You are on page 1of 75

Thursday, 28 April 2016

Suspek Pecah Rumah Mohd Zaquan Ditahan

Kota Tinggi: Tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah pemain
bola sepak Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II), Mohd Zaquan Adha Abdul Razak
ditahan polis di sebuah rumah di Horizon Hills dekat Iskandar Puteri, Johor awal pagi
tadi.

Ketiga-tiga suspek lelaki warga tempatan berusia 23, 29 dan 37 tahun itu ditahan di
rumah yang disewa mereka pada 1.45 pagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya menjalankan
risikan dan siasatan sebelum berjaya mengesan kedudukan suspek di kawasan
perumahan terbabit.

"Ketika tangkapan dilakukan, kita turut menemui beberapa peralatan dipercayai


digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti alat pemotong besi, pemutar skru, kuku
kambing dan spanar.

"Kita turut menemui pelbagai jenis jam serta beg tangan pelbagai jenama, barang
kemas dan kamera yang dipercayai antaranya milik Mohd Zaquan Adha," katanya pada
sidang media selepas Pertandingan Menembak antara Media Johor dan Polis Kontinjen
Johor sempena Peringatan Hari Polis ke-209 di Lapang Sasar Ladang Rem di sini, hari
ini.

Beliau berkata, polis turut merampas dua kenderaan iaitu Hyundai Tucson dan Peugeot
yang mana kedua-duanya dilaporkan di Skudai dan Tampoi.

Katanya, ketiga-tiga suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen
457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan pihaknya masih mengesan beberapa
lagi suspek yang mungkin turut terbabit dalam kejadian itu.

Sumber@Harian Metro

Summary only...

Posted by Jeebond BLM at 8:23 pm , 0 comments

Exco Terengganu: Razif Tidak Pernah Bincang Hal Beri Pulau Kepada Zakir Naik

KUALA TERENGGANU: Cadangan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif


menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik
tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib
mendedahkan cadangan sebaliknya keputusan peribadi Ahmad Razif dan beliau
mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.

“Oleh kerana Menteri Besar yang cakap, maka kena tanya pada beliau. Isu ini juga
tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Terengganu,”
katanya kepada FMT.
Malah, menurut ADUN Ajil itu sebarang penggunaan rizab tanah Kerajaan Terengganu
hendaklah mendapat persetujuan daripada Tuanku Sultan.

“Semua tanah di Terengganu ini selain milik individu, adalah kepunyaan kerajaan dan
Raja. Bahkan keputusan muktamad Ahmad Razif (mahu beri tanah kepada Dr Zakir
Naik) terletak pada Tuanku Sultan. Kalau Tuanku Sultan kata tidak boleh maka kena
akur malah, membuat pengumuman tanpa maklum kepada Tuanku Sultan pun sudah
dikira salah,” katanya.

Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi


Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana
dikhuatiri mungkin menyebarkan ajaran sesat.

Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah pendakwah dari India itu,
Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan
penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di
negeri itu.

Tindakan Ahmad Razif menyokong pendakwah kontroversi juga dilapor sebagai punca
darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.

Summary only...

Posted by Jeebond BLM at 5:19 pm , 0 comments

Tabung Haji Umum Johan Abdullah Ganti Ismee

Berkuat kuasa 1 Julai ini, Datuk Johan Abdullah akan dilantik sebagai Pengarah Urusan
Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji menggantikan Tan Sri
Ismee Ismail.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata penyerahan
tugas oleh Ismee adalah selaras dengan pelan penggantian yang dirancang sejak
Januari 2015.

"Kepimpinan dan visi Ismee banyak menyumbang kepada kejayaan Tabung Haji
sehingga memperoleh pengiktirafan dan penghormatan di peringkat antarabangsa.

"Kami berbangga dan berterima kasih dengan kepimpinannya sepanjang tempoh


melebihi 10 tahun, Tabung Haji berjaya melalui transformasi yang telah meningkatkan
prestasi kewangan ke ahap yang membanggakan," katanya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Selasa lalu, berkata peletakan
jawatan Ismee memang sudah dijangkakan berikutan pendedahan beliau berhubung
tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji sebelum ini.

Katanya, Ismee juga adalah ahli lembaga pengarah dalam firma kontroversi 1MDB dan
kemungkinan akan disiasat tidak lama lagi.

Rafizi sebelum ini mendakwa Tabung Haji membabitkan diri dalam pelaburan berisiko
termasuk jaminan RM1 bilion kepada sebuah anak syarikat 1MDB yang bermasalah.

Beliau juga menggesa CEO baru untuk melakukan audit khas mengenai kedudukan
kewangan dan operasi kumpulan itu dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen
sebelum akhir tahun ini.

Johan menyertai Tabung Haji pada 15 Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah
Urusan Kumpulan.

Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
BIMB Holdings Berhad.

Summary only...

Posted by Jeebond BLM at 1:29 pm , 0 comments

ADUN Hulu Besut Nafi Jadi Pengganti Ahmad Razif -


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad
menafikan khabar angin kononnya beliau akan menggantikan Ahmad Razif Abd
Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Nawi yang dipetik Malay Mail Online berkata, keadaan di negeri itu seperti sedia kala.

“Tidak…ia tidak benar. Mana awak dapat cerita ini?

“Setahu saya, saya tidak dengar apa-apa pun mengenai Menteri Besar akan
digantikan,” katanya.

Nama Nawi adalah yang ketiga muncul bagi menggantikan Ahmad Razif, selepas
semua darjah kebesaran ADUN Seberang Takir itu dilucutkan Sultan Terengganu,
Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dua lagi nama yang disebut-sebut sebagai pengganti Ahmad Razif ialah ADUN
Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Portal berita itu turut memetik Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menggesa
Ahmad Razif melepaskan jawatannya, kerana tidak lagi disenangi Sultan Terengganu. -
FMT

Kesian Mamat Ni Stress...

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... Gua tengok pun rasa kesian.. Kesian sungguh la kat mamat ni ... dier stress
gamaknyer... Ke malam tadi bini dier halau tido luar kot... tue yang pasai stress macam
bangang nih... Hahaha... Lawak lar... memang lawak..

Aper nak jadi la... dok salahkan kaum Cina dan India yang dah jadi warganegara...
konon negara Malaysia ni Negara Islam la konon.... Hahaha... mabuk Fil Kudha ker
aper dier nih.... Cukup la Hadi Awang jer yang mabuk Fil Kudha.... lu jangan la wala'
sangat sampai nak ikut sama mabuk... Hahaha...

Malaysia ni Negara Sekular la... Negara Sekular yang menyamar konon membawa imej
Islamik.... Hahaha.... Tapi sistem dan undang-undang serta Perlembagaan semua
sekular.... Hahaha... itu pon tak paham lagi ka??? Kesian... otak takder.... mungkin dia
Zombie kot... sebab otak takder..... Hahaha...

Cina dan India tu dapat jadi warganegara sebab kebodohan Sultan-Sultan dan Raja-
Raja Melayu la.... yang dok sign decree untuk benarkan Jus Soli berlaku.... Jadi kalo lu
nak marah aper-aper... pi marah, berak atau kencing kat kubur Sultan dan Raja-Raja
Melayu yang sign Jus Soli tu... Kalau berani la.... Takder akai kot... Huhu

Aper yang gua cakapkan tu aderlah fakta sejarah... sejarah tak tipu... so jangan la
stress macam ni... kesian gua tengok...

Lagi satu.... wei bhai... bukak la plastik cover headrest kerusi kereta lu tu... Nampak
sangat mentaliti kampung.... Hahaha.... Ker kereta baru beli... Hahaha... Lawak la....

PAS + UMNO = PEMBANGKANG TUMPAS...


                                 
Dr Mahmood Zuhdi yakin apabila UMNO dan 
PAS bergabung, pembangkang tidak lagi akan mempunyai harapan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Penggabungan dua parti utama negara, UMNO dan PAS sekiranya
berlaku, akan diterima dengan baik bukan sahaja oleh golongan bukan Islam di negara
ini tetapi juga oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Profesor Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul
Majid, dalam temuramahnya bersama Mingguan Malaysia.

Jelas Dr Mahmood, orang bukan Islam tidak akan membantah kerjasama itu selagi
periuk nasi mereka tidak diganggu dan mereka boleh meneruskan aktiviti perniagaan.

"Orang bukan Islam di Malaysia ini sangat cerdik, mereka akan menerima.

"Kalau terjadi gabungan UMNO-PAS, parti komponen BN seperti MCA dan MIC pun
tidak akan membantah.

"Mereka akan menerima sebab periuk nasi mereka itu tidak akan diganggu, sebab
mereka akan terus boleh berniaga," kata Dr Mahmood Zuhdi.

Kata Dr Mahmood Zuhdi, ada pihak tidak senang dengan cadangan kerjasama UMNO-
PAS, kerana bimbang ia membuka jalan kepada Melayu yang lebih dominan.
Sedangkan hakikatnya jelas beliau, orang Melayu hanya boleh dominan dalam politik
dan dominasi itu pula tidak memberi keuntungan dalam ekonomi.

Justeru, beliau berpandangan orang Melayu memerlukan kestabilan politik menerusi


penggabungan dua parti ini.

"Kestabilan politik Melayu diperlukan untuk mencari masa bagi memberikan peluang
kepada orang Melayu supaya keadaan sosio-ekonomi lebih seimbang.

"Apa gunanya UMNO dan PAS duduk berkelahi, berebut kuasa di Parlimen hendak jadi
perdana menteri dan menteri, sedangkan umat Melayu tidak dapat dibangunkan," kata
beliau.

Mengulas suara sinikal sesetengah pihak yang mempertikai mengapa baru sekarang
ditimbulkan isu kerjasama UMNO-PAS, Dr Mahmood Zuhdi berkata Umno tidak boleh
nafi parti itu kini berdepan banyak liabiliti gara-gara krisis.

Ini termasuk krisis Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang
menyebabkan UMNO berselerak, dan terkini krisis Dr Mahathir dengan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Krisis sama juga dihadapi oleh PAS selepas putus kerjasama dengan DAP.

Kedua-dua parti ini, kata Dr Mahmood Zuhdi, memerlukan kawan daripada luar zon
selesanya.

"Sekarang ini dalam UMNO ada situasi gawat dan memerlukan kawan daripada luar
UMNO.

"Begitu juga PAS, sesudah ia sedar telah ditipu DAP, ia mendapat kawan yang salah,
maka ia kena tebus kembali kesalahan itu," ujar Dr Mahmood Zuhdi.
Beliau juga yakin apabila UMNO dan PAS bergabung, pembangkang tidak lagi akan
mempunyai harapan.

Dr Mahmood Zuhdi memberikan contoh, dengan UMNO dan PAS yang mewakili dua
kekuatan besar, parti pembangkang boleh menjadi seperti parti-parti ideal seperti Parti
Sosialis Rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak akan menang pilihan raya.

Yang menjadi masalah ketika ini jelas beliau hanyalah soal kepimpinan parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas beliau dilihat lebih berani
berbanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih takut kepada
pengikut dan pemberontak.

ORANG KEDAH SUDAH MULA PUJI MB BARU (GAMBAR)


Tuesday, April 26, 2016

BETUL KATA LEE KUAN YEW: “SI TIDUR MAKANAN SI JAGA’

Sebenarnya ‘si tidur makanan si jaga’ itu merupakan peribahasa yang


dimiliki oleh orang Melayu tetapi ‘dipopular’kan oleh Saudara Lee Kuan Yew pada
awal tahun 1960an dulu. Dan dengan demikian ramailah orang menggunakannya
untuk menggambarkan suasana di mana sekiranya kita dalam keadaan bodoh
dan pandir, maka akan senanglah kita diperbodohkan oleh golongan yang cerdik.
Lebih kurang sama dengan cerita Sang Kancil (pelanduk) yang
digambarkan sebagai seorang yang cerdik yang sentiasa memperdayakan
harimau (walaupun kuat dan gagah tetapi sentiasa diperdayakan oleh Sang
Kancil yang kerdil tetapi cerdik) atau gajah ( yang memiliki tubuh badan yang
besar tetapi lurus bendul dan bodoh) atau buaia ( yang juga merupakan sebagai
‘raja’ di air tetapi bodoh dan mudah diperdayakan oleh Sang Kancil yang cerdik).

Orang Melayu sejak zaman berzaman tidak pula mengambil iktibar


daripada hikayat Sang Kancil itu dan mahu menjadi seperti Sang Kancil ( supaya
menjadi manusia yang cerdik agar jangan tertipu). Malah orang Melayu sejak
berzaman (mungkin pada hari ini anak-anak sudah tidak mengetahui tentang
hikayat Sang Kancil disebabkan sudah ramai guru-guru tidak lagi menumpukan
kepada Hikayat Sang Kancil) tidak disarankan supaya menjadi manusia cerdik
seperti Sang Kancil agar tidak tertipu di negara sendiri.

Kecuali watak Sang Kancil, kebanyakan watak dalam cerita jenaka orang
Melayu menggambarkan orang Melayu sebagai manusia yang bodoh, pandir dan
sentiasa ditertawakan apabila membaca kisah mereka. Pak Pandir adalah kisah
manusia Melayu yang bodoh, tolol. Pak Kaduk juga cerita orang Melayu yang
bodoh (bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diikut). Mat Jenin kisah orang
Melayu yang suka berkhayal, ‘bermimpi di siang hari’, mengimpikan sesuatu
yang tidak mungkin berlaku – berkahwin dengan tuan puteri raja. Lebai Malang
pula mengkisahkan tentang orang Melayu yang tidak boleh membuat keputusan
dengan tepat.

Pendek kata, hampir kesemua cerita yang dihidangkan kepada orang


Melayu semenjak zaman berzaman adalah mengenai orang Melayu yang bodoh,
tongong, pandir, bangang..Dan aku tidak terkecuali juga dalam kumpulan ini
kerana aku juga orang Melayu tulin. Bapak aku juga adalah puterabumi,
keturunan sakai di negara ini. Aku sentiasa berbangga mengatakan bahawa
Tanah Melayu ini adalah kepunyaan orang Melayu walaupun amat disedari
bahawa tidak banyak yang dapat dibanggakan mengenai orang Melayu. Aku
yakin ramai orang Melayu kini bersikap sepertimana yang aku gambarkan itu.

