daripada segi fizikal tetapi pemikiran dan tingkah laku masyarakat
sekarang sudah pun dijajah semula. Kita boleh lihat bagaimana corak
kehidupan masyarakat sekarang lebih menunjukkan kearah budaya
barat dan tidak melambangkan ciri-ciri ketimuran yang sepatutnya
dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat. Sebagai contoh, cara
pemakaian, pengaruh budaya Barat seperti Punk, Black Metal,
homoseksual, muzik yang melalaikan dan sebagainya. Ini jelas
menunjukkan budaya Barat telah meresap ke dalam jiwa anak muda
sekarang tanpa kita sedari ianya merupakan penjajahan secara halus
yang dilakukan negara Barat. Disebabkan inilah pentingnya ilmu
pengetahuan kerana dengan adanya ilmu pengetahuan, kita boleh
menangkis segala masalah dan mampu untuk berfikir secara rasional
mengenai perkara yang patut kita lakukan. Selain daripada itu, Jika kita
lihat fenomena pada hari ini, kebanyakan masyarakat kita telah lupa
untuk menghargai kemerdekaan tersebut. Mereka telah lupa akan titik
peluh datuk nenek kita memperjuangkan kemerdekaan. Disebabkan
sikap segelintir pihak ini, negara kita telah hampir dijajah sekali lagi
pada tahun 1997. Kemerdekaan sesebuah negara adalah milik dan
kuasa rakyat negara tersebut. Orang luar tidak ada kuasa untuk
menentukan hala tuju negara kita. Kita boleh lihat bagaimana
sesebuah negara di dunia ini tumbang, bukannya daripada faktor
bangsa asing tetapi ianya berpunca daripada pembelot di dalam
negara sendiri. Dalam usaha memajukan negara setelah mencapai
kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara kita yang lalu telah
meletakkan asas kemerdekaan yang utuh. Contohnya Bapa
Kemerdekaan Negara iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
telah berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum dan dibantu juga oleh Bapa Pembangunan Negara,
Allahyarham Tun Abdul Razak, dan kesinambungan ini diteruskan
dengan Bapa Perpaduan iaitu Allahyarham Tun Hussien Onn. Asas
pemerintahan yang dilaksanakan oleh Tun Hussien Onn telah

diperkukuhkan lagi dengan pengasas Wawasan 2020 iaitu Tun Dr.


Mahathir Mohamad yang merupakan Bapa Pemodenan Negara. Pada
era pemerintahan Perdana Menteri ke-4 inilah negara Malaysia telah
maju dan berkembang dengan pesatnya sehinggakan negara Malaysia
telah dikenali di serata dunia. Pemerintahan negara diteruskan lagi
dibawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang digelar sebagai
Bapa Pembangunan Modal Insan dan sekarang pentadbiran negara
telah diketuai oleh Najib Abd Razak yang merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang ke-6 sehingga sekarang. Setiap pemimpin negara ini
sejak kemerdekaan negara yang pertama, negara telah banyak
membangun dan mendapat tempat di hati rakyat luar negara daripada
segi aspek ekonomi, pembangunan, pelancongan dan lain-lain. Jelas
sekali usaha yang dilakukan setiap pemimpin ini adalah untuk
membuktikan negara kita ini boleh membangun dan maju walaupun
tanpa campur tangan pihak luar. Secara tuntasnya, kita sebagai rakyat
Malaysia yang telah mencapai kemerdekaan lebih dari separuh abad
ini, perlu berada dalam keadaan bersedia dalam menghadapi pelbagai
cabaran untuk memperkasakan bangsa merdeka. Oleh itu, segala
jurang pembangunan, ekonomi, politik dan sosial dalam kalangan
kaum di Malaysia ini perlulah dieratkan dan diperkukuhkan berteraskan
Rukun Negara agar kita semua boleh menikmati sebuah kemerdekaan
yang sebenar. Perpaduan kaum yang telah terbina sejak sekian lama
ini perlulah diteruskan dan disemai supaya keharmonian negara terus
berada dalam keadaan yang harmoni dan ini boleh mewujudkan
Malaysia sebagai sebuah negara contoh kepada negara lain sekaligus
dapat mempertahankan negara daripada dijajah semula. Malangnya
kita boleh lihat sekarang bahawa segala kesenangan yang dinikmati
oleh masyarakat moden sekarang ini telah menjadikan mereka sebagai
generasi yang kini tidak menghargai erti perjuangan sebenar
kemerdekaan sehinggakan ada yang sanggup menghina bendera
Malaysia dan ada yang cuba untuk menjatuhkan negara kita sendiri
demi kepentingan peribadi. Ini semua berpunca daripada generasi kini
yang buta sejarah dan hanya mengetahui perihal sejarah kemerdekaan
daripada catitan sejarah dan kemudian terus menikmati hasil daripada
perjuangan para perjuang kemerdekaan negara, tetapi tidak pernah
merasai sendiri betapa sukarnya perjuangan yang telah dilakukan oleh
pejuang tanah air kita. Golongan inilah yang lalai dan dengan mudah
mencalarkan keharmonian dan kedaulatan negara untuk sesuatu
tujuan tanpa memikirkan kepentingan ramai. Seorang pemimpin
pernah berkata, Tidak sayangkah kita kepada negara yang kita
bangunkan dengan bersusah payah tetapi hendak dimusnahkan dalam
sekelip mata?" Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab anak-anak muda
untuk membina dan membentuk negara ini kerana merekalah yang
akan memimpin negara ini pada masa akan datang. Jatuh bangunnya
negara pada masa akan datang bergantung pada anak muda sekarang
dan sudah pasti ianya akan menjadi satu tigas yang sangat berat dan

sudah tentu ia tidak akan mampu dipikul jika golongan anak muda
sekarang ini tidak mempunyai persediaan yang mantap dan rapi dari
sekarang. Sayangilah negara kita, hormatilah pemimpin kita,
kenangilah para pejuang kemerdekaan negara kita dan hargailah
nikmat kemerdekaan yang kita telah kecapi ini. Copy and WIN :
http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

You might also like