You are on page 1of 21

Cabaran Pembinaan Negara Bangsa Pada Masa Hadapan Di Malaysia

Pengenalan

Konsep negara bangsa mengatasi lingkungan rasa atau masyarakat, kaum dan suku bangsa, tegak atas satu identiti negara yang sama, dimanifestasikan oleh pemikiran, nilai sosiobudayanya, lambang dan sentiasa berpegang pada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Proses pembinaan negara bangsa seperti yang dilalui oleh Malaysia berhubung langsung dengan cita-cita negara, nasionalisme dan kesetiaan politik. Perpaduan bangsa dan keperibadian negara dipupuk melampaui asas kehidupan rakyat yang beragam keturunannya, adat resam, kepercayaan, agama dan tradisi budaya yang berbeza. Pembinaan negara bangsa seringkali menjadi matlamat utama yang hendak dicapai oleh sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagai kemuncak kejayaan pentadbiran sesebuah negara dan penduduknya. Pembinaan negara tanpa mempedulikan persoalan mewujudkan bangsa yang satu bagi keseluruhan rakyat negara tersebut mungkin akan merugikan negara secara keseluruhan pada masa hadapan. Tanpa perpaduan yang kukuh dan rasa kekitaan sebagai satu kumpulan bangsa bagi masyarakat pelbagai kaum memungkinkan perpecahan, pergaduhan kaum dan huru-hara yang sekaligus menyebabkan

kegawatan ataupun ketidakstabilan politik. Akibatnya, ia turut menyebabkan kerugian

ekonomi apabila para pelabur asing tidak berani melibatkan diri dalam perdagangan di negara tersebut. Oleh yang demikian, persoalan negara bangsa perlu diberi perhatian yang sewajarnya serta kepentingannya dalam proses sesebuah negara menuju kearah negara maju serta menghadapi era globalisasi yang penuh cabaran. Konsep Negara Bangsa

Konsep dan definisi bangsa menurut Abdul Rahman Embong, 2001 iaitu Nasion atau Komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan juga perubahan. Satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama yang dikongsi bersama. Bangsa yang terdiri daripada semua kaum di Malaysia yang terbentuk dalam sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa dengan nama kolektif bangsa Malaysia yang sama serta berkongsi wilayah,

ekonomi, budaya dan nasib masa depan bersama dengan rupa bangsa yang satu wajah. membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyangjun g masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayahwilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohammad Melangkah Ke Hadapan, 1991) Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam perasmian Wawasan 2020

Cabaran pertama yang paling asas kearah mencapai matlamat Wawasan 2020 adalah membentuk sebuah negara bangsa (bangsa Malaysia) yang bersatu padu serta menyangjung masa hadapan yang diperkongsi bersama(dan menumpukan) taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. -28 Februari 1991

Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebihlebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan

pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga system nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah negara bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:Negara Individu Bangsa

1). Negara

Negara secara mudahnya boleh dirujuk kepada wilayah kewujudan kelompok manusia. Negara atau state adalah suatu unit politik yang mempunyai kedaulatan, tanggungjawab dan kuasa menjalankan hal ehwal pentadbiran sendiri. Sains politik mendefinasikan perkataan negara sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap berada di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (K. Ramanathan, 1992). Justeru itu, sebuah negara menurut undang-undang antarabangsa mempunyai elemen-elemen berikut: Penduduk (Rakyat atau Populasi) Wilayah (Sempadan) Kerajaan

Kedaulatan

Penduduk (Rakyat atau Populasi)

Setiap negara wujud apabila rakyat ataupun penduduk yang mengakui dan mengiktiraf bumi yang dipijak ataupun wilayah yang didiami itu sebagai tanah leluhurnya. Adalah jelas bahawa rakyat atau penduduklah yang membina sesebuah negara (AC Kapur,2001). Kerajaan Melayu tradisional dibentuk oleh rakyatnya yang membuka sesebuah kawasan dan pengiktirafan bagi kekuasaan kerajaan adalah berlandaskan sejauh mana rakyat mengiktiraf kekuasaan kerajaan tersebut. Tanpa penduduk atau rakyat, sesebuah negara tidak akan dapat dibina. Wilayah (Sempadan)