Semenjak zaman berzaman orang Melayu sentiasa mencari ‘orang lain’


sebagi punca yang menyebabkan mereka gagal. Orang Melayu tidak berjaya
dalam lapangan ekonomi, maka orang Cinalah yang dipersalahkan sedangkan
mereka (orang Melayu ) lupa bahawa segala kekayaan yang diperolehi bangsa
lain di negara ini bukanlah diperolehi oleh mereka dengan berangan-angan
seperti Mat Jenin, ataupun bersikap seperti Pak Kaduk atau Lebai Malang.
Mereka rajin berusaha dan tidak pernah mengenal penat lelah. Orang Melayu
seharusnya mengikut contoh yang dipamerkan oleh mereka.

Ada sebilangan kecil Orang Melayu menunjukkan ‘kekuatan’ pada tempat


yang salah dan ‘ketinggalan zaman’. Kurun ke 21, seluruh dunia menekankan
tentang ilmu pengetahuan yang menjadi senjata dan perisai untuk maju
sedangkan ramai lagi orang Melayu yang tidak tahu apakah yang dimaksudkan
dengan penguasaan ilmu pengetahuan itu. Orang lain peka dengan
perkembangan zaman dan dapat berfikir dengan waras dalam memilih arah tuju
kehidupan pada zaman yang penuh mencabar ini sednagkan orang Melayu masih
ditakuk lama.

Yang paling menyedihkan ialah masih ramai orang Melayu yang masih
boleh ‘dibeli’ prinsip hidup dan perjuangan mereka. Dan keadaan sedemikian
bukan sahaja berlaku kepada rakyat biasa di kampung-kampung tetapi berlaku
juga dikalangan pemimpin Melayu yang ke hulu ke hilir, terpekik dan terlolong
meneriakkan perkataan ‘perjuangan membela bangsa ‘ sedangkan mereka hanya
mempamerkan slogan kosong. Ibarat kata peribahasa Melayu, ‘ ….hanya kokok
yang berderai sedangkan ekor bergelumang tahi..’

Golongan sebegini bukan sahaja boleh dianggap sebagai ‘pemakan dedak’


tetapi lebih menepati apa yang sentiasa diperkatakan oleh Saudara Lee Kuan
Yew pada suatu ketika dahulu ia itu, golongan ini merupakan golongan ‘yang
tidur’ dan tentunya akan dimakan oleh ‘si jaga’.

Agak keterlaluan jikalau aku mempersoalkan tentang apakah kebanggan


yang dimiliki oleh orang Melayu kini. Jikalau Singapura yang pada suatu ketika
dahulu (1950an dan 1960an) adalah hampir sama kedudukannya dengan negara
kita Malaysa ditinjau dari segenap aspek, maka kini Singapura sudah berada
begitu jauh dihadapan meninggalkan negara kita Malaysia. Kejayaan yang
dicapai oleh Singapura hanya ekoran kerja kuat pemimpin dan rakyatnya dalam
masa 40 tahun. Dan kini mereka sudah merupakan sebuah negara yang begitu
berjaya dan membanggakan.

Apakah yang boleh dibanggakan oleh kita sebagai rakyat Malaysia?


Apakah isu IMDB yang diperkatakan oleh hampir seluruh negara dunia itu akan
menjadi tonggak ‘kejayaan’ negara kita?

Entahlah…

abuhassanadam

26 April 2016
Posted by Abu Hasan Adam at 1:23 PM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, April 23, 2016

DEMI ‘DEDAK’ – TERMAKAN BUDI DAN TERGADAI ‘BODY’

Sebenarnya aku pun dah lama benar tidak diketemukan dengan perkataan
‘dedak’. Bukan aku tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan dedak, malah aku
lebih mengenali dedak daripada kebanyakan rakyat Malaysia. Orang kampung
yang membela ayam dan itik pastinya biasa dengan dedak. Dedak adalah kulit
padi yang ditumbuk halus untuk makanan ayam dan itik.

Apabila perkataan ‘dedak’ menjadi semakin popular dalam negara pada


akhir-akhir ini, maka tak dapat tidak fikiran aku terpaksa menerawang, merenung
kembali keadaan di kampung yang aman damai ketika masih kecil-kecil.
Tentulah tidak terlepas pandangan aku kepada keadaan bagaimana ayam dan itik
yang kelaparan (setelah keluar dari reban masing-masing) berlari-lari menuju
emak yang sedang menaburkan dedak untuk diagih-agihkan. Kedengaran jugalah
‘hiruk-pikuk’ suara ayam dan itik ketika menikmati dedak yang diberikan oleh
emak. Apabila sudah hampir kenyang, mereka akan senyap.

Oleh kerana emak yang memberikan dedak itu kepada mereka (itik dan
ayam) maka sang ayam dan itik merasa ‘terhutang budi’, lantas terus merasakan
diri dipunyai oleh emak. Maka itik ayam berkenaan tidaklah pergi ke rumah Mak
Cik Jah ( jiran aku), kerana dia tahu bahawa yang memberikan mereka dedak
adalah emak aku. Lantas timbullah ‘ikatan’ yang cukup kukuh antara emak dan
binatang peliharaannya.

Maka semacam amat sesuai pula senario di Malaysia kini yang diibaratkan
‘seperti ayam diberikan dedak’ kepada situasi di mana ada segolongan pemimpin
yang diberikan ‘dedak’ oleh tuannya untuk membolehkan mereka mengikut
sahaja apa yang disuruh arah. Sama seperti keadaan ayam yang amat bising
sebelum diberikan dedak, maka sama jugalah dengan keadaan manusia yang
sentiasa bising sebelum diberikan ‘dedak’ Dan setelah ‘dedak’ diberikan maka
akan senyaplah mereka dan akan terus mematuhi apa saja yang diarahkan
kepada mereka.

Suasana negara yang wujud kini, aku lihat semacam lebih kurang sama
dengan keadaan ayam yang diberikan dedak. Ramai pemimpin kini yang sudah
‘meletakkan jawatan’ sebagai seorang manusia dan meletakkan diri mereka
sebagai ayam. Aku mengatakan demikian kerana semacam sudah tidak ada
langsung suara-suara kritikan terhadap pemberi dedak walaupun ada tindakan-
tindakan pemberi dedak yang dirasakan tidak kena dan tidak bersesuaian dengan
hasrat rakyat di negara ini.

Aku ingin menarik perhatian tentang satu tajuk berita dalam Malaysiakini
bertarikh 19 April 2016 yang berjodol, “ Ketua PAC sunting kenyataan Bank
Negara’. Diceritakan bahawa anggota pembangkang Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) menuduh pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Hasan Arifin
menyunting laporan PAC mengenai IMDB tanpa kelulusan jawatankuasa
berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa Hasan


mengeluarkan ayat dalam laporan itu mengenai firma Good Star Ltd yang
dikaitkan dengan Jho Low. Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi,” Bank
Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu
bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu
yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group”

Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf
kerja mereka, namun ia tidak muncul dalam laporan ahkir yang diterbitkan.

Maknanya apa yang dilakukan oleh Datuk Hasan Ariffin selaku Pengerusi
PAC itu amat menyalahi undang-undang. Dan sepatutnya tindakan yang tegas
perlu diambil terhadap beliau yang berfungsi sebagai penjaga amanah rakyat dan
negara. Rakyat meletakkan setinggi harapan kepada badan seperti PAC ini untuk
menjaga wang dan khazanah negara dari ‘dirompak dan dicerobohi’. Kini sudah
semacam ‘harapkan pagar (peger) pagar makan padi’

Yang anihnya pula ramai pula pemimpin ‘pemakan dedak’ di negara kita
yang cuba mempertahankan tindakan Pengerusi PAC dan menuduh pihak-pihak
tertentu sebagai usaha untuk mempolitikkan keadaan. Dengan tidak ada rasa
segan dan silu golongan ‘pemakan dedak’ ini mengemukakan berbagai ‘hujah’
yang kadang-kadang amat memalukan sesiapa sahaja apabila membaca hujah
yang diutarakan. Seolah-olah golongan ‘pemakan dedak’ yang sebegini
merasakan bahawa mereka sahaja yang cerdik dan menganggap orang lain
semuanya bodoh-bodoh belaka.

Beginilah keadaan pemimpin yang ada di Malaysia kini jika sudah


termakan ‘dedak’. Nampak jelas bahawa segala tindak tanduk mereka sudah
semacam ‘tidak siuman’ dan sering ditertawakan oleh masyarakat umum sedang
mereka tidak sedar yang mereka sedang ditertawakan. Mereka juga mungkin
tidak sedar bahawa anak-anak mereka sedang ‘menangis’ di sekolah disebabkan
selalu diejek oleh rakan-rakan yang mereka berketurunan pemimpin yang ‘makan
dedak’.

Golongan pemimpin ‘makan dedak’ ini juga mungkin tidak tahu yang ibu
bapa mereka (sekiranya masih ada lagi) sudah tidak tahu di mana ‘nak letak
muka’ ekoran daripada tindakan mereka yang sentiasa ‘makan dedak’. Dan yang
paling malang bagi golongan ini mereka sudah ‘dicap dan dimetrai’ oleh
masyarakat sebagai ‘pemimpin dedak’.

Ke mana saja mereka pergi, masyarakat akan berkata, ‘ itu dia pemimpin
dedak sudah datang…’

abuhassanadam
23 April 2016

Posted by Abu Hasan Adam at 1:20 PM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, April 22, 2016

MUELLER ‘CABUT’ KERANA ‘LANGIT NAK RUNTUH’!...

Hikayat Sang Kancil sentiasa menarik perhatian aku. Walaupun cerita


mengenai Sang Kancil ( pelanduk) ini diceritakan oleh Cikgu Yunus sudah
bertahun-tahun lamanya namun masih terbayang dimata aku bagaimana Cikgu
Yunus menceritakan dengan penuh aksi. Dan kami (pada ketika itu dalam Darjah
IV ) ternganga mendengar cerita yang diceritakan.

Kebiasaannya Cikgu akan mula bercerita selepas rehat. Pengajaran dan


pembelajaran yang ‘berat-berat’ sudah dijalankan pada waktu pagi. Pelajaran
‘Ilmu Hisab’ (sekarang dipanggil Matematik) biasanya dijalankan pada waktu pagi
kerana itu merupakan matapelajaran ‘berat’. ‘Bacaan’ ‘Karangan’ dijalankan pada
waktu pagi (sebelum rehat – pukul 10.00 pagi). Selepas waktu rehat cikgu akan
mengajar pelajaran yang ‘ringan-ringan’ (pada pandangan pendidik waktu itu)
seperti Ilmu Alam ( kini dipanggil ‘Geografi”), Sivik. Kebiasaannya cikgu akan
bercerita yang boleh mengembirakan kami pada ketika itu (pertengahan tahun
1950an).

Dan antara ‘hikayat’ yang paling menyeronokkan kami ialah cerita


mengenai Sang Kancil, tentang kisah binatang kerdil yang pintar. Kami merasa
amat gembira sekiranya Sang Kancil selaku ‘hero’ dapat memperdaya atau
melepaskan diri dari sebarang kemelut yang berlaku. Yang sentiasa menjadi
‘crook’ dalam hikayat Sang Kancil biasanya Sang Harimau atau buaia atau gajah.
Pada pengakhiran cerita pastinya Sang Kancil yang berjaya dan sang harimau
atau sang buaia atau sang gajah yang kecundang.

Kadang-kadang berlaku juga ‘ulang-tayang’ dimana Cikgu akan


mengulangi cerita yang telah pun diceritakan beberapa kali. Tak apa. Kami akan
terus ‘menikmatinya’ dengan penuh minat walaupun kami sudah tahu apakah
kesudahan ceritanya. Yang pentingnya kami begitu puas selepas cerita itu tamat
kerana Sang Kancil itu mewakil golongan yang lemah ( seperti kami yang miskin
dan hidup melarat) dapat menewaskan Sang Harimau atau Buaia (yang mewakili
golongan yang kuat).

Antara kisah yang terus ‘melekat’ di hati aku ialah cerita mengenai Sang
Kancil dengan Gajah ( yang dianggap bodoh dan ‘betul-bendul). Sang Kancil
selalu menggunakan isu yang ‘langit akan runtuh’ untuk menakut-nakutkan
musuhnya. Banyak peristiwa dalam siri Sang Kancil dimana beliau menggunakan
isu ini untuk ‘memberi amaran’ kepada para sahabat atau musuhnya.

Dan terpanggil pula aku untuk meninjau tentang mengapa Christopher


Muller (dalam suasana ‘hujan tidak dan ribut pun tidak) tiba-tiba mahu
menamatkan kontreknya dengan MAB. Apakah beliau juga telah terdengar dan
‘terperasan’ yang ‘langit juga akan runtuh’ yang menyebabkan beliau mengambil
tindakan untuk ‘lari’ terlebih dulu sebelum apa-apa berlaku ke atas dirinya.

Samada betul atau tidak kata-kata Sang Kancil yang ‘langit akan runtuh’ di
Malaysia, tidaklah dapat aku pastikan. Dan harap-harap janganlah berlaku seperti
yang ‘diramalkan’ oleh Sang Kancil itu. Namun bersandarkan kepada beberapa
keadaan sebagaimana yang digambarkan oleh akhbar-akhbar atau majalah luar
negara (terutama yang berkaitan dengan IMDB) semacam akan berlaku seperti
yang diramalkan oleh Sang Kancil itu – ‘langit akan runtuh’.

Banyak cerita dan perkhabaran yang aku dengar tentang hal-hal yang tidak
‘sedap’ telinga mendengarnya. Ramai golongan bijak pandai (golongan
professional) sudah mula meninggalkan negara ini untuk bekerja di luar negara.
Dan sudah tentu negara-negara luar sentiasa menunggu-nunggu kehadiran
golongan profesional dari Malaysia. Bak kata peribahasa Melayu, ‘ kurang tapak
tangan nyiru ditadahkan’.

Ramai yang ‘mengeluh’, merasakan tentang ‘tidak selesa’nya tinggal di


Malaysia kini dalam suasana yang amat tidak menyenangkan dari berbagai sudut.
Bagi golongan tua yang sudah pernah mengalami berbagai keadaan dalam
negara ini, dapat dirasakan bahawa keadaan yang wujud kini adalah merupakan
zaman yang tidak pernah dilalui oleh golongan ini. Tidak pernah berlaku dalam
sejarah Malaysia dimana keadaan sebegini ‘malang’ berlaku kepada rakyat
Malaysia.

Mungkin ada dikalangan rakyat Malaysia merasakan bahawa mahu rasanya


meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang sudi menerima mereka.
Mahu rasanya melupakan peribahasa Melayu yang mengatakan, ‘ hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri’. Kini
semacam sudah tidak tepat peribahasa Melayu berkenaan. Lagi pun negara
manalah yang dengan senang menerima kemasukan rakyat Malaysia.

