You are on page 1of 4

NOTA BAB 6:

ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT

1) KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS DI NEGARA KITA

Komunis ialah fahaman yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels.
Komunis ialah fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna
sebagai milik negara.

Pengaruh komunis di negara kita yang pertama ialah kemasukan pengaruh


komunis dari China. Fahaman komunis dibawa masuk ke negara kita melalui
cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China. Pengaruh komunis
ini mempunyai matlamat untuk menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM)

Seterusnya ialah kemasukan pengaruh komunis dari Indonesia. Terdapat


pemimpin komunis dari Indonesia menyebarkan fahaman komunis di Tanah Melayu.
Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa menyebabkan PKI
berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu. Namun begitu, usaha mereka
tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana komunis menggunakan
kekerasan untuk mencapai matlamat mereka.

Akhir sekali ialah penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM). PKM menyusup
ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh Komunis. Pada zaman
pendudukan Jepun di negara kita, PKM sebagai Malayan People’s Anti – Japanese
Army (MPAJA) bertindak menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha
memerangi Jepun. Namun selepas Jepun menyerah kalah, kekosongan politik di
Tanah Melayu dan kelewatan British kembali ke Tanah Melayu memberi peluang
kepada PKM untuk meluaskan pengaruhnya.

2) ANCAMAN KOMUNIS DI NEGARA KITA

Ancaman komunis di negara kita ialah komunis melancarkan perjuangan


bersenjata menyebabkan British mengisytiharkan darurat. Komunis telah
membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput Perak. Disebabkan
peristiwa pembunuhan tersebut, Undang-undang Darurat dilaksanakan dan telah
dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu.
Seterusnya ialah komunis melumpuhkan ekonomi. Lombong bijih timah dan
ladang getah menjadi sasaran utama serangan komunis untuk melemahkan ekonomi.
Komunis merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai
dan sekolah serta membunuh pekerja. Tindakan komunis menyebabkan pekerja
lombong dan ladang getah menderita dan terancam.

Disamping itu ialah komunis merosakkan infrastruktur. Komunis membuat


sabotaj terhadap kemudahan asas dengan merosak landasan kereta api, telefon,
telegraf dan paip air. Seterusnya komunis menyerang pekerja awam yang
ditugaskan untuk membaiki kerosakan tersebut. Keadaan ini menjejaskan
kehidupan harian penduduk tempatan.

Komunis juga mengancam keselamatan rakyat. Komunis melakukan pelbagai


tindakan ganas yang menggugat keselamatan rakyat. Komunis mengugut,
mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas,
membakar harta benda dan membunuh penduduk yang enggan bekerjasama.

Akhir sekali ialah komunis mengancam pasukan keselamatan. Parti Komunis


Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis. Ramai
anggota keselamatan seperti polis dan tentera terkorban. Tindakan ini
mencetuskan keadaan yang huru-hara dan menunjukkan ketidakupayaan kerajaan
untuk melindungi keselematan penduduk.

3) USAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS

Usaha menangani ancaman komunis ialah penguatkuasaan Undang-undang


Darurat. Hukuman berat dikenakan kepada sesiapa sahaja yang membantu
komunis. Hukuman mati juga dijatuhkan terhadap mereka yang didapati membawa
senjata api dan bahan letupan.

Seterusnya ialah pemerkasaan pasukan keselamatan. British


memperkasakan pasukan keselamatan tempatan untuk membanteras kegiatan
komunis. Pasukan keselamatan polis seperti polis cawangan khas, polis hutan, polis
wanita dan Senoi Praaq (Urang Perang) ditubuhkan. Manakala askar pula ialah
pasukan Askar Melayu, Pasukan Askar Komanwel dan Sarawak Rangers. Terdapat
juga sukarelawan seperti Home Guard yang menjaga keselematan kampung.

