You are on page 1of 22

Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

BAB 6: ANCAMAN KOMUNIS DAN PENGISYTIHARAN DARURAT

6.1 Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita

1. Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mereka
menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital.
2. Perkataan komunis bermaksud orang yang berfahaman komunis.
3. Komunisme ialah fahaman politik yang rnenjadikan ekonomi dan barang pengguna se-
bagai milik negara. Percubaan untuk menyebarkan ideologi komunis di negara kita ber-
mula sejak tahun 1920-an.

Kemasukan Pengaruh Komunis dari China.

Dibawa masuk sejak awal ta- Menjelang tahun I924, cawangan


hun 1920-an melalui cawangan KMT ditubuhkan di bandar seperti
Parti Kuomintang (KMT) yang Muar, Melaka, Seremban, Klang, Kua-
beribu pejabat di China. la Lumpur dan Sungai Petani.

Pertubuhan (Main School) bergerak The Communist International


dalam kalangan orang Hailam di (Comintern) yang berpusat di
bawah arahan Parti Komunis China Moscow mengarahkan penub-
(PKC). Pada tahun 1927, berlaku per- uhan Parti Komunis Nanyang
pecahan Parti KMT dengan PKC. (PKN) pada tahun 1928.

PKN tidak berjaya mencapai matlamatnya. Keadaan ini mendorong


Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti
Komunis Malaya (PKM).

Kemasukan Pengaruh Komunis dari lndonesia

Tahun 1920, pemimpin komunis dari Indonesia Kegagalan Partai Komunis


seperti Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Indonesia (PKI) menguasai
Hasanoesi, Winanta, Soebakat dan Sutan Pulau Jawa (1926), PKI be-
Perpateh menyebarkan fahaman komunis di rusaha membuka cawangan
Seberang Perai, P. Pinang, Perak Utara dan Ked- di Tanah Melayu.

Namun begitu, usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada


orang Melayu kerana komunis menggunakan kekerasan untuk men-
capai matlamat mereka

1
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

Penubuhan Parti Komunis Malaya

1. Ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Pada 30 April 1930.


2. PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan sekolah
Cina.
3. PKM menyusup ke dalam Kesatuan Sekerja untuk mengukuhkan pengaruh komunis

PKM Pada Zaman Pendudukan Jepun ( 1941-1945)

1. Menjalinkan kerjasama dengan British dalam usaha memerangi Jepun.


2. Membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga pada
tahun 1942.
3. Menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan perubatan da-
ripada pihak British.

Selepas Jepun menyerah kalah

Berlaku kekosongan politik di Tanah Melayu kerana kelewatan British kembali ke Tanah Me-
layu. Keadaan ini memberikan ruang kepada PKM untuk meluaskan pengaruhnya:-

1. Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan dan melakukan kekejaman dan
pembunuhan terhadap orang Melayu, Cina dan India yang didakwa pernah bersubahat
dengan Jepun sehingga berlakunya kekacauan.
2. Apabila BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, MPAJA dibubarkan pada 1
Disember 1945. PKM dibenarkan bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang sah.
Keadaan ini memberi peluang kepada PKM mempengaruhi pertubuhan tertentu dengan
ideologi komunis.
3. PKM menyusup dalam kesatuan sekerja (Pan-Malayan Federation of Trade Unions
(PMFTU). Menjelang bulan Disember 1947 hingga bulan Mei 1948, komunis berjaya
menguasai 335 kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-
AMCJA.
4. British bertindak mengharamkan PKM dan meluluskan Trade Union Ordinance No. 9 of
1948 bagi menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja.

Terdapat penduduk yang terpengaruh dengan fahaman


komunis.
Ideologi komunis berkembang dalam kesatuan sekerja.
Penyebaran ideologi
komunis dari China
dan Indonesia
Kekosongan politik selepas Perang Dunia Kedua, membuka
peluang kepada PKM untuk menyebarkan fahamannya.
PKM kemudiannya diharamkan oleh British.

2
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

6.2 Ancaman Komunis di Negara Kita

1. Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan di Calcutta, In-


dia.
2. Persidangan Kongres Belia Asia berlangsung pada 19 Februari 1948 hingga 25 Febru-
ari 1948.
3. Persidangan Parti Komunis India diadakan pada bulan Mac 1948.

1. Dalam persidangan tersebut, pengikut komunis di kawasan yang dijajah digesa supaya
memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis di setiap negara Asia. Berikutan
daripada itu:-
2. Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM telah mengambil keputusan untuk melancarkan
perjuangan bersenjata bagi menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.
3. PKM neneruskan tindakan melumpuhkan ekunomi dan serta mengancam keselamatan
rakyat.
4. Tindakan komunis melancarkan perjuangan bersenjata menyebabkan British mengisyti-
harkan darurat.

1. Pada 16 Jun 1948, komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah
di Sungai Siput, Perak.
Perisytiharan Darurat

2. Komunis membunuh Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil, John Allison,


pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Cristian.

1. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi


British di Tanah Melayu mengisytiharkan darurat. Undang-Undang Darurat
dilaksanakan di kawasan tertentu di negeri Perak seperti di Ipoh dan Sungai
Siput serta di Johor yang merangkumi daerah Muar, Kluang, Kulai dan Plen-

Pada 17 Jun 1948, Undang-Undang Darurat ini diperluas meliputi keseluruhan negeri Perak
dan Johor. Seterusnya, pada 18 Jun 1948, undang-undang ini dikuatkuasakan ke seluruh
Tanah Melayu. Dengan itu, usaha membanteras ancaman komunis di Persekutuan Tanah
Melayu bermula dengan rasminya.