Tentunya bagi rakyat Malaysia yang tinggal di Britain, atau di Singapura


atau di Australia, New Zealand atau di Amerika Syarikat merasakan bahawa
peribahasa berkenaan sudah tidak boleh dipakai lagi. Aku dapat merasakan
bahawa ramai rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan negara ini (dalam
keadaan negara kini) untuk berhijrah ke negara lain, tetapi disebabkan berbagai
kekangan yang ada, terpaksalah dideritakan apa yang dialami kini.

Aku dapat merasakan bahawa telah ramai golongan profesional di negara


ini yang mahu bertindak sepertimana yang dilakukan oleh Muller, terutama dari
kalangan golongan yang berada dan berkepentingan. Mereka harus
mempersiapkan diri untuk menghadapi berbagai-bagai kemungkinan. Mereka
juga tentunya dapat merasakan yang ‘langit berkemungkinan akan runtuh’
sebagaimana kata Sang Kancil yang diceritakan oleh Cikgu Yunus berapa puluh
tahun yang lampau.

Rakyat Malaysia yang lemah, miskin, papa-kedana seperti aku, hanya


mampu berdoa agar negara ini terselamat dari sebarang mala-petaka. Semacam
sudah tidak ada tempat untuk mengadu…

abuhassanadam
22 April 2016

Posted by Abu Hasan Adam at 9:10 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, April 20, 2016

MULLER MERAJUK?...

Muller akan menamatkan kontreknya dua tahun lebih awal. Maknanya


beliau hanya mampu ‘bertahan’ hanya selama satu tahun. Apabila begitu
keadaannya, bermakna ada sesuatu yang tak kena. Mungkin keadaan ‘tak kena’
itu di pihak Muller ataupun di pihak Malaysia Airlines Berhad (MAB) ataupun di
pihak Khazanah Nasional. Ataupun mungkin Muller merajuk disebabkan sesuatu
keadaan yang mengguris hatinya.

Aku tak tahu samada sikap ‘merajuk’ ini masih diamalkan oleh masyarakat
Melayu kini. Sudah amat jarang sekali diketemukan dengan keadaan merajuk.
Yang aku tahu sikap yang unik ini hanya berlaku dikalangan masyarakat Melayu
lama. Bolehlah dikatakan bahawa ‘merajuk’ hampir sama maksudnya dengan
‘menunjuk perasaan’. Bezanya antara ‘merajuk’ dengan ‘menunjuk perasaan’
ialah tentang kesan yang ditimbulkan.

Orang yang merajuk akan terus ‘memendam rasa’ dan menyimpan


perasaan. Dalam masyarakat Melayu pernah digambarkan bahawa seseorang
yang merajuk akan mengasingkan diri dan ‘membawa diri ke hutan rimba’.
Banyak hasil seni Melayu yang menggambarkan keadaan sebegini. Samada
cerita bangsawan atau senikata lagu banyak menggambarkan tentang manusia
yang merajuk hati.

Apakah Christopher Muller juga tergolong dalam golongan yang merajuk


apabila mengambil sikap untuk tidak meneruskan perkhidmatannya dalam MAB.
Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam syarikat berkenaan. Yang
dapat diperhati dan didengar ialah tentang usaha Muller untuk memperbetulkan
keadaan di MAB sudah semacam menampakkan hasil. Dengan berbagai tindakan
drastik yang dilakukannya sudah menampakkan hasil yang memuaskan.
Jikalau begitu mengapa beliau mengambil keputusan yang begitu drastik
dan mengejutkan?

Seeingat aku MAS (sebelum ini) ia itu ketika dibawa pentadbira Dato’ Abdul
Aziz bin Abdul Rahman sememangnya sebuah syarikat penerbangan yang amat
membanggakan Malaysia di mata dunia. Bukan sahaja menguntungkan tetapi
telah mengharumkan nama Malaysia dalam arena penerbangan. Dan sekali gus
memberikan erti bahawa tidak mustahil seorang anak Malaysia boleh
megemudikan sebuah syarikat besar yang boleh mendapat keuntungan yang
membanggakan.

Dan selepas itu mulalah suasana ‘pudar’ dan ‘malap’ menyelubungi


syarikat penerbangan ini. Tidak seorang pun selepas Dato’ Aziz yang
mengemudikan syarikat ini yang boleh membanggakan. Malah terus menerus
merudum sehinggalah kemunculan Muller yang dikatakan diharap dapat
membawa kecemerlangan pada syarikat ini berdasarkan pengalamannya yang
luas dalam memajukan syarikat penerbangan Airlingus.

Aku tak mengatakan pentadbiran Muller baik dan berkesan dan tidak juga
aku mengatakan bahawa tidak ada kesan baiknya dengan kehadiran Muller dalam
syarikat berkenaan. Cuma yang dapat dirasakan oleh masyarakat Malaysia ialah
perasaan kecewa sekiranya ‘merajuk’ yang menjadi punca maka Muller
meninggalkan MAB ini. ‘Merajuk’ yang aku maksudkan itu mungkin kerana tidak
tahan dengan kerenah orang politik di Malaysia yang selalu mengganggu gugat
perjalanan syarikat yang boleh menuntungkan mereka secara peribadi.

Sebelum Muller dilantik untuk meneraju MAB dulu sudah terdengar suara-
suara ‘sumbang’ dari kalangan orang politik yang semacam tidak puas hati
dengan pelantikan Muller. Mereka mungkin sedar bahawa Muller akan
mengenepikan kepentingan diri golongan ini apabila beliau menjalankan
pentadbirannya membetulkan syarikat yang tempang ini.

Apabila mendengar perkahabaran yang Muller akan menamatkan


kontreknya tidak lama lagi, mungkin golongan politik yang sedemikian akan
bertepuk tangan gembira. Dan pastinya pihak kerajaan semacam sudah tidak ada
masa untuk memikirkan tentang keadaan yang melanda MAB ini disebabkan
kemelut yang berbagai-bagai menghari-birukan negara kini. Sudah tentulah pihak
pemerintah lebih menumpukan perhatian kepada persoalan IMDB daripada
memikirkan tentang MAB. Dan disamping IMDB, isu kereta nasional juga dan
kejatuhan harga minyak juga memerlukan perhatian segera.

Kita tidak mengatakan bahawa tanpa Muller, MAS tidak akan berjaya
memulihkan perniagaannya. Tida begitu. Tetapi sekurang-kurangnya melalui
perkhabaran yang didengar menampakkan sudah ada sedikit ‘cahaya’ yang boleh
menerangi dan meyakinkan rakyat tentang pemulihan MAB itu. Dan kini perasaan
dan keyakinan rakyat terus menguncup kerana rakyat amat bimbang takut-takut
pihak kerajaan akan melantik orang yang tidak berpengalaman dalam
penerbangan menerajui syarikat penerbangan Malaysia ini.

Orang politik biasanya akan memikirkan tentang ‘perut’ diri dan


keluarganya sahaja dengan tidak memikirkan tentang kepentingan rakyat dan
negara.

abuhassanadam
20 April 2016

TERHANGAT rupanya pengerusi KUALI lama tertidur

Written By FZT on 28 April, 2016 | 7:46 PTG

Pengerusi party kuali akhirnya bersuara selepas pertindihan kerusi pkr dan dap dalam
pakatan tiada harapan, pengerusi kuali akhirnya bersuara selepas 3 hari penamaan
calon, kemanakah mangkuk ayun ni pergi baru nak buat kenyataan, orang sebegini ke
nak jadi ketua, sungguh lama mendiamkan diri kerana dap tak bagi pengerusi kuali
bercakap. pengerusi kuali tidak  dibenarkan masuk sarawak kerana dilabel sebagai
orang yang TIDAK BOLEH PAKAI CAKAPNYA. mat sabu yang terlalu lama lena
akhirnya bersuara selepas dihentam teruk oleh pkr kerana mendiamkan diri, selepas
anggota pimpinan kuali dihantam teruk kerana kebodohan mereka yang mana tidak ada
lagi bersetuju dan tidak bersetuju, semua bersetuju. sepertimana rakyat malaysia
maklum pengerusi kuali adalah barua kafir dap dan seluruh ahli party amanah adalah
balaci dap pasti tidak hairan sangat dengan kenyataan pengerusi party kuali.

GELAK MENJELANG MEI ...

dap dan pkr sudah membawa haluan masing, sekor badak sumbur seekor burung
kenyalang yang tiada maskot hanyalah party kuali. party kuali yang diberi lalu
bertanding dikawasan hitam pekat pasti akan menjelma satu hasil yang hebat. party
kuali pasti kalah dan hilang deposit adalah sudah tentu. kolid samad barua senyap sepi
jika dulu sangat bising bila pas dan psm bertembung dikerusi kota damansara, psm
tidak diambil menjadi ahli pakatan tiada harapan sebagaimana kata kolid samad akan
menerima psm jika mereka berkuasa, kata kata kolid samad, suhaizan kejat, abg
kerde,, mat sabu dan hatta tidak boleh pakai punya manusia, akhirnya psm tidak jugak
diterima masuk, walaupun dulu dikatakan hanya pas tidak mahu menerima party psm.
wajah hodoh kolid barua dap sudah terdedah dan akan terus mendiamkan diri,
sudahlah dilabel sebagai manusia tiada prinsip dilarang masuk ke sarawak dan dihantar
pulang.

mat salbu kata akan berbincang habis habisan kalau tak bertemu dengan keputusan,
jadi mana mesyuarat habis habisan atau mat salbu terus lena. diulik amoii. pengerusi
kuali tidak ada apa apa kuasa dalam pakatan tiada harapan selain menjadi pak angguk
pak yet dan yang penting sekali menjadi barua kafir dap, party kuali tidak mengutuk dan
mencaci DAP kafir kerana terlalu sayangkan kafir dap, seluruh blogger anjing party
kuali mengutuk dan mencaci maki pkr tanpa henti., segala benda dap kafir buat betul
tanpa salah. itulah hebatbya dap kafir., dan tak musthail jika dap ajak masuk KAFIR
PUN PASTI geng party kuali akan masuk kafir dengan sebagai rahmat seluruh alam.
- See more at: http://freezoneterengganu.blogspot.my/2016/04/terhangat-rupanya-
pengerusi-kuali-lama.html#sthash.hzOxboNs.dpuf

Bank Negara denda 1MDB atas salah laku kewangan

Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB
kerana tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan
Sri Mohd Apandi Ali.

"Ini termasuk keperluan untuk 1MDB untuk membawa pulang wang yang diremitkan di
luar negara berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara
Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

"1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumentasi yang ditetapkan oleh
Bank Negara untuk mewajarkan kegagalan untuk mematuhi sepenuhnya dengan
arahan membawa pulang wang itu.

“1MDB telah diberikan sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun," kata
kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat itu hari.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja pembayaran kompaun diselesaikan oleh 1MDB,
ia menandakan tamatnya siasatan oleh Bank Negara berhubung pelbagai insiden yang
menyaksikan firma pelaburan negara itu melanggar kaedah dan peraturan bank pusat.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.
- mkini

NAJIB PERLU DI NYAHKAN - FELDA SEMENCU


Thursday, April 28, 2016

7 Cara Erdogan Bangkitkan Kembali Kejayaan Islam di Turki


TURKI sekular lahir dari kejatuhan kesultanan Uthmaniyyah, yang menyebabkan
penghapusan kekhalifahan Islam. Kemal Ataturk sebagai pengasas Turki Moden,
memperkenalkan beberapa pembaharuan yang mengurangkan peranan Islam di
negara itu. Madrasah ditutup, Jilbab dan pakaian keagamaan dilarang, azan dirubah
dari bahasa arab ke bahasa Turki, dan penerapan undang-undang sekular lain.

Dipetik dari ilmfeed, Turki menjadi negara sekular untuk beberapa dekad, dan
berterusan hingga dewasa ini. Namun berkuasanya Parti Keadilan dan Pembangunan
(AKP) dibawah pimpinan Recep Tayyip Erdogan, bekas perdana menteri yang kini
menjadi Presiden Turki, memutarbalik pelbagai undang-undang yang di terapkan oleh
Ataturk. Erdogan kembali membumikan Islam di Turki.

Berikut 7 langkah Erdogan mengembalikan kejayaan Islam di Turki:

1. Pembangunan Ribuan Masjid

Camlica-mosque

Menurut (The Atlantic), kira-kira 17 ribu masjid baru telah dibina oleh kerajaan Turki
antara tahun 2002 hingga tahun 2013. Selain itu banyak masjid lain yang saat ini
sedang dibangunkan di seluruh Turki, sejumlah masjid peninggalan era Ottoman juga
tengah diperbaiki.

2. Larangan Pemakaian Hijab Dihapuskan

Hijab dilarang digunakan di sektor awam. Para guru, peguam, ahli parlimen dan setiap
perempuan yang bekerja di lembaga-lembaga negara, dilarang memakainya. Dalam
beberapa tahun terakhir, AKP menghapuskan larangan pemakaian hijab di sekolah-
sekolah dan pelbagai institusi negara. Pada bulan November 2015, seorang hakim
perempuan menggunakan hijab untuk pertama kalinya sepanjang sejarah (Al Arabiya).

Pada bulan Ogos 2015, Aysen Gurcan menjadi menteri yang pertama kali
menggunakan hijab (Al Arabiya).
3. Satu Juta Pelajar Tersenarai di Sekolah Imam Hatip

imam-hatip

Imam Hatip Lisesi, atau sekolah Imam Hatip adalah sebuah institusi pendidikan yang
direka untuk memberikan pendidikan agama dan melatih calon imam-imam di Turki.
Kerajaan Turki menunjuk masjid-masjid agar menghantar calon imam-imamnya, untuk
dilatih di sekolah itu. Sekolah Imam Hatip ditubuhkan selepas kewujudan madrasah
dilarang dibawah kepimpinan reformasi Ataturk.

Pada tahun 2002, sejumlah 65 ribu pelajar belajar di sekolah Imam Hatip. Jumlah
tersebut meningkat menjadi 658 ribu pada tahun 2013. Bilal Erdogan, anak ketiga
daripada Recep Tayip Erdogan, yang merupakan tokoh utama di sebalik kemajuan
sekolah itu, baru-baru ini mengumumkan bahawa jumlah pelajar telah mencapai satu
juta (The Turkey Analyst).

baca juga: Bagaimana Ataturk Tukar Turki Menjadi Negara sekular.

4. Wajib Belajar Pendidikan Agama Diperkenalkan

Kerajaan Turki telah mengintruksikan sekolah-sekolah untuk memperkenalkan wajib


belajar pendidikan agama. Kursus mengenai "peri hidup Nabi Muhammad," dan "Al-
Qur'an" juga diperkenalkan (The Turkey Analyst).