Disamping itu ialah memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan dan


penggunakan kad pengenalan. Langkah ini adalah untuk mengawal pergerakan
penduduk dan memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan
komunis.
Rancangan Briggs juga diperkenalkan untuk melemahkan pergerakan
komunis. Penduduk setinggan yang tinggal di pinggir hutan dipaksa berpindah ke
petempatan baru yang digelar sebagai “Kampung Baru”. Kampung Baru dipagari
dengan kawat berduri dan dikawal oleh polis Special Constable.

British turut mengisytiharkan tawaran pengampunan kepada komunis


supaya menyerah diri. Tawaran pengampunan disebarkan melalui radio, poster,
risalah dan pas pengampunan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.

Mengisytiharkan kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat. Kempen


disertai sukarelawan yang terdiri daripada penduduk lelaki, wanita dan golongan
professional. Kempen tersebut berjaya melibatkan penduduk berbilang kaum
bekerjasama menentang komunis.

Menjalankan perintah berkurung. Penduduk dilarang keluar dari rumah


dalam tempoh tertentu. Perintah berkurung membolehkan pasukan kesemalatan
menjalankan operasi memburu komunis dengan lebih berkesan.

Menjalankan Perang Saraf. Perang Saraf dilaksanakan oleh British untuk


menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat supaya
bersatu membanteras ancaman komunis. British telah membuat lawatan,
melonggarkan syarat kewarganegaraan, menawarkan hadiah wang tunai, memenangi
kepercayaan orang asli, memajukan kawasan penerangan dan memperkenalkan
kawasan hitam putih.

Akhir sekali ialah membuat Rundingan Baling. Tunku Abdul Rahman


membuat rundingan dengan wakil PKM iaitu Chin Peng agar membubarkan PKM. Chin
Peng menetapkan syarat peletakan senjata dan bersetuju menyerah diri sekiranya
kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai parti politik yang sah. Rundingan Baling
gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bersetuju dengan syarat tersebut.

4) KESAN ZAMAN DARURAT TERHADAP NEGARA KITA

A. Kesan dalam aspek politik

Dalam aspek politk, kesan zaman darurat ialah peningkatan jumlah


warganegara. Setelah syarat kewarganegaraan dilonggarkan, ramai orang Cina
dan India menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Orang Melayu
bersetuju dengan kelonggaran kewarganegaraan kerana untuk mewujudkan
perpaduan kaum.
Kesan seterusnya ialah penubuhan Malayan Chinese Association (MCA).
Penubuhan MCA meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong
komunis. MCA juga bersedia berganding bahu dengan kerajaan memerangi komunis.

Akhir sekali ialah mempercepatkan kemerdekaan. Keadaan Darurat


mendorong British bersedia mempercepat kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 meyakinkan
British bahawa Persekutuan Tanah Melayu dapat menewaskan komunis melalui
perpaduan penduduk berbilang kaum.

B. Kesan dalam aspek sosioekonomi

Dalam aspek sosioekonomi, kesan yang pertama ialah meningkatkan kos


perbelanjaan. Darurat menjejaskan perkembangan ekonomi dan meningkatkan kos
perbelanjaan pihak British untuk menangani ancaman komunis.

Disamping itu ialah menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan rakyat.


Penduduk sukar untuk bergerak dan memperoleh bekalan keperluan kerana
terpaksa mematuhi peraturan yang dikenakan oleh kerajaan. Perintah berkurung
menyebabkan penduduk tidak dapat menjalankan kegiatan harian dan bekerja.

Darurat juga merenggangkan hubungan kaum. Rancangan penempatan


Kampung Baru didominasi oleh kaum tertentu kerana penempatan penduduk
diasingkan mengikut kaum. Kawalan pasukan keselamatan juga menyebabkan
hubungan dengan kaum lain terbatas.

Akhir sekali ialah jumlah korban zaman darurat. Darurat menyebabkan


banyak anggota keselamatan, komunis dan orang awam terkorban.

C. Penamatan darurat

Zaman darurat di negara kita berlaku selama 12 tahun. Penamatan darurat


di seluruh negara berkuatkuasa pada 31 Julai 1960.

You might also like