Wilayah adalah merupakan suatu kemestian bagi pembentukan sesebuah negara. Wilayah sering dirujuk sebagai tanah air ataupun tanah tumpah darah ataupun tempat kelahiran dan berkembangnya sesebuah bangsa. Wilayah menjadi petunjuk kepada pemilikan kawasan, sumber-sumber semulajadi dan hak oleh sesebuah bangsa. Pembentukan selalunya berlandaskan kepada keadaan geografi yang sudah menjadi

amalan penentuan sempadan kekuasaan sesebuah negara itu dibuat berasaskan keadaan alam seperti bukit bukau, gunung-ganang, sungai, lembahataupun laut ( AC Kapur,2001). Keluasan wilayah tidak menjadi persoalan penting tetapi yang paling utama adalah kawasan itu mestilah mewujudkan sebuah negara (K.

Ramanathan,1992).

Kerajaan

Negara secara umumnya sering kali dikenali juga sebagai kerajaan. Kerajaan adalah lambang kehidupan kelompok manusia dalam keadaan yang teratur dan tersusun serta bersistem. Ia merupakan lambang ketamadunan kelompok manusia tersebut. Tanpa kerajaan, kehidupan sesebuah bangsa akan menjadi sukar disebabkan perpecahan dan perebutan kuasa. Ini berlaku kerana tiada kawalan daripada pihak yang mempunyai kekuasaan atau kerajaan. Ia juga boleh mengakibatkan penindasan daripada bangsa lain dan sekali gus tidak dapat wujud sebagai sebuah negara yang baik (AC Kapur,2001).

Kedaulatan

Kewujudan sesebuah negara akan menjadi sia-sia tanpa pengiktirafan negara-negara lain disekelilingnya ataupun pihak antarabangsa. Tanpa pengiktirafan kepada kedaulatan sesebuah negara mungkin sahaja ia dicerobohi dan penduduknya ditindas tanpa ada pembelaan. Seperti mana yang sedang berlaku sekarang ini di Lahad Datu, Sabah, yang cuba dicerobohi oleh pengikut Sultan Sulu. Kerana kedaulatan negara wajib dijaga maka kerajaan kita menentangnya habis-habisan. Menerusi kedaulatan kewujudan bangsa dan wilayah serta sempadannya akan dihormati. Ia memudahkan kerjasama politik, ekonomi dan social yang boleh membawa kemajuan kepada negara. Kebiasaannya kedaulatan disesebuah negara atau badan pemerintah dipelihara oleh rakyat dalam negara tersebut (K. Ramanathan,1992).

2). Individu

Secara umumnya individu adalah manusia. Pembinaan negara bangsa tidak akan tercipta dan sempurna tanpa kewujudan individu. Individu adalah tenaga penggerak kepada terbinanya bangsa dan seterusnya negara. Inilah yang dimaksudkan akan kepentingan wujudnya individu dalam proses pembinaan negara bangsa. Individu secara bersendirian tidak mungkin membina negara tetapi hubungan sesama individu

lain dan seterusnya membentuk kumpulan yang berkongsi ciri-ciri persamaan dan kepentingan. Kumpulan atau kelompok ini kemudiannya akan membentuk bangsa yang motif kewujudannya ialah pemerintahannya sendiri dan mewujudkan negara

(Kellas,1998). Ini secara automatic menjadi penggerak kepada terbentuknya Negara Bangsa. Negara Bangsa sememangnya tidak dibina oleh individu secara bersendirian tetapi individulah yang menjadikan pembentukannya suatu yang realiti dan bukanya hanya impian.