Erdogan berkata:

"Kami hendak membangkitkan pemuda-pemudi agama,"


"Adakah anda mengharapkan AKP akan meningkatkan generasi Ateis? Ya mungkin itu
tujuan perniagaan anda, misi anda, tetapi itu bukan matlamat kami. Kami akan
meningkatkan generasi konservatif dan demokratik yang merangkul nilai-nilai dan
prinsip-prinsip bangsa. "

5. Had Umur untuk Belajar Al-Qur'an Dipadam

Turki menghapuskan peraturan di mana anak-anak harus berusia sekurang-kurangnya


12 tahun, untuk mempelajari Al-Qur'an. Pada tahun 2013 Turki melancarkan sebuah
program, di mana anak-anak prasekolah diperkenalkan dan diajarkan Al-Qur'an (The
Turkey Analyst).

6. Sekatan Jualan dan Iklan Alkohol

alcohol
Turki sekular menghalalkan penjualan alkohol di negara itu. AKP pada tahun 2013
mengintruksikan larangan iklan dan penjualan alkohol dengan jarak radius 100 meter
dari masjid dan atau sekolah.
Setiap iklan, penggambaran mahupun filem yang terafiliasi dengan alkohol, wajib
disamarkan penayangannya (Reuters).

Asrama mahasiswa, lembaga kesihatan, kelab sukan, institusi pendidikan dan SPBU
dilarang menjual alkohol, di tempat-tempat yang menjual alkohol dilarang untuk menjual
produk tersebut diatas jam 10 malam (Hurriyet Daily News).

7. Pengembangan Perbankan Islam (Bank Syariah)

Ziraat-erdogan

Perbankan Islam mengalami pertumbuhan ketara dalam beberapa tahun terakhir. Ziraat
Islamic Bank, bank syariah milik kerajaan Turki mempunyai rancangan membuka
cawangan sebanyak 170 pejabat cawangan hingga tahun 2018 (Daily Sabah)

Dalam ucapannya baru-baru ini, Erdogan mengatakan bahawa sistem perbankan


berasaskan bunga sangat kejam. Ia kemudian berbicara banyak mengenai manfaat
perbankan syariah:

"Jika kita ingin melompat jauh ke masa depan, kita perlu penyertaan sebenar dalam
membuat sistem perbankan yang lebih baik daripada sistem perbankan kejam itu.
Perbankan syariah adalah sistem yang sama sekali berbeza dengan sistem perbankan
saat ini, baik dalam hal struktur cagaran aset, pergantungan pada risiko saham, dan
struktur spekulasi tertutup. Saya percaya bahawa sistem ini akan menjadi kekuatan
yang mendorong ekonomi Turki. "

sumber islampos.com

RAFIZI PENYELAMAT KAK WAN NASIB baik ada Rafizi, itu kata teman aku. Ya, aku
setuju sekali. Keadilan bertuah kerana masih ada orang seperti Rafizi yang menduduki
jawatan penting di dalam parti tetapi tidak menggunakan jawatan dan kedudukannya itu
untuk kepentingan dirinya sendiri. Beliau jujur di dalam memperkatakan sesuatu. Di
dalam keadaan ramai pimpinan cuba menegakkan benang basah akibat kesalahan kita
menyebabkan berlakunya pertandingan 3 penjuru di Sarawak, Rafizi tampil memohon
maaf tanpa beliau nyatakan siapa yang berhak dipersalahkan. Tidak perlu beliau sebut
siapa yang patut dipersalahkan kerana ramai sudah tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Namun, Keadilan terpaksa bertanggungjawab dan beliau selaku SUA Keadilan dan juga
Naib Presiden Keadilan turut merasa bersalah. Keberaniannya memohon maaf
disanjung ramai dan sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan para penyokong
terhadap parti. Kemarahan kini hanya tertumpu kepada beberapa individu yang menjadi
punca kontroversi ini. Sekarang ramai yang telah memperkatakan bahawa Keadilan
mesti mengangkat insan seperti Rafizi jika mahu parti reformasi ini terus dihormati
kawan dan digeruni lawan. InsyaAllah, masa menentukan bahawa Rafizi akan berada di
tempat yang sepatutnya di dalam parti. Dap, melalui Kit Siang telah memohon maaf
walaupun partinya menjadi mangsa. Keadilan, melalui Rafizi juga telah memohon maaf.
Pagi nanti, (28/4/16) dikhabarkan bahawa Kak Wan akan mengadakan sidang media
untuk mengulas tentang kontroversi ini. Aku dapat rasakan bahawa Kak Wan selaku
Presiden Keadilan juga akan turut memohon maaf kepada rakyat terutamanya para
pengundi di Sarawak. Mana suara mohon maaf dari yang lain terutamanya si
'pelakun'nya? Aku tetap berharap Keadilan akan belajar dari apa yang telah berlaku.
Keadilan mesti mengelakkan diri dari digelar parti hipokrit atau parti yang mengkhianati
kawan. Keadilan mesti berani berpencak di dalam gelanggang bukan setelah
gelanggang ditutup. Make Money Online :

Satu Lagi Hadi Awang Tak Sebut

Madu tualang power! Click here

Inilah Hadi sekarang, satu nama yg gah berganding dgn Arwah Fadil Nor & Nik Aziz
satu ketika dulu.

Bila kawan2 dah tak ada, ratibnya dah bunyi lain. Dah ada musik. Kahkahkah!

Sikit2 petik DAP. Baik bapak, baik anak, sikit2  petik DAP. Bukan satu sebenarnya, tapi
banyak lagi. Kahkahkah!

Kenapa tak petik MCA, MIC, Gerakan?

Paling penting tak nak sebut HAMNO? Tak larat berlawan dgn HAMNO/BN dah ke?
Kahkahkah!
Nak berlawan dgn HAMNO ni letih, kalau rasa badan dah tak kuat, bagi kat orang lain.

Nik Amar kan ada? Kahkahkah!

Bergolok berparang le kita.

KAHKAHKAH!

Posted by Libang Libu

Nampaknya Isu Zakir Naik Punca Sultan Marah Pada MB Terengganu - Baca
Pendedahan Ini.
WOW.

Laporan terkini lagi sensasi.

Cadangan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menawarkan tiga
pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik tidak pernah
dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
 
EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib
mendedahkan cadangan sebaliknya keputusan peribadi Ahmad Razif dan beliau
mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.
 
“Oleh kerana Menteri Besar yang cakap, maka kena tanya pada beliau. Isu ini juga
tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Terengganu,”
katanya kepada FMT.

Malah, menurut ADUN Ajil itu sebarang penggunaan rizab tanah Kerajaan
Terengganu hendaklah mendapat persetujuan daripada Tuanku Sultan.
 
“Semua tanah di Terengganu ini selain milik individu, adalah kepunyaan kerajaan
dan Raja. Bahkan keputusan muktamad Ahmad Razif (mahu beri tanah kepada Dr
Zakir Naik) terletak pada Tuanku Sultan. Kalau Tuanku Sultan kata tidak boleh
maka kena akur malah, membuat pengumuman tanpa maklum kepada Tuanku
Sultan pun sudah dikira salah,” katanya.
 
Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi
Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana
dikhuatiri mungkin menyebarkan ajaran sesat.
 
Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah pendakwah dari India itu,
Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan
penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di
negeri itu.
 
Tindakan Ahmad Razif menyokong pendakwah kontroversi juga diduga sebagai punca
darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.
 
(rujuk) 

------------------

Buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan ahli exco? Hal melibatkan tanah neh
bukan keputusan sorang diri. Sepatutnya perlu melalui proses perbincangan dan
persetujuan. Pendek kata Razif tak ikut tatakerja yang sepatutnya. Agak2nya apa lagi
perkara yang dia buat keputusan seorang diri ek? Ada yang melibatkan kepentingan
rakyat tak?

KAH KAH KAH!

Tiba masa untuk PKR bertindak ke atas Azmin

Catatan umum

28 April 2016

SPR HARUS TAMPIL PERJELAS BAGAIMANA CALON PKR DIBENAR


BERTANDING TANPA WATIKAH TANDATANGAN PRESIDEN, AZMIN PUNCA
KECELARUAN.

1. Pilihanraya negeri Sarawak ini diifatkan dari awal lagi ia antara kemuncak kematian
demokrasi di Malaysia. Dari tarikh pilihanraya yang SPR ikut telunjuk Adnan hinggalah
halagan kemasukan dan seumpamanya ternyata Pilihanraya ini hanya medan untuk
sembelih parti pembangkang. (klik sini untuk baca lanjut). Sangat sedih semua
tengah ghairah dengan melupakan fakta ini, hanya selepas kalah nanti baru sekian
kalinya semua tersentak dan sedar ditipu ia skrip pembodohan yang berulang - ulang.
Sepatutnya sekarang ini mulakan isu penipuan demokrasi ini, hantar dan hentikan
proses pilihanraya tarik perhatian dunia tapi malang ia hanya muncul lepas kalah teruk
nanti.

2. Lebih malang lagi wisel permulaan PRU Sarawak ditanda buruk dengan
pertembungan sesama pembangkang di sejumlah banyak kerusi.

PAS - AMANAH 5 kerusi


DAP - PKR 6 kerusi 
DAP - PAS 1 kerusi
PAS - PKR 2 kerusi 

Ini mengundang ketidak keyakinan pengundi kepada pembangkang malah lebih


mengundang senyum sinis apabila dalam berebut kerusi,pembangkang telah gagal
meletakkan calon di dua kerusi dan memberi laluan mudah kepada calon Bn. 

3. Watak dibelakang kecelaruan ini ialah Azmin Ali (anak angkat Mahathir, klik untuk
baca lanjut). Isunya dia yang memberi nyawa dengan Pas untuk terus selesa sebagai
pembangkang. Ingatkah kita dengan tindakan Azmin menghina Presiden PKR, apabila
Dr. Wan Azizah Wan Ismail umumkan kewujudan pakatan politik baru 'PAKATAN
HARAPAN' (PH) tanpa Pas tetapi Azmin secara biadap pada hari yang sama
mengumumkan Selangor tidak ada kena mengena dengan PH sebaliknya mujur Lim
Guan Eng menyelamatkan maruah Azizah dengan mengumumkan Pulau Pinang
sebagai kerajaan Pakatan Harapan. Tindakan Azmin ini adalah kerana tidak yakin
mampu pertahankan diri sebagai MB tanpa Pas setelah majoriti dalam PKR mula tidak
puas hati denganya kedua ada strategi libatkan rundingan 'atasan' yang ramai sudah
boleh meneka. Apa pun tindakan Azmin tidak menyingkirkan Pas dari pentadbiran
negeri terus menjadikan Pas duri dalam daging dan kini Pas berkempen di Sarawak
selaku kerajaan memerintah Selangor dan bertembung PKR maka pengundi akan
hilang kepercayaan. Ini akan berlaku lebih dasyat lagi pada PRU akan datang dan ia
memang sudah dirundingkan sebagai peranan sehingga PRU akan datang kerana itu
Azmin yakin lakukan salah laku tanpa gangguan penguat kuasa dibawah kuasa
Putrajaya.

Ya kita mudah boleh katakan Pas bukan Pakatan Harapan (Amanah, DAP, PKR) tetapi
ia tidak diterima kerana Pas ada dalam Kerajaan Selangor yang komponen PH terlibat.

4. Pertembungan PKR dengan DAP juga berpunca dari Azmin Ali. (sila klik sini untuk
kenyataan Setiausaha Agong PKR) Jelas melalui jalur masa yang diterangkan oleh
Setiausaha Agung PKR menyatakan bagaimana Azmin selaku Timbalan Setiausaha
Agung telah menyerahkan kerusi yang bertindih dengan DAP dengan siap nota
bertandatangannya. Malangnya bila diketahui oleh PKR Sarawak mereka marah dan
Azmin dengan selamba menyalahkan Azizah dan lain - lain. Dia mahu menjadi hero,
Dalah yang kononya nak pertahan maruah parti memprovokasi PKR di Sarawak untuk
terus bertanding dan cuba memerangkap Dr.Wan Azizah untuk menandatangani
watikah kosong. Namun Dr.Wan Azizah yang sudah mengetahui strategi Azmin enggan
menandatangani watikah kosong, Azmin melalui kaki kakinya menyebarkan bahawa
Kak Wan lembik dan takut dengan DAP tak layak jadi presiden. Inilah strategi Azmin dia
yang berunding siap tandatangan, dia provok pemimpin Sarawak supaya siap diri
bertanding dan akhirnya dia salahkan Wan Azizah dan yang lain seolah dia hero dan
mangsa keadaan. Demi dirinya dia sanggup PKR dikatakan pengkhianati janji dan
menipu. Kepada umum ketahuilah bukan PKR tapi Azminlah pengkhianat itu.

5. Kini ramai yang melupakan faktor bagaimana calon tanpa watikah Wan Azizah boleh
bertanding. Azmin menipu apabila mengatakan ada mandat bertulis dan Wan Azizah
kononya bagi dia kuasa untuk menghantar calon berlawan sesama Pakatan Harapan.
Yang ada cuma 'whats app' dari Wan Azizah yang turut memberikan dia kuasa
berunding mengenai calon dan kerusi bertindih sahaja. Jelas Azmin menipu apabila
mengatakan dia diberi kuasa oleh Presiden untuk memberikan kuasa kepada PKR
Sarawak mengeluarkan watikah sendiri dengan tandatangan Pengerusi Negeri.

6. Menjadi tandatnya besar kerana ia jelas menyalahi perlembangaan parti apabila


watikah itu dikeluarkan selain dari Presiden atau Setiausaha agong juga bagaimana
SPR boleh menerima watikah parti tanpa tandatangan Presiden, ini hampir mustahil...
Adakah wujud surat dengan tandatangan palsu Wan Azizah ? Pengerusi SPR harus
tampil menjelaskan bagaimana SPR boleh menerima watikah tanpa tandatangan
Presiden Parti atau tandatangan Presiden dipalsukan ?

7. Teringat saya cerita seorang ahli parlimen bertemu Menteri Besar Selangor untuk
bawa seorang orang korporat yang mencari tanah di Selangor. Azmin secara jelas
sebut che'GuBard dibayar oleh Bn untuk menyerang dia. che'GuBard jawab mudah saja
kalau soal duit Azmin sendiri sudah membuat tawaran namun tak dilayan pun. Bn pun
tak serang Azmin kecuali dengan peluru kapur. Dia kata dia ditahan ketika mulanya
gerakan Reformasi pun bohong kerana dia 'hilang' bukan ditahan tetapi diberi
perlindungan istimewa di kediaman seorang pemimpin Bn sebenarnya ketika itu. Ini
semua kerana apa kerana peranan besarnya dalam menjamin 'atas' terus selamat. Dia
bijak bermain 2 - 3 kolam.

