You are on page 1of 20

DARURAT DAN ANCAMAN

KEMERDEKAAN
BAB 6
PENGENALAN DARURAT
• Halangan kepada kemerdekaan –
perkembangan komunis di Tanah Melayu.
• Matlamat komunis – untuk merdeka Tanah
Melayu dari British menerusi revolusi
bersenjata.
• Menubuhkan Republik Komunis di Tanah
Melayu dengan sokongan Comintern (The
Communist International)
• Halangan kepada perpaduan.
• Undang-undang darurat berlaku kerana:
– Pemberontakan komunis
– Tiga peladang Eropah terbunuh pada 16 Jun 1948
– Diisytiharkan oleh Sir Edward Gent (Pensuruhjaya
Tinggi British di PTM)
– DARURAT :1948 -1960
• Tindakan :
– Empat Pensuruhjaya Tinggi British bertindak untuk
berdepan dengan komunis & diakhiri oleh
pemimpin negara.
DEFINISI DARURAT
• Diperuntukkan di bawah perlembagaan.
• Fasal 1, Perkara 150 Perlembagaan PTM :
– ‘satu darurat besar yang mengancm keselamatan
atau kehilangan ekonomi persekutuan atau mana-
mana bahagiannya’.
– Peruntukan undang-undang darurat dinyatakan
dalam Perkara 149-151, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, Bahagian II iaitu Kuasa-
kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan
Kuasa-kuasa Darurat
• Hanya Yang Dipertuan Agong (YDPA) sahaja
mempunyai kuasa isytihar darurat selepas
mendapat nasihat Perdana Menteri.
• Sebelum kemerdekaan – diisytiharkan oleh
Pensuruhjaya Tinggi British.
SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA
(PKM)
• Sejak tahun 1920an
• Menyusup ke sekolah Cina, kesatuan sekerja
dan penerbitan.
• Rancak selepas PKM ditubuhkan pada April
1930.
• Pimpinan – Chin Peng
• Pemberontakan – bersenjata
• Ideologi komunis melalui Singapura
• Gerakan komunis di TM - pengaruh Parti
Komunis Indonesia.
• Tokoh komunis Indonesia yang pertama
perkenal komunis di Singapura.
• Di TM – Parti Kuomintang China menyebar
ideologi komunis
• Di Singapura South Seas Communist Party
dibubarkan digantikan dengan PKM.
• Fu Ta Ching (agen PKC & Setiausaha Agung
Pertama PKM – 1931) ditangkap.
• Diganti oleh Loi Teck – 1934 & 1935 perkukuh
PKM. Jadi Setiausaha Agung PKM – 1939.
• Terpaksa bekerjasama dengan British untuk
menghadapi puak fasis – Jerman & Jepun.
• PKM dengan Parti Kuomintang Malaya
mendapat sokongan British begerak bawah
tanah untuk tentang Jepun.
• PKM & Parti Kuomintang Malaya tubuh
Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)
• MPAJA dikenali sebagai Bintang Tiga.
• Semasa pendudukan Jepun, PKM menerusi
MPAJA melancarkan perang gerila terhadap
Jepun bersama British di bawah Force 136.
BINTANG TIGA & KOMUNIS
• Pengunduran tentara Jepun akibat ledakan
bom atom di Hiroshima & Nagasaki pada 6 & 9
Ogos 1945.
• Kekejaman komunis pada penduduk
tempatan:
– Geledah rumah
– Rampas barangan
– Sekat jalanraya
– Penyeksaan pada orang Melayu
KEMARAAN PKM
• Disebabkan British menolak Perlembagaan
Rakyat oleh puak kiri yang dikemukakan oleh
All Malayan People of Joint Action (AMCJA) &
PUTERA & menerima cadangan perlembagaan
UMNO.
• Persidangan Pemuda Asia di Calcultta yang
dianjurkan oleh Pertubuhan Komunis
Antarabangsa (Comintern) pada Februari
1948.
PEMBANTERASAN KOMUNIS
DI TANAH MELAYU
• 1948-1960 (usaha oleh British dari 1948—
1957):
– Sir Edward Gent (Jun 1948-Julai 1948)
– Sir Alec Newboult (Julai 1948-Oktober 1948)
– Sir Henry Gurney (Februari 1952-Mei 1954)
– Sir Donald MacGilivray (Jun 1954-Ogos 1957)
• Selepas 1957 adalah usaha dari Kerajaan PTM
– Kerajaan Perikatan mengambil alih dari Ogos 1957
hingga darurat diisytiharkan tamat – 31 Julai 1960
Sir Edward Gent
• Pembunuhan 3 peladang Eropah.
• Mengisytiharkan Undang-undang Darurat
pada 16 Jun 1948.
• Undang-undang Darurat dikuatkuasakan
sehingga tahun 1960.
• Beliau dipanggil balik ke London untuk
melaporkan keadaan komunis.
• Terbunuh dalam pelanggaran udara.
Sir Alec Newboult
• Meneruskan kuatkuasa Undang-undang
Darurat.
• Pengharaman PKM pada 23 Julai 1948.
Sir Henry Gurney
• Menambah anggota keselamatan
• Meneruskan kuatkuasa Undang-undang
Darurat
• Jawatankuasa Eksekutif Perang
• Perisikan
• Pendaftaran Kebangsaan
• Rancangan Briggs
– Penempatan Semula
Home Guard
• Penyusunan pasukan keselamatan
• Gerakan kelaparan
• Bulan rakyat melawan penjahat
• Penubuhan Malayan Chinese Association
(MCA)
• Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum
Sir Gerald Templer
• Ganti Gurney yang terbunuh dalam serangan
komunis
• Antara tindakan beliau:
– Penyusunan Pasukan Polis
– Perisikan
– Perintah berkurung
– Kempen Ketenteraan Pasukan Keselamatan
– Perang Psikologi
– Program Dapur Pusat
FAKTOR KEJAYAAN BRITISH BANTERAS
KOMUNIS
• Tiada sokongan dari orang Melayu terhadap
komunis
• Sokongan Raja-raja Melayu kepada British
• Perang Saraf
• Masalah dalaman PKM
• Penubuhan Parti Perikatan
IMPLIKASI DARURAT
• Perkauman
• Penempatan berasingan mengikut kaum
• Peningkatan kos perbelanjaan
• Mempercepatkan kemerdekaan TM
• Demokrasi hampir terancam
KESIMPULAN
• Darurat membuktikan bahawa keselamatan
negara pernah diancam oleh komunis – PKM.
• PKM cuba melakukan penentangan
‘membebaskan’ TM dari penjajah British namun
melakukan juga penjajahan dengan cubaan
menubuh Republik Komunis Malaya.
• Usaha Templer berjaya kurangkan ancaman PKM
seiring dengan polisi PKM dengan tumpu kepada
pembangunan.
• Rundingan Baling gagal. Chin Peng lari ke
Thailand.
• Usaha membanteras komunis hingga selesai
diteruskan oleh kerajaan selepas merdeka.

You might also like