Tindakan Komunis

1. Walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu, komunis


tetap meneruskan aktiviti menggugat keamanan dan kestabilan negara.
2. Bagi memastikan kejayaan dalam perjuangannya, komunis mencetuskan huru-hara di
seluruh negara agar penduduk hilang keyakinan terhadap British dengan cara:-

Melumpuhkan ekonomi Merosakkan infrastruktur

Mengancam Pasukan Keselamatan Mengancam Keselamatan Rakyat

3
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

Komunis Melumpuhkan ekonomi

1. Sejak Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan, lombong bijih timah dan ladang getah
menjadi sasaran utama serangan komunis untuk melemahkan ekonomi British.
2. Dari tahun 1948 hingga tahun 1956, komunis menyerang 80 lombong bijih antaranya di
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
3. Mereka merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai dan
sekolah serta membunuh pekerja.
4. Tindakan komunis ini menyebabkan pekerja lombong dan ladang getah menderita.
Selain mengganggu kerja harian di lombong dan ladang, nyawa mereka turut terancam.

Komunis Merosakkan Infrastruktur

1. Komunis menjalankan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas, terutama


sistem pengangkutan dan perhubungan.
2. Komunis mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api. Kenderaan
yang melalui jalan raya pula ditembak dan dibakar.
3. Komunis mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf serta merosakkan paip air.
4. Komunis bertindak menyerang pekerja awam yang ditugaskan untuk membaiki jalan
raya, memasang paip air, membina sistem pengairan dan pekerja yang menjalankan
penyelidikan di tapak skim hidroelektrik.
5. Keadaan ini menjejaskan kehidupan harian penduduk tempatan kerana infrastruktur tid-
ak dapat diselenggara dengan baik.

Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat

1. Komunis melakukan pelbagai tindakan ganas yang menggugat keselamatan rakyat.


2. Komunis mengugut, mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman. menganiaya,
menculik, merampas, membakar harta benda dan membunuh penduduk yang enggan
bekerjasama. Contohnya, pada malam 5 Julai 1949, komunis mencampakkan bom tan-
gan di Sheum Circus, Kampar, Perak (seramai 46 orang cedera parah dan empat orang
mati).
3. Tindakan komunis ini menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat.

Statistik orang awam yang terbunuh. tercedera dan hilang pada tahun 1948-1960.

Terbunuh Tercedera Hilang Jumlah


2473 1385 810 4668

Komunis Mengancam Pasukan Keselamatan

1. Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai
polis.
2. Tindakan ini dilakukan untuk mencetuskan keadaan yang huru-hara dan menunjukkan
ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi keselamatan penduduk.

4
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

Statistik anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera pada tahun 1948-1960.
Pasukan Terkorban Tercedera Jumlah
Polis 513 701 1214
Special Constables 593 746 1339
Auxiliary Police 242 154 396
Tentera 519 959 1478

Kronologi Peristiwa Komunis Menyerang Pasukan Keselamatan

17 Jun 1948 Choh, Jo- 26 Jun 1948 Temer- 28 Jun 1948 Jerantut,
hor : Komunis me- loh, Pahang : Pahang : Komunis
nyerang Balai Polis Komunis menyerang membakar balai polis
Kampung Jeram Balai Polis Kuala

17 Julai 1948 Gua Mu- 8 Mac 1949 Kajang 22 Feb 1950 Muar,
sang Kelantan : Komunis Selangor : Johor : Komunis me-
menyerang Balai Polis Komunis menyerang nyerang Balai Polis
Gua Musang jip tentera Bukit, Kepong

24 Mac 1950 Ulu Semur 28 Jun 1950 Kota 21 Feb 1952 Taiping,
Kelantan : Komunis me- Tinggi Johor : Perak : Komunis me-
nyerang hendap pasukan Komunis menyerang nyerang kenderaan
askar Melayu Balai Polis Kambau polis

18 Okt 1954 Pontian, Johor :


28 Mei 1954 Kedah, Komunis Komunis menyerang Balai Po-
membunuh Ketua Polis Kedah lis Chuan Seng

6.3 Usaha Menangani Ancaman Komunis

Usaha bagi menangani ancaman komunis, beberapa usaha telah diambil seperti :-

1. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat


6. Kempen Bulan Rakyat Melawan
2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan Penjahat

3. Pendaftaran Kebangsaan Kad Pengenalan


7. Perintah Berkurung

4. Rancangan Briggs
8. Perang Saraf

5. Tawaran Pengampunan 9. Rundingan Baling

5
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

1. Penguatkuasaan Undang-Undang Darurat

Bagi menguatkuasakan Undang-Undang Darurat, British mengambil pelbagai tindakan

Menahan sesiapa sahaja yang disyaki Mengenakan hukuman berat kepa-


terlibat dalam pergerakan komunis da sesiapa sahaja yang membantu
tanpa sebarang perbicaraan komunis

Mengetatkan undang-undang Menggeledah rumah kediaman, me-


senjata api dengan mengenakan magar kampung, kenakan perintah
hukuman mati terhadap mereka berkurung, wujudkan Kampung Baru
yang membawa senjata api dan dan memindahkan serta menempat-
bahan letupan kan penduduk.

Mengharamkan PKM dan parti politik berfaham- Menangkap pemimpin


an radikal (AWAS, Ikatan Pembela Tanah Air gerakan radikal (Ahmadii
Boestamam, Ishak Haji Mu-
(PETA), Pemuda Radikal Melayu (PERAM),
hammad, Abu Bakar al-
PKMM dan Hizbul Muslimin). Baqir dan Khatijah Sidek).