Maka PKR kini dipersimpangan, ambil tindakan terhadap Azmin atau akan terus gagal.
Masalah utama PKR ialah punya Timbalan Presiden yang tidak berdisiplin.

Pasukan SAMM telah pun berada di Sarawak dan memulakan gerak kerja, che'GuBard
akan sekali lagi ke Sarawak 1 Mei untuk meneruskan pendekatan menggunakan mood
piliharaya bagi mendekati kelompok muda bagi memperkasakan pendidikan politik dan
hak warga. Walaupun kelihatan sangat sukar namun amat berharap Sarawak mampu
gunakan peluang kali ini untuk sedikit mengengsot ke arah perubahan.

oleh : che'GuBard SAMM 

Perghhh' ..Kerana Abang Jujur, Boss Saya Bagi RM5,000 Cash!'

Ok
Jolo Ko Mung, memuat naik gambar sejumlah wang kertas yang ditemuinya dalam beg
yang dipercayai tercicir secara tidak sengaja. 

Gambar itu dimuat naik di laman Facebook group Warga Kuantan. 

"Jumpa beg jatuh di Jalan Berserah. Mungkin penunggang motosikal yang punya ini
sebab tali beg ini terputus. Wallet tak ada, cuma yang ada duit sahaja. Macam mana
nak cari? Kalau rasa dia punya, PM saya, nyatakan jumlah dan ciri-ciri beg serta
jenama beg. Kalau tak ada juga, saya pakai duit ini," katanya. 

Tidak beberapa lama kemudian, tampil seorang lelaki bernama Azmin Abas, menuntut
semula beg dan wang tersebut. 

Bimbang ditipu individu terbabit, Jolo Ko Mung memberikan beberapa soalan untuk
kepastian yang lebih mendalam. 
"Minta jasa baik abang bantu saya. Bos saya paksa, suruh cari juga duit itu sampai
dapat. Gaji saya setahun pun belum tentu ada banyak itu," kata Azmin. 
Oleh kerana sikapnya yang jujur itu, majikan Azmin Abas mahu memberikan ganjaran
sebanyak RM5,000 kepada Jolo Ko Mung. 

"Bos saya ada cakap tadi, kalau sesiapa yang jumpa, dia akan bagi ganjaran RM5,000.
Rezeki abang. Dia cakap, susah nak jumpa orang sejujur abang," kata Azmin.
Zaman sekarang ini, sukar untuk jumpa individu yang jujur. Pantang tengok duit
berkepok, licin habis dikebasnya. Mujurlah duit itu ditemui oleh manusia yang jujur.

JGN Kutuk Sultan Johor & TMJ Di FB, Kalau Tidak Anda Akan Ditahan - Remaja
19 Tahun Tangkapan Terkini.

Ya. Itulah yang baru sahaja berlaku ke atas seorang remaja yang berusia 19 tahun.
Remaja berkenaan ditangkap pada jam 3 pagi di Kelantan dengan kerjasama Polis
Tumpat.
Memetik laporan berita yang tersiar di NSTP ;

Another 19-year-old teen has been arrested by police for allegedly uploading a
Facebook posting containing derogatory remarks over the Johor royal family. 

The teen was arrested today at 3am with the help of Tumpat police in Kelantan, for
posting the remarks on the TRW Troll Story page on Facebook under the pseudonym
Meor Castello. 

Johor police chief Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd warned the public against
speaking ill of the Johor royal institution or its leaders or they will have to face
the law. He said the Johor police had set up a taskforce to track those who had
posted such remarks or comments on social media sites concerning the Sultan of
Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar or the Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail
Sultan Ibrahim. 
"We managed to trace the 19-year-old even though he was from Tumpat, Kelantan," he
said, adding that there have been 23 cases being investigated under the Sedition Act
and Multimedia and Communications Act since the beginning of the year till now. "One
offender has already been charged in court and is awaiting trial," he said. Muhammad
Isyraf Shamsudin, 19, was arrested for posting a derogatory remark in his
hometown Pasir Mas, Kelantan, and charged in court with the offence at the
Johor Baru Sessions Court on Wednesday.

Ringkasnya begini.

1. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak bercakap


negatif/menghina/mengkritik/mempersoalkan Sultan Johor dan kaum kerabatnya yang
berkaitan di laman sosial.

2. Polis turut mengesahkan bahawa Polis Johor ada special team bagi menjejaki,
memantau, menyiasat mana-mana individu yang bercakap secara negatif terutamanya
menghina dan mencerca Sultan Johor dan kaum kerabatnya.

3. Oleh itu orang ramai dinasihatkan untuk mengelak dari berbuat demikian atau
mereka bakal dihadapkan dengan tindakan undang-undang (Johor).

Sekarang ada faham ka?

Baikla. Takutnya titew. 

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
BERSIH dakwa SPR 'diam sepanjang masa'

MALAYSIAKINI

BERSIH mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memastikan proses pilihan
raya negeri Sarawak berjalan dengan adil.

Gabungan pemantau pilihan raya itu antaranya membangkitkan sekatan terhadap ahli
politik dan aktivis semenanjung daripada masuk ke negeri itu, ketika fasa kerajaan
sementara.

BERSIH membangkitkan sikap "berdiam sepanjang masa" SPR ketika Ketua Menteri
Tan Sri Adenam Satem menghalang aktivis dan ahli politik semenanjung masuk ke
bumi kenyalang

"Barangkali Adenan Satem juga sudah lupa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri
Sarawak dan beliau tidak punyai kuasa untuk menghalang kemasukan aktivis dan ahli
politik.
“Segala pengharaman selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah haram,"
kata BERSIH.

Sementara itu, BERSIH berkata, walaupun perkara itu bukan bawah bidang kuasa
SPR, suruhanjaya itu seharusnya menasihati kerajaan sementara bahawa halangan itu
melanggar prinsip asas kebebasan berkempen dan juga ketertiban politik rakyat
Malaysia.

Perkara itu juga, kata BERSIH, bertentangan dengan semangat pilihan raya yang
bebas dan adil dan menunjukkan pesta demokrasi itu bermula tanpa padang sama rata.

BERSIH terlibat memantau perjalanan kempen pilihan raya negeri di beberapa DUN.
Beberapa petugas mereka sendiri didakwa dihalang masuk ke Sarawak sejak 2011 lagi.
Adenan semalam mempertahankan sekatan dibuatnya atas alasan mahu menapis
“beberapa aspek budaya politik di Malaysia Barat” dan mempertahankan kepentingan
Sarawak.

Beliau mengingatkan supaya pihak yang mahu masuk ke Bumi Kenyalang menjaga
kelakuan masing-masing.

Pilihan raya Sarawak akan berlangsung pada 7 Mei ini.

Pilihan raya kali ini menjadi ujian pertama Adenan yang mengambil alih tampuk
kepimpinan daripada Tan Sri Taib Mahmud yang sangat lama mentadbir negeri itu.

Cicipan, Gabi Nama Baru Bagi Minum Petang, Makan Lewat Malam - DBP Kena
Kutuk Kaw-Kaw Oleh Netizens.
Untuk sahur bagaimana pula? Apakah nama baru yang dicadangkan oleh DBP bagi
mengantikan perkataan sahur? Sesoot?

KAH KAH KAH

Oke begini. Tadi nampak posting dari Azrul Ahmad. Dia update begini ;
WHAT? 

Terperanjat pun ada. Biar betul kau DBP. Buang tabiat ke apa? Dah nak mampos
gamaknya. Reaksi pertama aku. Masih dalam keadaan kekaburan dan
ketidakpercayaan. Then godek info sikit. Benda neh dah jadi bahan sindiran kat twitter
rupanya. Jilake. Benda betul kot. DBP masih diam sampai sekarang belum ada apa-
apa respon walaupun dah kena troll macam-macam. Kat fb. Kat blog. Kat twitter. Apa
dah koma gamaknya kena kutuk berpanjangan. Beginila agensi kerajaan bekerja.
Lembab nak mampos padahal benda dah jadi isu di laman sosial.

Bila aku godek-godek semula gambar berkenaan. Aku dapati kat gambar tu tulis
penamaan semula. Penamaan semula bagi majlis. Bila aku fikir-fikir. Aku rasa ini
mungkin merujuk kepada penamaan semula bagi majlis2 rasmi di atas dalam
kertas/cetakan/jemputan/karangan. Sekaligus perkataan-perkataan berkenaan akan
dimasukkan ke dalam DBP dan menjadi sebahagian dari Bahasa Melayu.

Sejujurnya perkataan-perkataan di atas tiada masalah. Tetapi macam tak mathing


dengan benda yang kita nak buat tu. Contohnya. Kita nak minum petang. Apa ko rasa
tak kelakar ke bila kau sebut wei jom cicipan? Cicipan kot. Cicipan. Seriyus, cicipan?
What the hell is that la kan.

Makan tengah hari pula ditukar menjadi merarau? Merarau? Merayau merarau merayau
merarau ah sudah aku pun jadi pening sekejap mungkin sebab tak menggabi lagi kot?
Nampak tak betapa kelakarnya disitu. 
Apa2 pun aku harap DBP pertimbangkanlah kritikan masyarakat online. Kot ye pun
terlalu banyak masa terluang bukan begini caranya. Lagi baik kita menggabi. Perut ku
pun dah berbunyik.

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH 

Ni rupo jambatan BN tuk, nak engkah apo lagik kali tuk? soal Abang Kerdee

MALAYSIA DATELINE

Abang Kerdee menunjukkan ceracak


besi yang dipasang untuk pembinaan jambatan di Beting Maro sejak empat tahun lalu.

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, penduduk kampung di Beting Maro,
sekali lagi diberikan harapan agar jambatan yang mereka perlukan benar-benar dibina
kali ini.

Ini kerana, jambatan ini sudah dijanjikan sejak tahun 2000 iaitu menjelang PRN 2001,
namun sehingga kini ia kekal tinggal janji saja.

Menurut bekas calon Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, pada tahun
2001 iaitu menjelang PRN tahun itu, batu asas untuk membina jambatan ini telah dibuat
oleh kerajaan negeri, namun menjelang 2006 masih belum siap lagi.

Empat tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2005, kontraktor mula meletakkan pasir-pasir
ke kawasan pembinaan di samping memasang dinding di kawasan pembinaan.

Namun empat tahun kemudian, ia masih belum siap bahkan pembinaan belum
bermula.

Pada tahun 2010 iaitu menjelang PRN 2011, jentera-jentera berat mula dibawa masuk
dan pasir serta besi-besi cerucuk mula dipasang.

"Dah nak masuk PRN 2016 tuk oi! Ni rupo 'Jambatan BN' tuk? Nak engkah apo lagik
kali tuk?" tulis Abang Kerdee dalam posting beliau itu.

Menjelang pilihan raya ini, sekali lagi jentera BN datang ke Beting Maro. Kali ini mereka
membawa tong-tong biru untuk menangani keperluan air bersih di kampung ini.

"Orang kampung mahu air bersih, namun dekat pilihan raya BN bagi tong biru. Terima
kasihlah orang memberi, kita ambil. Tetapi air tiada macamana nak guna air. Tunggu air
hujan tak turun-turun," tulis Penolong Setiausaha Agung Parti Amanah Negara
(Amanah) itu dalam akaun facebooknya.

Untuk itu, Abang Kerdee mengingatkan pengundi Sarawak, "Kali tuk benar kito ngajar
sidak yo nyo!"

PKR enggan berundur, selesai pertikaian kerusi dengan DAP selepas 7 Mei

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar

 
PETALING JAYA: PKR enggan berundur daripada enam kerusi kontroversi di Sarawak
dan menegaskan sebarang isu berbangkit yang timbul berhubung pertembungan kerusi
dengan DAP itu hanya akan diselesaikan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), 7 Mei
depan.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PKR akan terus maju ke
depan dan berkempen seperti biasa, selepas kedua-dua parti tidak mahu bertolak-
ansur di kerusi Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong. 

"Saya dah rasa cukup dah banyak komen berkait isu pencalonan. Apa yang penting
tertumpu kepada kempen yang sedang berlangsung. 

"Maka kita akan adakan mesyuarat dan rungkai isu-isu ini selepas 7 Mei. Jadi kalau
itulah soalan yang akan ditanya, saya akan menjawab cara yang sama juga kecuali ada
soalan-soalan lain. 

"Saya rasa kenyataan DAP jelas menjurus kepada 'moving on'. Jadi, hari saya tertumpu
kepada calon-calon dan gerak kerja di lapangan," kata Izzah dalam sidang media di ibu
paejabat parti itu tadi, sebagai maklum balas kepada kenyataan DAP bahawa
rundingan antara kedua-dua parti berkenaan bersabit pertikaian kerusi-kerusi itu sudah
berakhir.

Izzah, yang juga Naib Presiden PKR sebaliknya berkata parti 'menyerahkan' segalanya
kepada pengundi untuk membuat keputusan di kerusi-kerusi yang menjadi perebutan
itu.

"Kita fokus kepada pilihan raya. Biar calon yang terbaik menang," katanya lagi.

DAP sebelum ini menyatakan kekecewaan selepas rakan komponennya, PKR menolak
tawaran yang dicadangkan mereka agar menarik balik calonnya di lima kerusi bertindih.

 
Sebagai tukaran, DAP akan melepaskan Batu Kitang sekiranya PKR berhenti
berkempen di lima kerusi lain.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini menyifatkan partinya seperti 'ditipu'
oleh PKR dalam kerusi-kerusi yang akan ditandingi itu.

Izzah, dalam sidang media yang sama juga tidak mahu mengulas pertembungan parti
itu dengan PAS di tiga kerusi yang lain, iaitu Kakus, Jepak dan Lambir.

PKR dan PAS sebelum ini mengikat perjanjian untuk tidak meletakkan calon di mana-
mana kawasan yang ditandingi salah satu di antara mereka sempena PRN Sarawak
kali ke-11 ini.

Insiden sabotaj berlaku walau Adenan sekat pemimpin pembangkang

ARIF ATAN
PRN Sarawak ke-11

Walaupun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN
negeri menyekat kemasukan ramai pemimpin dan aktivis pro pembangkang, tetapi
insiden berupa sabotaj masih berlaku ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri
(PRN) baru melangkah hari ketiga.