3). Bangsa

Bangsa pula secara umumnya merupakan suatu kesatuan manusia yang hidup dalam sesebuah negara. Ia selalu diertikan sebagai kewujudan dalam kumpulan manusia dengan beberapa ciri yang sama. Persamaan ini boleh terjadi daripada pelbagai perkara seperti unsur-unsur jasmani, politik dan kebudayaan. Bangsa ialah suatu kumpulan besar yang ahli-ahlinya mempunyai kepercayaan bahawa mereka semua terikat atas asas perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat. Masyarakat ini biasanya terikat oleh persamaan hubungan sejarah, kebudayaan dan nenek moyang yang sama (Sodaro,2001). Bangsa umumnya mempunyai beberapa objektif kumpulan iaitu daripada sudut pemilikan wilayah asal, bahasa, agama dan bermatlamatkan pemerintahan sendiri oleh mereka (Kellas,1998). Kumpulan ini bersifat ekslusif dan menganggap mereka yang di luar kumpulan sebagai orang asing. Justeru itu, negara bangsa secara khususnya merujuk kepada kombinasi

masyarakat

dan

negara

yang

berfungsi

dalam

wilayah

yang

mengkhusus

persempadanannya (sodaro,2001). Ia adalah berkenaan hidup dalam keadaan yang berintegrasi tanpa wujud perbezaan antara mereka dan sekali gus dapat menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara kerana mereka terhindar daripada sebarang konflik kaum yang merugikan.

Ciri-ciri Negara Bangsa di Malaysia

Sesebuah

negara

bangsa

itu

terdiri

bukan

hanya

dengan

konsep

menggabungkan dua perkataan iaitu negara dan bangsa. Oleh kerana itu adalah kurang tepat sekiranya ada pihak yang menganggap negara bangsa terbina dengan hanya menggabungkan dua faktor fizikal tersebut tanpa proses penghayatan terhadap konsep itu sendiri. Sesebuah negara bangsa hanya akan dapat dibina di sesebuah negara apabila ia dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan. Terdapat tiga syarat utama yang sering dihubungkan dengan pembentukan negara bangsa di Malaysia, iaitu: Kehidupan masyarakat dalam negara adalah bersatu padu tanpa berlaku sebarang pemisahan ataupun diskriminasi dalam masyarakat yang tinggal di Malaysia. Masyarakat yang terdapat dalam Malaysia tidak dipisahkan ataupun dibezakan atas dasar perkauman ataupun oleh sebab-sebab perbezaan kepercayaan, bahasa, kebudayaan, jenis pekerjaan, penempatan atau apa jua sebab dan rangsangan yang boleh membawa kepada perpecahan dan huru-hara dalam masyarakat.

Penduduk dan rakyat di Malaysia, juga mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik yang sama. Terdapat banyak pendapat yang menyatakan ideologi politik yang menjadi keutamaan untuk diikuti oleh masyarakat ialah demokrasi liberal. Ada juga negara seperti Soviet Union pada suatu ketika dahulu membentuk kepercayaan ideologi politik bagi keseluruhan rakyatnya atas asas ideologi komunisme. Biarpun begitu kejatuhan Soviet Union menjadi petunjuk secara keseluruhan yang demokrasi liberal adalah ikutan terbaik buat masa ini, lebih-lebih lagi dalam membentuk negara bangsa yang berdasarkan kepada masyarakat pelbagai kaum dan memerlukan tolak ansur dan juga keadilan dalam sistem sosial Penduduk dalam Malaysia haruslah mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara. Keyakinan itu harus dibina daripada pemahaman rakyat bahawa sistem dan undang-undang sedia ada sudah dikaji dan dibincangkan keperluannya oleh pihak yang bertanggungjawab sebelum ia dilaksanakan.

Faktor Yang Mempengaruhi Negara Bangsa Di Malaysia Biarpun proses pembinaan negara bangsa dilihat sukar tetapi dengan penghayatan kepada ciri-ciri utama di atas proses ini boleh dicapai oleh semua pihak. Sekiranya semua pihak memejamkan mata terhadap perkara-perkara tersebut dan mengetepikan kepentingannya serta perhatian tidak diberikan secara serius, adalah dibimbangkan impian membentuk sebuah negara bangsa dengan satu masyarakat yang bersatu padu dan berkongsi nilai-nilai yang sama hanya akan menjadi anganangan dan khayalan belaka. Justeru itu dalam proses pembinaan sesebuah negara bangsa, demi kebaikan dan kemakmuran yang lebih bermakna kepada generasi akan dating sepuluh faktor berikut perlu diberi perhatian (Abdul Rahim,1996). Perbincangan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan negara bangsa Di Malaysia ini lebih jelas difahami apabila sepuluh faktor tersebut dibahgikan kepada dua kumpulan faktor iaitu:-