2. Pemerkasaan Pasukan Keselamatan

POLIS b. TENTERA c. SUKARELAWAN

1. Cawangan Khas 1. Pasukan Askar Melayu 1. Home Guard


2. Special Constables 2. Pasukan Askar Koman-
(SC) wel
3. Polis Hutan 3. Sarawak Rangers
4. Polis Wanita
5. Senoi Peraaq (Urang
Perang)
6. Auxiliary Police (AP)

a.i) Cawangan Khas

1. Pada bulan Ogos 1950, Guy C. Madoc dilantik mengetuai badan perisikan. Beliau
menubuhkan Cawangan Khas (Special Branch).
2. Tugas risikan yang dilakukan membolehkan pihak berkuasa mengetahui operasi PKM.
3. Terdapat anggota pasukan yang menyamar sebagai komunis untuk mendapatkan
maklumat tentang PKM.
4. Ramai ahli Cawangan Khas dalam kalangan orang Cina diambil untuk menjejak anggota
komunis hingga kubu persembunyiannya.
5. Sebagai badan perisik, Cawangan Khas memberikan sumbangan semasa darurat.
6. Kejayaan cawangan ini membuat penyusupan dalam organisasi PKM memudahkan
pasukan keselamatan merancang tindakan terhadap PKM.

6
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

a.ii) Special Constables (SC)

1. Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1948 ketika Rancangan Briggs sedang dilaksanakan.
2. Seramai 24 ribu orang Special Constables dilatih dan dihantar mengawal Iadang dan ka-
wasan lombong.
3. Mereka menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis.

a.iii) Polis Hutan

1. Pada asalnya, pasukan ini dikenali sebagai Flying Squad.


2. Pada tahun 1951, dinamakan Jungle Squad dan kemudiannya Jungle Companies.
3. Pada tahun 1953, pasukan ini disusun semula dan dinamakan Police Field Force (PFF).
4. Pada 18 oktober 1958, PFF dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan.
5. Antara tugas Pasukan Polis Hutan ialah memburu komunis, membuat rondaan di pinggir
hutan, membawa bekalan makanan kepada pasukan yang betugas di dalam hutan dan
menjaga kubu (jungle fort).

a.iv) Polis Wanita

1. Polis wanita ditubuhkan pada bulan Ogos 1955.


2. Barbara D.R. Wentworth merupakan pegawai polis wanita yang pertama.
3. Beliau ditugaskan melatih anggota baharu dan menyusun pasukan polis wanita.

a.v) Senoi Peraaq (Urang Perang)

1. Pasukan Senoi Praaq ditubuhkan pada tahun 1956.


2. Senoi Peraaq dalam bahasa Senoi dikenali sebagai Urang Perang.
3. Tugas mereka mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan.
4. Anggotanya terdiri daripada Orang Asli suku Senoi, Semai dan Temuan.
5. Mereka lebih dikenali sebagai “The Silent Killers".

a.vi) Auxiliary Police

1. Pada bulan Disember 1948, terdapat seramai 17 ribu orang anggota Auxiliary Police
(AP) di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
2. Tugas mereka mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan komunis dan
membantu polis menentang ancaman komunis.
3. Pada tahun 1956, anggota AP dijadikan Police Volunteer Reserve.

b.i) Pasukan Askar Melayu

1. Ditubuhkan pada tahun 1933 dan ditugaskan membanteras gerila komunis di dalam hu-
tan
2. Pada masa yang sama, kerajaan melengkapkan tentera darat dengan pasukan Meriam
dan pasukan bantuan yang lain
3. Rejimen Askar Melayu diperbesarkan daripada tiga rejimen kepada tujuh rejimen
4. Pasukan ini mencapai prestasi cemerlang dalam usaha memerangi komunis

7
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

b.ii) Pasukan Askar Komanwel

1. Kerajaan membawa masuk askar komanwel antaranya dari Britain, Australia, New Zea-
land, India, Afrika Timur, Kenya, Uganda, Rhodesia dan Fiji
2. Pada tahun 1954, terdapat seramai 25 ribu orang askar Britain, 10 ribu askhar Gurkha,
satu batalion askar Afrika dan satu batalion askar rejimen Fiji ditempatkan di Tanah Me-
layu.

b.iii) Sarawak Rangers

1. Pasukan ini terdiri daripada orang lban ditugaskan menjejak persembunyian komunis di
dalam hutan.
2. Mereka mahir dalam selek belok hutan.
3. Corgan kata mereka, “Agi hidup Agi Ngelaban" yang bermaksud “selagi hidup selagi
melawan".
4. Banyak kem dan markas komunis berjaya dimusnahkan oleh pasukan ini

c.i) Home Guard

1. Home Guard ialah pasukan pengawal kampung


2. Tugas mereka membantu menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan daripada
jatuh ke tangan komunis
3. Anggotanya diberi latihan ketenteraan untuk mengawal kampung dan pekan
4. Pada bulan Julai1951, terdapat sejumlah 79 ribu orang Home Guard di Tanah Melayu
5. Home Guard berjaya membantu usaha mengamankan kampung dan melindungi peker-
ja lombong bijih timah daripada serangan komunis

3. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan

1. Di bawah Undang-Undang Darurat, kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran ke-


bangsaan dan penggunaan kad pengenalan pada 23 Julai 1948 bagi mengawal perge-
rakan penduduk.
2. Langkah ini diambil untuk memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam
dengan komunis.
3. Di bawah peraturan tersebut, setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berumur 12
tahun ke atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa.
4. Orang awam dikehendaki membawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja.