Dilaporkan, papan iklan calon Pas, Clement Bayang di Dewan Undangan Negeri (Dun)
N60 Kakus dikoyakkan manakala di N72 Lambir sekali lagi Pas menjadi mangsa
vandalisme apabila sepanduk markas operasi parti itu dibakar.

Kedua-dua Dun yang masing-masing terletak di Parlimen Selangau dan Sibuti itu
menyaksikan pertempuran antara parti komponen BN dengan Pas dan PKR.

Mengulas insiden tersebut, Setiausaha Pas Sarawak, Mukhtar Suhaili dilaporkan


berkata, situasi secara keseluruhannya masih terkawal dengan menganggap kedua-
dua kejadian itu sebagai kes terpencil.

Pada PRN 2011, BN menerusi parti komponennya, Parti Rakyat Sarawak (PRS)
menang tipis di Dun Kakus dengan majoriti hanya 602 undi manakala di Lambir, BN
melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mendapat 1,521 undi.

Dalam hal berkaitan, dua papan iklan kempen komponen BN, Parti Bersatu Rakyat
Sarawak (SUPP) di N14 Batu Kawah dalam Parlimen Stampin turut dikoyak manakala
satu lagi dibakar cat.

Pada 7 Mei ini, calon Datuk Dr Sim Kui Hian dari SUPP bakal berentap dengan
penyandang, Christina Chew Wang See dari DAP dan calon Bebas, Liu Thian Leong.

Pada PRN 2011, Christina menang dengan majoriti tipis 543 undi.

Exco Dedah Punca Sultan Mizan Murka

Exco dedah punca Sultan Mizan murka. Cadangan Menteri Besar Terengganu,
Ahmad Razif menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada pendakwah kontroversi, Dr
Zakir Naik tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(MMKN).

EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib
mendedahkan cadangan sebaliknya keputusan peribadi Ahmad Razif dan beliau
mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara itu.

“Oleh kerana Menteri Besar yang cakap, maka kena tanya pada beliau. Isu ini juga
tidak pernah dibincangkan di dalam mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Terengganu,”
katanya kepada FMT.

Malah, menurut ADUN Ajil itu sebarang penggunaan rizab tanah Kerajaan Terengganu
hendaklah mendapat persetujuan daripada Tuanku Sultan.

“Semua tanah di Terengganu ini selain milik individu, adalah kepunyaan kerajaan dan
Raja. Bahkan keputusan muktamad Ahmad Razif (mahu beri tanah kepada Dr Zakir
Naik) terletak pada Tuanku Sultan. Kalau Tuanku Sultan kata tidak boleh maka kena
akur malah, membuat pengumuman tanpa maklum kepada Tuanku Sultan pun sudah
dikira salah,” katanya.
Exco dedah punca Sultan Mizan murka. Difahamkan, tindakan Zakir memberi
syarahan di Terengganu turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri mungkin menyebarkan ajaran
sesat.

Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah pendakwah dari India itu,
Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan
penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di
negeri itu.

Tindakan Ahmad Razif menyokong pendakwah kontroversi juga dilapor sebagai punca
darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu, lapor FMT.

Kalau Nak Kelentong Pun Biar Masuk Akal

A Kadir Jasin

KALAU nak kelentong atau nak bohong pun biarlah kena cara. Nak putar-belit pun
macan itu juga. Kena ada tatacara operasi standard (SOP).

[Tandatangani Deklarasi Rakyat buang Najib di sini]

Bila ada SOP, yang bohong tak nampak berbohong dan yang kena bohong tak tahu dia
dibohongi. Baru la hula lala hula hoop!

Saya tak mahu kata Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul “Azrul” Kanda
Kandasamy, bohong tapi dia pandai tipu-helah, putar-belit dan guna bahasa.

Contohnya, baru-baru ini dia kata, memandangkan penafian International Petroleum


Investment Company (IPIC) dan pengumuman Pejabat Peguam Negara Switzerland
yang bayangkan kemungkinan 1MDB dah jadi mangsa tipu, ia kena teroka semua jalan
yang ada.

Arul Kanda tak kata 1MDB kena tipu. Dia rujuk kepada kenyataan IPIC yang dakwa
syarikat bernama Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) tu bukan anak
syarikatnya atau anak syarikat kepada anak syarikatnya, Aabar Investment PJS
Limited.

Dalam bahasa yang mudah, IPIC kata Aabar BVI ini adalah syarikat klon yang curi
nama syarikat asal iaitu Aabar Investment PJS Limited.
Peguam Negara Switzerland pula kata, ada bukti AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB
telah disonglap melalui pemindahan dan pengubahan wang haram. Dalam bahasa yang
mudah, duit 1MDB dicuri kemudian diubah jadi sijil pelaburan, unit, derma dan macam-
macam supaya nampak halal.

Jadi bila orang kata dia kata 1MDB kena tipu dengan kerjasama orang dalam, Arul
Kanda kata, bukan dia yang kata tapi dia hanya buat interpretasi kenyataan IPIC dan
Peguam Negara Switzerland.

Dia kata tugas dia dah selesai. Dia nak berhenti. Dok tak dok hutang 1MDB yang kita
sangka RM42 bilion dah jadi RM50 bilion awal tahun ini dan faedah hutang AS$50 juta
(RM200 juta) pun tak mampu bayar. Selelasi haram zada ada? 

Luncai Abad ke-21

 
Tapi ada manusia jenis Si Luncai moden yang nak bohong pun tak pandai. Tak macam
Si Luncai asal yang raja pun dia boleh kelentong.

Si Luncai abad ke-21 ini buat cerita kata Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung
Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak, tandatangan surat-
menyurat 1MDB tapi tak ambil tahu apa kandungannya.

Si Luncai macam ini kalau nak bohong untuk selamatkan nyawa dia pun dia tak tahu
apatah lagi nak lindungi Perdana Menteri.

Si Luncai ini punyalah bodoh sampai dia ingat semua orang tak cerdik macam dia.
Punyalah dungu sampai tak tahu bahawa abai tanggungjawab fidusiari (fiduciary
responsibility) adalah kesalahan jenayah.

Mohd Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, pengasas 1MDB dan
Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tanggung tugas fidusiari yang jelas dan berat.

Atau Si Luncai pemakan dedak ini tahu hal urus tadbir korporat tapi dia ingat orang lain
tak tahu. Dia sangka dia seorang saja cerdik dan orang lain semua bodoh. Dia tak
sedar bahawa orang bodoh yang ingat diri dia cerdik adalah orang paling bodoh.

Mohd Najib tandatangani surat-menyurat yang libatkan berbilion ringgit duit dan harta
negara dengan tak baca apa yang dia tandatangan?
Bukan Semua Orang Bodoh

 
Mak cik kampung yang buta huruf pun tahu dia tak boleh buta-buta turun cap jari atas
kertas. Dia kena tahu apa tanggungjawab dia bila dia turun cap jari.

Zaman dulu, Cina buta pun tanya syarat sebelum dia setuju menikah dengan janda
talak tiga atau pak sanggup sebelum dia menikah dengan anak dara bunting.

Cina buta nak tahu berapa upah dan berapa lama tidur dengan bini “sementara” dia?
Tidur saja ka atau boleh buat macam laki-bini buat?

Macam tu juga bekas laki yang upah Cina buta nikahi janda dia yang dia cerai talak
tiga. Masa nak cerai dia tak fikir. Bila dah bercerai dia gila talak.

Cerai talak tiga tak boleh rujuk. Jadi kena lah upah Cina buta nikahi dengan syarat
lepas itu cerai. Tapi kena jaga-jaga. Si Cina tu hanya mata tak berfungsi. Anggota-
anggota lain berfungsi kelas A.

Jadi bila ada Si Luncai moden kata PM tandatangan dokumen 1MDB dengan tak baca
atau tak tahu apa yang dia tandatangani, sahlah Si Luncai ini bangang kelas A.

Rakyat jelata Malaysia boleh jadi tak selicik PM dan Jho Low berniaga atas angin, tapi
mereka taklah baghal sampai percaya cerita macam yang Si Luncai moden buat.

Satu lagi, bila sampai masa dihumban ke dalam sungai yang deras, Si Luncai dan jenis
yang sama dengan dialah yang paling awal lari lintang-pukang selamatkan diri.

Wallahauaklam.

Thursday, 28 April 2016

RM14,000 JUTA HILANG, CUKUPKAH DENGAN MENGATAKAN IA MASALAH


DALAMAN? LAPOR POLIS TIDAK, SAMAN JUGA TIDAK?
Jika ada anugerah, pasti 1MDB layak menerima penghormatan sebagai syarikat paling
budiman di dunia ketika ini berikutan sikapnya yang dianggap paling lunak walaupun
sudah disahkan wangnya berjumlah RM14,000 juta hilang entah ke mana.

Kalau orang lain, jangankan RM14,000 juta, malah hilang RM14 pun bisingnya boleh
riuh sekeliling kampung.

Dalam laporannya kepada Bursa Saham London sebelum ini, IPIC telah mengesahkan
bahawa Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British Virgin Island) yang menerima
wang RM14,000 juta atau AS$3.51 bilion daripada 1MDB sebagai jaminan bon tidak
ada kena mengena dengannya, walaupun namanya hampir sama dengan syarikat milik
mereka yang sebenar iaitu Aabar Investmet PJS yang didaftarkan di Abu Dhabi.

Berikutan pengakuan IPIC itu, Arul Kanda, CEO 1MDB tidak menolak kemungkinan
penipuan besar-besaran itu mendapat kerjasama daripada orang dalam 1MDB sendiri.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam pula, Arul Kanda berkata, oleh
kerana pihaknya berurusan dengan eksekutif kanan IPIC dan Aabar Investment PJS
mengenai wang itu, maka ia adalah isu dalaman untuk diselesaikan oleh firma Abu
Dhabi itu.
Hairan bin ajaib, jika benar 1MDB berurusan dengan eksekutif kanan firma Abu Dhabi
itu dan mereka pula sudah mengesahkan kepada Bursa Saham London tidak pernah
menerima wang tersebut, mengapa tindakan undang-undang tidak dimulakan?

Mengapa hanya mengatakan ia masalah dalaman IPIC dan Aabar Investment PJS
sedangkan yang hilang RM14,000 juta adalah 1MDB?

Selain itu, jika benar sepertimana yang dinyatakan Arul bahawa ada penglibatan orang
dalam dan ia pula disertakan dengan pengesahan firma Abu Dhabi itu bahawa mereka
tidak pernah menerima wang RM14,000 juta tersebut, kenapa 1MDB tidak membuat
laporan polis mengenainya?

Dalam hal ini, bukan saja CEO 1MDB yang harus diberikan sanjungan, malah
Pengerusi Lembaga Penasihat merangkap Perdana Menteri, Najib Razak yang
tandatangannya wajib diturunkan bagi sebarang urusan, wajib diberikan segunung puji-
pujian.

Lihatlah, sementara Arul Kanda mengatakan ia hanya sebagai masalah dalaman untuk
diselesaikan oleh IPIC dan Aabar Invstment PJS, jauh sekali untuk mengambil tindakan
saman atau membuat laporan polis, Najib pula relaks saja seolah-olah tiada apa yang
harus dibimbangkan dengan hilangnya wang sebanyak RM14,000 juta itu.

Memang hebat kedua-dua mereka ini!! 

Hanya "manusia-manusia terpilih" saja yang mampu  berkelakuan seperti Najib dan
Arul ini.

Atau mereka jadi tak kisah dan relaks kerana  wang itu sebenarnya ialah wang kita
semua? (SH 28/04/2016).

Ahli PAS tak terpedaya dengan Deklarasi Rakyat - PAS Kelantan

ANTARAPOS.COM
 
 
SHAH ALAM: Gerakan Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bertujuan menyelamatkan Malaysia tetapi mahu
selamatkan Umno, demikian pendapat Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan,
Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
 
Katanya, gerakan itu adalah usaha beberapa ahli Umno untuk menyelamatkan parti
berkenaan apabila melihat ia sedang menuju kehancuran di bawah pimpinan Datuk Seri
Najib Razak.
 
Oleh itu, tambahnya, PAS Kelantan yakin ahlinya dan rakyat negeri itu tidak akan
terpengaruh dengan usaha pihak tertentu untuk meraih sokongan bagi menyelamatkan
Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat. 
 
Menurutnya, rakyat dan penyokong  PAS di Kelantan Sangat cerdik serta matang
dalam menilai percaturan politik semasa.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai 'seruan' ADUN Salor Datuk
Husam Musa dalam Program Santai Bersama Pemimpin yang dihadiri mantan
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin dan mantan Menteri Besar Kedah,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Tanah Merah baru-baru ini. 
 
"Ahli-ahli PAS peringkat akar umbi di negeri Kelantan sudah cukup faham bahawa
Deklarasi Rakyat adalah usaha beberapa pemimpin Umno Untuk menyelamatkan parti
itu apabila melihat parti itu sedang menuju kehancuran di bawah pimpinan Datuk Seri
Mohd Najib Razak. 
 
"Mereka telah dengar sendiri kenyataan pimpinan penggerak Deklarasi Rakyat ini
terutama Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengepalai gerakan tersebut, bahawa
Deklarasi Rakyat adalah bertujuan Untuk menyelamatkan Umno atas dasar sayangnya
mereka kepada Umno. 
 
"Sesiapa saja rasa nak menyelamatkan Umno, pergilah," katanya yang dipetik sebuah
blog ketika mengulas kenyataan Husam itu. 
 
Dilaporkan Husam dalam ucapannya baru-baru ini mahu semua rakyat dilibatkan dalam
usaha gerakan yang dikepalai Mahathir dan pembangkang itu untuk Selamatkan
Malaysia sehingga ia menjadi kenyataan.
 
Kata Che Abdullah, semua ahli PAS sedar gerakan menerusi Deklarasi Rakyat untuk
menukar perdana menteri dengan mengekalkan Umno-BN sebagai pemerintah tidak
sesekali akan menyelamatkan Malaysia. 
 
Beliau juga menyifatkan gerakan yang mensasarkan satu juta tanda tangan rakyat
untuk Deklarasi Rakyat sebagai tindakan Husam menongkat Umno.
 
"Dia kata PAS bagi tongkat kepada Umno, kini kerja dia tongkat Umno, bersama
dengan Tun Mahathir Mohamad untuk selamatkan Umno.
 
"Mana-mana pihak yang berusaha untuk menyelamatkan Umno dan seterusnya
berusaha menjatuhkan Kerajaan Islam Kelantan akan ditentang habis-habisan oleh
semua ahli dan pendokong PAS. Tak kira siapa sahaja kita akan tentang,” katanya.
 