Integrasi Nasionaliti Nasionalisme Patriotisme Demokrasi

Faktor yang menjadi ancaman pembentukan negara bangsa di Malaysia ialah:Globalisme Kepelbagaian budaya Pluralisme

Integrasi

Integrasi merupakan suatu proses menjadikan suatu indentiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang sudah terpisah daripada segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Integrasi terdiri daripada wilayah ekonomi, kebudayaan, dan sosial, integrasi pendidikan serta politik. Integrasi adalah merupakan perkara asas bagi proses pengukuhan perpaduan dan penyatuan masyarakat dalam Malaysia. Aktiviti integrasi adalah bermatlamat menghilangkan perasaan perkauman atau kenegerian atau apa jua fahaman kebangsaan yang sempit yang boleh mengancam matlamat paling utama negara bangsa Di Malaysia iaitu mengutamakan matlamat kebangsaan yang mewakili negara dan semua pihak yang berada

didalamnya. Ini secara automatik akan membantu mengukuhkan usaha membina negara bangsa yang sebenar.

Nasionaliti

Nasionaliti secara mudahnya boleh diertikan sebagai kewarganegaraan. Ia merupakan elemen penting dalam menjadi pemangkin terbentuknya negara bangsa di Malaysia. Elemen ini mewujudkan suatu bentuk identiti kepada semua orang di dalam Malaysia itu iaitu sebagai penduduk atau warganegara. Ini dibuktikan dengan suatu pengenalan identiti seperti kad pengenalan yang sama kepada semua warganegara dan pasport sebagai pengenalan yang sama bagi keperluan antarabangsa bagi penduduk Malaysia. Konsep asas di sini ialah pemilikan nilai-nilai bersama akan mengikat seorang warganegara yang baik menjadi suatu bangsa yang mempunyai kesetiaan, sayang dan sanggup berkorban untuk negara. Faktor kebersamaan dan perasaan berkongsi milik dalam hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan bahasa boleh menjadi faktor penyatuan rakyat yang diiktiraf sebagai suatu bentuk nasionaliti kebangsaan yang mewakili semua orang.

Nasionalisme

Nasionalisme dimaksudkan sebagai perasaan cinta kepada tanah air. Perasaan ini dilahirkan menerusi tindakan seperti penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentiment kebangsaan seperti menyanyikan lagu kebangsaan atau menaikan bendera negara (sodaro,2001). Ia dijadikan sebagai elemen penting dalam pembentukan Malaysia sebagai negara bangsa. Ini dapat kita fahami kerana dengan semangat cintakan tanah air yang sama, ia dapat memberi nilai perkongsian yang tiada batas kepada semua pihak dalam Malaysia. Oleh yang demikian, semangat ini adalah asas membina semangat kekuatan, keyakinan diri, penyatuan dan perpaduan nasional. Kekuatan yang digembleng menerusi tenaga, keazaman dan cita-cita serta usaha upaya maju juga mengutamakan kepentingan nasional daripada kepentingan kaum masing-masing akan menjadi faktor kejayaan pembentukan negara bangsa di Malaysia.

Patriotisme

Elemen ini merupakan lanjutan daripada perasaan cintakan tanah air atau motherland iaitu nasionalisme. Elemen patriotisme hadir selepas wujudnya

nasionalisme. Ia merupakan elemen penting berkenaan kasih serta kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan betapa dia cintakan terhadap tanah airnya. Pada kemuncaknya, patriotisme adalah teragung oleh rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk tanah air yang dicintainya (Kellas,1998). Menerusi faktor patriotisme, bangsa akan menjadi kuat dan mampu berjuang membangunkan bangsa daripada mengalami kemunduran dan penindasan. Bagi membentuk bangsa yang kuat, rakyat semestinya mempunyai keberanian, ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional.