4. Rancangan Briggs

1. Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu pada tahun 1950.
2. Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs pula dilantik menjadi Pengarah Operasi.
3. Tujuan utama Rancangan Briggs untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
yang membekalkan makanan, senjata, maklumat dan ubat-ubatan kepada PKM.
4. Rancangan Briggs merupakan langkah berkesan untuk melemahkan pergerakan
komunis

8
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

Suasana di Kampung Baru

1. Penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah dari kampung halaman ke se-
buah petempatan baharu.
2. Kawasan penempatan semula ini digelar sebagai "Kampung Baru" dan dilengkapi
dengan kemudahan tempat tinggal, bekalan elektrik, air paip, sekolah dan kemudahan
kesihatan.
3. Kampung Baru juga mempunyai kemudahan pusat komuniti dan rumah ibadat.
4. Jawatankuasa kampung ditubuhkan untuk memelihara dan memperbaik kemudahan di
Kampung Baru.
5. Kampung Baru dipagari dengan kawat berdiri dan dikawal oleh Special Constables.
6. Sehingga bulan Mac 1952, lebih daripada 423 ribu orang penduduk di pinggir hutan
dipindahkan ke 410 buah Kampung Baru

5. Tawaran Pengampunan

1. Pada 6 September 1949, Sir Henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada


komunis supaya menyerah diri.
2. Setiap hari, Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan, poster juga ditampal
di merata-rata tempat.
3. Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina,
Melayu dan Tamil.
4. Penyebaran risalah ini dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah disebarkan melalui
pengangkutan udara. Iklan dan wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk
memujuk anggota komunis supaya menyerah diri.

6. Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat

1. Pada 22 Disember 1949, Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan kempen


"Bulan Rakyat Melawan Penjahat".
2. Penduduk berbilang kaum diseru mendaftarkan diri secara sukarela dengan pihak
berkuasa, Menjelang bulan Mac 1950, jumlah sukarelawan mencecah 435 905 orang.
3. Sukarelawan terdiri daripada penduduk lelaki dan wanita daripada pelbagai sektor terma-
suklah golongan profesional.
4. Kempen berjaya melibatkan rakyat berbilang kaum bekerjasama menentang komunis.
5. Pelaksanaan kempen tersebut dapat menggalakkan interaksi dan mengeratkan hub-
ungan antara kaum.

7.
7. Perintah Berkurung

1. Tindakan melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu. Ia membole-
hkan pasukan keselamatan menjalankan operasi dengan lebih berkesan menjalankan
operasi memburu komunis.
2. Perintah berkurung dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan
pihak berkuasa untuk membanteras ancaman komunis,
3. penduduk Tanjung Malim dikenakan tindakan ini, apabila 40 orang komunis menyerang
sekumpulan pekerja yang dihantar untuk membaiki paip air (mengorbankan 12 nyawa).
4. Siasatan dijalankan oleh pihak polis,tidak memperoleh sebarang maklumat.
5. Pada 21 Mac 1952, Sir Gerald Templer tiba di Tanjung Malim untuk memaklumkan ten-
tang hukuman kerana sikap penduduk yang enggan memberikan sebarang maklumat.

9
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

8. Perang Saraf

1. Rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk menghapuskan komunis melalui usaha
memenangi hati dan fikiran rakyat.
2. Apabila Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British (1952), Beliau bertindak un-
tuk memenangi hati dan fikiran penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
3. Beliau menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan supaya mereka beker-
jasama dengan pihak kerajaan dan menyampaikan segala maklumat tentang komunis.
4. Perang saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan membanteras
ancaman komunis.

Langkah Perang Saraf

Mengadakan Lawatan

1. Templer mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah dan pandangan mereka. Beliau
melakukan sebanyak 122 lawatan ke sekolah, kampung, hospital, dispensari, bilik
operasi, pondok polis, unit pasukan keselamatan, buruh, lombong, estet dan bersedia
menerima pewakilan.
2. Setiap lawatan mengambil masa dua hari hingga tiga hari.
3. Dengan diiringi oleh isteri, beliau melakukan 20 lawatan ke Kampung Baru dan Kampung
Melayu.
4. Isteri beliau menubuhkan cawangan Palang Merah, Pandu Puteri dan pusat komuniti

b. Melonggarkan Syarat Kewarganegaraan

1. Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi menarik kaum bukan Melayu menjadi


rakyat Tanah Melayu.
2. Langkah ini penting untuk mewujudkan bangsa yang bersatu.
3. Kesannya, pada 14 September 1952, seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180
ribu orang India layak menjadi warganegara.

c. Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran

1. Mengadakan pilihan raya tempatan pertama bertujuan menggalakkan penyertaan orang


bukan Melayu dalam politik dan mendapatkan sokongan untuk menentang komunis

d. Menawarkan Hadiah Wang Tunai

1. Hadiah wang tunai turut ditawarkan kepada penduduk yang dapat menangkap atau
memberikan maklumat tentang gerila komunis.
2. Sesiapa yang berjaya menangkap Chin Peng, pemimpin PKM sama ada hidup atau
mati akan diberikan hadiah sebanyak $250 ribu

10
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

e. Memenangi Kepercayaan Orang Asli

1. Templer berusaha mendapatkan kepercayaan Orang Asli supaya mereka menyokong


kerajaan menghapuskan komunis.
2. Beliau mendirikan 14 kubu untuk mendapatkan sokongan Orang Asli. Kubu ini menye-
diakan kemudahan barangan keperluan harian, perubatan, pendidikan dan perlin-
dungan

f. Memajukan Perkhidmatan Penerangan

1. Kerajaan memajukan perkhidmatan penerangan untuk mendapat sokongan penduduk


tempatan.
2. Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium untuk men-
imbulkan kesedaran kepada masyarakat agar menyokong kerajaan membanteras
komunis.
3. Jabatan ini bertanggungjawab menyebar risalah antikomunis kepada penduduk dan
risalah kerajaan kepada komunis di dalam hutan.

g. Memperkenalkan Kawasan Hitam dan Kawasan

1. Kerajaan memperkenalkan konsep "kawasan hitam" dan "kawasan putih".


2. Kawasan hitam ialah kawasan kegiatan komunis yang aktif dan dikenakan perintah
berkurung.
3. Kawasan putih kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman komunis.
4. Sehingga tahun 1954, kerajaan mengisytiharkan Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis
dan Negeri Sembilan sebagai kawasan putih.