PAS, katanya akan meneruskan kerja-kerja penerangan bagi mempertahankan
kerajaan Islam Kelantan supaya tidak jatuh kepada Umno.
 
"Kita juga mahu rakyat boleh lihat bahawa PAS ini adalah merupakan satu-satu jemaah
di Malaysia yang boleh ganti Umno menerusi pilihan raya yang akan datang," katanya.
 
 

Harinder Diboikot Kerana Ucap Syahadah Di Ceramah Dr. Zakir Naik


Harinder diboikot kerana ucap syahadah di ceramah Dr. Zakir Naik. Masih ingat
kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr.
Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu?

Syukur, Harinder yang berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan
hidayah menuju jalan Allah.

Cuma harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai
dugaan.

Kini Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak
lagi diperbaharui. 

Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan
mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa
#PenghijrahanFenomena.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan
bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi
jalan hidup di dunia dan akhiratnya.
Harinder diboikot kerana ucap syahadah di ceramah Dr. Zakir Naik. Pelukan dan
tepukan yang diterima sebaik sahaja melafazkan syahadah secara langsung tidak
cukup, inilah waktunya pertolongan saudara-saudara baharu cukup bermakna buat
Harinder.

Janganlah pulang sahaja Dr Zakir Naik dari Malaysia maka perasaan meraikan
saudara-saudara baru kita turut pergi bersamanya!

Kisah Harinder yang memerlukan bantuan kita semua ini, akan disiarkan dalam
program yang bakal bersiaran di saluran Al-Hijrah tak lama lagi, lapor Mynewshub.

Pesan solat seorang tukang kasut yang mampu pakai Camry, tunai umrah [Video]
Posted on 28/04/2016 Leave a comment
Se
orang tukang kasut  di RH Plaza di Jalan Lapangan Terbang Kuching, Jamaluddin
Hamdan yang menjadikan hobi membaiki kasut menjadi sumber pendapatan lumayan.

Menurutnya yang dipetik dari  Suara.TV, bekerja sebagai tukang kasut kerana hendak
menolong orang dan menolong diri sendiri untuk memperoleh pendapatan.

Paling menarik tentang Jamaluddin, 49 yang setelah hampir 8 tahun bekerja sebagai
tukang kasut membolehkannya memiliki kereta mewah jenama Toyota Camry 2.0 dan
menunaikan umrah bersama isterinya.

Berikut pesan menarik daripada beliau tentang solat.

“Rezeki Allah yang bagi (yang penting) kena solat, terutama solat sunat Dhuha antara
Subuh dan Zohor mohon agar rezeki dimurahkan.

“Kerja macam mana pun tapi kalau tak solat rezeki yang diperolehi tidak akan rasa
nikmat sebab kalau kita tinggal satu waktu (solat) akan rugi seribu waktu yang penting
mohon pada yang Esa dan kita jangan sombong dan bongkak,” katanya melalui
rakaman video Suara.TV.

Jamaluddin juga berpesan agar belia tidak terlalu memilih kerja asalkan pendapatan
yang diperolehi adalah dari sumber yang halal.

“Tukang kasut ni kadang-kadang orang tak pandang sangat, ada yang pandang
semacam (sebab itu) budak-budak sekarang lebih suka lepak dekat kafe rata-rata tak
nak kerja kotor macam ini.
“Mungkin kerana mak (dan) bapa mereka dari kalangan orang senang, jadi mereka pagi
buka tangan (minta duit) ayah bagi, petang buka tangan mak bagi jadi sebab itu mereka
(anak) rasa tak payah kerja.

“Kalau nak kata kotor memang laa kotor, mungkin sebab itu remaja zaman sekarang
malu kerja macam ini,” katanya lagi.

Juanda ustaz moden, bukan ustaz “haram haram” – Adenan

KUCHING: Calon BN bagi kerusi DUN Jemoreng, Dr Juanda Jaya merupakan


agamawan yang luar biasa dan mempunyai ciri-ciri yang Sarawak mahukan, kata Ketua
Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bagaimana bekas Mufti Perlis itu boleh
menyumbang kepada wawasan progresif Adenan untuk Sarawak — negeri yang
terkenal tegas berpendirian sekular.

“Beliau (Juanda) seorang ustaz moden. Beliau bukan seorang yang berfikiran sempit,
tidak berlagak alim, berpandangan luas dan sangat liberal. Ciri-ciri ustaz yang kita
mahukan.

“Beliau ustaz yang kata kamu boleh buat apa yang kamu mahu, teruskan, dan
menyarankan cara untuk melakukannya. Beliau bukan jenis yang semuanya haram,
haram, haram.

“Lagipun, sudah menjadi tradisi PBB salah seorang ahlinya sepatutnya seorang yang
warak,” kata Adenan dalam sidang media malam tadi.

Pada 12 April lalu, Adenan mengumumkan Juanda akan mewakili Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu (PBB) untuk kerusi DUN Jemoreng dalam pilihan raya Sarawak 7
Mei depan.
Juanda, yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, menerima
pencalonan itu sebagai satu penghormatan, dan berikrar akan bekerja keras
menjayakan aspirasi Adenan.

Kerusi Jemoreng sebelum ini disandang Gani @ Abu Seman Jahwie, juga daripada
parti yang sama. Kerusi ini dianggap kerusi selamat BN. Gani meraih 77.6 peratus undi
dalam pilihan raya lalu.

Mujurlah AMANAH Tak Bertanding Di Situ....

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sepanduk, papan iklan PAS dirosakkan di Kakus, Lambir

MIRI: Dakwaan vandalisme mencemari hari ketiga kempen Pilihan Raya Negeri
Sarawak dengan beberapa insiden dilaporkan di Kakus, Lambir dan Kuching oleh parti
pembangkang dan pemerintah.

Papan iklan calon bukan Islam pertama parti PAS, Clement Bayang, yang dipacakkan
di Kakus dikoyakkan, manakala sepanduk markas operasi PAS di Lambir dibakar pihak
tertentu.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili memberitahu FMT pihaknya terima


maklumat berhubung pelaku disebalik insiden itu tetapi enggan menamakannya.

“Kita tak mahu menuduh sesiapa. Setakat ini suasana keseluruhannya terkawal dan
saya rasa ini hanya kes terpencil,” katanya.

PAS telah mengarahkan pekerja parti, ahli dan penyokong supaya sentiasa berdisplin
dan tidak menimbulkan provokasi sepanjang tempoh berkempen.

“PAS Sarawak juga menyeru agar semua pihak mengekalkan suasana damai
sepanjang tempoh berkempen. Insiden di mana sepanduk PAS Sarawak dibakar di
Lambir, papan iklan calon PAS di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya
berlaku,” kata Mukhtar.

Sementara itu, di Kuching, SUPP membuat laporan polis selepas dua iklan kempen di
Batu Kawah didakwa dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebuah papan iklan dikoyak dan dibakar, sebuah lagi dibakar cat. Ini satu lagi contoh
politik kebencian dan ketakutan yang dibawa ‘kem musuh’,” kata presiden Dr Sin Kui
Hian dalam satu kenyataan.

Tiada kejadian serupa dilaporkan di kawasan-kawasan lain dalam pilihan raya yang
dijangka akan berlangsung secara aman.-FMT

ULASAN GB

Mujurlah Parti Amanah Negara tidak terlibat di DUN-DUN yang PAS dakwa sepanduk
dan papan iklannya dirosakkan iaitu di Kakus, Lambir dan Kuching.

Di N60 Kakus calon PAS Clement Bayang bertemu dengan Joshua ak Jabing @
Joshua Jabeng (PKR) dan Datuk John Sikie ak Tayai (BN)

Di N72 Lambir calon PAS, Mohammad Arifiriazul Paijo melawan Mohdar Ismail (PKR)
dan Ripin Lamat (BN)

Manakala di N67 Jepak Kiprawi Aman (PAS) melawan Abdul Jalil Bujang (PKR), Datuk
Talib Zulpilip (BN), Mohammed Anuar Abdul Hamid (STAR) dan Wong Hau Ming
(BEBAS)

Jadi kesemua kerusi di atas PAS melawan rakan karibnya sendiri PKR, disamping BN
dan Bebas.

Jika AMANAH bertanding di situ, tentulah PAS akan menuduh AMANAH yang
melakukan kerana PAS sudah menganggap AMANAH sebagai musuhnya.

What goes round turns around. Anda berlagak samseng maka gelagat samsenglah
yang akan kembali kepada anda. Itu hukum kebenaran dan keadilan.

Parti Amanah negara, alhamdulillah, kini diterima oleh rakyat pelbagai kaum,
keuturunan dan agama di tempat-tempat ia bertanding sesuai dengan mottonya Islam
sebagai "Rahmatan lil Alamin".

Dicatat oleh Green Boc di 5:31 PTG


BERGUNAKAH: 

7 ulasan:

omar daud berkata...

Salam

Congratulate!!Tahniah!!Amanah!! Anda LULUS ujian pertama di


Serawak,walaupun tak sampai setahun jagong tapi anda kenal diri anda,TAK
BELOT,TAK Tikam kawan,setia bersama kawan-kawan dlm PH.wALAUPUN
MEMBER SEBELAdownloadH ANDA MEMBUAT ONAR.

Ujian ini sebagai Asset utk Amanah utk PR14 Nanti majority rakyat sedang
perhatikan kamu.Rakyat faham,anda menentang BN yg bertanding dgn level
playing field yg tak sama.Umpama bermain bola di padang bola. Kedua linesman
BN punya,referee BN punya,Tiang Goal BN kecil,manakala tiang goal Amanah-
PH Besar dan yg TERBARU dan tak disangka ada pemain fullback PH, BELOT
score goal sendiri. BAYANGKAN bagaimana nak menang??.

wALAUBAGAIMANAPUN dgn Semangat juang yg KENTAL,tuan-tuan semua


akan beroleh satu pengalaman yg cukup BERHARGA.

semoga insyallah berjaya.

28 April 2016 1:29 PTG

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong pas pis pusssssy menang 12 kerusi.....kah kah kah

28 April 2016 2:25 PTG

Tanpa Nama berkata...

stlh bertembung disrwk, adakah azmin akan kekalkan exco2 pas dlm
pentadbiran selangor?
adalah agak janggal kalau bersama diselangor tapi berlwn disrwk.

kalau tiada tindakan, maka aku lihat azmin hanyalah musuh dlm selimut yg akan
menggantikan tempat hadi dlm kerja2 khianat dlm pru akan dtg.

waspadalah. adalah diharap akan ada usaha utk mengenalpasti dan


memaparkan barua2 azmin kpd umum agar dpt disingkirkan nanti.

28 April 2016 3:48 PTG

Tanpa Nama berkata...

Calon pas ni dah sokong hudud laa..

28 April 2016 4:20 PTG

Sam Sung berkata...

Maju Amanah...maju InsyaAllah

28 April 2016 4:25 PTG

Tanpa Nama berkata...

SUPP buat lapuran Polis. PAS menganggap kes terpencil. Atau adakah perkara
biasa bagi PAS ?

SUPP buat lapuran Polis sebab menolak politik kebencian dan ketakutan.
PAS menerima, adakah kerana PAS biasa atau pernah mengguna cara begini?

28 April 2016 6:01 PTG

Tanpa Nama berkata...

Nk tanya calon pas yg kristian tu sokong hudud x?

28 April 2016 9:07 PTG


WSJ pertahan berita, dakwa Putrajaya buat pusingan U

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mempertahankan laporannya sebelum ini yang
menamakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri
Gabenor Irwan Siregar Abdullah sebagai gabenor Bank Negara yang baru.

Dalam satu kenyataan ringkas kepada Malaysiakini, WSJ menerusi penerbitnya, Dow
Jones berkata mereka berpegang teguh dengan laporan sebelum ini bahawa pengganti
yang sepatutnya menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz adalah sekutu Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kami berpegang teguh dengan laporan yang adil dan tepat berhubung cerita yang
berkembang ini dan komited untuk berterusan menyediakan liputan peristiwa di
Malaysia," kata WSJ.

Akhbar kewangan Amerika Syarikat itu berkata demikian berhubung kenyataan


setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, yang berkata
bahawa pengumuman Datuk Muhammad Ibrahim sebagai gabenor Bank Negara
membuktikan sekali lagi "pembohongan tanpa mengambil kira fakta" oleh WSJ dalam
laporan mengenai Malaysia.

"WSJ melaporkannya sebagai fakta beberapa kali, termasuk oleh Ken Brown pada 20
April dan Tom Wright pada 11 Mac, bahawa Perdana Menteri melantik Irwan Serigar
Abdullah menjadi gabenor baru dan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan 1MDB.

"Ini berlaku walaupun tiada pengumuman dibuat, dan berdasarkan sumber-sumber


yang tidak dinamakan," kata Tengku Sharifuddin, semalam.

Muhammad Ibrahim akan memulakan tugasnya pada 1 Mei selepas Zeti bersara pada
akhir bulan ini.
Bagaimanapun, akhbar harian Amerika Syarikat itu dalam satu laporan hari ini
mendakwa keputusan untuk melantik Muhammad Ibrahim dan bukannya Irwan adalah
pusingan U yang dibuat akibat tekanan.

"Peralihan ini dibuat selepas Zeti, yang meletak jawatan pada akhir bulan ini, menuntut
kerajaan melantik seseorang dari Bank Negara untuk menggantikannya, menurut
sumber yang rapat dengan perkara itu," tulis WSJ hari ini.

"Percubaan untuk menghubungi Zeti tidak berjaya. Pejabat Perdana Menteri tidak
menjawab berhubung permohonan untuk mendapatkan ulasan," katanya.

Julai lalu, WSJ mendedahkan dokumen yang didakwa daripada penyiasat Malaysia
menunjukkan RM2.6 bilion dan RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank
peribadi perdana menteri.

Sejak itu, ia telah menerbitkan beberapa siri artikel yang mengaitkan dana berkenaan
dengan 1MDB, yang sering dipetik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengkritik Najib
dalam usha mendesak perdana menteri mengundurkan diri.

Ustaz Muda PAS pertikai calon OKU Amanah yang tidak cukup syarat nak jadi
pemimpin
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Ada al-ustaz Pas yang perlekeh calon Amanah yang berkelainan upaya (OKU). Siap
rujuk kitab al-Mawardi. Maklumlah, dia al-ustaz tentulah rujuk kitab.

Wahai al-ustaz, semua orang atas dunia ini ada kecacatan masing-masing kecuali para
nabi. Al-ustaz juga ada kecacatan cuma orang tak nampak dan al-ustaz tutup tak bagi
orang nampak.