Demokrasi

Secara umumnya dimaksudkan sebagai dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat ia jelas menunjukkan peranan demokrasi itu sendiri sebagai alat mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat secara keseluruhan. Demokrasi wujud kerana adanya rakyat dan dicipta bagi kesejahteraan rakyat dan negara. Negara bangsa hanya wujud apabila wujudnya kefahaman mendalam berkenaan demokrasi yang memberikan

ruang kepada semua orang terlibat dalam pentadbiran negara. Kekuatan demokrasi dalam pembentukan negara bangsa ialah dari sudut pemberian hak kepada semua warganegara berkongsi ideologi yang satu dalam memilih pemerintahan negara. Keadaan ini akan mewujudkan keamanan dengan tiadanya proses politik lain yang negative seperti demonstrasi atau mengalami kegawatan politik. Keadaan ini akan membantu rakyat bersatu hati dalam menerima pentadbiran yang memenangi proses demokrasi yang dijalankan secara adil dan saksama.

Faktor-faktor Ancaman Kepada Pembinaan Negara Bangsa Di Malaysia Globalisme

Dikenali sebagai kesejagatan ataupun dunia tanpa sempadan. Menurut Kenichi Ohmae, globalisasi adalah dunia tanpa sempadan dengan setiap negara terpaut kepada jaringan aliran maklumat secara global yang ditunjangi kecanggihan teknologi. Pertukaran maklumat yang cepat dan pantas menjadikan dunia begitu kecil tanpa sempadan (Ohmae,1995). Pada pendapat beliau sempadan negara bangsa akan berakhir. Kenyataan tersebut memberi gambaran betapa globalisasi adalah suatu ancaman besar kepada konsep negara bangsa seperti di Malaysia. Ini tidak dinafikan

tetapi sekiranya ditanggani secara bijak, globalisasi adalah suatu hal yang memberi manfaat besar kepada setiap negara bangsa tanpa terkorbannya konsep negara bangsa yang sedia wujud. Ancaman diimbangi dengan memastikan kekuatan nasionalisme dan patriotisme sebagai benteng terakhir yang kukuh demi

mempertahankan negara bangsa. Kebimbangan ini disuarakan juga oleh cetusan penulisan oleh Aziz Ishak, Utusan Malaysia 2001, terhadap golongan muda melalui ulasan beliau iaitu Dunia mereka tidak lagi tanah air atau Negara ibunda, tetapi dunia globalisasi. Dunia globalisasi menuntut lebih banyak persamaan, seolah-olah menafikan kelainan. Namun sebagai bangsa yang bermaruah generasi muda Malaysia wajar kembali kepada acuan budaya kita sendiri. Justeru, melalui budaya kita sendiri, kita dapat mengekalkan jati diri serta sikap yang tidak mengenang budi dan melupakan jasa-jasa pejuang kemerdekaan terhindar terus daripada minda mereka. Globalisasi telah, sedang dan akan terus memaksakan proses perubahan demografi, teknologi, penghapusan sempadan, penembusan budaya, perkahwinan bahasa dan pelbagai lagi ke atas umat manusia. Konsep yang ibarat hantu raya tidak bertuan itu sedang menelan konsep negara bangsa, yang diperkenalkan oleh ahli falsafah Jerman, Johann Fichte (1762-1814). Ia sedang dalam perjalanan untuk mencipta kuasa-kuasa supranasioanal, yang bakal menenggelamkan kuasa negaranegara yang dibentuk oleh negeri-negeri kecil pada zaman penaklukan dan penjajahan. Globalisasi menjanjikan kehidupan yang lebih mudah dan cemerlang. Ia akan mencabut nilai-nilai kebangsaan dan kenegaraan, lalu menggantikannya pula dengan konsep kesejagatan.

Kepelbagaian Budaya

Pembentukan masyarakat majmuk dalam proses perkembangan sesebuah negara sering kali mewujudkan dilema baru kepada penduduk Malaysia. Tidak dapat tidak akan wujud kepelbagaian budaya hasil daripada perbezaan cara hidup dan kepercayaan. Kewujudan kepelbagaian aliran kebudayaan yang menjadi amalan penduduk di Malaysia yang bermasyarakat majmuk tidak dapat dinafikan boleh mewujudkan ancaman besar kepada proses pembinaan negara bangsa. Terdapat beberapa pandangan tentang ancaman yang perlu dihadapi dalam pembentukan negara bangsa di Malaysia dalam konteks sedemikian iaitu:Pertama, menurut Ibn Khaldun tentang teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, yang akan menganggap kuasa bekas penjajah mereka sebagai suatu bangsa yang maju dan agung, yang patut ditiru oleh bangsa yang pernah dijajah. Kedua, berkenaan menteliti sesetengah masyarakat Malaysia yang terlalu mengagumi atau pro terhadap nilai-nilai barat (syed Hussein al-Attas,2005,hlm 2-7) iaitu:

a) Sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada barat b) Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi menanggani persoalan hidup, sebaliknya lebih suka meneruskan warisan tinggalan penjajah c) Mendapat pendidikan langsung daripada institusi pendidikan barat dan sering taksub dengan teori dan bahan bacaan daripada barat d) Tidak mengamalkan sikap kritikal dan tidak membantah apa-apa yang disajikan kepada mereka daripada sumber barat e) Tidak menyedari kelemahan sikap mereka yang terlalu menuruti normanorma barat. Justeru, nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan negara dan bangsa. Dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.

Warga glokal yang kita hasratkan ialah warga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Kita semakin bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai contoh, menjadi jenama antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk

menjana warga glokal seterusnya. (Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perhimpunan Agung UMNO, 2005) Seperti mana globalisme, ancaman ini harus ditangani dengan bijak di mana kebimbingan terhadap ancaman perpecahan itu dapat diimbangi dengan menggunakan kekuatan kepelbagaian budaya yang wujud sebagai suatu cara melahirkan bangsa yang maju dan berjaya serta berdaya saing. Oleh yang demikian, keperluan kepada suatu budaya kebangsaan yang dapat diterima oleh semua kelompok atau kaum adalah suatu kewajipan yang tidak dapat dielakkan serta perlu dipupuk dan dimajukansehingga ia diterima secara terbuka oleh semua kaum sebagai suatu identiti kebangsaan.

Pluralisme

Pluralisme atau sifat kepelbagaian yang terbentuk daripada proses kepelbagaian penduduk. Biasanya, ia terbina hasil daripada proses penjajahan di Malaysia. Dasardasar penjajahan yang telah dijalankan ke atas Malaysia seperti Pecah dan Perintah sering kali mewujudkan pembahagian kaum dari segi penempatan sosial, kegiatan ekonomi, jenis pekerjaan dan juga politik berbentuk perkauman. Dasar ini dilakukan sebagai memenuhi prinsip kolonialisme bagi menghalang sebarang penyatuan yang memungkinkan pemberontakan. Akibat dari dasar ini, maka secara tidak langsung telah mewujudkan suatu permasalahan dalaman yang kompleks kepada negara Malaysia apabila dimerdekakan. Ini secara jelas menjadi ancaman kepada konsep kesatuan dalam pembinaan negara bangsa. Bagi menangani permasalahan tersebut,

pelaksanaan dasar-dasar yang mantap serta berkesan dapat menyusun semula

masyarakat, mengurangkan ataupun merapatkan sebarang jurang perbezaan yang wujud sama ada dari segi ekonomi, politik atau pun sosial dikalangan rakyat.

Kesimpulan

Pembinaan negara bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai. Ia memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa bukan sahaja perlu difahami tetapi diamalkan sepenuhnya. Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajar dan diteruskan pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Kepimpinan yang sedia ada harus berusaha untuk terus memperkukuhkan perpaduan melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Ia merupakan satu proses yang panjang tetapi satu keperluan Malaysia. Pembinaan negara bangsa perlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Faktor pemangkin perlu difahami, dihayati, diaplikasikan untuk mengukuhkan usaha pembinaan negara bangsa Malaysia. Ancaman perlu ditangani dengan bijak sebagai satu kelebihan. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.

RUJUKAN: 1) Tamadun Melayu Dan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia, A. Aziz Deraman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2000. 2) Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Abd. Rahim Rashid, Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.,2004 3) http://forum-rencana-pmrsibu.blogspot.com/2008/09/merenung-sejarah-disebalik-penubuhan.html 4) http://www.scribd.com/doc/9646199/pembentukan-Negara-Dan-Bangsa-Malaysia 5) http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat

You might also like