9. Rundingan Baling

1. Bagi menamatkan ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rah-
man mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Ked-
ah, pada 28 Disember 1955.
2. Pertemuan tersebut melibatkan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan PKM.
Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman ditemani oleh Tan
Cheng Lock dan David Marshall, sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien
dan Rashid Maidin.
3. Tunku Abdul Rahman meminta Chin Peng membubarkan PKM, meletakkan senjata dan
menyerah diri.
4. Chin Peng pula menetapkan syarat, iaitu peletakan senjata dan penyerahan diri akan
dibuat seandainya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang
sah.
5. Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat tersebut menyebabkan rundingan ter-
sebut telah menemui kegagalan

11
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

6.4 Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita

Aspek Politik Zaman darurat meninggalkan pelbagai kesan dari aspek politik
seperti:-

Peningkatan Jumlah Malayan Chinese Mempercepat


Warganegara Association (MCA) Kemerdekaan

Peningkatan Jumlah Warganegara

1. Kerajaan telah rnelonggarkan syarat kewarganegaraan pada tahun 1952.


2. Seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang lndia menjadi warganega-
ra Persekutuan Tanah Melayu.
3. Kelonggaran syarat ini menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain
bagi mewujudkan perpaduan rakyat

Malayan Chinese Association (MCA)

1. Darurat mendorong Sir Henry Gurney mengambil langkah menawan hati penduduk
Cina ke arah penubuhan parti politik berorientasikan tempatan.
2. Tan Cheng Lock mernbentuk Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur pa-
da 27 Februari 1949.
3. Penubuhan MCA meyakinkan British bahawa bukan semua orang Cina menyokong
komunis. MCA juga bersedia berganding bahu dengan kerajaan memerangi komunis.
4. Sehingga bulan Februari 1953, MCA mempunyai 250 ribu orang ahli. MCA mernbantu
kerajaan dari segi kewangan dan menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke
Kampung Baru.
5. MCA juga menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan. Kutipan jualan
loteri tersebut didermakan kepada penduduk di Karnpung Baru.
6. Sehingga pertengahan tahun 1953, MCA berjaya mengumpulkan sejumlah $2.5 juta
bagi memperbaik kehidupan penduduk Cina di Kampung Baru.

Mempercepat Kemerdekaan

1. British sedar pihaknya tidak boleh menamatkan darurat melalui strategi ketenteraan se-
mata-mata. Darurat menjadi faktor yang mendorong British bersedia untuk memper-
cepat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
2. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) meningkatkan kesedaran
politik dalam kalangan pemimpin kaum bahawa mereka boleh berkongsi kepentingan
dan hala tuju yang sama melalui penubuhan Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC).
3. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umurn 1955 memberikan keyakinan
kepada British bahawa Persekutuan Tanah Melayu dapat menewaskan komunis me-
lalui perpaduan penduduk yang berbilang kaum.
4. British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan
tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangannya.

12
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

Zaman darurat menyebabkan kerugian harta benda pender-


2. Aspek Sosioekonomi itaan rakyat, hubungan kaum terbatas dan meningkatkan
jumlah kematian

Meningkatkan Kos Perbelanjaan

1. Darurat menjejaskan perkembangan ekonomi dan meningkatkan kos perbelanjaan


pihak British untuk menangani ancaman komunis.
2. Anggaran purata kos darurat ialah sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari.
3. Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih $10 juta sebulan atau $120 juta setahun untuk
membanteras ancaman komunis.
4. Kerajaan membelanjakan kos yang besar untuk menyelesaikan masalah penempatan
semula penduduk di pinggir hutan.
5. Dari tahun 1950 hingga tahun 1953, perbelanjaan kerajaan dianggarkan lebih $7 juta
untuk pembangunan di Kampung Baru.

Menyebabkan Penderitaan dan Kesengsaraan kepada Rakyat

1. Rakyat menghadapi penderitaan semasa zaman darurat.


2. Kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran serangan komunis menyebabkan
kegiatan ekonomi negara terjejas.
3. Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan. Akhirnya, harga
barang makanan dan keperluan harian melambung tinggi.
4. Peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong mengalami kesukaran
kerana mereka merupakan sasaran peras ugut komunis bagi mendapatkan wang dan
bekalan makanan.
5. Kegagalan memenuhi tuntutan komunis menyebabkan kemusnahan pada lombong,
ladang dan kedai serta mengancam nyawa.
6. Penduduk menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh bekalan keperluan
kerana terpaksa mematuhi pelbagai peraturan yang dikenakan oleh kerajaan.
7. Akibatnya, penduduk tidak dapat menjalankan kegiatan harian. Ramai pekebun dan
pekerja lombong tidak dapat bekerja kerana perintah berkurung dikenakan kepada
mereka.
8. Catuan bekalan makanan yang dikenakan oleh kerajaan menyebabkan mereka bergan-

Merenggangkan Hubungan Kaum

1. Rancangan penempatan semula Kampung Baru didominasi oleh kaum Cina dikumpul-
kan di kawasan petempatan yang sama, manakala kaum lain di petempatan lain.
2. Petempatan baharu yang dilengkapi dengan prasarana biasanya berkembang menjadi
bandar baharu, manakala kaum Melayu hanya tertumpu di kampung yang serba keku-
rangan.
3. Kawalan pasukan keselamatan yang ketat menyebabkan hubungan dengan kaum lain
terbatas. Kehidupan begini tidak memberikan ruang kepada penduduk Kampung Baru
untuk bersosial dengan kaum lain.

13
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

Jumlah Korban Zaman Darurat

1. Darurat menyebabkan banyak anggota pasukan keselamatan, komunis dan orang


awam terkorban.
2. Darurat menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada penduduk Persekutuan
Tanah Melayu.

