You are on page 1of 4

SYARAHAN: MENSYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN

NEGARA

Salam mesra pembuka kata,

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Berdirinya saya di pentas yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan
sebuah pidato yang bertajuk “ Mensyukuri nikmat kemerdekaan negara.”

Sidang hadiri yang dihormati ..............

Dalam bahasa yang paling mudah, merdeka ialah bebas


daripada segala belenggu dan ikatan yang
mengongkong. Dalam konteks sebuah negara yang
berdaulat, merdeka ialah bebas daripada pengaruh dan
telunjuk kuasa asing yang berniat jahat

Malaysia yang terbentuk daripada gabungan


Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ialah
suatu entiti geopolitik yang sah dan diiktiraf di seluruh
dunia. Sesekali memang terdapat ancaman yang
menguji keutuhan persekutuan yang ditubuhkan sejak
tahun 1963 itu. Tuntutan pertindihan wilayah daripada
negara jiran berjaya dikendalikan atas semangat
diplomatik dan norma hubungan antarabangsa tanpa
campur tangan ketenteraan.

Perjuangan kemerdekaan negara telah berputik sekian


lama sejak keruntuhan empayar Melaka pada tahun
1511 lagi, lalu bersambung dengan gerakan nyah
penjajah oleh pahlawan tempatan seperti Dol Said,
Dato' Maharajalela, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong,
Tok Janggut, Mat Kilau, Rosli Dhobi dan ulama yang
menerajui pendidikan pondok di serata pelosok tanah
air. Perjuangan menuntut kemerdekaan disuarakan
menerusi pelbagai organisasi dan media cetak sambil
berhadapan dengan tali barut penjajah durjana.
Walaupun pada akhirnya penjajah menyerahkan
pengisytiharan kemerdekaan negara kepada golongan
bangsawan, jasa pejuang yang terdahulu tidak pernah
padam dalam lipatan sejarah.

Tuan puan yang dikasihi,

Kemerdekaan negara ialah suatu nikmat yang wajib


disyukuri. Sejarah imperialisme Barat menunjukkan
bahawa mereka hanya melepaskan negara-negara yang
dijajah dalam pertengahan abad ke-20 setelah berpuas
hati bahawa tangan-tangan ghaib mereka masih
mencengkam di negara bekas jajahan. Rasa rendah diri
yang dialami oleh rakyat negara jajahan menjadikan
mereka sebagai pengkagum negara bekas penjajah,
terutama dari segi cara berfikir, cara bertindak dan
berbahasa.

Hadirin yang dimuliakan,

Kemerdekaan yang hakiki kelihatan begitu mustahil


dalam era globalisasi yang merupakan kesinambungan
agenda penjajahan Barat. Namun, kematangan dan
kebijaksanaan sahaja yang akan membuka ruang yang
lebih luas buat negara yang pernah dijajah untuk
merungkai ikatan pengaruh bekas negara penjajah satu
per satu. Pemimpin dan rakyat mesti bersatu hati
supaya impian kemerdekaan yang tulen dapat dicapai
sepenuhnya.
Malaysia semakin dihormati oleh masyarakat
antarabangsa, sama ada oleh negara-negara umat
Islam mahupun negara serantau dan benua berlainan.
Jika dahulu negara lebih dikenali sebagai pengeluar
utama bijih timah dan getah, kini negara menjadi
tumpuan kegiatan ekonomi antarabangsa, termasuk
urus niaga barang dan perkhidmatan yang berteraskan
teknologi tinggi. Rakyat Malaysia juga telah berkelana
ke serata dunia untuk menawarkan kepakaran dan
perkhidmatan yang mampu menyumbang terhadap
kebajikan insan.

Sikap tolak ansur yang menjadi asas perpaduan rakyat


juga menjadi insurans atau jaminan kemakmuran
negara. Namun, rakyat Malaysia dengan tegas menolak
sebarang bentuk kekerasan sama ada ancaman
jenayah, pelampau dan penganjur keganasan. Ukuran
keamanan negara boleh disahkan menerusi jumlah
ketibaan pelancong yang mencecah angka 30 juta
orang saban tahun.

Tuan puan yang dirahmati,

Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana keamanan yang


dikecapi membolehkan segara urusan kehidupan
berjalan dengan lancar tanpa gangguan yang ketara.
Rantau Asia Tenggara yang terkenal sebagai zon aman,
bebas dan berkecuali turut menyumbang kepada
keadaan tenang tenteram di negara kita. Pergolakan
politik tempatan di setiap negara tidak melepasi
sempadan negara masing-masing.
Sehingga ke hari ini tahap keselamatan di tempat
tumpuan awam dan pelancong di Malaysia masih
sangat dipercayakan. Pelancong asing dan tempatan
bebas ke mana-mana tanpa bimbang berlakunya
kejadian buruk, kecuali kes-kes jenayah yang bersifat
terpencil. Rangkaian pengganas antarabangsa juga
berjaya disekat daripada menyusup masuk ke dalam
negara ini.

Sidang hadirin yang berjiwa merdeka,

Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan negara


yang sedang dikecapi dengan tekad agar masyarakat
kita sentiasa berganding bahu bagi memacu negara ke
arah pencapaian sebuah negara maju berpendapatan
tinggi
Asas perlembagaan negara yang menjunjung tinggi
martabat Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan hendaklah diterima
tanpa syarat. Pengorbanan masyarakat Melayu dan
peribumi sekian lama perlu dihargai dan diingati sebagai
suatu hakikat sejarah yang sah. Nilai-nilai murni
tempatan perlu dijulang, manakala kebijaksanaan walau
dari mana sekalipun hendaklah sentiasa diraikan,
justeru al-hikmah dolatul mukmin.

Sekian sahaja syarahan kemerdekaan saya. Mudah-


mudahan kita semua beroleh manfaat, petunjuk dan
redha Ilahi. Merdeka, merdeka, merdeka!
Sekian, terima kasih.

You might also like