Kebetulan kecacatan (baca kelainan) calon Amanah tersebut tak boleh ditutup, jadi al-
ustaz nampaklah.

Syeikh Ahmad Yasin memimpin Hamas semasa berkerusi roda. Syeikh Ben Baz, mufti
Arab Saudi tak mampu melihat. Calon Amanah tersebut bukan nak pimpin peperangan
sehingga memerlukan dia segagah The Rock.

Saya harap al-ustaz baca kitab bukan tulisannya saja tapi fahami maksud, tahu
latarbelakang, fahami objektif dan ambilkira realiti.

Kalau tidak begitu jadi macam binatang pemikul kitab yang Tuhan sebut dalam al-
Quran.
Che Ibrahim Mohamed 

Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff:

1. Arwah Ust Zulkifli Mohammad, MP Bachok/NYDP Pas Pusat adalah seorang OKU,
2. Arwah Ust Azizan, mantan MB Kedah telah hilang upaya ( hilang penglihatan)
semasa bertanding dlm PRU 13,
3. Wakil Rakyat bukan bertaraf khalifah spt yg digambarkan oleh imam al Mawardi,
mereka hanya pembantu khalifah.
4. Al qawi (kuat) dan al amin(amanah) tidak merujuk kpd kekuatan fizikal semata2,
tetapi termasuk moral dan spiritual. Kecacatan moral dan iq lebih mudharat drp
kecacatan fizikal.
5. Seorang wanita yg sempurna anggotanya dianggap lebih "cacat" berbanding seorang
lelaki yg cacat di segi kesaksian dlm Islam kerana kesaksian dua orang wanita baru
dianggap sama dgn kesaksian seorang lelaki.

Jika seorang lelaki cacat dianggap tidak layak menjadi pemimpin, maka wanita
makinlah tidak layak, jgnlah menjual agama demi politik murahan.

Link Rujukan : FB _ https://www.facebook.com/Syairaz1/posts/1082723531771215

Rapelson Jawab Ahli PAS Yang Hinanya Kerana Cacat...


E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi N26 Gedong, Rapelson Richard Hamit hari ini menjawab
kritikan dan penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh ahli PAS, hanya kerana beliau seorang OKU.

Rapelson dengan rendah diri dan penuh budi bahasa mengucapkan terima kasih kepada pihak yang
menghinanya itu dan menyatakan beliau tidak marah atau kecewa kerana menurut Rapelson,
kecacatannya itu adalah "anugerah Tuhan", dan mereka yang mengenal Tuhan mereka, mereka tidak
akan pertikaikan pemberian Tuhan.

"Walaupun saya cacat, tetapi saya tidak khianati rakyat. Bahkan saya telah membela rakyat," demikian
tulis Rapelson.

"Bukan beribu ekar tanah yang saya kehendaki, tapi khidmat dan budi yang akan saya taburi,"
tambahnya.

Tulisan Rapelson itu adalah sebagai jawapan seorang ahli PAS bernama Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff
yang katanya hujjah dari kitab Imam Mawardi, dimana dikatan kitab itu menyebut syarat untuk menjadi
khalifah (atau pemimpin) mestilah sempurna anggota supaya tidak mengganggu tugas sebagai
pemimpin dan melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau lalu memetik dari Al-Quran (tanpa menyebut ayatnya) syarat untuk menjadi pemimpin ialah Qowi
(kuat, layat) dan Amin (amanah).

Beliau mempersoalkan AMANAH kerana mencalonkan Rapelson kerana menurutnya dengan


mencalonkan OKU untuk tugas besar seperti wakil rakyat dianggap mengiktiraqf OKU atau
membebankan mereka.

Pengarah Pendidikan Politik Pemuda AMANAH, Hasbie Muda menyatakan beliau amat terkejut kerana
PAS yang mendakwa sebagai parti Islam bersikap seperti itu ke atas seorang hamba Allah S.W.T
“Terkejut saya bila ada ahli PAS pertikaikan tindakan AMANAH mencalonkan seorang OKU dalam Pilihan
Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Diguna nas al qawwi al amin serta petikan tulisan ulama untuk sokong hujahnya,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.

Hasbie berkata, apakah dia terlupa bekas Timbalan Yang Dipertua PAS satu waktu dahulu, Prof Zulkifli
Muhammad juga seorang OKU.

Menurutnya, Zulkifli mengalami kecacatan pada kaki dan tangannya kesan penyakit polio yang dihidapi
sewaktu kecil.

“Prof. Zulkifli dicalonkan untuk kerusi Bachok dan beliau menang.

“Mahu kritik pun berpada-padalah. Jangan selewengkan nas untuk menutup kejahilan kamu,” tegasnya.

Tulisan Mahyuddin itu juga telah mendapat kritikan hebat dari netizen yang bukan dari kalangan ahli
AMANAH.

R.A.M.M. menulis di facebooknya,

Mamat Bodoh mana dok tafsir maksud Qawwi dan Al Amin itu pada tubuh Anggota tu.. ni lah kalau
Jenis Khawarij.. tafsir ayat dan hadis pada maksud zahir ayat.. atau menafsirkan secara Literal.. Aku pun
Selalu guna Hujjah Qawwi Al Amin.. tapi takda lah sebodoh mamat ni mengaitkan dgn Pencalonan
Calon Amanah dari kalangan OKU.. kalau ikut tafsir mamat ni, PAS tak boleh lah ada Calon Perempuan..
Perempuan tak kuat mcm Lelaki..Cuba tanya Mamat ni, Sheikh Ahmad yassin dulu duduk atas Kerusi
Roda.. mana dalil Qawwi Al Amin tu? Tok Guru Nik Aziz pun sakit.. Lemah.. mana tafsiran Qawwi Al
Almin tu.. ni Nak Habaq mai.. Kalau Boleh jalankan Amanah..tak kira lah Fizikal dia mcm mana.. Qawwi
itu pada Kebolehan memimpin.. bukan kekuatan Fizikal bro.. Karpal Singh dulu..Duduk atas Kerusi
Roda..tapi masih boleh dok pergi Mahakamah.. Berlawan dalam parlimen.. Jgn badan sihat, tapi asyik
ponteng candat Sotong.. Tu yg orang Panggi takda sifat Al Amin.. tu lah org tak amanah makan gaji
Buta...
Tanpa Nama berkata...

Yang penting, jangan macam penasihat kepada penerima derma berbillion tu ponteng
parliament pergi Makan agin Kat jepun, lepas tu marah kapir control parliament halang
bentang hudu... Dia yang ponteng pergi Makan Angin pula salah "kapir"?????

Parti beragama???

suhayla abd berkata...

Md Mahyudin tu bukan orang PAS tp parti yg bermusuh dengan PH. X percaya pergi
tanya dia. Kalau dia mengaku orang PAS maka ternyatalah selepas era TGNAA, PAS
dikuasai oleh orang-orang yang `MANGKUK'.
eh..eh pakcik ni orang PAS ker..? Jawab YA maknanya MANGKUk jawab X maknanya
UMNO hahahaaaaa

DAP Lapor Polis Terhadap Kenyataan Arul Kanda 11:45 AM pahangdaily 1 comment KUALA
LUMPUR: DAP semalam telah membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Pengerusi
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin, dan Presiden syarikat sarat
hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda. Hadir membuat laporan polis di
Balai Polis Dang Wangi di sini pagi ini ialah Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip
Eng bersama-sama Penolong Setiausaha Organisasi Sosialis Muda DAP (DAPSY) Wilayah
Persekutuan, Lai Chun Chian. Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan Bernama bertajuk
“Penyuntingan Ayat Tidak Jejas Keseluruhan Laporan PAC”, Lip Eng berkata, artikel itu
membayangkan Hasan telah menyunting laporan asal PAC tanpa kelulusan ahli-ahli
jawatankuasa berkenaan. “Justeru, Hasan Arifin harus disiasat mengikut Seksyen 202 Kanun
Keseksaan ekoran daripada suntingan berkenaan,” kata Ahli Parlimen Segambut itu sejurus
selepas membuat laporan polis berkenaan. Seksyen 202 Kanun Keseksaan menetapkan bahawa
mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian jenayah tetapi
merahsiakannya boleh dipenjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya. Dalam pada itu,
ketika dihubungi Roketkini.com mengenai tindakan susulan yang akan diambil pihak DAP
terhadap Hasan, Lip Eng berkata, Pengerusi PAC yang juga Ahli Parlimen Rompin itu akan
dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa pada sesi Dewan Rakyat yang akan bermula pada
pertengah Mei depan. “Saya percaya Hasan telah melakukan kesalahan dengan melanggar hak
istimewa Parlimen, sebab beliau dengan sendirinya telah menyunting laporan PAC tanpa
persetujuan ahli Parlimen yang lain (yang menjadi anggota PAC),” tegasnya. Selain itu, Chun
Chian turut membuat laporan polis terhadap individu-individu yang dikaitkan dengan ‘penipuan
besar-besaran’ dan ‘kerjasama dari pihak dalaman’ berhubung pembayaran lebih AS$3.5 billion
yang dibuat kepada firma Aabar ‘palsu’ di Kepulauan British Virgin. Firma Aabar palsu yang
dipercayai dirujuk beliau adalah Aabar BVI, yang mana telah dinafikan International Petroleum
Investment Co (IPIC) dan Aabar Investment PJS sebagai salah sebuah anak syarikatnya yang
telah menerima sejumlah RM13.6 bilion atau AS$3.5 bilion daripada 1MDB. Menurut temu bual
oleh The Edge Financial Weekly dengan Arul Kanda, seperti yang dipetik Malaysiakini, Arul
berkata : “Kita tidak tolak bahawa sebenarnya berlaku penipuan… penipuan besar-besaran… dan
mungkin ada kerjasama dari pihak kami”. Justeru, merujuk kepada laporan yang dikeluarkan
Malaysiakini bertajuk “Kemungkinan penipuan, kerjasama dalaman 1MDB” pada 25 April yang
lalu itu, Chun Chian berkata, keseluruhan kabinet Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden
Lembaga Penasihat syarikat berkenaan harus disiasat. “Malah, bekas CEO (Ketua Pegawai
Eksekutif) 1MDB, Shahrol Azral dan juga Arul Kanda (CEO 1MDB kini) sendiri yang telah
berkali-kali membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku harus disiasat di bawah jenayah
penipuan, pecah amanah dan sebagainya,” katanya. #sumber

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Putrajaya Sekat Semua Peruntukan Kepada Rakyat Miskin Kawasan DUN Mukhriz
?
Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang media beliau (video)
bahawa Dun Ayer Hitam telah dikecualikan dari mendapat peruntukan bawah Unit
Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) yang disalurkan kepada
setiap Dun di Kedah bagi menampung sebarang permintaan penduduk setempat.

Dari makluman yang diterima oleh Dato' Seri bahawa arahan mengecualikan Dun Ayer
Hitam dari menerima peruntukan datangnya dari Putrajaya.

Apakah disebabkan hendak marah kepada Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, rakyat
di Dun Ayer Hitam dihukum dari menerima peruntukan tersebut ?

Kenapa AKU bersama DEKLARASI Selamatkan Malaysia..!!!

AKU BERSAMA DEKLARASI SELAMATKAN MALAYSIA

Hidayah dan petunjuk bukan secara paksa. Ianya datang dengan kehendak Allah.
Sehebat mana hujahan kita, pendedahan kita, penerangan kita tentang kebaikan,
tentang kemungkaran, tentang keadilan tidak menjamin khalayak menerima tetapi kita
wajib berusaha dan berdoa kepadaNYA supaya usaha kita diperkenankan.

Dulu ada antara kita yang lawan Umno, dedah kemungkaran Umno, kejahatan Umno,
kezaliman Umno dengan hajat menjatuhkan Umno tetapi tidak berjaya walau pun apa
yang diterang, didedah itu adalah kebenaran. Kita tidak berjaya mengajak kawan dan
keluarga keluar Umno untuk menjatuhkan Umno sebaliknya ada kawan menyertai
Umno atas alasan tertentu.

Dulu awal 80-an orang berduyun2 sokong Umno bila Anwar masuk Umno. Lepas
Anwar dipecat, ditendang dari Umno serta dihina oleh Umno, ramai yang simpati dan
sedar Umno itu jahat. Anwar ke sana ke sini ceritakan Umno begitu dan Umno begini,
baru orang percaya apa yang kita cakap tentang Umno dulu benar. Yang tak ambil
peduli dengan politik pun terjerumus dengan politik dek kerana kejahatan Umno
terhadap Anwar. Orang berterima kasih pula pada Anwar kerana Anwar menyedarkan
bahawa Umno itu jahat.

Sekarang orang yang sama jahatnya, zalimnya dan macam2 mahanya itu ke sana ke
sini bagitau Umno begitu Umno begini, ramai orang2 Umno sedar bahawa Umno sudah
gila sudah teruk sehingga tiada apa lagi blh dilakukan untuk menyelamatkan Umno
selain meninggalkan Umno.

Kita dah lama cakap Umno tu jahat tapi orang tak percaya..... Sekarang orang dalam
Umno malah yang mencipta Umno sendiri ke sana sini bagitau Umno dah teruk kerana
kejahatan yang berlarutan maka akan ada orang-orang Umno yang terbuka mata
menerima kenyataan bahawa Umno seperti yang kita selalu katakan.

Kena ingat bahawa tidak semua yang kita rasa baik itu baik. Tidak semua yang dizalimi
itu tidak pernah tidak menzalimi orang lain. Ada antara kita rasa Anwar tiada cacat cela
semasa dia dalam Umno dan dia dizalimi setelah ditendang dari Umno sebab itu kita
berterima kasih kepada Anwar. Kita tidak berterima kasih kepada Tun M kerana Tun M
yang menzalimi Anwar sehingga kita sedar Umno jahat dan kita kutuk Tun M.

Sepatutnya kita lebih berterima kasih kepada Tun M kerana dialah yang membuka mata
ramai orang bahawa Umno ini jahat. Semasa Tun M mengetuai Umno pun Umno jahat
sehingga Tun M bukan ahli Umno pun Tun M buktikan Umno itu jahat.

Tun M buat pada Anwar, orang meluat pada Umno. Sekarang Tun M lawan Najib pun
orang makin meluat pada Umno. Tak percaya?? Hak masing-masing dan bagi aku, itu
adalah ego kita.

Terima kasih Tun M.

Kerana itu aku sokong dan bersama Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia.

BERANI UBAH TERUS BERUBAH


Zulhazmi Shariff
28 April 2016

You might also like