Penamatan Darurat

1. Darurat telah menyebabkan banyak nyawa terkorban, kemusnahan harta benda dan
membawa kesengsaraan kepada rakyat.
2. Zaman darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara berkuat kuasa mulai 31 Julai 1960.
3. Dengan itu, berakhirlah zaman darurat yang mengambil masa selama 12 tahun di nega-
ra kita.
4. Tempoh darurat selama 12 tahun menyebabkan kesengsaraan dan kesulitan kepada
penduduk tempatan.
5. Tindakan komunis memusnahkan kemudahan asas serta menyerang penduduk dan
anggota keselamatan menyebabkan keadaan huru-hara di negara kita.
6. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras komunis dan mengembali-
kan keamanan negara kita.
7. Bagi menghargai keamanan yang dikecapi, kita perlu bersama-sama mempertahankan
negara daripada musuh.

14
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin

Soalan Struktur

1. Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mereka
menulis karya Communist Manifesto dan Das Kapital.
a. Apakah yang di maksudkan dengan fahaman komunis?

..............................................................................................................................
1 markah

b. Nyatakan penyebaran fahaman komunis ke negara kita

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................
3 markah

c. Senaraikan bentuk bantuan yang diterima oleh PKM daripada British pada zaman
pendudukan Jepun (1941-1945)

i. ..............................................................................................................................

ii. ..............................................................................................................................

iii. ..............................................................................................................................
3 markah

d. Pada pendapat anda, mengapakah Ideologi Komunis sukar diterima oleh orang
Melayu?
.
.............................................................................................................................

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................
3 markah

2. Pada 18 Jun 1948, Undang-Undang Darurat telah dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Mela-
yu.
a. Apakah peristiwa yang menyebabkan Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di
Tanah Melayu mengisytiharkan darurat?

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................
1 markah

15
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin
b. Nyatakan tindakan PKM untuk melumpuhkan dan melemahkan ekonomi British.

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................
3 markah

c. Senaraikan pasukan polis yang ditubuhkan oleh British bagi memperkasakan


pasukan keselamatan tempatan

i. ..............................................................................................................................

ii. ..............................................................................................................................

iii. ..............................................................................................................................
3 markah

d. Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda boleh berperanan menangani caba-


ran untuk mempertahankan kedaulatan negara?
.
.............................................................................................................................

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................
3 markah

3. Bagi menamatkan ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman
mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM di Sekolah Inggeris, Baling, Kedah, pada
28 Disember 1955
a. Siapakah yang mewakili Persekutuan Tanah Melayu Rundingan Baling?

i. ..............................................................................................................................

ii. ..............................................................................................................................
2 markah

b. Senaraikan wakil PKM yang terlibat dalam Rundingan Baling

i. ..............................................................................................................................

ii. ..............................................................................................................................
2 markah

c. Nyatakan permintaan Tunku Abdul Rahman terhadap Chin Peng dan PKM dalam
rundingan tersebut.

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................
3 markah

16
Bab 6 Ancaman Komunis Dan Pengisytiharan Darurat Cikgu Rosle Yasin
d. Jelaskan ikhtibar yang boleh diambil daripada usaha Tunku Abdul Rahman
mengadakan rundingan dengan PKM.
.
.............................................................................................................................

..............................................................................................................................

..............................................................................................................................
3 markah

Soalan Esei

1. Perang saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk menghapuskan
komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat.
a. Bagaimanakah cara Gerald Templer (Pesuruhjaya Tinggi British) bertindak untuk me-
menangi hati dan fikiran penduduk Persekutuan Tanah Melayu
10 markah

b. Zaman darurat menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat.


Jelaskan
6 markah

c. Pada pandangan anda, mengapakah zaman darurat membantutkan perkembangan


ekonomi negara?
4 markah

2. Bagi menangani ancaman komunis, beberapa usaha telah diambil seperti penguatkuasaan
Undang-Undang Darurat.
a. Apakah langkah yang diambil oleh British dalam usaha meguatkuasakan Undang-
Undang Darurat.
10 markah

b. Mengapakah British mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu?


6 markah

c. Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda pada hari ini dapat membentuk
sebuah negara dan bangsa Malaysia yang maju?
4 markah

17
SOALAN OBJEKTIF

1 Komunisme ialah ideologi yang 5. Senarai berikut merujuk dua parti


diasaskan oleh Karl Marx dan
Friedrich Engels. Komunisme
adalah fahaman politik • Parti Kuomintang (KMT)
ms
146
A menjadikan ekonomi sebagai
milik negara
B menentang penjajahan kuasa Apakah persamaan kedua-dua
asing parti tersebut?
C menentang raja berkuasa ms A Menentang penjajahan kuasa
mutlak 146 asing
D membela rakyat yang tertin-
das B Menuntut kemerdekaan da-
ripada penjajah
2 Ideologi Komunis disebarkan me- C Mengalakkan penubuhan
lalui hasil penulisan Karl Marx dan kesatuan sekerja
Friedrich Engels. Antara hasil karya D Menyebarkan pengaruh
mereka ialah komunis
I. The New Order Country
6 Pada 30 April 1930, Parti Komunis
ms II. The Communist Ideology
Malaya (PKM) ditubuhkan di
146 III. Communist Manifesto ms A Sungai Siput, Perak
IV. Das Kapital
A I dan II
147 B Tanjung Malim, Perak
B I dan IV C Batu Berendam, Melaka
C II dan III D Kuala Pilah, Negeri Sembilan
D III dan IV
7 Mengapakah Parti Komunis Ma-
3 Terdapat dua buah negara yang laya (PKM) bertambah kuat sema-
terlibat dalam penyebaran fahaman sa pendudukan Jepun (1941-
komunis, iaitu 1945)?
ms I Mendapat bantuan kewangan
ms I Indonesia. 147 II Memiliki kemudahan
146 II Vietnam pengangkutan
III Kemboja III Mendapat sokongan
IV China penduduk tempatan
A I dan II IV Memperoleh bekalan senjata
B I dan IV daripada British
C II dan III A I dan II
D III dan IV B I dan IV
C II dan III
4. Mengapakah Parti Komunis Malaya D III dan IV
(PKM) tidak mendapat sambutan
orang Melayu? 8 Apakah tujuan British bertindak
ms A Menggunakan kekerasan un- meluluskan Trade Union Ordi-
146
tuk mencapai matlamat mereka nance No. 9 of 1948?
B Corak perjuangan tidak ms A Mengharamkan PKM
sistematik 147 B Menutup sekolah Cina
C Kerjasama rakyat dan kerajaan
C Menyekat pengaruh komunis
kukuh
D Bantuan kerajaan asing sukar D Mengharamkan Kesatuan
diperoleh sekerja

18
9 Mengapakah darurat diisytharkan Mengapakah mereka bertindak
di Tanah Melayu pada Jun 1948? demikian?
ms A Propaganda parti berhaluan I. Menamatkan Malayan Union
148
kiri ms II. Melumpuhkan ekonomi Nega-
149
B Permogokan pekerja kilang ra
III. Menubuhkan kerajaan re-
C Pembunuhan pengurus publik
ladang IV. Menentang pentadbiran Jepun
D Pemusnahan landasan kereta A I dan II
api B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10 Gerakan Komunis Antarabangsa
telah menganjurkan dua per-
sidangan di Calcutta, India pada 13 Ilustrasi berikut menunjukkan pe-
bulan Mac dan Februari 1948. ristiwa pembunuhan Pesuruhjaya
Apakah gesaan yang dibuat dalam Tinggi British di Tanah Melayu
persidangan tersebut?
ms A Menakutkan orang awam
148 B Memutuskan perhubungan
C Memecahbelahkan penduduk
D Melancarkan perjuangan ber-
senjata

11 Keganasan berikut dilakukan oleh Siapakah mangsa serang hendap


komunis di Jalan Kuala Kubu
Bharu tersebut?
• Merosakkan pokok getah
• Merosakkan kilang dan estet ms A Sir Henry Gurney
• Merosakkan rumah asap 150 B Sir Edward Gent
C Sir Harold Mac Michael
Mengapakah PKM bertindak
demikian? D Sir Malcom McDonald
ms A Ingin menubuhkan kerajaan
sendiri 14 Berikut adalah tindakan yang di-
149 B Berhasrat melumpuhkan ambil oleh British semasa zaman
ekonomi negara darurat.
C Menuntut pilihanraya yang adil
diadakan • Mengharamkan PKM dan parti
D Mendapatkan sokongan politik berfahaman radikal
• hukuman berat kepada sesiapa
rakyat secara paksaan yang membantu komunis.

12 Maklumat berikut menunjukkan tinda- Mengapakah British mengambil


tindakan tersebut?
kan pengganas komunis pada tahun
1948.
ms
152
A Mengatasi masalah
perkauman
B menguatkuasakan Undang-
• Merosakkan pokok getah Undang Darurat
• Merosakkan Infrastruktur C Mengawal penentangan
• Mengancam keselamatan awam terhadap British
D Meredakan kemarahan
penduduk tempatan
19
15 British telah memperkasakan 19 Home Guard ialah pasukan
pasukan keselamatan tempatan pengawal kampung
untuk membanteras kegiatan Apakah tugas Home Guard ?
komunis. ms A Memburu pasukan komunis
Pasukan tentera yang terlibat da- 155 B Menyekat bekalan makanan
lam program ini ialah C Mempertahankan bandar dan
ms A Senoi Praaq kampung
152 B Cawangau Khas D Mengadakan sekatan jalan
C Sarawak Rangers raya
D Special Constables
20 Pernyataan berikut dikaitkan
dengan sistem pendaftaran ke-
16 Special Constables (SC) telah bangsaan pada tahun 1950-an.
ditubuhkan pada tahun 1948.
Apakah tujuan Special Constables
Setiap penduduk berumur 12 tahun
ditubuhkan?
atau lebih mesti didaftarkan dan diberi
ms A Memburu pasukan komunis kad pengenalan.
153 B Mengadakan sekatan jalan
raya Mengapakah tindakan tersebut
C Mengawal Kawasan ladang diambil?
dan lombong ms A Membasmi ancaman komunis
D Membantu pasukan kesela- 156 B Melicinkan proses pilihan
matan mengawal kampung. raya
C Memudahkan bancian
17 Apakah tugas Rejimen Askar Melayu penduduk
yang ditubuhkan pada tahun 1933 se- D Mengenal pasti golongan
masa darurat? imigran
ms
154
A Mempertahankan bandar dan
kampung 21 Maklumat berikut berkaitan zaman
B Mengesan tempat persembu- darurat di Tanah Melayu
nyian komunis di hutan
C Membantu pasukan polis Tahun Perkara
menentang ancaman komunis
Penduduk yang tinggal di pinggir
D Membanteras gerila komunis di 1948- hutan selalu dikunjungi oleh ahli
dalam hutan 1949 PKM untuk memujuk mereka
membekalkan makanan.
18 Rajah berikut ada kaitan dengan
Apakah tindakan kerajaan untuk
menyelesaikan masalah di atas?
X ms A Membekalkan senjata
157 B Menempatkan di kem
pertahanan
Fiji Australia Rhodesia C Memindahkan ke petempatan
baru
Apakah X? D Mengisytiharkan perintah
ms A Sarawak Rangers berkurung
155 B Menentang tentera Jepun
22 Rajah berikut menunjukkan
C Pasukatan tentera bersekutu peranan Min Yuen kepada Parti
D Pasukan askar Komanwel
20
Menyediakan makanan 26 Apakah seruan Majlis Perun-
dangan Persekutuan dalam
kempen "Bulan Rakyat Melawan
Min Yuen X Penjahat"?
ms A Memberi maklumat kepada ke-
Membekalkan ubat- 158
rajaan
B Menjadi anggota sukarelawan
C Memujuk komunis meletkkan
Apakah X? senjata
ms A Melatih anggota baru D Melarang penduduk keluar dari
rumah
157 B Mendapatkan sokongan
C Mendapatkan maklumat 27 Rajah berikut menunjukkan usaha
D Mengatur strategi perjuangan British untuk menghapuskan an-
caman komunis Tanah Melayu.
23 Maklumat berikut adalah langkah
yang diambil untuk membanteras Melonggarkan syarat
Komunis Kewarganegaraan
Perang
Kampung Baru dilengkapi dengan Mengadakan lawatan
kemudahan tempat tinggal, bekalan
elektrik, air paip, sekolah dan kemu- X
dahan kesihatan
Apakah X?
Maklumat tersebut boleh dikaitkan ms A Menawarkan hadiah
dengan 159 B Menubuhkan pasukan polis
ms A Pengistiharan darurat C Mewujudkan ”kampung baru”
157 B Rancangan Briggs D Memperkenalkan kad
C Perang saraf pengenalan
D Min Yuen
28 Bagaimanakah Templer mendapat-
24 Mengapakah kerajaan mengeluar- kan sokongan penduduk supaya me-
kan tawaran pengampunan be- nyokong usaha “perang saraf”?
ms A Mewujudkan Kampung Baru
ramai-ramai kepada pengganas
159 B Memperkenalkan kad penge-
komunis?
ms A Meningkatkan keselamatan nalan
158 C Membawa masuk tentera Ko-
negara
B Mengurangkan kesengsaraan manwel
di hutan D Melonggarkan syarat kewarga-
C Mengelakkan mereka kembali negaraan
ke negara asal
D Menerima desakan daripada 29 British telah melancarkan kempen
pemimpin tempatan ”Memenangi Hati dan Fikiran
Rakyat” pada tahun 1950-an.
25 Apakah tujuan British menyiarkan Apakah kejayaan kempen tersebut?
syarat tawaran pengampunan? ms A Meningkatkan taraf hidup rakyat
159
luar bandar
ms A Melemahkan aktiviti komunis
B Mewujudkan sistem pendidikan
158 B Menangkap anggota komunis yang seragam
C Mengukuhkan pasukan kesela- C Memupuk kerjasama rakyat
matan melalui parti politik
D Memujuk komunis menyerah D Mengembleng tenaga rakyat un-
diri tuk menentang komunis
21
30 Bagaimanakah Templer berusaha C Memberi maklumat
mendapatkan kepercayaan Orang
Asli untuk menyokong kerajaan D Mengadakan kempen kesedaran
menghapuskan komunis?
ms A Menawarkan hadiah wang tunai 36 Kemenangan Parti Perikatan dalam
159 B Menyediakan pengangkutan Pilihan Raya Umum 1955 mem-
berikan keyakinan kepada British ba-
C Menyediakan keperluan harian hawa Persekutuan Tanah Melayu
D Membayar gaji Tok Batin dapat menewaskan komunis.
Apakah elemen penting untuk me-
31 Apakah dimaksud ”kawasan putih” newaskan PKM?
semasa zaman Darurat? ms A Bertoleransi
ms A Perlaksanaan perintah ber- 161 B Tolong menolong
160
kurung
B Petempatan pelbagai kemu- C Perpaduan kaum
dahan D Bertanggungjawab
C Penguatkuasaan kawalan
keselamatan 37 Mengapakah kerajaan terpaksa
D Bebas daripada ancaman membelanjakan wang yang banyak
komunis lebih $7 juta antara tahun 1950
hingga tahun 1953?
32 Apakah syarat yang dikemukakan
oleh pihak kerajaan kepada Parti
ms A Mengukuhkan pertahanan
Komunis Malaya dalam rundingan 162 B Membangunkan kawasan luar
bandar
ms A Perletakkan senjata C Pembangunan kampung baru
160 B Hasil rampasan dikembalikan D Meningkatkan sumber makanan
C Kubu pertahanan dimusnahkan
D Kewarganegaraan dilucutkan 38 Apakah penderitaan yang terpaksa
ditanggung oleh rakyat semasa da-
33 Siapakah yang menemani Tunku Ab- rurat?
ms A Berlaku inflasi
dul Rahman semasa berunding
dengan PKM di Baling? 162 B Catuan bekalan makanan
ms A Tun Abdul Razak C Kegiatan ekonomi terjejas
160 B David Marshall D Kemusnahan pada lombong
C Tun Dr. Ismail
D H.S. Lee 39 Rancangan Kampung Baru
didominasi oleh kaum tertentu.
34 Mengapakah Rundingan Baling Apakah kesan keadaan tersebut?
menemui kegagalan? ms A Perpaduan kaum bertambah
163
ms A Kerajaan enggan menerima erat
B Pertambahan bilangan kam-
syarat PKM pung baru
160 B Kerajaan tidak membayar ganti
C Pembangunan luar bandar dia-
rugi baikan
C Kerajaan tidak mahu membebas- D Merenggangkan hubungan an-
kan anggota PKM yang ditahan tara kaum
D Kerajaan tidak mengiktiraf
40 Apakah ikhtibar yang boleh diambil
daripada Zaman Darurat
35 Apakah usaha yang dilakukan oleh
MCA bagi mernbantu kerajaan ms A Bekerjasama
memerangi komunis? 163 B Bersatu hati
ms A Bantuan ketenteraan
C Ikhlas dalam berjuang
161 B Bantuan kewangan
D Menghargai keamanan
22

You might also like